Wednesday, 19 February 2014

'Pergi berambuslah kau!'

SHAH ALAM - Ibu kepada pensyarah bahasa Inggeris Kolej Antarabangsa Cybernatics yang mati dibunuh dua tahun lalu, Normaliah Mahmood, 53, di sini memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dia lebih gemar ke hospital jika tidak sihat.

Wanita itu memaklumkan dia tidak menyenangi kehadiran tertuduh, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, atau dikenali sebagai Shah bersama rakan-rakan di rumahnya, Taman Kinrara, Puchong bagi tujuan mengubatinya.

"Sewaktu mereka hendak pulang, saya cakap kat Ustaz Shah, pergi berambuslah kau!," katanya pada sesi pemeriksaan balas oleh peguam tertuduh Mohamad Zul Shahril, Afifuddin Ahmad Hafifi.

Wanita yang memakai baju kurung bewarna coklat itu tidak bersetuju dengan peguam, Afifuddin bahawa dia kecewa kerana mangsa, Zara Eleena, 23, membawa individu untuk mengubatinya.

"Tiada sebab untuk kecewa dengan Yaya (Zara Eleena) kerana dia satu-satunya anak saya. Lagipun dia seorang yang prihatin.

"Saya kecewa kenapa Shah yang sibuk datang untuk mengubati saya?" katanya sebak.

Sebelum itu, pada sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin, Normaliah mengetahui barang kemasnya dibawa keluar dari rumah selepas suaminya, Omar Peter Abdullah, 56, memberitahu melalui telefon pada 8 Mac sebaik sahaja lelaki itu tiba di Kinrara.

Dia yang ketika itu berada di Gelang Cincin, Segamat, Johor selepas disarankan Zara Eleena bagi mengelakkan hantu, menegaskan kepada suaminya yang dia mahu kembali barangan kemasnya itu.

"Omar Peter beritahu, Yaya memaklumkan bahawa Ustaz Shah yang mengambil barangan kemas itu untuk dibersihkan," katanya.

Aidatul Azura : Siapa yang puan maksudkan Ustaz Shah?
Normaliah : Hanya Shah sahaja yang dipanggil ustaz. (Sambil menunjukkan jari
ke arah Mohamad Zul Shahril yang berada di kandang tertuduh.)
(Menangis) Kenapa dia sibuk dalam keluarga kami? Kenapa dia
jauhkan kami? Dia bunuh mereka. Tolong!!

Wanita itu kemudiannya ditenangkan oleh jurubahasa, sebelum mahkamah menyambung prosiding.

Aidatul Azura : Adakah puan menghubungi Omar Peter selepas itu?
Normaliah : Ya. Omar Peter memberitahu Yaya keluar berjumpa dengan Shah
untuk bertanyakan mengenai barang kemas. Selepas pulang
dari masjid, lebih kurang jam 8.30 malam saya
menghubungi semula suami untuk bertanyakan mengenai barangan
kemas sebelum kami bergaduh.

Aidatul Azura : Teruskan. Ceritakan apa yang berlaku selepas itu.
Normaliah : Itulah perbualan terakhir antara saya dengan Omar Peter. Selepas
jam 11.30 malam, saya menghubungi sekali lagi, tapi tiada jawapan
daripada mereka berdua.

Wanita itu memberitahu dia membuat laporan polis di Segamat pada 11 Mac 2012 selepas gagal menghubungi suami serta anaknya.

"Polis menasihati agar saya menghubungi saudara di Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis," katanya yang menghubungi bapa saudara suaminya, Paul untuk membantunya.

Aidatul Azura : Ada atau tidak sesiapa menghubungi puan?
Normaliah : Ya, Sarjan Amathi ada menghubungi dan menyuruh saya pulang
dengan membawa kunci kerana dia tidak dapat memasuki rumah.
Saya tiba di Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) pada jam 8 malam
dan dijemput oleh anak saudara suami, Pedro.

Beliau berkata, sebaik tiba di pekarangan rumahnya, dia melihat kereta peronda polis dan mereka meminta kunci rumah.

"Saya tidak dibenarkan memasuki rumah kerana polis ingin membuat pemeriksaan sehinggalah ternampak trak polis tiba dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Pedro menghampiri saya dan memberitahu bahawa Omar Peter dan Yaya sudah tiada (meninggal),"katanya.

Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22; Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, Azizi Aizat Ibrahim, 22, dan Muhamad Safwan Muhamad, 22, dituduh di mahkamah atas jenayah membunuh Zara Eleena di sebuah rumah di Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, di antara jam 1.30 dan 2.30 pagi, 9 Mac 2012.

Mereka juga menghadapi tuduhan kedua, membunuh pesara syarikat kewangan, Omar Peter, 56, di tempat sama, antara jam 11.30 malam 8 Mac dan 1.30 pagi keesokannya.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

FAM haramkan suar masuk dalam stadium

FAM

PETALING JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan serta merta pengharaman suar dan larangan membawa kayu ke dalam stadium dalam saingan Liga Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM Datuk Salleh Mat Rasid berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi penguatkuasaan itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan FAM kali pertama di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini hari ini, beliau berkata kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang di setiap stadium bagi melakukan pemantauan.

"Suar adalah alat yang menyalahi undang-undang, dengan adanya CCTV kerja pemantauan lebih fokus. Kayu yang digunakan pada sepanduk juga berbahaya kepada keselamatan orang ramai.

"Pihak polis sentiasa mendapatkan risikan dari semasa ke semasa dan kita juga sedang mencari siapa yang membawa barang tersebut (suar)," katanya.

Salleh juga menyarankan kepada FAM agar lebih tegas dalam menjatuhkan hukuman dan menyemak semula hukuman sedia ada.

Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan menambah anggota keselamatan di stadium terutamanya dalam perlawanan yang dianggap 'berisiko tinggi' iaitu yang mempunyai penyokong yang ramai. - Bernama

MAS rugi RM1.174 bilion tahun 2013

MAS
MAS menjangkakan industri penerbangan akan terus mencabar, tahun ini.


SYARIKAT penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya pada 2012.

Kerugian itu direkodkan di sebalik peningkatan pendapatan kasar sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2013 berbanding RM187 juta pada akhir 2012.

"Bagaimanapun, pendapatan bersih selepas cukai merosot akibat penyusutan nilai lebih tinggi serta kerugian pertukaran mata wang asing," menurut MAS dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, tahun lalu adalah tahun mencabar kerana persaingan sengit yang memberi kesan kepada perolehan.

"Fokus kami adalah untuk menambahkan hasil dan usaha ini menaikkan hasil syarikat sebanyak 11 peratus manakala trafik pula bertambah 27 peratus," katanya.

Menurutnya, dengan persaingan semakin sengit, MAS menjangkakan tekanan ke atas perolehan syarikat itu akan berterusan.

"Kami akan menambah usaha untuk mengurangkan kos dan menggunakan sumber kami dengan lebih baik. MAS kekal dengan komitmen kami untuk memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi," katanya.

Bagi tahun kewangan 2013, syarikat itu mencatatkan perolehan RM15.1 bilion, naik 10 peratus berbanding RM13.8 bilion pada 2012.

Jumlah penumpang bagi kumpulan MAS pada 2013 turut meningkat sebanyak 28.5 peratus kepada 17.2 juta orang berbanding 2012.

Setakat akhir 2013, kumpulan MAS memiliki 148 pesawat, termasuk enam pesawat penumpang terbesar dunia, Airbus A380. - Sinar Harian 

Suspek utama pukul teman wanita ditahan

KUALA LUMPUR - Suspek utama berkaitan kes seorang wanita mati dipukul di Lagoon Perdana, Bandar Sunway dekat sini Isnin lepas ditahan polis awal pagi tadi.

Suspek yang berumur 30 tahun yang juga teman lelaki kepada wanita terbabit ditahan di sebuah wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejurus dia mendapatkan rawatan di situ.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata suspek mendapat rawatan kerana mengalami kecederaan di kepala.

"Sewaktu tangkapan dibuat, suspek dalam keadaan cedera di bahagian kepala dan baru selesai mendapatkan rawatan.

"Kami telah membawa suspek ke Mahkamah Petaling Jaya pagi ini dan mendapat perintah reman selama tujuh hari sehingga 25 Februari ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian itu, Pakizah Raja Khan, 27, ditemui cedera parah di rumah teman lelakinya itu.

Mangsa yang mengalami retak di bahagian tengkorak kiri kepalanya meninggal dunia ketika dibawa ke PPUM untuk rawatan. - Bernama

BMW retains best selling luxury car crown


KUALA LUMPUR: BMW is aiming for another double digit growth in 2014, maintaining the record all-time high of 14 percent it managed this year.

In 2013, the group which comprises the BMW, Mini, Rolls Royce and BMW Motorrad brands in Malaysia, delivered a total of 7,974 vehicles, an increase of 986 from the same period in 2012.

This announcement was made at an exclusive business presentation held for the media at the Grand Hyatt Kuala Lumpur on Tuesday.

The main contributors to this year’s success story includes the 3 series, the larger 5 series as well as the compact x3 sports activity vehicle and this is expected to be repeated this year.

The outstanding achievement by the group also reflects the good showing for the company globally with a total of 1,963,798 vehicles delivered, up 6.4% from the previous record year.

The Asia Pacific region, being the second largest market for BMW after Europe, saw a surge of 17.3 percent, bringing the total number of vehicles delivered to 575,616.

Out of the various brand components in the group, Mini showed the most rapid growth at 28.4 percent, undeniable helped by the introduction of the locally assembled countryman, the fifth CKD model offered, which saw a total of 96 units sold in just half a year.

The 6th model to roll off the Kulim plant, the BMW 3GT, was announced at the briefing. - Astro Awani 

Nun, 84, sentenced three years in prison for breaking into a nuclear facility


CHICAGO: An elderly nun who broke into what was supposed to be one of the most carefully guarded nuclear facilities in the United States was sentenced to nearly three years in prison Tuesday, local media reported.

Sister Megan Rice, 84, cut through fences and several layers of security at the Y-12 National Security Complex in Tennessee along with two other members of Transform Now Plowshares -- a pacifist group -- in July 2012.

They spent two hours in the complex before being caught by security guards.

In that time, they hoisted banners, spray painted messages like "work for peace not war" and tossed human blood on a building used to store and process the highly-enriched uranium used to make nuclear bombs.

The incident prompted a congressional review of security at US nuclear facilities.

Rice, who has been held in jail since her conviction last year, urged the judge to impose the maximum sentence for her crimes at a four-hour sentencing hearing.

"Please have no leniency on me," the Tennessean newspaper quoted Rice as saying. "To remain in prison for the rest of my life would be the greatest honor you could give me."

Federal judge Amul Thapar said he struggled to find the right sentence to balance Rice's past good works with the need to deter others from breaking the law to pursue political goals.

Thapar didn't oblige but did say that breaking the law is not the right way to pursue political goals. He said he hoped a significant prison sentence would deter others from following the same path and bring them "back to the political system I fear that they have given up on."

He sentenced Rice to 35 months in prison, the newspaper reported.

Fellow anti-nuclear activists Michael Walli, 64, and Greg Boertje-Obed, 58, were sentenced to five years and two months in prison because of their past criminal histories.

