Sunday, 13 October 2013

Lebih 600 penduduk di Balik Pulau terjejas akibat banjir

Lebih 600 penduduk di Balik Pulau terjejas akibat banjir

BALIK PULAU:  Lebih 600 penduduk terjejas teruk akibat banjir kilat yang berlaku berikutan pertembungan hujan lebat sejak awal hari ini dengan fenomena air laut pasang besar.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata keluarga yang terjejas dengan banjir kilat itu ditempatkan sementara di balai raya serta masjid dan akan dibenarkan pulang lewat petang ini apabila air surut sepenuhnya.

Dr Hilmi yang juga anggota Parlimen Balik Pulau berkata kawasan kampung yang terjejas dengan banjir itu juga dilengkapkan dengan sistem saliran yang baik bagaimanapun pertembungan air laut dan air hujan mengakibatkan air melimpah keluar.

"Kalau hanya hujan biasa kawasan ini tidak akan banjir kerana kita telah perbesarkan longkang manakala sistem saliran di sini baik, tetapi hujan kali ini bertembung dengan fenomena air laut pasang besar jadi air melimpah keluar dari longkang.

"Buat masa ini bantuan segera yang diberikan ialah bantuan makanan kepada mangsa dan mereka perlu tunggu sementara waktu sehingga air surut, jangka petang ini air akan surut," katanya yang ditemui pemberita selepas melawat penduduk yang terjejas akibat banjir kilat itu.

Enam buah kampung yang terjejas teruk di kawasan Balik Pulau ialah Kampung Betong, Kampung Pinang Nirai, Kampung Genting, Kampung Terang, Jalan Baharu dan Kampung Permatang Tengah, manakala di kawasan Teluk Kumbar hanya Kampung Masjid yang terjejas.

Setakat ini 40 orang dari kawasan Balik Pulau dipindahkan sementara ke Masjid Pulau Betong manakala 30 orang dari Kampung Masjid dalam kawasan Teluk Kumbar dipindahkan ke dewan masjid, Kampung Masjid Teluk Kumbar.

Seorang peniaga nasi lemak Zainab Hussin, 59, berkata sejak pukul 8.30 pagi air naik setinggi satu meter menyebabkan banyak peralatan rumah rosak selain memusnahkan persiapan untuk menyambut Aidiladha.
"Mak cik keluar pergi berniaga pagi tadi air belum naik lagi tapi bila balik daripada berniaga tengok air sudah melimpah hingga ke jalan raya, apa pun tak dapat diselamatkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau Norasikin Md Isa berkata bomba menerima penggilan daripada penduduk sekitar 9.18 pagi memaklumkan air sudah memenuhi jalan raya dan rumah mereka.

"Setakat ini keadaan adalah terkawal, bagaimanapun pihak bomba menasihatkan agar mereka (penduduk) duduk sahaja di rumah, kerana air yang deras dan kita tidak tahu bahaya yang sedang menunggu di luar.

"Harap ibu bapa dan penjaga dapat mengawasi anak masing-masing daripada bermain air banjir," katanya yang turut memberitahu operasi itu dibantu oleh pasukan Bomba Sukarela.

- BERNAMA 

Jumpa mayat bapa mertua sudah berbau

Jumpa mayat bapa mertua sudah berbau
Mayat warga emas yang ditemui mati dalam rumahnya di Che Lijah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun. Gambar Kecil: Mamat

CHE LIJAH - Seorang buruh tidak menyangka bau busuk seperti bau bangkai membawa kepada penemuan mayat bapa mertuanya di sebuah rumah, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Rahsia kematian warga emas itu terbongkar kira-kira jam 6.30 petang apabila menantunya, Ahmad Suhardi Ibrahim, 33, yang ketika itu sedang mencuci peti sejuk di rumahnya terhidu bau busuk datang dari arah rumah bapa mertuanya yang terletak bersebelahan rumahnya.

Menurut Ahmad Suhardi, sangsi dengan bau yang mencurigakan itu, dia terus ke rumah bapa mertuanya lalu memanggil nama mangsa, namun panggilannya tidak disahut.

Dia cuba membuka pintu namun terkunci dari dalam menyebabkan dia mengambil keputusan memecahkan pintu tersebut.

