Saturday, 25 April 2015

Tun M kritik pembunuhan di Timur Tengah

  • Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik konflik yang berlaku di Timur Tengah.

Kata beliau, pembunuhan yang berlaku di Timur Tengah adalah salah di sisi undang-undang negara dan agama.

“Kita lihat sekarang apa yang berlaku di Timur Tengah. Kita dilarang membunuh saudara kita yang seagama dengan kita.

“Tetapi mereka ini jerit kalimah ALLAH kemudian bunuh kawan sendiri, tidak berdosakah? Adakah jika mereka membunuh dengan menggunakan kalimah ALLAH boleh menghalalkan pembunuhan yang dilakukan olehnya?” katanya dalam program Bicara Negarawan, hari ini.

Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan pelancaran kempen ketenteraan di Yaman selepas pihak pemberontak Syiah menguasai sebahagian besar negara tersebut.

Menurut duta Arab Saudi di Amerika Syarikat, Adel al-Jubeir memberitahu bahawa Arab Saudi adalah sebahagian dari gabungan 10 buah negara yang akan menghentikan kemaraan pihak pemberontak Houthi.

“Walaupun kita solat dan kita puasa, kita bayar zakat, kita pergi Haji dan kita mengucap hari-hari, salah tetap salah,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Pas-PKR berdamai, tapi kena sokong hudud

Omar (dua, kanan) bersama pemimpin PR mengiringi Dr Wan Azizah ke pusat penmaan calon PRK Permatang Pauh.

Omar (dua, kiri) bersama penyokong PR di pusat penamaan calon PRK Permatang Pauh hari ini.

PERMATANG PAUH - Sengketa Pas Permatang Pauh dengan PKR selesai malam semalam setelah kedua-dua belah pihak bertemu dan bersetuju berdamai.

Perjumpaan itu melibatkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang; Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man dan Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan.

Manakala PKR diwakili presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Omar berkata, pihaknya menerima persetujuan PKR iaitu semua pemimpin dan ahlinya yang beragama Islam akan menyokong pelaksanaan hudud yang dicadangkan Pas manakala pemimpinnya yang bukan Islam tidak menyokong hukum itu.

"Pas Permatang Pauh berpuas hati dengan cadangan dan keputusan dari PKR itu.

"Kita anggap isu ini yang berlarutan beberapa hari sebelum ini selesai dan Pas Permatang Pauh akan menggerakkan semua jentera pilihan raya untuk membantu kempen calon PKR," katanya kepada media selepas mengiringi calon PRK ke pusat penamaan calon di sini hari ini.

Ditanya sama ada Dr Wan Azizah dan Mohamed Azmin ada memohon maaf dan menarik balik kenyataan seperti yang diusulkan Pemuda Pas Permatang Pauh dalam mesyuarat agung tahunan kawasan itu Ahad minggu lalu, Omar enggan mengulas.

Sebaliknya beliau berkata, isu itu sudah selesai dan tidak timbul lagi memberi kata dua untuk menghentikan kerjasama atau memboikot kempen pilihan raya PKR.

Sebelum ini, dalam mesyuarat agung tahunan Pas Permatang Pauh meluluskan usul menggesa kepimpinan PKR membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Omar Hassan berkata, PKR diberi tempoh sehingga sebelum hari penamaan calon untuk membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan tidak menyokong hudud.

Menurutnya, jika PKR bersetuju dan meminta maaf secara terbuka pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan parti itu dalam PRK Permatang Pauh kelak.

Pendirian ini dibuat dan disepakati oleh akar umbi kerana ahli Pas di Permatang Pauh mampu memberi kemenangan kepada calon yang akan bertanding pada PRK nanti.

Dalam reaksinya, Dr Wan Azizah berkata, PKR akan berjumpa kepimpinan Pas Permatang Pauh bagi mendapat penjelasan mengenai tuntutan itu kerana sebelum ini Omar sudah menyatakan sokongan terhadap PKR bagi menghadapi PRK Permatang Pauh.

- Sumber: Sinar Harian 

Dirotan pengasuh sampai berbirat

Hui Choon (kanan) menunjukkan laporan polis yang telah dibuat di Balai Polis Nusajaya, bagaimanapun selepas beberapa jam dia bertindak menarik balik laporan tersebut.

