Monday, 17 February 2014

Pokok mangga dibiarkan dalam rumah

Pokok mangga dibiarkan dalam rumah
Siti Rozila (dua kiri) menadah kebocoran menggunakan besen berdekatan pokok mangga di dalam rumahnya.

Pokok mangga dibiarkan dalam rumah
Keadaan pemandangan pokok mangga dari luar rumah Siti Rozila.


BACHOK – Sebuah keluarga dekat sini tidak mempunyai masalah untuk tinggal bersama sepohon pokok mangga yang berusia 15 tahun walaupun ia semakin membesar dari sehari ke sehari.

Penghuninya, Siti Rozila Ramli, 45, berkata, awalnya pokok itu berada di luar rumah mereka, namun apabila rumah mereka dibesarkan beberapa tahun lalu, ia tidak ditebang dan dibiarkan berada di dalam rumah.

“Mungkin kalau dari luar orang tidak perasan sangat kecuali orang setempat di sini sahaja. Kami tidak mahu tebang pokok ini sebab ia sentiasa berbuah tidak kira musim.

“Kami tidak ada masalah untuk membiarkan ia di dalam rumah sebab di sekeliling pokok ini sudah disimen dan dahannya dilapisi dengan zink untuk mengalirkan air hujan dari atas ke bawah. Kalau ada bocor pun sikit sangat,” katanya yang mengusahakan perniagaan peralatan untuk pertukangan dan pembinaan dekat sini.

Siti Rozila berkata, pokok mangga yang lebih dikenali sebagai Pauh Siku itu ditanam oleh ahli keluarganya terdahulu dan dalam masa yang sama ia berfungsi menyejukkan ruangan dalam rumah mereka.

Sinar Harian 

Mengaku anak buah elak dicekup

Mengaku anak buah elak dicekup
Pasangan yang mengaku mempunyai hubungan kekeluargaan dan turut membawa bersama seorang anak disoal siasat pihak penguat kuasa.


TAMPIN – “Ini mak saudara saya,” jawab seorang lelaki berusia 43 tahun apabila ditanya mengenai hubungannya dengan seorang wanita ketika diserbu oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sebuah premis rumah kedai dekat bandar ini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan sempena Ops Mungkar yang melibatkan kira-kira 20 anggota penguatkuasa JHEAINS itu, lelaki berkenaan berada di dalam sebuah bilik bersama seorang wanita berusia 33 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang merupakan anak wanita berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan menukar jawapannya apabila ditanya sekali lagi oleh penguatkuasa mengenai hubungannya dengan wanita berkenaan iaitu daripada status mak saudara kepada sepupu.

“Dia sepupu saya. Saya hanya menumpang tidur pada malam ini sahaja kerana baharu sampai ke sini. Kami tidak buat apa-apa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, pada operasi berkenaan, seramai enam individu ditahan di beberapa hotel bajet dan premis sekitar bandar.

"Daripada jumlah itu, sepasang kekasih berusia 19 tahun yang juga pelajar di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Alor Gajah, Melaka turut ditahan.

"Ketika serbuan, pasangan perempuannya sedang tidur di atas katil. Pelajar lelaki berkenaan berasal daripada Johor. Manakala, pelajar perempuan berkenaan berasal dari Pulau Pinang," katanya.

Ahmad Zaki berkata, kesemua pasangan terbabit berusia lingkungan 18 hingga 30-an ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Sekyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan iaitu percubaan melakukan persetubuhan haram.

"Kesemua mereka dibawa ke bahagian penguatkuasaan untuk tindakan lanjut dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya.

Katanya, operasi berkenaan merupakan sambungan daripada Ops Valentine Day yang dijalankan sejak malam 13 Februari lalu bermula di Port Dickson, diikuti malam keduanya di sekitar Seremban dan Nilai.

“Operasi seperti ini akan dilakukan dari semasa ke semasa dalam usaha mendidik masyarakat untuk mematuhi undang-undang di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan dan tidak bersikap sambil lewa terhadap kesalahan di bawah enakmen ini," katanya.

Sinar Harian 

Philips' smart lighting tells you where to go in the grocery store

Philips intelligent lighting in a grocery store


Ever spent ages wandering the grocery store while looking for a hard-to-find ingredient? 

If Philips brings its new connected retail lighting to your local supermarket, you may always know where to go. The technology uses light-based communication to create a positioning grid for your smartphone, telling you just what route you'll need to take to get everything for that recipe. 

Naturally, shopkeepers can also use the system for location-based discounts and suggestions; if you're looking for dessert ideas, the lights can point you to the pastry section. 

