Thursday, 13 March 2014

Kod tango bermaksud rampasan pesawat

MH370

SHAH ALAM - Seseorang juruterbang hanya akan mengaktifkan kod rahsia 'tango' atau 'charlie' apabila berlaku kecemasan seperti rampasan pesawat di udara.

Ia disahkan juruterbang berpengalaman mengenai isyarat tango yang didakwa diaktifkan oleh juruterbang Kapten Zaharie Shah setelah pesawat MH370 hilang dari radar menara kawalan selepas 40 minit di udara.

"Setiap juruterbang akan diingatkan mengenai isyarat-isyarat ini. Ia hanya boleh diaktifkan jika rampasan dan tidak pernah menjadi mainan mana-mana juruterbang sebelum ini. Ini etika kami sebagai juruterbang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pengaktifan kod tersebut untuk memberitahu Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) bahawa pesawat yang dikendalikan dalam masalah dan unit kawalan akan mengambil tindakan selanjutnya.

"Kita mempunyai kod rahsia masing-masing, tetapi tango atau charlie adalah sebagai pengenalan jika berlakunya rampasan," katanya.

Ditanya sama ada isyarat itu dikeluarkan menerusi komunikasi juruterbang dengan menara kawalan atau menerusi butang khas, beliau enggan mendedahkan mekanisme itu kerana maklumat itu sulit.

Katanya, NATCC akan memantau dan beritahu pihak keselamatan selain menghubungi juruterbang untuk arahan seterusnya.

"Hanya dua perkataan itu digunakan sebagai isyarat. Ini perkara serius. Jika benar juruterbang telah mengaktifkan isyarat itu, pasti bukan main-main.

"Dua perkataan itu dikhaskan untuk kes-kes rampasan. Isyarat sama juga digunakan pusat kawalan yang akan menghubungi juruterbang jika berlaku kes seumpama itu," katanya.

Berkaitan kes kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari kelima semalam, pelbagai spekulasi ditimbulkan termasuk Kapten Zaharie, juruterbang pesawat itu dikatakan menghidupkan isyarat tango bagi memaklumkan menara kawalan bahawa penerbangannya dalam situasi cemas.

Ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai empat aspek tumpuan pihak berkuasa mengenai kehilangan pesawat itu, iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi dan peribadi.

Sinar Harian 

Keluarga penumpang sedih, terganggu dengan imej dan berita tidak menyenangkan

KUALA LUMPUR: Ahli keluarga Kranti Shirsath, salah seorang penumpang penerbangan MH370 sedih dan terganggu dengan imej serta berita tidak menyenangkan yang dipaparkan media.

Kranti dilaporkan terbang ke Kuala Lumpur dari Mumbai sebelum menaiki pesawat Boeing-777 Malaysia Airlines itu ke utara Korea melalui Beijing.

Media seluruh dunia yang masih belum pasti dengan apa yang berlaku turut menyiarkan berita yang belum sahih serta spekulasi kemungkinan yang membawa kepada kehilangan penerbangan MH370.

Ia sememangnya mengganggu emosi ahli keluarga Kranti, terutamanya mereka berharap tiada sebarang insiden buruk menimpa wanita berusia 44 tahun itu yang merupaka seorang bekas pensyarah kimia.

Ibu kepada dua orang anak ini adalah antara lima penumpang warganegara India, dan sedang dalam perjalanan bertemu suaminya Prahlad Shirsat.


Astro Awani

Pasangan berbulan madu sepatutnya pulang hari ini

Gambar Mohd Razahan Zamani (kanan) dan Norlia Akmar Hamid (dua dari kanan) yang dirakam oleh bapa Norlia sebelum betolak ke Beijing. --Gambar AFP


KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri sepatutnya pulang ke tanah air hari ini setelah menikmati percutian bulan madu mereka di Beijing.

Namun, Mohd Razahan Zamani, 23, dan Norlia Akmar Hamid, 33, merupakan diantara 227 penumpang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang pada hari Sabtu.

Mereka yang sudah berkahwin selama dua tahun baru berkesempatan untuk berbulan madu. Belum sempat menjejak kaki di ibu negara China, kini lokasi mereka menjadi tanda tanya.

Sebahagian ahli keluarga yang kini menetap di Hotel Everly masih menantikan maklumat terkini tentang lokasi pesawat dan ia sudahpun memasuki hari ke-6.

Ibu kepada Razahan terlalu merindui anak sulung serta menantunya. Beliau terlalu sedih untuk menjawab soalan media, namun sumaninya Zamani Zakaria, 59, sedia untuk berkongsi.

"Hari ini beliau teringat pasal anak. Biasalah perempuan emosi sikit tetapi dia memang sayang anak sulung dia itu. Dulu dapat bergurau-gurau kalau dihubungi,"

"Dia hendak tahu anaknya hidup ke atau macamana kehidupan dan keadaan di sana. Sudah masuk hari ke 6 dan masih tidak tahu lagi keadaan, dapat jumpa atau tidak. Kita tidak tahu lagi." katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Adik kepada Norlia pula tahu tentang keberangkatan pasangan suami isteri itu ke Beijing menerusi laman Facebook.

"Saya tahu mereka berlepas ke Beijing melalui status Facebook kakak tengah malam Jumaat dan kami sekeluarga berharap semuanya berada dalam keadaan selamat," kata Mohd. Lokman Hamid, 31.

Tambah beliau, abang iparnya bekerja di sebuah pasar raya manakala kakaknya bertugas di syarkat pembekal pakaian seragam. Mereka merupakan diantara 38 rakyat Malaysia yang menjadi penumpang penerbangan itu.

Astro Awani 

Mayat reput terapung: DNA sahkan mayat Muhammad


Laporan Sinar Harian 5 Februari lalu.


DUNGUN - Penantian seorang ibu selama 36 hari untuk mengebumikan mayat anaknya yang ditemui mati lemas berakhir apabila jasad anaknya itu berjaya dituntut selepas keputusan DNA mengesahkan identitinya.