Sebaik pintu terbuka, Suhardi melihat bapa mertuanya dalam keadaan terlentang di ruang tamu.

"Kali terakhir dia datang ke rumah saya pada Isnin lalu untuk menonton televisyen.

"Selepas itu dia tidak datang lagi dan saya pula tidak menjenguknya kerana sibuk dengan urusan kerja, tak sangka dia sudah tiada," katanya.

Mayat bapa mertuanya yang dikenali sebagai Mamat Yusof, 78, dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Berdasarkan keadaan fizikal mayat, mangsa dipercayai sudah meninggal lebih daripada 48 jam.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacob mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Sumber

England selangkah ke Brazil, kalahkan Montenegro 4-1

Townsend
Townsend membalas kepercayaan Roy Hodgson dengan menjaringkan satu gol ketika England selesa mengatasi Montenegro 4-1 di Wembley, awal pagi semalam.


PERJUDIAN Roy Hodgson menyenaraikan Andros Townsend ke dalam skuad senior England membuahkan hasil apabila pemain sayap Tottenham Hotspur itu menjaringkan satu gol ketika The Three Lions membenam Montenegro 4-1 pada aksi kelayakan Piala Dunia di Wembley, semalam.

Kemenangan selesa itu menyaksikan England terus menguasai saingan Kumpulan H dengan 19 mata.

England hanya perlu menewaskan Poland, pada aksi terakhir Rabu depan untuk ke Piala Dunia 2014 di Brazil.

"Saya berpuas hati dengan Townsend dan secara keseluruhannya, semua pemain menampilkan semangat juang yang tinggi untuk memenangi perlawanan," ujar Hodgson.

Mengulas perlawanan terakhir menentang Poland minggu depan, Hodgson berkata, anak buahnya perlu menggandakan usaha dan tidak mensia-siakan aksi di laman sendiri untuk meraih kemenangan.


Sumber: Sinar Harian

Penyamun gagal tarik mesin ATM guna lori

Penyamun gagal tarik mesin ATM guna lori

KUALA LUMPUR:  Sekumpulan penjenayah berputih mata selepas usaha melarikan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Kampung Baru Subang, Sungai Buloh awal hari ini dibantutkan oleh bunyi alat penggera.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata dalam kejadian 4.30 pagi itu, empat lelaki penjenayah terbabit cuba menarik mesin ATM itu dengan sebuah lori.

Mereka merempuh bangunan stesen minyak itu dengan lori sebelum tiga daripada mereka yang bertopeng ski, bersarung tangan dan berjaket hitam serta bersenjatakan parang mengikat mesin ATM berkenaan pada lori tersebut.

Suspek kemudian cuba menarik mesin itu namun hanya sampai setakat pintu hadapan sebelum alat penggera berbunyi menyebabkan mereka melarikan diri dengan lori tersebut, katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya suspek juga sebelum itu menyamun dua pekerja di stesen minyak berkenaan serta melarikan hasil jualan berjumlah RM1,500.


BERNAMA 

Wawa Zainal belum putus tunang?

Wawa Zainal: Cinta dihalang David Teo!

KETIKA berita pernikahan rahsia mereka masih hangat diperkatakan, kini muncul pula satu lagi kontroversi panas, kononnya Wawa Zainal masih tunangan orang ketika berkahwin dengan Aeril Zafrel.

BPop hari ini melaporkan, Wawa didakwa berkahwin dengan Aeril tanpa memutuskan terlebih dahulu ikatan pertunangannya dengan Abdul Rashid @ Johari Hambali yang kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah rendah di Tawau, Sabah.

Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin dikatakan bertunang dengan lelaki dari Lahad Datu, Sabah itu pada 2010 selepas beberapa bulan menandatangani kontrak sebagai artis MIG Talents.

Menurut Abdul Rashid yang dipetik dari BPop, dia bertunang dengan Wawa atas desakan keluarga Wawa.

Majlis pertunangan berlangsung di Lahad Datu, yang dibuat antara keluarga sahaja tanpa kehadiran mereka berdua.

Dikatakan kisah pertunangan Wawa dan Abdul Rashid mula tersebar di internet, dipercayai disebarkan anggota keluarga mereka apabila cerita Wawa dan Aeril bernikah dan mempunyai anak didedahkan di akhbar minggu lalu.