Philips is already testing its smart illumination with a handful of stores, so it might not be long before you're shopping with extreme efficiency.

How it works:

Philips intelligent lighting system outlined


Source: Engadget 

Preity Zinta muflis?


Preity Zinta


SETELAH dikhabarkan bermasalah dengan seorang Pengarah Fotografi, kali ini khabar kurang enak mengenai Preity Zinta kembali bertebaran.

Menurut sumber, Preity kini berkemungkinan berdepan masalah kewangan dan hampir muflis sehingga memaksa Preity berpindah ke rumah yang lebih murah.

"Preity memilih untuk menyewakan kondominium mewahnya dan dia pula berpindah ke rumah yang lebih kecil. Semua itu dilakukan selepas beberapa individu datang untuk menuntut hutang," ujar sumber terbabit.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang kenyataan daripada Preity mengenai perkara itu.

Mengapa kereta Proton murah di luar negara?

Mengapa kereta Proton murah di luar negara?

SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara.

Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.

Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia).

Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana.

Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan tersebut?


Harga Proton murah kerana perlu bersaing

Bagi mendapatkan jawapan mengenai isu harga Proton yang dikatakan lebih murah di negara luar berbanding Malaysia, Sinar Harian menghubungi salah seorang pakar industri automotif untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau mengenai hal tersebut.

Menurutnya, bagi syarikat pengeluar kenderaan termasuk Proton, apa yang penting adalah keuntungan keseluruhan, di mana kereta dijual di dalam Malaysia mahupun dieksport ke luar negara mestilah secara keseluruhannya memberi keuntungan.

“Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.

“Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan pembeli," katanya yang enggan dikenali.

Menurut beliau, pada peringkat permulaan, apa yang penting adalah Proton perlu menembusi pasaran automotif di Australia serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap jenama Proton di negara itu, menyebabkan syarikat itu perlu menawarkan promosi terbaik termasuk harga jualan yang dilihat lebih rendah berbanding di Malaysia sendiri.


Tidak tahu sama ada Proton rugi atau untung

Walaupun kereta Proton dijual dengan harga murah di luar negara, tidak boleh dipastikan sama ada pengeluar kenderaan nasional itu memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.

"Kita tidak tahu mereka untung atau rugi kerana kita tidak tahu berapa kos pembuatan sebuah kereta. Kalau kosnya kurang daripada harga jualan (walaupun
murah), maknanya Proton boleh melihat model mana yang sesuai untuk memasuki pasaran yang telah disasarkan.

“Katakanlah penembusan pasaran kereta disasarkan sekitar RM40,000 di sesuatu negara, jadi Proton perlu tahu sama ada harga itu kompetitif atau tidak dan melihat kesedaran pengguna di negara tersebut mengenai jenamanya," katanya.

Menurut beliau, Proton sebelum ini diketahui mengeksport kereta keluarannya ke lebih 50 negara seluruh dunia tetapi di sesetengah negara itu, Proton cuma mampu menjual bilangan kereta yang sedikit.

"Jika hanya dapat jual sedikit kereta, macam mana hendak buat tawaran selepas jualan seperti perkhidmatan penyenggaraan? Ini juga tidak membantu dalam menjenamakan Proton di negara tersebut.

“Tetapi berbeza dengan pengurusan baru Proton, sekarang mereka hanya akan memasuki pasaran yang mereka rasa boleh menjual kenderaan dengan harga agak tinggi dan dengan harga tersebut, mereka juga dapat menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis kereta," katanya.

Sinar Harian 

Qadr: Kisah peluang kedua selepas kesakitan


Qadr (2014) ialah sebuah telefilem khas yang ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif arahan Faisal Ishak yang terkenal dengan arahan filem Juvana (2013).

Telefilem ini dibikin dalam versi kualiti definisi tinggi (HD) secara usaha sama Astro dan Filem Karya Nusa Sdn Bhd. Ia merupakan idea asal yang diangkat dari kisah benar oleh Ketua Pemerolehan Pengkomision Premium dan Media Baru Astro, Saniboey Mohd Ismail. Konsep dan skripnya pula nukilan oleh Umie Isa.

Qadr bermula di sebuah masjid di hari Jumaat dimana Khatib sedang berkhutbah mengenai ayat Surah Al-Hujurat, Ayat 12 yang merujuk huraian dan pengertian ‘prasangka’. Babak pembukaan ini berlapis serentak dengan pengenalan watak Pak Lah (Samsuri Shahrom) yang berprasangka buruk bila melihat Muhammad (Beto Kusyairy) yang memakai t-shirt berlogo ‘Iron Maiden’ sedang memasuki perkarangan masjid.



