Tuesday, 25 March 2014

Kaedah 'kesan Doppler' tentukan kedudukan MH370

MH370

KUALA LUMPUR - Kedudukan terakhir pesawat MH370 yang hilang, dikenal pasti melalui penggunaan 'kesan Doppler' oleh Air Accident Investigation Branch (AAIB) United Kingdom dan Satelit Inmarsat.

Pemangku Menteri Pengngkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Inmarsat mencipta kaedah inovatif kedua ini, yang mengambil kira halaju pesawat berkenaan dan kaitannya dengan satelit berkenaan.

Menurut beliau, berdasarkan pergerakan relatif ini, frekuensi yang diterima dan dipancarkan akan berbeza daripada nilai normalnya, sama seperti bunyi sebuah kereta berubah apabila ia semakin dekat dan berlalu.

Ini dikenali sebagai kesan Doppler," katanya pada sidang akhbar mengenai"kemajuan usaha mencari pesawat tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata kaedah Inmarsat itu membuat analisis tentang perbezaan antara frekuensi yang dijangka diterima stesen bumi dengan frekuensi sebenar yang diukur dan perbezaan yang wujud adalah hasil daripada kesan Doppler, yang dikenali sebagai 'Burst Frequency Offset'.

Hishammuddin berkata 'Burst Frequency Offset' berubah mengikut lokasi pesawat terbabit dalam arca yang berkemungkinan menjadi tempatnya berada, arah pergerakan dan kelajuannya.

"Untuk mendapatkan keyakinan terhadap teorinya, Inmarsat menyemak ramalannya itu dengan maklumat yang diperoleh daripada enam pesawat B777 lain yang terbang pada hari sama di pelbagai arah. Terdapat persamaan yang meyakinkan.

"Ketika berada di bumi di lapangan terbang Kuala Lumpur dan pada peringkat awal penerbangannya, MH370 menghantar beberapa mesej.

"Pada peringkat itu, lokasi pesawat berkenaan dan satelit, telah dikenal pasti, maka oleh itu, perkiraan bolehlah dibuat tentang ciri-ciri sistem pesawat terbabit, satelit dan stesen bumi," katanya.

Beliau berkata analisis ini menjadi asas bagi kajian selanjutnya dalam usaha menentukan kedudukan terakhir pesawat MH370."Sejajar dengan itu, pasukan penyiasat Malaysia menubuhkan sebuah kumpulan kerja antarabangsa, yang dianggotai agensi yang memiliki kepakaran dalam bidang komunikasi satelit dan prestasi pesawat, untuk meneruskan tugas berkenaan," katanya.

Beliau berkata walaupun banyak lagi kerja perlu dibuat, kerajaan berterima kasih kepada Inmarsat, AAIB dan pasukan penyiasat antarabangsa, yang sedang meneruskan tugas mereka dengan pihak berkuasa Malaysia.

Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan pesawat berkenaan berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan analisis baharu AAIB dan Inmarsat. 

Penerbangan ke Beijing itu hilang pada 8 Mac. Pengumuman Najib itu mengakhiri operasi mencari dan menyelamat yang diadakan selama 17 hari dan disifatkan sebagai operasi terbesar dalam sejarah penerbangan, dengan melibatkan 26 negara.

Bagaimanapun, spekulasi tentang misteri kehilangan pesawat MH370 terus tersebar kerana hingga kini, belum terdapat jawapan konkrit mengenainya. Ia mungkin berakhir setelah kotak hitam dijumpai.

Bernama

Delegasi tertinggi Malaysia ke Beijing malam ini

Hishamuddin

KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata satu delegasi tertinggi sekali lagi akan ke Beijing dan berlepas malam ini untuk memberi taklimat lanjut susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi bahawa Penerbangan MH370 Malaysia Airlines berakhir di selatan Lautan Hindi.

Semasa sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Hishammuddin berkata delegasi tertinggi itu berada di Beijing sebelum ini dan pulang bersama beberapa persoalan untuk dibincangkan..

"Saya dimaklumkan bahawa beberapa persoalan dikemukakan kepada delegasi tertinggi ini yang pulang dan membincangkan maklumat apakah yang boleh disampaikan kepada mereka (anggota keluarga)...mereka akan berbuat demikian sebaik sahaja tiba di Beijing," kata beliau.

Di samping itu, beliau berkata kenyataan media berkaitan maklumat oleh Bahagian Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) akan dibawa bersama kepada keluarga penumpang di Beijing untuk dimaklumkan bagaimana kawasan pencarian dikecilkan ke bahagian selatan koridor selatan.

Pada 20 Mac, delegasi tertinggi, diketuai oleh Panglima Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Lt Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad tiba di Beijing untuk memberi taklimat kepada keluarga dan waris penumpang pesawat MH370, mengenai perkembangan terkini pencarian pesawat yang hilang itu.

Delegasi itu mengandungi wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, TUDM, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airlines.

Malam tadi, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data dalam penyiasatan bahawa penerbangan pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 krew telah berakhir di selatan Lautan Hindi selepas operasi mencari dan menyelamat selama 17 hari.

Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam.

Penerbangan MH370 sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Bernama

Kesimpulan berdasarkan petunjuk sahih, tiada serpihan ditemui


KUALA LUMPUR: Di sebalik berita yang mendukacitakan mengenai pesawat MH370 semalam, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata ianya adalah berdasarkan peningkatan petunjuk sahih yang diperolehi.

"Adalah mustahil untuk meramalkan berapa lama masa siasatan yang akan diambil. Tetapi selepas 17 hari, pengumuman yang dikongsi semalam adalah realiti yang kita perlu terima” katanya di dalam sidang akhbar di KLIA hari ini.

Apabila ditanya bagaimana pihak berkuasa mengesahkan bahawa pesawat terhempas walaupun tiada serpihan ditemui, Ahmad Jauhari menjawab, mereka membuat kesimpulan tersebut dari petunjuk yang boleh dipercayai.

"Malam tadi Perdana Menteri berkata beliau telah dimaklumkan tentang petunjuk yang boleh dipercayai di mana pesawat itu berakhir. Ia terletak jauh di kawasan terpencil.

"Selepas 17 hari, itu yang boleh kita simpulkan setakat ini" katanya lagi.

Ahmad Jauhari berkata bagaimanapun MAS akan terus menyokong kerja-kerja pihak berkuasa mencari dan menyelamat di selatan Lautan Hindi.