Menurut Abdul Rashid lagi, Wawa juga ada menghubunginya selepas berita mengenai dirinya mendapat liputan meluas media.

"Saya tanya kenapa tidak berterus terang mahu berkahwin, saya tak kisah untuk melepaskannya. Saya sudah agak dari awal lagi, inilah risiko bertunang dengan seorang artis.

“Tapi Wawa ketika itu terus menangis. Dia tidak mahu saya membocorkan cerita pertunangan kami. Saya tahu Wawa cukup sengsara dengan apa yang dihadapinya. Saya sebolehnya tidak mahu Wawa terseksa, apatah lagi dalam keadaan sekarang.

"Bagaimanapun, saya tidak mempu menutup mulut orang terutama di kalangan keluarga yang mengetahui kami masih ada ikatan pertunangan," antara kata-kata Abdul Rashid yang dipetik dari BPop.


Sumber

Piala Presiden: Kelantan rampas semula kejuaraan

Kelantan rampas semula kejuaraan
FOTO : KHIRU SHALEH ABDULLAH

THE President Warriors merampas semula kejuaraan daripada Perak setelah menewaskan juara bertahan itu 2-1 dalam perlawanan akhir Piala Presiden di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. Lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD

Anak buah Sideek Samsudin membuktikan mereka layak dijulang selaku pasukan terbaik pada musim ini apabila bukan sahaja merangkul kejuaraan malah turut membolot RM100,000 setelah kali terakhir berbuat demikian dua tahun lalu.

Gol TPW dijaringkan Muhamad Raim Azmi minit ke-73, namun Khairul Asyraf Sahizah menyamakan kedudukan (m-75) sebelum Mohamad Rozaimi Azwar Mat Noor memusnahkan impian Yob Muda hasil jaringan m-82.


Sumber

Three confirmed dead in Indian cyclone: state official

Three confirmed dead in Indian cyclone: state official

BHUBANESWAR:  At least three people died in cyclone Phailin which lashed India's east coast overnight and nearly a million people were evacuated, a state official told AFP on Sunday.

"We have confirmed three casualties, three deaths. We don't have confirmed reports of injuries yet," Pradipta Kumar Mohapatra, special relief commissioner for the state of Orissa, said by telephone.

He said that an estimated 860,000 people had been evacuated in Orissa, which added to at least 100,000 in neighbouring Andhra Pradesh state.

"We almost cleared out the danger zone. In the end, we cleared more than 8.61 lakh (861,000) people. It might be India's biggest evacuation ever," Mohapatra added to AFP.

"We decided we would not take any chances, any compromise."

Orissa was hit by a stronger storm in 1999 which killed more than 8,000 and the state government has been keen to stress its preparedness this time round.

Winds of about 200 kilometres an hour (125 miles per hour) and heavy rain pounded the impoverished east coast of India overnight, knocking out power for millions and causing widespread damage to property and crops.


ASTRO Awani 

Gelanggang perlawanan: FAM terima rayuan ATM

FAM terima rayuan ATM
Afandi (tengah) mengumumkan perubahan gelanggang perlawanan separuh akhir pertama antara ATM dan Kelantan di Kota Bharu, semalam. Turut kelihatan, Hamidin (kiri) dan Rosman.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan gelanggang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan Jumaat ini dipinda semula ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah berkata, pihak sekretariat meluluskan permohonan daripada Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) mengenai pertukaran semula gelanggang tersebut.

“Setelah menimbang rayuan dikemukakan sendiri oleh Panglima Angkatan Tentera merangkap Presiden PBAT, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, pihak sekretariat memutuskan untuk mengembalikan semula Stadium MPS kepada ATM untuk perlawanan separuh akhir pertama, Jumaat ini.

“Pihak PBAT memberi jaminan akan meningkatkan semua aspek termasuk meletakkan tahap keselamatan pada tahap tertinggi. Malah kami difahamkan, PBAT telah mengadakan perbincangan dengan Polis Di Raja< Malaysia bagi memastikan perlawanan tersebut berjalan lancar.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kota Bharu, semalam. Hadir sama Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Ahli Jawatankuasa JKPT FAM, Rosman Mohd Ibrahim.Stadium MPS yang mempunyai kapasiti 16,000 tempat duduk merupakan gelanggang skuad The Gladiators pada saingan Piala Malaysia musim ini.

