Thursday 13 February 2014

Fenomena Ariana Rose

Keith Foo, Nur Fathia
Keith Foo dan Nur Fathia


DRAMA Ariana Rose telah mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan penonton apabila setiap kali drama siri ini bersiaran, ia berjaya mencatat kadar keseluruhan tontonan sebanyak 2.7 juta penonton.

Drama arahan Raja Alauddin Shah hampir sampai ke kemuncaknya malam ini.

Dibintangi ramai pelakon handalan seperti Keith Foo, Nur Fathia, Hisyam Hamid, Nabila Huda, Arja Lee dan ramai lagi.

Drama 28 episod yang akan melabuhkan tirainya hari ini mengisahkan tentang Ariana Rose yang menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita dengan tujuan untuk menggagalkan perkahwinan itu.

Malah pengakuan palsu Ariana itu ternyata telah memporak-perandakan majlis tersebut sehingga Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali gadis itu.

Demi mengetahui kebenarannya, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya itu.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad menculik Ariana dan kemudian, Tengku Adam meragut kesucian Ariana.

Pelbagai konflik melanda mereka sehingga dipertemukan sebagai suami isteri.

Menurut penerbit drama tersebut, Ziela Jalil berkata, drama tersebut merupakan adaptasi daripada buku The Wedding Breaker karya Evelyn Rose.

"Menyedari sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton, kami tidak pernah merancang untuk menyambung drama ini.

"Biarpun novel ini ada sambungannya, namun drama Ariana Rose tiada kesinambungan selepas ini," katanya ketika ditemui dalam tayangan eksklusif Ariana Rose, kelmarin.


Persenda agama?

Menyentuh kontroversi yang melanda drama tersebut mengenai pelakon utamanya, Keith Foo yang bukan beragama Islam tetapi perlu berlakon sebagai Muslim, Ziela berkata, pemilihan Keith menerajui watak Tengku Adam adalah bertepatan dengan watak dalam novel itu.

"Kami bukan sengaja mahu menimbulkan mempersendakan agama Islam kerana banyak perkara sensitif kami jaga.

"Sebagai contoh, Keith tidak membaca al-Quran atau solat tetapi hanya mengenakan baju Melayu untuk menggambarkan dia sebagai Muslim," katanya.

Tegas Ziela, sebelum memulakan penggambaran Keith telah mempelajari Islam supaya tidak bercanggah dengan agama ketika melakonkan wataknya itu.

"Bagi saya, setiap babak yang dilakukan sebaik mungkin untuk memenuhi cita rasa penonton.

"Kami sedar Keith bukan Islam tetapi agama tidak boleh dipermainkan dan perkara ini sangat saya titik beratkan sejak mula penggambaran," katanya.

Sinar Harian 

Padah bapa rakam anak tengah mandi

Rakam anak tengah mandi
Tertuduh melarikan diri bagi mengelakkan gambarnya dirakam media.


AYER KEROH - Padah merakam adegan anak perempuannya sedang mandi, seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memiliki rakaman video lucah.

Hukuman itu diputuskan Majistret Syajaratudur Abd Rahman terhadap tertuduh yang berusia 40 tahun selepas mengangguk faham dan mengaku bersalah pertuduhan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati memiliki sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericson W5801 yang mengandungi rakaman video lucah di sebuah rumah di Jalan Pulau Gadong, Klebang Besar kira-kira jam 2.30 pagi pada 24 Januari lalu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, isteri tertuduh mengambil telefon bimbit milik tertuduh daripada anak lelaki mereka berusia empat tahun, kemudian mendapati terdapat rakaman video anak perempuan mereka berusia 12 tahun sedang berkemban sambil menggosok gigi untuk mandi.

Sebelum ini, isterinya juga pernah melihat rakaman anak perempuan mereka itu sedang tidur tetapi dipadam tertuduh, bimbang perkara lebih buruk berlaku wanita berkenaan membuat laporan polis.

Peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh ketika rayuan memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman ringan terhadap anak guamnya yang telah insaf.

“Tertuduh hanya bekerja kilang dengan pendapatan kurang RM1,000 dan perlu menanggung anak serta ibu bapa, saya memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman rendah terhadapnya,” katanya.

