Sunday, 19 July 2015

Low Yat brawl: How it all started

The situation outside the plaza became violent late Sunday following a brawl between two groups just hours after police had instructed those congregated outside the plaza to disperse.

KUALA LUMPUR: It all started with the alleged theft of a smartphone.

This was on Saturday, July 11 when a 22-year-old unemployed man and his friend went to Low Yat Plaza, a haven for those seeking IT and electronic gadgets, located on Jalan Bukit Bintang.

According to Low Yat building management, the suspect was detained at about 5.40pm for allegedly trying to steal a smartphone from one of the kiosks there. He was then handed over to the police.

The police subsequently released the suspect's friend, who had tested positive for drugs.

According to the Inspector General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar, its believed that the youth, upon his release, instigated his friends to return to the scene for retribution.

The men were said to have gone berserk and started attacking several shop attendants.

Videos and images taken by onlookers at the scene went viral on social media almost immediately after the drama unfolded Saturday night.

(YouTube video showing fights that occurred at about 7:50 pm yesterday at the mall specialising in IT and electronic products. - YouTube Screengrab Photo)

The brawl was initially reported on social media, to have been sparked by the sale of a fake smartphone to the suspect, who then confronted the shop owner who supposedly sold him the item.

But a police investigation soon revealed that the theft of a smartphone had indeed occurred.

Several roads to the plaza were also closed following the brawl and four individuals were detained.


Sunday, July 12:

Police said the situation at Low Yat Plaza was under control and denied that the brawl was racially-motivated.


Monday, July 13:

At least three people were injured including a reporter and a photographer when a group of over 100 men started rioting near Low Yat Plaza shortly after midnight.


The commotion involved several fist fights. Motorcycle helmets and other items were also thrown between the clashing groups.

The situation calmed down after the police Federal Reserve Unit (FRU) arrived at the scene. The crowd dispersed about 12.40am. Police personnel including the FRU were closely monitoring the situation until 2am.

Roads leading to Jalan Imbi and Jalan Bukit Bintang were also closed.

Police detained 19 individuals believed to have been involved in the fighting. All individuals detained were men aged between 16 and 26. A remand order for four days was issued beginning Monday.


The blogger was being sought for spreading false information regarding the initial brawl at Low Yat Plaza.


Tuesday, July 14:

The suspect who was alleged to have stolen a smartphone from the plaza, Shahrul Anuar Abdul Aziz, is charged at the Magistrate Court. He pleaded not guilty to theft.

He had earlier pleaded guilty after the charge was read out to him twice, but changed his plea to not guilty after the charge was read a third time.

Police also detained Malaysian Armed Forces Veterans Association chief Mohd Ali Baharom, also known as Ali Tinju, under the Sedition Act for allegedly inciting mob violence.

Police again reiterated that they will go after PapaGomo and a party branch leader over the incident.

- Source: Astro Awani 

Banjir kilat di Janda Baik akibat hujan lebat berterusan



Beberapa buah rumah dan sembilan kawasan rekreasi di kawasan peranginan popular di Janda Baik dinaiki air selepas air sungai naik mendadak akibat hujan lebat berterusan hampir lima jam hari ini. -Gambar Twitter @bombajbpm

KUANTAN: Beberapa buah rumah dan sembilan kawasan rekreasi di kawasan peranginan popular di Janda Baik dinaiki air selepas air sungai naik mendadak akibat hujan lebat berterusan hampir lima jam hari ini.

Pemangku Pengerusi Belia Janda Baik Mohd Azman Abu Naim, 34, berkata hujan lebat sejak jam 5 pagi ini menyebabkan air di tiga sungai di sekitar Janda Baik iaitu Sungai Cheringin, Sungai Lampin dan Sungai Kuali naik mendadak sebelum bertemu di Pulau Santap.

Katanya ia mengakibatkan pusat rekreasi di sekitar sungai tersebut dan Pulau Santap melimpah sehingga memasuki beberapa buah rumah penduduk kampung yang terletak berhampiran kawasan itu.