Pihak FAM sebelum ini meluluskan permohonan PBAT bagi pertukaran gelanggang ke Stadium Shah Alam atas faktor keselamatan namun di bantah pemain ATM memaksa mereka mengemukakan rayuan untuk kembali bermain di Stadium MPS.

Menurutnya, pihak sekretariat FAM akan memaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengenai pindaan terbaharu gelanggang aksi separuh akhir pertama itu dalam masa terdekat.


Sumber: Sinar Harian

Hobi baru Justin Bieber

Justin Bieber
Justin Bieber


HARI demi hari ada sahaja cerita terbaru dari pelantun Never Say Never, Justin Bieber. Tidak hanya berkisar mengenai hal-hal peribadi dan kisah kontroversi, terbaru Bieber dikhabarkan mempunyai satu hobi baru.

Bekas kekasih Selena Gomez ini dikatakan gemar menayangkan tubuh badannya yang kini kelihatan seperti ahli bina badan.

"Bieber kini bukan sahaja tidak suka berbaju di luar, bahkan dia gemar memuat naik gambarnya di laman sosial Instagram.

"Dia mahu membuktikan dia tidak lagi sama ketika awal kemunculannya dulu. Walaupun baru berusia 19 tahun, tetapi tubuh badannya seperti lelaki dewasa," ujar sumber terdekat penyanyi itu.


Kembali bercinta.

Terbaru, desas-desus yang mengatakan Bieber kembali bersama Gomez kembali tersebar apabila dua bintang itu dikatakan bercuti di Bali, Indonesia.

Namun jelas sumber terbabit, berita tersebut sama sekali tidak benar kerana Bieber ke sana sendiri untuk berhibur.

"Tidak hanya meluangkan masa bercuti, Bieber turut mengambil kesempatan merakamkan lagu di Pulau Dewata untuk sebuah telefon berjenama terkenal," katanya.


Sumber: Sinar Harian 

Statistik FB: Malaysia tangga ke-18

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

KEMAMAN - Mungkin ramai yang tidak tahu bukan semua pemimpin asing dibenar melawat Silicon Valley di Sans Francisco, Amerika Syarikat yang dilihat penuh dengan "rahsia besar" industri media baharu dan teknologi maklumat.

Mengakui hakikat itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata justeru lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di situ bulan lepas merupakan satu penghormatan besar yang didasari atas keterbukaan Malaysia dalam industri teknologi maklumat global.

"Ini merupakan satu penghormatan kerana pada kebiasaannya mereka tak perlu berurusan dengan sesebuah kerajaan," katanya dalam temu bual dengan Bernama, di sini.

Menurut Ahmad Shabery, pembabitan Malaysia dalam teknologi maklumat bukan perkara baharu terutama dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia pada 1998, sekali gus "membuka" Malaysia kepada aliran maklumat.

Dalam lawatannya ke wilayah teknologi maklumat itu pada 25 Sept lepas, Perdana Menteri mengadakan pertemuan peribadi dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, di ibu pejabat laman sosial berkenaan di Menlo Park, selain melawat ibu pejabat Google dan Twitter.

Najib dan Zuckerberg dilapor membincangkan mengenai kerjasama yang mungkin boleh dijalin antara Facebook dan Malaysia.

Perbincangan juga berkisar terhadap usaha untuk merapatkan jurang digital dan mendekatkan kemudahan Internet serta peluang-peluang digital lain kepada mereka yang tidak berhubungan setakat ini.

Ahmad Shabery berkata Facebook merupakan laman yang paling dikunjungi di Malaysia dan mempunyai 12,747,100 pengguna setakat ini, meletakkan negara di tempat ke-18 dalam statistik Facebook mengikut negara.

"Berdasarkan jumlah itu, 70 peratus rakyat Malaysia memiliki akaun Facebook," katanya.

Beliau juga berpandangan teknologi maklumat dan media baharu bukan ancaman sekalipun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyalah guna kemudahan itu.


Sumber: Sinar Harian

Wanita paling seksi UK!



Helen Flanagan yang diundi sebagai wanita paling seksi Britain oleh majalah FHM, memberi beberapa tip untuk bagaimana menjadi sepertinya.

