Monday, 2 February 2015

Toyota Fortuner updated for 2015 – from RM172,122


The Toyota Fortuner has been updated for 2015 – with regards to the exterior, the SUV gets smoked head and tail lamps, plus bumper-mounted LED DRLs. The TRD Sportivo decals are new, too.

Also new are some optional equipment – the seven-inch DVD-AVN touch-screen has been upgraded to feature an internet browser, HDMI, Bluetooth, voice recognition, navigation (Malaysia, Singapore and Brunei maps), reverse camera display and Miracast (allows smartphone mirroring of supported apps like Waze or Google Maps). This system is a RM2,990 option.



Also optional are two rear-seat entertainment systems – a ceiling-mounted monitor with integrated DVD player (RM1,800) and just the monitor alone (RM1,500). These systems are only available in conjunction with the DVD-AVN system. Lastly, a portable tyre pump is available for RM200.

Four variants are available – the 2.5 G diesel at RM172,122, 2.5 G TRD Sportivo diesel at RM175,580, 2.7 V petrol at RM179,841 and 2.7 V TRD Sportivo petrol at RM183,325. Prices are OTR with insurance for metallic colours. Two new colours – Attitude Black and Grey Metallic – join the existing Medium Silver Metallic, Solid White and Silver Metallic, and a three-year/100,000 km warranty is offered.

- Source: paultan.org

IGP can't be silent on Ismail Sabri's remarks - Kit Siang

KIT SIANG: Where is IGP's directives? - File Photo

KUALA LUMPUR: Gelang Patah MP and Parliamentary Leader Lim Kit Siang has questioned the Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar’s silence over a Facebook post by Minister of Agriculture and Agro-based Industries Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob who had allegedly called for Malays to boycott Chinese enterprises.

Ismail in a Facebook post had called on Chinese businessmen to lower prices following the drop of fuel prices which took effect Sunday (Feb 1).

“If a PAS or PKR leader had called on Malay consumers to boycott Chinese businesses to lower prices or a DAP leader had called on non-Malay customers to boycott Malay businesses to lower prices, Khalid would immediately tweet directives to his police officers to investigate the DAP or PR leaders under Sedition Act or other laws,” Lim said in a statement.

Lim also expressed his shock following’s Ismail statement and called it “callous, insensitive and racist.”

He added that the issue goes beyond political parties, race and religion and questioned why a “rabid racislist ... is qualified to continue as a Minister of government of a plural nation.”

In the statement, Lim also cited the concern expressed by the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah two weeks ago that he had never been more concerned about race and religious relations in the country since ascending to the throne 57 years ago in 1958.

In a Facebook posting, Ismail said the people would presumably be upset towards the government if prices of goods are not reduced.

“The consumers have the biggest power. If the Malays boycott Chinese businesses who are the minorities then they do not have any other choice but to lower goods prices,” said Ismail.

The statement continued by urging the Malays to open their eyes as purchasing powers lie in their hands as consumers.

- Source: Astro Awani 

Tugas berat menanti Azman Adnan

Pasukan PDRM

KETUA jurulatih pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Azman Adnan mengakui tugas berat menanti beliau apabila skuad bimbingannya yang beraksi dalam Liga Super 2015, disasarkan sekurang-kurangnya menjulang satu trofi.

Azman berkata bagi mengurangkan tekanan terhadap beliau dan anak buahnya, beliau mengambil pendekatan untuk memberi tumpuan kepada satu demi satu perlawanan yang bakal dihadapi skuad 'The Cops' musim ini.

"Terus terang saya katakan, bukan mudah tanggungjawab saya. Saya lebih mengambil pendekatan menumpukan kepada perlawanan demi perlawanan dan berusaha mencari kemenangan, kejayaan dan kejutan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran dan memperkenalkan pasukan bola sepak PDRM bagi musim 2015, di Putrajaya, hari ini.

Walaupun tekanan diberikan oleh penaung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta pimpinan tertinggi Persatuan Bola Sepak PDRM untuk melihat kecemerlangan pasukan berkenaan seperti musim lepas, Azman berkata beliau menjadikan 'cabaran' itu sebagai satu suntikan semangat untuk beliau dan skuad bimbingannya memberikan yang terbaik. 