"Sebuah jambatan ke tanah persendirian turut runtuh akibat arus deras selain menyebabkan sebahagian kampung terputus bekalan air bersih kerana paip patah dilanda arus," katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, pengusaha chalet Mohd Ridzwan Mohd Arif, 30, berkata beliau membuat keputusan memindahkan sebuah keluarga yang sedang bercuti ke rumah saudaranya yang terletak di atas bukit selepas chalet itu dinaiki air.

Katanya keluarga itu terlebih dahulu menyelamatkan diri dari chalet tanpa membawa barangan mereka selepas melihat air naik dengan cepat kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

"Kereta pelanggan juga mengalami kerosakan kecil. Kolam ikan yang dibina di kawasan chalet juga habis dilimpahi air menyebabkan ikan terlepas," katanya.

Mohd Ridzwan berkata ini merupakan kali pertama chaletnya dinaiki air selepas tiga tahun mengusahakan chalet tersebut.

- Sumber: Bernama

Pulau Patung undang rasa gerun pengunjung


‎PULAU Patung atau ‘La Isla dela Munecas’ adalah salah sebuah pulau yang terdapat di bahagian selatan Mexico. Pulau ini diberi nama begitu kerana hampir semua pokok dan pondok yang terdapat di pulau ini digantung dengan pelbagai jenis serta patung berwajah seram.

Meskipun dengan sejarahnya yang mengerikan, pulau ini tidak pernah sunyi daripada kunjungan pelancong yang ingin menyaksikan sendiri patung-patung tersebut.

‎Sejarah di pulau ini bermula lebih 50 tahun dahulu; di mana seorang lelaki bernama Don Julian Santana meninggalkan isteri dan anak-anaknya semata-mata untuk menghabiskan sisa hayatnya di pulau tersebut.

Walaupun dia sudah berkahwin, dia memilih untuk menghabiskan masa tuanya di sana dan menjadi penjaga pulau tersebut. Tragedi yang berlaku seterusnya telah mengubah imej dan landskap pulau itu secara keseluruhan.

Menurut sejarah pulau tersebut, semasa menjaga pulau tersebut, Julian telah menemui mayat seorang budak perempuan yang mati di salah sebuah saliran di pulau tersebut.

Terkesan dengan kematian kanak-kanak itu, Julian menyalahkan dirinya dan percaya bahawa dia bertanggungjawab penuh ke atas kematian tersebut kerana gagal menyelamatkan nyawa budak itu.

Bagaimanapun menurut masyarakat setempat, kanak-kanak tersebut, seperti kebanyakan mangsa lemas yang lain, hanya mati lemas di terusan berkenaan. Tidak lama kemudian, Julian dikatakan menemui anak patung terapung; dipercayai milik kanak-kanak itu di saliran yang sama.

Dia kemudiannya menggantung anak patung itu di salah sebuah tiang di rumahnya, sebagai tanda hormat terhadap kematian kanak-kanak terbabit.

Namun ia tidak terhenti setakat itu. Mengumpul patung mula menjadi tabiat Julian apabila dia mula memancing, mencari dan mengumpul patung untuk digantungkan di setiap pokok di pulau tersebut.

Khabar angin mengatakan Julian berbuat demikian kerana ingin menenteramkan roh kanak-kanak terbabit. Ada juga yang mengatakan bahawa lelaki itu berbuat demikian untuk menyeru roh dan menghidupkan semula kanak-kanak itu.

Kata keluarga Julian, lelaki itu menghabiskan kebanyakan masanya dengan meratapi kematian kanak-kanak itu. Julian mengumpulkan pelbagai jenis patung. Kebanyakannya adalah patung bayi yang kelihatan lusuh dan menakutkan.

Keadaan kesemua patung yang terikat di pelbagai lokasi di pulau tersebut akan menyebabkan kebanyakan pengunjung yang berkunjung ke pulau ini akan pulang dengan kenangan yang tidak mungkin dilupakan.

Akhirnya pada tahun 2001, Julian ditemui mati lemas oleh anak saudaranya di dalam terusan pulau itu. Ironinya, mayat Julian ditemui dilokasi sama dengan mayat kanak-kanak perempuan tersebut dilaporkan ditemui mati.

