Wednesday, 23 July 2014

Puak pemisah tembak jatuh dua pesawat pejuang Ukraine

Puak pemisah tembak jatuh dua pesawat pejuang Ukraine

KIEV: Puak pemisah pro-Rusia pada Rabu telah menembak jatuh dua pesawat pejuang Ukraine di timur Ukraine beberapa hari setelah menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia MH17, jurucakap ketenteraan Ukraine berkata kepada AFP.

"Dua pesawat pejuang Sukhoi milik Ukraine telah ditembak jatuh. Nasib juruterbang masih belum diketahui," kata Oleksiy Dmytrashkivsky.

Tambahnya lagi, dua pesawat itu ditembak jatuh sekitar 25 kilometer daripada lokasi nahas pesawat MH17.

Namun demikian, jurucakap kedua ketenteraan berkata, kedua-dua pesawat pejuang itu ditembak di dua lokasi berbeza oleh peluru berpandu. Dua juruterbang berjaya melantunkan diri mereka keluar, katanya lagi.

"Hari ini di selatan wilayah Lugansk berdekatan perkampungan Dmytrivka, pihak pemisah pro-Rusia telah menembak jatuh dua pesawat Su-25 menggunakan sistem peluru berpandu," kata jurucakap Vladislav Seleznev. - AFP 

Pendekatan senyap PM dipuji pembangkang

Pendekatan senyap PM dipuji pembangkang

KUALA LUMPUR: Risiko yang diambil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan ketua pemisah pro-Rusia dalam menangani tragedi MH17 dipuji pihak pembangkang.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan secara senyap Perdana Menteri dalam mengendalikan tragedi itu iaitu berunding dengan ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai dianggap langkah tepat dan wajar.

"Biarpun rundingan berkenaan mungkin mencetuskan kontroversi tetapi ia merupakan langkah yang tepat dan wajar.

"Kita faham sebagai pemimpin bertanggungjawab, Perdana Menteri harus menjaga kepentingan rakyat kerana tiada cara lain melainkan kita berunding dengan pihak pemisah," katanya ketika membahaskan usul mengutuk tindakan mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MAS, MH17 pada mesyuarat khas Parlimen di sini hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan perlu dibawa ke muka pengadilan.

"Kita perlu memastikan kalangan yang bertanggungjawab itu dihadapkan ke mahkamah antarabangsa dan saya menggesa kerajaan dalam keadaan berhadapan dengan dua kuasa besar kita perlu tegas dan tidak memperlihatkan rasa bimbang untuk mendakwa pihak bertanggungjawab," katanya.

Katanya pihak pembangkang berdiri teguh di belakang kerajaan persekutuan untuk menyokong apa sahaja usaha bagi mencari kebenaran mengenai tragedi MH17 dan usaha membawa balik dan mengendalikan mayat penumpang rakyat Malaysia.

Anggota Parlimen Bagan daripada DAP, Lim Guan Eng pula berkata menggunakan saluran diplomatik secara senyap adalah cara yang baik demi mencapai keputusan yang dikehendaki.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata DAP bersedia untuk bersama-sama kerajaan persekutuan dan menyokong usaha mereka untuk membawa pulang jenazah mangsa, memastikan siasatan rapi serta menegakkan keadilan untuk mangsa.

Lim berkata DAP juga akan terus memberi sokongan terhadap MAS dan yakin untuk terus menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut.

"Sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada MAS dan warga kerja bukanlah sekadar ucapan sahaja, maka kami ingin menunjukkan keyakinan dengan terus menggunakan MAS, kalau masa penerbangan mengizinkan," katanya.

Beliau seterusnya memberikan cadangan agar Malaysia memberikan tekanan kepada kerajaan Rusia termasuk tekanan ekonomi jika mereka gagal memberikan kerjasama yang baik dalam menangani tragedi MH17.

"Kita tidak boleh takut-takut untuk menggunakan apa sahaja pengaruh yang ada untuk meletakkan tekanan yang perlu demi mendapatkan kebenaran," katanya.

