Wednesday, 10 June 2015

Umie Aida cerewet pilih watak

AKTRES Datin Umie Aida. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

KUALA LUMPUR : Aktres Datin Umie Aida sememangnya dikenali sebagai seorang pelakon yang bersifat selektif bagi setiap karya yang ditawarkan kepadanya.

Walaupun mengakui hakikat berkenaan, Umie menafikan dakwaan mengatakan beliau hanya berlakon di bawah arahan kakaknya, Erma Fatima.

"Seperti semua sedia maklum, saya memang selektif untuk menerima sebarang karya yang ditawarkan kepada saya. Bagi saya setiap pelakon perlu memilih tawaran yang bersesuaian dengan kemampuan diri.

"Namun, ini tidak bermakna saya hanya menerima tawaran yang diberikan oleh Erma. Saya ada juga menerima tawaran pihak lain.

"Buat masa ini saya memang kurang aktif dalam bidang lakonan namun tidak bermakna saya tidak lagi minat berlakon. Ia jiwa saya sejak dulu lagi," katanya kepada BH Online.

Umie juga baru saja selesai penggambaran drama lapan episod arahan Erma yang berjudul Mok Cun. Drama itu membariskan pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali, Nora Danish, Betty Rahmad dan Puteri Balqis.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-26 menerusi filem Sembunyi: Amukan Azazil itu menjelaskan beliau mempunyai pendirian tersendiri dalam bidang lakonan.

"Kalau saya suka dengan watak itu, saya akan buat. Kalau tak, memang saya akan tolak dan terus terang cakap tak boleh buat. Sebab itu juga sebelum menerima tawaran berlakon, saya lebih gemar meneliti skrip. Saya berlaku jujur dalam lakonan yang akan dibuat.

"Lakonan sudah sebati dalam hidup saya. Ia bukan sekadar mengisi masa lapang. Cuma prinsip kini, saya akan berlakon apabila jatuh cinta dengan watak yang akan dibawakan. Perasaan itu akan datang apabila saya membaca skrip.

"Drama Mok Cun bakal bersiaran pada bulan Ramadan ini di saluran televisyen TV3. Saya membawakan watak Zennat Manisa dalam drama komedi itu," katanya.

Umie kini aktif bermain badminton dan meluangkan masa dua atau tiga kali seminggu untuk bermain bersama kawan-kawan.

"Alhamdulillah kehidupan peribadi semuanya baik-baik saja yang mana dua orang anak lelaki saya sudah pun bergelar anak teruna dan membesar depan mata," katanya.

- Sumber: BH Online 

Kau Yang Satu ada tarikan tersendiri

Pelakon dalam filem Kau Yang Satu.

Pelakon dalam filem adaptasi Kaiu Yang Satu.

Antara babak dalam filem adaptasi novel Kau Yang Satu.

MENJADI tren kini, filem adaptasi novel ke drama atau filem masih dianggap hangat dalam dunia hiburan tanah air dan mendapat sambutan membrangsangkan dari penonton.

Tambahan, sering juga pengarah terkenal Osman Ali dilabel sebagai pengarah bagi konsep adaptasi, ekoran penghasilan filem adaptasi Ombak rindu dan Manisnya Cinta yang sekali gus mendapat sambutan hangat peminat novel ini untuk menyaksikan kelainan apabila difilemkan.

Menjelang akhir tahun ini atau awal tahun hadapan, sekali lagi filem arahan pengarah kelahiran Langkawi ini akan menemui peminat terutama pembaca novel Kau Yang Satu terbitan Alaf21 Sdn Bhd di layar perak.

Sebagai pengarah yang mempunyai pengalaman membikin filem adaptasi novel, Osman mengakui penerimaannya untuk memfilemkan novel ini berikutan melihat jalan cerita yang mempunyai tarikannya yang tersendiri.

"Sebenarnya perancangan awalnya, novel Kau Yang Satu mahu diadaptasi untuk telefilem. Tiga tahun lalu pihak Global Station menawarkan kepada saya tujuh novel untuk diangkat sebagai telefilem.

"Saya diberi kelonggaran untuk memilih sendiri novel yang saya mahu arahkan. Daripada semua sinopsis novel yang diberikan kepada saya, saya lihat sinopsis Kau Yang Satu ada penceritaan menarik dan tarikan tersendiri seterusnya dipilih untuk dijadikan telefilem ketika itu.

"Namun apabila kami berbincang, pihak Global tergerak hati untuk menjadikan adaptasi novel itu kepada filem. Mereka sekali lagi memberikan saya dua tajuk novel untuk difilemkan iaitu Manisnya Cinta dan Kau Yang Satu," katanya ketika dihubungi Zass, semalam.

Namun impian untuk memfilemkan novel itu, tertangguh seketika apabila Osman terikat dengan komitmen lain yang perlu diselesaikan.

"Oleh itu, filem Manisnya Cinta saya jalankan dulu, dan Kau Yang Satu tidak sempat untuk penggambaran ketika itu.

“Tetapi, alhamdulillah akhirnya awal tahun ini kami berjaya memulakan penggambaran filem Kau Yang Satu di beberapa lokasi menarik antaranya Kuala Lumpur, Pahang dan New Zealand," katanya.

Sebagai pengarah, walaupun dianggap lumrah untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun ia satu pengalaman yang perlu dilalui dengan penuh matang.

Begitulah yang dilalui pengarah ini apabila, mahu memberikan satu kelainan pada pengarahannya untuk filem tersebut agar tidak sama dengan drama atau filem lain.

"Saya serahkan tanggungjawab awal penulis awal skrip filem itu kepada Rozie Rashid, dan dia yang mengubah novel kepada skrip filem. Tetapi saya risau kerana ketika bersetuju untuk adaptasi novel ini tiga tahun lalu, kini semuanya sudah berubah.