Bagaimanapun, Nabilah meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran selain mengambil kira faktor tindakan tidak bermoral dilakukan tertuduh terhadap anak sendiri.

Selepas mendengar rayuan dan hujah pihak pembelaan dan pendakwaan, Syajaratudur kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam hari dari tarikh ditangkap pada 5 Februari lalu dan denda RM1,400 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.

Sinar Harian 

Kisah sedih ibu muda, hilang bayi kembar serentak

Kisah sedih ibu muda, hilang bayi kembar serentak
Sharifah Kalsum sebak ketika mencium baju pasangan kembar yang sudah dibelinya, bagi melepaskan rindu.

KUALA PILAH – Ibu mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu bayi pertama yang dikandungnya adalah kembar.

Persiapan sudah dilakukan, bahkan barang keperluan termasuk baju baharu untuk menyambut kelahiran pasangan bayi berkenaan sudah dilakukan.

Namun, kegembiraan seorang ibu muda di sini bertukar menjadi saat menyedihkan apabila seorang daripada bayinya meninggal dunia selepas dilahirkan, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.

Semuanya dikatakan berpunca daripada perkhidmatan sebuah hospital di daerah ini yang didakwa tidak cekap sehingga mengakibatkan Sharifah Kalsum Syed Abu Bakar, 22, lewat menerima rawatan, sebelum terpaksa menjalani pembedahan secara tergesa-gesa.

Sharifah Kalsum berkata, kejadian bermula kira-kira 2.30 petang 14 Januari lalu apabila dia ke hospital itu selepas terasa sakit hendak bersalin.
“Saya rasa sakit di pinggang dan berlaku kontraksi. Waktu di bilik bersalin, tiada doktor pakar, hanya doktor pelatih sahaja.

“Saya merayu kepada jururawat supaya percepatkan proses kelahiran, tapi doktor memberitahu, pembukaan di pangkal rahim saya ketika itu hanya dua sentimeter menyebabkan saya dimasukkan ke wad biasa," katanya yang kemudian diberikan ubat tahan sakit sebelum terlena.

Menurutnya, keesokan harinya, dia sekali lagi memanggil jururawat kerana berasa seperti mahu bersalin.

“Saya sudah tidak bermaya untuk menahan sakit, tetapi jururawat menjawab dengan kurang sopan, malah seolah-olah memerli saya," katanya.

Sharifah Kalsum berkata, antara jam 6.30 dan 7 petang pada 16 Januari, dia dikejutkan jururawat bertugas untuk melakukan pemeriksaan cardiotopograph atau CTG untuk mengesan kadar degupan jantung bayi.

"Ketika itu, saya mendengar degupan jantung sebelah kanan, manakala sebelah kiri tiada apa-apa reaksi atau bunyi degupan jantung.

“Jururawat itu tidak maklumkan apa-apa sehingga jam 7.30 pagi, seorang doktor memeriksa saya. Ketika doktor periksa sekali lagi kira-kira 15 minit kemudian, degupan jantung bayi kiri sudah tiada menyebabkan doktor meminta saya ke bilik bersalin kira-kira 8.30 pagi," katanya.

Katanya, dalam keadaan panik, seorang doktor meminta pembedahan kecemasan segara dijalankan bagi menyelamatkan bayinya.

Menurutnya, kira-kira 10.05 pagi, bayi pertama yang masih hidup dikeluarkan, namun seorang lagi sudah meninggal dunia ketika dikeluarkan seminit kemudian.

"Bayi pertama berat 2.33 kilogram (kg) manakala yang kedua 2.07 kg. Pada mulanya saya ingat bayi pertama yang dikeluarkan berjaya diselamatkan, namun kira-kira 12 tengah hari, suami memberitahu bayi kami itu juga sudah meninggal dunia," katanya.

Bayinya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Melang selepas solat Asar.

Sementara itu, suami Sharifah Kalsum, Muhd Azmi Hashim, 30, berkata, dia kecewa dengan sikap kakitangan hospital terbabit sehingga menyebabkan nyawa anaknya tidak dapat diselamatkan.

Malah, katanya, dia juga kesal kerana pihak hospital belum menjelaskan punca kematian pasangan kembar itu.

“Saya hanya mahu tahu punca sebenar kematian bayi kembar saya. Itu sahaja,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Melang.