Dalam pada itu, Lim mencadangkan supaya Malaysia menangguhkan bayaran bagi pembelian pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM bernilai US$900 juta sebagai menunjukkan tekanan terhadap mereka.

"Pesawat ke-18 dan yang terakhir, baru sahaja dihantar pada bulan Ogos 2011, jika Malaysia belum lagi menyelesaikan pembayaran untuk pesawat-pesawat ini, kita harus bersedia untuk menangguhkan bayaran, jika perlu.

"Malaysia juga mesti bersedia untuk membatalkan, jika perlu, projek Angkasawan kedua yang menjadi sebahagian daripada pembelian Sukhoi jika kita merasakan bahawa pihak berkuasa Rusia tidak memberikan kerjasama penuh kepada komuniti antarabangsa dan kepada Malaysia," katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Pokok Sena daripada PAS Datuk Mahfuz Omar memberikan cadangan agar kerajaan dan pihak terlibat mengambil pengajaran melalui tragedi MH17 agar kejadian sama tidak berulang pada masa depan.

"Selepas peristiwa tersebut (MH17), 'risk assessment' (penilaian risiko) perlu dilakukan oleh MAS, Air Asia, Wisma Putra atau pihak kerajaan yang terlibat beri laporan lengkap laluan selamat atau tidak terutama laluan di negara yang berkonflik.

"Kita tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) untuk menentukan laluan itu berisiko atau tidak," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS. - BERNAMA 

Polis buru lelaki belasah remaja

Rakaman video menunjukkan remaja ini ditendang oleh lelaki berkenaan berkali-kali.
Rakaman video menunjukkan remaja ini ditendang oleh lelaki berkenaan berkali-kali.


KUALA LUMPUR – Polis memburu lelaki yang terlibat membelasah seorang remaja yang ditangkap mencuri berdasarkan rakaman video yang tersebar menerusi laman sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan lelaki itu menendang remaja berkenaan tidak wajar dan kertas siasatan kini dibuka.

Menurut Khalid, insiden berkenaan berlaku pada September tahun lalu di kawasan Sungai Besi.

“Tangkapan awam boleh dilakukan di bawah prosedur kanun acara jenayah, namun kita tidak boleh lakukan pesalah sebegitu, kena serah kepada polis,” katanya. 

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan agar polis dapat menjejakinya. 

Video berdurasi selama satu minit empat saat itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menendang seorang remaja berkali-kali di bahagian mukanya kerana tidak berpuas hati remaja berkenaan mencuri.

Suspek ditendang di bahagian muka hingga cedera dan menimbulkan kemarahan orang ramai menerusi komen di media sosial. - Sinar Harian 

Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah

Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah
Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah


KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

“Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

“Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan,” katanya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya. - Sinar Harian 

Wan Azizah's fate to be decided today

Datuk Seri Dr Wan Azizah

KUALA LUMPUR: The Pakatan Rakyat presidential council today will discuss the fate of Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim and the issue of his successor.

PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had on Monday announced that his party had named its president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail as the successor.

Anwar said the proposal will be tabled at the council meeting today.

However, PAS is adamant that Abdul Khalid is retained as the Selangor MB.

PAS Selangor commissioner Iskandar Samad said PAS had never agreed to replace Abdul Khalid with Dr Wan Azizah.

PAS central had held a meeting until the early hours of today to discuss the issue of Dr Wan Azizah replacing Abdul Khalid.

Meanwhile, Abdul Khalid had reminded the PKR to use the right channels in replacing him with Dr Wan Azizah.

He said the party should not dismiss the enactment and state constitution.

“I believe those involved in this effort must follow due process to achieve what they aspire. Until then, I will continue to carry out my responsibilities and duties as per the mandate given to be by the people of Selangor,” he said.

Meanwhile, Selangor Barisan Nasional chairman Datuk Seri Noh Omar said Anwar does not understand the state’s constitution.

He said MB can only be replaced if he voluntarily resigns or through a vote of no confidence in state assembly. - Astro Awani