Sunday, 16 August 2015

Siapa Uqasha Senrose di hati Iqram Dinzly?

TEKA-teki mengenai hubungan sebenar di antara Iqram Dinzly (kiri) dan Uqasha Senrose belum terjawab. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai hubungan sebenar di antara Iqram Dinzly dan Uqasha Senrose belum terjawab. 

Terlanjur menemubual Iqram tak sah ditanyakan lanjut mengenai hubungannya dengan kakak kepada Nelydia Senrose itu. 

Baru-baru ini kedua-dua mereka berkongsi gambar mempamerkan kemesraan di akaun Instagram masing-masing, sekali gus mengundang pelbagai persepsi dan teka teki. 

Sama ada mereka sedang menjalinkan hubungan cinta atau sekadar teman biasa, semuanya itu mungkin terlalu awal untuk dipastikan. 

Iqram sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa orang artis seperti Soo Wincci dan terdahulu Fouziah Gous yang kini sudah berumah tangga. Apa komen Iqram mengenai Uqasha?

"Kami baharu saja mengenali. Masih terlalu awal untuk menjangka apa kesudahannya. Sebelum ini pernah bertemunya di acara hiburan selain mengetahui dia juga sering digosip dengan pelakon itu dan ini. 

"Tapi saya ini jika tahu mana-mana wanita sedang berhubungan dengan lelaki lain, saya tak akan menjerat diri mendekati. Saya bukan jenis manusia yang suka mengganggu kebahagiaan perasaan orang lain.

"Kami jadi akrab selepas menyertai acara beraya di Kuching, Sarawak yang dianjurkan Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi pada 23 hingga 24 Julai lalu. Ziana Zain juga menjadi artis yang diundang selain kami. 

"Masa di Sarawak itu, tak tahulah bagaimana boleh terbit perasaan untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Kami ada bergurau, mengusik dan bersembang sesama sendiri seperti biasa. 

"Saya tak jangka dan rancang apatah lagi berniat untuk menimbulkan situasi seperti ini. Perasaan ingin kenal itu terbit secara tiba-tiba. 

"Dia (Uqasha) pula jenis yang manja dan boleh menerima usikan serta gurauan secara terbuka. Kemudian kami boleh jadi ngam. Saya pun sudah lama tak ada kawan rapat sesama industri. 

"Semua ini terjadi secara kebetulan," kata Iqram yang melihat persahabatannya dengan Uqasha tepat pada masa.

Sejujurnya, Iqram tidak mahu terlalu terbuka berbicara mengenai Uqasha. Dia sebenarnya bimbang sejarah lama ketika rapat dengan beberapa artis berulang kembali dan tak kurang juga melabelkannya sebagai pelakon yang gemar menumpang populariti artis lain. 

"Kalau ada yang tanya, saya selesa mengatakan kami di peringkat berkawan dan seterusnya mengenali hati budi. Memang bunyinya klise tetapi itulah hakikatnya. 

"Tak ada apapun yang kami mahu sembunyikan. Kalau ada yang anggap saya jenis yang suka tumpang populariti... mungkin sejak lama lagi saya sudah lakukan plot cerita yang sama atau mungkin lebih daripada itu. 

"Tapi dalam industri ini saya berusaha sendiri untuk berjaya. Saya lelaki tak ada masalah untuk hal sebegini. Tapi saya perlu hormati dia (Uqasha) sebagai seorang wanita. 

"Selepas pertemuan di Sarawak itu, kami memang ada berjumpa lagi. Kami ada melepak bersama. 

"Kebiasaannya saya keluar dengan dia bersama adik beradik serta sepupunya. Keluar berdua itu tak adalah. Kami pernah bermain go-kart dan lepak di kedai Mamak," katanya yang sedang melunaskan penggambaran drama Memori Cinta Suraya terbitan Global Station sejak September tahun lalu hingga sekarang.