"Oleh itu saya pastikan filem ini ada perbezaan daripada benda lain terutama keluarkan dari persamaan termasuk segi penceritaan yang ada berkaitan isu perkahwinan dan keterpaksaan.

Osman ini juga terlibat dsebagai pengarah filem Langit Cinta yang akan menemui penonton November ini memberitahu, mahukan kelainan dalam penceritaan walaupun cinta merupakan genre paling popular dalam penulisan novel.

"Jadi saya berikan satu cerita berbeza, genre cinta adalah yang paling popular jadi perlukan persembahan yang berbeza agar berasa kepuasan.

"Saya mahu penonton puas hati dengan cerita ini. Apa saya lakukan lagi untuk memberi tarikan kepada penonton adalah cara sinematiknya,” katanya.

Satu penghargaan baginya

Sebagai pengarah, menerima tawaran daripada mana-mana pihak penerbit untuk menghasilkan sesuatu karya pastinya mendatangkan kesyukuran pada diri mereka.

Begitulah juga dirasai Osman apabila pihak penerbit Global Station Sdn Bhd memberi kepercayaan padanya untuk mengarahkan filem adaptasi novel tersebut.

"Saya gembira apabila Global tawarkan saya untuk mengarah filem adaptasi novel ini, saya rasa satu penghargaan.

"Semua wakil yang saya temui termasuk penerbitnya, Datin Zaiton Moh Jiwa memberi kerjasama yang baik kepada saya dan kami punyai keserasian yang sama.

"Mereka juga memahami apa yang saya perlukan untuk hasilkan filem ini. Mereka juga memahami dari segi bajet dan cara pembikinan filem yang kini berbeza daripada dahulu.

“Saya cuba kerja ikut kemampuan yang boleh saya berikan, begitu juga dengan mereka,” katanya.

Mengulas mengenai kepercayaan tinggi yang diberikan pihak Global, Osman berkata, sememangnya setiap pembikinan filem dirinya tidak lari daripada hadapi tekanan.

"Memang setiap filem ada tekanan sendiri, tetapi bukanlah dari penerbit, tetapi lebih kepada sambutan penonton, komen pihak luar terhadap filem saya hasilkan.

"Saya buat sesuatu yang tidak kecewakan. Saya pastikan setiap naskhah saya hasilkan memenuhi cita rasa. Saya tak boleh buat cincai," katanya mengakhiri perbualan.

- Sumber: Sinar Harian 

FIFA suspends 2026 World Cup bidding

FIFA announced on Wednesday it had suspended the bidding process to host the 2026 World Cup amid the corruption probes.

LAUSANNE: FIFA announced on Wednesday it had suspended the bidding process to host the 2026 World Cup amid the furore surrounding corruption probes at the organisation.

"It was decided to place the administrative process on hold for the 2026 FIFA World Cup bidding due to the current situation," a FIFA statement said.

"Further decisions regarding the 2026 FIFA World Cup bidding process will be discussed by the FIFA Executive Committee at a later date."


- Source: AFP

80 keluarga hilang tempat tinggal akibat ribut

Gambar Hiasan

KINABATANGAN - Sebanyak 320 orang daripada 80 keluarga hilang tempat tinggal selepas perumahan pekerja Ladang Tung Hup di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat berkata polis menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 2.20 petang.

Katanya hujan lebat dan angin kencang tersebut juga telah meranapkan bumbung tapak semaian kelapa sawit dan bangunan kilang di kawasan ladang tersebut.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata mangsa terlibat menumpang di rumah jiran dan ditempatkan di rumah kosong berhampiran untuk sementara waktu. 

- Sumber: Bernama

Pelari pecut negara gagal akhiri kemarau emas


IMPIAN untuk menamatkan kemarau pingat emas selama 12 tahun dalam acara 200m lelaki tidak kesampaian apabila dua wakil negara iaitu Izzuddin Yahya dan G. Aravinn Thevarr sekadar meraih tempat keempat dan kelima dalam acara olahraga pada Sukan SEA ke-28 di Stadium Nasional Singapura, hari ini.

Mohd Izzuddin terlepas peluang untuk mendapat pingat gangsa apabila terpaksa berpuas hati di tempat keempat selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 21.20s, manakala Aravinn Thevarr hanya mampu berada di tempat kelima dengan catatan 21.33s.

Sebagai rekod, Malaysia kali terakhir merangkul emas dalam acara tersebut ialah menerusi Nazmizan Mohamed (21.05s) pada Sukan SEA 2003 di Vietnam.

Pingat emas dimenangi oleh Le Trong Hin dari Vietnam dengan catatan masa 20.89s manakala pingat perak dan gangsa masing-masing diraih atlet Thailand, Sathoengram Jaran (21.05s) serta Meenapra Jirapong dengan masa 21.05s.

Mohd Izzuddin berkata beliau menerima saingan sengit pada aksi final.

"Saya tetap berpuas hati dengan persembahan ini walaupun terlepas pingat gangsa kerana berjaya mengatasi rekod peribadi terbaik 10.48s yang dilakukan pada Kejohanan Terbuka Malaysia, Mac lepas," katanya.

Katanya beliau telah berusaha dengan bersungguh-sungguh namun nasib tidak menyebelahinya.

"Mungkin tiada rezeki saya untuk mendapatkan pingat buat negara namun ini bukan kesudahannya kerana saya akan terus memberikan cabaran selepas ini.

"Saya juga berterima kasih kepada jurulatih saya, Nazmizan Mohamed yang telah menaikan semangat saya selepas kecewa pada aksi 100m sebelum ini)," katanya.

Dalam saingan 200m wanita, atlet negara, Zaidatul Husniah Zulkifli turut kecundang apabila hanya mampu menamatkan saingan di tempat keenam dengan catatan masa 24.18s.

