Thursday 13 November 2014

Marion Cotillard Relives “La Vie en Rose” Vocals in Dior Music Video


Marion Cotillard has been everywhere this year from "The Immigrant" to "Two Days, One Night," but what she is possibly best known for is her portrayal of Edith Piaf in the 2007 film, "La Vie en Rose." Audiences were introduced to her as an actress and a singer, yet Cotillard hasn't been doing much singing since her Oscar-winning role!


Her new role as brand ambassador to Dior has altered that. The actress teamed up with Metronomy's Joseph Mount, an electronic musician, and director Eliott Bliss for an eclectic and evocative music video advertisement for both Dior and the band entitled, "Snapshot in LA." She also co-wrote and directed the conceptual music video.

Cotillard’s fearlessness as an actress is emphasized as she dances, swims, and jumps across a pool of water all the while maintaining her allure and attraction. The short feature shows the actress walking slowly around a picturesque, resort-style backyard before tearing off her Dior heels and leaping the length of a pool in two fluid skips.

She models a structured silver Dior handbag throughout the video, as well as a figure-hugging black bodysuit. It is also one of the most stylish and drool-worthy promos we've seen in some time. It also features some extraordinary interpretive dance from Ms. Cotillard.


But less surprising than that, the chic video does double duty as an ad for Dior’s campaign!





It's fundamentally the sartorial version of Inception!

- Source: Astro Publication

Diugut RM1,000, diajak lakukan seks

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita hidup dalam ketakutan selepas diperas ugut sebanyak RM1,000 selain diajak melakukan hubungan seks sekiranya ingin mendapatkan semula telefon bimbit jenis iPhone 5 nya yang hilang.

Mangsa berusia 32 tahun itu menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar suspek ketika berada di kediamannya di Bandar Marang, kira-kira jam 12.15 tengah malam, kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang berada di sebuah resort di Kuala Ibai, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, Isnin lalu telah kehilangan telefon bimbitnya itu.

Jelasnya, mangsa yang mengesyaki telefon bimbitnya tercicir cuba mencari tetapi gagal sebelum mengambil keputusan beredar dari tempat kejadian.

“Mangsa juga beberapa kali menghubungi telefon bimbitnya namun tidak dijawab sebelum bertindak menghantar SMS ke nombor telefon bimbitnya kira-kira jam 10 malam hari sama dan meminta sesiapa yang menjumpai iPhone 5 itu agar menghubunginya.

“Bagaimanapun, suspek hanya membalas SMS mangsa kira-kira dua jam kemudian dengan dua permintaan melampau.

“Suspek berjanji akan memulangkan telefon bimbit mangsa jika mangsa memberi wang sebanyak RM1,000 kepadanya serta melakukan hubungan seks bersamanya dan rakan-rakannya,” katanya.

Sumber menjelaskan, mangsa mendakwa suspek masih menghantar SMS kepadanya dan nekad membuat laporan di Balai Polis Marang untuk tindakan lanjut kerana bimbang keselamatan diri selain ingin mendapatkan semula telefon bimbitnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

- Sumber: Sinar Harian

Murid prasekolah cedera dicampak dari tingkat dua

Mangsa yang cedera masih dirawat di HTJ
Mangsa yang cedera masih dirawat di HTJ

SEREMBAN - Seorang murid prasekolah di Taman Tasik Jaya cedera akibat dicampak oleh murid lain dari tingkat dua sekolah berkenaan tengah hari semalam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 petang itu, mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Adam Fikri, 6, mengalami cedera di dahi, patah tangan kiri, paha dan pangkal tulang pinggul.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku sewaktu murid berkenaan dalam perjalanan ingin berjumpa ibunya di bilik guru yang terletak di tingkat 2.

Katanya, semasa dalam perjalanan itu, mangsa dikatakan melintasi sekumpulan pelajar, sebelum diangkat oleh seorang murid lain, lalu dicampak ke bawah.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan dan patah tangan serta kaki kanan.

“Ibu mangsa yang menyedari kejadian itu hanya mampu meraung sebaik sahaja mendapati anaknya itu berada dalam keadaan lemah, namun semasa kejadian mangsa masih dalam keadaan sedar,” katanya.

Mangsa kini dirawat dekat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan murid yang melakukan perbuatan itu merupakan seorang pelajar dari Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut sebelum tindakan susulan dilakukan.

- Sumber: Sinar Harian 

Johor tables surplus budget for fourth consecutive year


KHALED: Johor's GDP is expected to be between 5.6 per cent to 6.1 per cent in 2014.


