Wednesday, 13 August 2014

Pelawak Maidin Ibrahim atau Pak Tam meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelawak veteran, Maidin Ibrahim atau lebih dikenali dengan Pak Tam meninggal dunia jam 2 petang tadi akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun.

Allahyarham, 76, yang popular dengan lakonannya di dalam filem Anak Mami dan sitcom Pantai Timur pernah menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin 2001 dalam drama Pinang Durian.

Sepanjang kerjayanya, Allahyarham selalu digandingkan bersama pelawak, Pie dan mereka terkenal dengan 'lawak loghat utara' ketika membuat persembahan bersama.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Habira Ibrahim dan lima anaknya serta tiga cucu.

Di media sosial, rata-rata peminat terkejut dengan berita ini serta mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

Pelawak Lagenda Maidin telah meninggal dunia,sama sama kita sedekahkan Al fatihah semoga roh beliau ditempatkan bersama mereka yg soleh!
— Dato' AC ForUToC (@datoacmizal) August 13, 2014 
"Amboi Mamu, berkilat nampak" "Biasala baru polish" "Bukan reta, tapi Mamu!" Alfatihah, Maidin Ibrahim.
— Azri Shahabudin (@syedadzrey) August 13, 2014 
al fatihah pada allahyarham maidin pelawak kita
— Sharifah Shahira (@Shieraijoy) August 13, 2014 
pelawak veteran maidin ibrahim meninggal dunia.innalillah.lepas ni tak ada dah orang nak buat lawak guna bahasa utarapic.twitter.com/8Oo1NSKT14— pluviophile (@mardhiahkhairil) August 13, 2014 
Mamu Penang sudah meninggal, Maidin Ibrahim . Alfatihah
— Fareez Fisal (@fareezfisal)August 13, 2014 
Maidin Ibrahim passed away. Went to Wiki to edit his entry to include date of death. Sad to see he does not even have a Wiki page.
— Melajew ™ (@1Obefiend)August 13, 2014 
US kehilangan Robin Williams Malaysia kehilangan Maidin Ibrahim dua pelawak sohor!#RIPRobinWilliams#AlFatehahMaidinIbrahim #fb— Ariff Eye Ahmad™ (@KartunisGandum) August 13, 2014 
Abg ipar aki ckp arwah maidin ibrahim suka belanja org makan. Murah hati. Semoga Allah redha.
— mahfudz al-hafiz (@thelegalchef) August 13, 2014 
Baru sembang ngn abg ipar aku tanya maidin ibrahim hidup lagi. Hari ni dah meninggal. Allahummaghfirlahu warhamhu.
— mahfudz al-hafiz (@thelegalchef) August 13, 2014 
al fatihah untuk arwah maidin ibrahim. walaupun saya jarang tengok filem2 melayu, tapi saya suka lakonan beliau
— ✡also sprach fumi (@laylamajusi) August 13, 2014

- Astro Awani 

United target Rojo punished after going on strike


Sporting Lisbon defender Marcos Rojo is being hit with disciplinary action by the club amid talk of him being wanted by Manchester United.

Reports suggest United have made a bid of around £16 million for the 24-year-old Argentina international and that Rojo has refused to train with Sporting, handed in a transfer request and asked to be allowed to join the Red Devils.

Sporting president Bruno de Carvalho has been quoted as saying that both Rojo and team-mate Islam Slimani are "subject to strong disciplinary measures" and will not play in the club's Portuguese league opener against Academica on Saturday.

De Carvalho, quoted by Portuguese newspaper Record from an interview with Sporting TV, said: "They will not play next weekend.

"This will take as long as it takes. If something doesn't change, you're going to end up with the players seeing out their contracts.

"They can watch the game on television.

"On Saturday, against Academica, we will play to win and we will win.

"There is no player bigger than the club. I would not give up the honour, the club's history, for the attitudes of anyone.

"I give a piece of advice: don't use the press, be professional.

"These two, in defence of our magnificent group, must be removed. They are subject to strong disciplinary measures.