Acara tersebut dimenangi oleh pelari tuan rumah, Veronica Shanti Pereira dengan masa 23.60s diikuti Kayla Anise Richardson dari Filipina dengan masa 23.71s dan gangsa milik atlet Vietnam, Thi Oanh Nguyen dengan catatan 23.92s.

- Sumber: Bernama

14 kali gagal, dia tetap tekad mahu cuba lagi

Wang Xia dipimpin untuk memasuki dewan peperiksaan.

SHANGHAI - CHINA. Seorang warga emas berusia 86 tahun tidak pernah mengenal erti putus asa untuk menduduki satu peperiksaan di negara itu walaupun pernah gagal sebanyak 14 kali.

Wang Xia, menduduki peperiksaan gaokao 2015 iaitu peperiksaan untuk masuk ke universiti dan dianggap paling sukar di China, Ahad dan Isnin lalu.

Wang Xia yang menamatkan pengajian sekolah tinggi pada tahun 1949 menduduki peperiksaan gaokao buat kali pertama pada tahun 1954.

Walaupun tidak lulus, namun dia tidak pernah berputus asa dan kemudian mengambil semula peperiksaan itu sebayak 3 kali iaitu pada tahun 1955,1956,1960.

Selepas gagal sebanyak empat kali, dia mengambil keputusan untuk tidak menduduki peperiksaan itu lagi dan meneruskan kerjayanya sebagai ahli farmasi.

Pada tahun 1966 hingga 1979, kerajaan China kemudiannya melancarkan Cultural Revolution di mana pihak universiti menghentikan pengambilan pelajar melalui sistem peperiksaan.

Namun pada tahun 1977, peperiksaan gaokao diperkenalkan semula namun calon yang layak mengambilnya hanyalah di bawah 25 tahun dan tidak berkahwin.

Kerajaan China kemudiannya melonggarkan syarat untuk tiada had umur pada tahun 2001 dan ketika usia 72 tahun, Xia sekali lagi mencuba nasib menduduki peperiksaan itu.

Selepas gagal sekali lagi pada tahun 2002, semangat dan kesungguhannya itu mendapat perhatian media di China dan berikutan itu Nanjing Medical University menawarkannya untuk menyambung pelajaran di universiti berkenaan selama lima tahun, namun Xia menolaknya.

Memetik laporan Chinanews, Xia berkata, walaupun sudah bekerja dalam bidang famasi lebih dari 40 tahun, namun dia masih berkeinginan untuk memperoleh diploma bagi membuktikan kemahiran perubatannya.

"Saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menduduki peperiksaan gaokao 2015, walaupun pernah gagal sebanyak 14 kali," katanya ketika ditemui sebelum menduduki peperiksaan itu.

Tahun lepas, seorang warga emas 73 tahun turut menduduki peperiksaan ini selepas pernah menduduki peperiksaan sama 40 tahun lalu.

- Sumber: Sinar Harian 

Isu sarong: Anggota keselamatan bertanggungjawab dipindahkan

KUALA LUMPUR: Seorang anggota keselamatan dikenal pasti bertanggungjawab mengarahkan seorang wanita menyarung kain batik semasa berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, anggota dari Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu sudah dipindahkan ke unit lain.

"Tindakan (arahan memakai kain batik) tidak dilakukan pegawai, sebaliknya dibuat anggota keselamatan Rela. Dia melakukan perkara itu atas kapasiti peribadi, kami hanya melakukan konsep sekular yang melibatkan etika berpakaian semasa berada di pejabat kerajaan," jelas beliau semasa sidang media selepas merasmikan Global Airport Development (GAD) Asia 2015 di sebuah hotel di sini. 

Tegasnya, agensi kerajaan itu tidak pernah mengambil tindakan seumpama itu sebelum ini walaupun etika pemakaian di pejabat kerajaan telah diwujudkan sekian lama.

"Jadi, setakat ini kami tidak pernah mengambil tindakan drastik. Jadi, anggota keselamatan itu telah dipindahkan ke unit lain.

"Dia bertindak demikian atas inisiatif sendiri dan kami tidak pernah melakukan perkara sedemikian," jelas beliau lagi.

Justeru katanya, kejadian itu amat dikesali dan sekali lagi memohon maaf kepada wanita berkenaan.

"Kami memohon maaf kepada Puan Tan atas kejadian itu," tambahnya.

Gambar wanita berkenaan sebelum ini viral di media sosial selepas diarahkan memakai kain batik di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di cawangan Wilayah.

JPJ bagaimanapun telah memohon maaf atas insiden berkenaan.

- Sumber: Astro Awani 

'Saya antara yang paling gembira bila ringgit jatuh'

NAZRI: Kejatuhan ringgit juga menyebabkan rakyat Malaysia berfikir dua kali sebelum melancong ke negara lain, terutama sekali ke negara seperti UK. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini berkata beliau merupakan antara individu yang paling gembira apabila nilai ringgit mengalami kejatuhan.

Menurut beliau, ini kerana pelancong dari negara yang nilai wangnya lebih besar seperti United Kingdom and Eropah akan membelanjakan wang mereka di Malaysia dengan lebih kerana nilai pertukaran yang tinggi.

“Ringgit semestinya membantu Malaysia, seperti yang saya katakan tadi semasa ucapan penggulungan, saya merupakan antara beberapa individu yang gembira bila ringgit jatuh,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.

Katanya, pelancong-pelancong tersebut akan berasa mewah dan seperti orang kaya apabila melancong ke Malaysia.

Selain itu, kata Nazri, kejatuhan ringgit juga menyebabkan rakyat Malaysia berfikir dua kali sebelum melancong ke negara lain terutama sekali ke negara seperti UK.

“Jadi ianya mahal dan mereka akan membelanjakan wang mereka di sini sebagai pelancong tempatan… dan itu menjadikan saya amat gembira. Saya sangat gembira,” katanya.