JOHOR BAHARU: The Johor state government has tabled a surplus budget for the fourth consecutive year for 2015.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin under the budget, revenue collection will be RM1.239 billion compared to management expenditure of RM1.235 billion, marking a surplus of RM3.82 million.

"Of the revenue collection, tax revenue is estimated at RM425 million, non-taxable revenue at RM607 million and receipts RM205 million," he said when tabling the Budget 2015 in the Johor State Legislative Assembly at Kota Iskandar, near Nusajaya, today.

Development expenditure for 2015, Khaled said, was RM366 million with RM260 million allocated for infrastructure and administration facilities, RM39 million for Islamic development and RM20 million for agricultural programmes and basic facilities.

He added that the state government through the development expenditure had also allocated RM31 million for drainage and irrigation projects, RM2.16 million for housing and RM12 million for forestry and tourism.

On the state's economic performance,Khaled said Johor had posted growth of 4.9 per cent last year to exceed the national growth rate of 4.7 per cent.

"The Statistics Department reported that for 2013, Johor was among the key contributors to the national growth momentum, other than the Klang Valley, he added.

"The state's gross domestic product last year recorded RM72.28 billion which has been consistently dominated by the manufacturing and services sectors," he added.

This year Khaled said, Johor's GDP is expected to be between 5.6 per cent to 6.1 per cent.

The GDP growth last year he said, was supported by high investments, with the manufacturing sector recording the highest at RM18.7 billion and up to July this year, had already registered RM14.4 billion.

"Of the RM18.7 billion, a total of RM12.7 billion represents local direct investments and RM5.9 billion, from overseas," he added.

To ensure the progress in economic development is maintained, Mohamed Khaled said the state government was now in the final stages of preparing the Johor State Strategic Growth Plan. 

- Sumber: Bernama 

Google Malaysia papar lakaran Supermokh

Google Malaysia hari ini memaparkan seni lakaran atau 'doddle' Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sempena ulang tahun kelahiran ke-61, hari ini.

GOOGLE Malaysia hari ini memaparkan seni lakaran atau 'doddle' Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sempena ulang tahun kelahiran ke-61, legenda pemain bola sepak negara itu.

Ini merupakan penghormatan buat bintang bola sepak negara itu yang telah membawa Malaysia ke arena antarabangsa.

Pada sekitar 1970-an, Mokhtar mewakili negara sehingga menjadikan Malaysia kuasa besar bola sepak Asia dengan mengalahkan gergasi bola sepak Asia pada masa itu, Korea Selatan dan Jepun.

Beliau digelar 'SuperMokh' kerana kemahirannya sebagai penyerang, kekuatan dan keupayaannya untuk menjaringkan banyak gol yang luar biasa sepanjang kerjayanya.

Antara detik terkenal buat Mokhtar ialah ketika bersalaman dengan Diego Maradona sebelum perlawanan persahabatan menentang Boca Juniors.

Mokhtar menjaringkan sebanyak 175 gol untuk Selangor, 20 gol dalam 13 penampilan mewakili Kwong Yik Bank dan 125 gol untuk Malaysia, menjadikan jumlah jaringan gol sebanyak 320, sepanjang kerjayan bola sepaknya.

Mokhtar merupakan penjaring terbanyak sepanjang masa untuk Selangor dan Malaysia dan Allahyarham masih dikenang sebagai legenda untuk Selangor dan Malaysia.

Mokhtar meninggal dunia pada 11 Julai 1991 selepas bertarung nyawa dengan penyakit saraf yang jarang didapati, neuron motor selama tiga tahun.

Sebuah dokumentari 'The Untold Truth About Supermokh' diterbitkan buat pertama kali dalam 'The National Geographic Channel' pada 30 Ogos 2010. 

- Sumber: Bernama

Pusat bandar Kajang dilanda banjir kilat

Pusat bandar Kajang dilanda banjir kilat

KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang melanda pusat bandar Kajang dekat sini dan beberapa kawasan di sekitar daerah itu petang tadi (12/11/2014) menyebabkan berlaku banjir kilat.

Hujan hampir tiga jam itu bermula kira-kira 2 petang, mengakibatkan paras air di Sungai Jelok melimpah dan longkang tersumbat.

"Antara kawasan yang dilanda banjir kilat pusat bandar Kajang, Taman Jasmin dan Saujana Impian," kata Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul ketika dihubungi.