- Sumber: Bernama

9 perbuatan comel lelaki kepada wanita


Apabila mengatakan mengenai comel, pasti ia adalah satu perkara yang sangat subjektif. Malah sebagai wanita melihat tingkah laku lelaki yang di lakukan secara tidak sengaja kadang kala comel di pandang. Mungkin juga perbuatan itu tidak di sedari olehnya. Hey lelaki, adakah anda pernah melakukan ini ketika keluar bersama pasangan anda? 

Membelai rambut 
Jika bersama si dia pasti gemar membelai rambut wanita. Tidak kira sama ada pendek atau panjang rambut wanita tersebut. Lelaki kebiasaan nya tertarik sama alunan lembut rambut wanita. Malah jika bersama, lelaki akan gemar memintal hujung rambut wanita dalam keadaan tidak sedar. 

Menjilat bibir 
Perkara sebegini bukan lah aneh bagi segelintir lelaki. Kebiasaan lelaki menjilat bibirnya acap kali bukan lah satu perkara yang comel . Malah jika lelaki yang melakukan tanpa dengan rasa sedar ia kelihatan comel dan ramai wanita menyukainya. 

Menyanyi spontan 
Pernahkah anda mengalami situasi ini ketika di dalam kereta? Bila anda bersamanya memasang laku rentak terkini. Si Lelaki akan menyanyi spontan mengikut lirik yang tidak serupa. Tahukah anda ia merupakan satu perkara yang sangat comel. 

Regangan badan
lelaki sering melakukan regangan badan untuk mencari perhatian. Situasi ini kebiasaan nya berlaku ketika kita lelaki meluahkan sesuatu yang terpendam. Bagi nya meregangkan badan merupakan satu treatment malah ia kelihatan comel jika ia di lakukan tanpa di duga. 

Make Silly Faces
Tidak ramai lelaki yang miliki memek wajah yang lucu. Kebanyakan dari mereka lebih suka pamerkan wajah serius. Tetapi bila tegang nya sebuah hubungan lelaki akan cuba memujuk dengan Make Silly Faces. Tetapi jika di lakukan dengan secara spontan ianya kelihatan comel di mata wanita.

Hembusan nafas 
Lelaki aktif kebiasaan nya kurang mengalami masalah ini. Malah, setiap hembusan lelaki adalah satu nikmat bagi wanita. Kebanyakan lelaki biasanya miliki satu bunyi hembusan nafas yang kia sendiri kadang kala ia kelihatan comel jika berlaku secara semula jadi. 

Mengeraskan lengan 
Variasi lengan lelaki yang berbeza, bagaimana saiz lengan teman lelaki anda? sejauh kecil mana lengan lelaki anda pasti reaksi mengeraskan lengan ini kadang kala kelihatan comel dan boleh menambat hati wanita ketika di dalam pelukan. 

Fokus 
Dalam penampilan mahupun cara perbualan lelaki kurang fokus dalam melakukan dua perkara dalam satu masa. Lelaki yang terlalu fokus juga di anggap comel.

- Source: Astro Publication 

Nicol cipta rekod baharu, Najib ucap tahniah

Datuk Nicol Ann David atasi rekod yang dipegang Susan Devoy dari New Zealand.

Datuk Nicol Ann David sekali lagi mengharumkan nama negara.

Atlet bertaraf dunia ini mencipta rekod baharu apabila bertahan sebagai pemain squasy nombor satu dunia selama 106 bulan dalam senarai Persatuan Squasy Wanita (WSA).

Rekod itu diumum pada Kejohanan JP Morgan Tournament of Champions di New York.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi ucapan tahniah menerusi Twitter bersama #ratuskuasy dan #queenofsquash.

Pengguna media sosial lain tidak ketinggalan mengucapkan tahniah atas kejayaan Nicol.

Atlet berusia 31 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu muncul pemain nombor satu dunia sejak Januari 2006 sekali gus mengatasi rekod 105 bulan yang dicipta Susan Devoy dari New Zealand yang dipegangnya sejak Februari 1993.

- Sumber: Astro Awani 

QZ8501: Lokasi kokpit ditemui, mayat hanyut sejauh 900km

SUYADI: Kedua-dua lokasi itu berjaya dikesan menggunakan alat pengesan dasar laut dari kapal Pacitan dan sudah ditandakan. -Gambar fail

JAKARTA: Misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 dilaporkan telah menemui lokasi kokpit dan badan pesawat di Laut Jawa semalam.