"Seperti orang lain, kita sedang menunggu berita dari pihak berkuasa" katanya.

Beliau menambah bahawa MAS akan menerbangkan keluarga penumpang MH370 ke Australia jika terdapat bukti muktamad daripada pihak berkuasa.

Sebelum ini, kerajaan Australia mengumumkan bahawa pengecualian bayaran visa akan diberikan kepada keluarga pesawat MH370.

Ahmad Jauhari turut memaklumkan MAS sudah menyalurkan bantuan kewangan awal sebanyak AS5,000 dolar kepada keluarga terdekat penumpang.

"Kami tidak tahu mengapa dan kita tidak tahu bagaimana tragedi dahsyat ini berlaku"

Beliau juga mengakui bahawa tragedi itu telah sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan syarikat penerbangan itu.

"Ya, perkara ini sememangnya menjejaskan MAS. Namun, kita lakukan yang terbaik untuk memastikan mereka yang membeli tiket diterbangkan dengan selamat dan selesa " katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Beliau berkata Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) yang telah memberikan taklimat kepada beliau sebelum ini dan telah menemui jawapan berdasarkan data satelit iaitu pesawat berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, kawasan barat Perth.

Astro Awani 

Saifuddin Nasution dilarang masuk Sarawak

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar Fail


KUCHING: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilarang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu, pagi ini.

Ketika mengesahkan perkara itu, Timbalan Pengarah Imigresen negeri Hamfatullah Syawal Hamdan berkata Jabatan Imigresen mendapat arahan untuk tidak membenarkan Saifuddin memasuki Sarawak.

"Pegawai yang bertugas ketika itu telah memaklumkan kepada Saifuddin, dia tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.

"Jabatan Imigresen tidak mengambil masa yang lama untuk menjalankan arahan tersebut dan dia (Saifuddin) telah memberi kerjasama dan patuh kepada larangan itu," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya Saifuddin juga telah pulang ke Kuala Lumpur.

BERNAMA 

'Mahu lihat bukti sebelum percaya'


Mahu lihat bukti sebelum percaya
Tat Seng kelihatan tenang ketika ditany oleh wartawan sambil ditemani oleh Adun Bercham, Cheong Chee Khing (kanan), hari ini. - Foto Sinar Harian oleh NOOR’AINON MOHAMED YUSOF


IPOH – Bapa mertua kepada Ketua Pramugari, pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS), Goh Sock Lay, 45, mahu melihat  bukti-bukti tentang keadaan kapal terbang yang hilang itu sebelum mempercayai sepenuhnya menantunya itu terkorban.

Choi Tat Sang, 74, berkata, walaupun anaknya, Choi Loong Chow, 48, menghubunginya dan memberitahu mengenai pengumuman yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu namun, ia tetap mematahkan harapan untuk mempercayai  dia masih hidup.

“Kami sekeluarga melihat pengumuman oleh Perdana Menteri semalam (kelmarin) dan telah bersedia dengan segala kemungkinan. Isteri saya, Thong Say Moi, 73, yang paling rapat dengan Sock Lay menangis selepas mendapat panggilan dari anak saya.

“Saya mahu percaya berita yang disampaikan oleh anak saya tetapi saya tetap mahu melihat bukti-bukti sahih sama ada bangkai ataupun serpihan pesawat yang mungkin dinaiki menantu saya itu,” katanya ketika ditemui di hadapan kedainya di Kampung Tawas, di sini, hari ini.

Sock Lay yang berasal dari Melaka adalah seorang daripada 12 anak kapal yang berada dalam pesawat MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China.

Ibu kepada seorang anak perempuan ini telah bertugas bersama syarikat penerbangan MAS lebih 10 tahun lalu.

Tat Sang berkata, bagi mengetahui perkembangan lebih lanjut, Loong Chow dikatakan akan berlepas ke Australia bersama dengan keluarga penumpang lain.

“Anak perempuannya, Choi Wan Ling, 14, dibawa oleh saudara mara ke Pulau Pinang kerana bimbang dia tertekan selepas kehilangan ibunya itu sejak 18 hari lalu,” katanya.

Beliau turut menggambarkan menantunya itu sebagai ringan tulang dan ceria terutama ketika menyambut Tahun Baru Cina.

“Sock Lay seorang yang baik dan sentiasa membantu terutama memasak malam sebelum sambutan Tahun Baharu Cina di rumah keluarga kami sebelum mereka pulang ke kediaman mereka di Bercham,” katanya.

Sementara itu, sebuah keluarga enggan ditemubual wartawan selepas menerima pengumuman itu.

Abang kepada penumpang MAS yang enggan dikenali berkata, emosi keluarga mereka masih tidak stabil berikutan kedua ibu bapanya mengalami masalah jantung selain tidak sihat selepas kehilangan pesawat itu.

“Kami hanya menanti pihak MAS untuk bawa kami ke Australia dan kami akan berangkat ke Kuala Lumpur tidak lama lagi,” katanya.

Penumpang yang berkenaan adalah Tan Ah Meng, 46, bersama isterinya warganegara Taiwan, Chuang Siew Ling, 48 dan anak mereka, Tan Wei Chew, 19.

Sinar Harian 

MH370: Redha seorang isteri

KUALA LUMPUR:  Bukan senang untuk menerima hakikat kehilangan pesawat yang berakhir di Lautan Hindi.


Begitulah yang dialami ahli keluarga penumpang serta anak kapal penerbangan MH370.

Biarpun sukar bagi pihak media untuk mendapatkan reaksi mereka, akan tetapi kemaskini di laman media sosial peribadi meruntun jiwa sahabat serta keluarga terdekat mereka.


MH370 Intan Rain


Bagi Intan Maizura Othaman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan, harapan untuk suaminya pulang masih kekal di kotak pemikirannya sejak hari pertama kehilangan pesawat itu dilaporkan.

Dia tetap optimis bahawa suaminya akan pulang ke pangkuan keluarga pada masa akan datang.


MH370 Intan Rain


Biarpun misteri kehilangan pesawat itu terus menghantuinya, Intan terkejut dengan laporan pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi.

Baginya, dia perlu tabah dan kuat untuk dalam melalui situasi ini terutamanya untuk memberitahu insan kesayangannya, Iman dan Muhammad bahawa bapa mereka sudah tiada.