Mayat Muhammad Ariffin, 40, dituntut dari Unit Forensik Hospital Kemaman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Pintasan jam 3 petang, kelmarin.

Fatimah Sulong, 56, berkata, dia bersyukur kerana jasad anak sulungnya itu akhirnya berjaya disemadikan selepas melalui tempoh menunggu agak lama berikutan keraguan identitinya.

“Walaupun mayatnya dah jumpa, tapi tak boleh bawa pulang sebab memerlukan keputusan DNA bagi mengesahkan identitinya.

“Sekarang Alhamdulillah, semuanya dah selesai, hasrat mak cik nak kebumikan berdekatan pusara arwah bapanya termakbul,” katanya.

Muhammad Ariffin dilaporkan hilang 22 Januari lalu ketika terjatuh dari bot akibat dihempas ombak selepas pulang dari menangkap ikan di laut sebelum mayatnya ditemui 4 Februari lalu di Pantai Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Sinar Harian 5 Februari lalu melaporkan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terlentang kira-kira enam batu nautika timur perairan Tanjung Gelang, Kuantan, pada jam 11 pagi.

Sinar Harian 

MH370: Pekerja pelantar minyak New Zealand dakwa nampak pesawat terbakar

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.

Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay.

Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.

Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370.

Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang.

Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.

Pesawat itu dilaporkan bergerak dari arah barat daya dalam keadaan terbakar pada altitud tinggi.

Susulan itu, Mckay menjelaskan beliau telah cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam beberapa hari lalu.

Astro Awani 

MH370: Pesawat terbang selama empat jam dari lokasi terakhir ia dikesan


KUALA LUMPUR: Pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas berkemungkinan terbang selama empat jam daripada lokasi dan waktu terakhir ia dikesan.

Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ), penyiasat penerbangan dan para pegawai keselamatan percaya pesawat itu berada di udara untuk jumlah masa lima jam termasuk sejam daripada lokasi terakhir ia berlepas. Ia berdasarkan data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar oleh enjin pesawat Boeing 777 itu.

Ia adalah sebahagian daripada program peyelenggaraan dan pemantauan rutin syarikat itu.

Masa penerbangan sebanyak lima jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur bererti pesawat itu mampu terbang dengan jarak tambahan kira-kira 2,200 batu nautika . Ia boleh terbang sehingga Lautan Hindi, sempadan Pakistan atau Lautan Arab , berganttung kepada kelajuan pesawat tersebut.

WSJ turut mengesahkan bahawa juruterbang boleh mematikan transponder, iaitu alat yang memancarkan isyarat pergerakan pesawat.

Laporan itu berkata pihak penyiasat keganasan Amerika Syarikat sedang menyiasat kemungkinan juruterbang pesawat itu atau individu lain yang berada di atas pesawat itu mematikan transponder untuk mengelakkan radar pesawat itu dikesan.

Setakat ini, pegawai keselamatan Amerika Syarikat berkata tiada petunjuk bahawa kejadian itu ada kaitan dengan keganasan walupun mereka tidak mengenepikan kemungkinan itu.

Walaubagaimanapun, persoalan ke manakah pesawat itu menghala dan mengapa ia terbang untuk waktu yang lama tanpa menghidupkan transponder, telah menyebabkan pelbagai teori dikemukakan oleh para penyiasat.

Seorang pegawai yang terlibat dengan penyiasatan itu berkata salah satu teori yang disiasat ialah kemungkinan pesawat itu dialihkan "dengan niat untuk menggunakan pesawat itu kemudian, untuk satu tujuan yang lain.

Sistem pemantauan enjin pada pesawat itu dibekalkan oleh pembuat enjin, Rolls Royce yang secara berkala akan menghantar maklumat berhubung keadaan enjin, operasi dan pergerakan pesawat serta kemudahan di darat.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelenggaraannya, Penerbangan Malaysia menghantar data enjin secara langsung untuk dianalisa oleh Rolls -Royce.

Sistem ini mengumpul data dari dalam pesawat 777 dengan prestasi enjin berkembar Trent 800 itu.

Menurut laman web Rolls -Royce, data tersebut diproses secara automatik "supaya perubahan kecil pun boleh dikesan. "

Data enjin tersebut sedang dianalisa untuk membantu menentukan laluan penerbangan pesawat selepas transponder berhenti berfungsi.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut.

Raja Bomoh MH370 jadi Raja Lawak

KUALA LUMPUR: Ramai beranggapan perbuatan Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dirinya sebagai Raja Bomoh dalam membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 adalah amat melucukan.


Selain dianggap memalukan negara, perbuatan Raja Bomoh itu mula diajuk orang ramai.

Ibrahim mendakwa dalam tilikannya, pesawat MH370 yang hilang tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam.

Parodi twitter Raja Bomoh itu juga telah diwujudkan.

Malah, portal antarabangsa Huffington Post turut mengulas mengenai tindakannya yang mencuri tumpuan ditengah-tengah usaha mencari pesawat yang hilang.

Nampaknya Raja Bomoh sudah jadi Raja Lawak.








Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 kerana ia adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Mh370

Dalam kenyataan bertulis oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, beliau memaklumkan dalam satu mesyuarat panel Kajian Akidah JAKIM pada 22 hingga 23 Nov 2004 memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim adalah  bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik.


“Jika dilihat dari sudut alat yang digunakan Ibrahim menggambarkan bahawa 'raja bomoh' tersebut menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam” katanya dalam satu kenyataan.

JAKIM turut berpesan agar umat Islam harus meyakini Allah SWT adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakal.

MH370

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata mereka tidak teragak-agak untuk menahan mereka yang mengamalkan amalan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurut laporan The Star, Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Daerah Sepang, Zaifullah Jaafar Shidek berkata bahawa perbuatan yang bertentangan dengan prinsip syariah dan fatwa akan diminta untuk bersurai dan jika enggan, JAIS tidak  teragak-agak untuk melakukan penangkapan.

Sumber: ASTRO Awani 

MH370: Hishammuddin kata tidak siasat rumah kru pesawat, Zahid kata siasat


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada berkunjung ke rumah kru pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa lokasi lain bagi mencari maklumat lanjut dan nilai tambah kepada siasatan sedia ada.

