Monday, 6 April 2015

Kemenangan kesembilan adalah bonus - Fara Fauzana


Penyampai Radio Wanita Popular, Fara Fauzana pada Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Munira Abdul Ghani

KUALA LUMPUR : Kemenangan kali kesembilan Fara Fauzana menerusi kategori Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2014) untuk edisi ke 28 menepati ramalan ramai.

Namun beliau sama sekali tidak menyangka kemenangannya pada malam tadi.

Fara Fauzana atau nama penuhnya Fara Fauzana Mohd Fadzil menganggap kemenangan ini sebagai satu bonus kerana tidak menyangka berjaya mengekalkan trofi itu buat sembilan tahun berturut-turut.

"Walaupun orang kata sudah sembilan kali tetapi saya tetap tidak menyangka dan hanya berserah. Malah tangan saya masih menggeletar lagi pada ketika ini.

"Bagi saya saingan terdekat adalah Abby Fana kerana beliau sentiasa tercalon bagi kategori yang sama. Namun tak bermaksud saya memandang rendah mereka lain yang tercalon," kata Fara ketika selepas selesai acara kemuncak itu di Arena Of Stars, Genting Highlands.

Tidak merancang untuk mengikut jejak Datuk Siti Nurhaliza untuk menarik diri setelah menang beberapa di anugerah berprestij itu, Fara berpendapat beliau masih terikat dengan stesen radio HotFM dan perlu berbincang dengan pihak pengurusannya sebelum mengambil sebarang keputusan.

"Keputusan untuk menarik diri tidak boleh sewenang-wenangnya diambil kerana saya masih terikat dengan HotFM. Melainkan jika saya sudah berhenti kerja seperti Faizal Ismail barulah saya boleh membuat keputusan sebegitu.

"Janji saya buat masa ini adalah untuk menjadi diri sendiri. Dengan imej bertudung sekarang, saya tidak lagi mengendalikan ruangan gosip malah segmen Panggilan Hangit juga sekala sekala saja saya buat," kata Fara.

Mengulas mengenai kemenangan Neelofa menewaskan dirinya bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular, Fara ternyata berbangga dengan kemenangan bekas gandingan pengacara rancangan Nona itu.

"Saya ternyata berbangga dengan kemenangannya menerusi kategori itu. Tidak timbul istilah tewas di tangan sesiapa. Saya sendiri tidak menyangka Lofa menyebut nama saya dalam ucapan kemenangannya itu.

- Sumber: Sinar Harian | 6 April 2015

Siti Elizad sah sudah bernikah 11 Januari

PELAKON, Siti Elizad.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Elizad akhirnya mengesahkan dia sudah bernikah dengan teman lelakinya, Shamsul Baharin Rahman, seorang duda anak dua secara rahsia pada 11 Januari lalu atas permintaan bapanya.

Elizad akhirnya membuka mulut bercerita hal sebenar kepada Harian Metro setelah berdolak dalik serta menipu pihak media dengan kenyataannya sebelum ini.

"Saya terpaksa mendiamkan diri selama hampir tiga bulan sebab bapa minta jangan dikecoh-kecohkan kerana dia kurang sihat. Ketika itu, kami hanya buat perkara wajib saja.

"Saya mengaku telah berkahwin dengan Shamsul pada tarikh itu tetapi majlis berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat saja," kata Elizad kepada Harian Metro.

Pelakon berusia 31 tahun itu memohon maaf kerana merahsiakan perkahwinannya atas permintaan keluarga.

Ternyata Elizad terlalu berdolak dalik dalam hal perkahwinannya hingga sanggup 'menipu' mengatakan yang dirinya akan bernikah pada 11 April ini.

Pengakuan itu didedahkan pelakon drama Teman lelaki Upahan siaran TV3 kepada BH Online bertarikh 2 April lalu selepas dua kali majlis pernikahan tertunda.

- Sumber: BH Online | 6 April, 2015

Tahanan baca sesuatu, saya rasa macam tidak kena

Chandkumary bersama peguamnya keluar selepas prosiding mahkamah hari ini.

GEORGETOWN - "Dia sebut sesuatu yang tidak difahami sambil memandang tepat ke arah mata saya sehingga rasa sesuatu yang tidak kena berlaku kepada diri saya sehingga berada dalam kabur beberapa jam sehingga K Prabaharan meloloskan diri".

Asisten Superintendan L Chandkumary, 58, mendakwa demikian ketika memberi keterangan bersumpah dari kadang saksi ketika membela diri di mahkamah majistret di sini hari ini.

Menurutnya, niat untuk membantu Prabaharan mendapatkan tarikh baharu sebutan kes menjadi puncanya beliau mengadakan pertemuan dengan tertuduh di pejabatnya.

"Sehari sebelum itu iaitu 8 Oktober, kes tertuduh disebut di mahkamah majistret di sini dan saya ketika itu memegang jawatan selepas pegawai bertugas di mahkamah menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa anak tertuduh.