Air dikatakan naik sehingga ke paras pinggang namun banjir kilat ini kembali surut kira-kira 6.30 petang tadi, kata beliau.

Banjir itu menyebabkan beberapa buah kedai mengalami kerosakan dan beberapa kenderaan terperangkap.

Mohamad Sani berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu oleh orang awam kira-kira 2.47 petang.

Katanya, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dan Bangi bergegas ke lokasi kejadian.

"Kami turut dibantu oleh anggota polis dan skuad penyelamat Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) untuk menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terperangkap dalam banjir itu," katanya.

Mohamad Sani berkata setakat ini tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu reaksi orang ramai di Twitter pula, rata-rata merungut kerana bajir kilat dikatakan kerap berlaku di bandar tersebut sejak akhir-akhir ini.

Mereka mahu tindakan segera diambil oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menangani masalah ini.


Kajang asyik banjir je. Hanyutkanlah sekali kebosanan gua ni— titaapojie (@tikaafauzee) November 12, 2014 
Asyik banjir je nk jadi apa do kajang— Nazrul Hafiz (@NazrulJaffar) November 12, 2014 
Kajang banjir lagi— MNF (@MohdNorFirdaus) November 12, 2014 
Kajang banjir lagi.. Bila nak selesai ni? ADUN Kajang ada kat mana? Ada siapa-siapa boleh jawap tak? http://t.co/IfOnU0YVXP— Ms.BELA (@Bela13_) November 12, 2014 
Come on Wan Azizah, think something and do something for Kajang. #Banjir— MNF (@MohdNorFirdaus) November 12, 2014


Bagaimanapun, Dr Wan Azizah dilaporkan telah membuat tinjauan ke kawasan banjir tersebut kira-kira jam 5.00 petang tadi.


Meninjau banjir kilat di Bandar Kajang sebentar tadi..tindakan pantas MPKj, JPS dan polis mengawal keadaan amat dihargai..— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) November 12, 2014

Beliau turut memberi penghargaan kepada pihak polis serta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan juga Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atas tindakan pantas mereka. 

- Sumber: sonl

Lagi cebisan mayat ditemui di lokasi nahas MH17



Pakar forensik Belanda menemui beberapa lagi cebisan mayat di lokasi nahas MH17, namun mereka masih belum dapat mengalihkan bangkai pesawat.

THE HAGUE: Pakar forensik Belanda menemui beberapa lagi cebisan mayat di lokasi nahas penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, pada Rabu, namun berkata mereka masih belum dapat mengalihkan bangkai pesawat.

"Satu pasukan telah menemui cebisan mayat di lokasi nahas apabila kepingan bangkai pesawat diangkat menggunakan kren," kata Kementerian Pertahanan Belanda dalam satu kenyataan.

Pakar Belanda - yang bertanggungjawab dalam pencarian cebisan mayat dan juga mengetuai siasatan dalam insiden kemalangan pada 17 Julai yang mengorbankan semua 298 di atas pesawat itu - tiba di lokasi nahas pada Selasa.

Mereka berharap dapat mengalihkan serpihan penerbangan Malaysia Airlines itu ekoran kebimbangan bahawa pertempuran besar-besaran boleh berlaku sekali lagi.

Cebisan mayat mangsa akan dihantar ke Kharkiv untuk pemeriksaan forensik sebelum dihantar pulang ke Belanda untuk peringkat seterusnya, menurut kementerian itu.

Ketua pegawai pasukan Belanda, Pieter-Jaap Aalbersberg, berkata kumpulannya telah "melakukan segala yang termampu" untuk mendapatkan semula cebisan mayat dan barangan peribadi.

"Untuk meneruskannya, kami memerlukan peralatan berat dan lebih banyak pakar forensik. Pada saat ini, ia tidak mungkin dapat dilakukan," kata Aalbersberg dalam kenyataan itu.

Beliau berkata keadaan keselamatan di sekitar lokasi kemalangan “masih sukar".  - AFP 

Bertani di bumbung bangunan

Ismail (tengah) melihat sendiri antara sayuran yang dijalankan secara pertanian bandar.

BATU PAHAT – Pertanian bandar melalui Sistem Organik Aqua masih baharu di Malaysia, namun sebuah bangunan hotel enam tingkat di sini, mempeloporinya dengan menanam pelbagai jenis sayuran di bumbung bangunan itu.