"Apa yang dilakukan polis mencari maklumat dan menyiasat. Maklumat itu untuk memudahkan pencarian jika ada yang boleh dimulakan sebagai nilai tambah.

"Kerja polis biasalah mencari maklumat bagi mempermudahkan penyiasatan," katanya pada sidang media selepas taklimat polis berkaiatan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Maktab Polis, Cheras hari ini.

Namun beberapa jam selepas, Zahid mengumumkan perkara berkenaan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga pemangku Menteri Pengangkutan berkata polis menyiasat atau mengeledah rumah juruterbang pesawat MH307 seperti yang dilaporkan.

Hishammudin berkata pihak PDRM telah mengeluarkan kenyataan media bagi menafikan dakwaan yang dibuat itu.

"Apa yang saya tahu polis tidak siasat atau mengeledah rumah pilot seperti yang dilaporkan. Pihak polis sudah mengeluarkan kenyataan menafikan mereka mengeledah rumah pilot tersebut," kata pada sidang media di Hotel Sama-Sama, hari ini.

Awal petang tadi, pihak PDRM mengeluarkan kenyataan menafikan laporan Harian Metro yang mengatakan tumpuan siasatan kini lebih kepada seorang penumpang etnik Uyghur berusia 35 tahun.

Astro Awani 

MH370: PDRM denies reports on investigations into Uyghur passenger

MH370: PDRM denies reports on investigations into Uyghur passenger
-filepic

KUALA LUMPUR:  The Royal Malaysian Police (PDRM) denied reports that they are focusing its investigation on a 35-year old passenger of Uyghur descent.

Federal CID director Comm Datuk Hadi Ho Abdullah said he had not given any statement regarding the investigation pertaining to the missing MH370.

“The investigation is confidential and it is still ongoing. The police will divulge latest development in the case at the right time," he said in a statement Thursday.

Any media reports which quoted him as confirming on the case was false, he said in response to a Berita Harian report on Thursday quoting him as saying that police are focusing on Chinese national due to this ethnicity and background.

MH370, a code share flight with China Southern Airlines, left KLIA for Beijing at 12:41am Saturday morning.

All communication with the plane was lost at 1:30am and no distress signal or call was received.

The flight had registered 239 passengers, 38 of them Malaysian. It was scheduled to arrive at Beijing International Airport at 6:30am 

Astro Awani 

MH370: Tiada bukti objek dikesan satelit China ada kaitan - Reuters


KUALA LUMPUR: Tidak ada bukti tiga objek terapung yang dikesan satelit China di Laut China Selatan berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang, kata Ketua Penerbangan Awam China, Li Jianxiang, lapor Reuters.

Awal hari ini, CNN juga melaporkan satelit China mendakwa mengesan tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.

Menurut laporan CNN itu, objek-objek terbabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui akaun Twitternya hari ini mengesahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke kawasan Laut China Selatan, tempat tiga objek dikesan satelit China.

CNN juga Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah dihantar ke kawasan tiga objek dikesan satelit China.

Laporan tersebut memetik sumber daripada TUDM yang tidak mempunyai kebenaran untuk membuat kenyataan memaklumkan kepada mereka.

Astro Awani 

MH370: PDRM dan Interpol tumpu siasat penumpang lelaki etnik Uyghur


Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR: Latar belakang lelaki etnik Uyghur yang menaiki penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) menjadi tumpuan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis antarabangsa Interpol berbanding penumpang lain.

Harian Metro melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami masih melakukan siasatan lanjut berhubung perkara ini," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Difahamkan tumpuan siasatan lebih kepada lelaki Uyghur berusia 35 tahun yang merupakan pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah universiti di Turki kerana kepakaran yang dimiliki.

Lelaki yang disiasat itu berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom mempunyai kepakaran dalam bidangnya dan pernah membuat kajian simulasi penerbangan.

Siasatan itu juga dibuat kerana kerajaan tidak menolak unsur keganasan sebagai salah satu sebab kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.

Uyghur merupakan kumpulan etnik Turki yang tinggal di China.

Astro Awani 

MH370: Some family members ready to 'accept the truth', says Welfare Department


PUTRAJAYA: Some family members to the passengers of flight MH370 have begun to ‘accept the truth’ of what they may hear about the fate of the missing airplane.

This, according to Social Welfare Department (JKM) director-general Datuk Noraini Mohd Hashim, was the feedback she received from the 47 counsellors working around-the-clock at Everly Hotel, here.

“It is now the sixth day, there are families that have begun to accept the truth of the matter, of what they will be hearing, slowly, " said Noraini.

It was understood that 133 Malaysian family members are being placed at Everly Hotel while some 24 Chinese nationals are staying at Cyberview Lodge in Cyberjaya.

Another hotel, Pullman Hotel, is also being readied but has yet to receive any family members.

“There are still those who are stressed and sad, and there are also those who have gone home, one of them because she feels that she needed to be with her child in Ipoh,” she said.

For the families that are now staying at home, Noraini advised that they inform the state JKM if they feel that they needed counselling. “Just call and we will send someone over,” she said.

Astro Awani 

MH370: Vietnam yet to find objects seen by Chinese satellite

HO CHI MINH CITY: A search by two Vietnamese aircraft responding to information provided by a Chinese satellite has failed to locate objects suspected of being wreckage from a missing Missing Malaysia Airlines (MAS) plane MH370, a Reuters journalist on board a search plane said on Thursday.
Aircraft repeatedly circled the area over the South China Sea but were unable to detect any objects, said the journalist, who flew aboard a Antonov 26 cargo plane for three hours.
Vietnamese and Malaysian planes were scanning waters where a Chinese government agency website said a satellite had photographed three “suspicious floating objects” on Sunday.
The location was close to where the plane lost contact with air traffic control. – Reuters

MH370: MAS henti guna kod MH370


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan menghentikan penggunaan kod pesawat MH370 dan MH371 untuk laluan penerbangan Kuala Lumpur- Beijing-Kuala Lumpur sebagai tanda penghormatan untuk penumpang dan krew yang hilang bersama pesawat MH370 pada Sabtu lepas.