"Wanita itu meminta tolong saya agar sebutan kes bapanya pada 9 Oktober 2013 ditunda ke petang kerana mempunyai kes lain di mahkamah majistret di Cameron Highland, Pahang. Dia juga memaklumkan hasratnya untuk menguruskan jaminan agar bapanya dilepaskan sebelum sambutan Deepavali.

"Tetapi saya memberitahu tidak dapat berbuat apa-apa dalam hal ini dan meminta tertuduh hadir ke mahkamah untuk urusan berkenaan,"katanya.

Chandkumary mendakwa pada 9 Oktober 2013, kira-kira jam 10.40 pagi, menerima panggilan daripada tertuduh yang meminta bantuannya untuk mendapat tarikh sebutan kes pada waktu petang menggunakan telefon bimbit anggota polis pengiring.

"Saya menyemak dan mendapati tertuduh mempunyai kes di mahkamah majistret 3. Selepas itu, saya bercakap dengan anggota polis yang memaklumkan mereka dalam perjalanan ke Penjara Pulau Pinang.

"Kira-kira jam 1 petang, tahanan menghubungi sekali lagi dan memaklumkan sudah berada di Pulau Pinang. Kemudian telefon bimbit itu diserahkan kepada sarjan polis yang mengiringinya. Sarjan itu memberitahu boleh membawa tertuduh ke mahkamah dan saya memintanya datang ke mahkamah sebelum jam 2 petang," katanya.

Beliau berkata niatnya adalah untuk membantu tertuduh mendapatkan tarikh baharu bagi sebutan kes kali kedua pada sebelah petang.

"Saya memanggil anggota polis mahkamah yang bertugas untuk membawa tertuduh mendapatkan tarikh baharu kerana tarikh ditetapkan mahkamah ialah sebelah pagi tetapi mempunyai kes lain.

"Sebaik tiba ke mahkamah, saya meminta seorang anggota polis mahkamah menemani dua polis pengiring untuk makan tengah hari sambil menghulurkan RM50 kerana mereka datang dari jauh," katanya.

Chandkumary yang berkhidmat 33 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendakwa ketika bersama tertuduh di pejabatnya, lelaki itu memberitahu mahu membayar jaminan sebelum Deepavali, tetapi wang tidak cukup.

"Ketika saya meminta butiran kes, tertuduh meminta saya untuk membawanya berjumpa kawannya yang berada di Pulau Pinang tetapi tidak tahu alamat dan nombor telefon tetapi hanya tahu lokasi rumahnya.

"Walaupun diminta beberapa kali, saya tidak mengendahkannya dan tidak boleh membantu kerana tidak mempunyai kenderaan rasmi dan pengiring. Susulan itu, tertuduh kelihatan menyebut sesuatu yang tidak difahami dan memandang ke arah mata saya.

"Ketika itu,rasa badan menjadi lemah dan kepala menjadi berat. Saya hanya mendengar suara tertuduh yang meminta dibawa keluar. Saya rasa seolah-olah diminta memanggil seorang anggota polis untuk menemani tertuduh ke kereta dan duduk di bahagian belakang kereta," katanya.

Wanita itu mendakwa kira-kira jam 3 petang, baharu tersedar dan mendapati kereta berada di tepi jalan ketika itu dan masih memakai uniform yang lengkap.

"Saya mendapati telefon bimbit dan kad kuasa saya hilang. Saya tidak boleh mengingati semula apa yang berlaku terhadap diri saya. Saya menelefon anggota polis yang menemani polis pengiring untuk makan tengah hari selepas mendapati tahanan itu hilang.

"Dalam keadaan tidak tahu apa yang berlaku, saya memaklumkan insiden itu kepada pegawai atasan saya dan diminta untuk membuat laporan.

"Laporan yang saya buat adalah berdasarkan apa yang saya ingat. Saya tidak berapa normal selepas insiden itu dan susah mengingati semula apa yang sebenarnya berlaku," katanya.

Pada 21 Oktober 2013, Chandkumary didakwa atas dua tuduhan iaitu sengaja melepaskan tahanan K Prabaharan, ketika itu berusia 45 tahun, yang menghadapi pertuduhan kes penipuan pada jam 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah Georgetown pada 9 Oktober 2013 mengikut Seksyen 225A (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Pertuduhan kedua didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada jam 8.05 malam hari yang sama berhubung insiden itu mengikut Seksyen 182 kanun sama memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Chandkumary dibantu oleh peguam Danny C Navarednam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Talib.

Majistret Diannee Ningrad Nor Azahar menetapkan kes disambung bicara pada 27 April ini.

- Sumber: Sinar Harian 

Juruterbang bergaduh sebelum berlepas

Air India

NEW DELHI - INDIA. Syarikat penerbangan Air India menggantung tugas dua orang juruterbang selepas didakwa bergaduh di dalam kokpit, hari ini.