Dari situ, telefilem ini menyorot pula perihal siapakah dan apakah yang terjadi kepada Muhammad secara sekuen imbas kembali, sebelum dia sampai ke masjid tersebut. Dia sebenarnya memakai t-shirt itu yang dipinjam dari seorang sahabat kerana bajunya berlumuran darah! Unduran demi unduran kronologi kejadian yang berlaku kepada Muhammad dipaparkan sehingga ke babak tragedi kemalangan maut melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah kereta pada pukul 5:27 pagi.

Bermula dari babak genting itulah, kisah Qadr meruak selain latar cerita Muhammad dimana 5 orang mangsa kemalangan yang terselamat iaitu Fareed (Zahiril Adzim) seorang pemain bolasepak yang hendak menghadiri sesi pemilihan pasukan Selangor FC, Geena (Tungku Anis) seorang pelajar yang tidak sabar mahu pulang ke kolej, Mak Jah (Kismah Johar) seorang makcik yang hendak meraikan kelahiran cucu sulungnya, Amira (Shera Aiyob) seorang pembantu rumah yang sedang melarikan diri dari majikan yang menderanya dan kisah Rahmad (Zain Hamid) yang sedang dalam perjalanan pulang menaiki kereta bersama kekasih sulitnya.




Telefilem ini cuba sedaya-upaya untuk menyeimbangkan setiap kisah yang terpecah untuk membawa konflik dan resolusi yang tersendiri untuk mewakili persoalan qada’ dan qadar semua watak yang terlibat. Kisah Fareed dan isterinya, Misah (Zahira Radzi) menyingkap isu kebergantungan individualistik Fareed kepada rezeki ‘kaki emas’ yang keterlaluan dan sifat putus asa sehingga membelakangkan keluarganya. Tragedi itu hanyalah ujian untuk dia bergerak ke hadapan dengan rezeki yang lain iaitu perniagaan nasi lemak Misah.

Kisah Geena dan ibu bapanya, Amir (Riezman Khuzaimi) dan Maria (Kartina Ayob) juga seperti kisah Fareed mengenai kelebihan fizikal yang direntap oleh tragedi itu. Fareed kehilangan sebelah kaki manakala Geena kehilangan kecantikan sebelah wajahnya.

Selain itu, kisah Geena menyerlahkan kekurangan di sebalik kekayaan kebendaan dan kebahagian keluarganya iaitu kelompongan rasa syukur kepada Pencipta yang memberi nikmat selama mereka hidup sebelum kemalangan ngeri itu. Kedua-dua kisah Fareed dan Geena mewakili kehidupan manusia yang terlalu tenggelam dalam duniawi sehingga terlupa mengenai akhirat.

Kisah Amira pula merujuk kepada individu yang sering diburu oleh masalah silam kehidupan yang terlalu tertekan tetapi tidak mudah putus asa walaupun sering menderita.


Cerita Amira dan kisah Muhammad berkongsi asas dugaan yang hampir serupa. Amira sedang lari dari majikan yang buas dan kejam, manakala Muhammad sedang melalui kehidupan yang kosong selepas kematian isterinya, Ummi (Umie Isa) dan anaknya Anaqi (Ayden Farish Faisal). 

Sekali imbas hidup Amira dan Muhammad seolah-olah tidak bermakna lagi, namun selepas kemalangan itu kedua-duanya disanjung kerana memberi pertolongan kepada orang lain. Tragedi itu memberi fasa baru kehidupan untuk membuktikan bahawa kewujudan mereka ada tujuan baik yang lebih sempurna serta mentafsirkan makna ‘move on’.

Kisah Rahmad, isterinya Layla (Aida Othman) dan kekasih sulitnya Dhia (Puteri Chichi) berkait sekaligus dengan kisah ibu bapa Dhia iaitu Pak Lah dan Mak Inom (Nor Amisah). Mereka ialah 2 kelompok keluarga yang mempunyai latar hidup yang gelap.

Rahmad yang curang dan melakukan maksiat dengan Dhia, juga ialah balasan kepada sikap prejudis Pak Lah yang suka mengumpat dan riak. Kejadian kemalangan itu ialah dentuman kejutan realiti untuk menginsafkan mereka. Masa silam mereka lebih teruk dari kisah latar keluarga Geena. Namun begitu, mereka sangat beruntung kerana diberikan peluang ke-2 untuk menyesal dan berubah sebelum terlambat.