"Both players have taken decisions that have caused sharp indiscipline at Sporting.

"A message: any player who does not follow the rules of the club can have illusions and pretensions, but with the way these two did things, the situation is just complicated."

- Eurosport

Lelaki guna aplikasi 'Siri' iPhone bertanya di mana hendak sorok mayat

Pakar penyiasat dapat memeriksa data iPhone milik Pedro Bravo.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dari Miami, Amerika Syarikat dilaporkan menggunakan perkhidmatan aplikasi Siri yang terdapat di dalam telefon pintar jenama iPhone milik Apple untuk 'membantu' beliau mencari lokasi untuk menyembunyi mayat rakannya yang dibunuh, menurut seorang pakar penyiasat.

Pedro Bravo dituduh menculik dan membunuh rakannya Christian Aguilar pada bulan September 2012.

Bravo dan Aguilar merupakan kawan namun hubungan mereka renggang apabila Aguilar mula rapat dengan bekas teman wanita Bravo.

Aguilar dilaporkan hilang selepas menumpang kereta Bravo untuk pergi ke kedai muzik Best Buy untuk membeli album Kanye West.

Lapor The Palm Beach Post, pakar penyiasat mendapati bahawa telah bertanya kepada Siri, “Saya ingin menyorokkan rakan serumah saya.”

Siri menjawab, “Anda mencari tempat jenis apa?” Paya, takungan, peleburan logam atau tempat pembuangan?”

Perbualan dilakukan pada 20 September 2012, hari yang sama Aguilar dilaporkan hilang.

The Gainesville Sun pula melaporkan bahawa telefon beliau dimatikan ketika Bravo menyorokkan badan Aguilar.

Namun pakar penyiasat mendapati aplikasi lampu suluh beliau digunakan selama 48 minit.

Data lokasi yang diperolehi dari iPhonenya juga tidak sama dengan lokasi yang Bravo maklumkan dia berada ketika kejadian kepada polis. - Astro Awani

Barang kemas disamun 'penghantar surat'

BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita kerugian lebih RM6,000 apabila barang kemasnya dilarikan seorang lelaki yang menyamar sebagai penghantar surat di rumahnya di Taman Bukit Kechil, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata dalam kejadian 11 pagi itu, wanita berusia 40-an itu didatangi seorang lelaki yang mendakwa mahu menghantar surat penting didaftarkan atas nama anak perempuannya.

"Lelaki itu meminta wanita berkenaan menyerahkan salinan dokumen kad pengenalannya kepada dia sebagai pengesahan telah menjalankan tugasnya dan suami mangsa yang ketika itu berada di rumah bersetuju untuk membuat salinan.

"Suami dan lelaki itu keluar ke kedai berhampiran untuk membuat salinan kad pengenalan tetapi suspek berpatah balik ke rumah mangsa dengan alasan tertinggal barang," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu mengacukan pisau dan mengarahkan wanita berkenaan diam serta menyerahkan barang kemas miliknya.

Rusli berkata usaha mengesan lelaki berusia 20-an itu giat dijalankan dan polis tidak menolak kemungkinan suspek turut terlibat dalam beberapa kejadian serupa yang dilaporkan di daerah itu. - Bernama

Aktres legenda Lauren Bacall mati akibat strok

Lauren Bacall

Aktres legenda, Lauren Bacall yang pernah menyinari layar perak melalui beberapa filem klasik bersama suaminya Humphrey Bogart, meninggal dunia pada Selasa di usia 89 tahun.

“Dengan rasa dukacita, namun penuh penghargaan, kami mengesahkan Lauren Bacall telah meninggalkan kita,” menurut kenyataan ringkas daripada keluarga Bogart.

Media Amerika Syarikat berkata Bacall mati setelah mengalami strok di kediamannya di New York pada pagi Selasa.

Bacall, yang nama sebenarnya Betty Joan Perske, telah menggegarkan Hollywood melalui penampilan layar peraknya yang pertama pada tahun 1944 dalam filem "To Have and Have Not," di mana mendiang bertemu Bogart dan “mengajarnya bersiul."