Beliau juga menjangkakan sektor pelancongan tempatan akan menyaksikan penambahbaikan yang banyak dalam beberapa bulan nanti.

Ringgit baru-baru ini menyaksikan lagi kejatuhan apabila ia ditutup pada paras paling rendah dalam tempoh sembilan tahun berbanding dolar Amerika pada Isnin lalu.

Ringgit berada pada 3.7660/7690 berbanding 3.7170/7200 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

-  Sumber: Astro Awani 

#Nothing2Hide: Najib kesal forum batal, sedia beri penjelasan kepada Tun M

NAJIB: Perubahan seperti ini akan mengakibatkan majlis menjadi pencetus konfrontasi politik terbuka di antara Tun Mahathir dengan saya.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan kekesalannya atas pembatalan sebuah forum dialog minggu lalu bagi menjawab beberapa isu yang menjadi kontroversi kebelakangan ini.

Program 'Dialog PM Bersama NGO' pada 5 Jun itu turut dihadiri mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pengkritik tegar polisi kerajaan pimpinan Najib, terutamanya berhubung isu pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib dalam posting terbaharu di blognya najibrazak.com hari ini turut menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan Dr Mahathir bagi memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit.

“Tun Mahathir berhak bertanya dan saya sanggup memberi penjelasan kepada beliau. Ini saya lakukan agar perkara munasabah yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dapat dijelaskan," tulisnya.

Walau bagaimanapun, katanya, beliau akan terus menyampaikan maklumat dalam apa jua cara yang baik dan berhemah pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Najib menjelaskan tindakannya tidak muncul pada forum Dialog PM bersama NGO "Nothing2Hide" pada 5 Jun lalu adalah demi menjaga nama baik kerajaan dan parti.

Menurutnya, sebagai perdana menteri, tidak wajar bagi beliau berdebat secara terbuka di khalayak ramai dengan bekas perdana menteri yang juga dari parti politik yang sama.

Perubahan format daripada majlis dialog tertutup kepada majlis pembahasan terbuka juga akan memburukkan lagi pertembungan politik di antara beliau dan Dr Mahathir.

“Majlis ini telah bertukar format, daripada satu majlis dialog tertutup kepada majlis perbahasan terbuka.

"Perubahan-perubahan seperti ini akan mengakibatkan majlis ini menjadi pencetus konfrontasi politik terbuka di antara Tun Mahathir dengan saya,” tulisnya lagi.

Katanya debat terbuka tidak membawa sebarang kebaikan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Katanya lagi, sebagai perdana menteri dan Presiden UMNO, adalah menjadi tanggungjawab beliau menjaga nama baik kerajaan dan parti.

Sesi 'Dialog PM Bersama NGO-NGO' anjuran SukaGuam dan JASA pada Jumaat telah dibatalkan pada saat akhir atas arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan atas faktor keselamatan.

Mengulas lanjut, Najib berkata walaupun pelan rasionalisasi untuk mengurangkan hutang 1MDB dilaksanakan, namun usaha itu tidak disambut baik pihak yang mengkritik isu hutang 1MDB.

1MDB baru-baru ini dilapor berjaya membuat pembayaran sebanyak RM3.6 bilion ke arah mencapai matlamat mengurangkan hutang syarikat pelaburan negara itu yang berjumlah RM42 billion.

- Sumber: Astro Awani 

Infographics: Improved Asian rankings for four public universities

KUALA LUMPUR: Four Malaysian public universities, all research universities, have improved on their rankings in the 2015 QS Asian University Rankings as compared to last year.

Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said Universiti Malaya rose to 29th place from 32 last year while Universiti Sains Malaysia to 49 from 57.

He said Universiti Teknologi Malaysia was ranked 61st from its former position of 66, Universiti Putra Malaysia (76 to 66), while Universiti Kebangsaan Malaysia remained in 56th position.

The QS Asian University Rankings has highlighted the 300 top universities in Asia since 2009.



- Source: Astro Awani 

Polis tahan empat anggota 'Geng Racun'

Gambar hiasan

MELAKA - Polis Melaka semalam menahan empat lelaki warga tempatan anggota 'Geng Racun' yang dipercayai terlibat dalam jenayah samun dan ragut di sekitar daerah Melaka Tengah antaranya di kawasan tarikan pelancong Melaka Raya dan Jonker Walk di sini sejak awal Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kesemua mereka ditahan dalam dua tangkapan berasingan di sekitar Bukit Rambai di sini.

Beliau berkata tangkapan pertama di kawasan Bukit Rambai di sini kira-kira 5 petang semalam melibatkan ketua geng tersebut berusia 26 tahun berasal dari Bukit Rambai dan rakannya berusia 36 tahun dari Limbongan di sini.

"Tangkapan kedua pula melibatkan dua anggota geng tersebut berusia 24 dan 36 tahun di dua rumah berasingan di kawasan Bukit Rambai lima jam kemudian," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, dua daripada mereka disyaki melakukan samun dan ragut manakala dua lagi rakan mereka ditahan kerana memiliki dan melupuskan hasil jenayah tersebut.

Mengulas lanjut, Shaikh Abdul Adzis berkata, polis merampas sebuah motosikal, dua buah telefon bimbit, dan sebotol penyembur lada hitam dipercayai digunakan dalam jenayah tersebut.

Beliau berkata, polis percaya dapat menyelesaikan lapan kes samun dan ragut di sekitar Melaka Tengah sejak awal Mei lepas dengan penangkapan empat anggota geng berkenaan.

Katanya, hasil siasatan juga mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine dan ketua geng tersebut mempunyai rekod lampau melibatkan ugutan jenayah.