Kisah Mak Jah secara luaran seperti ‘mangsa’ kerana berada di waktu dan tempat yang salah sehingga terbabit dengan kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Benar, Mak Jah yang digambarkan sebagai seorang wanita tua yang warak sering bertasbih di mana sahaja dipanjangkan umurnya kerana dia ada kepentingan di tengah-tengah kemelut semua kisah yang konflik yang lain. 

Mak Jah ialah pencadang dan pencetus resolusi kepada kesemua watak di hospital. Mak Jah terutamanya ialah penyelamat Amira atas dasar balas budi dan sekaligus kaitan Mak Jah dengan anaknya, Hidayu (Lynda Bangs) dan menantunya, Munir (Mior Fariz) seorang anggota polis yang mampu menyelesaikan konflik Amira dan majikannya. Ringkasnya, di sebalik kesakitan dari tragedi itu ada kemanisan yang bakal dirasai oleh orang lain.


Qadr bercerita secara pecahan berselang-seli dengan menjadikan lokasi dan tragedi kemalangan itu sebagai titik rujukan sebelum dan selepasnya bagi setiap kisah.

Semua kisah peribadi masing-masing dipaparkan secara berdikari untuk memahami apakah konflik hidup mereka sehinggalah dipertembungkan di babak kemalangan itu. Pengembangan cerita kesemua watak selepas kemalangan iaitu di hospital ialah penyelesaian dan klimak selepas diberi peluang ke-2 untuk terus hidup.

Telefilem ini menggabungkan elemen penceritaan dimana sebahagian besarnya drama kekeluargaan serta sedikit aksi ‘thriller’ dengan bantuan imej janaan komputer (CGI) untuk babak kemalangan yang bersesuaian. Struktur penceritaannya sedikit mirip dengan filem antarabangsa iaitu Amores Perros (2000) dan Crash (2004) serta filem tempatan Sepi (2008) yang melibatkan satu kemalangan jalanraya sebagai titik tembung dan tersebar.

Pembikinan telefilem Qadr mempunyai isi kandung yang mampu menghiburkan dan tidak terlalu mendesak persoalan moral serta dibantu oleh barisan pelakon yang bagus dan produksi yang teliti dikepalai oleh Faisal Ishak ini wajar dipuji. Ia bukan telefilem dakwah yang keras tetapi pesanan yang halus dan lembut seperti dialog oleh Muhammad (Beto Kusyairy) “Tuhan yang panjangkan umur dia, saya ini cuma proksi sahaja”.


Astro Awani 

Kes Bunuh Hussain Najadi: 14 tahun penjara, 6 sebatan untuk pemandu teksi

Pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian, Hussain Ahmad Najadi, 75, maut selepas ditembak di Lorong Ceylon pada Julai 30, 2013. --Gambar Fail


KUALA LUMPUR: Pemandu teksi yang didakwa membawa suspek yang membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian, Hussain Ahmad Najadi, hari ini dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan untuk kesalahan memiliki sepucuk pistol, bekalan peluru serta empat butir peluru hidup.

The Star Online melaporkan Hakim Mahkamah Sesyen Azwarnida Affandi membuat keputusan itu terhadap Chew Siang Chee, 46, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Chew dijatuhi hukuman 10 tahun dan enam sebatan untuk memiliki pistol jenis Walther dan bekalan peluru manakala dijatuhi empat tahun penjara untuk memiliki empat butir peluru hidup.

Azwarnida mengarahkan hukuman itu dijalani serentak dari tarikh penangkapan Chew pada 3 Ogos tahun lepas.

Chew diwakili oleh peguam Ramesh Raj manakala Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menjalankan pendakwaan.

Chew didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Walther model PPK/S Cal.9mm Kurz/380ACP bersama satu magazine Walther yang menyalahi undang-undang di Peti Surat B-15-2, Kondominium Desa Cindaimas, Jalan Sekutu Off Jalan Kuchai Lama, Brickfields, pada jam 5.45 petang 3 Ogos tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan tidak kurang daripada enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Chew juga didakwa memiliki empat butir peluru hidup jenis 9mm (short) (S&B 9mm) tanpa lesen pada masa dan di tempat yang sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 (Akta 206) itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000, atau kedua-duanya.

Media sebelum ini melaporkan pemandu teksi itu dipercayai membawa suspek berhubung kes pembunuhan Hussain yang ditembak mati pada 29 Julai lepas.

Dalam kejadian itu, Hussain, 75, mati manakala isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah apabila mereka ditembakdari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini.