Terkenal untuk lengkuk badannya yang mampu memikat kebanyakkan lelaki, bekas teman wanita pemain sayap West Brom, Scott Sinclair, ini mendakwa ia sebenarnya tidak sukar untuk kelihatan seksi.

Dalam satu temubual bersama majalah FHM, model pakaian dalam tersohor itu menyeru pihak wanita untuk memilih pakaian ketat agar nampak lebih menawan dan mengancam.

"Pilih coli ketat atau jenis yang berlapik - itu pilihan terbaik anda."

Tetapi pelakon berumur 23 tahun itu juga menegaskan ia penting untuk mengekalkan rupa yang lebih semula jadi.

"Kadang-kadang anda akan nampak lebih cantik jika tidak terlalu berusaha. Ia tidak seksi untuk cuba menjadi seseorang yang lain daripada diri anda sendiri."

Bintang rancangan "I'm a Celebrity Get Me Out of Here" itu telah dinobatkan sebagai Wanita Paling Seksi 2013 di United Kingdom oleh majalah FHM.

Helen juga meraih tempat ketiga dalam undian tahunan majalah itu bagi kategori Wanita Paling Seksi di dunia.


Sumber: MLP

Isuzu Wawa dan Aeril: 'Takut dengan Tuhan, bukan saya'

David Teo
David Teo


KUALA LUMPUR - “Tidak perlu takut dengan saya, tapi takutlah dengan Tuhan. Perkahwinan perkara baik dan dituntut dalam agama, lebih-lebih lagi Islam. Jadi apabila perkara ini dirahsiakan, ia akan mengundang fitnah dan kontroversi.

“Saya tak pernah menghalang mana-mana artis di bawah naungan saya daripada berkahwin. Dalam hal ini, perkara baik tidak sepatutnya disembunyikan.

“Saya berkali-kali bertanya Wawa (Zainal) dan Aeril (Zafrel) mengenai perkara ini, tapi mereka menafikannya, sebaliknya hanya menjelaskan mereka hanya berkawan.

“Jika mereka mengaku bercinta dan mahu berkahwin, kami boleh atur dan menaja majlis mereka. Lagipun, ia sememangnya menjadi tradisi Metrowealth Pictures (MIG),” kata produser MIG, David Teo.

David berkata demikian mengulas pengakuan Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nurhawa Zainal Abidin, 21, dan Suhairil Suhari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel, 25, kelmarin, bahawa mereka berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 24 Ogos lalu.

Wawa sebelum ini menegaskan, hubungannya dengan Aeril mendapat tentangan David.

“Saya dilarang keras untuk menjalinkan hubungan bersama Aeril!,” luah Wawa pada sidang media yang diadakan bagi memberi penjelasan mengenai statusnya kini.

Tegas Wawa hubungan cintanya bersama pelakon, Aeril tidak disenangi David sejak awal lagi.

Menurut Wawa, faktor utama dia bertindak menyembunyikan pernikahannya itu adalah untuk menghormati pendirian David.


Sumber

Anak Gazza suka disebat?



Bianca Gascoigne kelihatan gembira untuk disebat semasa satu sesi latihan yang sukar di pantai Sussex Timur, United Kingdom.

Anak tiri kepada legenda bola sepak England, Paul Gascoigne, itu sedang berlatih keras di Slimmeria Retreat untuk menjadikan badannya lebih mantap dan mengancam.

Tempat yang terletak di pantai Sussex Timur itu terkenal untuk kursus-kursus senaman yang membantu selebriti-selebriti Britain mengurangkan berat badan secara berkesan dan cepat.

Dan salah satu daripada rahsia mereka melibatkan penggunaan "galakan lembut", atau dengan kata lain, melalui penggunaan cambuk bagi membantu tetamu-tetamu mereka untuk bekerja dengan lebih keras.

Meskipun terpaksa menjalani kursus yang sukar ini selama seminggu, Bianca masih sempat ke laman Twitter untuk berkata, "Sedang disebat di kem latihan kerana perbuatan saya yang nakal..."

Selain daripada rutin latihan mereka yang ketat, Slimmeria turut memastikan tetamu-tetamu mengikuti diet vegan sepanjang kunjungan mereka di situ.