Menurut Channel News Asia, pembantu juruterbang dilaporkan menyerang kapten sebelum penerbangan dari Jaipur ke New Delhi, malam semalam.

Difahamkan, pembantu juruterbang berkenaan naik marah selepas disuruh mencatat maklumat kritikal penerbangan seperti jumlah penumpang, berat untuk pelepasan pesawat dan jumlah minyak.

Bagaimanapun, syarikat tersebut menafikan terdapat sebarang pergaduhan fizikal dan ianya hanya melibatkan pertengkaran mulut.

- Sumber: Sinar Harian 

'Dr M pun ada benda tak jawab sampai sekarang'


KUALA TERENGGANU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap tidak patut bertindak mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka.

Ahli Jawatankuasa Biro Perangan Umno Terengganu, Abu Bakar Ghani berkata, Dr Mahathir turut mempunyai beberapa persoalan yang masih belum dijawab sehingga kini ketika zaman pentadbirannya.

Sehubungan itu menurutnya, tidak sepatutnya Dr Mahathir melakukan tindakan menggesa Najib menjawab tuduhan terhadap kepimpinannya seolah-olah menggambarkan kepimpinan Najib lemah .

“Kritikan Dr Mahathir tidak boleh diterima seratus peratus. Kalau hendak kira, masa Dr Mahathir perintah dulu ada beberapa isu seperti Petronas dan KWSP tidak dijawab sampai sekarang.

“Jadi, biarlah Dr Mahathir dengan cara dia tetapi saya rasa tiada siapa setuju dengan cara beliau terhadap Najib itu,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Abu Bakar bagaimanapun tidak menolak apa yang dikatakan Dr Mahathir itu boleh mempengaruhi rakyat disebabkan beliau mempunyai pengaruh tersendiri dalam negara.

Dr Mahathir dalam blognya, chedet.cc sebelum ini mendakwa rakyat tidak mempercayai kepimpinan Najib lagi.

Dr Mahathir sebelum ini lantang menegur kepimpinan dua perdana menteri selepasnya, bukan sahaja Najib tetapi termasuk Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam blognya, Dr Mahathir berkata, ramalan yang dibuat masyarakat kini ialah Umno dan BN akan kalah dalam PRU14 kerana terlalu banyak tuduhan dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

Selain itu Dr Mahathir berkata, rakyat hilang kepercayaan kepada Najib kerana dasar pemerintahan beliau terhad kepada pemberian wang percuma serta menimbulkan kemarahan orang Melayu dengan mengetepikan Dasar Ekonomi Baru.

- Sumber: Sinar Harian 

Shaheizy Sam dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 2014

SHAHEIZY Sam dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2014, edisi ke-28. - Foto Munira Abdul Ghani

GENTING HIGHLANDS: Shaheizy Sam dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2014, edisi ke-28 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands malam ini. 

Kemenangan itu melayakkan Shaheizy membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Toyota Camry bernilai RM175,000 tajaan UMW Toyota Motor Sdn Bhd berserta trofi.

Ini adalah kemenangan ketiga Shaheizy Sam di pentas ABPBH. 

"(Walaupun ini) kali ketiga menang, saya tetap berdebar. Ramai yang nak saya sebut terima kasih tapi anda tahu siapa diri kalian yang saya gelar The Magician," katanya. 

Trofi Bintang Paling Popular ABPBH 2014 disampaikan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2014 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir pada majlis kemuncak yang bertemakan Cinta.

ABPBH 2014 dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio, Hot FM.

Keputusan pemenang diperoleh berdasarkan undian keseluruhan pencalonan akhir ABPBH 2014 membabitkan hampir 500,000 borang undian yang diterima penganjur. 

SHAHEIZY Sam pada malam kemuncak ABPBH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Hasriyasyah Sabudin

PENGARANG Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali menyampaikan trofi kepada pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 2014, Shaheizy Sam (kanan) pada malam kemuncak ABPBH 2014 di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Hasriyasyah Sabudin

- Sumber: BH Online 

Keputusan penuh ABPBH 2014

Berikut adalah keputusan penuh ABPBH 2014 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands malam ini (6 April 2015):

* Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam

* Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam

* Pelakon Filem Wanita Popular - Siti Saleha

* Penyanyi Lelaki Popular - Akim 

* Penyanyi Wanita Popular - Adira

* Pelakon TV Lelaki Popular - Shah Iskandar

* Pelakon TV Wanita Popular - Nad Zainal

* Artis Duo/Berkumpulan Popular - Akim & The Magistrate

* Artis Komedi Lelaki Popular - Abam

* Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias

* Artis Baharu Lelaki Popular - Hafreez Adam

* Artis Baharu Wanita Popular - Ayda Jebat

* Pengacara TV Lelaki Popular - Datuk Aznil Nawawi

* Pengacara TV Wanita Popular - Neelofa

* Penyampai Radio Lelaki Popular - Johan

* Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

* Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Tan Sri SM Salim

- Sumber: BH Online 

Peniaga boikot enggan jual kad tambah nilai?

