Thursday, 15 May 2014

Sungguh malang: Wanita maut selepas kain baju kurung termasuk dalam rantai motosikal


Polis Diraja Malaysia


KUANTAN: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggang anak lelakinya hilang kawalan dan terjatuh setelah baju kurung yang dipakainya termasuk ke dalam rantai motosikal, dalam kejadian di Km 3, Jalan Simpang Pelangai-Simpang Chemomoi dekat Bentong pada Selasa.

Azizah Jamaludin, 40, dari Kampung Baru Simpang Pelangai, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Kesihatan Simpang akibat kecederaan yang dialaminya, kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim ketika dihubungi di sini Rabu.

Katanya kejadian berlaku 1.10 tengah hari ketika dua beranak itu dalam perjalanan balik ke rumah.
"Akibat kain baju kurungnya termasuk ke dalam rantai motosikal, mangsa terjatuh ke belakang, manakala anak lelakinya yang berusia 20-an terjatuh ke sebelah kiri jalan," katanya menambah pemuda itu patah tangan kiri dan dirawat di Hospital Daerah Bentong.

Sementara itu dalam nahas berasingan, seorang pengawal keselamatan terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh sebuah jip dalam kejadian lewat petang semalam.

Mohamed Fauzi berkata, dalam kejadian 6.25 petang di Jalan Kuantan-Kemaman dekat Beserah itu, Wan Ismail Wan Musa, 56, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Nahas berlaku semasa mangsa yang tinggal di Kampung Sungai Karang Darat dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menuju ke Beserah dan telah dilanggar dari tepi oleh jip terbabit yang datang dari arah sama," katanya.

Beliau berkata kes disisat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Kalau nak berdamai, lepas bersalin kita jumpa - Sharnaaz Ahmad


Lepas bersalin kita jumpa kata Sharnaaz Ahmad kepada Lisdawati



KUALA LUMPUR: “Terpulanglah kepada dia untuk keluar kenyataan apa pun. Saya tetap nak berjumpa selepas dia bersalin nanti. Apa pun dia nak cakap nanti, saya okay saja.

“Kalau nak damai, kita damailah…Tapi macam mana pun kena bertemu juga kata Sharnaaz Ahmad berikutan kenyataan yang dikeluarkan Lisdawati baru-baru ini.

Aktor berbakat besar, Sharnaaz Ahmad berkata dia tetap akan menunggu sehingga Lisdawati selamat bersalin untuk bersemuka dengan aktres itu bagi menyelesaikan konflik perselisihan faham antara mereka.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, memberitahu dia tidak akan berganjak daripada pendiriannya untuk bersemuka dengan Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi meskipun aktres itu telah mengeluarkan kenyataan sudah memaafkan Sharnaaz.

Bagaimanapun kata Sharnaaz, dia tidak akan mengganggu Lisdawati tetapi adalah haknya untuk berjumpa Lisda selepas aktres itu bersalin nanti.

Lisdawati dilaporkan sudah memaafkan Sharnaaz dan bersedia bersemuka atas perbalahan yang berlaku ketika penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Februari lalu.

Bertentangan dengan pendirian Lisdawati, suaminya pula difahamkan masih menunggu surat saman daripada Sharnaaz berikutan konflik itu.

Konflik pasangan Lisda dan Fauzi dan Sharnaaz bermula selepas Sharnaaz dikatakan menengking dan menyerang Lisdawati di lokasi penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta pada 19 Februari lalu.

Fauzi kemudian menghantar mesej kepada Sharnaaz untuk meminta penjelasan berhubung perkara itu sebaliknya Sharnaaz dikatakan membalas pertanyaan itu dengan mesej berbaur ugutan dan provokasi. Itu menyebabkan bermulanya perbalahan antara kedua-dua pihak. -- Astro Gempak

6 hotel di Pulau Langkawi antara 25 hotel pilihan pelancong Tripadvisor

Pilihan pelancong Tripadvisor


KUALA LUMPUR: Enam hartanah di Pulau Langkawi disenaraikan antara pemenang 25 teratas bagi anugerah perkhidmatan luar biasa pilihan pelancong TripAdvisor bagi Malaysia.

Hotel-hotel itu ialah Casa del Mar, Danna Langkawi, Datai Langkawi, Tanjung Rhu Resort, Four Seasons Resort dan Rebak Island Resort.