Sinar Harian cuba menghubungi pihak hospital dan salah seorang kakitangannya memberitahu, pihak hospital akan memberi maklum balas berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

Sinar Harian 

Bekas pengurus besar dipenjara 56 tahun

Rasuah

KUALA LUMPUR - Bekas Pengurus Besar Kewangan Mimos Berhad hari ini dijatuhi hukuman penjara berjumlah 56 tahun dan denda RM5.02 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap lapan pertuduhan meminta dan memperoleh rasuah melebihi RM500,000, 12 tahun lalu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu selepas Khairuddin Khalid, 54, didapati bersalah terhadap kesemua pertuduhan di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, Khairuddin bernasib baik hanya perlu menjalani hukuman penjara tujuh tahun apabila mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini.

Mahkamah juga membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Namun, tertuduh masih perlu membayar denda yang ditetapkan, sekiranya gagal, dia akan dipenjara 64 bulan. 

Dalam penghakimannya, Ahmad Zamzani berkata keterangan saksi pembelaan tidak menyokong antara satu sama lain dan keterangan tertuduh juga disifatkan penafian semata-mata selain tidak berasas.

Berdasarkan empat pertuduhan, tertuduh didakwa secara rasuah meminta untuk dirinya sendiri suapan melalui empat cek semuanya bernilai RM985,248 daripada Pengerusi Eksekutif Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd, Muhammad Khalid Ismail.

Daripada jumlah itu, tertuduh didakwa menerima RM502,002.37 sebagai upah kerana melaburkan dana pelaburan Mimos Berhad bernilai RM5.5 juta dengan syarikat pelaburan berkenaan.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama.

Bagi empat pertuduhan memperoleh rasuah pula, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap individu yang sama, serta jumlah sama mengikut Seksyen 11(a) akta yang sama.

Tertuduh yang kini bekerja sebagai ketua pegawai operasi di sebuah syarikat teknologi maklumat, didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di pejabat Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd, Suite 17.3-17.4A, Tingkat 17, Menara Weld, 76, Jalan Raja Chulan di sini, antara 23 Mei 2001 dan 8 Februari 2002.

Terdahulu, dalam rayuan yang dikemukakan, peguam tertuduh Azi Azlin Zulkifli berkata mahkamah perlu mengambil kira kesalahan pertama anak guamnya itu selain isteri tidak bekerja serta menyara ibunya sakit tua.

"Mohon mahkamah mengenakan hukuman penjara dan denda minimum ke atas anak guam saya selain mengambil kira faktor-faktor lain," kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Nur Lokman Samingan memohon hukuman setimpal berbentuk pencegahan dan pengajaran untuk tertuduh dan masyarakat. - Bernama

Anak Yusof Haslam tidak dibenar menjalankan penggambaran di FINAS

Syafiq Yusof (Bertopi) - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Anak kepada pengarah terkemuka negara, Datuk Yusof Haslam tidak dibenar menjalankan penggambaran di salah sebuah studio di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Syafiq Yusof, 22 yang juga merupakan seorang pengarah menyuarakan kekecewaannya di laman Twitter dengan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap pengurusan FINAS yang dianggap tidak memberi kerjasama terhadap krew filem untuk menjalankan penggambaran.

Sewaktu dihubungi Astro AWANI semalam, Syafiq berkata, beliau terpaksa mencari lokasi lain selepas beliau dan krew produksinya disuruh untuk menjalankan penggambaran di bahagian luar studio FINAS sahaja.

“FINAS adalah pusat filem, untuk anak-anak filem menjalankan penggambaran. Jika hendak menjalankan penggambaran di luar, ia memakan belanja yang besar. Sepatutnya FINAS menolong kami,” kata Syafiq.

Menurut Syafiq, beliau telah mendapat kebenaran mengadakan penggambaran di FINAS sehari sebelum kejadian tersebut berlaku, namun pada semalam, pegawai bertugas ketika itu tidak membenarkannya masuk.

"Saya nampak orang main badminton dan penuh raket badminton di sana sini. Bermain badminton lebih pentingkah daripada menjalani penggambaran? Bukankah bangunan FINAS sememangnya tempat buat krew penggambaran menjalankan tugas kami?" tambah Syafiq.