Gambar peniaga mula enggan menjual kad tambah nilai prabayar tersebar di laman sosial.


SHAH ALAM - Gara-gara tersepit antara kerajaan dan rakyat, ada peniaga kini mengambil langkah drastik dengan menghentikan jualan kad tambah nilai ke atas pelanggan.

Di laman sosial kini tersebarnya beberapa foto premis jualan yang mempamerkan notis enggan menjual kad tambah nilai prabayar disebabkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menekan mereka.

“Tak (tidak) jual top up (kad tambah nilai prabayar) sebab kami untung 3 peratus, kerajaan untung 6 peratus. Kalau mahu marah, marah dulu kerajaan.

“… Kami bukan mahu tipu 6 peratus,” katanya memetik satu notis yang terdapat di sebuah premis.

Bagaimanapun lokasi sebenar premis perniagaan tersebut tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Ma'amor Osman berkata, kerajaan seharusnya mengkaji semula kelayakan untuk mengenakan kadar GST yang diwajibkan ke atas peniaga.

“Kita tengok peniaga kecil seperti penjual kad tambah nilai, pendapatan mereka tidak seberapa. Mungkin bawah RM5,000 sebulan. Adalah tidak wajar sekiranya kerajaan terus mengenakan GST ke atas mereka kerana ia akan menghimpit para peniaga.

“Mereka ini (peniaga) tidak mahu membebankan pengguna dan pelanggan mereka, tetapi dalam masa yang sama mereka juga harus jelaskan kadar GST yang dikenakan kerajaan terhadap mereka, apa patut mereka buat? Sebab itulah mereka bertindak sedemikian,” katanya ketika menjawab kepada Sinar Online hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta kerajaan mengkaji semula kelayakan pengutipan GST yang dikenakan terhadap peniaga.

“Antara syarat pendaftaran GST bagi syarikat-syarikat termasuk pendapatan yang melebihi RM500,000 sebulan. Sekiranya peniaga kecil hanya berpendapatan RM5,000, mereka tidak layak,” katanya lagi.

- Sumber: Sinar Harian 

Tiada gelaran juara buat Lin Dan


Hasrat juara Olimpik dua kali, Lin Dan dari China untuk meraih kejuaraan sulung Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila disekat rakan senegara Chen Long. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Hasrat juara Olimpik dua kali, Lin Dan dari China untuk meraih kejuaraan sulung Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila disekat rakan senegara Chen Long pada
perlawanan akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil pada Ahad.

Pemain berusia 31 tahun itu yang kali terakhir beraksi di Terbuka Malaysia pada 2012 di mana beliau tewas kepada jaguh negara Datuk Lee Chong Wei, gagal menjulang kejuaraan tersebut kali ini, walaupun tanpa kelibat pencabar sengitnya itu yang digantung sementara berikutan kes doping.

Lin Dan yang mendapat sokongan padu penyokong tempatan, bermula cemerlang pada set pertama apabila mengatasi Chen Long yang juga pemain nombor satu dunia, dengan 22-20 sebelum tewas dua set seterusnya 13-21 dan 11-21 dalam perlawanan yang berlangsung satu jam 18 minit.

Bagaimanapun, Lin Dan yang juga juara dunia lima kali, yakin untuk menjulang kejuaraan tersebut tahun depan, dengan berdepan Chong Wei.

"Kekalahan ini disebabkan corak permainan saya yang perlahan dan tidak yakin sehingga membolehkan Chen Long memenangi set kedua dan ketiga. Oleh kerana Terbuka Malaysia antara kejohanan kelayakan Sukan Olimpik, saya akan kembali ke sini tahun depan dan harap dapat berdepan dengan Chong Wei," katanya.

Lin Dan yang dianggap ramai pemerhati sukan sebagai pemain badminton terhebat sepanjang zaman, telah meraih pelbagai gelaran utama seperti Sukan Olimpik, Piala Thomas, Piala Sudirman, All England dan Sukan Asia, namun belum pernah merangkul gelaran Terbuka Malaysia.

Dalam pada itu, Chen Long yang juga pilihan pertama kejohanan, berkata beliau berpuas hati dengan prestasinya hari ini, kerana sebelum ini beliau sudah mempersiapkan diri berdepan apa jua kemungkinan apabila berdepan Lin Dan.

"Sebagai pemain junior, saya perlu positif apabila penonton memberi sokongan kepada Lin Dan," kata pemain berusia 26 tahun itu, yang turut berharap Chong Wei berjaya dalam menghadapi panel pendengaran kesnya itu dan dapat kembali beraksi di gelanggang secepat mungkin.

Chen Long, juara dunia tahun lepas, menggunakan kelebihan untuk membawa pulang gelaran Terbuka Malaysia ke China selepas 17 tahun, berikutan ketiadaan Chong Wei yang menjulang kejuaraan tersebut sebanyak 10 kali sejak 2004, dan hanya gagal pada edisi 2007 apabila tumpas di suku akhir.