Dia masih ingat janjinya kepada Hazrin untuk menjadi pemimpin kepada bidadari di syurga. Ingatan itu disulami doa moga dipertemukan mereka di syurga di samping

Intan terus berdoa moga suaminya ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sumber: ASTRO Awani 

Suspek 'cair' dengan rayuan

 Suspek 'cair' dengan rayuan

SEORANG lelaki berusia 33 tahun mencetuskan kekecohan selepas melarikan diri dari kawalan polis di Lapangan Terbang John F Kennedy, Amerika Syarikat.

Suspek berada di bawah perintah perlindungan itu diburu selepas melarikan diri dengan van hitam menyebabkan polis terpaksa memburunya sejauh 6 kilometer.

Pegawai polis tempatan berkata, suspek dapat ditahan selepas dipujuk oleh ibunya.

“Suspek menyerah selepas namanya dipanggil oleh ibunya yang ketika itu merayu dan menangis,” katanya menurut NYdaily.

Menurutnya, suspek sebelum ini ditahan selepas terlibat dalam jenayah domestik.

“Ketika melarikan diri, suspek melanggar halangan polis menyebabkan beberapa das tembakan dilepaskan oleh anggota kami. Namun, suspek terus memecut hingga ke Taman Ozone Selatan di Queens sebelum menyerah diri,” katanya.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai senjata itu akhirnya ditahan dan dibawa ke Hospital Jamaica untuk penilaian psikiatri.

Sinar Harian 

Letak jawatan hanya akan dibuat selepas krisis ini selesai - Ahmad Jauhari


KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya berkata segala keputusan sama ada beliau akan meletak jawatan dari MAS hanya akan dilakukan selepas krisis kehilangan pesawat MH370 ini selesai. 

"Adakah saya akan melepaskan jawatan saya ini, itu adalah keputusan peribadi yang hanya akan dilakukan selepas ini apabila segalanya selesai," kata beliau ketika ditanya pemberita pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau bersama-sama dengan Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof menerangkan bahawa perkara utama yang sangat penting untuk dilakukan pada saat ini ialah mencari pesawat tersebut yang disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media tergemparnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengesahkan bahawa perjalanan pesawat MH370 itu telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Pengesahan itu dilakukan selepas menerima maklumat kedudukan terakhir pesawat itu yang didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, INMARSAT dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) dan mendapati pesawat Boeing 777-200 itu telah terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

Sementara itu, Ahmad Jauhari juga menegaskan bahawa meskipun terdapat banyak permintaan dari keluarga dan waris penumpang pesawat tersebut dari negara China untuk terbang ke Australia bagi mengikuti perkembangan pencarian pesawat tersebut, kebenaran visa untuk ke negara tersebut hanya akan diberi oleh pihak Australia apabila bukti-bukti sahih mengenai penemuan pesawat tersebut di sekitar perairan negara itu benar-benar dijumpai.

"Kami telah diberitahu oleh pihak berkuasa Australia bahawa visa hanya akan diberi atau dikeluarkan apabila bukti-bukti sahih terhadap pesawat tersebut telah berjaya di temui," katanya.

Pihak MAS kini telah menyerahkan sepenuhnya siasatan kehilangan kepada pihak berwajib.

Dalam pada itu, pihak MAS telah menyediakan program komprehensif sokongan kepada keluarga dan waris penumpang MH370 dimana seramai 700 kaunselor telah disediakan.

"Setiap keluarga akan disediakan dengan dua kaunselor ini dimana mereka ini akan memberi bantuan sokongan, kauseling emosi, dan kebajikan kepada mereka dan dalam masa 72 jam seramai 40 kaunselor lagi telah ditambah demi memberi membantu keluarga-keluarga yang ditimpa kesusahan ini," katanya.

Astro Awani 

Hampir kesemua rakyat Malaysia dalam pesawat miliki insurans hayat


KUALA LUMPUR: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berkata 47 daripada 50 rakyat Malaysia dalam pesawat malang MH370, memiliki polisi insurans.

Ia meliputi 38 penumpang dan 12 anak kapal, dengan polisi insurans hayat dari 14 syarikat di Malaysia.
Presiden LIAM Vincent Kwo berkata kira-kira enam rakyat asing turut diinsuranskan dengan syarikat anggota LIAM.

"Anggota keluarga atau waris pemegang polisi boleh menghubungi LIAM di 03-26916628 atau e-mel liaminfo@liam.org.my, jika mereka mahu mengetahui syarikat insurans yang melindungi orang kesayangan mereka," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, AIA Bhd berkata ia akan menghubungi keluarga pemegang polisi.

"Kami memberi jaminan kepada keluarga terbabit bahawa kami akan menghubungi mereka untuk menyegerakan proses tuntutan insurans hayat dalam tempoh 24 jam akan datang.

"Waris juga boleh menghubungi 1300-88-8860/70 untuk bantuan atau e-mel members@aia.com," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Bill Lisle.

Malam tadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370, yang hilang semasa merentasi Laut China Selatan ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Pesawat Boeing 777-200ER, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi (waktu Malaysia) pada hari sama.

Bernama

Australia waives visa fees for passengers' families


MELBOURNE: Australia will waive the visa fees for the families of the passengers of a lost Malaysian airliner if they wish to visit the country, Prime Minister Tony Abbott told the Federal Parliament Tuesday.

He said the fees would be waived for the families of passengers on the flight that went down in the southern Indian Ocean off Western Australia.

Abbott again offered his condolences to the relatives and families of those on the flight and said a formal condolence motion would be moved on Wednesday.

"It's highly likely ... that in the coming days and weeks, many of the relatives of passengers on the ill-fated flight 370 will wish to come to Australia," he said.

Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced Monday night that Flight MH370, which disappeared over the South China Sea while flying from Kuala Lumpur to Beijing on March 8, had "ended in the southern Indian Ocean".

The Boeing 777-200ER aircraft, with 227 passengers and 12 crew on board, had left the KL International Airport at 12.41 am. It was scheduled to arrive in Beijing at 6.30 am (Malaysian time) on the same day.

Astro Awani 

Perahu lebih 100 tahun dijumpai

Perahu lebih 100 tahun dijumpai
Sulaiman (kanan) menunjukkan kepada Jamaluddin (dua, kiri) dan penduduk kampung perahu yang dijumpainya.


SEGAMAT – Enam sekawan yang memancing ikan di Sungai Spang Loi, Buloh Kasap mendakwa menjumpai sebuah perahu lama yang berusia lebih 100 tahun.

