Friday 18 October 2013

Tiada GST dalam Bajet 2014?

Tiada GST dalam Bajet 2014?

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan membayangkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksanakan pada Bajet 2014.

Kata Ahmad kerajaan pada dasarnya bersetuju melaksanakan GST, namun masih belum memutuskan bila dan berapa kadar peratusan cukai yang akan dikenakan pada peringkat awal pelaksanaannya.

"Bila nak dibuat, berapa peratus, kita tak tahu, tapi sudah dinyatakan dalam jawapan-jawapan rasmi bahawa kita akan laksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran awal 'Mengumpul Dana Membina Madrasah Integrasi Islam Malaysia' di sini hari ini.

Ahmad berkata sistem cukai yang digunakan oleh kerajaan ketika ini kurang berkesan dan ketinggalan zaman.

Katanya GST merupakan sistem cukai yang lebih adil dan cekap berbanding sistem dua cukai ketika ini, iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

"Kita nak satukan (kepada GST) supaya lebih cekap dan berkesan," katanya.

Beliau berkata berdasarkan sistem cukai yang telah dilaksanakan di 160 negara itu, kadar cukai adalah lebih rendah daripada 16 peratus yang dikenakan sekarang (cukai jualan 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus). - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment