PASANGAN pelakon Aeril Zafrel, 26, dan Wawa Zainal, 22, masing-masing didenda RM1,000 dan RM800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari di Petaling Jaya, selepas mengaku bersalah bernikah tanpa kebenaran sah dan bersubahat dalam pernikahan itu, dua tahun lalu.

Bapa angkat Aeril, Wahap Raob, 71, yang mengaku bersalah bersubahat dalam pernikahan mereka turut didenda RM800.
 
Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Datuk Harun pada 25 Februari 2012, masing-masing mengikut Seksyen 40(2) dan 134 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

-Sumber: Sinar Harian