Sulaiman Hussin, 39, berkata, perahu itu ditemui pada petang 14 Mac lalu, ketika dia bersama lima rakan yang tinggal di Kampung Kuala Paya dan Kampung Putting, Buloh Kasap menangkap ikan di situ.

“Ketika itu musim kemarau dan paras air di beberapa sungai dan parit kering dan surut.

“Pada awalnya, kami tak ambil kisah tunggul kayu itu kerana mahu menangkap ikan sahaja di dalam sungai tersebut,” katanya, semalam.

Sulaiman berkata, dia menghampiri tunggul kayu itu untuk melihat lebih dekat sebelum cuba menariknya keluar, tetapi gagal.

Katanya, dia memanggil beberapa rakannya untuk membantu, tetapi turut gagal.

“Kemudian salah seorang daripada rakan mendapati terdapat kayu lebih besar dan lebar di bahagian bawahnya.

“Pada mulanya, saya hendak ambil kayu tersebut untuk dijadikan batang pagar kebun sayur, tetapi selepas diberitahu rakan ada kayu lagi besar, saya mula berfikir ia bukan tunggul kayu pokok mati.

“Kami berenam kemudian mengorek kawasan tunggul kayu berpasir tersebut dan terkejut apabila mendapati objek tersebut merupakan rangka perahu yang berada dalam keadaan terlungkup,” katanya.

Sulaiman berkata, selepas mendapati objek itu merupakan perahu lama, mereka kemudiannya pulang dan kembali ke kawasan itu keesokan harinya.

Mereka terpaksa menyewa jentera pengorek untuk menarik perahu itu ke daratan dan sebuah lori muatan tiga tan untuk bawa ia ke rumah Sulaiman.

“Perahu tersebut berukuran 35 kaki dan beratnya pula dianggarkan lebih kurang tiga tan. Di sekeliling perahu tersebut dijumpai peralatan seperti botol kaca lama, pinggan, parang, terompah dan rantai perahu.

“Usia perahu ini juga dianggarkan lebih 100 tahun dan tidak menggunakan paku, sebaliknya disambung menggunakan kaedah tanggam. Kayunya juga diperbuat daripada kayu batang penak dan memang tahan lama,” katanya.

Sulaiman berkata, dia turut menemui ukiran bertulis ‘BCM1184’ yang tidak diketahui sama ada nombor pendaftaran atau sebaliknya pada dinding perahu.

Sementara itu, Ketua Kampung Spang Loi, Jamaluddin Atan berkata, kawasan perahu berkenaan dijumpai merupakan laluan air utama bagi penduduk setempat.

“Saya tidak pasti sama ada terdapat lagi perahu lama di sungai tersebut kerana paras air sungai sudah naik selepas beberapa hari perahu tersebut ditemui,” katanya.

Sinar Harian 

Pandelela tambah yakin lepas menang 2 pingat

KUCHING - Ratu terjun negara Pandelela Rinong kini semakin yakin untuk bersaing dengan dua pencabar terbaik dunia iaitu Liu Huixia dari China dan Filion Roseline dari Kanada setelah beliau berjaya memperoleh pingat perak kedua pada pusingan kedua Kejohanan Siri Dunia Fina di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Ahad.

“Sangat-sangat gembira kerana bukan sahaja kerana saya berjaya memenangi pingat perak semalam tapi ia adalah pingat perak kedua berjaya saya menangi dalam acara yang sama dalam siri Dunia Fina tahun ini,” kata penerjun berusia 21 tahun dari Sarawak ini ketika dihubungi. 

Pada pusingan pertama kejohanan di Beijing awal bulan ini, Pandelela merangkul pingat perak dalam acara individu 10 platform dan pingat gangsa bagi acara 10m berpasangan berirama bersama Leong Mun Yee.

“Selepas berjaya memenangi pingat perak di pusingan pertama di Beijing minggu lepas, saya sememangnya lebih berkeyakinan di kejohanan di sini (Dubai).

“Saya memberi sepenuh tumpuan terhadap terjunan saya dan gembira semuanya berjaya dilakukan dengan baik.

“Dengan dua kemenangan pingat perak, kini saya lebih yakin untuk meneruskan pusingan ketiga yang akan diadakan di London dari 25 hingga 27 April,” katanya.

Pandelela berkata, sasaran beliau ialah untuk memperbaiki terjunan dan berharap untuk memberi saingan kepada Huixia di London nanti.

Huixia mengekalkan pingat emas yang dimenanginya dalam pusingan pertama selepas mendapat 400.70 mata sementara Filion Roseline mendapat gangsa dengan 355.20 mata.

Kejohanan pusingan ketiga akan diadakan di Rusia dari 2 hingga 4 Mei, diikuti di Kanada (30 Mei hingga 1 Jun) sebelum berakhir di Mexico (6 hingga 8 Jun).

Bernama

Berjudi sambil ditemani GRO

SEGAMAT - Sebuah pusat hiburan di sini, yang baru sahaja beberapa hari beroperasi berani menggunakan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing bagi menarik pelanggan ke premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, hasil maklumat orang awam dan risikan, premis itu dipercayai menjalankan aktiviti perjudian memancing melalui mesin simulator.

Menurutnya, kegiatan itu bagaimanapun tidak mendapatkan kelulusan mana-mana pihak berkenaan.

“Pemilik premis juga menggaji tujuh GRO warga Vietnam yang tidak mempunyai permit kerja dan dokumen perjalanan sah serta khidmat mereka diperlukan bagi menggoda pelanggan supaya berjudi di premis tersebut.

“Ketika diserbu jam 11.45 malam kelmarin, beberapa pelanggan yang leka berjudi dibelai GRO berkenaan sambil berjudi melalui mesin simulator memancing bersaiz 1.5 meter persegi sambil memegang alat kawalan sebagai batang joran,” katanya.

Mohd Kamil berkata, pelanggan yang berjaya mendapatkan ikan bersaiz besar dan bernilai tinggi akan dibayar dengan wang taruhan yang banyak.

Sebelum itu pelanggan perlu membayar beberapa ratus ringgit sekiranya mahu menggunakan khidmat GRO berkenaan.

Katanya, siasatan awal yang diperolehi daripada pelanggan premis terbabit juga mendapati pelanggan mendakwa tidak pernah berjaya memperolehi habuan besar kerana GRO sering mengganggu tumpuan ketika ‘memancing’.

“Kami menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an yang bekerja sebagai operator di premis tersebut dan tujuh GRO warga Vietnam yang kesemuanya berusia di antara 20 hingga 30 tahun dan kesemua mereka telah ditahan reman.

