Tuesday, 29 July 2014

Kualiti udara tidak sihat di sembilan kawasan pagi ini

Kualiti udara di sembilan kawasan berada pada tahap tidak sihat setakat 7 pagi ini

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di sembilan kawasan berada pada tahap tidak sihat setakat 7 pagi ini.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan berkenaan adalah Samarahan di Sarawak dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 126; Sibu (191); Sri Aman (114), Banting (137), Port Klang (135), Petaling Jaya (102); Batu Muda di Kuala Lumpur (123), Cheras (121) dan Putrajaya (124).

Kualiti udara di 20 kawasan lagi adalah pada paras sederhana. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak
sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama

Skuad badminton pertahan pingat emas acara berpasukan campuran

Skuad badminton negara berjaya mempertahankan pingat emas acara berpasukan campuran selepas menewaskan England 

GLASGOW: Skuad badminton negara berjaya mempertahankan pingat emas acara berpasukan campuran selepas menewaskan England 3-1 pada final di Sukan Komanwel ke-20 di Emirates Arena di sini.

Kejayaan yang sudah diramalkan itu merupakan sumbangan emas ketiga untuk kontinjen negara selepas atlet angkat berat Mohd Hafifi Mansor dalam kategori 69kg dan Datuk Nicol Ann David dalam acara individu skuasy wanita.

Dalam perlawanan akhir pada Isnin, Malaysia menerima kejutan awal apabila England memulakan kempen dengan mengutip mata pertama menerusi beregu campuran Chris Adcock dan Gabrielle White.

Pasangan suami isteri dari England itu menewaskan Chan Peng Soon-Lai Pei Jing dengan keputusan 21-14 dan 28-26.

Bagaimanapun perseorangan lelaki negara Chong Wei Feng menyamakan kedudukan 1-1 dalam pertemuan sengit menentang Rajiv Ouseph sebelum menang dengan keputusan 21-17, 19-21 dan 21-19.

Skuad negara kemudian mendahului 2-1 selepas beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong menutup peluang Chris Adcock-Ellis Andrew dengan keputusan 21-19 dan 21-17.

Perseorangan wanita negara Tee Jing Yi pula mengesahkan kemenangan Malaysia dengan mengecewakan peluang pesaingnya Sarah Walker dengan straight set 21-16 dan 21-17

Wei Feng, ketika ditemui pemberita, berkata beliau kurang berpuas hati dengan prestasinya kerana kerap melakukan kesilapan selepas tewas pada set kedua perlawanan.

"Memang set kedua, fokus saya terganggu dan pada set penentuan saya cuba mendapatkan rentak permainan yang lebih baik untuk menang.

"Saya tahu kemenangan daripada perseorangan lelaki sangat penting sebab sudah menjangkakan beregu campuran sukar untuk menang," katanya.

Bagi V Shem pula, kemenangan Wei Feng itu telah menyuntik semangat beregu itu untuk memburu kemenangan.

"Ini pertama kali saya menentang mereka (Chris Adcock-Ellis Andrew), mereka merupakan beregu yang hebat. Memang kami memberi saingan sengit untuk menang supaya skuad negara lebih mudah meraih kemenangan dalam acara ini," kata V Shem. - Bernama

Amaran angin kencang dan ribut petir

Keadaan ini dijangka memberi kesan kepada aktiviti maritim.

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Phuket, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka memberi kesan kepada aktiviti maritim, khasnya bot-bot kecil dan aktiviti laut.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meterologi di sini, malam ini, angin kencang Barat Daya itu dengan kelajuan 40-50kmsj dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berterusan hingga awal pagi Selasa (29 Julai).

Selain itu ribut petir diramalkan berlaku di perairan Reef North, Labuan, Sulu dan Perairan Pantai Barat Sabah dan ia dijangka berterusan hingga pagi Selasa.

Kenyataan itu juga menyebut ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer berlaku di sekitar perairan Selat Melaka utara dan Sarawak (Kuching, Rejang dan Mukah) akibat jerebu. Keadaan ini dijangka berterusan hingga pagi Selasa. - Bernama

Aidilfitri berdarah di selatan Thailand

thailand

NARATHIWAT - THAILAND. Ketibaan 1 Syawal di selatan Thailand dicemari beberapa insiden keganasan yang meragut sekurang-kurang enam nyawa manakala lapan orang cedera.

Di Narathiwat, seorang anggota tentera dan tiga anggota puak pemisah maut dalam pertempuran.

Kejadian berlaku pada kira-kira 11 pagi tadi apabila puak pemisah menyerang seorang polis yang ketika itu dalam perjalanan pulang untuk berhari raya bersama keluarga di daerah Rusok, menurut Leftenan General Polis Suchat Tirasawat.