Astro Awani 

Nepal: Missing passenger plane found, no survivor

Nepalese police on Monday discovered the wreckage of a plane carrying 18 people that had gone missing one day earlier in the country's mountainous west, but no survivors have been found, an official said.

The Nepal Airlines plane with 15 passengers and three crew crashed into a forested hill in Arghakhanchi district, 226 kilometres (140 miles) west of the capital, with aircraft pieces found in a nearby village, an aviation official told AFP.

"The plane crashed into a hill, police have found its wreckage in a village, but no survivors," Bimlesh Lal Karna, chief air traffic controller at the country's largest airport in Kathmandu, told AFP.

"Most of the plane is completely broken into small pieces, no one could have survived the accident," he added.

The plane, carrying locals and one passenger from Denmark, lost contact with air traffic controllers shortly after taking off from the popular tourist town of Pokhara on Sunday afternoon.

The aircraft from the state-run carrier encountered heavy rain en route from Pokhara to the town of Jumla, 353 kilometres west of Kathmandu.

The downpour hampered Sunday's efforts to locate the plane, with two helicopters forced to turn back because of bad weather.

Police resumed their search at first light on Monday, finally spotting scattered pieces of the wreckage during an aerial search of Arghakhanchi.

Steep terrain prevented the helicopter from landing in the forested area, prompting police to be dropped to the ground instead, aviation official Karna said.

The passengers included Manab Sejuwal, a local politician from the ruling Nepali Congress party.

- Police trace passengers' phones -

More than 150 Nepalese soldiers and police had fanned out across the hilly region from Sunday afternoon, trekking uphill and using mobile phone signals to try to locate the aircraft, officials said.

"Some of the passengers' mobiles are still on, so we used the help of phone companies to get a rough idea of the area where the planes might have crashed," Karna said.

The incident again raises concerns about the Himalayan nation's aviation sector, which has come under fire from international authorities after a series of fatal accidents.

The European Union in December banned all the country's airlines from flying to the EU.

Nepal, which counts tourism as a major contributor to its economy, has suffered a number of air crashes in recent years, which have usually been attributed to inexperienced pilots, poor management and inadequate maintenance.

A Chinese tourist and a local pilot were killed when an ultra-light aircraft crashed into a hill in Pokhara last October.

Last May, 21 people including eight Japanese tourists were hurt when a small plane skidded off an airport runway in northern Nepal and plunged into a river.

Fifteen people were killed at the same airport in May 2012 when a plane carrying Indian pilgrims crashed into a mountain.

In September 2012, 19 people, including seven Britons and four Chinese, were killed after an Everest-bound plane crashed minutes after taking off from Kathmandu in an accident which the government blamed on a "panic-stricken" pilot.

At the time of the blacklisting last year, EU Transport Commissioner Siim Kallas said the country's safety record "does not leave us any other choice".

Government officials said the ban was "unfortunate" and came after months spent on upgrading safety and monitoring aircraft. - AFP 

"I will rape you," student warns teacher

The boy from SK Lanai initially called her on her mobile and then followed up with a text message which read: -Teacher, wait I will rape you, soon.- - Filepic


KUALA LUMPUR: A teacher in Kedah allegedly received a rape threat from a Year Three pupil, The Star reported on Monday.

The boy from SK Lanai initially called her on her mobile and then followed up with a text message which read: “Teacher, wait I will rape you, soon.”

Her colleague, who contacted The Star office soon after the incident, said the threat from the young boy sent shock waves throughout the school in Kupang, about 6km from Baling town.

“She is traumatised that her pupil had boldly made the threat,” said the colleague, a 29-year-old teacher from Alor Gajah, who now teaches at the Kedah school.

The pupil had allegedly acted in such a threatening manner in defence of a friend who was not appointed the class monitor.

The 39-year-old victim was at her home in Bandar Putri Jaya, Sungai Petani, when she received the threat at around 10.30pm on Thursday, February 13.

Terrified, she asked her husband to check out who made the phone call.

Using a public phone, the husband called back the number and a man, believed to be in his 30s', answered.

The man admitted that his nephew had been using his mobile phone and added that the boy would be punished. The matter would also be reported to the boy's parents.

A senior police official confirmed, the teacher had lodged a police report at the Kuala Muda police headquarters on February 14.

A man claiming to be a senior assistant at the primary school, said they have summoned the boys’ parents to the school today, reported The Star.

“We want to find out what prompted the pupil to make the threat against his teacher and whether the child needs psychiatric help,” he said, adding the boy was absent from school on Sunday.