Penemuan tersebut menambah lagi hasil pencarian berikutan dua serpihan pesawat juga telah ditemukan di pesisir pantai Sulawesi Selatan, lapor media Indonesia.

Pengarah Operasi Badan SAR Nasional (Basarnas), Suyadi Bambang Supriyadi, memberitahu, kedua-dua lokasi itu berjaya dikesan menggunakan alat pengesan dasar laut dari kapal Pacitan dan sudah ditandakan.

Menurut Suyadi, sejumlah 68 penyelam menyelam di kedua-dua lokasi itu bermula pagi tadi bagi memeriksa sama ada terdapat mayat mangsa yang boleh dikeluarkan.

Selain itu, sebanyak sembilan kapal akan membantu proses pemindahan, iaitu empat kapal Basarnas, dua kapal Kementerian Perhubungan, dua tongkang Pemerintah Kotawaringin Barat, dan kapal Crest Onyx.

Suyadi menambah, pasukan SAR Bersepadu di Sulawesi Selatan juga menemukan dua serpihan pesawat QZ8501 di pantai wilayah Pinrang.

Hanyut 900 kilometer

Dalam perkembangan berkaitan, satu jasad yang dipercayai mangsa nahas QZ8501 telah ditemukan di pantai wilayah Majene, Sulawesi Barat semalam oleh seorang pemungut rumpai laut. Majene terletak sekitar 900 kilometer dari lokasi jatuhnya pesawat.

“Jasad ditemukan sekitar pukul 11.30 waktu tempatan,” ujar Ketua Pejabat SAR Makassar Roki Asikin mengenai jasad tanpa identiti yang terdampar di pantai dalam keadaan reput itu.

Dilaporkan, jasad yang kanak-kanak itu telah dipindahkan ke hospital umum di Majene sebelum diterbangkan ke Surabaya untuk proses pengecaman.

Sehingga petang semalam, sejumlah 76 mayat termasuk 35 daripadanya lelaki telah dikenal pasti dan diserahkan kepada keluarga masing-masing.

- Sumber: Agensi

Wahai peniaga Cina, tolong jangan sabotaj kerajaan

ISMAIL SABRI: Wahai peniaga Cina, tolong jangan sabotaj kerajaan - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Peniaga Cina diminta memberikan sepenuhnya kerjasama untuk menurunkan harga barangan selepas pengumuman penurunan harga minyak Sabtu lepas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui catatan di media sosial memberitahu, kedegilan pihak-pihak tertentu untuk menurunkan harga barangan boleh menyebabkan kemarahan rakyat keseluruhannya kepada kerajaan.

"Kuasa terbesar ada pada pengguna, kalau Melayu boikot perniagaan orang Cina yang merupakan minoriti, mereka tentu tidak ada pilihan lain untuk menurunkan harga," katanya dalam catatan tersebut.

Catatan Ismail Sabri di laman Facebook mengenai peniaga Cina yang menimbulkan perbincangan hangat di media sosial - Gambar Facebook Ismail Sabri


Dalam pada itu katanya, kenyataan itu adalah untuk membuka mata orang Melayu sendiri terhadap kuasa yang ada pada mereka di dalam kuasa pembelian.

"Orang Melayu perlu sedar, selama ini mereka hanya tahu bercakap tanpa tindakan," katanya.

Pada Isnin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, tugas memboikot peniaga yang berdegil untuk menurunkan harga barangan selepas pengumuman penurunan harga terletak sepenuhnya di tangan persatuan pengguna.

Bagaimanapun katanya, kementeriannya sentiasa memantau 'gelagat' peniaga yang masih degil untuk menurunkan harga selain perlu mengakui tindakan akan dibuat selepas beberapa prosedur

Dalam pada itu, kenyataan Hasan disanggah Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George yang menganggap kuasa persatuan pengguna di negara ini diibarat masih belum cukup kuat selain diibarat seekor 'harimau yang tidak mempunyai gigi'.

Tegasnya, walaupun persatuan pengguna boleh membuat boikot kepada peniaga yang degil untuk menurunkan harga barangan namun kuasa mutlak terletak di bahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sendiri. 

- Sumber: Astro Awani 

Mangsa nekad rempuh peragut

Kereta mangsa terbabas dan merempuh tiang lampu di bahu jalan.