Dalam perkembangan lain, Shaikh Abdul Adzis berkata kes ragut di daerah Melaka Tengah mencatatkan penurunan dengan jumlah kes sebanyak 243 antara Januari hingga bulan lepas berbanding 504 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata penurunan itu menunjukkan usaha gigih polis membanteras jenayah ragut di daerah berkenaan yang merupakan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

"Ops Payung turut dilaksanakan di sekitar lokasi panas di Jonker Walk dan Melaka Raya bagi memastikan kawasan tersebut selamat daripada jenayah ragut," katanya.

- Sumber: Bernama

'Sarong' scandal was RELA guard's fault – report


Well, that was quick. After the transport minister, Datuk Seri Liow Tiong Lai, announced that an investigation was launched following the ‘saronggate’ scandal, The Starhas now reported that it was, in fact, the fault of a RELA guard that was on duty at the time when the incident occurred. 

“He acted on his own and not under JPJ’s instructions,” commented deputy transport minister, Datuk Ab Aziz Kaprawi. Though dress codes exists in all government departments, the Road Transport Department(JPJ) included, Kaprawi stated that there should not be “such drastic action for those who don’t comply.” The guard has since been repositioned.

Said incident gained traction when the woman involved, identified as Suzanne G.L. Tan on Facebook, posted an image of her dressed with and without the ‘sarong’ upon entering a JPJ office in Wangsa Maju. The description goes on to describe how she was made to don said article before any form of service will be provided to her. 

Following the investigation, Tan had stated her gratitude to the relevant parties by going on to say that “due credit should go to the JPJ (Transport Ministry) for their prompt and decisive response to the matter. Let’s hope other departments will emulate this.” JPJ has since issued a formal apology and statement clarifying that there is no such thing as a ‘sarong’ policy.

- Source: paultan.org

Mangsa ugutan samseng mohon bantuan polis

FONG: Individu-individu terbabit datang rumah saya dan kacau kami sekeluarga.

IPOH: Seorang mangsa ugutan bunuh samseng jalanan di Ipoh memohon bantuan polis agar segera mengambil tindakan terhadap individu terlibat sambil mendakwa keselamatan seluruh keluarganya kini berada dalam keadaan bahaya.

Mangsa, Goh Ken Fai yang merupakan pelajar Tingkatan Satu di SMK Bercham berkata, dia mendapat pelbagai ugutan selain ancaman bunuh berikutan satu kes salah faham yang berlaku pada 27 Mei lalu.

Jelasnya, dia pada ketika itu sedang bergaul dan bergurau senda bersama rakan sekolahnya sebelum tangannya terkena bahagian dada seorang perempuan.

Ken Fai berkata, pada keesokan hari ibunya telah datang ke sekolah untuk menyelesaikan hal tersebut dan dia telah dirotan sebanyak tiga kali.

Malangnya, perkara tersebut tidak berakhir di situ apabila perempuan berkenaan bersama rakan-rakannya telah menunggu untuk memberi ugutan kepada mangsa.

Menurut Ken Fai, seorang lelaki daripada kumpulan tersebut kemudian bertindak menolaknya dengan kuat sebelum mengeluarkan ugutan bunuh kepadanya kerana tidak berpuas hati dengan insiden yang terjadi kepada adik perempuannya.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila abangnya, Goh Kern Chern, 15, menerima mesej pesanan ringkas melalui aplikasi WeChat yang menyebut bahawa seseorang telah mengupahnya untuk memotong tangan mangsa.

Jelasnya, dia turut trauma dengan kejadian di mana sekumpulan samseng menaiki 30 buah motosikal dan tiga kenderaan telah datang berkumpul di hadapan sekolah dan membawa kayu, mengancam untuk memukulnya walaupun pada ketika itu ditemani oleh kedua ibu bapanya.

Emak kepada kedua beradik malang itu, Fong Kah Leng, 36, berkata dia turut mendapat cemuhan dan sindiran daripada masyarakat sekitar kawasan Bercham berikutan insiden salah faham yang berlaku di SMK Bercham melibatkan anak-anaknya.

Sementara itu, pegawai pusat khidmat Barisan Nasional (BN), Mohd Rawi Abdullah berharap pihak polis dapat mengambil tindakan berhubung perkara ini secepat mungkin.

“Kes ini telah berlarutan selama dua bulan. Mangsa sekeluarga kini mendapat banyak ugutan walaupun ketika berada di rumah.

"Mana-mana mereka pergi pun ada orang cakap pasal kes ini di Bercham,” katanya dalam sidang media di pusat khidmat aduan BN di Canning Garden di sini hari ini.

- Sumber: Astro Awani 

Tuntut pampasan kerana direnung aktres dalam TV

Dalam siri televisyen 'Tiger Mom', Zhao Wei (gambar) memegang watak seorang isteri yang mengalami masalah emosi yang tidak stabil.

SEORANG lelaki membuat tindakan gila apabila bertindak menyaman seorang aktres popular China hanya kerana aktres berkenaan merenungnya dari kaca televisyen.

Zhao Wei, antara aktres papan atas di China, membintangi sebuah siri televisyen popular di China, "Tiger Mom", yang telah bersiaran sejak Mei lalu.

Lelaki tersebut membuat dakwaan berkenaan di sebuah mahkamah di Shanghai Pudong, dengan mengatakan renungan tajam Zhao Wei telah menyebabkan dia mengalami 'tekanan rohani'.

Dalam siri drama tersebut, Zhao Wei memegang watak seorang isteri yang mengalami masalah emosi yang tidak stabil, dan dilihat kerap kali memberi renungan tajam kepada suami dan isterinya.

Lelaki tersebut kini menuntut pampasan di atas 'tekanan rohani' yang dialaminya.

- Sumber: Astro Awani 

Gaji Najib antara yang tertinggi di Asia - RM284k

Najib Tun Razak

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menduduki tangga ke 11 dalam ranking gaji tertinggi pemimpin Asia pada hari ini, lapor sebuah portal antarabangsa.