Anggota tentera yang tinggal berdekatan lokasi kejadian kemudian membantu anggota polis berkenaan, yang cedera ditembak, sehingga berlaku pertempuran sengit selama setengah jam, kata Suchat yang merupakan Timbalan Ketua Polis Wilayah Sempadan Selatan.

Seorang anggota tentera yang parah dalam pertempuran itu meninggal dunia di Hospital Rusok manakala anggota polis yang cedera dihantar ke hospital sama sebelum dipindah ke Hospital Pusat Yala.

Sementara itu, tiga anggota puak pemisah dari kumpulan yang dikenali sebagai Runda Kumpulan Kecil (RKK) mati ditembak di tempat kejadian.

Mereka dikenali sebagai Adullah Yunuh, Saffuan Saleh dan Abdulrafa Salehru yang bergerak aktif di kawasan Rusok dan pihak berkuasa ada mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka, kata Suchat.

Abdulrafa adalah menantu kepada Imam Yakpa, yang dikatakan mati didera oleh tentera pada 2006.

Sementara itu, di Takbai, seorang Penolong Ketua Kampong Mat-useng Haji Abubakar, 37, meninggal dunia di Hospital Takbai akibat kecederaan parah selepas di tembak di depan rumahnya.

Suchat berkata Mat-useng ditembak selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri oleh suspek yang menunggu di jalan berhadapan rumah mangsa.

Semalam, kira-kira sejam selepas umat Islam di Thailand diumum akan menyambut Aidilfitri hari ini, sebutir bom yang ditanam di tepi jalan diletupkan di Kampungg Kadunong dalam daerah Saiburi, Pattani.

Beliau berkata bom itu diaktifkan ketika anggota renjer melakukan rondaan dengan berjalan kaki.

Letupan bom itu menyebabkan seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut dan dua anggota renjer serta lima orang awam termasuk dua kanak-kanak cedera. - Bernama

Juara bertahan Nicol sumbang emas kedua negara

Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara perseorangan wanita pada Sukan Komanwel

GLASGOW: Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara perseorangan wanita pada Sukan Komanwel ke-20 dengan menewaskan Laura Massaro, 3-0 pada final di sini.

Pemain nombor satu dunia itu menampilkan persembahan yang mantap untuk menyingkirkan musuh tradisinya dari England itu dengan keputusan 12-10, 11-2 dan 11-5 dalam pertarungan selama 44 minit itu pada Isnin.

Nicol, 30, menunaikan janji awalnya untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi pada edisi 2010 di New Delhi, India, sekali gus menyumbang pingat emas kedua negara di sini selepas Mohd Hafifi Mansor dalam acara angkat berat 69kg.

"Ia adalah hebat untuk memenangi pingat Sukan Komanwel sekali lagi...lebih-lebih lagi menyumbang emas kedua untuk kontinjen negara.

"Memenangi gelaran kali kedua adalah satu pencapaian yang luar biasa kerana ia adalah kemuncak acara skuasy dalam temasya yang mempertandingkan pelbagai acara sukan," katanya Nicol selepas perlawanan itu di Kampus Sukan Scotstoun di sini.

Beliau berkata pertemuan dengan Laura, selaku juara dunia dan pemain nombor dua dunia, memang sudah dijangka sengit daripada awal lagi.

"Set pertama adalah amat penting dan saya terpaksa berusaha memperagakan aksi yang lebih mantap pada set kedua dan ketiga bagi memastikan tidak melakukan kesilapan serta menguasai perlawanan ini," katanya.

Sementara itu, pingat gangsa dimenangi oleh pemain New Zealand, Joelle King yang menewaskan Alisan Waters dari England dengan keputusan 11-7, 11-7 dan 11-5. - Bernama

15 tahun ku beraya di plaza tol

Lebuh Raya Utara-Selatan mulai sesak selepas Plaza Tol Jalan Duta arah utara apabila warga kota mula pulang ke kampung halaman. – Foto Bernama
Lebuh Raya Utara-Selatan mulai sesak selepas Plaza Tol Jalan Duta arah utara apabila warga kota mula pulang ke kampung halaman. 

SHAH ALAM - "Saya bekerja bersama syarikat konsesi Lebuh Raya Utara Selatan, Plus Malaysia Berhad (Plus) selama 15 tahun dan sejak itu setiap kali Aidilfitri saya beraya di kaunter tol,” kata Nor Azita Tawarith Effendi, 35, ketika bercerita tentang pengalaman kerjanya.

Nor Azita berkata, pelbagai kenangan pahit manis yang dia lalui sepanjang perkhidmatannya, lebih-lebih lagi ketika berkhidmat di kaunter tol di hari raya.