Pengurus Hotel Bunga Raya, Peter Chew berkata, dia memulakan tanaman pelbagai jenis sayuran seperti kobis, cili, salad, sawi dan kucai dengan kerjasama serta tunjuk ajar Jabatan Pertanian sejak dua bulan lalu.

Katanya, dengan bercucuk tanam secara pertanian bandar, kerajaan secara amnya dapat mengatasi kekangan tanaman konvensional berkenaan di atas permukaan tanah.

“Pertanian seperti ini sebenarnya menjimatkan kos, tenaga dan masa. Sejak kami menjalankannya, sebanyak 150 kilogram telah berjaya dituai.

“Kos permulaan sekitar RM10,000 dengan mendapatkan Sistem Organik Aqua yang memiliki pengairan automatik serta penggunaan baja yang dicadangkan Jabatan Pertanian.

“Kepada sesiapa termasuk anak muda yang ingin melihat projek pertanian bandar, saya mengalu-alukan mereka ke bumbung hotel ini,” katanya ditemui pada program Pertanian Bandar Peringkat Negeri Johor.

Program berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Mohamad dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Pertanian Pengembangan Johor, Ahmad Kamil Mohd Yunus serta Adun Semerah, Ismail Roslan.

Sementara itu, Ismail berkata, teknik pertanian bandar ini dapat dilakukan ramai pihak kerana mampu meringankan kos hidup melalui pengeluaran makanan di negeri ini sehingga 20 peratus.

Katanya, ia mampu mengurangkan kadar import dan kemudiannya membolehkan harga jualan jauh lebih murah.

“Pelbagai tanaman boleh dijalankan di bumbung bangunan, selain institusi tertentu atau pemilik bangunan, kebun komuniti juga dapat dilakukan seterusnya menghasilkan makanan berkualiti serta selamat dimakan.

“Ia mampu mengindahkan landskap kawasan bandar dengan tanaman hijau serta menghasilkan udara sekeliling yang lebih segar,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri berbangga dengan tindakan diambil Hotel Bunga Raya ini, kerana menjadi perintis pertanian bandar dan pihaknya tiada halangan untuk mana-mana individu melaksanakannya, malah menggalakkan lagi terutama kepada golongan muda.

“Projek ini tiada halangan kerana selagi berminat, mereka boleh mendapatkan bimbingan Jabatan Pertanian yang bersedia menawarkan khidmat nasihat dan bantuan lain,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian

Video hero muda di Syria terus viral

Kanak-kanak lelaki ini sanggup bergadai nyawa meskipun bertubi-tubi tembakan dilepaskan.

DAMSYIK - SYRIA. Sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki di Syria yang sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan kanak-kanak perempuan daripada tembakan penyerang hendap kini semakin viral di laman sosial.

Rakaman yang dimuat naik di laman video Youtube pada 10 November lalu memaparkan kanak-kanak lelaki itu berusaha mencapai tangan kanak-kanak perempuan yang berlindung di sebalik sebuah kereta yang telah musnah.

Usahanya berjaya apabila dia berjaya menarik tangan kanak-kanak itu dan membawanya ke tempat lebih selamat walaupun tembakan berterusan dilepaskan ke arahnya.

- Sumber: Sinar Harian 

Tindakan MAS pecat pramugara dituduh dalam serangan seksual dikecam

Bushney (gambar) dikritik di media sosial dan dikatakan sengaja mencari publisiti murahan dengan membuat fitnah untuk mendapatkan wang.

KUALA LUMPUR: Seorang pramugara Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang berdepan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang penumpang wanita dilaporkan telah dipecat.

Pemecatan terhadapnya, yang kini masih ditahan di Paris, dilakukan sebelum dia didakwa atau dibicarakan atas tuduhan berkenaan.

Perkembangan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) yang menegaskan bahawa tindakan itu tidak mengikut lunas undang-undang dan membelakangkan keadilan, lapor TheMalaysianInsider.com.

Presidennya Nufam, Ismail Nasaruddin memberitahu, kru kabin yang telah berkhidmat dengan MAS selama 32 tahun itu menerima notis pemberhentian tugas melalui surat yang dihantar ke kediamannya dua minggu selepas insiden tersebut didedahkan.

"Hal ini sama sekali tidak dijangka kerana surat itu dihantar ketika dia masih lagi berada di pusat tahanan di luar negara. Bagaimana dia hendak memberi respons?” ujar Ismail.

MAS, menurutnya, telah memberi tempoh 60 hari kepada pramugara itu untuk merayu kes pemberhentian tugasnya atas alasan salah laku.