“Selain itu, kami merampas dua unit simulator memancing ‘Fishing Master’, sebuah meja dan cip plastik berwarna dan kami juga mendapati premis tersebut beroperasi melebihi waktu dibenarkan,” katanya.

Sinar Harian 

INMARSAT jejak MH370 guna pendekatan unik

KUALA LUMPUR: Pendedahan bahawa pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia adalah berdasarkan analisis baru oleh penyiasat-penyiasat di United Kingdom dan firma satelit Britain, INMARSAT.

Menurut laporan BBC, INMARSAT mengemukakan data baru itu kepada bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) supaya ia boleh diperiksa sebelum disebarkan kepada orang awam.

INMARSAT berkata pengiraan terbarunya melibatkan sejumlah besar data analisis yang memberi tumpuan kepada beberapa faktor termasuk pergerakkan pesawat lain.

Firma itu menambah bahawa ini adalah teknik terbaru dan oleh kerana itu, analisis tersebut memakan masa.

Naib Presiden Kanan INMARSAT, Chris McLaughlin berkata firma itu mengkaji “ping” elektronik yang pesawat itu hantar kepada salah satu satelitnya.

"Kami telah berurusan dengan sesuatu yang baru. Kami telah cuba untuk membantu siasatan berdasarkan hanya satu isyarat yang diterima sekali setiap jam dari sebuah pesawat yang tidak ada sebarang data GPS, masa dan jarak maklumat.

"Mereka berjaya mencari jalan untuk mengatakan hanya satu “ping” sahaja boleh digunakan untuk mengatakan pesawat itu membuat perjalanan. Kemudian, melalui proses penyingkiran dengan membandingkannya dengan pesawat-pesawat yang lain, diketahui ia terbang ke arah Selatan.

Sementara itu, dalam satu temubual di Sky News, MacLaughlin berkata pesawat yang terbang ke arah selatan itu kehabisan minyak.

Semalam, Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu, disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Najib berkata, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit INMARSAT dan AAIB yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke koridor selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Pesawat itu membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia.

Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam.

Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.

Astro Awani 

Polis cari teman lelaki bantu siasatan

Polis cari teman lelaki bantu siasatan
Laporan Sinar Harian 23 Mac lalu


BALING - Polis sedang menjejaki teman lelaki seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang dilaporkan hilang di sebuah pasar raya dekat Kuala Ketil tiga hari sebelum majlis akad nikahnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Wari Kiew berkata, keterangan lelaki berusia lingkungan 30-an itu diperlukan untuk membantu siasatan.

“Kita sudah menghubungi nombor telefon teman lelaki wanita itu tetapi tiada jawapan. Bagaimanapun, kita akan giatkan operasi untuk mencari dan mengesannya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling semalam.

Beliau berkata, sehingga kini, polis sudah merakam keterangan daripada enam orang individu termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat wanita tersebut.

“Kes ini masih dalam siasatan. Ia akan dibuat dari pelbagai sudut untuk mengetahui punca wanita keluar rumah, penganjuran majlis perkahwinan dan masalah keluarganya.

“Kita membuka kertas siasatan kes ini bawah orang hilang,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu atau teman lelakinya boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Balai Polis Tawar, Sarjan Mejar Nasir Omar di talian 04-4766221 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sementara itu, ahli keluarga wanita itu ketika ditemui di rumahnya dekat Kampung Tiban, Tawar, Kuala Ketil enggan mengulas lanjut kes berkenaan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang wanita dalam lingkungan usia 20-an didakwa diculik di depan sebuah pasar raya dekat Kuala Ketil beberapa hari lalu.

Menurut laporan itu, wanita berkenaan dikatakan diculik oleh beberapa lelaki dengan menggunakan dua kereta pada Selasa minggu lalu.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati wanita itu dipercayai mempunyai teman lelaki lain sebelum bertunang. Majlis perkahwinan sepatutnya berlangsung pada 21 Mac lalu.

Sinar Harian 

Buat maksiat dalam banglo dua tingkat

Buat maksiat dalam banglo dua tingkat
Keadaan dalam banglo yang dipercayai menjadi tempat remaja melakukan perbuatan sumbang dan menghidu gam.


BUKIT BERUNTUNG - Lokasi tersorok dan jauh daripada pandangan awam menjadikan sebuah banglo dua tingkat berdekatan sebuah kelab golf di sini sasaran golongan remaja melakukan maksiat.

Kegiatan remaja lelaki dan perempuan berusia lingkungan 12 hingga 17 tahun seringkali dihidu penduduk di kawasan sekitarnya.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai nenek, 69, berkata, kumpulan remaja terbabit sering memasuki kawasan hujung minggu di antara jam 5 hingga 7 petang.

“Selalunya nenek tengok budak naik motor beramai-ramai ke belakang nak hidu gam.

“Nenek dengar budak itu buat perkara tak senonoh lelaki dan perempuan. Lebih sedih perempuan dijadikan habuan bila ada perlumbaan motosikal,” katanya.

Manakala seorang lagi penduduk yang bekerja di kelab golf berkenaan dikenali sebagai Selvadewi, 40, berkata, dia dan suaminya pernah terserempak sekumpulan remaja bermotosikal kemalangan berdekatan banglo tersebut.

“Pakcik (suami) bersama pemain golf pernah tolong seorang budak perempuan yang cedera sebab jatuh bersama motosikal dalam longkang.

“Pakcik tanya budak tu, kamu perempuan buat apa dalam hutan ni dengan ramai budak lelaki, tapi lepas diselamatkan budak tu terus lari,” katanya.

Menurutnya, ini bukan pertama kali dia terserempak remaja bermotor masuk ke kawasan banglo itu kerana hampir setiap hujung minggu dan cuti sekolah pasti ada kumpulan bermotor masuk ke kawasan tersebut.

Sinar Harian 

'Aku koyak muka mu..'

KUALA TERENGGANU - “Aku akan koyak muka mu dan anak.. aku akan selam anak dalam air kalau bising." Itu antara kata-kata ugutan daripada seorang suami kepada isterinya, dalam satu kejadian di kediaman pasangan itu di Kampung Pulau Sekati, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, suspek yang berusia 42 tahun dipercayai meluahkan kata-kata berbaur ugutan kepada isterinya selepas tidak berpuas hati terhadap bapanya yang enggan menyerahkan wang RM200 seperti yang diminta sebelum itu.