KAMUNTING – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua lelaki bertindak memecahkan cermin kereta dan meragut beg tangannya di persimpangan lampu isyarat, Masjid Kamunting, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Saksi kejadian, Amran, 34, berkata, mangsa bagaimanapun bertindak berani mengejar dua lelaki itu dan merempuh mereka hingga jatuh.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan.

"Dua lelaki terbabit kemudian ditangkap orang ramai yang berada di lokasi kejadian," katanya.

Difahamkan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dua suspek terbabit diserah kepada polis.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, sebelum kejadian, wanita berkenaan berhenti di kawasan lampu isyarat sebelum didatangi dua lelaki yang bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan objek keras.

"Suspek memecahkan cermin kereta sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan," katanya.

"Dua suspek turut cedera ringan akibat terjatuh daripada motosikal dan mereka ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi dan ragut," katanya.

Ismail berkata, pihaknya memuji keberanian ditunjukkan mangsa yang berusia awal 30-an itu.

“Walaupun suspek berjaya melarikan beg tangan mangsa, namun sikap beraninya mengejar suspek membolehkan beg tangannya diperoleh semula," katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

AirAsia QZ8501: Mayat sukar dikeluarkan kerana terbelit kabel - penyelam

Seorang penyelam yang terbabit dalam operasi mencari berkata satu jasad mangsa ditemui terbelit pada kabel pesawat hingga sukar dikeluarkan. -Gambar fail

JAKARTA: Pasukan penyelam yang ditugaskan membuat pencarian jasad nahas pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501 di dasar laut berdepan kesukaran mengeluarkan mayat mangsa berikutan keadaan serpihan pesawat sudah berkecai.

Seorang penyelam dari kelab Indonesia Divers yang terbabit dalam operasi mencari pada Isnin berkata satu jasad mangsa ditemui terbelit pada kabel pesawat sehingga sukar untuk dikeluarkan.

Memasuki hari kedua pencarian selepas agensi mencari dan menyelamat nasional (BASARNAS) memberi rehat dua hari kepada pasukan penyelam sebelum ini.

Dalam operasi pada Isnin, tujuh mayat berjaya dikesan. Bagaimanapun, setakat ini, empat mayat berjaya dikeluarkan dan diangkat ke kapal KN SAR Pacitan.

Tiga lagi mayat dijangka dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

Berbeza pada Ahad, keadaan cuaca pada Isnin dilaporkan baik dengan ombak dianggarkan setinggi satu meter, manakala arus di dasar laut berkelajuan di antara satu hingga dua knot.

Sejumlah 26 penyelam kini ditugaskan di lokasi pencarian dasar laut bagi mencari baki mayat nahas pesawat itu yang masih belum ditemui.

- Sumber: Astro Awani 

Ayam jantan seperti ada tanduk

Ayam jantan yang mempunyai tanduk seakan taji pada kepalanya.

Hazizan menunjukkan ayam jantan miliknya yang mempunyai tanduk seakan taji pada kepalanya.


ALOR GAJAH - Sepasang suami isteri di Kampung Binjai, Gadek, di sini, teruja apabila mendapati ayam jantan yang dipeliharanya sejak hampir setahun lalu bersifat ganjil apabila mempunyai objek keras pada bahagian atas paruhnya seakan-akan tanduk.

Objek bersaiz 3 sentimeter panjang itu mula disedarinya sejak kira-kira sebulan lalu dan dilihat semakin hari semakin memanjang.

Pemiliknya, Hazizan Taib, 59, berkata, perkara itu tidak pernah ditemuinya sepanjang usianya dan menganggap ia sebagai salah satu daripada kuasa ALLAH SWT.

“Saya sudah lama menjalankan aktiviti menternak ayam tetapi belum pernah sepanjang hidup ini menjumpai kejadian ganjil ini apabila ayam tumbuk tanduk.

“Pada mulanya saya langsung tidak sedar wujud tanduk yang tajam dan keras menyerupai taji pada kaki di ayam ini. Tetapi lama kelamaan sifatnya semakin menyerlah dan nampak ketara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Menurutnya, ayam berkenaan juga berbeza dengan ayam jantan yang lain kerana ia lebih jinak dan tidak suka bersabung.

“Ayam ini memang pelik, bukan sahaja memiliki tanduk, malah ayam ini juga sangat jinak dan tidak seperti ayam-ayam jantan yang lain," katanya.