Sementara itu, pihak FINAS pagi ini memohon maaf kepada Syafiq dan krew produksinya atas kesulitan dan salah faham yang berlaku pada semalam.

Ketua Pengarahnya, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah berkata dalam satu kenyataan bahawa teguran yang diberikan akan diambil perhatian sewajarnya.

“FINAS dengan ini akan terus komited dan utuh bekerjasama bersama penggiat industri filem tempatan dan sebarang masalah serta pandangan boleh disalurkan secara rasmi di Pengaduan Awam ISPAA atau boleh terus berhubung ke Unit Komunikasi Korporat FINAS,” katanya.

Kira-kira jam 10.50 pagi tadi, Syafiq sekali lagi menghantar tweet menyatakan isu ini telahpun diselesaikan antara beliau dan pihak Finas.

Sementara itu, menjawab tweet yang dihantar oleh Syafiq, Pembantu Tadbir Finas, Farahin Hayazi menyatakan Syafiq tidak membuat sebarang tempahan.

Dalam tweetnya Farahin menegaskan bahawa tempahan perlu dibuat sebelum penggambaran boleh dilakukan dan mengikut prosedur yang telah disediakan oleh Finas.


Astro Awani 

MyHome: Kerajaan tawar subsidi RM30,000 untuk pembelian rumah pertama

PUTRAJAYA: Kerajaan menawarkan subsidi maksima RM30,000 bagi membeli rumah kos rendah kepada individu berpendapatan RM3,000 ke bawah menerusi program MyHome yang akan dilancarkan 1 April ini.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program tersebut mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah bagi tahun 2014.

RM300 juta diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut namun pemohon bagaimanapun perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Antara syarat yang digariskan ialah pembelian rumah ini merupakan pembelian rumah pertama dan tidak boleh dijual selama 10 tahun.

Menurut perdana menteri, pemaju swasta perlu memohon kepada kerajaan untuk membina rumah di bawah skim ini.

Subsidi maksima RM30,000 pula bergantung kepada kos pembinaan rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri dan kerajaan akan membayar subsidi itu terus kepada akaun pemaju.

Najib ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perumahan Negara di Putrajaya.

Obama to visit Malaysia in April


KUALA LUMPUR: United States President Barack Obama will visit Malaysia in April, AFP reported, Wednesday.

The report, quoting the White House, added that apart from Malaysia, Obama will also be visiting Japan, South Korea and the Philippines.

The visit is intended to quell doubts in the region about Obama's strategy of rebalancing US power to Asia, following the cancellation of his last planned trip there in October for domestic political reasons.

Obama had postponed his much-awaited visit to Malaysia in Oct last year following the shutdown of the administrative operations in the US.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who received a telephone call from Obama about the postponement in Oct, said he understood the internal problems faced by the President and the challenges Obama faced in raising the National Debt Ceiling on Oct 17.

Najib said Obama had expressed his intention to visit Malaysia at a date to be determined later.

The US President was scheduled to attend the Global Entrepreneurship Summit 2013 in Kuala Lumpur on Oct 11. That would have been his first visit to Malaysia.

The White House Office of Management and Budget ordered government agencies in October to begin shutting down after Congress failed to find a compromise on a government spending bill.

Astro Awani 

Why women prefer taller men


A new study confirms a truism in the dating world: when it comes to love, size -- or more specifically height -- matters.

This is particularly true for women, who expressed a preference for taller men as a matter of protection and femininity in a new study published jointly out of Rice University and the University of North Texas.

Researchers conducted their study in two parts. For the first experiment, they looked at the dating preferences of men and women using data from 925 personal dating ads posted Yahoo!.

Of the 455 men, the average age was 36 and the average height 5 feet 8 inches (177 cm).

The sample of 470 women averaged a height of 5 feet 4 inches (165 cm) and age 35.

Asking open-ended questions in an online survey to ascertain height preferences, researchers concluded that 14 percent of men expressed a desire to date exclusively shorter women.

But when it came to women, nearly half or 49 percent of females said they only wanted to date men who were taller than themselves.

“As the girl, I like to feel delicate and secure at the same time. Something just feels weird in thinking about looking 'down' into my man's eyes," said one female participant.

"There is also something to be said about being able to wear shoes with high heels and still being shorter. I also want to be able to hug him with my arms reaching up and around his neck."