Berbekalkan renungan yang menggoda serta suara yang serak-serak basah, nama Bacall menjadi siulan ramai dan merupakan artis yang digilai di Hollywood dan Broadway.

Bacall meninggalkan dua anak hasil perkongsian hidup dengan pelakon legenda Bogart yang meninggal dunia akibat kanser tekak pada tahun 1957. - AFP 

Baca selanjutnya

Kes Liwat: Mohd Saiful saman Anwar tuntut ganti rugi RM50 juta

Mohd Saiful mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis yang menyatakan Anwar telah meliwatnya. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan memfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes liwatnya enam tahun lepas.

Mohd Saiful, 27, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, pada 23 Jun lepas melalui Tetuan Zamri Idrus & Co. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan hari ini selepas kes itu disebut untuk pengurusan kes.

Dalam writ samannya, Mohd Saiful mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh defendan (Anwar) dan selepas Anwar menuduh laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.

Mohd Saiful berkata perbuatan liwat itu adalah suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Anwar perlu membayar ganti rugi kepadanya di atas perbuatan liwat itu dan akibat fitnah yang dilemparkannya berhubung laporan polis itu.

Mohd Saiful mendakwa defendan (Anwar) sesungguhnya bertanggungjawab ke atas segala kerosakan dan kehilangan yang dialami plaintif (Mohd Saiful) akibat diliwat oleh defendan.

Mohd Saiful mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun, 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.

Katanya kandungan laporan polis itu adalah apa yang sebenarnya terjadi dan kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaannya.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Mohd Saiful berkata beliau bekerja dengan Anwar pada Mac 2008 sehingga Jun tahun sama pada usia 22 tahun dan beliau sering dibawa Anwar untuk urusan di dalam dan luar negara.

Katanya beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.

Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Selepas kes itu disebut hari ini, Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful memberitahu media bahawa kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes 8 Okt ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Norfauzani Mohd Nordin.

Beliau berkata mahkamah juga memerintahkan Anwar yang diwakili peguam Shahid Adli memfailkan pernyataan pembelaannya sebelum 3 Sept ini.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat Mohd Saiful selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa raya untuk mensabitkan Anwar atas pertuduhan meliwat.

Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan, 2012 yang melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful. Bagaimanapun Anwar dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Rayuan itu ditetapkan untuk pengurusan kes esok. - Bernama

Tiada peri-kemanusiaan: Budak hamil dirogol

Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd
Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd

SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengandung sembilan bulan selepas beberapa kali dirogol bapa saudaranya di rumah mangsa di Bagan Sungai Burung, Sungai Besar, di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, mangsa yang tidak lagi bersekolah itu dipercayai dirogol sejak awal Disember tahun lalu ketika ibu dan bapa mangsa tiada di rumah.

Menurutnya, mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek yang tinggal di Hutan Melintang, Perak dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada Julai lalu.

“Mangsa mula dirogol bapa saudaranya itu ketika usianya masih 11 tahun dan kandungannya kini memasuki usia sembilan bulan,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan mangsa, bagaimanapun mangsa seakan-akan tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya itu selepas mereka menjalin hubungan terlarang.

“Ibu bapa mangsa terkejut selepas mendapati anaknya mengandung dan mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada kedua-dua orang tuanya,” katanya.

Katanya, mangsa yang menerima rawatan di Klinik Desa Sungai Burung kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar sebelum satu laporan polis dibuat seorang jururawat atas arahan seorang doktor pakar di klinik kesihatan terbabit.

Sehingga kini katanya, polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Dalam kejadian berasingan katanya, seorang pelajar dari Pasir Mas, Kelantan dirogol di dua tempat berasingan di daerah ini oleh seorang abang angkatnya yang dikenali menerusi aplikasi SMS Koloni.

Katanya, kejadian berlaku pada 4 Ogos lalu selepas mangsa mengikut suspek berusia 25 tahun itu dari KLIA ke rumah lelaki itu di Sungai Besar.