"Walaupun sedih kerana tidak dapat menikmati makanan kegemaran, saya bertekad untuk meneruskan kursus ini agar mendapat badan yang sempurna sebelum hari jadi saya pada hujung bulan ini xxx", kata personaliti televisyen itu di laman blog mikro kawannya pula.


Sumber

Wawa Zainal: Cinta dihalang David Teo!

Wawa Zainal: Cinta dihalang David Teo!


Wawa Zainal: Cinta dihalang David Teo!


“SAYA dilarang keras untuk menjalinkan hubungan bersama Aeril!,” itulah luahan pelakon, Wawa Zainal, ketika sidang media yang diadakan bagi memberi penjelasan mengenai statusnya kini.

Tegas Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 22, hubungan cintanya bersama pelakon, Aeril Zafrel, tidak disenangi pemilik syarikat Metrowealth International Group (MIG), Mejar K David Teo sejak awal lagi.

Menurut Wawa, faktor utama dia bertindak menyembunyikan pernikahannya itu adalah untuk menghormati pendirian David.

“Pada awal hubungan kami, saya pernah berjumpa David dan memberitahu hal sebenar. Namun, saya teruk dimarahi dan dia cakap perkara buruk pasal Aeril.

“David tidak suka jika saya bersama Aeril dan dia pernah kuarantin saya sebulan di Ijok agar kami tidak berjumpa. Ketika itu, saya menjalani penggambaran filem, Sumpahan Kum Kum.

“Jika bercinta pun tak boleh, apatah lagi berkahwin. Sebab itulah kami rahsiakan terlebih dahulu pernikahan ini. Biarlah apa orang nak kata, mereka tidak rasa tekanan yang kami lalui,” luah Wawa.

Sebelum ini, baik Wawa mahupun Aeril, masing-masing cuba menutup rahsia itu dengan menafikan khabar angin mengenai hubungan mereka.

Namun, setelah akhbar tempatan (bukan Sinar Harian), mendedahkan bukti yang ada, barulah Aeril dan Wawa tampil memberitahu perkara sebenar.

Menerusi sidang media yang diadakan pada Jumaat lalu di Western 114, Neo Damansara, mereka mengakui bernikah dua kali pada 25 Februari 2012 dan 5 Februari 2013.

Pernikahan kedua dilakukan setelah pernikahan pertama didapati tidak sah dari segi undang-undang Malaysia dan tidak didaftarkan di pejabat agama Islam.


Bakal dibuang MIG?

Menurut Wawa, sebagai artis naungan MIG, dia terkilan dengan tindakan David yang didakwa berpura-pura tidak mengetahui statusnya ketika ditemu bual media, sebelum ini.

Katanya, David mengetahui mengenai kelahiran anak saya seminggu lebih awal.

“Saya tak tahu apa motif dia berkata begitu sedangkan dia tahu semuanya. Sehingga ke hari ini, dia masih tidak menghubungi saya walaupun dia tahu saya sudah berada di ibu kota.

“Saya sendiri tidak tahu status saya dalam MIG. Selagi saya tidak menerima sebarang panggilan bekerja, saya anggap saya masih bercuti.

“Walaupun MIG tidak memanggil saya bekerja, namun ada beberapa tawaran untuk saya. Namun, buat masa ini, saya mahu berehat dan besarkan anak sendiri.

“Mungkin bila anak dah besar sikit, dalam tiga empat bulan, barulah saya mula bekerja,” katanya yang mengakui kontrak bersama MIG tamat pada 2015.

Mengakui pernah merancang memberitahu media mengenai perkara itu, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 25, berkata niatnya tidak kesampaian apabila rahsia ini terbongkar sebelum masanya.

“Kami bukan berniat untuk sorok hubungan ini selamanya. Ia dirahsiakan sementara untuk menghormati keputusan Wawa kerana kontraknya masih berbaki dua tahun bersama MIG.

“Kami ada merancang untuk mengumumkannya tidak lama lagi, namun ada pihak yang tidak sabar dan menceroboh urusan peribadi kami.

“Saya sedih dan rasa bersalah bila ada yang lantang mempertikaikan status anak kami. Jangan hukum anak saya dengan sebegitu rupa, " katanya.


Kaki penipu?

Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai soalan yang ‘keras’ daripada media, namun pasangan ini dilihat tenang menjawab setiap pertanyaan.