Astro Awani 

Number of flood victims in Beaufort rises to 2,391


BEAUFORT: The number of flood victims evacuated to relief centres here has increased to 2,391 on Monday morning as the water level in Padas river rose to 9.20 metres, surpassing the 8.70-metre danger level.

According to the spokesman of Beaufort flood operations room, the victims, comprising 700 families, were currently taking shelter at six relief centres in the district.

The relief centres are at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort 3, which houses 781 victims, SMK Gadong (235), Kampung Kukut community hall (660), Dewan Baru Beaufort (607), Dewan Lumadan (98) and the surau in Kampung Sungai Bukau (10), he said.

Earlier Monday, Sabah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin also visited and presented flood aid to the victims.

The flood situation in Tenom, however, had improved and all relief centres in the district had been closed.

Bernama

Pemenang Anugerah Kajai, Karim Sulaiman meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Kajai tahun 2001, anugerah berprestij dalam dunia kewartawanan, Karim Sulaiman, 52, meninggal dunia awal pagi tadi akibat penyakit Sleromyxoedema, sejenis penyakit yang jarang berlaku.

Allahyarham telah disahkan mengidap Scleromyxoedema yang dikesan sejak tahun 2000 apabila beliau mula mengalami serangan migrain dan sesak nafas. Ini diburukkan lagi oleh tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Sejak 2003, Alahyarham mula kehilangan berat badan dan memaklumkan kepada rakan-rakan yang melawat beliau bahawa badannya terasa seperti dipanggang.


Allahyarham Karim Sulaiman telah disahkan mengidap Scleromyxoedema yang dikesan sejak tahun 2000.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dengan Berita Harian, Karim adalah seorang penulis prolifik dalam hal ehwal semasa dan isu-isu gaya hidup. Beliau juga pernah berkhidmat di United Kingdom sebagai Koresponden Berita Harian di London.

Solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Khairiyah dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda di Gombak.

Astro Awani 

Kawasan utama 'Pit Lane' SIC berwajah baharu


KUALA LUMPUR: Beberapa penambahbaikan telah dilakukan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) termasuk memasang bumbung baharu dengan rekabentuk menarik di kawasan utama "pit lane" menjelang Grand Prix Formula 1 (F1) Petronas 2014.

Ketua Pegawai Eksekutuf SIC Datuk Razlan Razali berkata kemudahan lain di litar itu juga sedang dilaksanakan.

"Bumbung dengan ciri-ciri rekabentuk yang menarik akan memberi keselesaan kepada mereka yang menggunakan kawasan pit. Inilah penambahbaikan utama yang dijalankan tahun ini bagi F1," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran rasmi Grand Prix Malaysia oleh pengerusi SIC Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir di sini hari ini.

Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi hos Pusingan 2 siri dunia 19 pusingan pada tahun ini dari 28 hingga 30 Mac.

Musim baharu bermula di litar jalan Albert Park di Melbourne, Australia pada 16 Mac sebelum ke Malaysia bagi kejohanan pembukaan di litar sebenar.

Razlan berkata SIC yakin dapat menarik ramai peminat sukan itu pada tahun ini dengan menyasarkan lebih 125,000 penonton termasuk peminat antarabangsa.

Beliau berpendapat Kejohanan Dunia F1 2014 akan menjadi kejohanan paling menarik yang menyaksikan persaingan terbuka kerana tiada pasukan dianggap sebagai pasukan pilihan.

Aktiviti-aktiviti di luar trek juga dijangka tidak kurang mencuri perhatian peminat.

SIC telah menyediakan antara lain pertunjukan udara aerobatik yang menampilkan pasukan profesional aerobatik Malaysia, KRISAKTI.

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, SIC juga menyediakan ruang bagi Festival Makanan.


Bernama

Dirogol lebih lima lelaki

Zaharudin Rasip
Zaharudin Rasip

TUMPAT - Seorang remaja berusia 17 tahun dirogol seorang kenalan yang dikenali di laman sosial selepas diajak keluar dan dibawa ke rumah lelaki tersebut di Kampung Geting di sini.

Lebih malang, remaja itu juga turut dirogol bergilir-gilir lebih lima lelaki merupakan rakan teman lelakinya yang baru dikenali di laman sosial itu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, remaja terbabit mengenali lelaki itu yang dikenali Edi sejak awal Februari ini menerusi laman sosial.

Bagaimanapun, katanya pada Jumaat lalu, remaja terbabit telah keluar dari rumahnya pada jam 11.30 malam di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kota Bharu setelah dijemput Edi.

“Edi membawa mangsa pulang ke rumahnya di Kampung Geting menaiki motosikal.