“Terdapat juga beberapa orang rakan yang melihat turut berasa pelik dengan keanehan ayam ini dan tidak membenarkan saya menunjukkan kepada orang lain,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Cucian percuma sehingga Rabu

Mohd Noor (tengah) bersama Nordin (tiga, kanan) dan rakan kongsi serta tetamu yang hadir di kedai dobi Putra Clean Express di Putrajaya.

BERKONSEPKAN ‘jimat, mudah dan berkat’, dobi Putra Clean Express atau dikenali sebagai kedai dobi layan diri menggunakan duit syiling ini menawarkan cucian percuma kepada orang ramai terutamanya di sekitar Putrajaya bermula 29 Januari lalu sehingga 4 Februari ini.

Pengarah Urusan merangkap Pengurus Pemasarannya, Mohd Noor Saari berkata, ia juga merupakan kedai dobi pertama di Putrajaya beroperasi 24 jam yang terletak di Bazar 8, Presint 8, menggunakan konsep layan diri dengan duit syiling.

Katanya, promosi percuma tersebut dilaksanakan untuk memberikan pengalaman baharu kepada penduduk Putrajaya.

“Konsep dobi ini berbeza dengan dobi yang sedia ada. Ini adalah kerana kedai dobi biasa, pelanggan hanya menghantar baju kotor dan mengambilnya selepas pakaian siap dicuci dalam tempoh satu hingga tujuh hari.

“Dobi Putra Clean Express, bermula dari cucian, mengering, melipat sehingga menggosok pakaian, ia perlu dilakukan pelanggan itu sendiri. Istimewanya dobi ini ialah, setiap lima peratus daripada pembayaran pelanggan akan diberikan kepada anak yatim Pertubuhan Baitul Barokah Wal Mahabah yang terletak di Sepang,” katanya pada majlis perasmian pembukaan kedai dobi itu, di Putrajaya.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Naib Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Datuk Nordin Hasan.

Mohd Noor berkata, Putra Clean Express dijangka berkembang kerana syarikat merancang untuk membuka 10 cawangan baharu menjelang akhir tahun ini.

“Antara kawasan yang dipilih ialah Presint 15 dan 11, Putrajaya, Cyberjaya, Pinggiran Putrajaya dan Dengkil.

“Kami mempelawa usahawan yang berminat untuk berniaga kedai dobi layan diri bersama-sama kami kerana modal diperlukan ialah RM180,000 sahaja. Kami akan memberikan tunjuk ajar mengenai perniagaan ini,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

MH370: MAS bayar pampasan dalam tempoh tiga minggu selepas dokumentasi



Salah seorang waris keluarga penumpang pesawat MH370 yang berada di Putrajaya sewaktu pengumuman khas oleh DCA Malaysia - Foto AWANI/Shahir

KUALA LUMPUR: Wang pampasan mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 akan dimasukkan ke dalam akaun waris kira-kira tiga minggu selepas proses dokumentasi dan kertas kerja selesai, kata Pengarah Krisis MH370/MH17, Fuad Sharuji.

Beliau berkata terlebih dahulu waris perlu membuktikan pertalian dengan mangsa dengan memberikan dokumen seperti sijil kelahiran dan sijil perkahwinan yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

Menurutnya selepas dokumen berkenaan sudah disah dan diserahkan maka bayaran akan dibuat terus ke dalam akaun waris dalam tempoh tiga minggu.

"Peguam kami akan menghubungi waris dan akan membantu mereka dalam proses dokumentasi tersebut," katanya dalam program 'Landskap' terbitan RTM1 yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar dan Shuhaimi Mohamed.

Program tersebut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dan Naib Presiden Kanan dan Ketua Komunikasi Korporat MAS, Datuk Najmuddin Abdullah Fuad berkata jumlah pampasan dijangka akan dibayar lebih dari apa yang ditetapkan oleh Konvensyen Montreal 1999 tapi jumlah pampasan tersebut tidak boleh didedahkan lagi.

"Pampasan kita lebih dari skema minima (Konvensyen Montreal)...kita bagi satu jumlah (pampasan)... mungkin ada pelarasan tertentu jika waris dapat buktikan penumpang patut dapat lebih (pampasan).