Pulau tersebut kini dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pelancongan.

- Sumber: Sinar Harian 

Laluan kecemasan boleh jadi perangkap maut‎

Gambar hiasan

JOHOR BAHARU - Sikap tamak pengusaha kompleks membeli-belah yang hanya mahu mengaut untung sehingga tidak mempedulikan soal keselamatan pengunjung boleh mengundang bahaya jika laluan menuju ke tempat kecemasan tidak diberikan perhatian serius.

Lebih padah, sekiranya laluan itu dihalang dan boleh menjadi 'perangkap maut', sekali gus boleh mengundang malapetaka yang lebih dahsyat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri (JBPM) Johor, Datuk Ab‎ Ghani Daud berkata, keadaan itu dapat dilihat berdasarkan pemeriksaan dibuat di‎ premis premis dan kompleks membeli-belah sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

"Kita telah buat pemeriksaan di 1,546 bangunan atau premis sehingga Jun tahun ini yang mana kita dapati banyak gerai beroda terutamanya di dalam kompleks membeli-belah yang besar mengganggu jalan keluar.

"Ini boleh menjadi perangkap maut sekiranya berlaku kebakaran terutama di kompleks membeli-belah yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Abd Ghani berkata pihak pengurusan kompleks membeli-belah perlu mengambil perhatian serius dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata, kerana jika tidak, boleh mengundang kecelakaan yang amat serius.

"JBPM menyeru agar pihak pengurusan atau pihak keselamatan mengambil perhatian serius dari segi keselamatan kebakaran kerana keselamatan orang awam sangatlah penting," katanya.

Beliau berkata dengan adanya gerai-gerai beroda tersebut, laluan keluar masuk menjadi sempit sehingga menyebabkan kesukaran orang ramai untuk menuju ke laluan kecemasan dalam masa yang singkat sekiranya berlaku kecemasan.

Menurutnya, laluan pejalan kaki yang ideal di dalam kompleks membeli-belah seharusnya selebar lima hingga 10 kaki bagi memudahkan orang awam yang berkunjung di premis itu untuk menyelamatkan diri dengan mudah sekiranya berlaku kecemasan.

Beliau berkata sempena musim perayaan Aidilfitri ini, sebanyak 49 premis dan bangunan telah diperiksa sejak 7 Julai lepas.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati ruang legar antara kedai dan gerai sementara di luar premis adakalanya sangat dekat, kira-kira dua hingga tiga kaki, dan hanya boleh dilalui tidak lebih dari dua orang dalam satu masa sekiranya berselisih.

Gerai-gerai itu yang kebanyakannya menjual aksesori telefon, barang perhiasan serta permainan kanak-kanak, diletakkan berdekatan sehinggakan orang ramai kadang-kala mengalami kesukaran melalui ruang-ruang di antaranya terutama pada waktu puncak. 

Selain itu, laluan kecemasan di sesetengah kompleks membeli-belah, dihalang dengan barangan lain.

Sehubungan itu, Ab Ghani berkata satu mesyuarat akan diadakan antara JBPM dan pengusaha atau operator kompleks membeli-belah bagi meningkatkan aspek keselamatan pengunjung ke kawasan tumpuan ramai itu.

Antaranya melihat kesesuaian penggunaan gerai beroda di ruang legar kompleks membeli-belah dalam usaha memastikan keselamatan pengunjung lebih diutamakan, katanya.

"Saya telah mengarahkan bahagian keselamatan kebakaran mempertingkatkan tahap keselamatan kebakaran dengan memberi perhatian di ruang-ruang legar dan laluan keluar keselamatan seperti tangga keselamatan dan laluan kecemasan agar tidak terhalang," kata beliau.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan KerajaanTempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique dilaporkan sebagai berkata hasil pemeriksaan ke atas premis dari Januari hingga Jun 2015, sebanyak‎ 8,643 premis telah diperiksa di seluruh negara. 

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,434 notis penghapusan bahaya kebakaran telah dikeluarkan kepada pemilik premis.