MAS berkata, kod penerbangan MH370 akan digantikan dengan MH318 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sementara kod MH371 akan diganti dengan MH319 untuk penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur.

MAS berkata dua kod baru itu akan berkuatkuasa mulai esok.

“Tiada perubahan kepada jumlah penerbangan dan MAS akan terus mengendalikan perkhidmatan harian dua kali ke Beijing.

“Doa dan ingatan kami akan terus bersama rakan serta penumpang pesawat MH370” kata MAS dalam satu kenyataan media.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut.

Astro Awani 

Missing MH370: Family of missing passenger still calling his mobile phones

BEIJING: The family members of a passenger of Uighur descent said he was in Malaysia for an art exhibition. 
One of them, who spoke to the press on Wednesday afternoon, said the family has also been trying to call his mobile phones, but to no avail.
"We have been dialling both his numbers since March 8," he said.
Among his family members who have rushed to Lido Hotel in Beijing included his elder brother and wife.
As of Wednesday afternoon, they have not decided if they wanted to fly to KL to be closer to the command centre.
According to the Chinese media reports, the 35-year-old man originates from Qeshqer, Xinjiang.
He is a member of the Xinjiang Artists Association.

Source: The Star Online, March 13, 2014

MH370: 'Keluarga mula menerima hakikat' - JKM


CYBERJAYA: Sebahagian daripada anggota keluarga kepada penumpang MH370 pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang Sabtu lalu telah mula menerima hakikat atas apa jua perkhabaran yang bakal mereka terima mengenai pesawat itu nanti.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Datuk Noraini Mohd Hashim, itu adalah sebahagian maklum balas daripada 47 orang kaunselor JKM yang ditempatkan di Everly Hotel di sini.

“Sudah masuk hari keenam… ada keluarga yang mula menerima hakikat apa sahaja perkhabaran yang mereka akan dengar nanti,” kata Noraini.

Difahamkan, seramai 133 orang rakyat negara Malaysia ditempatkan di hotel ini, manakala seramai 24 rakyat China lagi ditempatkan di Cyberview Lodge di Cyberjaya. Pullman hotel turut disediakanuntuk menempatkan ahli keluarga penumpang, namun setakat inibelum menerima sebarang keluarga lagi..

“Ada yang masih mengalami tekanan dan sedih, dan ada juga yang sudah pulang ke rumah kerana mereka rasa mereka perlu bersama anak yang lain di Ipoh,” katanya.

Untuk keluarga yang tinggal di rumah sendiri, Noraini menasihatkan mereka untuk memaklumkan JKM negeri jika memerlukan khidmat kaunselor.

Astro Awani 

MH370 mungkin ada hantar isyarat namun tak disedari

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin ada menghantarisyarat kecemasan namun tidak disedarisesiapa.

Menurut Perunding Pertahanan Dan Aeroangkasa Frost & Sullivan Asia Pasifik, Ravikumar Madavaram ia hanya menghantar isyarat bip dan sekiranya tidak ada kapal yang melalui kawasan tersebut ia tidak dapat dikesan.

Tambahnya Sistem Laporan dan Komunikasi Penerbangan (ACARS) mungkin tidak sempat mengantar isyarat masalah.

Ini kerana ACARS boleh di direka khas bergantung kepada syarikat penerbangan tersebut.

Tambahnya berdasarkan kes Air France 447, kebiasaanya juruterbang akan cuba mengawal kapal terbang apabila ia menghadapi masalah.

Pada ketinggian 35, 000 kaki ia mengambil masa empat minit untuk pesawat terhempas.

Namun Siva berkata dalam kes-kes sebelum ini, juruterbang hanya tahu ia akan terhempas beberapa saat sebelum kejadian selepas gagal mengawal.

Astro Awani 

MH370: APMM hantar pesawat Bombardier siasat objek dikesan satelit China


KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke Laut China Selatan, di mana tiga objek dikesan satelit China yang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.

Perkara ini disahkan melalui Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui laman Twitternya hari ini.


APMM Bombardier has already been dispatched to investigate alleged claims of debris being found by Chinese satellite imagery#MH370— H2O Comms (@H2OComms) March 13, 2014

Awal hari ini, CNN juga melaporkan satelit China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.


Menurut laporan CNN itu, objek-objek terbabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.

Sumber: Astro Awani 

MH370: Hari keenam, kehilangan pesawat terus jadi misteri


KUALA LUMPUR: Hari ini hari keenam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada awal pagi Sabtu lalu.

Sehingga semalam, misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) masih belum ada tanda-tanda akan ditemui.

Hari kelima, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Tun Hussein belum menemui sebarang kotak hitam daripada pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lalu.

"Tidak ada apa-apa kesan ditemui, tidak ada kotak hitam milik MH370 dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

"Fokus kita untuk mencari pesawat. Kita melakukan operasi di Laut China Selatan dan Selatan Melaka.," katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata sebanyak 12 negara menyertai misi SAR pesawat MH370 dengan negara terbaru India, Jepun dan Brunei.

Beliau berkata Malaysia juga amat mengalu-alukan lebih ramai pakar dalam bidang penerbangan tampil membantu operasi SAR.

"Sehingga kini 39 pesawat, 42 kapal dan 12 negara bersama dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 ini," katanya lagi.

Manakala, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberitahu, pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefly Mohd Zin berkata, untuk tidak mengambil sebarang risiko, pihaknya menghantar pesawat C130 untuk meninjau tetapi tidak menemui apa-apa di kawasan terakhir pesawat misteri itu dikesan.

"Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang Sabtu mengarahkan supaya kawasan mencari dan menyelamat diperluaskan, kami (ATM) melihat kawasan yang akan diperluaskan.

"Kita kaji semula rakaman daripada radar dan kami mendapati ada kemungkinan pesawat ini berpatah balik dan tak pasti sama ada ia adalah pesawat yang sama tapi dalam radar ada nampak patah balik," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, semalam.

