Friday, 27 September 2013

6 termasuk dua pengarah Genneva didakwa


KUALA LUMPUR - Enam individu, termasuk dua pengarah syarikat pelaburan jongkong emas Genneva Malaysia Sdn Bhd (GMSB), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 913 pertuduhan pengubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen membabitkan urus niaga hampir RM5.5 bilion, dua tahun lepas.

   
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Datuk Philip Lim Jit Meng, 56, Datuk Tan Liang Keat, 41, Lim Kah Heng, 42, Datuk Ng Poh Weng, 63, Datuk Marcus Yee Yuen Seng, 61, dan Datuk Chin Wai Leong, 37, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memiliki, memindah, menerima dan memperoleh wang berjumlah RM1.5 bilion menerusi hasil aktiviti haram.
   
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Jalan Kuchai Maju 1, Dynasty 2, Off Jalan Kuchai Lama di sini antara Jan 2011 dan Dis 2012 mengikut subsesyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   
Sementara itu, dua syarikat iaitu GMSB dan Success Attitude Sdn Bhd, turut didakwa atas pertuduhan sama, masing-masing dengan 222 dan lapan pertuduhan di tempat dan masa yang sama.
   
Philip, yang merupakan pengarah GMSB dan Success Attitude, berdepan 246 pertuduhan; Tan, pengarah GMSB (226 pertuduhan); Lim, pengurus besar syarikat (16 pertuduhan) manakala Ng, Marcus dan Chin, penasihat perniagaan syarikat itu, masing-masing berdepan 155, 17 dan 23 pertuduhan.



Sementara itu, syarikat GMSB, Philip, Tan, Lim dan Ng mengaku tidak bersalah menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah melalui satu skim yang melibatkan transaksi emas.
   
Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tempat sama antara 10 Januari 2011 hingga 1 Oktober 2012.
   
Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin bagi pertuduhan pengubahan wang haram dan RM1 juta dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh untuk pertuduhan BAFIA.
   
Mahkamah menetapkan 27 November untuk pengurusan kes.



Di mahkamah berasingan, GSMB, Philip dan Tan turut mengaku tidak bersalah membuat penyataan palsu dalam iklan di laman sesawang www.gennevaworld.com.my berhubung penjualan emas berlandaskan syariah.
   
Bagi pertuduhan ini, mereka yang merupakan orang kena saman, didakwa melakukan kesalahan itu di 52A-1, Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama di sini antara 16 Februari dan 1 Oktober 2012.
   
Mereka didakwa mengikut Sesyen 18(1) Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 21(b) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   
Hakim Rihaida Rafie membenarkan Philip dan Tan masing-masing diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Okt untuk sebutan kes.
   
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad, Mardziatul Nisa Ahamad Kabir dan Aida Mastura Mohamed Aman manakala kesemua tertuduh diwakili Peguam A.S.Dhaliwal dan J.Kuldeep Kumar.


Budak perempuan setahun lemas dalam baldi


KOTA BHARU - Seorang budak perempuan berusia setahun ditemui mati lemas di dalam baldi yang penuh berisi air di rumahnya di Taman Koperasi PKINK, di sini hari ini.
   
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, Soffiyah Mustaffa ditemui oleh abangnya di dalam baldi itu pada jam 12.15 tengah hari.
   
Ibu mangsa kemudiannya membawa kanak-kanaka itu ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.
   
"Doktor bagaimanapun mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan ringkas kepada media di sini.
   
Keluarga mangsa yang berada di bilik mayat hospital itu bagaimanapun enggan menemui wakil media. 

- BERNAMA, Sept 27, 2013

Nissan treats new Leaf owners in Texas to one year of free charging

DNP Nissan Leaf owners in Texas can charge for free for a year


EV fans in Texas, you might want to wait until October 1st before purchasing or leasing a Nissan Leaf.

That's because the company's taking a leaf out of Tesla's book and giving new owners in Dallas, Fort Worth and Houston a year of unlimited free access to all eVgo charging stations in those areas.

Unfortunately, that does mean that if you've already got one of the company's electric vehicles, you don't get the perk -- ouch.