Halimah berkata mengikut Seksyen 8 Akta Perkhidmatan Bomba (Akta 341), notis menghapuskan bahaya kebakaran atau kompaun boleh dikeluarkan jika wujudnya bahaya-bahaya kebakaran dalam premis tersebut. 

- Sumber: Bernama

Ngeri: Suami isteri maut, tiga anak parah


IPOH - Sepasang suami isteri maut manakala lima cedera parah termasuk tiga anak mangsa selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 13.5, Jalan Ipoh-Lumut di sini awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam12.37 pagi itu telah mengorbankan Sulaiman Isa, 60, dan isterinya, Siti Nur Ibrahim, 49, yang maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan tiga anak mangsa mengalami kecederaan parah iaitu Hafizah, 20, Hasmira, 19, dan Muhamad Mizzuddin berusia 10 tahun.

Katanya, turut cedera parah, G. Gobinathan, 28, dan rakannya, S. Ganapathy, 27, yang menaiki kenderaan yang datang dari arah Lumut.

"Siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki mangsa dirempuh sebuah kenderaan dari laluan bertentangan.

"Kesemua mangsa yang cedera parah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Hospital Batu Gajah,'' katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Aksi berani mati 'koboi' Kampung Lukut


Beberapa ekor kerbau liar di kawasan Kampung Lukut, Kota Tinggi. - Gambar yang dipetik daripada video Astro Awani


KOTA TINGGI: Menangkap kerbau liar bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi kerbau yang rata-rata hidup meliar di sekitar Kampung Lukut di kawasan Kota Tinggi, di sini.

Dianggarkan lebih 130 ekor kerbau dibiarkan hidup meliar di ladang kelapa sawit kampung tersebut yang dimiliki 40 orang tuan.

Namun, menjadi persoalan, bagaimanakah hendak mengenali setiap kerbau yang perlu ditangkap?

“Kalau hendak tangkap, semua orang boleh tangkap, tetapi selain berani, si penangkap kerbau juga perlu kenal kerbau mana yang hendak ditangkap,” kata Nurul Hisham Nordin yang merupakan ketua penangkap kerbau atau digelar 'penanjo'.

Wartawan Asyraf Hasnan yang merasai sendiri cabaran disebalik menangkap kerbau liar di Kampung Lukut.

- Sumber: Astro Awani 

Istana kutuk tabloid siar video Ratu Elizabeth tabik Nazi

Istana Buckingham mengutuk laporan akhbar tabloid UK, The Sun yang memetik video memaparkan Ratu Elizabeth II ketika muda, memberikan tabik Nazi.

Video berkenaan yang dirakamkan pada 1933, turut memaparkan bonda ratu, Elizabeth Bowles Lyon, Puteri Margaret bersama ayah saudaranya, Putera Edward (yang kemudian menjadi Edward III) melakukan tabik yang sama.

Klip video keluarga, yang dirakamkan di Balmoral, Scotland, dipercayai telah difilemkan dalam masa setahun selepas Adolf Hitler dilantik sebagai Canselor Jerman.

Manakala, versi cetak akhbar tabloid Britain, The Sun pula menerbitkan satu imej yang diambil daripada rakaman video itu, menunjukkan Elizabeth bersama bonda, adik dan bapa saudaranya, di muka depan akhbar tersebut dengan tajuk utama, "Their royal heilnesses."

"Ia sungguh mengecewakan untuk melihat video yang dirakam lapan dekad yang lalu dan nampaknya arkib peribadi keluarga diraja, telah diperolehi dan dieksploitasi dengan cara ini," kata seorang jurucakap Istana Buckingham.

Bagaimanapun, The Sun kemudian mempertahankan pendirian dengan mengeluarkan laporan berkenaan.

Menurut penulis, The Sun, Stig Abell, rakaman itu telah diperoleh secara sah dan video itu tidak dimuat naik dengan tujuan mengritik ratu ataupun bonda ratu.

"Imej-imej ini telah dirakamkan tersembunyi untuk 82 tahun. Kami menerbitkan gambar tersebut bukan untuk mencerminkan imej buruk ratu kita, adik atau bondanya.”