"Dalam perjalanan ke Sungai Besar itu, mangsa dan suspek tidak terus pulang ke rumah sebaliknya mereka menginap di sebuah hotel di Sekinchan sebelum melakukan hubungan terkutuk itu pada waktu malam hari yang sama.

“Keesokannya, mangsa dibawa ke rumah suspek di Taman Padu Permai Sungai Besar dan sekali lagi melakukan perbuatan itu pada 7 Ogos lalu di bilik tidur di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Noor Mushar memberitahu, mangsa dihantar pulang oleh suspek di Perhentian Bas Klang pada 8 Ogos lalu untuk pulang ke rumahnya di Kelantan.

“Hasil siasatan mendapati ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di KLIA pada 4 Ogos lalu.

“Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kepada ibunya menerusi SMS dia mengikut rakannya dan akan pulang dengan selamat,” katanya.

Bagaimanapun katanya, setelah beberapa kali didesak ibunya selepas kehilangannya selama empat hari, akhirnya mangsa mengaku dia telah dirogol suspek dan membuat laporan polis di Pasir Mas, Kelantan.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. - Sinar Harian 

Ini dia Kronologi krisis Menteri Besar Selangor

Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang'. Gambar fail

SHAH ALAM: Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

27 JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu.

Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu.

26 FEBRUARI: Abdul Khalid, mewakili Kerajaan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak 2008. Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang mendakwa Abdul Khalid tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dengan mereka.

26 JUN: Abdul Khalid gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti apabila tewas kepada bekas anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam.

21 JULAI: PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.

22 JULAI: Abdul Khalid dalam kenyataan media berkata walaupun menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid berkata sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, beliau akan
terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

25 JULAI: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

1 OGOS: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

4 OGOS: Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan nota setebal lebih 40 muka surat mengenai dakwaan salah laku Abdul Khalid seperti isu penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana.

5 OGOS: Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid mengenai keengganannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

6 & 8 OGOS: Abdul Khalid membalas surat tunjuk sebab.

9 OGOS: PKR memecat Abdul Khalid daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Abdul Khalid dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau menerima keputusan PKR yang memecatnya daripada parti walaupun beliau mendakwa tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang.

10 OGOS: Abdul Khalid memberitahu pemberita bahawa beliau akan meneruskan tugasannya seperti biasa sehingga mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor diadakan pada 11 Ogos.

11 OGOS: Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi memaklumkan pemecatannya daripada PKR selain membincangkan kemelut jawatan Menteri Besar.

11 OGOS: Dalam sidang media khas kemudiannya Abdul Khalid mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Menteri Besar itu turut menyarankan supaya anggota Exco yang tidak menyokong kepimpinan beliau supaya meletak jawatan. Beliau juga berkata akan mengadakan pertemuan dengan barisan exco kerajaan negeri secara individu bagi mengetahui sokongan dan pendirian mereka terhadap kepimpinan beliau.

Ahli Exco Selangor yang dipecat oleh MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - (dari kiri) V. Ganabatirau, Dr Daroyah Alwi, Elizabeth Wong, Datuk Teng Chang Khim dan Ean Yong Hian Wah. – Sumber: Bernama

12 OGOS: Empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS berkata akan terus berkhidmat di bawah pentadbiran Abdul Khalid seperti yang diarahkan pucuk pimpinan parti itu.

Enam anggota Exco daripada DAP dan PKR dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Selain itu keenam-enam exco tersebut dilaporkan berkata dalam urusan melibatkan mereka, kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat dilantik selain. Mereka juga berkata Abdul Khalid dan MMKN tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.

12 OGOS: Abdul Khalid mengumumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang tidak menyokong pentadbirannya.

Keenam-enam Exco terbabit dalam sidang media bagaimanapun bertekad untuk datang ke pejabat masing-masing di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam esok kerana menganggap pemecatan itu tidak sah berikutan belum mendapat perkenan Sultan Selangor. -- Bernama

Gaza: Tunang George Clooney tolak tawaran PBB

Amal Alamuddin

GENEVA: Tunang bintang Hollywood George Clooney, Amal Alamuddin telah menolak pencalonannya untuk menyertai suruhanjaya siasatan serangan Israel ke atas Gaza, ketua Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada Selasa.