Menurut sumber, sebelum kejadian, suspek yang bekerja sebagai buruh ada meminta wang RM200 daripada bapanya, 60-an, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan menyebabkan suspek naik angin sebelum melepaskan perasaan amarahnya kepada mangsa, 34.

“Mangsa yang ketika itu berada di rumah terpinga-pinga apabila suspek secara tiba-tiba mengamuk dengan mengeluarkan kata-kata ugutan yang ditujukan kepada dirinya dan anak mereka.

“Bimbang perkara tidak diingini berlaku memandangkan keadaan suspek ketika itu seperti orang kurang siuman menyebabkan mangsa nekad keluar dari rumah bersama anak untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Kata sumber lagi, mangsa yang masih tertanya-tanya punca suaminya tergamak bertindak sedemikian telah dimaklumkan bapa mertuanya bahawa suspek mungkin ingin melepaskan geram kerana permintaannya untuk mendapatkan wang RM200 sebelum itu tidak dilayan.

Mangsa yang bimbang keselamatan keluarganya serta harta benda di kediamannya pada masa akan datang mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, beberapa jam selepas kejadian.

Suspek dipercayai ditahan polis hari sama laporan dibuat untuk disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Sinar Harian 

Pengantin tiba-tiba bersilat

Pengantin tiba-tiba bersilat
Mohd Shahfizal secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi.

SUNGAI PETANI - Orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan di Taman Keladi dekat sini kelmarin gempar apabila pengantin lelaki yang lengkap mengenakan pakaian mempelai meninggalkan kerusi tempat duduk pengantin yang telah dikhaskan.

Tindakan pengantin lelaki, Mohd Shahfizal Muhammad Shahfawi, 27, yang bekerja di sebuah syarikat industri itu turut mengejutkan pasangannya, Nor Hasliza Abd Rashid, 24, yang sedang disandingkan bersama ketika itu.

Bukan sahaja tetamu yang hairan, malah ibu bapa pengantin turut terkejut menjadikan suasana sedikit cemas dan kelam-kabut.

Bagaimanapun, tindakan Mohd Shahfizal itu dilakukan bagi membolehkannya membalas ‘panggilan’ salah seorang ahli pertubuhan silat yang sedang dalam pertunjukan ketika itu.

Dia dilihat mengambil tempat di lokasi pertunjukan silat bersama beberapa ahli pertubuhan berkenaan sebelum mempamerkan kemahiran yang dimiliki dalam seni mempertahankan diri tersebut.

Tindakannya mendapat perhatian pengunjung yang kemudian mengerumuni tempat pertunjukan bagi menyaksikan dengan lebih dekat.

Menurut Shahfizal yang juga Jurulatih Silat Lincah Malaysia, tindakan itu dilakukan bagi ‘membalas’ pergerakan setelah dicabar anak buah yang sedang membuat pertunjukan ketika itu.

Mohd Shahfizal berkata, dia terus memulakan langkah apabila dicabar anak buah yang sedang beraksi.

“Saya juga tidak menyangka akan turut serta membuat pertunjukan kerana mengikut perancangan awal, hanya anak buah sahaja yang terlibat.

“Tetapi, secara tiba-tiba mereka ‘mencabar’ saya untuk turut serta dan saya menyambut cabaran itu tanpa dirancang. Namun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar akhirnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Nor Hasliza yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta turut terkejut dengan tindakan suami yang secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi.

“Saya juga tidak menyangka suami akan membuat persembahan kerana dia pun tidak membuat sebarang persiapan,” katanya.

Sinar Harian 

17 Hari: Di Situ Akhirnya MH370



MIRI: Puisi ini dikirimkan oleh pengguna Facebook Chin Jun Kui Shiniteruyo di Facebook Astro AWANI. Bertajuk 17 Hari : Di Situ Akhirnya MH370, puisi ini dinukil oleh kakitangan Green Summit Corporation Sdn Bhd, Miri, Srawak.

Kami di Astro AWANI berkongsi kesedihan dengan seluruh rakyat Malaysia, berkongsi puisi ini bersama anda.

17 hari
Di situ akhirnya MH370
Selatan Lautan Hindi
Kedalamannya tiada terkata

Doa......
Yang tak pernah putus
Akhirnya membawa pertunjuk
Walaupun jawapan kepada persoalan
Masih lagi dicari

Kecurigaan dan kerisauan kita itu
Akhirnya inilah jawapannya
Walau tiada apa lagi sandaran
Namun biarlah kesedihan ini
Kita selami dan tanggung bersama

Iringan doa
Akan selamanya bersama
Wira wirawatiku MH370
Perjalanan berakhir di tengah lautan
Episod sedih mengusik jiwa
Suratan takdir penentu segalanya
Moga akan damai kalian di sana

Anda boleh berkongsi ucapan takziah anda menerusi ruangan komen yang disediakan di Laman Utama, Astro AWANI. Pengguna Twitter dan Facebook, sertakan hashtag #MengenangMH370 atau #RememberingMH370

Sumber: ASTRO Awani 

Kes buang bayi: Penuntut IPT disiasat polis

Penuntut IPT disiasat polis


Laporan Sinar Harian, semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan dalam tong sampah di tandas wanita di Terminal Bas Bersepadu Selatan, Sabtu lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu berasal dari Johor Bahru, ditahan di Kajang kira-kira jam 10 malam, kelmarin.

Bayi malang itu ditemui seorang tukang cuci, wanita warga Indonesia, ketika menukarkan plastik sampah di tandas berkenaan, kira-kira jam 11.30 malam.

Dia mendapati bungkusan sampah itu agak berat daripada kebiasaan, sebelum menjumpai mayat bayi berkenaan. Dia kemudian segera memaklumkan kepada anggota polis yang bertugas di Balai Polis Terminal Bas Bersepadu Selatan.

Ia dibungkus dalam lapisan tisu putih dan dibalut dengan plastik sampah warna biru. Siasatan juga mendapati ada kesan luka dileher bayi berkenaan, dipercayai terkoyak semasa dilahirkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya menerima laporan itu daripada seorang pensyarah sebuah IPT berhubung kejadian tersebut.

"Pensyarah itu mendakwa penuntutnya memaklumkan terdengar tangisan bayi di dalam tandas di IPT tersebut kira-kira jam 7.30 malam pada hari kejadian, sebelum ternampak wanita berkenaan keluar dari IPT itu dengan membawa dua beg plastik," katanya.