"Mereka, bagaimanapun, memberikan gambaran menarik terhadap sikap pejudis Edward VIII dan rakan-rakannya pada dekad suram, paranoid dan huru-hara itu."

Namun, menurut penulis biografi riwayat bonda ratu, tidak pernah dalam kajiannya menunjukkan keluarga diraja Britain menyokong Nazi.

- Sumber: Astro Awani | 19 Julai 2015

Tanam gadis untuk kukuhkan binaan istana?


MATSUE Castle atau Istana Hitam yang dibina pada tahun 1611 dilaporkan merupakan salah sebuah binaan tertua di Jepun.

Tidak seperti kebanyakan istana lain di Jepun yang musnah atau rosak akibat peperangan, istana lama ini merupakan salah sebuah istana yang masih tersergam kukuh di tempatnya.

Namun ada rahsia di sebaliknya.

Walaupun sering menjadi tarikan pelancong, siapa sangka istana keenam tertua di Jepun ini menyimpan 1001 misteri semasa pembinaannya.

Menurut legenda Istana Hitam, pembinaan istana tersebut yang dikatakan bermula sejak tahun 1607 telah menjadikan seorang gadis sebagai korban bagi mengekalkan kekuatan binaan istana.

Hitobashira atau ‘Tiang manusia’ adalah kepercayaan lama yang diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu kala.

Masyarakat zaman dahulu percaya bahawa pembinaan tersebut akan menjadi lebih kuat dan kukuh sekiranya manusia ‘ditanamkan’ di dalam tiang atau dinding binaan.

Sebuah portal melaporkan, dengan ‘menanam’ manusia ke dalam setiap dinding dan tiang, mereka percaya bahawa pembinaan tersebut mendapat keberkatan daripada tuhan-tuhan mereka dan apa yang dibina akan kekal dan tahan dari kerosakan.

Bagaimanapun, binaan yang mengamalkan kepercayaan ini dikatakan dihantui oleh manusia yang ‘diabadikan’ dalam tiang dan dinding.

Berbalik kepada legenda Istana Hitam ini, sejarah mengatakan seorang gadis telah ditanam hidup-hidup di dalam dinding istana semasa pembinaannya. Pada masa itu, kontraktor binaan yang dikatakan mencari gadis yang sesuai untuk dijadikan korban menjumpai seorang gadis yang sedang menari di sebuah festival.

Mereka kemudiannya memukul dan menculik gadis itu sebelum menanamnya hidup-hidup dalam dinding istana.

Gadis tersebut yang namanya tidak pernah direkodkan, dianggap sebagai korban kepada istana; dan pengorbanannya adalah untuk memastikan istana kekal utuh dan stabil.

Khabarnya, gadis tersebut merupakan gundik diraja Matsue yang sangat cantik dan gemar menari.

Setelah istana tersebut siap dibina, pihak diraja mengeluarkan larangan ke atas mana-mana gadis untuk menari di jalanan di Matsue kerana istana tersebut akan mengalami gegaran setiap kali gadis menari di jalanan.

- Sumber: Sinar Harian 

Purata kematian akibat kemalangan jalan raya membimbangkan - Ketua Trafik

Angka bagi purata kematian akibat kemalangan jalan raya semasa musim perayaan bagi tahun ini membimbangkan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Angka bagi purata kematian akibat kemalangan jalan raya semasa musim perayaan bagi tahun ini berada pada tahap yang membimbangkan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, purata kematian akibat nahas jalan raya mencecah 22 dalam tempoh sembilan hari pada musim perayaan ini adalah terlalu tinggi berbanding 13 kematian bagi tempoh sama, tahun lalu.

Beliau menjangkakan jumlah kemalangan dan kematian meningkat sepanjang Ops Selamat yang akan berakhir 24 Julai ini.

“Memang saya akui bahawa puratanya agak tinggi sekira dibandingkan dengan tahun lepas. Kita masih menunggu sehingga Ops Selamat tamat secara rasminya pada 24 Julai untuk kita buat semua kajian kematian akibat kemalangan jalan raya," kata Mohd Fuad.

Kajian mengenal pasti punca peningkatan ketara ini akan merangkumi aspek lokasi kemalangan, masa ia berlaku, keadaan pemandu dan penunggang serta jenis kenderaan.