"Contohnya, ahli keluarga atau mangsa berpendapatan tinggi, umur masih muda dan patut dapat lebih banyak...kita boleh pertimbangkan," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai syarikat insurans hayat, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) yang telah menyelesaikan hampir kesemua tuntutan bernilai RM16.875 juta oleh anggota keluarga dan waris.

Jelasnya, itu adalah insurans nyawa yang diambil sendiri penumpang yang ada insurans dan tidak perlu menunggu deklarasi untuk tuntutan dan pembayaran.

Beliau berkata ini berbeza berbanding MAS yang memberikan pampasan berikutan penumpang menggunakan perkhidmatan penerbangannya.

Menjelaskan mengenai keperluan deklarasi kematian penumpang pesawat MH370, Fuad berkata kerajaan memutuskan untuk membuat deklarasi bagi memudahkan pampasan disalurkan kepada mangsa terlibat.

Beliau berkata tanpa deklarasi, waris terpaksa menunggu sehingga tujuh tahun (untuk isytihar seseorang yang hilang itu telah mati) untuk meneruskan dengan tuntutan pampasan.

"Memang boleh bagi pampasan tanpa deklarasi. Tapi deklarasi penting untuk waris dapatkan pengesahan.

"Kalau ikut perundangan, kena tunggu tujuh tahun. Tapi adakah kita hendak tunggu? Jadi kerajaan ambil keputusan untuk buat deklarasi dan kita boleh ambil kesempatan ini untuk teruskan dengan pampasan," katanya.

Khamis lepas, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan pesawat penerbangan sebagai nahas di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal dianggap terkorban.

Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777-200ER itu tetap menjadi keutamaan.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, hiland daripada imbasan radar sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.

Pesawat milik MAS itu sepatutnya tiba di ibu negara China itu pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. 

- Sumber: Bernama 

100 wanita warga asing mangsa seks diselamatkan

Antara wanita warga asing yang berjaya diselamatkan.

KUALA LUMPUR – Sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyelamatkan 100 wanita warga asing yang dipercayai dipaksa menjadi pelayan pelanggan di sebuah premis hiburan di Jalan P Ramlee, di sini, dalam serbuan malam kelmarin.

Ketika serbuan kira-kira jam 11.45 malam itu, seramai 100 pelanggan, termasuk pelancong asing, sedang leka dengan perempuan warga asing itu.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Bahrain Mohd Rose berkata, antara wanita warga asing yang berjaya diselamatkan berasal dari Vietnam, Uzbekistan, Iran, Filipina dan Indonesia yang dipercayai mangsa pemerdagangan orang oleh sindiket pelacuran bagi tujuan eksploitasi seks.

“Kita turut menahan seorang wanita tempatan yang mengaku bekerja sebagai juruwang di premis itu untuk membantu siasatan,” katanya.

Kesemua wanita warga asing yang berusia 20 hingga 35 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

- Sumber: Sinar Harian 

Penyokong dilarang masuk stadium seumur hidup

JDT miliki koleksi trofi pertama musim ini dengan Piala Sumbangsih menewaskan Pahang, kelmarin.

TINDAKAN sesetengah penyokong yang dengan sengaja mempamerkan poster negatif terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dipandang serius Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Amaran tegas persatuan itu yang dipetik dari laman rasmi Johor Southern Tigers memaklumkan, individu-individu terbabit akan dilarang untuk memasuki stadium di seluruh negeri Johor seumur hidup.

"Tidak kira apa jua bentuk tindakan provokasi yang dianggap keterlaluan, polisi PBNJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan provokasi.

“Kami sentiasa menyeru agar para penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) menjaga nama baik organisasi dan mematuhi nasihat yang telah pun disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor agar penyokong JDT menjadi penyokong yang profesional,” katanya.

Terdahulu, kemeriahan rakyat Johor untuk menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih 2015 melibatkan JDT dan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, malam kelmarin, sedikit tercemar dengan tindakan segelintir penyokong yang mempamerkan poster negatif terhadap FAM.

Poster negatif yang disifatkan merujuk kepada badan induk bola sepak negara, gara-gara terdapat logo FAM pada lakaran gambar dipamerkan sebelum bermulanya sepak mula perlawanan.

- Sumber: Sinar Harian 

Penjelasan DCA berhubung status MH370

AHMAD NIZAR: Dalam perkara ini pihak DCA telah membuat pengisytiharan mengikut protokol antarabangsa.

