Tuesday, 5 August 2014

Gaza: Kemusnahan mencecah RM16 bilion

Seorang warga Palestin mencari barang yang boleh diselamatkan dari runtuhan rumahnya yang musnah dalam serangan udara Israel di Beit Lahiya. -AP Photo / Adel Hana

MA'AN: Serangan udara Israel ke atas Gaza telah menyebabkan kerosakan bernilai AS$5 bilion (RM15.97 bilion) kepada rumah dan infrastruktur di Gaza, menurut Menteri Kerja Raya Palestin Mufeed al-Hasayneh.

Beliau berkata kira-kira 10,000 rumah musnah sepenuhnya manakala 30,000 yang lain ranap sebahagiannya.

"Tiga daerah yang mengalami kerosakan yang teruk adalah Shujaiyya, Beit Hanoun, dan Abasan.

"Wakil kementerian terkejut ketika tiba di Shujaiyya, kawasan dengan 110,000 penduduk. Enam puluh peratus rumah telah musnah, terutamanya di bahagian timur," kata Al-Hasayneh kepada agensi berita Ma'an.

Beliau juga berkata ia memerlukan hampir AS$5 bilion untuk membina semula struktur kediaman dan kemusnahan ini "tidak termasuk harta benda, seperti perabot dan kereta."

Bangunan penyimpan minyak diesel milik loji janakuasa Gaza, yang bernilai AS$25 juta (RM79.87 juta) turut musnah.

Angka terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan kebanyakan 1,867 orang terbunuh di Gaza setakat ini adalah orang awam.

Pada Selasa, tentera Israel turut mengumumkan pengunduran sepenuhnya tentera dari Gaza sepanjang tiga hari gencatan senjata terbaharu berlangsung. Ia turut dipersetujui oleh Hamas.

Astro Awani

Captain Rooney leads United to win over Liverpool

International Champions Cup final, Sun Life Stadium, Miami - Manchester United 3 (Rooney 55, Mata 57, Lingard 88) Liverpool 1 (Gerrard 14 pen)


Manchester United captain Wayne Rooney rewarded the faith placed in him by his manager after scoring in a 3-1 comeback win over Liverpool in the final of the International Champions Cup in Miami.

Darren Fletcher, who has captained United three times on the club's US tour this summer, was in the starting line-up at Sun Life Stadium but Rooney led United out for the first time in the Louis van Gaal era.

With Robin van Persie, again missing tonight, unlikely to prove his match fitness ahead of United's Premier League opener against Swansea, Rooney now appears a good bet to be given the skipper's armband on August 14.

Rooney's opposite number Steven Gerrard, never one to go missing against Liverpool's arch rivals, typically led his team by example, coolly sending David De Gea the wrong way from the spot to open the scoring on 14 minutes after Phil Jones had clumsily and recklessly sent the dangerous Raheem Sterling sprawling in the penalty area.

Liverpool should have had a second penalty after Raheem Sterling was upended by Ander Herrera on 33 minutes, but Rooney hit back for United 10 minutes after the break, cleverly sidefooting on the volley a deep Javier Hernandez cross back past Simon Mignolet in the Liverpool goal.

The match was then turned on its head when Juan Mata made it two in as many minutes, the Spaniard's effort from the edge of the box taking a deflection off Mamadou Sakho to leave Mignolet rooted to the spot.

Jesse Lingard, one of many to enter the fray in the second half, sealed victory in the 88th minute, controlling Ashley Young's centre before firing into the back of the net and ensuring Van Gaal picked up his first piece of silverware at the first time of asking as United manager. -- Eurosport

Kerajaan Pulau Pinang nafi lulus sukan bogel

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah membenarkan mana-mana aktiviti sukan bogel diadakan di negeri itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dipetik Malay Mail berkata, kerajaan negeri tidak meluluskan apa juga acara bogel termasuk 'Malaysia Nude Sports Games 2104' yang dikatakan dianjur dua bulan lepas di Teluk Bahang.

"Kita tidak membenarkan kasino di negeri ini sekali gus apa-apa juga aktiviti negatif termasuk sukan bogel sebegini," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Guan Eng mengulas satu rakaman video berdurasi 5 minit 22 saat melibatkan aksi bogel seramai 18 orang yang dikatakan dirakam di sebuah pulau di Teluk Bahang, Pulau Pinang tersebar di beberapa blog dan laman sosial pada Selasa.