Berdasarkan sebuah kajian yang dilakukan portal Listabuzz April lalu, Najib dikatakan memperoleh pendapatan secara sebanyak 75,775.2 USD (RM 284,194.89) setahun.

Ini bermakna secara purata, perdana menteri keenam ini memperoleh pendapatan sebanyak RM 22, 826.65 setiap bulan.

Ranking tersebut menyaksikan Presiden Burma, Thein Sein menduduki tangga terakhir dari 17 pemimpin dengan memperoleh pendapatan sebanyak 5,000 USD (RM 18,716) sebulan.

Sementara itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menduduki tangga pertama memperoleh pendapatan secara bulanan RM 508,250 (RM 6,099,005 setahun).

Perdana Menteri Singapura itu bukan sahaja merupakan pemimpin yang mendapat gaji tertinggi di Asia, malah tertinggi di dunia.

- Sumber: Sinar Harian 

'Gempa, tsunami bakal melanda Pahang hanya khabar angin'


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menafikan khabar angin yang mendakwa tsunami dan gempa bumi akan melanda Pahang dalam masa 36 jam.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menafikan khabar angin yang mendakwa tsunami dan gempa bumi akan melanda Pahang dalam masa 36 jam.

"Khabar angin mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami yang akan melanda Pahang seperti yang telah tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan daripada MetMalaysia," tegas jabatan itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagi mereka yang mahu membuat pengesahan maklumat, boleh merujuk laman web MetMalaysia dihttp://www.met.gov.my atau di laman sosial Facebook dan Twitter MetMalaysia.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline MetMalaysia di talian 1 300 22 1MET(1638).

- Sumber: Astro Awani 

Bersanding dalam keranda demi cinta hakiki

Pasangan bersanding di dalam keranda di Nonthaburi, Thailand. 

NONTHABURI - THAILAND. Lain daripada lain, tapi yang ini memang pelik. Tak pernah terfikir hari bahagia yang sepatutnya disambut dengan penuh meriah di atas pelamin terhias indah bertukar dalam keranda. 

Namun itulah yang berlaku di Nonthaburi. Amalan ini secara tradisinya dilangsungkan di sebuah kuil Buddha iaitu di Wat Takien di Wilayah Nonthaburi.

‎Pertanyaan pertama yang mungkin muncul di fikiran kita, kenapa pasangan pengantin perlu bersanding di dalam keranda jika mereka ingin hidup bahagia selamanya.

Mengikut tradisi masyarakat di sana, mereka percaya bahawa ritual seperti ini diyakini mampu menyemai cinta hakiki kepada pasangan pengantin, membuang nasib buruk serta membawa kemakmuran dan perlindungan dari bahaya.

Ritual ini juga untuk menyedarkan pasangan pengantin bahawa hidup tidak ada yang abadi, seperti yang diajar dalam ajaran Buddha. 

Dalam upacara itu, sami Buddha akan membacakan doa sementara pengantin berbaring di dalam keranda merah muda selama upacara persandingan berlangsung.

- Sumber: Sinar Harian 

Ujian siren Tsunami di Bintulu hari ini



(MetMalaysia) akan mengadakan ujian Siren Tsunami pada hari ini di Bintulu, Sarawak.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan mengadakan ujian Siren Tsunami pada hari ini di Bintulu, Sarawak.

Dalam satu kenyataannya hari ini, ujian itu akan diadakan sekitar jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak panik semasa pengujian siren dilakukan.

Bagi mereka yang mahu membuat pengesahan maklumat, boleh merujuk laman sesawang MetMalaysia http://www.met.gov.my atau di laman sosial Facebook dan Twitter MetMalaysia.

Sebarang pertanyaan berhubung pengujian ini juga boleh menghubungi 03-79678066

- Sumber: Astro Awani 

"Kembalikan semangat Malim Gunung"

PUTERI UMNO: Gempa Sabah: Kembalikan semangat 'Malim Gunung' - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO melihat usaha mengembalikan semangat jurupandu gunung yang terganggu akibat gempa di Gunung Kinabalu Jumaat lepas kini terletak di tangan seluruh rakyat negara ini.

Pengerusi Biro Sukarelawan dan Kebajikannya, Nor Farhana Alham berkata, kebanyakan daripada malim gunung juga disifatkan berada di dalam situasi sedikit tekanan akibat tragedi yang mengorbankan puluhan nyawa itu.

"Mereka terkilan namun redha apabila melihat trek pendakian hancur dan ia sekali gus menandakan terjejas mata pencarian dan sumber pendapatan kumpulan itu.

"Semangat mereka mungkin luntur namun doa serta harapan dan kata-kata semangat seluruh rakyat negara ini akan mengembalikan kekuatan mereka untuk kembali berkhidmat kepada pendaki selepas ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Guru Besar SK Mesilow, Kudasang menunjukkan siling yang hampir runtuh akibat gempa di salah sebuah kelas di sekolahnya - Sumber Gambar Nor Farhana

Kata Nor Farhana, selain sumbangan, rakyat negara ini juga diharap tidak melupakan Gunung Kinabalu sebagai destinasi pelancongan walaupun ia dilanda tragedi pada minggu lalu.

"Sumbangan dan ziarah Puteri UMNO kepada keluarga mangsa gempa adalah tanda prihatin serta simpati kepada mereka yang terlibat dalam gempa.

"Saya juga membuat pertemuan dengan Presiden Persatuan Malim Gunung, Kinabalu Park, Richard Shaibi dan berbincang mengenai bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada mereka, jelas mereka berharap pihak berkenaan dapat membantu terutama melibatkan isu pembaikan semula trek pendakian," jelasnya.

Nor Farhana dan beberapa ahli bironya kini berada di Sabah untuk misi membantu terutama dari aspek kaunseling dan menziarahi keluarga mangsa gempa.