The court's records were not immediately updated to reflect the sentences imposed and neither the prosecutors nor the Plowshares group could immediately be reached for comment. - AFP 

Terima balasan aksi lucah depan ibu

Terima balasan aksi lucah depan ibu
Tertuduh dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman yang diputuskan mahkamah.


KOTA BHARU - Balasan buat seorang remaja berusia 19 tahun apabila dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret di sini, semalam, akibat perlakuan jijik menunjukkan aksi lucah pada ibu sendiri, tahun lalu.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad ke atas tertuduh, Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab Manan, selepas dia mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa pada tuduhan dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan ibunya itu dengan perkataan dan beraksi lucah di hadapan mangsa di bilik tidur sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP, Lundang di sini, pada jam 8 malam, 20 Disember.

Dia juga dihukum penjara dua tahun selepas mengaku menyebabkan cedera ke atas ibunya yang juga seorang guru berusia 55 tahun itu dengan menggunakan batang kayu penyapu pada jam 6.30 petang, 21 Disember.

Hukuman diarah berkuat kuasa serentak daripada tarikh dia ditahan. Nik Habri dalam keputusannya turut memberi amaran kepada tertuduh bahawa dia akan dikenakan sebat jika perkara sama berulang.

“Perbuatan kamu sangat teruk. Seperti kata pendakwa, tidak tahu apa yang kamu fikirkan sampai sanggup menunjukkan perbuatan yang pelik (lucah) kepada ibu sendiri.

“Kamu wajib meminta maaf dengan ibu kamu. Walaupun dia yang mahukan hukuman penjara ini tetapi dia masih melantik peguam bagi mewakili kamu dan itu bermakna dia masih sayang kamu,” katanya.

Tertuduh diwakili peguam bela, Latifah Ariffin yang memohon hukuman penjara minimum dikenakan berikutan tertuduh sudah menunjukkan rasa insaf dan kesal terhadap kesalahan itu dengan mengaku bersalah.

Mohammed Nor Alief Abdul Maleq ditahan pada 21 Disember 2013 dan kali pertama dihadapkan ke mahkamah pada 24 Disember serta berada dalam tahanan sepanjang tempoh tersebut. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Sinar Harian sebelum ini, melaporkan seorang guru menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual oleh anak sendiri. Akibatnya, dia mengalami lebam bahagian kiri paha, lengan dan belakang badan.

Sinar Harian 

Semakin meruncing: Negeri Sembilan isytihar krisis air


KUALA LUMPUR: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) mengesahkan berlakunya krisis air di negeri itu seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini.

Walau bagaimanapun, Pengurus Besar Sains Zulkifli Ibrahim berkata keadaan masih berada di dalam kawalan.

“Ini kerana paras air di empangan Sg Terip, walaupun semakin hari semakin menyusut, masih berada di atas paras kritikal,” katanya kepada Astro AWANI.

Zulkifli menjelaskan bahawa empangan Sg Terip adalah satu empangan yang sangat penting kerana air dari Sungai Muar di alirkan ke Talang yang seterusnya dialirkan ke Kelinchi dan Sg Terip sebelum dihantar kepada pengguna.

“Gangguan bekalan air yang berlaku ini adalah disebabkan tekanan air yang rendah, pertambahan penduduk dan paip pecah. Tambahan pula hujan tidak turun selama dua bulan.

“Jadi, kami nasihatkan pengguna supaya tidak panik atau bimbang akan berlaku pencatuan air,” katanya.

The Star Online melaporkan Mohamad Hasan mengumumkan bahawa Negeri Sembilan alami
krisis air di negeri itu ekoran bekalan air yang terputus di beribu-ribu isi rumah sejak Rabu.

Mohamad Hasan berkata bilik Operasi Bencana Alam negeri itu turut diaktifkan untuk menyelaraskan usaha untuk membekalkan air bersih kepada pengguna di kawasan yang terjejas.

"Hujan tidak turun di sini sejak dua bulan yang lalu dan ini telah menyebabkan paras air di tujuh empangan mencapai tahap kritikal.

“Malah, kami juga tidak dapat mengambil air dari Batang Benar dan Sg Ulu Muar yang menyediakan air mentah kepada empangan Talang, Kelinchi dan Sg Terip, kerana kedua-duanya sudah kering,” katanya kepada The Star Online.

Beliau berkata lebih 8,000 isi rumah terjejas akibat kekeringan empangan itu.

Astro Awani 

KLPAC anjur ujibakat untuk karya Tennessee Williams versi muzikal


KUALA LUMPUR: Pentas Seni KL atau Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) bakal pentaskan karya Tennessee Williams ‘A Streetcar Named Desire’ dalam bentuk pementasan muzikal.

Menurut koreografer KLPAC Lex Lakshmam, ini kali pertama karya Tennessee Williams dipentaskan dalam bentuk muzikal.

“Ramai pihak sudah pentaskan karya ini, kita cuba cari kelainan dengan mementaskan karya terkenal ini dalam versi muzikal dan ini adalah yang pertama seumpamanya.

“KLPAC mencari 10 hingga 12 penari berbakat untuk menyertai pementasan arahan Joe Hasham ini selain akan turut memilih dua penari untuk watak utama” katanya lagi.

Lex yang juga terlibat dalam pencarian bakat baru turut memberitahu bahawa dua watak utama dalam pementasan ini adalah penari wanita dari Jepun.

“Ini adalah kolaborasi KLPAC dengan JTI Malaysia dan HANDS Percussion dalam menggabungkan dua negara iaitu Jepun dan Malaysia” jelas Lex ketika dihubungi Astro AWANI.