Dalam satu kenyataan, TripAdvisor, laman sesawang pelancongan terbesar dunia, berkata pemenang anugerah ditentukan berdasarkan berjuta-juta ulasan dan pendapat yang berkualiti daripada pelancong TripAdvisor dari seluruh dunia dengan mengambil kira kualiti ulasan dan rating perkhidmatan.

Hotel-hotel lain dalam kategori itu termasuk Seven Terraces di George Town, Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, Majestic Malacca, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh dan LimeTree Hotel di Kuching.

Hanoi Serene Hotel di Hanoi, Vietnam menduduki tangga teratas dalam senarai 25 Hotel Teratas bagi Perkhidmatan Terbaik di Asia.

- Bernama

Pameran pelancongan MAS kembali dengan diskaun sehingga 50%

Malaysia Airlines Travel Fair (MATF 2014)


KUALA LUMPUR: Pameran pelancongan MAS atau Malaysia Airlines Travel Fair (MATF 2014) kembali lagi dengan menawarkan diskaun sehingga 50% ke atas pelbagai destinasi antarabangsa dan domestik.

Ia ditawarkan kepada pelanggan di negara ini bermula 15 sehingga 24 Mei 2014 - dengan para pelanggan dapat menikmati diskaun bagi tempoh perjalanan 18 Mei hingga 31 Disember 2014.

Mereka boleh terbang ke London dalam Kelas Ekonomi dari tambang serendah RM 2699 untuk perjalanan pergi balik atau ke Frankfurt dengan tambang serendah RM 2799 pergi balik, manakala buat destinasi seperti Sydney tawaran bermula dari RM1999 pergi balik dan RM 1099 ke Perth.

Sementara itu, tambang bagi destinasi seperti Chennai, Delhi, atau Kochi adalah dari RM 799 pergi balik.

Tambang kelas perniagaan ke destinasi Eropah bermula dari RM 11, 999 pergi balik, RM 6249 ke Sydney dan RM 3099 pergi balik ke Chennai .

Destinasi lain yang ditawarkan adalah Dubai, Hong Kong, Taipei, Osaka, Darwin, Krabi dan banyak lagi.

Pelanggan yang merancang berkunjung destinasi domestik boleh terbang dari hanya serendah RM 170 pergi balik ke Pulau Pinang dan daripada RM 240 pergi balik ke Kuching.

Tawaran MATF juga boleh ditempah melalui laman web syarikat penerbangan negara itu www.malaysiaairlines.com, pusat panggilan 24 jam 1 300 88 3000, pejabat jualan tiket dan semua ejen pelancongan yang mengambil bahagian di Malaysia.

- Astro Awani 

Penyanyi Adam Ahmad meninggal dunia


Penyanyi era 80an Adam Ahmad


KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80an lagu Kau Pergi Jua, Adam Ahmad meninggal dunia di Hospital Ampang pada pukul 12.15 pagi Khamis akibat penyakit kencing manis, jangkitan kuman dalam darah dan tekanan darah rendah.

Jenazah dilaporkan akan di di bawa ke rumahnya di Taman Chempaka, Ampang.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang dikenali sebagai Norliza.

Selain menyanyi, Allahyarham juga merupakan seoarng komposer dan pernah memenangi Anugerah Juara Lagu pada tahun 1990 menerusi lagu ciptaannya, Janji Manismu dendangan Aishah.

- Astro Awani 

Neelofa bakal berhijrah?

Neelofa

Neelofa

BIARPUN sesetengah pandangan masyarakat melabel pelakon ini tidak layak bercakap mengenai agama atau terlibat menjadi artis panel jemputan dalam forum agama, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus melibatkan diri dalam majlis ilmu atau keagamaan.

Tidak mempedulikan cakap-cakap orang, pemilik nama Nor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dipanggil Neelofa ini akan lebih mendekatkan diri dengan majlis keagamaan kerana jiwanya sangat menyukai perkara-perkara yang mendatangkan kesan positif dalam diri.

“Saya suka dengar ceramah dari dulu lagi. Malah sejak mempunyai rakan-rakan yang suka ke arah itu, saya lebih kerap pergi ke majlis ilmu bersama mereka. Saya tahu ada yang akan menilai saya sebab itulah saya tak suka hebahkan kepada umum yang saya pergi ke majlis-majlis sebegini kerana merasakan ia tidak perlu.

“Cuma kebelakangan ini sahaja beberapa teman ‘posting’ gambar-gambar saya di Instagram membuatkan ramai yang menilai saya,” katanya.