Baudelaire Ndong Ella, dalam satu kenyataan berkata, peguam British yang dilahirkan di Lubnan itu menyebut bahawa "komitmen profesional terdahulu dan kepakarannya dalam bidang itu tidak akan dapat membantu pihak suruhanjaya."

Alamuddin, 36, yang mahir dalam siasatan konflik antarabangsa, telah dicalonkan pada Isnin untuk menduduki salah satu daripada tiga kerusi suruhanjaya siasatan PBB.

Beliau pernah bertugas dengan tribunal antarabangsa menyiasat pembunuhan bekas perdana menteri Rafiq Hariri, dan membantu bekas ketua PBB Kofi Annan dalam usaha damai di Syria.

Antara anak guamnya ialah bekas perdana menteri Yulia Tymoshenko dan pengasas Wikileaks Julian Assange.

Alamuddin yang fasih bahasa Arab, Perancis dan Inggeris, dilapor bakal mengahwini Clooney, 53, di Itali September ini. - AFP 

Jaclyn Victor kini isteri kepada Shawn Rivera

Jaclyn memilih untuk merahsiakan majlis perkahwinannya di atas permintaan ibunya. - Sumber Facebook

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Jaclyn Victor sudah berkahwin dengan penyanyi dari Puerto Rico, Shawn Rivera di dalam sebuah majlis tertutup di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 19 Julai.

Rivera, 43 adalah merupakan salah seorang ahli kumpulan R&B terkenal, Az Yet selain penulis lagu dan juga komposer.

Jaclyn membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang media memperkenalkan suaminya itu pada petang Selasa di Istana Budaya.

Jaclyn memberitahu, kali pertama mereka bertemu adalah di Malaysia pada bulan Januari dan mengakui itu merupakan 'cinta pandang pertamanya'.

“Kami bertemu di Malaysia iaitu pada bulan Januari tahun ini, ketika Shawn turun ke Malaysia untuk merakam lagu Magical Moments, runut bunyi bagi filem Ribbit” jelas Jac kepada rakan media.

Kemudian, percintaan jarak jauh mereka diteruskan semenjak pertemuan itu.


Anggota Az Yet Terdiri Daripada (dari Kiri) Shawn Rivera, Claude Thomas, Kenny Terry Dan Dion Allen. - Sumber Facebook

Jaclyn yang lebih mesra disapa Jac, 36 berkata majlis perkahwinan mereka hanya dihadiri oleh 35 ahli keluarga dan rakan rapat sahaja.
Jac turut berkata, dia memilih untuk merahsiakan majlis perkahwinannya di atas permintaan ibunya.

Juara Malaysian Idol 2004 itu baru sahaja lahir dengan album terbaru berjudul Unleashed yang akan berada di pasaran pada September ini.

Baru-baru ini, Jac ke Hollywood bagi memperkenalkan salah satu single dari album tersebut, Remedy. - Astro Awani

Robin Williams mati gantung diri dengan tali pinggang

Robin dilihat buat kali terakhir oleh isterinya pada Ahad malam. - Gambar Fail

SAN RAFAEL: Pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Robbin Williams dipercayai menggantung dirinya menggunakan tali pinggang.

Menurut Sherif Marin County, Leftenan Keith Boyd, dilihat buat kali terakhir oleh isterinya pada Ahad malam di rumah mereka di San Francisco.

Dengan siasatan masih dijalankan, Boyd berkata, semua bukti menunjukkan pelakon Mrs Doubtfire itu telah membunuh diri.

"Nyawanya berakhir akibat asfiksia susulan cubaan membunuh diri," katanya kepada pemberita.

Isteri Williams yang keluar dari rumah pada ketika itu menyangka suaminya itu masih tidur.