Kesatuan itu telah membawa perkara tersebut ke pengetahuan pihak Jabatan Perhubungan Industri dalam usaha memberi keadilan kepada pekerja berusia 57 tahun itu.

Ismail mendakwa, MAS seperti ‘cuci tangan’ dalam kes itu dan tidak menawarkan sebarang bantuan kepada keluarga pramugara tersebut.

MAS kini masih bergelut dengan publisiti buruk berkaitan kes nahas pesawat MH17 dan kehilangan MH370.

Sementara itu, peguam Ragunath Kesavan bagi pihak NUFAM turut mempersoalkan tempoh tahanan yang sangat panjang di Paris.

"Pekerja MAS itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Pihak MAS harus berusaha untuk membebaskannya dari pusat tahanan itu," ujarnya.

Peguam keluarga pramugara tersebut, Shailender Bhar, memberitahu bahawa pihak polis Perancis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat insiden berkenaan kerana ia tidak berlaku di negara tersebut, mahupun di ruang udaranya.

Tuduhan serangan seksual tersebut disensasikan oleh seorang penumpang Australia, Laura Bushney, ketika Malaysia dan dunia bersimpati akan nasib penumpang dan pekerja MAS serta keluarga mereka dalam dua tragedi yang menimpa syarikat penerbangan itu.

Dalam pada itu, Bushney dikritik ramai pihak di media sosial dan dikatakan sengaja mencari publisiti murahan dengan membuat fitnah untuk mendapatkan wang. 

- Sumber: Astro Awani 

Resort ‘Star Trek’ ditutup kerana tragedi buruk

Resort ‘Star Trek’ ditutup kerana tragedi buruk

PUSAT peranginan futuristik San Zhi di Taipei, Taiwan mungkin mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong sekiranya ia dibuka.

Malangnya pembangunan ke atas resort yang seakan Genting Highlands ini dihentikan apabila banyak tragedi buruk dan kemalangan dilaporkan berlaku.

Terletak di bahagian utara Taiwan, destinasi pelancongan San Zhi dibina berkonsepkan Star Trek dijangka bakal menjadi pilihan kepada golongan kaya dan berada yang mahukan percutian sempurna setiap kali menjelangnya musim panas.

Idea tersebut dikatakan diterima baik bahkan mendapat sokongan kewangan daripada kerajaan Taiwan.

Pembinaan projek mega ini dimulakan pada tahun 1978, namun pada tahun 1980, modal yang dilaburkan oleh syarikat ke atas projek tersebut dikatakan terjejas sebelum projek itu siap.

Terdapat banyak spekulasi menular berikutan kegagalan projek peranginan di San Zhi.

Antara yang didakwa menjadi punca projek tersebut dihentikan termasuklah keadaan kewangan yang tidak mengizinkan dan kepercayaan karut masyarakat setempat.

Bagaimanapun, peningkatan jumlah kemalangan melibatkan para pekerja binaan yang dilaporkan berlaku dari semasa ke semasa menjadi punca sebenar projek pusat peranginan ini dihentikan sepenuhnya.

Dengan rekod buruk tersebut, kerajaan kemudiannya menarik subsidi yang diperuntukkan ke atas projek tersebut.

Pusat Peranginan San Zhi yang hampir siap, akhirnya ditinggal terbengkalai.

Pada tahun 2001, nilai hartanah dan pembangunan di pusat peranginan San Zhi dikatakan meningkat berbanding beberapa dekad lalu.

Namun kerana kisah lagenda yang tersebar secara meluas, kerajaan akhirnya mengambil keputusan untuk meruntuh dan meratakan resort tersebut.

Sementara itu, pada Mac lalu menunjukkan, pusat peranginan tersebut telah diruntuhkan kerajaan sepenuhnya.

Hasil carian Sinar Harian Online melalui aplikasi peta Google Satelite membuktikan San Zhi dihapuskan sepenuhnya oleh kerajaan Taiwan.

Walaupun San Zhi tidak pernah beroperasi, namun keunikan seni binanya dan kisahnya sering menarik pengunjung untuk melawat tempat itu.

Menurut penduduk dan pelancong yang pernah melawat pusat peranginan itu, ketika siang, San Zhi kelihatan seperti petempatan yang telah ditinggalkan dalam keadaan yang amat dahsyat.

Dan ketika malam menjelma, pusat pelancongan tersebut kelihatan agak menyeramkan.

- Sumber: Sinar Harian