Manakala Panglima Tentera Udara (PTU), Tan Sri Rodzali Daud mendedahkan satu pesawat tidak dikenali dikesan pada kedudukan barat laut Pulau Pinang, awal pagi Sabtu.

Rodzali berkata pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dijadualkan ke Beijing.

“Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya.

Beliau menjelaskan, pesawat misteri itu dikesan pada 2.15 pagi waktu tempatan pada Sabtu, kira-kira 45 minit selepas pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari skrin kawalan trafik udara antara pantai timur Malaysia dan Vietnam.

Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.

Astro Awani 

MH370: Kemanakah arah pesawat sekiranya berpatah balik?

Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berpendapat jika sesuatu penerbangan berpatah balik dan menuju ke tempat yang tidak selamat ia menimbulkan tanda tanya.

Nik Ahmad Huzlan berkata dalam kes kehilangan pesawat MH370 milik MAS itu, ia menimbulkan banyak persoalan ke mana hala tuju penerbangan tersebut.

Katanya, jika pesawat itu berpatah balik dan mahu kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), akan ada radar di Selat Melaka yang dapat mengesannya.

"Kalau dia pusing ke bawah pun ada radar di kawasan Selat Melaka, di Singapura, kalau dia pusing ke atas juga akan ada radar di kawasan Thailand," katanya kepada Astro AWANI.

Sumber: Astro Awani 

Baru: Lenovo Vibe Z dipasaran bulan depan pada harga RM1,799



Hung Chuan (tiga dari kiri) menunjukkan Lenovo Vibe Z ketika majlis memperkenalkan produk itu, semalam.


SYARIKAT peralatan teknologi terkemuka, Lenovo memperkenalkan produk baharunya iaitu telefon pintar evolusi jangka panjang (LTE) yang pertama, Lenovo Vibe Z.

Pengurus Besar Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan berkata, produk baharu itu dijangka membantu pertumbuhan perolehan positif kepada pasaran dan jualan kesemua produk Lenovo berbanding pada tahun lalu.

Lenovo Vibe Z dilengkapi peranti dengan kawalan isyarat, peningkatan perisian foto dan pelbagai teknologi premium yang lain.

“Kami sasar golongan muda yang aktif dengan media sosial serta gemar bergambar. 

"Vibe Z dicipta dengan reka bentuk elegan, berprestasi tinggi dan perisian khas supaya orang ramai merasai pengalaman telefon pintar terbaik pada kelajuan LTE,” katanya di pelancaran Vibe Z, di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu Vibe Z akan berada di pasaran pada 15 April 2014 dengan harga RM1,799.

Missing MH370: Chinese satellites may have detected ‘suspected crash area’

KUALA LUMPUR: China said its satellites have detected three large floating objects in a suspected crash site near where the missing Malaysia Airlines (MAS) flight MH370 lost contact, the latest twist in a hunt which entered its sixth day Thursday.

China’s State Administration for Science, Technology and Industry for National Defence said late Wednesday that a Chinese satellite had seen the objects in a “suspected crash sea area” in the South China Sea on March 9, and that the images were being analysed.

The search for MH370 now encompasses nearly 27,000 nautical miles (over 90,000 square kilometres) and involves the navies and air forces of multiple nations.

The hunt originally focused on an area off Vietnam’s South China Sea coast, where the Boeing 777 last made contact Saturday on a journey from Kuala Lumpur to Beijing.

Malaysian authorities later expanded it to the Andaman Sea, north of Indonesia, hundreds of miles away.

The suspected objects detected by the Chinese satellite were found at 105.63 degrees longitude East and 6.7 degrees latitude North, the administration said on its website.

It added that they were spread across an area with a radius of 20 kilometresin sizes that appeared to be 13 x 18 metres, 14 x 19 metres and 24 x 22 metres. Previous sighting of possible debris have proved not to be from the jet. – AFP via The Star Online

TUDM kesan pesawat tak dikenali lepas MH370 hilang




SHAH ALAM - Tentera Udara Diraja Malaysia mendedahkan, sebuah pesawat tidak dikenali dikesan di ruang udara utara Selat Melaka selepas penerbangan MH370 gagal dikesan.

Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines yang dijadualkan ke Beijing.

“Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Rodzali berkata, pesawat tidak dikenali itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 minit selepas MH370 hilang dari skrin kawalan udara.

Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.

Pendedahan itu muncul hanya beberapa jam selepas beliaumenafikan laporan akhbar bahawa radar tentera mengesan MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.

Sinar Harian 

MH370: Jangan beri harapan palsu


CYBERJAYA: Tiada siapa yang benar-benar dapat menyelami perasaan ahli keluarga yang menunggu khabar berita orang tersayang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Bagi pengasuh dan kaunselor, sesetengah mereka yang mengorbankan masa kerja yang lebih untuk membantu, apa yang mereka cuba lakukan adalah untuk memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga terlibat.

"Tidak ada banyak yang boleh kami lakukan. Mungkin akan ada keajaiban atau berita baik tetapi sebenarnya apa yang boleh kita lakukan ialah menenangkan perasaan mereka dengan cuba membayangkan kita sendiri yang melalui apa yang mereka lalui sekarang," kata kaunselor sukarelawan Ow Lai Fan.

Ow bersama tiga sukarelawan lain, Saw Phaik Wah, Christina Ong, and Barbara Yen, datang ke Cyberview Lodge pada Rabu menawarkan diri untuk menghulurkan bantuan dan sokongan emosi kepada 12 keluarga kebanyakannya dari China yang menginap di situ.

Mereka datang kerana merasakan "perlu melakukan sesuatu daripada hanya duduk berpeluk tubuh" selepas mendapat tahu kehilangan pesawat itu.

Mereka menawarkan sesi kaunseling bersemuka atau dalam kumpulan.

Bagaimanapun empat anggota pertubuhan Buddha diberitahu khidmat mereka tidak diperlukan sekarang.

Barbara, sukarelawan yang paling kanan. Wanita kecil molek berumur 67 tahun itu sudah menghabiskan 40 tahun daripada usianya untuk kerja sosial dan kaunseling.