Video bertajuk "Malaysia Nude Sports Games 2014" itu merupakan aksi peserta bogel yang berusia 30 sehingga 45 tahun dan difahamkan diadakan sekitar Jun lepas.

Mengikut sumber beberapa blog, sukan yang didakwa dianjurkan Kelab Sukan Bogel Pulau Pinang itu diketahui dan diluluskan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri.

Video itu memaparkan aksi lapan lelaki dan tiga wanita tidak berpakaian melakukan aktiviti di tepi pantai di kawasan tempat persendirian di sebuah rumah peranginan.

Sukan itu dimulakan dengan aktiviti menghias badan peserta dengan cat dan kemudian aktiviti susulan di tepi pantai.



Ia diakhiri dengan aktiviti sukan di hadapan unggun api di tepi pantai.

Video itu turut mendapat pelbagai reaksi di media sosial.

- Astro Awani

Bakal ditayangkan, Star Wars Rebels dilambung pujian

Karekter Star Wars Rebels terbitan Lucasfilm

7 minit sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa siri animasi Star Wars Rebels yang bakal disiarkan di saluran Disney XD pada Oktober sangat menarik.

Itu yang dikongsi peminat tegar Star Wars dan juga peminat komik dan filem fiksyen selepas menonton pratonton lanjutan Star Wars Rebels di Youtube.

Lucasfilm memuat naik sebahagian daripada episod pertama itu bagi merancakkan lagi promosi siri animasi Star Wars Rebels yang menjadi sebutan ramai selepas ia mula ditayangkan kepada penonton terpilih semasa konvensyen komik, Comic-Con bulan lalu.

Star Wars Rebels adalah kisah yang berlaku di antara episod tiga dan empat filem Star Wars yang mula ditayangkan pada 1977.

Dalam episod pertama seorang pemuda bernama Ezra terserempak dengan sekumpulan pemberontak yang menentang pemerintahan Empire.

Prebiu ini juga menamatkan spekulasi bahawa Star Wars Rebels akan hadir dalam format muzikal.

Bagaimanapun ada yang mengkritik animasinya yang tidak menarik berbanding dengan animasi Star Wars Clone Wars.

Star Wars Rebels akan disiarkan di saluran Disney pada Oktober tahun ini dengan episod khas selama sejam sebelum disiarkan setiap minggu di saluran Disney XD di seluruh dunia. - Astro Awani

Abdul Khalid dapat surat tunjuk sebab, perlu balas sebelum Jumaat

Abdul Khalid dapat surat tunjuk sebab, perlu balas sebelum Jumaat - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin PKR meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memintanya meletak jawatan sebagai MB.

Dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, mesyuarat itu turut membuat keputusan bersetuju Presiden PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi MB Selangor yang baharu.





"Kami ingin memaklumkan bahawa mesyuarat khas MPP bertarikh 15 Januari 2014 telah bersetuju dengan keputusan pertukaran MB Selangor.

"Kenyataan media Abdul Khalid pada 22 Julai secara terang-terangan mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan meletak jawatan MB," katanya.

Oleh itu jelasnya, mesyuarat khas Biro Politik PKR yang bermesyuarat pada Ahad telah mengarahkan Lembaga Disiplin PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid untuk menjelaskan kenyataannya sebelum ini.

"Abdul Khalid perlu menjawab surat tersebut sebelum atau selewat-lewatnya Jumaat ini," ujarnya.

Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan meminta Pakatan Rakyat (PR) tidak memperalatkan rakyat Selangor sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.

Kata Abdul Khalid, seandainya PR mahu menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya, ia perlu meminta semula mandat daripada rakyat. -- Media statement via Astro Awani

Presiden Obama terdesak untuk terima kad ucapan hari jadi?


Obama kini berusia 53 tahun - Sumber: BarackObama.com

KUALA LUMPUR: Beliau mungkin antara figura paling berpengaruh di dunia namun Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tetap inginkan kad hari lahir, atau itu yang dimahukan oleh pasukan media sosial beliau.

Admin yang menjaga akaun Twitter milik Presiden yang kini berusia 53 tahun, @BarackObama, meminta orang ramai untuk menghantar beliau kad hari lahir dalam talian (e-card).

Menurut laporan The Independent, tweet berkenaan dimuat naik beberapa kali awal minggu lepas untuk mengingatkan orang ramai supaya menghantar kad ucapan kepada Presiden AS itu seolah-olah seperti takut jika Obama tidak menerima kad dengan jumlah yang banyak.

Laporan yang sama turut berkata bahawa ini merupakan cadangan Organizing for Action, sebuah organisasi kebajikan yang mempromosikan agenda Obama.


