Tuesday, 22 October 2013

Ringkasan Bajet 2013

Sorotan Bajet 2013



Sumber: ASTRO Awani

Wanita letupkan diri dalam bas di Rusia

Wanita letupkan diri dalam bas di Rusia

RUSIA:  Di Rusia seorang wanita bertindak nekad meletupkan dirinya ketika menaiki sebuah bas di Volgograd Selatan negara itu.


Kejadian mengakibatkan tujuh orang maut sementara 30 orang lagi cedera.

Suspek Naida Asiyalova, 30 disahkan berasal dari Dagestan, penempatan majoriti muslim di Caucasus Utara.

Siasatan mendapati letupan berlaku beberapa saat selepas Naida menaiki bas terbabit di satu perhentian.

Ketika kejadian kira kira 40 penumpang berada dalam bas berkenaan.

Serangan bom terbaru di Volgograd ini sekaligus meningkatkan kebimbangan mengenai kemampuan Rusia mengekang aktiviti pengganas menjelang Olimpik musim sejuk di Sochi Februari tahun depan.

- ASTRO Awani 

Dolly Parton terlibat nahas jalanraya

Dolly Parton terlibat dalam nahas jalan raya

LOS ANGELES:  Penyanyi Country Amerika Syarikat, Dolly Parton alami cedera ringan selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Nashville.

Kemalangan itu menyebabkan penyanyi berkenaan dirawat di hospital.

Namun beliau kini sedang berehat di rumahnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kemudiannya Parton berkata keadaan beliau tidak membimbangkan.

Beliau turut mengakui letih dan terkejut susulan insiden yang menimpanya itu.

Polis berkata kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya dilanggar sebuah kenderaan lain.

Semasa kejadian Parton, 67 tidak keseorangan sebaliknya bersama dua rakannya yang lain.

Pelakon popular 80an, Noreen Noor meninggal dunia

AMPANG:  Jenazah pelakon terkenal Noreen Noor selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai, Serkam, Melaka pada pukul 1.40 tengah hari tadi.

Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman Kampung Pulai selepas solat Zohor.

Pelakon dan penyanyi terkenal itu meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi tadi di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Berusia 54 tahun, Allahyarhamah meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak, seorang perempuan dan seorang lelaki.

Antara lagu popularnya adalah Siang Terbayang Malam Merindu.

Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak dan filem pertama lakonannya, Talak diterbitkan pada tahun 1980.

Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.












Sumber: ASTRO Awani 

Tujuh individu berebut ganti Jamalul Kiram III - Zahid

Tujuh individu berebut ganti Jamalul Kiram III - Zahid

KUALA LUMPUR:  Ancaman pengganas Kiram terhadap negara ini masih wujud meskipun ketuanya Jamalul Kiram III meninggal dunia semalam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Berdasarkan maklumat perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat tujuh individu yang sedang berebut untuk mengetuai kumpulan pengganas yang dikatakan mewarisi 'Kesultanan Sulu' berkenaan, katanya.

Meskipun nama ketujuh-tujuh individu itu tidak didedahkannya, namun PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk berada pada kedudukan bersiap siaga terhadap sebarang kemungkinan, katanya.

"Daripada kematian Jamalul, kita tidak boleh menganggap pencerobohan pengganas Kiram akan tamat, tambahan terdapat tujuh individu yang merasakan mereka berkelayakan mengambil alih 'Kesultanan Sulu' ini.

"PDRM dan ATM akan memantau dengan dekat kerana apa yang berlaku pada Jamalul Kiram bukan tindakan peribadi beliau semata-mata tetapi yang kita khuatiri ada 'tangan ghaib' yang ada di belakangnya menyebabkan kumpulan pengganas berkenaan memasuki negara kita melalui Lahad Datu, Sabah," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan, Jamalul Kiram meninggal dunia di sebuah hospital di Manila, Filipina, kerana masalah organ.

Ahmad Zahid berkata pihak keselamatan negara tidak boleh terlalu selesa memikirkan selepas kematian Jamalul tidak akan berlaku sebarang tindakan oleh mereka yang akan mengambil alih tempatnya.

Februari lalu, pasukan keselamatan Malaysia melancarkan Operasi Daulat untuk menghapuskan pengganas berkenaan selepas rundingan selama sebulan untuk menggesa mereka berundur gagal.

Dalam operasi itu, 10 anggota keselamatan negara maut manakala 68 anggota pengganas ditembak mati, 173 ditahan dan beberapa lagi pengganas Kiram melarikan diri.

- BERNAMA