Sementara itu, Carolina Marin dari Sepanyol menafikan penguasaan China pada kejohanan tersebut apabila muncul juara acara perseorangan wanita selepas menumpaskan Li Xuerui dalam pertarungan tiga set 19-21, 21-19 dan 21-17 dalam masa satu jam 11 minit.
Ok bhbo
Biarpun badminton kurang popular di Sepanyol, kesungguhan Marin terhadap sukan berkenaan menjadikan beliau pemain Sepanyol pertama dan pemain Eropah kedua selepas Tine Rasmussen dari Denmark, untuk meraih gelaran Terbuka Malaysia.

Mendapat sokongan padu penyokong tuan rumah, Marin bangkit daripada ketinggalan pada set ketiga 9-14 untuk meraih lapan mata berturut-turut untuk mendahului pemain China itu 17-14 sebelum menamatkan saingan dengan 21-17, sekali gus memastikan gelaran sulung Terbuka Malaysia miliknya.

"Sejak awal lagi, saya sudah menduga akan berdepan perlawanan yang sukar...jadi saya berpuas hati kerana berjaya meraih gelaran ini. Apabila mendapat sokongan daripada penyokong, saya bertambah yakin dan bertenaga untuk memenangi perlawanan tersebut," kata Marin.

- Sumber: Bernama 

Doktor, ahli perniagaan pun ada sertai IS

Gambar hiasan

SHAH ALAM - Penyebaran ideologi IS tidak mengira latar belakang pendidikan mahupun pekerjaan susulan penggunaan laman sosial secara meluas sebagai medium untuk merekrut anggota baharu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, isu berpendidikan atau tidak juga tidak timbul kerana hasil siasatan setakat ini menunjukkan bahawa rakyat negara ini yang terlibat IS datang dari pelbagai latar belakang.

“Isunya juga bukan yang berpendidikan atau tidak sebab mereka ini daripada pelbagai latar belakang.

“Sebab medium yang digunakan itu untuk menyebarkan ideologi mereka ialah media sosial jadi, capaiannya luas. Itu yang hasil rekrut datang daripada pelbagai,” katanya kepada Sinar Online.

Mengikut rekod, polis telah menangkap 75 anggota IS di negara ini dan ditempatkan di lima penjara berbeza bagi mengelakkan mereka mempengaruhi banduan lain atau pegawai penjara yang bertugas.

Malah katanya, dakwaan sekolah pondok sebagai medium penyebaran juga kurang tepat .

“IS ini bukan macam JI dan sebagainya dulu...tidak. Ini bukan soal sekolah pondok ke tidak. Sebab kami lihat latar belakang anggota IS yang kita tahan...yang pergi sana (Syria) ini pelbagai (latar belakang).

“Yang dari sekolah pondok ini boleh dikira dengan jari. Doktor, pelajar universiti, ahli perniagaan, bekerja sendiri, pekerja swasta pun ada. Ia tidak ada satu profil yang spesifik,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Kylie Jenner hamil di usia muda?


KISAH keluarga Kardashian nampaknya tidak pernah sepi dari media.

Terbaharu, ahli keluarga mereka yang paling muda, Kylie Jenner, 17, menjadi perhatian ramai.

Hal ini kerana tersebarnya berita Jenner sedang berbadan dua dan umum sedia mengetahui hubungan intimnya dengan rapper terkenal, Tyga.

Menurut sumber, kakaknya, Kim Kardashian, tidak pernah menyangka adiknya itu akan melalui fasa berkeluarga dengan di usia yang sangat muda.

Namun sebaliknya bagi Kendall Jenner yang berpendapat adiknya telah menghancurkan hidupnya sendiri. Sementelah hubungan mereka dikatakan tidak begitu disenangi ahli keluarga Kardashian.

Bagaimanapun, berita mengenai kehamilan Kylie bukanlah pertama kali tersebar dan sehingga kini baik Kylie atau Tyga belum mengesahkan perkara itu.

- Sumber: Sinar Harian 

Kritik Najib: Dr M dinasihat lebih berhemah


KUALA TERENGGANU – Meja rundingan lebih baik daripada mempersoalkan dan mengkritik sesama sendiri secara terbuka.

Ahli Dewan Negara, Senator Toh Puan Zaitun Mat Amin berkata, tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui blognya boleh memberi kesan negatif sekiranya tindakan menegur dilakukan secara tidak berhemah.

Menurutnya, kedua-duanya mempunyai pengaruh tersendiri dan tindakan Dr Mahathir mendedahkan secara terbuka seolah-olah berlaku kelemahan dalam kepimpinan Najib tidak menunjukkan kematangan apatah lagi beliau sebagai tokoh negarawan sepatutnya perlu bertindak lebih berhemah dalam memberi teguran.

“Sebaik-baik cara adalah perundingan, kalau tidak, tidak selesai masalah. Ia bukan beri kebaikan malah sebaliknya.