As for potential customers in other states, don't despair. Nissan's Brian Brockman has hinted that the program might expand to other eVgo locations -- depending on how well it does in the Lone Star State.

*         *         *         *         *         *         *         *         *


B&W Newswire: Wow, they do get great deals on Electric Vehicles in the US, don't they?

Sah tiada kenaikan harga petrol malam ini: Timbalan Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR:  Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan Jumaat menafikan bahawa terdapat kenaikan harga petrol RON95 malam ini.

"Saya ingin nafi ada penurunan subsidi RON95 sebanyak 10 sen malam ini," kata Ahmad Maslan dalam tweetnya.

Oleh itu, harga RON95 bersubsidi masih RM2.10 seliter.


Sumber: BERNAMA 

Pak belang tinggal serumah

Pak belang tinggal serumah
Borges bersama seekor daripada harimau peliharaan di Sao Paulo.


SAO PAULO - BRAZIL. Sebuah keluarga pencinta haiwan sanggup tinggal serumah dengan tujuh harimau seberat kira-kira 222 kilogram di Maringa, Brazil.

Ary Borges berkata, beliau mula memelihara haiwan pemangsa itu selepas menyelamatkan dua harimau dari sarkas lapan tahun lalu.

"Saya tidak bimbang membiarkan anak dan cucu bermain dengan harimau ini. Kita perlu tunjukkan rasa sayang dan hormat kepada haiwan itu supaya ia lebih jinak," katanya pada Daily Mail.

Menurutnya, selain membenarkan harimau itu bebas, mereka juga melakukan aktiviti riadah bersama.

"Saya terpaksa mengawal pembiakannya selepas pihak berkuasa mengehadkan permit pemilikan," katanya.

Beliau berkata, keluarganya kini dalam perancangan membina taman eko seluas 17 hektar untuk melakukan program pembiakan.


Sumber

Suspek kes ugut Ketua Polis Pulau Pinang diberkas

Polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes ugutan terhadap Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Isnin lalu.

Difahamkan, suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan di sekitar kawasan Klang, Selangor awal pagi tadi.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown dan direman selama tiga hari bermula hari ini.

Sebelum ini, Abdul Rahim dilaporkan menerima SMS ugutan yang dihantar melalui telefon bimbitnya ketika berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kira-kira jam 9 pagi Isnin lalu.

Difahamkan, kiriman SMS oleh individu yang tidak dikenali itu mengandungi ayat ugutan kerana tidak berpuas hati apabila lima rakannya ditembak polis bulan lalu.

Kandungan SMS yang diterima Abdul Rahim adalah ‘Hello kepala penang, mau kasi ingat, u sudah ambil saya punya kawan lima orang, u jangan ingat u the best, u jaga u punya body, tak dapat u, u punya kawan saya ambil. Jaga-jaga’.

Abdul Rahim membuat laporan sehari selepas menerima ugutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Sementara itu, Ketua Polis Derah Timur Laut,Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan itu.


- Sinar Harian 

'Bang...saya takut mak marah'

'Bang...saya takut mak marah'
Pasangan berkenaan diambil keterangan oleh penguat kuasa Jaij


BATU PAHAT - “Jangan macam ni bang, nanti mak saya marah,” itu rayuan seorang pemuda awal 20-an setelah ditahan berdua-duaan bersama pasangannya di sebuah hotel di Ayer Hitam, malam semalam.

Pemuda berkenaan yang memberi banyak alasan turut merungut serta menyatakan dia tidak melakukan kesalahan, cuma menemani kekasihnya di bilik hotel sementara menunggu hari siang.

Timbalan Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, semasa serbuan, pemuda berkenaan dan pasangannya mengambil masa untuk membuka pintu hotel.

Katanya, sebaik membuka pintu berkenaan pemuda itu memberi pelbagai alasan termasuk menemani ‘anak saudaranya’ yang takut tinggal di hotel itu seorang diri.

“Pemuda berkenaan turut memberi pelbagai alasan lain seperti membeli makanan, menemani pasangannya serta hanya singgah sebentar dan akan pulang selepas itu.