"(Apa yang mereka perlukan) ialah sokongan daripada keluarga dan masyarakat," kata Barbara kepada wartawan.

Dia yang pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya menjaga pengidap HIV dan masalah mental di hospital. Dia juga mempunyai pengalaman kaunseling mangsa tsunami di Sri Lanka.

"(Tetapi) adakalanya mereka perlu masa," kata Barbara, merujuk kepada media dan tumpuan yang diberikan kepada keluarga penumpang MH370.

“Media kadang-kadang boleh jadi keterlaluan, boleh menambahkan keresahan keluarga. Saya tidak tahu, sepatutnya media tidak menyerbu mereka sekali harung," katanya, dan menambah media melakukan "tugas yang baik untuk memberitahu masyarakat."

Menurut Barbara, ahli keluarga penumpang MH370 memerlukan sokongan, kasih sayang dan kebajikan daan bukan maklumat palsu dan spekulasi.

"Jangan beri harapan palsu juga. Apabila ada terlalu banyak harapan ia mungkin jadi sebaliknya. Jangan kata apa-apa. Hanya cerita apa yang perlu dengan kasih sayang, dengan belas kasihan dan pemahaman," katanya.

Biarpun ditolak oleh Malaysia Airlines dan Kedutaan China, kumpulan itu berkata mereka bersedia untuk dipanggil membantu bila-bila masa diperlukan.

Setakat ini lebih kurang 100 buah keluarga dari enam negara — iaitu China, New Zealand, Ukraine, Indonesia, India, dan Malaysia — berada di Kuala Lumpur menunggu perkembangan terkini usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 serta nasib 239 yang menaikinya.

Astro Awani

MH370: Satelit China kesan 3 objek dipercayai ada kaitan dengan kehilangan pesawat

KUALA LUMPUR: Satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.

Menurut laporan berita saluran CNN itu, objek-objek terabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.



Kementerian Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan negara itu yakin penemuan ini adalah petunjuk baru kepada kes kehilangan MH370.

Imej berkenaan dirakamkan pada 9 Mac lalu di selatan Vietnam atau timur laut Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ia berkedudukan di koordinat longitud 105 perpuluhan 63 darjah timur, 6 perpuluhan 7 darjah utara pada latitud.


Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 1.40 pagi Sabtu.

Gerakan mencari besar-besaran mencari dan menyelamat yang dilancarkan oleh pelbagai negara sehingga semalam gagal menemui sebarang petunjuk dan perkembangan tersebut hanyalah menambah lagi kerisauan dan kebimbangan terhadap keluarga dan waris 239 penumpang dan krew yang berada dalam pesawat tersebut.



Astro Awani

MH370: Pesawat tersasar haluan selepas hilang dari radar?


KUALA LUMPUR: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 terputus komunikasi termasuk isyarat ‘transponder’ yang sangat penting untuk memberitahu kedudukan altitud, arah dan juga kelajuan sekitar jam 1.30 pagi pada Sabtu.

Walaupun begitu, pergerakannya masih lagi berada dalam pantauan radar untuk satu jam 10 minit berikutnya sehinggalah pesawat tersebut hilang sepenuhnya tanpa dikesan dan dipercayai pesawat tersebut telah tersasar ratusan batu dari haluan sebenar destinasinya.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang pegawai Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang enggan dikenali kepada CNN dan senario tersebut nampaknya telah sekurang-kurangnya menerangkan tentang apa sebenarnya yang terjadi pada pesawat yang telah hilang secara misteri pada hari tersebut.

Ternyata, seandainya perkara tersebut adalah benar ianya ternyata akan menimbulkan seribu satu pertanyaan seperti mengapa komunikasi boleh terputus? Mengapa pesawat Boeing 777-200 itu boleh tersasar haluan? Di mana ianya berada?

Sesuatu telah terjadi pada pesawat tersebut dan ternyata ianya adalah lain dari kebiasaan terutama apabila ianya tersasar dari haluan asal. Namun, ianya sukar untuk tidak ditolak kemungkinan itu,” kata Mark Weiss, mantan juruterbang pesawat Boeing 777 dan sekarang bekhidmat untuk sebuah firma perundingan, Spectrum-group di Washington.

Sementara itu, bekas Pengarah Urusan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Peter Goelz, berpendapat bahawa jika benar informasi yang diberikan ini membuktikan bahawa terdapat seseorang yang sengaja memutuskan ‘transponder’ itu dan mengubah haluan pesawat itu dari laluan yang ditetapkan.

“Perlakuan ini adalah sesuatu yang aneh,” kata Goelz.

Sesetengah penganalisis kurang meyakini bahawa terdapat individu-individu yang ‘berkepentingan’ seperti perampas kapal terbang mahupun kru pesawat yang bermasalah.

Ada pula yang berpendapat bahawa masalah elektronik dalam pesawat tersebut berkemungkinan mendesak juruterbang dan kru cuba berpatah balik namun tidak berjaya.

Mantan Presiden Sumber Informasi Penerbangan yang juga seorang juruterbang veteran, Kit Darby menerangkan bahawa masalah bekalan kuasa mungkin antara perkara yang berlaku dalam pesawat tersebut.

“Sistem bekalan kuasa simpanan hanya mampu bertahan untuk satu jam sahaja dan lazimnya pada waktu-waktu genting seperti itu, juruterbang akan cuba berpatah balik ke lapangan terbang yang terdekat,” katanya.

Walau apa pun pendapat yang diberikan, ianya tetaplah sekadar teori malah, juruterbang berpengalaman yang pernah mengendalikan pesawat komersil terbesar sekalipun tidak dapat merumuskan selagi pesawat tersebut tidak ditemui.

Gerakan mencari besar-besaran mencari dan menyelamat yang dilancarkan oleh pelbagai negara gagal menemui sebarang petunjuk dan perkembangan tersebut hanyalah menambah lagi kerisauan dan kebimbangan terhadap keluarga dan waris 239 penumpang dan krew yang berada dalam pesawat tersebut.