- Sumber: BH Online 

Chong Wei falls at final hurdle in bid to win elusive world c'ship

Chen Long of China celebrates after defeating Lee Chong Wei of Malaysia during his Men's singles final match at the Total BWF badminton world championship in Jakarta, Indonesia, 16 August 2015. EPA/BAGUS INDAHONO

JAKARTA: Former World number one Datuk Lee Chong Wei's dream of clinching the 2015 World Badminton Championships was cut short when he lost to defending champion Chen Long of China at the Istora Senayan on Saturday.

In the match that lasted one hour and five minutes, Chen Long who was in his element, overcame Chong Wei 21-14, 21-17 in straight sets. 

After losing the first set rather tamely despite taking the lead in the early stages, tried to make a comeback in the second set but Chen Long proved he was the stronger of the two.

"I must concede Chen Long played exceptionally well today, I could not do much despite putting up my best and changing the rhythm of the game," he said when met after the match. 

Chong Wei said he understood the hopes of all Malaysians and was disappointed to lose but he would not give up. 

"I will not give up as I will be participating in several tournaments this year and focus on qualifying for the Olympics next year. I will try something different if I could meet Chen Long again," he said. 

For the record, this is the 12th win for Chen Long in his 21 encounters with Chong Wei. 

At the same championship last year, Chen Long also beat Chong Wei in the final before the Malaysian was suspended for failing a dope test. 

Coach Hendrawan said Chong Wei had done his best and despite pressuring Chen Long in the second set, his Chinese nemesis was in his element today. 

"So now we have to find a way to improve tactically and it is not an easy matter, I apologise for the loss," he said. 

He said Chong Wei's tactic of changing his rhythm had enabled him to beat his opponents in the earlier rounds but today the situation favoured Chen Long.

- Source: Bernama

Missing Indonesian plane found crashed in Papua - govt official

Trigana Operations Director Beni Sumaryanto as saying there had been reports of a crash from a village in the forested and mountainous district of Oksibil.

JAKARTA: A Trigana Air plane that went missing with 54 people on board on Sunday crashed in Indonesia's eastern Papua region, a transport ministry official said.

Earlier, media cited Trigana Operations Director Beni Sumaryanto as saying there had been reports of a crash from a village in the forested and mountainous district of Oksibil, adding that search teams would check that area in the morning. 

- Source: Reuters | Updated: August 16, 2015

Giroud scores stunner as Arsenal beat Palace in thriller

Premier League, Selhurst Park - Crystal Palace 1 (Ward 28) Arsenal (Giroud 16, Delaney og 55)

Arsenal kick-started their Premier League campaign with a 2-1 win at Crystal Palace.

Olivier Giroud set them on the way with a wonderfully athletic finish from Mesut Ozil’s cross but Joel Ward drew palace level with only his second Premier League goal.

It looked like Arsenal’s defensive frailties may return to haunt them but an unfortunate Damien Delaney own goal gave Arsenal the spoils.

The win, Arsenal’s first following their opening day loss, means they climb of the bottom of the table whilst Palace remain sixth.

- Source: Eurosport 

Pesawat hilang: Laporan terhempas diterima

- Gambar Hiasan

JAKARTA - INDONESIA. Penduduk di Papua melaporkan terdapat kejadian pesawat terhempas namun tidak dapat dipastikan sama ada ianya melibatkan pesawat Trigana Air yang dilaporkan hilang, hari ini.

Menurut Reuters, Pengarah Operasi National Search and Rescue Agency (BASARNAS), memberitahu syarikat penerbangan Trigana Air mendapat laporan pesawat terhempas di kawasan hutan dan pergunungan Oksibil.

Beliau juga memberitahu bahawa pasukan pencari akan mula memeriksa kawasan berkenaan pada pagi nanti, dipetik dari portal Kompas dan Detik.

Terdahulu, sebuah pesawat milik Trigana Air IL 267 jenis ATR 42-300 berlepas dari Lapangan Terbang Sentani, Jayapura yang membawa 54 penumpang dilaporkan gagal dikesan, petang tadi.