Tidak lama selepas itu, pembantu peribadi Williams tiba di rumahnya dan menjadi risau apabila Williams tidak membuka pintu setelah diketuk berkali-kali.

Pembantu peribadi Williams menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus memanggil polis.

Namun, keputusan akhir akan dibuat sebaik laporan toksikologi selesai selain soal siasat bersama beberapa saksi.

Keadaan badan Williams semasa ditemui menunjukkan bahawa dia telah mati untuk beberapa jam awal namun pihak berkuasa enggan mendedahkan sama ada pelakon itu meninggalkan nota bunuh diri atau tidak.

Nama Williams melonjak naik sebagai salah satu penghibur Amerika yang disayangi dalam generasinya, selepas muncul dalam sitkom televisyen "Mork & Mindy".

Beliau kemudian berlakon di dalam beberapa filem, antaranya "Good Morning Vietnam" pada tahun 1987 di mana beliau memegang watak hos radio di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Veitnam, "Dead Poets Society" (1989) sebagai guru bahasa Inggeris yang eksentrik, dan "Good Will Hunting" (1997) di mana beliau telah memenangi anugerah pelakon pembantu terbaik di Oscar. - Astro Awani

Khairy bidas golongan 'boikot McD' di Twitter

KHAIRY: Orang ramai perlu bijak dalam memilih produk yang hendak diboikot. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Tindakan memboikot 'barangan Israel' haruslah kena pada sasarannya yang sebenar, dan bukannya sehingga mendatangkan kesan pada rakyat Malaysia sendiri.

Demikian pandangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan di laman Twitternya sebentar tadi yang turut menyarankan supaya tumpuan bantahan dilaksanakan terhadap dasar Amerika Syarikat.

"Duta Palestin kata jangan boikot McD (McDonald's). Sukar membuktikan kaitan McD dgn Israel. Tumpu bantahan terhadap dasar US (Amerika Syarikat). Nak bash (hentam) dia juga?

"Bila orang kata boikot biar kena pada sasaran sebenar, jangan ada kesan pada orang kita, kena bash. Ni tak nak bashDuta Palestin?" soal beliau secara sinis terhadap golongan yang sering bertindak mengikut pandangan majoriti.

Duta Palestin kata jangan boikot McD. Sukar membuktikan kaitan McD dgn Israel. Tumpu bantahan terhadap dasar US. Nak bash dia juga?— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 13, 2014
Bila orang kata boikot biar kena pada sasaran sebenar, jgn ada kesan pada orang kita, kena bash. Ni tak nak bash Duta Palestin?— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 13, 2014

Selain itu, Khairy juga menggesa orang ramai agar lebih bijak dalam memilih barangan atau produk yang hendak diboikot dan mensasarkan pada sasaran yang boleh mendatangkan kesan pada Israel.

: @FairusZana Be selective in the boycott. Go for targets that really matter.— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 13, 2014

Ketua Pemuda UMNO itu sebelum ini juga pernah menyifatkan tindakan pihak yang mahu memboikot produk buatan Israel, sebagai 'tidak rasional'.

Kata beliau, adalah sukar untuk menentukan sama ada sesuatu produk itu betul-betul dari Israel atau tidak.

Tambahnya, apa yang merisaukan adalah tindakan memboikot dari pihak tertentu itu akan menyebabkan rakyat Malaysia sendiri terkena kesannya.

Dalam laporan The Star pada Rabu pula, Duta Palestin ke Malaysia Dr Anwar Al Agha berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya mensasarkan pekerja di premis makanan seperti McDonald's dan Starbucks dalam usaha mereka untuk memboikot produk-produk Israel.

Beliau yang ditemubual akhbar tersebut berpendapat, tindakan menganggu serta mengancam keselamatan pekerja adalah tidak adil kerana mereka hanya mencari nafkah.

Ujarnya, meskipun tindakan memboikot berkemungkinan mampu memberi tekanan kepada Israel, tetapi dakwaan di media sosial mengenai syarikat yang dikaitkan dengan Israel sukar disahkan kesahihannya.