JOHOR BAHRU - Seorang ibu tidak menyangka rotan yang diberikan kepada seorang pengasuh bagi menakutkan anak-anaknya digunakan untuk membelasah anak sulungnya sehingga mengalami calar dan bengkak di beberapa bahagian anggota badan.

Lau Hui Choon, 33, berkata, dia pada mulanya menyangka anak-anaknya dipukul ringan sebaik dihubungi wanita berusia 40-an itu yang memberitahu memukul anak sulung kerana kencing di atas sofanya dan terlalu nakal.

Bagaimanapun, menurutnya, dia terkejut selepas ke rumah pengasuh dan mendapati anak sulungnya itu berbirat dan bengkak di bahagian tangan dan kaki serta punggung.

“Saya bagi dia rotan sekadar menakut-nakutkan anak saya supaya tidak nakal.

“Tapi saya kesal dengan tindakan dia memukul anak saya yang masih kecil sehingga disahkan doktor sangat serius kerana bahagian punggung mula membengkak,” katanya.

Hui Choon berkata, perkhidmatan wanita itu diperoleh melalui iklan di internet dengan bayaran sebanyak RM1,500 sebulan bagi dua anaknya yang berusia tiga tahun dan setahun enam bulan.

Menurutnya, pengalaman sedemikian amat menakutkannya sehingga membatalkan hasratnya untuk bekerja sebagai juruwang di Taman Selesa Jaya bermula 1 Mei depan.

“Saya tak kenal pengasuh ini, cuma mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan melalui internet selepas menerima tawaran bekerja bermula 1 Mei depan.

“Saya membuat keputusan untuk menghantar anak-anak lebih awal supaya mereka boleh menyesuaikan diri apabila saya sudah mula bekerja nanti," katanya.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superitendan Nor Hashim Mohamad mengesahkan menerima laporan polis di Balai Polis Nusajaya kelmarin.

"Bagaimanapun, selepas beberapa jam, wanita berkenaan bertindak menarik balik laporan yang dibuat sebelum itu, " katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

‘Serang penyokong perbuatan melampau’

Pemain pasukan JDT Mohd Safee Mohd Sali mencetuskan kekecohan ketika menentang Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Perak malam tadi. - Foto Bernama


PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) akan membuat laporan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung tindakan liar segelintir penyokong Johor Darul Takzim (JDT) selepas perlawanan Liga Super 2015 antara kedua-dua pasukan itu, di Stadium Perak, di Ipoh malam tadi.

Setiausaha Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin selepas menyaksikan penyokong JDT bertindak membaling besi ke arah penyokong Perak.

"Mereka baling besi tapi tidak kena, cuma kena bahagian kerusi. Saya lihat sendiri penyokong JDT pergi ke bahagian pintu D dan mengejar penyokong kita.

Ketika itu nasib baik ada pagar yang hadang jadi penyokong kita pun lari. Ini melampaui batas sebagai penyokong Malaysia.

"Dalam mesyuarat sebelum ini, kami sudah bincang dengan polis, biar penyokong Perak dengan pemain keluar terlebih dahulu.

"...dan barulah penyokong dan pemain JDT keluar. Kita juga telah mengambil langkah awal dengan mengarahkan semua penyokong JDT masuk ke kawasan padang dan masa itulah perkara ini terjadi," katanya ketika ditemui di sini malam tadi. 

Abdul Aziz berkata, pihaknya juga akan membuat tuntutan ganti rugi kepada FAM selepas mendapati beberapa papan iklan rosak akibat kejadian tersebut. 

"Kalau kita tidak cukup kawalan keselamatan mereka akan menyalahkan kita. Tetapi bila sudah cukup kawalan keselamatan, segelintir penyokong pula bertindak liar. Jadi saya rasa kalau perkara ini dibiarkan berlarutan imej bola sepak negara akan tercalar dengan sikap sebahagian penonton ini.

"Malah saya difahamkan dalam stadium ada juga pergaduhan antara penyokong JDT sendiri yang terdiri daripada dua kumpulan berasingan. Namun, kita dapat halang agar pergaduhan itu tidak berpanjangan," katanya.

Beliau berkata sebanyak 570 anggota keselamatan termasuk daripada Pafa telah ditugaskan untuk menjaga ketenteraman pada perlawanan malam tadi.

Ketika ditanya berhubung pemain JDT menaiki kenderaan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) selepas perlawanan tamat, beliau berkata, ia sebagai langkah pencegahan demi menjaga keselamatan pemain.

"Dalam mesyuarat, memang kita minta supaya pemain dibawa masuk dalam kenderaan FRU kerana kita tahu ada segelintir penyokong yang menunggu di celah pokok dan baling batu, jadi itu merupakan langkah mengelak daripada terkena pemain.

"Ia bukan disebabkan kejadian itu (pergaduhan) tetapi secara kebetulan. Jika tidak berlaku pun, memang kita dah putuskan untuk berbuat demikian dalam mesyuarat," katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Perak menewaskan JDT 2-1. - 

- Sumber: Bernama

Tun M: Saya patut terus jadi Perdana Menteri

Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR - "Kadang-kadang saya rasa saya patut terus jadi Per‎dana Menteri," demikian ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya lagi, walaupun sedar diri sudah tidak layak memegang jawatan tersebut, idea tersebut timbul sesekali apabila melihat keadaan negara yang semakin buruk.

"Kadang-kadang saya terfikirkan hal itu saat saya kecewa melihat banyak perkara yang tidak betul sekarang, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa untuk merubahnya.

“Pada masa itu saya akan terfikir, kalaulah saya masih Perdana Menteri, tentu saya akan buat sesuatu,"katanya dalam program Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut menegur segelintir masyarakat supaya jangan menyokong pemimpin yang korup.

“Kuasa menjadikan kita korup. Tetapi kalau kuasa itu tidak terhad..., kita akan jadi lebih korup daripada yang lain. Sebab itu apabila kita mempunyai kuasa, kita perlu selalu ingatkan diri sendiri supaya sentiasa sedar diri.

“Mak saya selalu berpesan, jangan kita ambil (hak) orang punya. Ini menjadi panduan kepada saya sampai ke hari ini. Kita ambil hak orang lain. Kita fikir orang tidak akan tahu.. Tetapi kita lupa, ALLAH tahu,” katanya lagi sebelum disambut oleh sorakan dan tepukan gemuruh oleh penonton yang memenuhi dewan.

- Sumber: Sinar Harian 

Shelley Hennig dari ratu cantik ke pentas lakonan

Shelley Hennig

KARIER lakonan Shelley Hennig bermula selepas membintangi drama bersiri Days of Our Lives pada 2007.

Ternyata, lakonannya sebagai Stephanie Johnson cukup terkesan sehingga berjaya tercalon dalam Daytime Emmy Awards Bagi kategori Pelakon Wanita Muda Cemerlang Dalam Drama Bersiri.

Bagaimanapun, pelakon berusia 28 tahun ini membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan untuk meninggalkan dram bersiri yang menaikkan namanya itu.

"Buat sementara waktu, saya sudah bersedia untuk semua ini. Saya cuma merasakan keputusan saya ini adalah tepat.

"Saya akan merindui wajah-wajah yang selalu ada di sini.

"Tapi, saya sangat bersyukur kepada semua kerana memberi peluang kepada saya," katanya kepada Soap Opera Digest.

Hennig kemudiannya berpeluang memegang watak utama dalam siri TV The Secret Circle yang diadaptasi daripada buku-buku tulisan LJ Smith pada 2011.

Selain itu, anak kelahiran Metairie, Louisiana ini juga muncul dalam siri MTV Zach Stone Is Gonna Be Famous pada 2012 selama semusim.

Kini, wajah jelita Hennig dapat dilihat menerusi watak Malia Tale dalam siri TV popular, Teen Wolf. Bukan itu saja, dia juga muncul dalam muzik video Gentle on My Mind oleh The Band Perry di samping bintang filem The Hunger Games, Alexander Ludwig.

Pemilik nama Shelley Catherine 'Shell' Hennig ini sebenarnya adalah pemegang gelaran ratu cantik, Miss Teen USA Louisiana 2004 sebelum bergelar seorang pelakon.

Dulu, Hennig belajar di Destrehan High School dan pernah menjadi pelajar cemerlang.

Dia juga adalah seorang penari berjaya dan telah memenangi banyak anugerah dalam pertandingan menari.

Selain itu, dia juga menggemari aktiviti menulis dan pernah menghasilkan dua puisi yang diterbitkan dalam Young Authors Book of Poetry.

Berlakon filem seram

Dalam zaman serba canggih hari ini, pelayan tegar laman sosial Facebook, pastinya tahu akan fungsi butang 'unfriend'.