"Setibanya di rumah tersebut, Edi telah menarik tangan mangsa masuk ke dalam bilik lalu merogolnya,” katanya.

Menurutnya, remaja terbabit mendengar suara orang di dalam rumah tetapi Edi memberitahu itu suara abangnya.

“Kemudian beberapa lelaki telah masuk dan merogol mangsa bergilir-gilir.

“Dua daripada mereka mencekik leher mangsa apabila mangsa cuba melepaskan diri," katanya.

Zaharudin berkata, keesokan paginya Edi menghantar mangsa pulang ke rumah di Pangkalan Chepa.

Katanya, susulan daripada laporan diterima, polis menjalankan siasatan dan menahan lima suspek berusia 16 tahun hingga 20 tahun dan direman tujuh hari berakhir 22 Februari ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 

Kementerian sedia bantu baikpulih rumah mangsa banjir - Shafie


KOTA BELUD: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersedia membantu membaikpulih rumah mangsa banjir selepas mendapat taksiran kerugian yang ditanggung mereka.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya akan menyediakan keperluan untuk rakyat di seluruh kawasan yang dilanda banjir selaras dengan peruntukan disediakan kerajaan.

"Kita akan siasat dan kita ada agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyediakan bekalan makanan dan stok data mangsa banjir," katanya kepada pemberita di sini pada hari Ahad.

Beliau berkata pihaknya akan membantu mangsa banjir selepas musim itu berakhir bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

"Ini kerana berdasarkan pengalaman lepas semasa menghadapi banjir di Kedah, kita telah membaik pulih rumah dan gelombang kedua datang. Kita akan bantu selepas menerima maklumat yang lengkap di semua kawasan yang terlibat," katanya.

Beberapa negeri menghadapi banjir teruk sejak akhir tahun lepas termasuk Sabah yang kini menghadapi gelombang banjir ketiga di beberapa daerah iaitu Beaufort, Keningau dan Tenom.

Terdahulu, Mohd Shafie merasmikan pembinaan Loji Rawatan Air Kota Belud bernilai RM36 juta yang mampu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air terawat di sekitar daerah itu.

Beliau berkata loji yang siap pada 5 April tahun lepas itu dapat menampung kira-kira 22 juta liter air sehari yang memanfaatkan 6,500 penduduk di lebih 50 buah kampung di daerah ini.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Bernama

KWSP Dividend payout from 2000 to 2013

EPF announced highest dividend since 13 years ago. Dividend rate of 6.35% would certainly go a long way on ensuring that welfare of pensioners in the private sector is taken cared of.

Following is the historical rate of dividend paid to contributors:

KWSP Divident

Source: Astro Awani

Forest fire: Fire and Rescue department receives more than 300 calls a day


KOTA BAHARU: The Fire and Rescue Department (JBPM) is receiving more than 300 calls a day about forest fires, since the draught season started in mid-January.

Its director-general Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim said this was more than a four-fold increase as compared to about 70 calls received during normal periods nationwide.

"Selangor, Perak and Johor recorded the highest number of cases with about 80 calls daily," he said.

He was speaking to reporters after opening a 2013 Excellence Services and Certificate of Meritorious Service Award Ceremony in Bandar Baharu Tunjong here, Sunday.

"We view forest fires seriously because it takes a long time to put out and can cause health problems to residents because of the thick smoke," he added.

Bernama 

Cuaca panas bakal berakhir tidak lama lagi


KUALA LUMPUR: Cuaca panas dan kering yang melanda kawasan Semenanjung Malaysia sejak kebelakangan ini bakal berakhir tidak lama lagi.

Menurut Jabatan Meteorology, keadaan itu berikutan berlakunya perubahan corak tiupan angin dari arah timur laut.

Pengarah pusat ramalan cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata kawasan pembentukan awan hujan juga mula kelihatan.

“Awan kelihatan lebih jelas dan aktif di Semenanjung Malaysia. Keadaan ini telah berlaku di Sabah dan Sarawak sebelum ini dan sekarang ia sudah mula mempengaruhi Semenanjung Malaysia. Ini yang menyebabkan perubahan berlaku pada cuaca kita,” tambah Helmi.

Cuaca panas sejak kebelakangan ini disebabkan oleh corak tiupan angin dari barat laut dan kini beberapa kawasan sudah mula menerima hujan akibat perubahan itu.

Sementara itu ribut petir dijangka berlaku lewat petang hingga malam di kawasan perairan Perak, Selangor, Sarawak dan Labuan.