Sementara itu, Ketua Polis Indonesia, Badrodin Haiti berkata, pihak penyelamat yakin pesawat itu akan dapat dikesan dalam operasi SAR, yang akan disambung apabila cuaca pulih.

"Jika mahu ke Oksibil perlu melalui kawasan Pergunungan Bintang dan ketika ini, cuaca di situ sangat teruk," katanya.

-Sumber: Sinar Harian 

Almy Nadia diuji lagi!

Almy Nadia

UMUM mengetahui kontroversi mengenai rumah tangga Almy Nadia dan Fizz Fairuz yang melibatkan pendatang baru industri seni tempatan iaitu Fara Mendoza.

Meskipun berita berkenaan menjadi buah mulut peminat seni namun Almy dilihat cukup tabah berhadapan dengannya.

Jika sebelum berkahwin dia pernah diuji dengan tindakan Fizz Fairuz yang bertunang dengan seorang wanita dari Pahang, kali ini dia diuji dengan dugaan yang lebih besar kerana mereka sudah pun bergelar suami isteri.

Terkesan dengan perkara itu, pelakon Dunia Baru itu telah memuat naik status di laman sosial Instagram miliknya yang mendakwa Fara sengaja mencari publisiti murahan.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas peristiwa itu, Almy nampaknya lebih tenang.

Ia terbukti apabila dia turut memuat naik gambar bersama anaknya yang kelihatan sedang berbahagia kini.

Ujarnya menerusi status itu, "assalamualaikum semua.. Selamat petang semua... Jom senyum selalu, happy selalu.. Biarkan gambar bercerita ... Terima kasih semua syukur alhamdulillah," katanya.

Meskipun dilihat agak terbuka menerusi laman sosial, namun Almy bagaimanapun masih belum bersedia untuk mengulas lanjut mengenai kontroversi yang sedang dialaminya itu.

"Saya minta maaf, buat masa sekarang saya tidak boleh memberi apa-apa komen, saya belum bersedia," katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Menyingkap mengenai kontroversi berkenaan, ia tercetus apabila Fara Mendoza bertindak memuat naik 'screen shot' perbualannya bersama Fizz Fairuz di laman sosial We Chat miliknya.

Fizz kemudian bertindak pantas membersihkan namanya dengan tampil membuat kenyataan bahawa dia tidak pernah mengenali Fara.

Tetapi cerita tersebut tidak terhenti di situ apabila Fara kembali membalas mengatakan dia mempunyai bukti bahawa sememangnya perbualan tersebut berlaku antara dia dan Fizz.

- Sumber: Sinar Harian 

Guling kerajaan: 26 MP BN dikatakan terlibat


SHAH ALAM – Seramai 26 Ahli Parlimen BN dikatakan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan kerajaan yang didalangi pemimpin Umno.

Portal The Rakyat Post melaporkan pemimpin Umno berkenaan memainkan peranan menyediakan tujuh muka surat akuan bersumpah bagi mempengaruhi 87 ahli Parlimen pembangkang dan 26 ahli Parlimen BN.

“Kritik dalam parti tidak apa tetapi sebagai pembesar Umno apa yang dia buat itu sangat kurang ajar

“Individu itu dikatakan telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Naib Presiden Umno itu mendedahkan konspirasi tersebut semalam,” kata sumber berkenaan.

Semalam Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ampang mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan turut didalangi pemimpin BN termasuk Umno.

Beliau berkata, rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli Parlimen pembangkang, serta cuba menarik ahli Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'jalan belakang'.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau mendapat maklumat itu daripada sumber yang sangat boleh dipercayai.

“Sebenarnya bukan Datuk Seri yang nak bawa jumpa, disebabkan pendedahan yang dilakukan sebelum ini mereka telah menghubungi TPM dan meminta untuk mengaturkan satu perjumpaan dengan PM.