Pada 5 Ogos lalu, sekumpulan penduduk di Dungun, Terengganu melakukan demonstrasi memboikot Israel di hadapan restoran makanan segera McDonald’s di daerah itu.

Mereka dikatakan turut mengganggu premis restoran makanan segera itu serta menggoncang pintu masuknya, sekali gus mengancam keselamatan pekerja dan pelanggan yang berada di dalam premis berkenaan.

Tindakan itu dikecam banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aqsa Syarif yang memohon orang ramai yang menyokong kempen boikot barangan Israel supaya mengawal diri dan tidak melanggar batasan dalam menjayakan kempen tersebut. - Astro Awani

Khabar angin terdapat kes Ebola di Malaysia palsu

Virus Ebola

KUALA LUMPUR: Laporan kononnya terdapat satu kes jangkitan Ebola di negara ini yang tersebar di laman sosial termasuk Facebook adalah tidak benar dan hanya khabar angin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sehingga kini tiada sebarang kes kuarantin bagi penyakit itu dilakukan.

Dr Noor Hisham menyelar tindakan menyebar khabar angin itu dan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

"Risiko penularan Ebola ke Malaysia amat rendah. Jangan sebar berita palsu," katanya menerusi akaun Twitter.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyebaran mesej serta gambar seorang kanak-kanak yang dikatakan mengalami gelembung air pada bahagian kaki dipercayai akibat jangkitan awal Ebola.

Ebola ialah penyakit demam berdarah yang mencatat kadar kematian tinggi dan boleh menjangkiti manusia serta haiwan primat seperti monyet.

Sejak mula dikesan di tiga negara Afrika Barat iaitu Sierra Leone, Liberia dan Guinea pada Mac lalu, Ebola telahpun meragut lebih 1,000 nyawa. - Bernama

Jaclyn Victor is married!

The private affair was attended by a small group comprising 35 members when the church wedding takes place in Philadelphia - Facebook Photo

KUALA LUMPUR: Homegrown singer, Jacclyn Victor announced that she has married Puerto Rican singer, Shawn Rivera in a closed-door ceremony in Philadelphia, United States on July 19.

The Malaysian singer-songwriter and actress introduced Rivera at a press conference Thursday evening after an event held at Istana Budaya on Tuesday, The Rakyat Post reported.

Many might remember Rivera, 43 who is a Grammy-nominated vocalist, songwriter and producer of popular R&B vocal group, Az Yet.

Jaclyn, who is also known as Jac, 36 said the private affair was attended by only 35 family members and close friends only.

She added that she preferred to keep her personal matters below the radar and that the wedding was a secret affair as requested by her mother, Bahasa Malaysia daily tabloid Kosmo! reported.

“We met here in Malaysia (in January) when Shawn was down to record Magical Moments, a soundtrack from the filmRibbit,” quoted The Rakyat Post.

The singer with the big voice and vocal range adds that it was “love at first sight” and they were maintaining a long-distance relationship since January.

Jaclyn recently announced her venture into Hollywood with the launch of her latest single Remedy, composed and written by KRU’s Edry and Yusry Abdul Halim.

The song has been released on 80 digital platforms while her five track EP will be available in September. - Astro Awani 

Ebola report in social websites is false, says health D-G

The risk of Ebola into Malaysia is very low, don't spread news that are false, said Noor Hisham. - File Photo

KUALA LUMPUR: The report being circulated in the social websites including Facebook, that an Ebola case has been detected in the country is false.

Confirming this today, Health director general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah censured the parties who spread such rumours as irresponsible, saying there had been no quarantine cases related to the disease.

"The risk of Ebola into Malaysia is very low. Don't spread news that are false," he said through Twitter today.

Ebola is a hemorrhagic fever, often fatal to humans and other primates such as monkeys.