Program Theatre For Young People 2014

Selain itu, menurut Lex, KLPAC turut mencari 10 hingga 15 orang anak muda berumur 16 tahun ke atas yang berminat di dalam bidang lakonan, pengarahan, tarian, nyanyian, penulisan serta kerja belakang tabir untuk menyertai program Theatre For Young People 2014 (T4YP).

Mereka yang terpilih akan berpeluang mengikuti latihan bersama nama-nama besar seperti Mark Baur De Silva, Datuk Faridah Merican, Joe Hasham, Ian Chow dan banyak lagi.

Di akhir program ini, mereka berpeluang untuk menunjuk bakat di Teater Tari dan Muzik, Pentas 2 KLPAC.

“Objektif program ini adalah untuk melatih anak muda yang berbakat ini selain memberi pendedahan dan peluang belajar dari tenaga pengajar yang berpengalaman” kata Lex yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar yang berpengalaman 12 tahun dalam bidang tarian.

Kepada yang berminat untuk menyertai dua ujibakat ini sila layari laman portal KLPAC untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai T4YP danpementasan muzikal A Streetcar Named Desire karya Tennessee Williams.

Astro Awani 

Tunjuk perasaan di Ukraine ragut 25 nyawa

Gambar Fail

KIEV: Sekurang-kurangnya 25 terbunuh disahkan terbunuh dalam tunjuk perasaan anti kerajaan yang berlarutan di Kiev, Ukraine.

Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan negara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut laporan agensi berita AFP, sekurang-kurangnya 241 orang kini dirawat di hospital termasuk 79 anggota polis dan lima wartawan.

Pembangkang sebelum ini mendesak kerajaan membebaskan 234 penunjuk perasaan yang ditahan manakala, kerajaan Ukraine mahu penunjuk perasaan mengosongkan pejabat kerajaan yang ditawan mereka pada 1 Disember tahun lalu.

Antara tuntutan pembangkang mahu perjanjian perdagangan bebas dengan kesatuan Eropah EU ditandatangani selain mahu beberapa tahanan termasuk bekas Perdana Menteri Yulia Tymoshenko dibebaskan.

Mereka turut menuntut pilihan raya disegerakan.

Semasa pertempuran, terdapat penunjuk perasaan yang memakai topi keledar yang telah melemparkan batu, bunga api dan bom tangan Molotov ke arah skuad anti-penunjuk perasaan.

Pihak berkuasa pula telah membalas dengan melontarkan bom api dan menembak menggunakan meriam air.

Pergerakan dalam bandar Kiev turut dihadkan oleh pihak berkuasa yang telah menghentikan sistem trafik perkhidmatan awam.

Agensi

Pegawai PPDNKK hampir dilanggar penyeludup petrol

Gambar Hiasan

PASIR PUTEH: Sepasukan pegawai penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan hampir cedera selepas seorang penyeludup bertindak ganas melanggar kenderaan yang dinaiki mereka ketika serbuan di sebuah stesen petrol di Kampung Jerus, di sini, malam tadi.

Pengarah Penguatkuasanya Ab Ghani Harun berkata dalam serbuan pukul 9 malam itu, penyeludup terbabit yang menaiki sebuah kereta cuba meloloskan diri dengan bertindak merempuh kenderaan selepas pegawai penguatkuasa cuba menahan kenderaan tersebut yang disyaki membuat pembelian petrol jenis RON95 dengan jumlah yang banyak.

Ab Ghani berkata ketika intipan yang bermula pada pukul 4 petang semalam itu pihaknya berjaya mengesan dua buah kereta yang dipercayai sering menyeludup minyak ke negara jiran melalui pengkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjng, Pasir Mas dan Tumpat.

Katanya ketika serbuan dilakukan, salah seorang penyeludup berkenaan yang sedang mengisi petrol ke dalam beberapa tong di dalam kenderaannya, bertindak merempuh kenderaan dalam cubaan meloloskan diri.

Katanya pihaknya cuba menahan suspek berusia 20an itu, namun dia sempat melarikan diri.

Ab Ghani berkata bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dialami oleh pegawai penguatkuasa ketika menjalankan serbuan itu, selain turut merampas sebuah kereta yang digunakan oleh penyeludup terbabit.

Dalam operasi ini, didapati ada dua kereta yang mengisi petrol secara serentak di sebuah pam. Namun pihaknya hanya menyasarkan satu daripada dua buah kenderaan kerana kekurangan pegawai ketika serbuan tersebut.

Ab Ghani berkata hasil pemantauan mendapati operator stesen minyak ini menjual petrol RON95 selepas mendapat bayaran sebanyak RM1,000 daripada penyeludup terbabit.

Beliau berkata PPDNKK Kelantan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik stesen minyak ini kerana ia merupakan kesalahan kedua yang dilakukan selepas kali pertama pada Okt tahun lepas.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Astro Awani 

Make your own clothes with this open source printer



Store-bought clothing can be expensive, but not everyone has the talent or patience to make their own attire. 

That may not be an issue ifOpenKnit takes off, though. The open source platform combines an affordable (under $757), build-it-yourself clothing printer with Knitic design software to let you make your own apparel quickly and easily; once you're set up, you just need a template file and some yarn. 

Aspiring designers can share their creations with the world through Do Knit Yourself. OpenKnit's output is more appropriate for the street than the fashion show catwalk, but it could be ideal for anyone who wants to shake up their style at a moment's notice.

Source: Engadget 

Jambatan Kedua Pulau Pinang siap utuk pelancaran

Jambatan Kedua Pulau Pinang - Gambar Fail


GEORGE TOWN: Jambatan Kedua Pulau Pinang yang merupakan projek Kerajaan Persekutuan, bernilai RM4.5 bilion kini siap untuk dilancarkan pada awal bulan depan.

Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Azizi Azizan berkata JKSB telah membuat ujian sistem tol semalam dan semuanya berjalan lancar.

Beliau berkata sebelum ini pelbagai ujian beban telah dijalankan dan semuanya lancar serta memenuhi tahap piawaian yang dikehendaki.

"Selepas ujian sistem tol semalam, saya yakin jambatan ini telah siap untuk pelancaran bulan depan," katanya pada Selasa.

Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 16.9 kilometer di atas air laut yang menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dan Batu Kawan di tanah besar itu merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara.

Azizi berkata plaza tol di jambatan itu mempunyai lapan lorong iaitu empat lorong elektronik dan empat lorong manual.

Apabila beroperasi kelak, jambatan kedua itu dijangka mengendalikan 100,000 kenderaan setiap hari dan dapat mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang sebanyak 25 peratus.

Pada 30 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin negara pertama menggunakan jambatan itu untuk menghadiri majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.

Mengikut perancangan awal, jambatan itu dijadual siap 8 Nov lepas dan dibuka kepada umum hujung bulan itu tetapi tarikh berkenaan ditangguh.

Minggu lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata jambatan itu akan dibuka secara rasmi pada 1 Mac.

Bernama

Candy Crush mahu disenarai di Bursa Saham New York


KUALA LUMPUR: Pereka permainan atas talian terkenal, Candy Crush menyatakan hasrat untuk disenaraikan di Bursa Saham New York.

Firma teknologi berpangkalan dari Britain itu berharap dapat meraih sekurang-kurangnya 500 juta dolar dari tawaran awam permulaan , IPO berkenaan.

Pereka permainan Candy Crush, king.com dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah bertanya kepada badan kawal selia suruhanjaya sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat bagi penyenaraian berkenaan.

Bagaimanapun syarikat buat masa ini belum menentukan jumlah saham yang akan ditawarkan serta harga bagi IPO itu.

Syarikat itu berhasrat menyenaraikan saham biasanya di Bursa New York di bawah simbol King.

Candy Crush ialah permainan aplikasi mudah alih yang paling popular dan paling banyak dimuat turun pada tahun 2013.

Menurut penganalisis penyenaraian Candy Crush itu akan memberi manfaat besar kepada Facebook.

Sejak pelancarannya pada 2012, ia telah dimuat turun lebih daripada 500 juta kali di platform media sosial terunggul dunia itu.

Kecemerlangan Candy Crush juga telah membantu syarikat induk King digital entertainment meraih pendapatan lebih 600 juta dolar dalam suku keempat 2013 selain keuntungan 160 juta dolar dalam tempoh sama.

Agensi

Anwar tidak layak jadi Menteri Besar - Tun Mahathir



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau sememangnya bimbang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi menteri besar Selangor sekiranya ketua pembangkang itu menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang nanti.

Dalam nada sinis, bekas perdana menteri itu berkata beliau bimbangkan nasib yang bakal menimpa rakyat negeri itu jika Anwar berjaya mencapai hasratnya.

Astro Awani f

Transformers: Rise of the Dark Spark



The "Transformers" video game series is changing its focus with a new developer and a resolution to stick more closely to Michael Bay's blockbuster films.

As such, "Transformers: Rise of the Dark Spark" is announced as a follow-up to both "Transformers: Age of Extinction," due in cinemas this June, and the "Cybertron" sub-series of games.

The new title will be developed by Edge of Reality, a studio located in Austin, Texas, and whose PC game "Loadout" a fast-moving, gorily caricatured, reaction-based arena shooter was released on Steam at the end of January as a free-to-play title.

Before that, the outfit's last shipped original was 2008's "The Incredible Hulk," having spent the time between then and now assisting on "Dragon Age: Origins," "The Sims 3" and "Mass Effect."

And while San Diego's High Moon Studios had become well regarded for their own "Transformers: War for Cybertron" and "Transformers: Fall of Cybertron," official movie tie-in "Transformers: Dark of the Moon" was not so well-received, likely to have affected Activision's transferral of dev duties from one to the other.

As for "Rise of the Dark Spark," it retains the third-person perspective of previous "Cybertron" titles and is headed for Xbox One, PlayStation 4, PS3, Wii U, PC and 3DS (though the 3DS game is a strategy title handled by WayForward).

No release date has yet been given, but players will be able to switch between playing as Autobots and Decepticons throughout the single-player story mode, with wave-based multiplayer survival mode, Escalation, still part of franchise plans.



Source: AFP RELAXNEWS 

Superbike dunia pertama dianjur

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menjadi tuan rumah buat julung kali Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 6 hingga 8 Jun ini.

SIC akan menjadi tuan rumah bagi pusingan keenam daripada 14 siri perlumbaan, dengan musim baharu bermula di Philip Island, Australia pada 23 Feb ini.

Pengarah Jabatan Pemasaran dan Komersial kejohanan itu, Marc Saurina berkata acara tiga hari itu serupa dengan perlumbaan Formula Satu dan MotoGP tetapi lebih menumpukan kepada sesi di litar.

Beliau berkata ini akan lebih menggembirakan peminat-peminat dengan aksi perlumbaan dan penglibatan lebih banyak pengeluar seperti BMW, Kawasaki, MV Agusta, Aprilia, Suzuki, Bimota, Honda dan EBR.

"Motosikal-motosikal yang bertanding dalam WSBK adalah versi motosikal-motosikal yang dijual untuk orang ramai tetapi telah ditala dan berbeza daripada MotoGP di mana motosikal yang digunakan adalah jentera-jentara prototaip atau dibina khusus untuknya," kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Saurina berkata latihan bebas akan diadakan pada Jumaat, selain dua sesi kelayakan pada Sabtu dan dua sesi perlumbaan pada Ahad.

