Wednesday, 18 September 2013

SMK Langkon Becomes Recipient Of Solar PV In Kota Marudu

Dr Ongkili (centre) with the 40 SMK Langkon students who participated in the MyHijau Youth Camp.
Dr Ongkili (centre) with the 40 SMK Langkon students who participated in the MyHijau Youth Camp. Photo: The Star


KOTA MARUDU, Sept 9 (Bernama) -- SMK Langkon in Kota Marudu has become the recipient of a 9.kW solar photovoltaic (PV) system that will generate electricity while saving on electricity bills for the school.


The installation of the system is a project undertaken by the energy, green technology and water ministry, together with the Sustainable Energy Development Authority (Seda) and Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) to promote and spread awareness to the students and local community on the importance of renewable energy.


"This will assist us to achieve the country's national agenda to promote the use of green and clean energy, including among the grassroots communities," said its minister, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, who launched the project at the school here today.


Ongkili said the project would be a model as it was the first time net metering system was used in Sabah by SESB.


"With this system, the balance of energy produced in the premises, that is not utilised, is sold back to SESB. The school will only pay the net electricity bill after the amount of energy generated from the solar PV system is deducted.


The net metering system will enable a more proper monitoring and accounting of energy usage and reduce wastage of excess energy...he said, adding the project was made possible with a RM90,000 sponsorship from Syarikat Warisan Harta Sabah Sdn Bhd.


The school was chosen because the site houses two schools - the SK Langkon and SMK Langkon - enabling the students there to have first-hand exposure on the subject of renewable energy.


The school is also often used as a temporary relief centre for flood victims in the district, and electricity disruption can easily occur during a flood.


Hence, the solar PV system would also be of great assistance in providing electricity to the relief centre, said Ongkili.


The launch of the project was conducted in conjunction with the ministry s three-day retreat in Kota Kinabalu and Kudat.


"Lentera Timur" bersama Siti Nurhaliza


Istana Budaya bakal bergema dengan lagu-lagu berirama Malaysia.

Konsert "Lentera Timur" bersama Datuk Siti Nurhaliza membawakan persembahan istimewa penyanyi nombor satu negara ini bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Lebih 35 buah lagu pelbagai irama seperti Asli, Zapin, Samrah, Masri, Keroncong dan Joget akan dipersembahkan dalam konsert berdurasi dua jam ini nanti.

Menariknya, Siti akan turut menari yang disifatkannya seperti satu terapi.

Persembahan tambah istimewa dengan kehadiran komposer terkemuka, Pak Ngah selain penampilan istimewa seorang penyanyi veteran.

Lagu-lagu yang bakal dipersembahkan mendapat sentuhan dan susunan semula oleh dua pengarah muzik terkenal iaitu Aubrey Suwito dan Mohd Yazid Zakaria daripada OTM.

Konsert yang akan diarahkan oleh pengarah dan penggiat seni berpengalaman, Lokman Ghani ini akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 20 hingga 22 September dan tambahan tarikh pada 24 September.

Tiket bagi konsert ini sudah mulai dijual dengan harga RM78 hingga RM518.

- ASTRO Awani 

Tahanan mati selepas tidak sedarkan diri dalam lokap


Tahanan mati selepas tidak sedarkan diri dalam lokap

Seorang tahanan lelaki ditemui mati dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak semalam.

Hassan Salip, 46, ditemui tidak sedarkan diri pada pukul 3.45 petang oleh anggota polis yang ditugas membawa tahanan itu ke Penjara Tapah selepas dia didapati bersalah oleh mahkamah kerana tidak mempunyai pengenalan diri dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam berkata melihat keadaan tahanan itu, pihak Hospital Teluk Intan (HTI) telah dihubungi dan hasil pemeriksaan doktor yang merawatnya di lokap mendapati tahanan itu telah meninggal dunia.

"Tahanan itu adalah seorang daripada 11 suspek yang ditahan di Hutan Melintang, Bagan Datoh kerana disyaki penagih dadah dan tidak memiliki kad pengenalan diri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, hari ini.

Beliau berkata lelaki yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor itu ditahan di lokap polis sejak 3 Sept lepas.

Kematian itu diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat lelaki terbabit dibawa ke HTI untuk bedah siasat, katanya.

- BERNAMA 

Saman AES turun kepada minimum RM150

Saman AES turun kepada minimum RM150


PUTRAJAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Berkaitan Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) memutuskan kompaun saman sistem tersebut diturunkan kepada minimum RM150 berkuat kuasa serta-merta.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penurunan tersebut selaras kadar saman yang dikenakan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Bagaimanapun katanya, kadar saman itu bergantung kepada tempoh pembayaran saman dan kesalahan had laju yang dilakukan oleh pengguna jalan raya yang mana saman maksimum adalah RM300.