KUALA LUMPUR: Susulan pengumuman oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berhubung status pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan penumpang serta anak kapalnya, pelbagai dakwaan dilemparkan.

Satu hakikat yang agak perit untuk diterima waris mangsa; selagi tiada bukti ditampilkan, selagi itulah mereka menganggap ahli keluarga mereka belum meninggal dunia.

Bagi mereka, DCA tidak seharusnya mengisytiharkan pesawat itu hilang biarpun usaha mencari masih diteruskan.

Sehubungan itu, Pengarah Pengurusan Trafik Udara Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Ahmad Nizar Zolfakar tampil di Astro AWANI untuk menjelaskan perkara itu.

Menurutnya, dalam hal ini, pihak DCA telah membuat pengisytiharan mengikut protokol antarabangsa selain bertujuan memudahkan waris mangsa meneruskan kehidupan.

"Dengan pengisytiharan yang dibuat, diharap waris dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik, lebih-lebih lagi dalam pengurusan berkaitan akaun atau pinjaman," jelas Ahmad Nizar.

- Sumber: Astro Awani 

Sembilan individu ditahan di Tuaran edar risalah menghasut

"Syabas @PDRMsia Sabah tangkap 9 org di Tuaran tadi yg sdg edar risalah m'hasut org ramai utk keluar kan Sabah dr Malaysia. WELLDONE Boys," katanya.

KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Sabah menahan sembilan individu di Tuaran hari ini kerana dipercayai mengedar risalah menghasut orang ramai mengeluarkan Sabah dari Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian dalam akaun Twitter beliau malam ini.

"Syabas @PDRMsia Sabah tangkap 9 org di Tuaran tadi yg sdg edar risalah m'hasut org ramai utk keluar kan Sabah dr Malaysia. WELLDONE Boys," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu apabila dihubungi Bernama malam ini.

Difahamkan, Pesuruhjaya Polis Sabah akan mengadakan sidang media berkaitan isu itu dalam masa terdekat. 

- Sumber: Bernama 

Tergamak serang ibu dengan pisau

KUALA TERENGGANU - Akibat ketagih dadah, seorang pemuda sanggup menyerang ibu dan abang iparnya dengan pisau di rumah mereka di Kampung Mengabang Lekor, Batu Rakit, dekat sini, kerana enggan memberinya wang untuk membeli dadah, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, ibunya yang berusia 50-an itu diselamatkan oleh menantu lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, menantu mangsa yang berada di rumah nampak dua beranak itu sedang bertengkar selepas pemuda berusia 23 tahun itu meminta wang daripada ibunya.

“Pada awalnya, menantunya tidak ambil peduli kerana situasi sebegitu memang sering berlaku sebelum ini terutamanya apabila mangsa enggan menyerahkan wang seperti yang diminta.

“Tetapi, menantunya terpaksa masuk campur setelah melihat suspek seperti dirasuk dan mengamuk dengan memegang sebilah pisau sambil mengacukannya ke arah mangsa,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, campur tangan menantunya itu membuat pemuda itu makin naik angin dan bergaduh dengan abang iparnya itu.

"Dalam pergelutan itu, pemuda tersebut cedera ringan terkena pisau itu. Dia dibawa ke klinik kesihatan," katanya.

Walaupun abang iparnya itu tidak cedera, dia mengambil keputusan membuat laporan polis sebagai langkah keselamatan.

Pemuda itu ditahan pada hari yang sama.

- Sumber: Sinar Harian 

Demam 'Suamiku Encik Perfect 10' terus merebak!

Hashtag (#) #Suamikuencikperfect10, #SEP10 dilimpahi dengan pujian penonton - Foto Astro Gempak

Walaupun setelah 10 hari filem Suamiku Encik Perfect 10 (SEP 10) ditayangkan di pawagam, nampaknya demam penonton masih belum kebah, malah semakin merebak!

Kutipan tiket bagi filem arahan Feroz Khan ini telah mencecah RM1.5 juta sepanjang seminggu tayangannya.

Selain kutipan tiket yang sangat memberangsangkan, filem tersebut turut mendapat pujian ramai penontonnya di laman sosial.

Hashtag #Suamikuencikperfect10, #SEP10 dilimpahi dengan pujian penonton yang sudah menonton filem itu selain peminat-peminat filem Melayu yang teruja untuk pergi menonton.