Menurut Neelofa, dia tidak akan membuat sesuatu di luar bidang kuasanya dan akan terus menerus menimba ilmu agama secara berterusan.

“Saya dijemput sebagai panel di forum tersebut bukanlah untuk memberikan pendapat mengenai agama. Namun, ia berkaitan dengan bidang perniagaan yang saya ceburi. Lagipun, saya tahu saya memang belum arif tentang agama jadi memang saya takkan berikan pandangan saya dalam hal keagamaan,” katanya.

Ketika ditebak mengenai dirinya mengenai pemakaian hijab, Neelofa berkata, semua orang memang ingin berubah ke arah kebaikan, begitu juga dirinya.

“Memang semua orang akan berfikir begitu, termasuk juga saya. Namun, saya akan usahakan sedikit demi sedikit sehingga saya benar-benar bersedia untuk berhijab,” katanya yang tidak menolak untuk bertudung satu hari nanti.



Hans bukan calon


Tentu ramai sahaja yang semakin tertanya-tanya adakah benar pelakon dan pengacara kacukan Melayu-Arab ini sedang hangat bercinta dengan aktor, Hans Isaac.

Malah, sejak aktres filem Lemak Kampung Santan ini mula mendedahkan pengarah kacakm itu seorang yang setia dalam percintaan, lebih ramai peminatnya mempercayai pelakon yang mempunyai pakej lengkap dan aura tersendiri ini mempunyai hubungan dengan jejaka kacukan Sepanyol dan Serani itu.

Diusik mengenai perkara itu, Neelofa berkata, setakat ini hubungan mereka memang sangat baik, malah dia juga merupakan antara orang yang paling rapat di sisi Hans.

Namun, menurutnya dia sekarang ini tidak memikirkan lagi soal jodoh kerana meletakkan keutamaannya kepada kerjaya dan keluarga.

“Saya memang berkawan baik dengannya. Tapi jika tanya saya mengenai persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan, saya masih tidak memikirkannya,” katanya yang tidak meletakkan meletakkan syarat tertentu dalam soal cinta dan jodoh.

Namun, namun Neelofa mengakui ingin calon pilihannya nanti mendapat restu daripada orang tua serta keluarganya.

Bahkan, anak ketiga daripada sepuluh beradik yang sering saja menjadi perhatian lelaki ini lebih selesa berkawan dengan lelaki yang lebih matang.

Menurut pelakon ini, umur bukan penentu seseorang itu untuk melangkah ke fasa seterusnya, namun dirinya perlu lebih matang sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Sekarang ni fokus saya nak majukan diri saya dan capai cita-cita sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin,” katanya.


Tak tuju sesiapa


Sebut sahaja tentang perang selebriti tentu sahaja ramai yang berpandangan pelakon drama Kau Yang Terindah ini turut terjebak dalam perkara sedemikian.

Enggan menuding jari atau mengulas tentang sesiapa, Neelofa lebih suka pembaca atau masyarakat berfikir sendiri tanpa mengulas sesuatu isu itu menjadi semakin berpanjangan antara dia dengan seorang artis kontroversi.

“Apa yang saya sampaikan melalui nota saya adalah berkaitan pendapat saya mengenai isu semasa dan ia adalah secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa,” katanya merujuk kepada ruangan kolum tulisannya di salah satu akhbar tempatan itu.

Menurut Neelofa, sekiranya ramai yang tidak bersetuju atau bersetuju dengannya itu terpulang kepada penilaian masing masing.

“Ada yang bersetuju dan ada yang tidak, saya hanya menulis melalui pengalaman dan pemerhatian saya. Saya dipertanggungjawabkan untuk memberikan apa sahaja pandangan saya melalui kolum sendiri dan jika ada yang tidak setuju atau terasa itu
hak mereka,” katanya.

Biarpun ada yang membenci dan membuat penilaian sendiri melalui blog dan laman sosial di Internet, Neelofa lebih senang mengabaikan tulisan-tulisan negatif tentang dirinya itu.


Nanti bulan Ramadan


Menjelangnya Ramadan tahun ini, ternyata Neelofa lebih menantikan kehadiran bulan mulia bagi umat Islam itu berbanding tawaran lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada ibadah puasa.

Menyentuh tentang karier seninya, Neelofa mengakui ada menerima tawaran filem, tetapi masih memikirkannya.