Namun begitu, sekurang-kurangnya pendedahan pegawai TUDM itu diharap dapat memberi petunjuk walaupun kesahihan dan kesimpulannya itu masih lagi samar-samar.

Perbuatan yang disengajakan atau kerosakan mekanikal?

Menurut TUDM, ‘transponder’ pesawat tersebut didapati berhenti berfungsi ketika pusat kawalan trafik udara hilang komunikasi dengannya sekitar perairan di Vietnam.

Malah, TUDM juga kehilangan jejak pesawat tersebut yang dipercayai melewati Pulau Perak – sebuah pulau kecil di Selat Melaka yang terletak jauhnya ratusan batu dari kedudukan asal laluan pesawat Kuala Lumpur-Beijing.

Jika data tersebut didapati benar, pesawat itu telah terbang menuju ke Beijing dengan haluan yang tersasar iaitu berlawanan dengan laluan asalnya di Semenanjung Malaysia.

Apakah sebenarnya yang berlaku pada ‘transponder’, instrumen yang sangat penting dalam kokpit pesawat yang menerangkan informasi seperti kedudukan altitud, lokasi, arah dan kelajuan secara tiba-tiba tidak berfungsi?.

Goelz merasakan bahawa satu-satunya penyebab berkenaan adalah adanya seseorang yang sengaja menutup transponder tersebut untuk melindungi kedudukan pesawat dan arahnya.

“Mungkin wujudnya seseorang berniat jahat untuk mengambil alih pesawat dan mengendalikannya jauh dari haluannya dan mungkin dalam hal ini, merancang untuk membuatkan pesawat tersebut terhempas,”.

“Seseorang perlulah mempunyai tujuan yang tertentu untuk menutup transponder itu dan ianya mungkin ada penjelasan berbentuk mekanikal terhadap apa yang sedang berlaku namun, penjelasan berbentuk mekanikal itu agak tipis,”.

Juruterbang terlatih dan perunding penerbangan, Anthony Roman pula berpendapat kebakaran yang cepat mungkin telah berlaku pada kokpit pesawat dimana ianya menyukarkan krew pesawat untuk berbuat lebih dari berpatah balik ke destinasi asal.

“Api sangat berbahaya. Ianya boleh merebak dengan cepat dan memusnahkan segalanya termasuk sistem pesawat,” terang Roman kepada CNN.

Darby bagaimanapun tetap merasakan bahawa isu mekanikal adalah perkara yang berkemungkinan berlaku pada pesawat tersebut.

“Dalam pesawat tersebut, segalanya dipacu dengan elektrik. Dalam kata lainnya, jika berlakunya “kegagalan yang dahsyat” ianya pasti akan melumpuhkan keseluruhan sistem pesawat seperti transponder,”.

Jika situasi tersebut berlaku, pesawat tersebut telah terbang untuk satu jangka waktu yang tertentu tanpa bekalan elektrik.

Astro Awani 

MH370: Hishammuddin nafi banyak kekeliruan timbul


SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Tun Hussein hari ini memberitahu pasukan misi mencari dan menyelamat (SAR) belum menemui sebarang kotak hitam daripada pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lepas.

"Tidak ada apa-apa kesan ditemui, tidak ada kotak hitam milik MH370 dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

"Fokus kita untuk mencari pesawat. Kita melakukan operasi di Laut China Selatan dan Selatan Melaka.," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.

Beliau juga mengesahkan lebih ramai pakar dibawa ke dalam negara untuk membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

"Kita bekerjasama dengan banyak pihak, kita membawa pakar untuk menganalisis data terkumpul oleh tentera dan penyiasat awam dari barat dan timur, termasuk NTSB AS," katanya. 

Hishammuddin juga mengesahkan sebuah objek berupa rakit yang ditemui sekumpulan nelayan di Port Dickson tiada kaitan dengan pesawat MH370.

Beliau menolak dakwaan bahawa lebih banyak kekeliruan kini timbul apabila pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) masih belum ditemui yang masuk hari kelima hari ini.

"Banyak soalan spekulasi kita jawap sepanjang sidang akhbar sejak Sabtu lalu.

"Kalau kita tahu di mana kita akan fokus kepada satu kawasan. Semua jawapan kami adalah konsisten. Sebab itu kita deploy semua pesawat dan kapal serta operasi mencari dan menyelamat kepada dua kawasan.

"Selagi kita tak jumpa pesawat kita tidak akan hentikan operasi," tegas beliau.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata sebanyak 12 negara menyertai misi SAR pesawat MH370 dengan negara terbaru India, Jepun dan Brunei.

Beliau berkata Malaysia juga amat mengalu-alukan lebih ramai pakar dalam bidang penerbangan tampil membantu operasi SAR.

"Kita bekerjasama dengan banyak pihak dan setakat ini tiga negara lagi iaitu India, Jepun dan Brunei turut menyertai misi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.

"Sehingga kini 39 pesawat, 42 kapal dan 12 negara bersama dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 ini," katanya lagi.

Mengulas mengenai kerjasama dengan Vietnam, Hishammuddin menjelaskan kerajaan telah menghantar satu nota diplomatik kepada kerajaan Vietnam semalam supaya Malaysia boleh menghantar bantuan operasi mencari dan menyelamat di kawasan perairan negara itu.

"Ada tuduhan kerjasama dengan Vietnam tak erat. Kita menafikannya. Usaha nencari dan menyelamat pada tahap kebertanggungjawapan pihak Vietnam. Mereka tidak menolaknya.

"Kita bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Vietnam. Apa yang kita tahu setakat ini kerjasama itu sangat baik sehingga hari ini," jelas beliau.

Sebelum ini dilaporkan Vietnam telah menggantung operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di udara sementara menunggu Malaysia untuk menjelaskan hala tuju baru dalam pencarian pesawat yang hilang secara tiba-tiba pada Sabtu lepas.

Astro Awani 

MH370: Fokus jaga kebajikan keluarga penumpang dan anak kapal


KUALA LUMPUR: Fokus utama Malaysia Airlines (MAS) kini ialah menjaga kebajikan keluarga penumpang dan kru penerbangan MH370 dengan menyediakan maklumat terkini, kemudahan pengangkutan, tempat penginapan, makanan, perubatan dan sokongan moral kepada mereka.