Lebih mengejutkan ada di antara penonton yang sanggup duduk di barisan hadapan semata-mata untuk melihat gandingan hebat Aaron Aziz, Lisa Surihani, Raja Illya, Shazwan Zulkifli dan Jasmin Hamid!

Filem ini menceritakan tentang pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang di antara Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) dan Zarief Danial (Aaron Aziz) yang terpaksa berlakon sebagai pasangan suami isteri.

Lakonan selama seminggu itu demi menyelamatkan Aleeya untuk berdepan dengan ibunya.

Tapi siapa sangka di sebalik lakonan itu terputik pula perasaan lain di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru.

- Sumber: Astro Gempak

Reaksi media sosial terhadap penganugerahan Datuk kepada Jackie Chan


Jackie Chan yang dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

KUALA LUMPUR: Susulan berita pelakon aksi terkenal Jackie Chan yang dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk, media sosial dibanjiri dengan pelbagai reaksi.

Tentu sekali para peminat pelakon yang popular di Hollywood ini tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah.

Antaranya ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sementara itu, ada juga yang tertanya-tanya tentang sumbangan Datuk Jackie Chan kepada Malaysia.

Pelakon berusia 60 tahun itu menerima penganugerahan ini daripada Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Turut menerima anugerah, Ustaz Kazim Elias yang menjadi penceramah popular dalam program Astro "Kalau Dah Jodoh".

- Sumber: Astro Awani 

Lights, camera, action!

Got tired of reading? Here’s something that doesn’t require all of your noggin

Waitaminute, what is DC doing in front of the camera? Wasn’t he supposed to always be behind the camera? Or better yet, behind the desk under a mountain of contracts and paperwork to dissect? Apparently not.

This time, DC gets behind the wheel in a brand new series of webisode, which is aptly named Behind The Wheel. What is it all about? Simple answer – it’s all about cars.

So, here’s the not so simple answer. Behind The Wheel is really not just about cars but the lifestyle these four-wheeled machinations of freedom can bring to the people who owns them; who drives them.

It is a video series that does away with the run-of-mill reviews and shootout that other videos seem to so frequently fall back on. The only shootout Behind The Wheel do is to see which car-driver-navigator can find the most food trucks in the Klang Valley. Saying that is already giving away too much.

Want another reason to keep your eyeballs on Behind The Wheel? Babes. Specifically, three gorgeous ladies that somehow agreed to sign up for this crazy gig.

Episode One airs next week so stay tuned.

- Source: Astro Publication 

Gantung tahanan IS jika juruterbang Jordan dibunuh


AMMAN - JORDAN. Kerajaan Jordan dilaporkan memberi amaran kepada Kumpulan Militan Negara Islam (IS) untuk menjatuhkan hukuman gantung ke atas kesemua tahanan penjara anggota IS sekiranya kumpulan tersebut membunuh tebusan Jordan, Muath al-Kasaesbeh.

Memetik laporan daripada portal berita Metro.co.uk, kerajaan Jordan dilaporkan mengeluarkan amaran tersebut setelah tempoh pertukaran tebusan antara banduan IS dan tahanan Jordan berakhir pada Khamis.

Sebelum itu, kumpulan IS cuba berunding dengan melepaskan wartawan Jepun, Kenji Goto dan Juruterbang Jordan, al-Kasaesbeh kembali ke negara masing-masing sekiranya kerajaan Jordan bersetuju membebas dan menyerahkan pengebom berani mati IS, Sajida al-Rishawi kepada kumpulan tersebut.

“Kerajaan Jordan dipercayai menghantar mesej tersebut kepada kumpulan IS.

“Kerajaan Jordan memberi amaran sekiranya juruterbang Jordan dibunuh, mereka akan melaksanakan hukuman gantung terhadap Sajida dan banduan IS yang lain secepat mungkin,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan berita tersebut.

Sementara itu menurut sumber dari unit perisikan, perjanjian pertukaran kedua tahanan dilihat sebagai suatu urusan mustahil berikutan keengganan kumpulan pengganas terbabit untuk membuktikan juruterbang F-16 itu masih hidup.

Muath al-Kasaesbeh, 26, ditahan kumpulan pengganas selepas jet yang dipandunya terhempas di Raqqa di utara Syria.

- Sumber: Sinar Harian