Menurutnya, wanita tersebut dipercayai tinggal di sebuah hotel di Melaka sejurus selepas kejadian itu, sebelum pulang semula ke IPT berkenaan.

"Pensyarah tersebut telah membawa penuntut berkenaan ke balai polis berhampiran, sebelum dibawa berjumpa dengan doktor di sebuah hospital dan disahkan baru bersalin.

"Siasatan awal mendapati wanita itu mengaku melahirkan bayi itu, sebelum membawanya ke Terminal Bersepadu Selatan," katanya

Sumber: Sinar Harian

"Pengadil punca Real Madrid kalah"


Ronaldo percaya ada konspirasi di sebalik kemenangan Barcelona.


PENYERANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo menyalahkan pengadil, Alberto Undiano susulan kekalahan pasukannya kepada Barcelona dalam aksi saingan Liga Sepanyol, awal pagi semalam.

Dalam perlawanan El Clasico itu, Madrid ditewaskan 3-4 oleh Barcelona sekali gus menyebabkan kedudukan mereka selaku pendahulu liga di pintas oleh Atletico Madrid setelah mencatat kemenangan ke atas Real Betis.

Tidak dapat menerima kekalahan itu, pemain kebangsaan Portugal tampil mengkritik kecekapan pengadil tersebut apabila mengeluarkan tiga sepakan penalti dan turut melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan mereka, Sergio Ramos.

Malah, pemenang anugerah Ballon d’or itu turut mendedahkan kemungkinan ada konspirasi berkaitan kemenangan diraih Barca.

“Saya tidak mahu mencari alasan, tapi pengadil itu melakukan banyak kesalahan. Kami memerlukan pengadil yang sama tahap untuk mengendalikan perlawanan ini. Dia kelihatan pucat dan gementar. Saya tidak mahu komen mengenai keputusan, tetapi dia sangat teruk.

"Mungkin dia mahu Barcelona kembali dalam liga. Cuba bayangkan jika Barcelona tewas hari ini (semalam) sudah semestinya mereka akan semakin sukar untuk meraih gelaran musim ini.

"Saya yakin ada segelintir pihak yang tidak mahu melihat kami menang dan melihat Barcelona terkeluar daripada saingan merebut trofi," katanya.

Sumber: Sinar Harian

MH370 ended in southern Indian Ocean - Najib


In Beijing, grieving Chinese relatives of passengers on the missing Malaysia Airlines flight MH370 console each other after being told of their deaths at the Metro Park Lido Hotel in Beijing on March 24, 2014. Tears and cries of inconsolable pain and loss.


KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in a press conference Monday announced that the Malaysian Airlines (MAS) MH370 had ended in the Southern Indian Ocean.

He said UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB) which had briefed him earlier, had informed him that based on the satellite data, the last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

“This is a remote location, far from any possible landing sites,” Najib said.

“It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean,” he added.

Najib said a press conference will be held tomorrow with further details.

“In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation,” he said.

The prime minister said MAS had already briefed the families of the passengers and crew, informing them of the latest development.

“For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time,” he said.

MH370 went missing while on its way to Beijing on March 8, carrying 239 passengers and crew. It last contact was made over the South China Sea, between Malaysia and Vietnam. For reasons unknown, it backtracked over the Malaysian peninsula and then flew on for hours.

The search for the missing flight zeroed into the Indian Ocean last week after initial satellite images found large objects floating there.

There were hopes that the mystery behind the flight’s aircraft will be unfolded as Australian aircraft spotted a wooden pallet, strapping and other debris, while French and Chinese satellite information noted more floating objects.

Australian Prime Minister Tony Abbott had also said that crew members of an Australian P-3 Orion plane reported seeing two objects but Australian officials said they were different from the ones spotted by a Chinese plane earlier in the day.

Earlier today, acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said police have interviewed more than 100 people, including families of both the pilot and co-pilot in the probe into the mystery of MH370.

It was also revealed earlier that co-pilot Fariq Abdul Hamid, 27, was flying the Boeing 777 for the first time without a so-called "check co-pilot" looking over his shoulder.

Source: Astro Awani

MH370: Najib Razak's full statement



This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.


Source: Astro Awani

Chronology of events in the search for MH370

This is the chronology of events in the search for the Malaysian Airlines (MAS) MH370 that went missing on March 8 while on its way to Beijing.

MH370           

Source: Astro Awani

Pengumuman Najib jadi tumpuan dunia


Najib Razak (tengah) bercakap pada sidang media MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi. - Foto Sinar harian oleh ZULFADHLI ZAKI


KUALA LUMPUR - Pengumuman terbaharu yang membongkar kehilangan pesawat MH370 oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak menjadi tumpuan media di seluruh dunia.

Sejam sebelum sidang media itu dibuat, kebanyakan laman web dan blog memberi isyarat bahawa Najib akan membuat akan membuat pengumuman penting.

Ramai pihak sudah membuat pelbagai andaian, namun kesahihan berita tersebut hanya disahkan selepas sidang media itu.

Sidang media berlangsung kurang 10 minit, terus menjadi tumpuan dunia dengan kebanyakan laman web memaparkan tajuk antaranya, "Families told plane lost in Indian Ocean, Flight 370 ended in ocean, Malaysian Airlines to families: None of those on  board survive, Malaysian plane crash into Indian Ocean".

Paparan berita itu rata-rata dikongsi di laman sosial dan Twitter lebih dari sejuta pengguna.

Maklumat terbaharu mengenai susulan penemuan pesawat MH370 itu dijangka menjadi topik utama di seluruh dunia hari ini.

Sinar Harian

Hanya kotak hitam dapat beri jawapan misteri MH370





KUALA LUMPUR - Misteri kehilangan penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines sejak 16 hari lepas, terjawab malam tadi menerusi pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.



Berdasarkan rumusan itu hanya kotak hitam pesawat Boeing 777-200ER berkenaan yang dapat menjawab misteri kehilangannya sejak awal pagi 8 Mac lepas.
 

Perdana Menteri pada Isnin malam berkata berdasarkan taklimat Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan analisis lanjut data oleh Inmarsat, kesimpulan dibuat bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.



"Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari sebarang tempat pendaratan. Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa menurut data terkini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib



Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam penerbangan ke Beijing apabila dilapor hilang daripada radar kira-kira 1.30 pagi 8 Mac, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.



Sejak hari pertama kehilangannya, lebih 12 negara membantu Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut.