“Perasaan saya sedih sangat...ya lah terpaksa beraya di kaunter tol, tetapi hendak buat macam mana ini tugas saya.

“Kalau hari raya, lepas kerja baru boleh telefon keluarga, sebab susah hendak bercakap ketika bekerja.

“Waktu itulah saya lepaskan kerinduan saya pada keluarga, ucap selamat hari raya kepada ibu dan ayah serta seluruh ahli keluarga,” katanya.

Berbicara lanjut Nor Azita berkata, kesedihan tidak dapat beraya di kampung dek kerana bertugas di pagi raya sedikit terubat tatkala pengguna tol sudi ‘beraya’ bersamanya.

“Alhamdulillah...ketika mereka (pengguna tol) bayar duit tol, ada yang hulur lemang, ketupat dan kuih raya.

“Mereka berbual dengan saya, mereka tanya tak balik raya ke adik, hati saya sayu sahaja..tetapi itulah..sapaan mereka ini membuatkan saya sedikit ceria,” katanya.

Dalam pada itu Nor Azita berkata, dia juga pernah mendapat duit raya daripada pengguna tol ketika bertugas.

“Kita ingat setengah pengguna lalu sahaja..tetapi tahun sudah saya telah dapat duit raya sebanyak 50 ringgit, terkejut jugaklah,” katanya.

Sementara itu menurut Haslindawati Kudus, 39, beliau turut berkongsi perasaan yang sama dengan rakan setugasnya itu.

Haslindawati Kudus yang berkhidmat selama 20 tahun bersama Plus berkata, dirinya sudah acap kali bertugas tatkala Aidilfitri.

“Macam biasalah perasaan sedih itu tidak dapat lari, tambahan pula saya sudah mempunyai tiga orang anak, lagilah sedih.

“Tetapi mereka fahamlah,” katanya.

Dalam pada itu, Haslindawati berkata bagi menghilangkan perasaan sedihnya ketika bertugas di hari raya beliau bersama rakan-rakan yang lain akan membuat jamuan raya.

“Kami buat makan-makan, hilanglah sikit perasaan hiba itu,” katanya. - Sinar Harian 

Data kotak hitam sahkan MH17 ditembak

MH17

MOSCOW – RUSIA. Data yang diperoleh daripada kotak hitam MH17 yang terhempas baru-baru ini menunjukkan kapal terbang itu telah ditembak jatuh sehingga menyebabkan berlakunya letupan besar.

Melalui laporan sebuah portal hari ini, kenyataan tersebut didakwa didedahkan oleh jurucakap Majlis Pertahanan dan Keselamatan Ukraine, Andriv Lysenko.

Bagaimanapun pihak berkuasa Eropah yang turut menganalisa data dan maklumat yang terdapat dalam kotak hitam terbabit masih belum membuat sebarang pendedahan setakat ini.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal termasuk bayi telah disahkan ditembak jatuh pada 17 Julai lalu pada ketinggian 33,000 kaki di udara.

Nahas tersebut telah mengorbankan kesemua nyawa penumpang dan anak kapalnya.

Dalam pada itu, Malaysia kini sedang mengadakan usaha rundingan bagi menggesa Belanda untuk mempercepatkan proses mengecam dan bedah siasat ke atas mangsa bagi memastikan jenazah rakyat Malaysia dapat dibawa pulang secepat mungkin.

Data penerbangan dan perakam suara kokpit pesawat pesawat tersebut direka dan dipasarkan pada pertengahan tahun 1990-an dan ia mungkin akan menyukarkan pasukan penyiasat untuk memperoleh data jelas dan lengkap. - Sinar Harian, Julai 28, 2014

Crash of the plane was due to 'massive explosive decompression' - investigators

International investigators indicated that data from flight recorders show that the reason for the destruction and crash of the plane was 'massive explosive decompression'. AFP Pic


KIEV: Black boxes recovered from downed Malaysia Airlines flight MH17 in rebel-held east Ukraine show shrapnel from a rocket explosion caused the passenger jet to crash, a Ukrainian security official said Monday.

International investigators "indicated that data from flight recorders show that the reason for the destruction and crash of the plane was massive explosive decompression arising from multiple shrapnel perforations from a rocket explosion," Andriy Lysenko, spokesman for Ukraine's National Security and Defence Council, said.

Data from the doomed airliner's black boxes was decrypted in Britain after being handed over to Malaysian officials by pro-Russian rebels controlling the crash site of MH17.

Investigators leading the probe in the Netherlands -- which lost 193 citizens on the doomed jet -- refused to confirm the latest information from Kiev, saying that they were "waiting to get a more complete idea of what happened."

Kiev and its Western allies have accused insurgents of shooting down the plane, killing all 298 people on board. - AFP