Malah, Wawa juga turut membawa bapanya, untuk mengesahkan sakit misteri yang dialami ketika sedang mengandung.

“Ramai yang cakap saya menipu mengenai sakit misteri itu. Demi ALLAH SWT, saya memang sakit dan lima adik beradik saya yang lain turut terkena penyakit ini.

“Badan saya dimasuki makhluk lain dan saya mengambil langkah berubat di kampung halaman saya, di Sabah.

“Mungkin ada hikmah di sebalik rahsia ALLAH SWT ini. Alhamdulillah, kini saya sembuh sepenuhnya dan anak saya juga sihat,” katanya yang melahirkan cahaya mata lelaki, Mohd Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu.

Tambah Wawa, dia kesal dengan tindakan segelintir pihak yang mencerca dan menuduh dirinya tanpa soal bicara.

“Saya dan Aeril memohon maaf kerana merahsiakan perkara ini. Percayalah, bukan niat kami untuk membuatkan perkara ini jadi rumit,” katanya yang turut mengakui sedang belajar mendalami ilmu agama.

Bagaimanapun, usaha Zass untuk mendapatkan David Teo mengenai dakwaan ini tidak berhasil apabila David tidak menjawab panggilan.

Sumber

Khairy, Shahrizat dan Mas Ermieyati sah ketuai tiga sayap UMNO

Khairy, Shahrizat dan Mas Ermieyati sah ketuai tiga sayap UMNO

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013 mengesahkan kemenangan Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk terus menerajui sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO bagi penggal yang kedua.

Jawatankuasa itu juga mengesahkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang baru.

Pengerusi jawatankuasa, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dalam satu sidang media awal pagi ini mengumumkan kemenangan mereka selepas masing-masing mendapat majoriti mudah undi daripada 96 bahagian.

Sehingga pukul 3.35 pagi, Khairy disahkan menang di 97 bahagian manakala Shahrizat menang di 100 bahagian dan Mas Ermieyati menang di 96 bahagian.

Sementara itu,Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd Rauf Yusoh berkata, sehingga awal pagi ini, masih ada lebih kurang 50 bahagian yang masih belum selesai mengira undi.

"Ini adalah keputusan yang ada pada kita setakat ini. Keputusan rasmi bagi jawatan-jawatan lain akan dimaklumkan oleh ibu pejabat UMNO hari ini (Ahad)," katanya.

Pemilihan UMNO pada kali ini buat pertama kalinya melibatkan ahli di peringkat akar umbi di bahagian masing-masing di seluruh negara dan bukan lagi perwakilan yang hadir ke Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan proses pemilihan yang melibatkan ahli di peringkat akar umbi itu sebagai bukti UMNO sebuah parti yang menunjangi demokrasi.

Ia juga membuktikan keputusan meminda perlembagaan parti itu pada 2009 adalah tepat dan diterima oleh ahli.

Beliau menarik perhatian walaupun ada sedikit masalah semasa pemilihan di beberapa tempat tetapi secara umumnya UMNO telah melalui ujian pemilihan kali ini dengan begitu cemerlang sekali.

"Saya atas nama parti dan Majlis Tertinggi ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja keras di belakang tabir yang selama ini tidak diketahui," katanya.

Pemilihan tiga sayap parti itu melibatkan 33,012 calon bertanding, 247,000 kertas undi dikeluarkan di 572 pusat mengundi serta 20,000 sukarelawan pemilihan.

Dalam pada itu, Khairy pula menyifatkan pemilihan kali ini sebagai satupertembungan antara pemikiran progresif dan liberal dengan pemikiran yang ke belakang dan konservatif, dan akar umbi UMNO telah membuat pilihan.

Katanya, ia adalah satu pengiktirafan kepada pemikiran progresif dan liberal yang beliau bawa selama empat tahun lalu sejak jadi Ketua Pemuda UMNO.

Sementara itu, bagi Shahrizat, kemenangan beliau merupakan satu kemenangan bagi agenda transformasi kepimpinan yang diketuai oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan merupakan kemenangan bagi akar umbi Wanita UMNO.

"Ini adalah suara akar umbi yang telah mengesahkan kemenangan mereka yang menang hari ini," katanya.

- ASTRO Awani