Status itu digunakan bertujuan untuk menjauhkan diri daripada rakan atau kenalan yang sering menyebabkan laman Facebook anda kacau-bilau. Malah, jika memilih untuk 'unfriend' seseorang, ini bermakna anda juga akan dikeluarkan daripada senarai rakan tersebut.

Bagaimanapun mungkin anda akan berasa pelik, jika mereka yang telah dikeluarkan daripada senarai laman sosial anda, masih mengganggu anda seperti yang dipaparkan menerusi filem seram Unfriended.

Bakal menemui peminat pada 30 April ini, filem arahan Levan Gabriadze ini telah pun ditayangkan di Festival Fantasia pada 20 Julai 2014.

Selain Hennig, ia turut dibintangi Moses Jacob Storm, Renee Olstead dan Will Peltz yang berperanan sebagai salah seorang rakan-rakan yang mendapati diri mereka diganasi orang tidak dikenali dalam talian.

Unfriended mengisahkan seorang pelajar sekolah tinggi popular, Laura Barns (dilakonkan Heather Sossaman) yang membunuh diri, kerana tidak tahan dengan cemuhan dilemparkan kepadanya, selepas klip videonya dalam keadaan memalukan, dimuat naik ke Internet dan turut dikongsi di laman sosial. Selepas setahun meninggal, enam rakan sekelasnya mengambil keputusan untuk berhubung satu sama lain melalui Skype, tetapi tiba-tiba menerima panggilan daripada pihak yang tidak di undang, menggunakan Skype milik Laura.

Pemanggil yang tidak dikenali itu turut mengancam keenam-enam rakan Laura dan menyatakan jika mereka log keluar atau berhenti bercakap, orang tersebut akan mati.

Malah, sehingga 16 April lalu, trailer filem tersebut telahpun ditonton 14,477,824 kali dan menerima sejumlah 102,840 ‘Like’ serta turut dikongsi sebanyak 436,104 kali.

- Sumber: Sinar Harian 

Lampu hijau tembak askar Rusia

Kadyrov

MOSCOW - RUSIA. Pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov mengarahkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke atas tentera persekutuan Rusia jika mereka beroperasi di rantau Kaukasus Utara tanpa kebenarannya.

Kadyrov membuat pengumuman itu, sehari selepas seorang lelaki Chechen terbunuh di Grozny dalam satu operasi khas oleh pihak berkuasa Rusia dari bandar Stavropol.

"Jika ada askar yang muncul di wilayah anda tanpa kebenaran, sama ada mereka dari Moscow atau Stavropol, anda diberi kebenaran untuk menembak mereka," kata Kadyrov.

Kenyataan Kadyrov itu dilihat memburukkan lagi hubungannya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin. 

- Sumber: AFP

Warga emas didakwa 11 tuduhan kelucahan melampau


Noor Din dibawa keluar oleh anggota polis selepas didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap 11 kanak-kanak.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam atas 11 pertuduhan merangsang melakukan kelucahan melampau terhadap 11 kanak-kanak, sejak dua tahun lalu.

Tertuduh, Noor Din Chaw Fooi, 67, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga sebelas, Noor Din didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak yang berusia antara lapan dan 14 tahun di sebuah rumah di Setapak Indah Jaya, Wangsa Maju dekat sini, antara tahun 2013 hingga Mac lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Noor Din mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki barang-barang lucah termasuk 32 VCD, album dan tiga telefon bimbit yang kedua-duanya mengandungi gambar bogel mangsa di alamat yang sama, pada jam 11.31 malam, 12 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selepas pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad berhujah bahawa kesalahan itu serius serta kebarangkalian tertuduh mengganggu mangsa kerana mengenali mereka.

Mahkamah menetapkan 8 Mei ini untuk sebutan lantikan peguam dan keputusan.

- Sumber: Sinar Harian 

Wanita buka baju dituduh tak bayar minuman

Aksi wanita berkenaan yang berjaya dirakam

SHAH ALAM - Sebuah video yang memaparkan seorang wanita menanggalkan bajunya selepas dituduh tidak membayar minuman yang dibelinya menjadi viral di laman-laman sosial.