Pada masa sama, Hishammuddin berkata, kerajaan juga memutuskan mengambil alih sepenuhnya operasi AES daripada A.T.E.S dan Beta Tegap Sdn. Bhd. menerusi syarikat milik penuh di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, AES Solutions Sdn. Bhd.

Pada bulan Julai, Hishammuddin berkata pemandu-pemandu yang dikenakan saman melalui AES masih perlu menjelaskan kompaun meskipun pendakwaan bagi kes AES telah ditangguhkan kerana notis yang dikeluarkan kepada pesalah trafik tersebut dibuat mengikut peruntukan undang-undang.

Pada bulan Disember 2012, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk meneliti perkara berkaitan saman yang dikeluarkan melalui AES.

Langkah itu diambil berikutan kebimbangan yang dibangkitkan pihak tertentu berhubung undang-undang dan perkara teknikal, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patai

Pada bulan yang sama, JPJ menegaskan pemasangan 831 kamera AES di seluruh negara tetap diteruskan demi keselamatan pengguna jalan raya walaupun usaha itu ditentang sesetengah pihak.

- ASTRO Awani

Menyingkap kehidupan Orang Laut

sea gypsies, bajau laut, semporna
Pondok-pondok kecil di lautan sebagai tempat berteduh

Klik di sini untuk melihat galeri foto kehidupan Bajau Laut


SEMPORNA: Mungkin ramai yang tidak mengenali ‘Orang Laut’ di perairan Sabah tetapi kehidupan mereka yang sangat unik akan membuat sesetengah daripada kita berfikir ini mungkin kehidupan yang wujud dalam filem sahaja.

Siapakah Orang Laut ini? Berdasarkan sejarah, mereka merupakan sebuah kumpulan etnik Sabah yang berasal dari Filipina dan Indonesia dimana untuk sepanjang hayat mereka tinggal di lautan, membina perahu yang juga digunakan sebagai tempat ‘penginapan’.

Walaupun dikenali sebagai Orang Laut, istilah yang tepat untuk masyarakat ini adalah 'Bajau Laut'.

Asal-usul mereka adalah tidak jelas bagi kebanyakan sejarah memandangkan kehidupan mereka yang nomad, hidup di laut, terasing dari komuniti lain dan kehidupan seharian bergantung kepada hasil memancing dan berdagang.

Komuniti yang hidup dengan perahu ini dilihat sebagai satu komuniti yang tidak agresif, hidup dalam aman damai, berhampiran pantai dengan mendirikan rumah di lautan serta menjadikan lepa-lepa, bot yang dibina sendiri, sebagai pengangkutan utama.

Pada asasnya, kehidupan mereka meliputi sekitar lautan. Kebanyakkan mereka bekerja sebagai nelayan memandangkan makanan utama mereka ialah ikan, membina bot mereka sendiri dan dikenali sebagai penyelam yang luar biasa (ada yang mengatakan mereka boleh bernafas di dalam air sehingga lima minit!), dimana mereka juga dikenali sebagai ‘Raja Laut’.

Sering kali kita diberitahu tentang keunikan kehidupan Bajau Laut yang pasti menjadi tarikan buat sesiapa sahaja. Namun kita sering terlupa bahawa hidup ini bukanlah seperti intan dan berlian sentiasa.

Menurut sebuah buku yang ditulis oleh Md Saffie Rahim, Sabihah Osman dan Ramzah Dambul (2012 ), ' Bajau Pantai Timur ', kajian awal telah dilakukan untuk mengesan populasi penduduk Bajau Laut pada 1931. Kaji selidik kedua dan ketiga pula dilakukan pada tahun 1951 dan 1961.

Berdasarkan kajian tersebut, penduduk Bajau Laut sentiasa mengalami peningkatan terutama pada 1961 di mana daripada 17,000 penduduk Semporna, kebanyakkannya adalah masyarakat Bajau.

Peningkatan ini dilaporkan berpunca daripada konflik antara pejuang Moro dan kerajaan Filipina yang membawa orang Islam Filipina berhijrah ke pantai timur Sabah.

Walau bagaimanapun, sesetengah daripada komuniti Bajau Laut ini juga berasal dari Kepulauan Sulu di Filipina dan Kepulauan Sulawesi, Indonesia seperti yang diceritakan oleh Ketua Kampung Pulau Sibuan, Almasin Almadal.