The second part of the study involved 54 men and 131 women recruited from a US university whose answers to an online survey corroborated the previous findings, with more than half (55 percent of females) expressing a preference for taller men, and 37 percent of men preferring shorter women.

For men, a preference for shorter women comes from the mechanics of physical intimacy.

"I like it when the body of your partner fits yours," said one man. "It also makes it easier to kiss, hold hands and do other activities with your partner."

The findings were published in the Journal of Family Issues.

According to science, tall men with low voices have hit the biological jackpot, as another study out of McMaster University in Hamilton, Ontario found that women found low-pitched male voices sexy, but also less trustworthy. - AFP RELAXNEWS 

Sami dan budak 9 tahun antara lima maut ditembak di Pattani


BANGKOK: Lima orang ditembak mati termasuk seorang budak lelaki berumur 9 tahun dan seorang sami Buddha di wilayah selatan Thailand dalam insiden serangan yang dipercayai tindakan balas dendam.

Empat lelaki bermotorsikal melepaskan tembakan ke arah sami Buddha itu di Mae Lan dalam daerah Pattani pada pagi Khamis dan turut membunuh tiga penduduk kampung dan kanak-kanak lelaki itu.

Enam orang turut cedera termasuk seorang anggota polis yang mengawal sami berkenaan.

Serangan pada Khamis itu menyusul satu serangan lain pada Rabu juga di Pattani apabila seorang wanita beragama Buddha yang pulang kerja dengan menaiki motorsikal ditembak mati dan mayatnya dibakar, kata polis seperti dipetik oleh AFP.

Menurut laporan itu, penyerang wanita berkenaan meninggalkan sekeping nota di tempat kejadian dengan mesej: "Kepada ketua tentera: ini bukan mayat terakhir untuk tiga beradik itu"

Tiga beradik itu yang berumur tiga,lima dan sembilan tahun ditembak mati di depan rumah mereka di Narathiwat selepas balik dari masjid minggu lalu.

Ibu mereka yang sedang mengandung serta ayah juga ditembak tetapi terselamat.

Dalam kejadian balas dendam sebelumnya, isteri seorang anggota polis ditembak mati dan dibakar di tengah pasar pada Isnin.

Astro Awani 

Motorola Solutions dianugerahkan projek radio perkhidmatan awam TETRA


KUALA LUMPUR: Motorola Solutions, Inc. sebuah syarikat terkemuka yang memberi perkhidmatan dan peralatan penyelesaian sistem komunikasi kepada pelanggan-pelanggan di sektor swasta dan kerajaan, telah diberikan kontrak bernilai berjuta-juta dolar Amerika Syarikat bagi menyediakan satu rangkaian radio digital Radio Sesalur Terestrial (TETRA) ke seluruh negara untuk Pasukan Polis Diraja Brunei (RBPF).

Ini secara langsung mengesahkan kepercayaan yang diberikan oleh dua juta pengguna di seluruh dunia, terhadap radio digital TETRA daripada Motorola Solutions.

Sebagai sebahagian daripada Program Perancangan Strategik mereka dari tahun 2007 hingga 2016, RBPF telah melancarkan Sistem Komunikasi Digital Nasional (NDCS) untuk memenuhi peningkatan kehendak rakyatnya terhadap perlindungan dan keselamatan awam oleh agensi-agensi kerajaan, yang perlu dipadankan dengan keberkesanan perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti.

Diterajui oleh RBPF, ini merupakan perlaksanaan pertama TETRA di negara bagi agensi-agensi kerajaan di Brunei.

Bertujuan untuk mengelakkan pertindihan sumber dan menyediakan maklumat operasi dan kecemasan berpusat yang menggunakan komunikasi digital radio dua hala yang tersulit, perlaksanaan NDCS akan diperluaskan kepada agensi kerajaan dan kecemasan yang lain.

Ini akan meningkatkan lagi kelancaran komunikasi antara agensi-agensi semasa melakukan
operasi bersama.

Sebagai sebahagian daripada sebuah konsortium tempatan, Motorola Solutions akan membekal dan menggunakan suis TETRA Dimetra IP lewah dan stesen pangkalan yang terbaharu untuk menyediakan liputan ke seluruh negara, dengan lebih daripada 5,000 radio mudah alih untuk RBPF dan agensi kerajaan utama yang lain.