Don't forget to leave a personal note for President Obama's birthday today:http://t.co/v0pSvUVNdG— Barack Obama (@BarackObama) August 4, 2014
LAST CHANCE: Sign OFA's birthday card for President Obama.http://t.co/KJG9Gx59B9— Barack Obama (@BarackObama) August 5, 2014

Menerusi laman web BarackObama.com, orang ramai boleh memilih tiga kad yang mempunyai mesej tersendiri.



Sementara itu, Obama turut tweet sempena hari lahir beliau:


"Some people prefer cake. I like pie." —President Obamahttp://t.co/42tOiQ2ogf— Barack Obama (@BarackObama) August 4, 2014

Orang terdekat Obama seperti isteri beliau Michelle Obama dan Naib Presiden AS Joe Biden turut memberi ucapan kepada Obama:


Happy Birthday to the man who always makes me proud. Thank you for your friendship, honesty and compassion. I will love you always. -mo— The First Lady (@FLOTUS)August 4, 2014
Happy birthday to my good friend, President Obama.pic.twitter.com/9IwJm1gJrF— Vice President Biden (@VP)August 4, 2014


Saya tidak kisah digelar 'boneka' - Dr Wan Azizah

WAN AZIZAH: PKR merancang strategi Langkah Kajang untuk membolehkan Anwar menjadi ahli dewan undangan negeri dan kemudiannya Menteri Besar

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai calon pengganti jawatan Menteri Besar Selangor dari Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak kisah sekiranya digelar ‘boneka’.

Lapor New Straits Times (NST), Dr Wan Azizah juga akan melantik pemimpin de facto PKR yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat, sekiranya beliau mengisi jawatan itu nanti.

“Kita merancang strategi ‘Langkah Kajang’ untuk membolehkan Anwar menjadi ahli dewan undangan negeri dan kemudiannya Menteri Besar tetapi telah digagalkan oleh kerajaan Barisan Nasional,” Azizah dipetik berkata pada satu perhimpunan parti itu di Klang malam tadi.

“Jawatan Menteri Besar sememangnya untuk Anwar pada awalnya, saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan beliau sebagai penasihat sekiranya saya menjadi Menteri Besar,” Wan Azizah dipetik berkata.

Anwar katanya mempunyai pengalaman untuk membimbing dan menasihatnya dengan mengambil contoh pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi Qatar, lapor NST lagi .

Anwar sebelum ini mengumumkan yang Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat telah bersetuju dengan cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan sokongan kepada Abdul Khalid untuk terus mengekalkan jawatan itu sehingga akhir penggalnya. - Astro Awani

Simpanan air Empangan Sungai Selangor di tahap kritikal

SPAN didesak mengambil langkah proakfif menyelesaikan masalah bekalan air untuk penduduk Selangor.

KUALA LUMPUR: Gabungan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (GBC) hari ini menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengambil langkah proaktif menyelesaikan masalah bekalan air untuk penduduk Selangor.

Pengerusi GBC Datuk Mohd Said Mat Saman berkata, SPAN perlu mengutamakan keperluan air bagi penduduk di Selangor tanpa menunggu permohonan daripada kerajaan negeri untuk melaksanakan pelan catuan dan sebagainya.

Katanya, Suruhanjaya itu perlu berhenti dari sikap "tunggu dan lihat" sebelum hanya mengikut arahan kerajaan negeri Selangor untuk mencatu bekalan air.

"Sebagai badan berkuasa yang memberi nasihat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sebagai 'independent regulator', SPAN perlu sedar bahawa keadaan berisiko tinggi akan menjejaskan perkembangan perniagaan dan industri secara besar-besaran," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas situasi bekalan air di Selangor yang dilaporkan kritikal berdasarkan maklumat empangan di laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Menurut laporan itu, simpanan air di Empangan Sungai Selangor kini mencatat paras 32.74 peratus. - Bernama

Lelaki maut ketika rakam 'selfie' bersama pistol

Polis tempatan masih menyiasat kes kematian Aguilar. -Sumber: Facebook/Oscar Otero Aguilar


KUALA LUMPUR: Cubaan seorang lelaki untuk merakam gambar selfiebersama sepucuk pistol bertukar menjadi tragedi apabila pistol yang diisi dengan peluru itu meledak dengan tidak sengaja.

Lapor sebuah akhbar Mexico, Excelsior,mangsa dikenali sebagai Oscar Otero Aguilar yang berusia 21 tahun dari Mexico City.