- Sumber: Sinar Harian | 6 April 2015

Jamaluddin, the philanthropist donated part his fortune to charity

Jamaluddin contributed personal zakat to an orphanage on the island of Nias, North Sumatra, Indonesia, without anyone knowing.- File Photo

KUALA LUMPUR: “For nearly 10 years, Jamaluddin has contributed personal zakat to an orphanage on the island of Nias, North Sumatra in Indonesia without anyone's knowledge.

Rompin member of parliament (MP) Tan Sri Jamaluddin Jarjis made a midlife career shift into philanthropy and channeled much of his personal fortune into social causes, disclosed close friend and former journalist, Syahril Kadir. 

Jamaluddin died in a tragic helicopter crash in Semenyih, Selangor on Saturday along with five other passengers.

According to Syahril, Jamaluddin would normally sought his assistance to silently donate some of his private earnings to several children placed at an orphanage after an earthquake devastation in Pualu Nias in the coast of Sumatera, Indonesia especially during Hari Raya.


“Normally, I'd be accompanied by two or three of his confidante to execute the humanitarian mission. Other than Muslim orphans, the kind-hearted and generous Jamaluddin had asked us to channel the fund to Christian orphaned children after an earthquake devastation hit the island.

“The last time I brought his zakat money was four months ago … and I bring this to everyone’s attention as this was among his many other contributions that were silently carried out in the past," said Syahril in a post on his Facebook.

He had insisted that his actions not to be revealed to the public or media.

Syahril said, “I admit that I have been the direct contact person by Tan Sri to channel a sum of his private earnings to the orphan children, victims of earthquake.

"For as long as I’m alive, there’s no point of regaling people with this story – that was what he said to me,” said Syahril during an interview with Astro AWANI on Sunday. 

According to him, he was introduced to Jamaluddin some ten years ago when he was assigned to cover the earthquake tragedy in Sumatera.

Jamaluddin, said Syahril was friendly and loved by most media personnel.

“From the aspect of journalism, Syahril was a government leader who was easily accessible and had great knowledge and experience. It was easy for most of us to execute our tasks especially when we needed to refer to a government officer.

“As a backbencher officer at the Parliament, he was always around, he was friendly. He was also humorous.

He always had a way to make us comfortable being around him and also to deal with a leader like him. His loss is greatly felt by the media members," said Syahril.

- Source: Astro Awani 

Pelakon kayu? Hati Perempuan terima kritikan

Hati Perempuan

DRAMA terbitan Creative Skill Solution terus menjadi perhatian peminat drama tempatan selepas kejayaan Rindu Awak 200%. Terbaru, Creative Skill Solution mempertaruhkan Hati Perempuan yang dibintangi pelakon baru seperti Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Hafreez Adam dan Hafeez Mikail.

Meskipun pernah mendapat kritikan hebat menerusi Rindu Awak 200% sebelum ini kerana menampilkan muka-muka baharu, namun ia tidak bermakna syarikat penerbitan itu mengubah pendiriannya menggunakan pelakon terkenal bagi drama terbaharunya ini.

Mula disiarkan 30 Mac lalu di slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam, drama yang menggantikan siri hits Teman Lelaki Upahan ini turut terkena tempias yang sama.

Malah, di hari pertama siarannya, pelbagai kritikan dan kutukan hebat dilemparkan kepada drama sentuhan pengarah Kas Roshan ini. Paling ketara apabila teraju utamanya, Mia Ahmad, dikatakan tidak mampu membawakan karakter diberi dengan baik sehingga dilabel 'kayu'.

Bersedia dengan kritikan yang diterima, Kas Roshan berkata, sedikit sebanyak pengarah akan terkena tempias apabila mendapat respons kurang baik daripada penonton.

"Mereka telah memberikan yang terbaik, sebagai pengarah saya sentiasa memberikan tunjuk ajar dan panduan bagaimana untuk menghidupkan peranan masing-masing.

"Jika ia dilihat tidak berjaya di mata penonton, tiada apa boleh dilakukan. Adakala penonton mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap seseorang pelakon itu.

"Apa pun, tidak semua lakonan mereka tidak baik, masih ada yang boleh diberikan pujian," kata empunya nama Mohd Iskandar Abdul Razak ini.

Ditanya apakah dia memasang harapan melihat kejayaan drama tersebut seperti drama-drama lain yang menggunakan pelakon baharu, jelas Kas Roshan, semuanya bergantung kepada nasib.

"Menggunakan pelakon baharu atau lama bukan faktor drama itu boleh berjaya. Walaupun pelakonnya biasa sahaja, tetapi kerana skrip dan jalan cerita yang menarik membuatkan penonton tertarik.

"Secara tidak langsung ia mendapat sambutan hebat daripada mereka," katanya mengenai drama bersiri 28 episod itu.