“Mereka dikatakan menyesal dan ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu di BUKIT KATIL, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan identiti pemimpin Umno yang berhasrat bergabung dengan Ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan wajar didedahkan.

Menurutnya, tindakan itu bagi membolehkan setiap pemimpin dan ahli parti dapat mengetahui pergerakan individu berkenaan yang berhasrat menggulingkan kerajaan.

“Saya rasa elok sebenarnya kita diberitahu siapakah individu terlibat dan saya menghargai ketelusan Timbalan Perdana Menteri yang berkongsi dengan rakyat bahawa ada percubaan tersebut.

“Kita perlu tahu siapa individu tersebut sebab kita dah lama nak tahu siapakah bergerak dalam parti cuba gulingkan kerajaan dan apakah cara dikatakan nak guling kerajaan guna cara tidak sah.

“Kita pun tak tahu cara yang tak sah supaya kita dapat membantu membetulkan keadaan,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan Umno Bahagian Bukit Katil di Dewan Tun Ali, di sini hari ini.

- Sumber: Sinar Harian | 16 Ogos 2015

Lulus usul minta PM letak jawatan

Sebahagian 201 Pemuda Umno Tampin yang hadir sempena Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Tampin, semalam.

TAMPIN - Pemuda Umno Bahagian Tampin sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sempena Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Tampin, semalam.

Usul tergempar diketengahkan Ketua Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang, Azman Abdullah, 42, itu mendapat sambutan positif daripada majoriti lebih 200 ahli yang hadir.

Usul berkenaan memutuskan: “Demi Melayu, Islam dan Malaysia, meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno agar keyakinan, cinta dan kasih sayang, khasnya orang Melayu dan Bumiputera, terhadap Umno dapat dipulihkan untuk memastikan kita orang Melayu sebagai pemilik negara tercinta ini terus menjadi pemerintah sampai bila-bila.”

Sebaik usul berkenaan dikemukakan, Pengerusi Tetap mesyuarat, Mohd Salleh Yahaya, bertanyakan kepada perwakilan berhubung perkara berkenaan dan perwakilan sebulat suara menyatakan sokongan kepada usul berkenaan.

Azman berkata, usul tergempar berkenaan diketengahkan selepas satu demi satu isu timbul membabitkan integriti Perdana Menteri seperti isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

- Sumber: Sinar Harian 

Pemimpin Umno cuba guling kerajaan akan jumpa PM


TAMPIN - Pemimpin Umno yang didakwa berhasrat bergabung dengan ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan, akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin berkenaan telah sedar akan kesalahannya dan bersedia untuk bertemu dengan Najib dan pertemuan itu dijangka diadakan 6 petang ini .

"Maklumat yang saya dapat ini sahih, bukan maklumat tepi jalan dan maklumat ini saya peroleh daripada orang yang hadir mesyuarat itu sendiri.

"Kalau saya tak timbulkan perkara ini daripada sekarang, mungkin lebih ramai ahli-ahli Parlimen BN telah dibeli dengan penandatanganan Aku Janji itu," katanya dalam ucapan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tampin di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno menegaskan memang ada rancangan meminta ahli Parlimen BN supaya 'menyeberang' bersama-sama dengan pihak pembangkang dengan menandatangani surat aku janji untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.

"Saya kenal siapa peguam yang menyediakan dokumen itu dan saya tidak perlu sebut nama peguam itu, (dia) bukan peguam kita.

"Saya cuma tak boleh sebut nama tapi maklumat dan rancangan jahat ini betul," katanya.

Ahmad Zahid berkata, Umno tidak akan mengizinkan sebarang cubaan untuk mengulingkan kerajaan melainkan melalui pilihan raya.

"Kita tidak mahu perkara ini terjadi kerana kita sayangkan kerajaan sedia ada yang dipilih oleh rakyat secara sah dan demokratik. 

"Sistem dan acuan Malaysia mesti dihormati oleh semua parti politik yang ada dalam negara kita," katanya.

- Sumber:  Bernama