Di Sarawak ia membabitkan kawasan Mukah, Bintulu dan Miri, manakala di Sabah dan Labuan di kawasan pendalaman, pantai barat, Kudat dan Sandakan.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak setinggi 3.5 meter.

Astro Awani 

Penduduk Kg Batu 60 Beaufort mohon jambatan konkrit


BEAUFORT: Kira-kira 500 penduduk kampung memohon Jabatan Kerja Raya (JKR) menyegerakan pembinaan sebuah jambatan konkrit bagi menggantikan jambatan lama yang digunakan sebagai laluan utama ke Kampung Batu 60 dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu 60, Ng Pan Sung berkata permohonan pembinaan jambatan konkrit itu telah diajukan kepada JKR dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun yang menyambut baik hasrat berkenaan.

"Pihak terbabit perlu menyegerakan pembinaan jambatan itu bagi memudahkan perhubungan penduduk khususnya dari pekan Beaufort," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Azizah yang juga Anggota Parlimen Beaufort melawat mangsa banjir di Kampung Batu 58 dan Batu 60 dekat sini, hari ini.

Bernama difahamkan penduduk kampung di kawasan itu telah terputus hubungan setelah jambatan kayu yang digunakan sekian lama runtuh akibat banjir yang melanda daerah ini sejak Rabu lepas.

Ng berkata kira-kira 300 penduduk kampung itu tidak dapat berpindah kerana terputus hubungan manakala 147 orang lagi terpaksa berpindah ke lereng bukit dan membina khemah sendiri sebagai perlindungan.

"Mereka telah diberi bantuan sejak semalam sehingga hari ini dan kami amat berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah menghantar makanan," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Aliasnih turut menghantar bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Melulugus dekat sini.

Bagi seorang penduduk, Kasalian Pungut, 49, berkata beliau sekeluarga amat bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan yang disalurkan kerajaan ketika rakyat ditimpa bencana banjir.

Bernama

Kilat punca hutan Gunung Tempurung terbakar


KAMPAR: Kawasan Gunung Tempurung yang mengandungi batu kapur kira-kira seluas empat hektar di Kampung Sungai Siput Selatan di sini terbakar dipercayai akibat panahan kilat sejak petang semalam.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Ruhisha Haris berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian berkenaan pada 7.49 malam semalam selepas penduduk melihat api dari arah gunung itu.

"Dua buah jentera dengan 25 anggota dikejarkan ke kawasan kebakaran dan memulakan operasi pemadaman dengan menggunakan pam angkut berkapasiti tinggi dari kaki gunung. Setakat ini kebakaran telah berjaya dikawal dan kita sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa supaya api tidak merebak ke kawasan lain," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata bagaimanapun jika api didapati terus merebak, pihaknya akan membuat 'fire break' di kawasan sekeliling bagi memastikan kebakaran tidak merebak ke kawasan gunung yang terletak bersebelahan.

Pam berkapasiti tinggi digunakan memandangkan permukaan gunung yang sangat curam iaitu ada kawasan 80 ke 90 darjah sekali gus mendatangkan risiko dan berbahaya kepada anggota bomba, katanya.

"Kita akan terus memantau selagi asap keluar dan dijangka dalam tempoh tiga ke empat jam kebakaran ini akan sampai ke puncak gunung," katanya.

Selain itu, pihak bomba juga telah melakukan tinjauan udara menggunakan helikopter pada petang tadi, katanya.

Kawasan gunung tersebut terletak berhampiran kolam-kolam penternakan ikan namun jauh dari ladang kelapa sawit. - Bernama

Kadar bayaran Dividen KWSP 2000 - 2013

Dividen KWSP

Sumber: ASTRO Awani 

Zaid Ibrahim secara rasminya umum bertanding PRK Kajang


KAJANG:  Bekas presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara rasminya mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang sebagai calon bebas.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat atas pertimbangan membela prinsip politik sihat dan bersih, serta untuk menghormati mandat rakyat Selangor terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Keputusan ini telah pun saya fikir dengan baik, panjang lebar dan semasak-masaknya," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media pada Ahad.

Kata Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, rancangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengangkat dirinya sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid adalah satu tindakan politik liar.

Bagaimanapun beliau menafikan tindakan beliau bertanding itu adalah kerana Anwar bertanding di situ.

Tambahnya jika Khalid dan pasukannya hendak 'disingkirkan', biar lah ia dilakukan melalui proses demokrasi di mana segala kelemahan dan kekuatan boleh diperbincangkan dan mengikut proses yang sesuai.

Astro Awani