MAS dalam kenyataan hari ini, berkata pada masa ini sebanyak 115 keluarga berada di ibu negara dan keperluan mereka dijaga oleh 72 pembantu selain penterjemah bagi keluarga dari China.

"Pembantu menyampaikan maklumat terkini berhubung operasi mencari dan menyelamat selain memberi sokongan moral," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu pembantu berkenaan meliputi warga kerja MAS yang terlatih serta sukarelawan daripada Mercy Malaysia serta Yayasan Tzu Chi dan mereka ditempatkan di lima lokasi di Beijing, China serta empat lokasi di sini.

Kata kenyataan itu MAS juga menyalurkan bantuan kewangan sewajarnya kepada semua keluarga yang berkenaan.

"Kami kesal dan berkongsi kesedihan dengan keluarga terbabit dan kami akan melakukan apa yang terdaya untuk meringankan beban mereka. Kami juga berkongsi keresahan keluarga untuk mengetahui status sebenar orang-orang kesayangan mereka," kata kenyataan itu.

Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Bernama

Zabaleta red-carded as Man City out of Champions League

Reuters, Thursday, March 13, 2014

Champions League last 16 second leg, Camp Nou - Barcelona 2 (Messi 67, Dani Alves 90+1') Manchester City 1 (Kompany 89) Barcelona win 4-1 on aggregate


Lionel Messi helped to finalise Manchester City's departure from the Champions League with the opening goal in a 2-1 win at the Camp Nou that carried Gerardo Martino's Barcelona into the last eight 4-1 on aggregate.

The Argentina forward showed his trademark alertness when he picked the pocket of Joleon Lescott to lift the ball over Joe Hart on 67 minutes and into the net from a hopeful Cesc Fabregas pass. Messi has now scored more Champions League goals for a single club than any other player with a haul of 67.

The visiting side ended the night with 10 men after Pablo Zabeleta was sent off for complaining about an awful decision by the French referee Stephane Lannoy with 10 minutes remaining.

Substitute Edin Dzeko - on for the injured Sergio Ageuro at half-time - was clearly fouled by Gerard Pique in the home area, but the match official decided otherwise to the disbelief of the City players and the visiting bench.

Lannoy reacted by showing the protesting Zabaleta a second yellow card, but there was still time for two more goals. Vincent Kompany bundled the ball home in the final minute, but Dani Alves handed Barcelona the win on the night when he scored from Andres Iniesta's pass a minute into stoppage time.

City had several chances to make life uncomfortable for the home side, but could not find a finish that much of their energy had hinted at for large swathes of the night. In the end, the 2-0 loss at home three weeks ago was too much of a hurdle to overcome.

Source: Eurosport 

MH370: Mayat ditemui di Selat Melaka bukan penumpang pesawat yang hilang


KUALA LUMPUR: Mayat yang dilaporkan ditemui di perairan Selat Melaka pada awal hari ini disahkan bukan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada Sabtu lalu.

Polis Indonesia mengesahkan mayat itu sebagai Abdi Sasmita, 54 tahun, warga Desa Bangun Sari di Deli Serdang, Sumatera Utara.

Lelaki itu disahkan seorang pemancing yang hilang di perairan dekat Pantai Kuala Aceh, pada petang Ahad.

"Berdasarkan laporan, dia terjatuh setelah kapal yang dia tumpangi bersama tiga orang lainnya dihentam ombak," kata pegawai polis Indonesia seperti dipetik oleh laman web berita Merdeka.com.

Mayat itu dibawa ke Pelabuhan Ujung Bom, Tanjung Tiram, Batubara sebelum dipindahkan ke hospital.

Sementara itu, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan tiada mayat ditemui setakat ini.

Menjawab soalan wartawan ketika sidang media itu, Hishammuddin menegaskan tidak ada sebarang mayat ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 setakat ini.

"Tidak ada mayat yang boleh dikaitkan dengan penumpang MH370 ditemui setakat ini," katanya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.

Hishammuddin juga mengesahkan sebuah objek berupa rakit yang ditemui sekumpulan nelayan di Port Dickson tiada kaitan dengan pesawat MH370.

Katanya, sehingga kini tiada sebarang petunjuk yang ditemui boleh dikaitkan dengan pesawat Boeing 777-200 milik MAS.

Malah, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga hari ini menegaskan pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.

Astro Awani 

MH370: Jet Li's stunt double, Ju Kun is among passengers


KUALA LUMPUR: 32-year-old, Jet Li's stunt double, Ju Kun from China is among the passengers of the missing Malaysia Airlines (MAS) flight MH370.

According to Deadline, the veteran martial arts expert and assistant martial arts choreographer had completed a day of training and choreography and made a quick trip from Pinewood Studios in Malaysia to his home in Beijing.

He boarded the flight that disappeared 35,000 feet over Vietnam.

Kun was flying home to begin production on the new Netflix series Marco Polo in the next few weeks.

Marco Polo creator John Fusco told Deadline "All of us on location in Malaysia are devastated as we go through this agonising wait.

Ju Kun is an integral and beloved member of our Marco Polo family, and on behalf of Harvey Weinstein and Netflix, we are all profoundly shocked and saddened.”

Ju Kun has worked as Jet Li’s stunt double in films like Fearless, The Expendables, The Grandmaster and The Forbidden Kingdom, and Fusco said Ju Kun’s mastery of several martial arts styles made his choreography unique.

"All of us on location in Malaysia are devastated as we go through this agonizing wait. Right now we are rallying around his wife, Li Ping as she awaits answers in Kuala Lumpur. Our hearts and prayers are also with all of the other missing passengers and their families," Fusco added

MAS Flight MH370, carrying 227 passengers and 12 crew, went missing en route from Kuala Lumpur to Beijing about an hour after taking off from the KL International Airport at 12.41am Saturday.

It should have landed in Beijing at 6.30am the same day.



Source: ASTRO Awani