Dalam pada itu ujarnya, seluruh Pergerakan Puteri UMNO di setiap negeri kini sudah menubuhkan Tabung 'Pray For Sabah' untuk disalurkan kepada mangsa yang berkenaan.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu berpusat 16 kilometer di barat laut Ranau dan berlaku 7.15 pagi Jumaat lepas.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abd Malik Tussin memaklumkan, sebanyak 54 gegaran susulan direkodkan Jabatan Meteorologi susulan gempa bumi pada pagi Jumaat lalu.

Jelasnya, semua gegaran susulan itu berukuran antara 1.6 hingga 4.5 pada skala berkenaan.

Katanya gegaran berukuran 4.5 direkodkan pada 7.06 malam pada Jumaat. 

- Sumber: Astro Awani 

Gara-gara suka makan tauhu

420 ketulan batu karang yang berjaya dikeluarkan

ZHENJIANG - CHINA. Sekumpulan doktor berjaya mengeluarkan 420 ketulan batu karang dari buah pinggang seorang lelaki Jumaat lalu.

He Dong, 55, mendapatkan rawatan di hospital selepas mengadu sakit di bahagian buah pinggangnya dan hasil imbasan mendapati buah pinggangnya itu dipenuhi dengan batu karang.

Menurut Dong, 20 tahun lalu, dia pernah membuang 10 ketulan batu karang dari buah pinggang kirinya melalui kaedah lithotripsy.

Sementara itu, pakar pembedahan berkata, penyebab utama penyakit lelaki itu adalah kerana pengambilan tauhu yang berlebihan dan tabiatnya yang kurang minum air.

"Produk soya terutamanya tauhu tinggi dengan kalsium namun lebihan makanan itu tidak boleh dikeluarkan oleh badan tanpa pengambilan air yang mencukupi," katanya dipetik Mirror.uk

Pembedahan tersebut mengambil masa 2 jam 45 minit untuk mengeluarkan kesemua batu karang itu.

- Sumber: Sinar Harian 

Kareena Kapoor creates a frenzy at Jalan Masjid India

Kareena Kapoor Khan does a 'wefie' with her fans

KUALA LUMPUR: The sea of people making their way around Jalan Masjid India is a common sight, given its reputation as a shopping haven for tourists and locals alike.

The area is often abuzz with the sound of traders promoting their wares and the chatter of shoppers as they admire goods for sale. The cacophony and the excitement goes up a notch during weekends and festive seasons.

However, that particular evening the streets around Jalan Masjid India were buzzing with a different kind of excitement.

The throngs of people gathered around the stage set at Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India, went into frenzy as soon as they spotted the presence of Bollywood actress Kareena Kapoor Khan.

Kareena, who has a massive following in the country, was flown in from India to launch the first Malaysian outlet of international jewellery chain Malabar Gold & Diamonds.

Second visit

This is the second time the actress had visited the country, the first being eight years ago.

Many of her diehard fans camped outside the outlet from as early at 11am and waited patiently for almost seven hours for the chance to catch their idol in the flesh.

"Bebo (Kareena's nickname) here, here... Bebo, please we want to take a picture with you...Bebo, we love you," were among the cries heard coming from the sea of fans outside the outlet.

Kareena, who looked regal in an elegant black top and long, flowy skirt, seemed amazed and excited at the reception and responded with warmth and grace.

Despite tight security limiting her interaction with fans, Kareena treated her fans to several "wefies" with her.

Appreciation

Kareena's fanbase goes beyond India and thus it is not surprising she has a huge following here.

"I think the best thing about Malaysia is my fans. There are very loyal and love me so much. I'm happy to be here. So when people asked me where my craziest fans are from, I always say Malaysia because many of them are from here," said Kareena, a response which drew elated screams from the crowd.

The daughter to celebrity couple Randhir Kapoor and Babita Kapoor shot to stardom after her 2000 film debut, Refugee.

She has since taken on various roles in movies of a variety of genres, from romantic comedies to action packed movies.

Her popularity skyrocketed after starring in the box-office hit Kabhi Khushi Kabhie Gham, making her one of the most sought-after actress by film producers and product ambassadors.

Other films she has starred in include Bodyguard, Golmaal 3, Jab We Met and 3 Idiot and she is one of the top grossing Bollywood actresses.

Latest gift for fans

Despite her fame and fortune, Kareena continues to instill love in her fans by constantly reminding them of how grateful she was of their undying support.

During her visit, she called out to fans to mark July 17 as the date to look out for the release of her next film.

"I know all of you are eagerly waiting for my next film with your favourite actor, Salman Khan. July 17 is a big day for all of us here because a film of mine and Salman's, Bajrangi Bhaijaan, will be out.

"It is an interesting story and I think most of the fans in Malaysia will love to see this film because people love to see me and Salman together. So I expect all of you to be at the theatre. I have a date with all of you," she said.

Kareena and Salman have been paired in several films together such as Main Aurr Mrs Khanna and Kyon Ki.

Her fans are also aware of the close friendship between the two, and understood why the 34-year-old actress brought up the issue of Salman's court case during the media conference at the launch.

She told the crowd that she was affected by the court's decision and was trying her best to provide her friend with unconditional support.

A sessions court in Mumbai had announced Salman guilty of culpable homicide for a 2002 hit-an-run case and sentenced him to five years in jail and a fine of 25,000 rupees (about RM1,500). However, the Mumbai High Court has decided to postpone his jail sentence while waiting for his appeal.

All about life

When asked about her relationship with her husband Saif Ali Khan, the actress who has garnered awards such as the Filmfare Award for Best Actress, said she was blessed to have married him.

Saif is the son of actress Sharmila Tagore and cricket player Mansoor Ali Khan Pataudi.