"Saya tidak akan berbohong atau menyembunyikan tentang hakikat bahawa kebanyakan kami adalah dari Filipina. Tetapi kami sudah berada di Sabah lebih daripada 50 tahun.

"Malangnya , kebanyakan kami tidak mempunyai dokumen yang sah untuk mengesahkan kewarganegaraan kami dan ini amat menyedihkan kerana kami lahir dan membesar di Sabah," katanya.

Pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Gaya, Semporna, saya kagum dengan pondok-pondok yang dijadikan tempat berteduh untuk mereka dimana pondok-pondok ini dibina di atas air.

Mereka yang tinggal di kawasan ini dikenali sebagai Bajau Laut Pantai Timur dimana mereka tinggal di sekitar Semporna, terutama di pulau-pulau kecil berhampiran.

Kanak-kanak dilihat gembira mendayung perahu mereka, berenang dan bermain bersama-sama manakala golongan tua memasak dan berborak sesama mereka.

Walaupun hidup di dalam kesusahan dan derita, mereka tetap bertahan dan inilah yang membuatkan kaum Bajau Laut sebuah komuniti yang menarik untuk kita pelajari kerana kisah hidup mereka dapat memberi suntikan semangat.

Mungkin di kaca mata kita hidup mereka agak menarik, tetapi kenyataannya, hidup mereka bukanlah seindah sebuah taman.

Dengan kehidupan yang jauh dari darat, hanya beberapa kerat sahaja yang tahu tentang kewujudan mereka.

Mereka terikat di lautan, tidak mampu ke darat kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan ini akan membuat kita terfikir, kehidupan di ‘syurga dunia’ bukanlah kehidupan yang sempurna seperti yang dibayangkan.


Sumber: ASTRO Awani 

Lelaki vs wanita: Siapa lebih mahir



Tahukah anda yang wanita didapati lebih mahir melabur apabila dibandingkan dengan kaum lelaki? Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat oleh firma Rothstein Kass menunjukkan bahawa wanita sering mendapat keuntungan yang lebih banyak daripada lelaki. 

Guru pelaburan; Warren Buffett dikenali kerana sering mendapat keuntungan daripada pelaburan beliau. Beliau dikatakan melabur seperti seorang perempuan dalam buku ‘Warren Buffett Invests Like A Girl and Why You Should Too’ oleh penulis Louann Lofton.

Lihatlah ciri-ciri utama yang merupakan sebab kenapa wanita mendapat keuntungan yang berlipat ganda berbanding lelaki:


Penyabar


Seorang wanita yang sabar melihat pelaburan sebagai sesuatu yang dilakukan untuk jangka masa lama. Oleh sebab wanita pentingkan perasaan, mereka sedar yang ia adalah penting untuk mengawal perasaan sebelum melakukan suatu pelaburan dan tidak bertindak melulu. Apabila mereka sedar apa yang mendorong pelaburan mereka, kaum wanita akan melabur selepas membuat kajian yang mendalam tentang syarikat atau produk yang bakal dilaburkan itu.



Realistik


Wanita juga berfikiran realistik apabila mereka fikirkan wang yang bakal dilaburkan itu. Seperti yang dikatakan, pelabur wanita melihat jauh dan inginkan keuntungan setiap kali melabur. Kaum lelaki sering mempunyai keyakinan diri yang lebih menonjol dan kadang-kala akan membuat keputusan secara terburu-buru ketika melabur. Sikap
ego lelaki juga boleh menjadi punca kerugian ketika melabur.


Berhati-hati


Setiap kali melabur, seorang wanita tidak ingin rugi banyak dan mencari pelaburan yang terbaik untuk melabur. Maka, risiko yang diambil adalah sering rendah ataupun lebih rendah daripada seorang pelabur lelaki. Pelabur lelaki yang berani mengambil risiko tanpa berfikir panjang mungkin akan rugi lebih banyak dalam jangka masa yang pendek. 

Walaupun ciri-ciri ini menjadi sebab utama pelabur wanita merai keuntungan yang lebih banyak, sikap kaum lelaki yang suka ambil risiko dan yakin juga boleh dipelajari wanita. Jadi, ia adalah penting untuk lebih ramai wanita bertindak dan berkeyakian untuk mula membuat pelaburan. 