Video yang berdurasi 1.52 minit dipercayai berlaku di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Video tersebut menyaksikan wanita berkenaan marah kerana dituduh tidak membayar minuman yang dibelinya dan kemudian bertindak membuka baju sebelum menanggalkan baju dalamnya.

Kerana malu dengan tindakan wanita berkenaan, peniaga terbabit dilihat membiarkan wanita tersebut dengan perlakuannya.

Pada mulanya wanita dalam video dikatakan pelancong asing tetapi identiti sebagai warga tempatan terbukti apabila dia bertutur menggunakan Bahasa Melayu.

Memetik sebuah portal berita, menurut anak pemilik restoran di kawasan terbabit, wanita tersebut memesan dua botol bir tetapi hanya membayar untuk satu botol sahaja.

Mereka kemudiannya menuntut wanita itu supaya membayar baki bil tetapi dia enggan.

Ini bukan kali pertama dia melihat wanita berkenaan di kawasan itu, dan beberapa pemilik kedai makan lain di kawasan itu juga mendakwa wanita itu juga pernah menipu mereka.

- Sumber: Sinar Harian 

Three policemen arrested in India over rape, extortion of model



Deputy commissioner Dhananjay Kulkarni said the woman has alleged she was then driven to a police outpost and raped by the officers before they extorted up to RM28,118 from her.

MUMBAI: Police in Mumbai have arrested three officers who allegedly raped a model in a police station and then demanded several thousand dollars as blackmail to keep quiet, a deputy commissioner said Friday.

Three other men have also been arrested after the 29-year-old woman said the officers bundled her into a car as she was leaving an upmarket hotel in India's financial capital on April 3.

Deputy commissioner Dhananjay Kulkarni said the woman has alleged she was then driven to a police outpost and raped by the officers before they extorted up to 500,000 rupees (RM28,118) from her.

"The investigations are being done meticulously considering the involvement of police and nature of the crime," Kulkarni told AFP.

"Right now, the allegations of extortion seem genuine, but the matter of sexual assault cannot be confirmed at this moment."

"They (the policemen) had no business to be there" outside the hotel, he also said.

Local media have reported that the woman's friend had gone to the police station to deliver the money after travelling to several ATMs in the night.

The woman reportedly sent a text message to Mumbai's police commissioner Rakesh Maria several days later alerting him to the incident, before meeting him to give more details.

India introduced tough laws against sex offenders in the wake of the fatal gang-rape of a Delhi student in the capital in December 2012 that sparked mass street protests.

But sexual violence against women has continued at frightening levels throughout the country.

- Source: AFP 

Apple Watch begins global launch



Official Apple outlets in the Japanese capital were quiet Friday, with none stocking the smartwatch that the California company is hoping will give it a leading position in the world of wearables.

The Apple Watch debuted in selected global markets Friday with sales limited to clients who had pre-ordered online, making the launch a relatively low-key affair compared to tech titan's usual fanfare.

Previous roll-outs of the firm's products such as the iPhone and iPad have generated queues outside stores more than a week in advance, with many customers wearing fancy dress while waiting for shop doors open with loud whoops and cheers.

But official Apple outlets in the Japanese capital were quiet Friday, with none stocking the smartwatch that the California company is hoping will give it a leading position in the world of wearables.

Instead, initial sales of the hi-tech wristwear were being restricted to specialised and luxury boutiques in the US, Canada, Britain, France, Germany, Australia, Japan and Hong Kong.

Yet though that first wave of watches were intended to be reserved to pre-ordered models, at least one non-Apple outlet in Tokyo was selling them to walk-up customers, an AFP reporter witnessed.

Online chatter entices fans

Twitter users spread word that a store in Tokyo's Akihabara electronics quarter had gotten deliveries of the watch, leading several intrepid people checking the rumour out to walk away with Apple Watches of their choice -- and without waiting in line.

Similar online chatter in Paris that luxury boutique Collette might have a thousand of unclaimed watches to sell to walk-up customers produced a line of some 200 people outside its doors Friday morning.

"Do you know if they'll have any in stock?" a hopeful customer named Franck asked other members of the Paris queue.

Some of those Parisian enthusiasts perched atop stools or on lawn chairs said they began forming line outside the ritzy central Paris shop on Wednesday afternoon.

"I lined up at the Opera Apple Store for the iPhone 4, iPhone 5 and iPhone 6, so this is a bit of a change of pace," mused one waiting buyer named Michael.