Pada Isnin, pesawat Australia dan China masing-masing mengesan beberapa objek yang terapung di selatan Lautan Hindi, namun belum diambil.



Pihak berkuasa Malaysia akan mengadakan sidang media esok untuk menjelaskan butiran lanjut mengenai perkembangan terbaharu itu. - Bernama

Kenyataan penuh sidang media Perdana Menteri


Petang ini saya telah diberikan taklimat oleh wakil daripada Badan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). Mereka memaklumkan kepada saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah menjalankan perkiraan lanjut ke atas data berkenaan.

Menggunakan satu bentuk analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberikan beberapa petunjuk yang lebih jelas mengenai laluan penerbangan pesawat MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa pesawat MH370 telah terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang lokasi pendaratan. Oleh itu dengan perasaan yang amat sedih dan terharu, menurut data terkini yang diperolehi, saya ingin memaklumkan bahawa penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan satu sidang media esok (Selasa) bagi memberikan butiran lanjut. Buat masa ini, kami akan terus memaklumkan tentang perkembangan baru ini secepat yang mungkin. Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada keterbukaan dan menghormati ahli keluarga yang terlibat, dua prinsip yang sentiasa menjadi panduan dalam siasatan ini.

Malaysia Airlines sudah berhubung dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal untuk memaklumkan kepada mereka perkembangan terbaru ini. Buat mereka, beberapa minggu lepas merupakan masa yang amat memilukan; saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media agar menghormati privasi mereka dan memberikan mereka sedikit ruang yang amat diperlukan di saat-saat sukar seperti ini.

Sumber: Astro Awani 

Berakhirnya kisah MH370


Perdana Menteri kita baru sahaja selesaikan memberikan sidang medianya. Satu yang jelas ialah MH370 tanpa ragu telah menjunam ke Lautan Hindi.

Dengan pengumuman ini, maka segala teori, ramalan bomoh dan pandangan yang kita bina selama ini terjawab. Teori yang paling tidak sesuai ialah teori konspirasi. Inilah teori yang sejak dari awal lagi tidak masuk di akal saya.

Tidak mungkin ada anak kapal yang bersedia untuk menjadikan diri dan 'nyawa' mereka bahan ujian sesiapa? Tidak mungkin ada negara yang bersedia menggunakan pesawat ini untuk mengkhianati mana-mana negara atau nyawa yang tidak berdosa? Tetapi kerana ramai dalam kalangan kita yang hidup dalam dunia yang penuh prasangka, maka kita pun mula membina pelbagai tafsiran sendiri. Inilah yang saya harap menjadi pedoman kita masa depan.

Isunya sekarang, mengapa MH370 tersasar begitu jauh? Apakah puncanya? Adakah kokpit terbakar yang menyebabkan terputusnya alat hubungan, adakah sabotaj atau adakah perbuatan anak kapal yang menyebabkan terjadinya tragedi ini?

Kita tidak boleh menjawab pertanyaan di atas sehinggalah alat perakam data dan kotak hitam ditemui. Sehingga kita ketemui kotak ini, janganlah kita berteori lagi.

Hormatilah keluarga mangsa yang terlibat. Jangan lupa juga kita hargai kesungguhan pihak berkuasa dan pasukan penyiasat yang telah bertungkus lumus menyelesaikan misteri ini. saya secara peribadi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka.

Kepada keluarga mangsa yang beragama Islam, Al-Fatihah dari saya dan kepada yang bukan beragama Islam, takziah dari saya.

_____________________
* Tulisan Mohammad Agus Yusoff, disiarkan di Astro AWANI pada 25 Mac 2014.

Kenyataan penuh MAS

Kenyataan penuh MAS

Malaysia Airlines dengan penuh rasa kesal ingin memaklumkan bahawa kami terpaksa menganggap bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Seperti yang akan anda dengar tidak lama lagi daripada Perdana Menteri Malaysia, analisis baru data satelit membayangkan pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi.

Bagi pihak semua kami di Malaysia Airlines dan seluruh rakyat Malaysia, doa kami kepada semua insan tersayang kepada 227 penumpang dan 12 sahabat serta rakan kerja kami pada saat-saat yang sukar ini.

Kami tahu tidak ada kata-kata yang boleh kami atau sesiapa pun ucapkan untuk meringankan kepedihan itu. Kami akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada anda, seperti yang telah kami lakukan sejak MH370 mula-mula hilang pada awal pagi 8 Mac lalu semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Operasi mencari yang sedang dijalankan oleh pelbagai negara akan diteruskan sementara kita mencari jawapan kepada persoalan yang masih belum berjawab. Di samping usaha mengesan MH370, ada juga satu siasatan menyeluruh yang kami harapkan akan memberikan jawapan itu.

Kami juga ingin memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan terus memberikan anda sokongan penuh untuk mengharungi minggu-minggu dan bulan-bulan yang akan datang.

Sekali lagi, dengan penuh rendah hati kami panjangkan ingatan, doa dan takziah yang penuh ikhlas kepada semua yang terjejas dengan tragedi itu.

Astro Awani 

Pesawat MH370 disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi

KUALA LUMPUR:  Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang.

MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu.

"Sekali lagi, dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam. Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.

Sumber: ASTRO Awani 

50 polis kawal keluarga mangsa

BEIJING - CHINA. Seramai 50 pegawai polis dikerah ke Hotel Lido di sini selepas kekecohan tercetus sejurus Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak membuat sidang akhbar pada jam 9.45 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur .

Menurut ABC, kebanyakan ahli keluarga penumpang MH370 tidak dapat mengawal emosi mereka selepas Najib mengesahkan pesawat berkenaan terhempas di selatan Lautan Hindi.

Keluarga penumpang yang berada di hotel berkenaan dilaporkan menjerit dan meraung kerana tidak dapat menerima kenyataan terbaharu yang merungkai misteri kehilangan sejak 17 hari lalu.

Media tempatan melaporkan, mereka dilihat sangat tertekan hingga ada yang pengsan dan terpaksa dibawa keluar dengan pengusung.

Jeritan dan tangisan dapat didengar dari luar bilik yang dikhaskan untuk keluarga mangsa.

"Satu insiden perang mulut berlaku antara keluarga penumpang dan wakil dari kerajaan Malaysia," jelas laporan itu.

Namun, situasi tegang dapat dikawal dan dileraikan oleh pasukan perubatan serta anggota keselamatan.

Hotel berkenaan kini dikawal ketat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini tercetus.

Sinar Harian