- Sumber: Sinar Harian 

US embassy flag at half-mast in honour of Jamaluddin

Jamaluddin and five other passengers were killed in the tragedy which occurred at a rubber smallholding in Semenyih at 4.55pm on Saturday. - File Photo 

KUALA LUMPUR: The US flags at its embassy in Kuala Lumpur is flown at half mast today as a mark of respect for the late Tan Sri Jamaluddin Jarjis who died in a helicopter crash in Semenyih, Selangor on Saturday.

Following a post on its Twitter account, the US embassy recgonised Jamaluddin’s role in strengthening the relations between the US and Malaysia.

US Ambassador to Malaysia, Joseph Y. Yun in post on Twitter lauded Jamaluddin citing him as 'dedicated in his efforts to rejuvenate and strengthen bilateral relations during his tenure as Malaysian ambassador to the US.'

Yun also said that Jamaluddin played a crucial role in materialisin both governments' desires to enhance the existing relations with his innovative ideas, creativity, energy and vision

The site also highlighted an image of the US President Barack Obama with Jamaluddin which boasted a caption that read: President Barack Obama with Tan Sri Jamaluddin Jarjis, the former Malaysian ambassador to America.

Yun also extended his condolences to the family members and close friends of those who perished in the Semenyih tragedy.

Our prayers and hopes are with them during this devastating moment,” he said.

Jamaluddin, who was the chairman of Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), and Azlin, who was the principal private secretary of the prime minister, and the four other people were flying back from Pekan, Pahang, to Subang, Selangor, when the AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) helicopter went down in a rubber smallholding in Semenyih at 4.55 pm.

The four other people have been identified as the pilot, Capt Clifford William Fournier; operations assistant Aidana Baizieva; Jamaluddin's bodyguard Razakan Seran and businessman Datuk Tan Huat Seang.

- Source: Astro Awani 

Slump? What slump? Cristiano Ronaldo racks up yet more records

Cristiano Ronaldo struck the quickest hat-trick of his career on his way to netting five goals in Real Madrid's 9-1 drubbing of second-from-bottom Granada on Sunday which took Real to within a point of La Liga leaders Barcelona.

Portugal forward Ronaldo struck three times in eight minutes after Gareth Bale had fired Real ahead in the 25th minute on a festive, sun-drenched afternoon at the Bernabeu.

Ronaldo has scored three or more goals 24 times in La Liga, equalling the record set this season by his great rival, Barcelona forward Lionel Messi.


World player of the year Ronaldo has 31 career hat-tricks overall but Sunday's effort was only the second time he has scored one in the first half.

However, 28 of those hat-tricks have come in Real Madrid colours, which puts him level with one Alfredo Di Stefano.


His haul of five goals also put him in esteemed company.

- Source: Eurosport 

Majoriti senyap terus sokong kepimpinan negara

Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR - Kumpulan majoriti senyap terus menyokong kepimpinan negara walaupun beberapa ekstremis cuba memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, beliau percaya bahawa majoriti senyap dalam kalangan rakyat tidak mudah terpengaruh dan percaya dengan apa sahaja agenda atau isu yang dibangkitkan oleh kumpulan ekstremis.

"Hanya sesetengah pihak seperti golongan ekstremis cuba mensensasikan isu-isu kecil dan memecahbelahkan kita. Kita tidak perlu tunduk kepada elemen negatif mereka.

"Kita harus ingat, integrasi dan perpaduan dalam kalangan kumpulan majoriti akan meletakkan Malaysia berada dalam keadaan yang harmoni, kukuh dan stabil pada tahun-tahun mendatang," katanya pada sambutan Rumah Terbuka Ugadi di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan, Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia Tan Sri M.Kayveas dan bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu.

Perdana menteri berkata kerajaan sentiasa komited dalam mengekalkan dan melindungi kesejahteraan semua masyarakat di negara ini.

Mengenai masyarakat India di Malaysia, Najib berkata kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka walaupun adanya beberapa masalah dan cabaran dalam proses mencapainya.

"Saya harus akui bahawa masih ada masalah dan cabaran yang dihadapi masyarakat ini yang memerlukan perhatian daripada kerajaan," kata beliau.

Najib berkata kerajaan telah mengumpul input dan pendapat daripada setiap pihak dalam masyarakat India untuk meningkatkan taraf hidup mereka bagi dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Menurutnya kerajaan juga sentiasa mengakui inisiatif yang diambil oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam melindungi kesejahteraan masyarakat.

"Kami mendengar suara dan pendapat yang dapat membantu kami. Itulah sebabnya kita membantu mereka dengan memperuntuk bantuan kewangan,"katanya.

Ugadi adalah perayaan tahun baru bagi masyarakat Telugu dengan perkataan "Yuga" bermaksud era dan "adi" bermaksud permulaan dalam bahasa Sanskrit. 

Lebih 1,000 orang menghadiri sambutan Rumah Terbuka Ugadi itu yang dianjurkan oleh Persatuan Telugu Malaysia. 