Selain perlumbaan utama superbike, WSBK juga mengetengahkan beberapa kejohanan sokongan yang menarik iaitu Kejohanan Supersport 600cc dan Superstock 1000, katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran SIC Edward Lim berkata SIC menceburi WSBK memandangkan minat yang kuat dalam perlumbaan motosikal beberapa tahun lepas dan didorong hakikat bahawa Malaysia mempunyai jutaan pemilik motosikal yang jentera mereka mudah diubah suai bagi sukan ini.

Beliau berkata langkah SIC juga didorong kehadiran banyak bakat baharu di Malaysia dalam sukan ini dan ini dibuktikan dengan persembahan hebat pelumba-pelumba Malaysia dalam acara Moto2 dan Moto3.

Lim berkata inisiatif itu akan membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk menceburi WSBK pada masa akan datang.

Tiket-tiket serendah RM30 telah mula dijual dan mereka yang membeli awal sebelum 15 April ini akan ditawarkan diskaun, katanya. - Bernama

Singapore bans disputed Indonesian navy ship


SINGAPORE: Singapore said Tuesday it will ban from its ports and naval bases an Indonesian navy ship named after two marines who bombed an office complex in the city-state during a period of tense relations in the 1960s.

Defence Minister Ng Eng Hen said the ship will be barred in an ongoing dispute over the Indonesian navy's decision to name a refurbished frigate after the two marines, Usman Haji Mohamed Ali and Harun Said, who were convicted and executed in Singapore for the bombing of the downtown MacDonald House in March 1965.

The attack killed three people and injured 33 others.

It was part of an effort by then Indonesian president Sukarno to stage an armed confrontation against the newly formed federation of Malaysia, which included Singapore.

"Singapore will not allow this military ship named Usman Harun to call at our ports and naval bases," Ng said in parliament Tuesday.

"It will not be possible for the SAF (Singapore Armed Forces) as protectors of this nation to sail alongside or exercise with this ship."

In an emotionally charged speech, Ng said the defence ministry and the SAF were "disappointed and dismayed at this inexplicable move".

"Even without ill intent, how can the naming of the ship after two bombers build good ties or enhance mutual respect and regard with both our countries," he said.

Responding to the ban, Indonesian security minister Djoko Suyanto said: "The ship has not even arrived yet, so what's the fuss?"

"Anyway, who says the ship will be taken to Singapore?" he told AFP by text message.

The two marines involved in the 1965 attack were members of Indonesia's special Operations Corps Command, now the Marine Corps, who had been ordered to infiltrate Singapore.

Singapore's Ng said the Indonesian vessel's presence in the high seas would be a "constant reminder of the military aggression and atrocious crimes committed by the Indonesian marines who killed or irreparably damaged the lives of innocent civilians and their families in Singapore".

He added however that Singapore would not "overread and jump at shadows" over Indonesia's move, and would look to rebuild good bilateral military ties with its larger neighbour.

In a separate statement also in parliament, Singaporean Foreign Minister K. Shanmugam said the city-state had sent Jakarta a formal protest note over the issue.

He said Singapore would take Indonesian Foreign Minister Marty Natalegawa at his word "that there was no ill-will and there was no malice and that it (the naming of the ship) was a decision taken at a professional level".

Singapore, which acrimoniously split from Malaysia to become an independent state in 1965, and Indonesia are key members of the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN).

Indonesia is Singapore's third largest trading partner, with total bilateral trade reaching Sg$79.4 billion ($62.6 billion) in 2012.

Relations between the two countries hit a low point in the late 1990s after the fall of former dictator Suharto, and his successor B.J. Habibie famously referred to the tiny city-state as a "little red dot" on the map.

Ties have improved considerably in recent years under the stewardship of current Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong and Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono. -  AFP 

Dr Mahathir pertahan Kassim Ahmad, sindir pihak buat laporan polis


GOMBAK: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan yang dibuat intelektual kontroversi, Dr Kassim Ahmad yang dianggap anti hadis.

Dr Mahathir berkata Kassim sering dilabel anti hadis kerana pihak yang menuduhnya gagal berhujah dengannya mengenai isu agama.

"Dia dilabelkan sebagai anti hadis sebab orang tidak boleh jawab apa yang kata.Kita lihat di sini label digunakan sebagai alat untuk mematahkan pendapat orang lain." katanya selepas Majlis Pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Katanya, sama seperti Kassim beliau juga sering dilabel dengan berbagai gelaran selepas hujahnya tidak diterima pihak tertentu.

"Saya juga dilabel sebagai anti cina, dituduh rasis dan macam-macam. Jadi walaupun saya berkata benda yang benar, saya tetap dianggap rasis," katanya.

Tegas Dr Mahthir, beliau tidak menganggap Kassim sebagai seoarang yang anti hadis dan sebaliknya beliau sama seperti mana-mana orang Islam yang lain.

Mengulas laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak terhadap Dr Kassim, Dr Mahathir berkata perkara tersebut sudah menjadi amalan biasa di negara ini.

"Dia boleh repot. Dalam negara kita kalau tak bersetuju boleh buat repot polis.

“Orang marah sikit pada kita repot polis, orang cubit kita pun repot polis. Mesti kena ada undang-undang anticubit lepas ini.

"Tapi kita bercakap mengenai kebebasan bersuara," katanya lagi.

Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Ahad dilaporkan antaranya mengkritik “kasta paderi” yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan berkata rambut bukan aurat wanita.

Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Sementara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyahut cabaran debat yang dikemukakan oleh Kassim dan mendakwa pihak pernah berdialog dengan intelektual Melayu itu pada tahun 1986.

Astro Awani 

Daripada Mona Fandey kepada Ning Baizura dan Safee Sali, apa persamaan mereka?

Apabila nama Kajang disebut, sudah pasti sate akan tergambar di fikiran. Namun, ada banyak lagi perkara menarik mengenai pekan tersebut yang mungkin anda tidak ketahui.

Berikut merupakan 10 fakta menarik tentang Kajang:

1. Sejarah Kajang
KAJANG
Persimpangan utama pekan Kajang

Asal usul pekan Kajang, yang terletak di daerah Hulu Langat, dipercayai bermula pada tahun 1807 selepas Perang Saudara Selangor.

Menjelang penghujung 1980-an, ladang-ladang kopi ditubuhkan sekitar Kajang dan seterusnya membawa arus pemodenan kepada pekan tersebut.

Menurut Banci Penduduk dan Perumahan 2010, Kajang kini mempunyai penduduk berjumlah 311,875 dan merupakan antara pekan paling pesat membangun di Selangor.

Antara tempat-tempat menarik ialah Stadium Kajang,  Restoran Sate Haji Samuri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang  yang terletak di persimpangan utama pekan tersebut.

2. Stadium Kajang

KAJANG
Stadium Kajang – kini dikenali sebagai Dataran Kajang

Stadium Kajang yang dibina sekitar 1970an adalah antara stadium ikonik di Malaysia.

Ia pernah menjadi tuan rumah kepada perlawanan-perlawanan bola sepak yang menampillkan lagenda bola sepak Malaysia seperti Supermokh’ Mokhtar Dahari, ‘Spiderman’ Datuk R. Arumugam, Soh Chin Aun dan Santokh Singh.

Pada tahun 2010, stadium tersebut dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan pusat rekreasi serba guna yang kini dikenali sebagai Dataran Kajang.

3. Pejuang Negara 

adnan
                                                                 Leftenan Adnan Saidi – Wikipedia

Perwira negara Leftenan Adnan Saidi yang terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu  daripada serangan tentera Jepun di pertempuran Bukit Chandu berasal dari Kajang.

Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Ramal pada 1915 dan menerima pendidikan di Sekolah Melayu Sungai Ramal.

Pada 1982, sekolah tersebut menukar namanya ke SK Leftenan Adnan untuk memperingati jasa pejuang negara itu.

4. Selebriti dari Kajang
  ningKajang juga berjaya melahirkan beberapa selebriti tempatan yang popular seperti Ning Baizura dan Nora Danish. Kedua-dua mereka mendapatkan pendidikan awal di SMK Convent Kajang.

Pemain bola sepak negara, Safee Sali juga dilahirkan di Kajang.

5. K-Town

ktown
Gambar dari Facebook K-Town Clan

Sejak beberapa tahun lepas, Kajang juga dikenali sebagai K-Town kerana ramai artis rap dan hip hop tempatan berasal dari pekan itu.

Antara kumpulan yang paling popular ialah K-Town Clan yang diwakili Vid, Bo dan Roshan Jamrock.

Ketiga-tiga berasal dari Kajang dan huruf ‘K’ pada nama kumpulan tersebut bertujuan sebagai pengiktirafan kepada kampung halaman mereka.

6. Penjara Kajang

mona
                                                                             Mona Fandey – Wikipedia

Penjara Kajang juga merupakan tempat yang disebut-sebutkan kerana pernah memenjarakan banduan-banduan yang berprofil tinggi.

Salah seorang banduan terkenal ialah Mona Fandey yang yang didapati bersalah dalam kes pembunuhan kejam ahli dewan undangan negeri (ADUN) Batu Talam Pahang, Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993.

Badan mangsa ditemui dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam di sekitar rumah Mona Fandey.

Mona Fandey bersama dua tertuduh lain dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang pada 2 November 2001. Makanan terakhir yang disajikan kepada mereka sebelum dijatuhkan hukuman ialah Kentucky Fried Chicken.

7. ‘Lubang Jepun’ 

kajang
SMK Tinggi Kajang

Pada tahun 1971, sebuah terowong bawah tanah ditemui di SMK Tinggi Kajang yang dipercayai dibina oleh askar Jepun semasa Perang Dunia Kedua. ‘Lubang Jepun’ itu dikatakan menghubungkan sekolah-sekolah berdekatan.

Menurut bekas pelajar, SMK Tinggi Kajang juga dikatakan sebagai berhantu kerana ia merupakan sekolah paling tua di Kajang yang  pernah dijadikan ibu pejabat tentera Jepun.

Ia juga terletak berdekatan dengan Tanah Perkuburan Cina Hulu Langat.

8. Banjir Besar Kajang
kajang

Pada Disember 2011, Kajang dan beberapa kawasan sekitarnya dilanda banjir kilat yang menyebabkan kemusnahan berjumlah hampir RM2.4 juta.

Namun, ianya bukan kali pertama Kajang dilanda banjir teruk.  Pekan itu ditenggelami air akibat banjir besar pada tahun 1971 dan sekali lagi sekitar 1980an.

9. Laluan MRT Sungai Buloh – Kajang

KAJANG
Laluan Sungai Buloh – Kajang MRT dalam proses pembinaan – Gambar dari mymrt.com.my

Apabila ditanya apakah isu-isu yang dialami penduduk di Kajang,  kesesakan lalu lintas dan harga rumah semakin mahal menjadi rungutan utama.

Kedua-dua masalah tersebut sebenarnya juga berpunca daripada pembinaan projek MRTyang dijangka akan siap pada tahun 2017.