Beliau mengulas perkara itu berikutan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini memaklumkan purata kematian di jalan raya semasa musim perayaan ini meningkat secara mendadak.

Berhubung aliran trafik sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri, Fuad berkata hampir dua juta kenderaan dijangka berada di atas jalanraya pada hari kemuncak perayaan.

“Anggota trafik sudah bersiap siaga kerana kita menjangkakan mereka akan pulang ke kediaman masing-masing nanti. Begitu juga pada Ahad dan Selasa kerana sesi persekolahan akan mula dibuka pada Rabu, sememangnya pegawai kami sudah bersedia," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.

Sejumlah 2,000 polis trafik telah ditempatkan di kawasan kerap kemalangan dan kawasan yang mengalami kesesakan teruk di seluruh negara.

Sementara itu, sebanyak 12,383 kemalangan dengan 203 kematian dicatatkan dalam Ops Selamat yang kini sudah memasuki hari ke-sembilan.

Jumlah tertinggi kes itu membabitkan kematian dicatat penunggang dan pembonceng motosikal dengan 123 kes dan 51 kes membabitkan kereta.

Di jalan persekutuan, sejumlah 76 kes kematian dilaporkan, diikuti 56 di laluan jalan negeri, 26 kes kematian di lebuh raya, 23 di jalan bandar dan 22 di jalan-jalan lain

Manakala terdapat 36 kes kematian berlaku di Johor, 29 di Selangor, 21 di Pahang , dan masing-masing 19 kes di Perak dan Kelantan.

Polis trafik telah mengeluarkan 123,190 saman membabitkan kesalahan memandu di laluan kecemasan, memotong di garisan berkembar dan memandu melebihi had laju. 

- Sumber: Astro Awani 

Lebih 100 rumah rosak dilanda ribut‎


Gambar Hiasan

IPOH - Lebih 100 rumah rosak dilanda ribut di sekitar Bercham, Tanjung Rambutan, Chemor dan Klebang dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 6 petang tadi melaporkan mengenai kejadian itu yang menyebabkan kebanyakan rumah terbabit mengalami kerosakan bumbung dan sengkuap.

"Kebanyakan kes membabitkan pokok tumbang, sengkuap dan bumbung terbang.

Setakat ini, kami tidak menerima laporan melibatkan kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Menurutnya tiga jentera Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh serta satu jentera Balai Bomba dan Penyelamat Meru turut ditempatkan di lokasi kejadian.

Seorang penduduk di Chemor, Mazayu Mahadi, 45, berkata, ketika kejadian beliau bersama keluarganya sedang melayan tetamu sempena Aidilfitri sebelum tiba-tiba terdengar bunyi guruh yang kuat di luar rumahnya.

"Masa kejadian ada dua keluarga dalam rumah. Saya dengar bunyi guruh dan bila lihat di luar saya tengok angin seperti puting beliung.

"Pokok di hadapan dan tepi rumah tumbang akibat angin itu...Alhamdulillah, tiada yang cedera dan rumah pun selamat. Bagaimanapun, enam hingga tujuh rumah sewa rosak teruk," katanya.

Beliau berkata, kerugiannya dianggarkan kira-kira RM50,000 dalam kejadian itu yang pertama kali berlaku di Chemor.

Pengerusi Masjid Bandar Baru Putra di Bercham, Datuk Masari Abdul Rashid berkata, dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, bumbung ruang utama masjid yang dibina pada 2001 itu, diterbangkan angin.

"Ruang solat lelaki tidak boleh digunakan kerana permaidani rosak... lebih menakutkan apabila bumbung dan sengkuap rumah berhampiran diterbangkan ke kawasan masjid.

"Semasa kejadian, hanya saya sahaja berada di masjid," katanya.

Menurutnya lebih 30 rumah terlibat dalam kejadian itu dan semua penghuninya tiada di rumah ketika itu.

Masari berkata, ia merupakan kejadian kedua di kawasan itu selepas yang pertama berlaku tujuh tahun lepas.

- Sumber: Bernama