Pengacara Meletop ini juga memberitahu, dia terpaksa memilih tawaran kerja kerana mahu mengosongkan jadualnya pada bulan puasa bagi memastikan dirinya dapat menumpukan ibadah dalam bulan Ramadan.

“Tahun lepas, saya dah rasa bagaimana menjalani penggambaran pada Ramadan. Kali ini, saya sebenarnya takut penggambaran tu jatuh pada bulan puasa lagi sebab sebolehnya saya mahu kosongkan jadual pada bulan puasa,” katanya.

Dalam pada itu, seperti selebriti lain, aktres berusia 24 tahun ini juga telah berjinak-jinak dengan bidang perniagaan dan giat mengusahakan perniagaan tudung, telekung dan kanta lekap yang diceburinya.

“Alhamdulillah, tudung yang saya bekalkan dari Labenon iaitu Bokitta, mendapat sambutan dan kini saya baru lancarkan perniagaan ini secara online.

“Selain itu, sekarang saya dalam perancangan beli kain untuk jahit telekung,” katanya.

-- Sinar Harian 

Europa League: Sevilla snatch victory in shootout after thrilling stalemate

Europa League final, Juventus Stadium – Sevilla 0 Benfica 0 (Sevilla win 4-2 on penalties)


Sevilla snatched the Europa League trophy in a dramatic penalty shoot-out against Benfica following an enthralling goalless draw at Juventus Stadium.

Substitute Kevin Gameiro fired his spot-kick home to hand the Spanish side a 4-2 victory – their third European triumph in nine seasons – and end the Portuguese champions’ hunt for a historic quadruple.

Defeat stretched Benfica’s losing run in European finals to eight as the curse of former coach Bela Guttmann, who claimed in 1962 that the club would go 100 years without European success, continued to haunt them.

A cagy opening period was quickly forgotten as both sides poured forward in a thrilling second half with Sevilla perhaps fortunate to survive a series of penalty shouts and a mad goalmouth scramble.

The tempo inevitably slowed in extra-time with Carlos Bacca going closest to a late winner before a shoot-out ensued. Sevilla stopper Beto the hero as he palmed clear two hesitant Benfica penalties before Gameiro stepped up to smash home the winner.





Source: Eurosport 

Politik Terengganu: Guna pendekatan diplomasi bukan 'kasar'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. -- Gambar Fail


JAKARTA: Kepimpinan tertinggi UMNO perlu menangani kemelut politik Terengganu secara berhati-hati dan menggunakan diplomasi agar parti dan Barisan Nasional (BN) terus mendapat kepercayaan mentadbir negeri itu.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menegaskan demikian berkata, jika pemimpin UMNO pusat menggunakan pendekatan secara 'kasar', ia hanya mengundang masalah seperti terjadi ke atas bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang bertindak meninggalkan parti.

"Kalau kita ambil tindakan yang kasar, bagi dia (Ahmad) kalau tinggalkan UMNO, tiada masalah.

"Tidak seperti di sesetengah negeri, macam Johor, UMNO sudah menjadi darah daging. Kalau orang di Kelantan pula, nak tinggalkan PAS dan UMNO agak payah sebab pegangan mereka kuat.

"Kedua-dua pemimpin (di peringkat pusat dan negeri) mesti terima ada kesalahan di kedua-dua pihak," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas menerima anugerah Doktor Kehormat dalam bidang pembangunan politik daripada Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah di Jakarta, Rabu.

Hadir sama di majlis itu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Terengganu menjadi tumpuan sebelum ini selepas Ahmad yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal mengisytiharkan diri keluar daripada UMNO setelah meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Dr Mahathir berkata di Terengganu tindakan pemimpin UMNO keluar parti bukanlah isu besar berbanding negeri lain.

Beliau berkata di Terengganu, tukar parti perkara biasa dan mereka gemar melakukan percubaan.

"Dia cuba UMNO selepas itu dia cuba PAS. Lepas itu dia cuba UMNO semula.

"Itu cara dia (orang Terengganu), jadi kita kena berjaga-jaga kerana dia mudah beralih. Ini karakter (perangai) orang Terengganu," kata Dr Mahathir.

Menurut Dr Mahathir yang pernah menjadi presiden UMNO, krisis politik di Terengganu itu berpunca daripada kelemahan parti UMNO sekarang.

"UMNO kini lemah. Sedikit sebanyak kerana pandangan (anggota) ialah (fokus) kerajaan terhadap masalah orang Melayu, masing-masing berkata, berkurangan kerana layanan yang kuat diberi kepada parti lawan dan orang Cina.