It has caused more than 1,000 deaths in Sierra Leone, Liberia and Guinea in West Africa since March. - Bernama

Mayat 16 mangsa MH17 rakyat Malaysia telah dikenal pasti - Liow

Mayat 16 mangsa MH17 rakyat Malaysia telah dikenal pasti - Liow

KUALA LUMPUR: Mayat 16 mangsa warga Malaysia dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah dikenal pasti, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk membawa pulang mayat mangsa berkenaan ke tanah air.

"Kami secara berterusan bekerjasama rapat dengan kerajaan Belanda dan negara lain untuk mengenal pasti mayat mangsa

"Kami telah memaklumkan kepada anggota keluarga di Malaysia bahawa kerajaan akan mengadakan istiadat penghormatan apabila mayat mangsa tragedi itu tiba di tanah air," kata beliau.

Liow berkata sebagai tanda penghormatan dan menghormati privasi mereka, kerajaan dalam proses berbincang dengan waris keluarga berhubung dengan istiadat penghormatan apabila mayat mangsa tiba di Malaysia dan hasrat mereka akan dipenuhi.

"Justeru, adalah menjadi hasrat kami bahawa kerjasama ini akan memberi manfaat kepada waris mangsa dan pada masa yang sama menghormati hasrat anggota keluarga dan memastikan penghormatan diberikan kepada mayat mangsa.

"Sesungguhnya, negara berkabung atas pemergian warga Malaysia dalam nahas itu. Kita perlu bersatu untuk membantu dalam proses pemulihan dalam saat-saat yang sukar ini terutama bagi mereka yang kehilangan orang tersayang," kata Liow.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu.

Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warganegara Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. - Bernama

Pemecatan tidak sah, tetap bertugas pada Rabu - kata Exco PKR, DAP

Krisis Selangor: Pemecatan oleh Abdul Khalid tidak sah, tetap bertugas pada Rabu - Gambar fail

PETALING JAYA: Lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor mengatakan pemecatan mereka tidak sah dan tetap akan menjalankan tugas seperti biasa.

Memetik laporan portal Malaysian Insider, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim menolak pemecatan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana katanya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sahaja berhak mengambil tindakan sedemikian.

"Pelantikan Exco Selangor dibuat oleh Sultan atas nasihat menteri besar.

"Oleh itu, Sultan sahaja boleh tolak kedudukan Exco," kata Teng, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, Sungai Pinang pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dipetik portal suara.tv menuntut Exco PAS agar memulaukan mesyuarat esok ekoran pemecatan enam Exco mereka oleh Abdul Khalid pada petang Selasa.

Anwar berkata, semua Exco PAS diminta tidak menghadirkan diri sebagai bantahan terhadap tindakan Abdul Khalid itu.

Manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengesa PAS untuk bersama-sama menunjukkan solidariti sekiranya masih menghormati konsep kerajaan pakatan yang diperjuangan sebelum ini.

Selain Anwar, turut hadir dalam sidang akhbar tergempar itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali

Terdahulu, Abdul Khalid menyatakan semua Exco PKR dan DAP dipecat melalui surat yang dihantar iaitu tiga dari DAP dan dua dari PKR berkuatkuasa serta.

Beliau dalam masa sama menjelaskan pemecatan berkenaan tidak melibatkan Exco-exco dari Pas.

Dalam perkembangan yang sama, semua Exco PKR dan DAP yang dipecat Abdul Khalid pada Selasa akan tetap bertugas seperti biasa pada Rabu selepas merasakan pemecatan mereka tidak sah.

Manakala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Ahad ini.

Demikian menurut Setiausaha Khas kepada Presiden PAS, Zaihan Mohd Daud dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Pada Isnin, Abdul Hadi mengadakan pertemuan sulit dengan Anwar di sebuah hotel dekat Kuala Ibai.

Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Anwar menyifatkan pertemuan itu membawa perkembangan positif.

Sementara itu, Setiausaha Khas kepada Abdul Hadi, Zaihan Mohd Daud dalam satu kenyataan menjelaskan, Presiden PAS itu masih belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Ahad. - Astro Awani