Setelah sekian lama menjadi pengguna penyelesaian komunikasi dari Motorola, RBPF mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, yang dirangsang oleh pengalaman positif mereka semasa menyediakan sebuah rangkaian komunikasi radio digital sementara dan sistem lokasi kenderaan automatik untuk Sidang Kemuncak ASEAN 2013 yang diadakan di Brunei pada Oktober lepas.

Dalam masa hanya dua minggu selepas penghantaran peralatan tersebut, sistem itu dapat beroperasi dengan berkesan selama sepanjang tiga hari acara itu berlangsung dan memberi perkhidmatan kepada lebih 300 pengguna tanpa waktu rosak dilaporkan.

Apabila ia beroperasi sepenuhnya, NDCS akan diperluaskan kepada agensi kerajaan yang lain, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perkhidmatan Ambulans, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Kastam Diraja, Imigresen & Buruh, Pengangkutan Darat dan Jabatan Laut.

BERNAMA

Lelaki hilang di hutan selepas putus cinta


SANDAKAN: Polis melancarkan gerakan mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dilapor hilang di kawasan hutan Batu 6 dekat sini dalam kejadian malam tadi.

Ketua Polis Sandakan ACP Rowell Marong berkata operasi itu yang dimulakan pada pukul 10.13 malam dihentikan kira-kira sejam kemudian dan bersambung semula pagi ini, membabitkan polis dan bomba.

Lelaki yang dikenali sebagai Tang Weng Liang, 30-an, dipercayai melarikan diri ke dalam kawasan hutan itu untuk membunuh diri selepas putus cinta dengan teman wanitanya, kata Rowell kepada pemberita selepas perhimpunan bulan polis Sandakan, di sini hari ini.

Katanya polis menerima laporan kehilangan Tang daripada keluarganya pada pukul tujuh malam.

Bernama 

Pos Malaysia lancarkan siri setem bunga mawar


KUALA LUMPUR: Mahu pos kad Hari Valentine, jemputan perkahwinan, surat dan kad majlis kepada rakan-rakan?

Pos Malaysia telah melancarkan siri koleksi setem bunga mawar, yang boleh didapati mulai Jumaat ini. Ia juga satu cara untuk menggalakkan orang ramai menghargai tradisi menghantar kad dan surat yang dilengkapi dengan setem yang cantik di sampul surat.

"Ia adalah satu koleksi yang tidak boleh dilepaskan terutama sekali kepada pengumpul setem. Mereka dinasihatkan untuk mendapatkan setem-setem ini di pejabat pos di negara ini.

"Tidak ada bunga yang begitu diminati dan disayangi selain bunga mawar. Untuk koleksi khas bunga mawar ini, kami memilih tiga jenis bunga mawar iaitu hybrid tea rose, grandiflora rose dan English rose," kata seorang jurucakap.

Setem ini boleh didapati dalam tiga denominasi iaitu hibrid tea rose pada harga RM0.60 setiap satu, grandiflora rose pada RM0.70 setiap satu danEnglish rose pada RM1.20 setiap satu.

Astro Awani 

Ha ha ha! Cara kreatif elak bosan di dalam tren

Kreatif dan unik.

Itu perkataan yang sesuai ditujukan kepada pelukis animasi, October Jones.



Bagi mengisi masa terluang semasa berada di dalam keretapi, Jones menggunakan kepakaran idea animasi dan fantasinya dengan melukis kartun.

Bukan hanya melukis kartun, dia malah berfantasi kononya penumpang-penumpang di dalam keretapi tersebut adalah watak-watak kartun yang dilukisnya.



Apa yang dilakukan Jones adalah dia melukis beberapa karektor kepala kartun di atas kertas dan mengacukan kertas tersebut pada kepala penumpang lain dari tempat duduknya.

Memang kelakar kerana lukisan tersebut seakan kena dengan posisi dan keadaan penumpang-penumpang yang berada di dalam keretapi tersebut.

Bukan hanya popular dengan lukisan-lukisan kelakarnya, Jones juga mempunyai pengikut yang ramai di Twitter iaitu hampir 80,000 kerana tweet-tweetnya yang mencuit hati.