- Sumber: Bernama

GST gagal mansuhkan caj perkhidmatan 10 peratus

Resit pembelian yang didakwa mengenakan caj perkhidmatan sehingga 10 peratus disalah sebuah restoran terkemuka di Malaysia.
 
SHAH ALAM - Caj perkhidmatan sehingga 10 peratus masih dikenakan oleh segelintir peniaga kepada pengguna walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mula dilaksanakan pada 1 April lalu.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani berkata, walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dimansuh dan digantikan dengan GST, namun caj itu masih dikutip oleh peniaga.

" Saya sendiri terasa beban GST itu, bayangkan ada kedai dan restoran mamak mengenakan caj servis lima peratus dan ditambah pula GST enam peratus menjadikan jumlah cukai 11 peratus.

"Kesan GST dan caj servis ini memberi implikasi yang besar kepada kenaikan harga barang," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata beliau akan membawa isu tersebut ke Dewam Rakyat susulan tindakan peniaga yang mengenakan caj berganda itu.

"Resit pembelian saya masih simpan nanti saya akan bawa ke Parlimen untuk mendapatkan pengesahan daripada kerajaan yang sebelum ini mengatakan caj servis tidak dikenakan lagi bila GST dilaksanakan.

"Menteri Kewangan II sebelum ini berkata caj servis tidak kena (dicaj kepada pengguna), caj 10 peratus itu tiada lagi, yang tinggal hanya enam peratus saja. Sekarang ini kenapa masih ada lagi (caj servis)," soalnya.

Dalam pada itu, Abdullah turut menyifatkan GST masih gagal menyeragamkan cukai-cukai sedia ada termasuk SST dan caj servis.

"Saya tengok keadaan ini sangat kritikal apabila caj servis ini dikenakan di restoran makanan yang dikunjungi oleh rakyat biasa kerana alasan kerajaan perkenalkan GST untuk seragamkan cukai-cukai sedia ada untuk meringankan beban rakyat.

"GST masih gagal seragamkan cukai-cukai sedia ada dan ia hanya merunsingkan rakyat.

"Sekarang ini bila tengok dalam resit tertera caj servis dan ditambah pula dengan GST, ia benar-benar menganggu permikiran kita," katanya lagi.

- Sumber: Sinar Harian 

Lima tahun 'sembunyi' di sebalik dinding


SEEKOR kucing telah diselamatkan selepas terperangkap dalam lubang di dinding sebuah stesen keretapi selama lima tahun di Kaherah, Mesir.

Kucing yang dipanggil Biso itu teperangkap di dinding tersebut sejak 2010 masih bernyawa kerana diberi makan dan minum oleh seorang lelaki dikenali sebagai Uncle Abdo.

Menurut Uncle Abdo, kucing itu sering menjadikan lubang di dinding tersebut sebagai tempat persembunyian daripada kucing lain yang lebih besar.

Namun mungkin gara-gara memberi makan kepada Biso di situ, kucing tersebut membesar dan akhirnya tidak boleh keluar.

Usaha menyelamat Biso sebenarnya telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu namun gagal kerana kucing itu terlalu malu dan melarikan diri menjauhi lubang dinding tersebut.

Usaha menyelamat itu bermula dengan kempen di media sosial pada 12 Mac lalu dengan mesej berbunyi 'ekor Biso kelihatan dari lubang ini'.

Kempen itu kemudiannya menarik perhatian aktivis haiwan, Dina Zulfikar, Marwa Elgebaly dan Rania el-Kordy.

Dina membuat laporan polis dan beberapa hari kemudian perintah pendakwaan untuk menyelamatkan Biso dikeluarkan.

Dinding itu dirobohkan dan Biso akhirnya diselamatkan.

- Sumber: Sinar Harian 

Bayi perempuan cukup sifat dijumpai dalam masjid

SETIU - Seorang juruelektrik bersama anggota keluarganya terkejut selepas menemui sebuah bungkusan yang mengandungi seorang bayi perempuan ketika singgah menunaikan solat Zohor di sebuah masjid di Merang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, dalam kejadian hampir pukul 4 petang itu, pengadu Muhamad Faudzan Isa, 37 telah terlihat satu bungkusan berbalut dengan kain di sebelah sudut kanan masjid ketika masuk ke ruang solat.

"Curiga dengan bungkusan tersebut, pengadu lantas memeriksa dan merungkai kain tersebut sebelum menemui seorang bayi perempuan yang cukup sifat dalam bungkusan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya pengadu terus mengambil bayi malang berkenaan dengan membawanya ke Balai Polis Penarik, dekat sini untuk tindakan lanjut.

Ab Rahman berkata, bayi itu telah dibawa ke Hospital Setiu untuk pemeriksaan lanjut dan laporan awal pihak hospital percaya bayi tersebut baru dua hari dilahirkan.

Justeru pihaknya kini sedang giat mengesan ibu bapa bayi berkenaan dan siasatan sedang giat dilaksanakan. 

- Sumber: Bernama