As the case in Asia, most people queueing in Paris were male. But irrespective of gender, all clients who got their hands on a watch declared themselves pleased.

"I'm happy. I want to wear it all the time," said Makoto Saito, a 23-year-old who appeared at a store in the chic Omotesando area, wearing a giant cardboard Apple Watch on her head.

Saito said she took the day off work to pick up the gadget.

Takuya Kajigaya, 32, said he was "thrilled" with his purchase.

"I want to make phone calls (with the watch) once I'm back home," he said, adding it would be a little embarrassing to talk to the device on his wrist.

While most buyers at the Softbank store in Tokyo's posh Ginza district pre-ordered the watch, 39-year-old programmer Yuichiro Masui said he had been waiting outside since Thursday night.

"I want to try the fitness application because I'm concerned about my weight," he said.

'Give it time'

In China, which is expected to be a key market for the item, new owners went online to give their views.

"It is awesome! The Apple ecosystem is so strong, a large batch of applications can be used on the Apple Watch," said one happy recipient on the country’s Twitter-like Sina Weibo.

Another posted: "Have received the Apple watch, have done some research but still couldn’t get used to it. Give it time, I really like it!"

Apple says the watch will connect wirelessly to a user's iPhone and will be the interface for messaging, calls and apps, especially ones geared toward health and fitness.

Users can also send a real-time display of their heartbeat to another Apple Watch.

Despite the excitement expressed by succesful and thwarted clients, their enthusiasm won't guarantee success of Apple's newest product.

Sony took its SmartWatch to market several years ago, and rivals Samsung and Huawei are preparing roll-outs of their own into the still largely under-developed sector.

"For Apple's watch to really kick start this category, it would need to tackle three issues: the design, the relevance/applicability and the price. If Apple get the first two right, the price issue would take care of itself , said Imran Choudhary, telecoms analyst at Kantar Worldpanel.

"No doubt loyal Apple fans will be buying this as soon as possible. But on the application and usability, will the ordinary iPhone owner see enough benefit? The answer lies in the apps that are being developed."

Prices for the Apple watch start at $349, with a limited-edition gold version costing $10,000.

- Source: AFP 

Wan Azizah dicalonkan semula PKR


PERMATANG PAUH - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumumkan sebagai calon PKR di PRK Permatang Pauh.

Beliau dijangka berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru selepas BN menamakan Setiausaha Umno Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin dan calon bebas Dr Abdullah Zawawi Samsudin yang juga menawarkan diri untuk bertanding.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan proses penamaan calon bagi PRK itu esok dan pengundian 7 Mei.

- Sumber: Sinar Harian 

Anak berselfie ketika ibu dan teman wanita bergaduh

KUALA LUMPUR: Apakah tindakan yang paling afdal dilakukan jika ibu dan teman wanita sedang bergaduh? Pastinya bukan merakam video secara selfie.

Namun itulah yang dilakukan oleh seorang remaja lelaki dari Amerika Syarikat ini. Apabila ibu dan teman wanitanya sedang bergaduh, dia bertindak merakam sebahagian besar insiden itu dan bukannya tolong meleraikan.

Lebih mendukacita apabila lelaki itu tidak mengambil serius malah terus ketawa dan merasakan kejadian itu satu perkara yang lucu.

Rakaman itu bermula apabila lelaki berkenaan menyerahkan kayu pemukul bola lisut kepada ibunya yang sedang berdiri di beranda rumah. Wanita berkenaan dilihat sedang memaki hamun teman wanita anaknya itu.

Apabila perkelahian bermula, wanita berkenaan ada meminta pertolongan anaknya namun lelaki itu terlalu ‘sibuk’ merakam kejadian tersebut juga menyatakan teman wanitanya terlalu kuat untuk dilarang.

“Awak bukan ahli keluarga saya dan saya tidak takut kepada awak,” jerit si ibu.

Di penghujung video, lelaki berkenaan menyatakan bahawa rakaman itu akan dimuat naik di laman sosial Instagram dan Facebook.

Video sepanjang dua minit itu mencapai tontonan lebih 15,000 dalam tempoh 2 minit selepas dimuat naik.

Lelaki itu dikecam oleh ramai pengguna laman sosial yang rata-ratanya mempersoal tindakannya yang tidak membantu ibu sendiri atau melarang teman wanitanya.

- Sumber: Astro Awani