Selain melukis secara suka-suka, Jones juga adalah seorang pewarna bagi karektor seperti 'Hulk' dan 'Waldo' pada baju.

October Jones juga dikenali dengan komik di tumblrnya yang bertajuk 'Text from dog' dan ia pernah dibukukan.


Astro Awani 

Calon SPM 2013 boleh kemaskini borang permohonan matrikulasif


KUALA LUMPUR: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh mengemas kini borang permohonan matrikulasi masing-masing selama 15 hari bermula 10 Februari lalu.

Kenyataan Kementerian Pendidikan berkata, calon yang telah mengisi borang permohonan juga boleh mengemas kini maklumat tambahan melalui laman sesawang kementerian itu di www.moe.gov.my.

Pelajar yang mengemas kini melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan perlu masuk melalui ruangan e-Perkhidmatan berkala dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM sahaja jika ingin mengemas kini borang berkenaan.

Dalam pada itu, kementerian turut memaklumkan keputusan ke program matrikulasi akan dikeluarkan lima minggu selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi di laman web kementerian.

Pelajar yang ditawarkan ke program matrikulasi juga perlu mencetak sendiri surat tawaran yang akan dikeluarkan secara atas talian.

Pelajar terbabit bagaimanapun tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM kerana ia akan diambil terus dari lembaga peperiksaan.

Mereka yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi bahagian matrikulasi di talian 03-88844083/4036/4040 bermula 8.30 pagi sehingga 4.30 petang pada hari bekerja.


Astro Awani

Hasrat tiga kanak-kanak memancing terbantut dek penemuan mayat


KOTA BAHARU: Hasrat tiga kanak-kanak untuk memancing ikan di belakang rumah terbantut apabila mereka menemui satu mayat lelaki terapung di Sungai Banggu, Binjai, petang Rabu.

Mayat berkenaan ditemui kanak-kanak berkenaan sekitar pukul 3 petang .

Mayat lelaki lengkap berpakaian itu dipercayai telah meninggal dunia lebih empat hari.

Ibu mangsa yang turut berada di tempat kejadian mengesahkan bahawa mayat yang ditemui itu ialah anaknya yang dikenali sebagai Mohd Adam Hakim Rozemi, 18, berasal dari Kampung Jejuluk, Bangu, Kota Bharu.

Menurut ibu mangsa, Mohd Adam keluar dari rumah pada 4 Febuari lalu dan tidak pulang sehingga keluarganya ingin membuat laporan polis pada Rabu sebelum dimaklumkan mengenai penemuan mayat berkenaan.

Ibu mangsa mengesahkan mayat tersebut sebagai anaknya berdasarkan pakaian yang dipakai serta jam tangan yang dipakai mangsa.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

Ketua polis Daerah Kota Bharu, ACP Azham Othman mengesahkan mengenai penemuan tersebut dan pihaknya akan menyiasat punca kematian selepas memperolehi laporan bedah siasat.

Astro Awani 

Bomba terima 300 kes kebakaran sehari di seluruh negara


KUALA LUMPUR: Cuaca panas berterusan yang melanda seluruh negara sejak bulan lalu mulai memberi kesan kepada persekitaraan dan mencetus ratusan kebakaran belukar di seluruh negara yang dilaporkan meningkat tiga kali ganda sejak hujung Januari lalu hingga kini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, pihaknya menerima lebih 300 laporan kebakaran sehari dalam tempoh berkenaan.

Angka itu menunjukan peningkatan berbanding 100 kes sehari yang diterima di seluruh negara sebelum ini.

Jelasnya peningkatan kes itu disebabkan aktiviti manusia, ditambah keadaan cuaca kering yang memudahkan tercetusnya kebakaran.

“Cuaca kering itu ialah punca semula jadi tapi yang memulakan kebakaran itu aktiviti manusia seperti membersihkan kebun, buang puntung rokok, dan membakar sampah sarap. Aktiviti seperti ini menyebabkan aktiviti api merebak," ujarnya.

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001, mereka yang melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, kompaun maksimum RM2,000 juga boleh dikenakan terhadap setiap kesalahan.

Berikutan peningkatan kes kebakaran terbabit, Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, pihaknya memanjangkan waktu bertugas semua anggotanya sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.


Astro Awani