Sejak beberapa tahun lalu, harga rumah di Kajang dan kawasan sekitarya telah melonjak lebih 20%.

Tiga kawasan di Kajang dipilih untuk diletakkan stesen MRT ialah Saujana Impian, Bandar Kajang dan Jalan Reko.

10. Pekan Sate
SATAY

Apa yang pasti, tidak sah jika anda sampai ke Kajang dan tidak menikmati keenakan sate di sini.

Antara restoran sate paling terkenal ialah Restoran Sate Haji Samuri yang sudah bertapak di Kajang sejak tahun 1960an dengan satu kedai kecil.  Restoran tersebut kini mempunyai 19 cawangan lain di seluruh negara.

Berdasarkan tinjauan terbaru, secucuk sate ayam dan daging berharga RM0.80. Ianya berharga RM0.50 secucuk sepuluh tahun lalu.
Sumber: ASTRO Awani 

Di mana kawasan dinosaur merayau di Semenanjung?

KUALA LUMPUR: Ahli paleontologi dari Universiti Malaya dan dua Universiti Jepun dilaporkan telah menemui fosil dinosaur pertama di Malaysia.

Penemuan fosil gigi "Sample UM10575" milik dinosaur Spinosaurid, yang dikenali sebagai karnivor dan memakan ikan itu meyakinkan pengkaji bahawa fosil dinosaur lain masih kekal di Malaysia.

Astro AWANI membuat 'poll' untuk mengetahui jangkaan pembaca, di manakah lokasi di Semenanjung yang menjadi kawasan dinosaur mungkin merayau bebas pada satu masa dahulu?

Berikut adalah hasil undian setakat 19.2.2014 (sejak 18.2.2014):

 
 
 
 
 
 
 
 

Sumber: Astro Awani 

'Seperti gunung berapi'

'Seperti gunung berapi'
Kawasan belukar dan bukit yang terbakar di Sering Ukay, Ampang, malam kelmarin


AMPANG - Seorang wanita yang baru pulang dari Jawa Timur dua hari lalu menyamakan keadaan rumahnya seperti di kawasan gunung berapi di Magelang, Indonesia akibat kebakaran bukit bersebelahan rumahnya di Jalan SU 2B, Sering Ukay, di sini, malam kelmarin.

Menceritakan kembali tragedi kebakaran itu, Angel Sebayang, 54, beliau sedang menonton televisyen seorang diri di ruang tamunya kira-kira jam 9 malam manakala suaminya pula berada di Indonesia atas urusan kerja.

Menurutnya, ketika hendak melelapkan matanya, dia dikejutkan dengan beberapa bunyi letupan dipercayai mercun yang amat kuat dari luar rumahnya.

“Saya mendengar bunyi letupan tidak kurang dari lima kali dan nampak beberapa cahaya terang dari tingkap rumah,” katanya.

Angel berkata, tidak lama selepas itu, dia mendengar jeritan ‘api, api’ daripada jiran berdekatan dengan rumahnya.

Katanya, sebaik sahaja keluar dari rumah, dia nampak kebakaran berlaku di kaki bukit tersebut, kira-kira 50 meter daripada rumahnya.

“Kebakaran merebak begitu cepat kerana angin kencang. Namun, mujurlah angin tidak bertiup ke arah rumah penduduk, sebaliknya, angin bertiup ke arah bukit.

“Melihat kebakaran itu, saya terus mengambil barang-barang penting seperti pasport, kad ATM, wang ringgit dan beberapa barang lain sekiranya kebakaran merebak ke rumah saya,” katanya.

Menurut Angel, bomba tiba di tempat kejadian 30 minit kemudian dan berjaya mengawal kebakaran dengan cepat.

Seorang lagi saksi, Holifah Abdullah, 42, berkata, ketika kejadian, dia sedang menjaga anak majikannya. Menurutnya, majikannya turut keluar membantu penduduk memadamkan kebakaran.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut jam 9.22 malam dan jentera
pertama tiba di tempat kejadian jam 9.51 malam.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Wangsa Maju, Pandan Indah dan Hang Tuah bersama 33 orang anggota termasuk polis dan JPAM digerakkan ke lokasi dan pihaknya berjaya
memadamkan kebakaran sepenuhnya kira-kira jam 2 pagi.

“Beberapa penduduk mendakwa mendengar bunyi letupan sebelum kebakaran dan tiada orang yang tercedera dalam kebakaran yang dianggarkan seluas 10 hektar itu,” katanya.

Sani menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan kebakaran secara terbuka ketika musim panas ini kerana kebakaran mudah merebak semasa musim ini. 

Sinar Harian 

Erra: 'Saya mohon jangan tanya lagi'

Erra Fazira
Erra Fazira (kiri) hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini ditemani teman rapatnya, Umie Aida (kanan) . - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB


SHAH ALAM - [VIDEO] Spekulasi mengenai rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira terjawab apabila suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Cerai dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin selepas kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Mohammad Adib berkata, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

"Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,"katanya.

Ketika prosiding, Erra Fazira dan Engku Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.

Pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, diwakili oleh Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013 masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang- Undang Keluarga Selangor 2003.

Engku Emran diwakili oleh Peguam Syarie, Roslan Sujak Rafee enggan memberi komen kepada media sebaik sahaja selesai prosiding.

Sementara, pengacara Primadona yang ditemani oleh rakan baiknya, Erma Fatima dan Umie Aida, meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik.

"Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi,"katanya ketika ditemui media.

Ketika ditanya mengenai perancangan selepas ini, dia memberitahu ingin fokus terhadap kerjayanya.

"Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini," katanya.

Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.

Sinar Harian