Ketika kejadian, dia dilaporkan sedang minum bersama rakan-rakan. Aguilar mengambil sebuah pistol untuk tujuan merakam selfie untuk dimuat naik di laman sosial Facebook.

Pistol itu tiba-tiba meledak dan sebutir peluru terkena bahagian kepala Aguilar. Dia mati di tempat kejadian.

Polis tempatan masih menyiasat kematian Aguilar dan seorang rakannya telah ditahan untuk tujuan itu. - Astro Awani

Orang ramai diminta waspada terhadap jangkitan virus ebola

Orang ramai dinasihat mendapatkan rawatan segera jika mempunyai tanda-tanda Penyakit Virus Ebola (EVD) - Foto Fail

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihat mendapatkan rawatan segera jika mempunyai tanda-tanda Penyakit Virus Ebola (EVD), sejenis penyakit demam berdarah yang boleh membawa maut dan sedang menular di beberapa negara.

Presiden Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA) dan Pakar Virologi, Dr Dhesi Baha Raja berkata antara simptom ialah demam, sakit kepala, sakit tekak, sakit sendi dan kurang selera makan.

"Pesakit juga akan mengalami muntah, cirit-birit dan pendarahan dalaman serta luaran pada tahap kedua. Walaupun tiada kes (berlaku) di negara ini tetapi langkah pencegahan sangat penting.

"EVD ini merupakan penyakit jangkitan virus yang parah dan kira-kira 50 hingga 60 peratus orang yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami kematian", katanya kepada Bernama hari ini.

Pengasas "The Malaysian Medical Gazette" itu menegaskan setakat ini dunia belum menghasilkan sebarang ubat khusus untuk rawatan EVD.

Katanya, kaedah rawatan setakat ini simptomatik iaitu memberi rawatan mengikut keadaan pesakit.

Sebagai contoh, jika pesakit itu kekurangan air, air dimasukkan ke dalam badan pesakit.

Dr Dhesi berkata, orang ramai juga perlu mengambil langkah-langkah kebersihan asas seperti basuh tangan, langkah penjagaan universal dan mengendali makanan secara bersih. 

Bagi petugas hospital pula mereka dinasihatkan memakai peralatan dan pakaian yang selamat seperti topeng dan sarung tangan. 

"Virus ini berjangkit melalui sentuhan bendalir badan termasuk kencing, darah dan juga sperma dan virus yang dijangkiti melalui sperma pula mampu bertahan aktif selama tujuh minggu," katanya.

Beliau berkata, Ebola mula dikesan pada awal tahun 1976 di Yambuku, Zaire berdekatan sungai Ebola. 

Beliau juga berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil langkah awal yang betul dengan memperkukuhkan aktiviti kesiapsiagaan dan respons terutama di pintu masuk antarabangsa, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Namun, setakat ini tiada sebarang jangkitan EVD dikesan di negara ini. - Bernama

Pesawat SIA berada hanya beberapa minit dari MH17 apabila ia ditembak jatuh

Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) berada hanya beberapa minit dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) semasa ia ditembak jatuh di Ukraine.

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) berada hanya beberapa minit dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) semasa ia ditembak jatuh di Ukraine.

Menurut laporan AFP yang mengungkap kata-kata Menteri Pengangkutan Singapura, Lui Tuck Yew, pesawat SQ351 yang dalam perjalanan dari Singapura ke Copanhagen, berada hanya 90km dari pesawat MH17.

“Kerana tidak ada sekatan penerbangan di atas 32,000 kaki (9,800m) atau apa-apa maklumat yang menunjukkan ancaman kepada pesawat di ketinggian itu, SIA, seperti banyak syarikat penerbangan lain yang berulang-alik antara Eropah dan Asia, telah terus menggunakan ruang udara itu.

"Sebaik sahaja SIA menerima berita kejadian itu, ia dengan serta-merta tukar haluan kesemua penerbangannya untuk mengelakkan ruang udara Ukraine sepenuhnya," katanya di sidang Parlimen negara itu.

Beberapa jam selepas kejadian itu, Flightradar24 melalui laman Twitternya, menunjukkan bahawa posisi terakhir MH17 adalah diantara SQ351 dan pesawat Air India AI113.

Penerbangan MH17 yang dikendalikan oleh pesawat Boeing 777-200 bersama 298 penumpang dan anak kapal terhempas, dipercayai akibat ditembak, di Donetsk, timur Ukraine, pada Julai 17.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - Astro Awani