"I have the best husband in the world. He is a great actor, a good human being and as a bonus, extremely good-looking," she said with a smile.

Kareena, a fan of diamond-studded jewellery, regarded her appointment as the ambassador of Malabar Gold & Diamonds as a meaningful achievement in her career.

Malabar Group of Companies group executive director Abdul Salam K P said Kareena was chosen as the face of the jewellery company because of her popularity and glamorous appearance.

Malabar Gold & Diamonds was established in 1993, in Kerala, India. It currently has 133 outlets in nine countries. Its Jalan Masjid India outlet is its first branch in Malaysia.

- Source: Bernama 

15 ditahan ketika leka menari

Antara yang ditahan dalam serbuan di Taman Seaview.

PORT DICKSON – Seramai 15 orang termasuk empat wanita yang sedang berparti ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Seaview, petang kelmarin.

Difahamkan, semua yang ditahan sedang asyik menari sehingga tidak menyedari kehadiran polis dalam serbuan kira-kira jam 2 petang itu.

Ketua Polis daerah, Superintendan Baharudin Mustafa berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 18 hingga 34 tahun itu datang dari Kuala Lumpur dan Selangor.

"Sembilan daripada mereka bekerja di sektor swasta dan selebihnya adalah penganggur. Mereka mengadakan parti di sebuah homestay yang disewa.

“Serbuan polis dilakukan susulan daripada aduan penduduk yang mengadu terganggu dengan dengan bunyi bising yang datang dari arah homestay berkenaan," katanya.

Baharudin berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati 11 daripada mereka positif dadah jenis ganja.

"Kesemua mereka di reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15 (1) (A) akta sama kerana memasukkan dadah di dalam badan," katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Nasa nafi dunia berakhir pada September

- Gambar Hiasan

PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) mengeluarkan penafian selepas sebuah khabar angin yang tersebar secara meluas di dunia maya mengenai sebuah asteroid didakwa akan melanggar planet bumi pada bulan September tahun ini.

"Tiada sebarang komet atau asteroid yang berada dalam laluan pelanggaran (collision course) dengan bumi, jadi kemungkinan berlaku pelanggaran adalah sangat kecil," kata jurucakap Nasa, awal minggu ini.

"Faktanya, tiada sebarang objek akan berlanggar dengan bumi untuk masa beberapa ratus tahun akan datang," lapor Dailymail.

Khabar angin tersebut yang dikongsi secara meluas mengatakan satu asteroid akan menghempas bumi di Puerto Rico, mengakibatkan gempa bumi dan tsunami.

Kesan hempasan tersebut dikatakan akan menghancurkan Amerika Syarikat (AS), Mexico, Afrika Tengah dan Afrika Selatan.

Khabar angin tersebut dikatakan dimulakan oleh Rev Efrain Rodriguez yang mengatakan beliau seorang nabi dan mendapat khabar tersebut dari Tuhan.

- Sumber: Sinar Harian 

Video pokemon 'Najib, Tun M' menjadi viral

Sedutan video Pokemon yang dimuatnaik ke laman Youtube dan Facebook.

SEBUAH video permainan popular Pokemon yang diubahsuai dengan menampilkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohammad dimuatnaik dan menjadi viral, hari ini.

Tinjauan Sinar Online mendapati hampir 30,000 pelayar menonton video tersebut dan dikongsi oleh 4 ribu pelayar yang lain.

Video tersebut yang menjadikan kemelut antara Najib dan Dr Mahathir sebagai bahan jenaka bagaimanapun telah mendapat reaksi berbeza, termasuk dikritik sesetengah pelayar.

Video tersebut dimuatnaik ke laman sosial Facebook dan juga laman video Youtube.

- Sumber: Sinar Harian 

Wanita berkain batik di JPJ jadi viral

Gambar dimuat naik Suzanne di akaun Facebook miliknya. Gambar kanan: Tatacara pakaian pelawat JPJ.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita tidak berpuas hati apabila disuruh memakai kain sarung sebelum dibenarkan berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Wanita yang dikenali sebagai Suzanne itu menyatakan ketidakpuasan hati menerusi akaun Facebook miliknya yang menyebabkan perkara itu menjadi viral.

Menurut Suzanne, dia mengunjungi pejabat JPJ bagi urusan perpindahan milik kenderaan yang dijualnya.

Suzanne yang memakai baju berwarna merah jambu dan skirt merah mendakwa didekati seorang kakitangan JPJ di belakang kaunter mengambil nombor giliran dan diberi sehelai kain batik.

Dakwanya, dia seterusnya diberitahu agar memakai kain itu atau tidak akan dilayan.

“Saya memakai pakaian seperti ini, tidak sopankah?

“Hanya perlu duduk di hadapan cermin kaunter yang mana hanya bahagian-bahagian hadapan badan saya saja yang dilihat oleh pegawai berkenaan. Saya tidak tahu sama ada ingin ketawa atau menangis,” katanya dalam status yang dimuat naik.

Wanita itu kemudiannya memuat naik tiga keping gambar yang menunjukkan luar premis, sebelum memakai kain batik dan dua lagi ketika berada dalam bangunan dan menjalankan urusan.

Difahamkan, kejadian berlaku di pejabat JPJ Wangsa Maju.

JPJ dalam satu kenyataan memohon maaf kepada wanita tersebut selain memberitahu tiada peraturan yang menyatakan bahawa pelanggan perlu diberikan kain sarung jika tidak menepati garis panduan kod etika pakaian.

“JPJ ingin menegaskan bahawa tiada peraturan yang menyatakan bahawa pelanggan perlu diberikan kain sarung jika mereka tidak menepati garis panduan kod etika pakaian.

“Pihak JPJ berasa amat kesal dengan kejadian ini dan memohon maaf,” kata kenyataan itu lagi.

- Sumber: Sinar Harian