"Jadi ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu.

"Bagi mereka sokong pun bukan kerana kepimpinan tetapi kerana tidak suka kepada parti lawan," katanya.

Dr Mahathir berkata kepimpinan tertinggi UMNO perlu memahami sentimen penyokong di peringkat akar umbi bagi memastikan parti itu terus mendapat sokongan terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau menegaskan pemimpin UMNO tidak seharusnya mendengar bulat-bulat individu yang berada di sekeliling mereka sahaja, sebaliknya perlu memahami keluhan anggota parti yang sentiasa menyokong UMNO.

"Pemimpin mesti sedar tentang perasaan orang bawah. Jangan harap orang yang dekat sahaja. Kita kena tahu orang di bawah, dia rasa macam mana.

"Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan cara dasar pentadbiran tetapi mereka tidak tahu macam mana nak gunakan saluran (menyuarakannya) kecuali melalui pilihan raya," katanya.

Dr Mahathir berkata sebenarnya UMNO banyak melakukan kesilapan yang serupa, namun tidak ramai pemimpin parti itu yang berani tampil memperbetulkan kesalahan tersebut.

Ini menyebabkan kepimpinan tertinggi merasakan apa yang dilakukan mendapat sokongan, kata beliau.

"UMNO jarang belajar...saya dah kata berkali-kali tetapi mereka tidak sedar. Kita akan kehilangan (kuasa) kerana UMNO tidak belajar dan buat kesalahan yang sama," katanya.
- Bernama 

'Ustaz' pengasas pusat perubatan tradisional ditahan

BUKIT MERTAJAM: Seorang pengasas sebuah pusat perubatan tradisional ditahan dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah rumah teres yang dijadikan pusat perubatan di Permatang Pauh di sini.

Ditahan bersama lelaki berusia 46 tahun yang menggelarkan dirinya ustaz itu ialah dua wanita berusia 32 dan 40 tahun.

Ketua Unit Penguatkuasaan JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata pusat perubatan tradisional itu diserbu setelah didapati menjalankan rawatan bertentangan dengan hukum syarak.

"Serbuan pada 11.30 Selasa malam dengan kerjasama penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis itu adalah hasil maklumat awam dan risikan sejak enam bulan lepas," katanya pada sidang akhbar di Bukit Mertajam, Rabu.

Khairul Azman berkata susulan serbuan itu, pihaknya menahan seorang lagi lelaki berusia 41 tahun yang merupakan pengurus cawangan pusat perubatan berkenaan di Seberang Jaya, awal pagi Rabu.

Khairul Azman berkata siasatan awal mendapati pusat perubatan itu menyediakan rawatan bertentangan dengan hukum syarak bagi pelbagai penyakit berkaitan roh dan saka.

Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dikehendaki membawa satu kilogram limau nipis, garam kasar dan lada hitam, katanya.

Beliau berkata pesakit tidak dikenakan bayaran sebaliknya perlu bersedekah atau memberi hadiah kepada 'ustaz' yang merawat.

Khairul Azman berkata dalam serbuan itu pihaknya merampas pelbagai peralatan dan kelengkapan yang digunakan untuk tujuan perubatan seperti cincin, minyak wangi termasuk beberapa buah buku untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata siasatan mendapati pusat rawatan tradisional itu juga menyediakan 'pengijazahan tenaga dalam dan perubatan' dengan bayaran 'fidyah' RM950 dan individu yang tidak berkemampuan masih berpeluang mendapatkan 'ijazah' itu dengan berpuasa selama 15 tahun tanpa henti walaupun pada hari-hari tasyrik (hari diharamkan berpuasa).

"Kami dapati syarat yang dikenakan bertentangan dengan ajaran Islam dan serbuan dibuat bagi mengelak lebih ramai terjebak dalam kegiatan ini.

"Lebih mengelirukan 'ustaz' terbabit mengaku dirinya sebagai ketua para wali dan boleh menyeru roh Nabi Muhammad SAW serta para malaikat menerusi perantaraan," katanya.

Khairul Azman berkata pengasas pusat perubatan itu disiasat mengikut Seksyen 4, 6 dan 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 kerana mengamal dan menyebarkan doktrin palsu, menggelarkan diri sebagai wali serta memiliki bahan penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak.

"Seorang lagi lelaki dan dua wanita disiasat menurut Seksyen 43 enakmen sama atas tuduhan bersubahat. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
- Bernama