Sumber

Angkasawan negara kedua menjelang 2016


Malaysia dijangka menghantar kumpulan kedua angkasawan negara bagi melakukan pelbagai penyelidikan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menjelang tahun 2016, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah. 
Beliau berkata agensi di bawah kementerian itu seperti Agensi Angkasa Negara dan Yayasan Angkasawan Malaysia sedang giat bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara bagi menentukan misi dan tujuan utama penghantaran angkasawan kedua negara itu. 
"Kita (kementerian) pada masa ini masih dalam fasa perancangan dan pelbagai perkara sedang dikaji termasuk menghantar dua angkasawan ke ISS dalam program itu, selain melihat kepada penyelidikan yang memberi keuntungan kepada negara untuk dijalankan di ISS. 
"Semuanya perlu dilihat dengan teliti kerana (program ini) melibatkan peruntukan yang banyak dan bukan program melancong ke angkasa...selesai semua ini kami akan bawa kertas cadangan ke kabinet," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Science4u di Ayer Keroh di sini hari ini. 
Karnival sehari yang diadakan untuk menarik minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi itu merupakan antara 103 program yang dilaksanakan kementerian itu di sekolah-sekolah seluruh negara. 
Malaysia buat julung kalinya menghantar angkasawan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke ISS dengan roket Soyuz TMA-11 pada 10 Okt 2007 hasil kerjasama dengan Rusia dan beliau telah menjalankan pelbagai penyelidikan antaranya melibatkan sel kanser dan leukemia di stesen angkasa itu. 
Abu Bakar berkata Malaysia juga sedang merancang untuk meneruskan kerjasama dengan Rusia bagi melaksanakan program angkasawan negara kedua, selain merancang kerjasama dengan negara seperti Amerika Syarikat dan Perancis dalam pelbagai aspek program itu. 
"Kita lihat pada program di ISS melibatkan kerjasama banyak negara dari segi penghantaran angkasawan kepada pengurusan bahan buangan, semuanya ada kerjasama antara negara, begitulah yang kita mahu lihat pada program angkasawan kita, perlu ada kerjasama dengan banyak negara bagi kita belajar daripada semua orang," katanya. 
Beliau berkata selain program angkasawan, Malaysia juga sedang giat melaksanakan program penghantaran satelit dan akan menghantar mikrosatelit TiungSAT bagi pemantauan muka bumi awal tahun depan. 
"Program satelit terbesar kita adalah pada tahun 2015 apabila kita menghantar RazakSAT-2 yang akan membantu dalam proses pemetaan muka bumi dan pemantauan cuaca lebih berkesan. 
"Pada tahun 2018 pula kita akan lancarkan RazakSAT-3 dan kedua-dua satelit ini mempunyai jangka hayat selama tujuh tahun," katanya.
- BERNAMA 

Suami isteri dituduh sebabkan krisis air di Lembah Klang

Suami isteri dituduh sebabkan krisis air di Lembah Klang

Sepasang suami isteri hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menyebabkan pencemaran air berikutan tumpahan minyak diesel di Sungai Selangor yang menyebabkan krisis air di Lembah Klang bulan lepas.

Ng Kim Bok dan H'ng Soo Chiew  mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut.

Ng menghadapi 30 pertuduhan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Negeri Selangor (No.2) 1999, manakala isterinya, H'ng, menghadapi 20 pertuduhan
secara bersama menurut akta dan enakmen sama.

Mereka dituduh di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 atas kapasiti mereka sebagai pengarah kepada tiga syarikat iaitu Muhibbah Mok Workshop, Muhibbah Mok Sdn Bhd dan Ng Kim Bok Realty Sdn Bhd.

Muhibbah Mok Workshop beroperasi di lokasi kejadian itu didakwa berlaku, Muhibbah Mok Sdn Bhd ialah syarikat induk kepada bengkel kenderaan berkenaan manakala Ng Kim Bok Realty merupakan pemilik tanah.

Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling, pasangan suami isteri itu didakwa melupuskan buangan terjadual (buangan minyak) tanpa kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling, meletakkan buangan terjadual (buangan minyak) tanpa lesen ke dalam mana-mana perairan daratan dan mencemarkan permukaan tanah-tanih tanpa lesen.

Menurut Enakmen LUAS pula, mereka didakwa mengambil air dari suatu sumber air di belakang premis tanpa kelulusan Pengarah LUAS dan melepaskan ke dalam sumber air bahan buangan yang mengandungi minyak tanpa lesen daripada pengarah berkenaan.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Sungai Gong, Lot 15322, Sungai Bakau, Bandar Kundang, Gombak dekat sini, antara 9.50 pagi dan 11.40 pagi, 30 Ogos 2013.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menetapkan tarikh 10 Oktober untuk sebutan kes.

Krisis air yang berlaku pada 30 Ogos menjejaskan lebih sejuta penduduk di Lembah Klang.

- ASTRO Awani