“Pemuda berkenaan turut mengaku menipu ibunya, di mana dia menyatakan akan ke Segamat tetapi sebenarnya singgah di hotel di Ayer Hitam ini untuk bersama kekasih.

“Operasi ini turut disertai beberapa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya selepas rutin operasi mencegah maksiat di daerah ini, semalam.

Menurut Saiful, walau apa juga alasan diberikan, pemuda dan pasangannya tetap melakukan kesalahan kerana berdua-duaan secara berkurung sehingga menimbulkan syak.

Katanya, pasangan berkenaan kini ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997

“Pasangan ini akan dihadap ke mahkamah selepas siasatan kes kesalahan yang mereka lakukan ini selesai.

“Operasi ini bertujuan membendung kegiatan sumbang yang makin menular di kalangan anak muda yang semakin membimbangkan semenjak akhir-akhir ini.

“Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan berpotensi kelakuan seperti ini,” katanya.


Sumber

Anak lihat ibu digilis

Anak lihat ibu digilis
Anak mangsa cuba ditenangkan oleh pengawal keselamatan.


KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita mengambil anaknya pulang dari sekolah tidak kesampaian apabila dia maut digilis sebuah lori simen di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, isteri kepada anggota polis Balai Sentul, dikatakan gagal mengawal motosikalnya setelah bergesel dengan lori itu.

Lebih memilukan kejadian disaksikan anak perempuan mangsa berusia sembilan tahun, lalu menghubungi ayahnya (suami mangsa).

Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu.

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan menahan pemandu untuk siasatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, motosikal gagal dikawal menyebabkan mangsa tercampak bawah lori.

Katanya, mangsa kemudiannya digilis dan maut serta-merta di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Sumber

RON95: Jangan dengar khabar angin, kata menteri

HASSAN-MALEK
Hasan Malek


SHAH ALAM – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin yang mendakwa harga bahan api petrol RON95 akan dinaikkan pada malam ini sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Hasan menegaskan khabar angin yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu boleh menjejaskan keamanan negara sekali gus menimbulkan suasana panik di kalangan masyarakat negara ini.

“Jangan dengar khabar angin itu, kalau benar ada kenaikan kerajaan sendiri akan umumkan nanti...ada puak-puak tertentu yang cemburukan keamanan negara sebarkan khabar angin ini dan menyebabkan orang ramai panik.

“Bila dia buat macam ini, orang ramai bukan sahaja panik bahkan mereka akan berkejar-kejar ke stesen minyak mengisi petrol,” katanya kepada Sinar Harian Onlie ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkta demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman semalam yang mendedahkan harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan dalam masa terdekat susulan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api itu dalam usaha membasmi penyeludupan petrol ke negara-negara jiran.

"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.


- Sinar Harian

Minyak RON95 naik lagi?

Minyak

Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.

"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.- Bernama


2.45 juta rakyat Thai terjejas banjir, 13 maut setakat ini

2.45 juta rakyat Thai terjejas banjir, 13 maut setakat ini

Banjir di Thailand diramal semakin buruk berikutan hujan lebat dijangka berterusan sehingga minggu depan terutama di sekitar kawasan utara dan timur.

Setakat ini, 13 orang meninggal dunia dan seramai 2.45 juta daripada 65 juta penduduk terjejas akibat banjir.

Pengarah Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana Thailand Chatchai Promlert berkata lapan orang meninggal dunia di Surin dan tiga di Srisaket yang terletak di timur laut negara itu manakala dua lagi di Nakorn Guinea, di kawasan tengah negara itu.

Berdasarkan statistik untuk tempoh 17 hingga 27 Sept, 30 daripada 77 wilayah Thailand terjejas akibat banjir membabitkan 210 daerah dan 9,482 buah kampung.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Thailand mengeluarkan nasihat hari ini mengenai kejadian hujan berikutan tekanan agak kuat dari China.

Jurucakap jabatan menasihatkan penduduk agar berwaspada dengan keadaan cuaca buruk bermula tempoh 30 Sept hingga 1 Okt.

Katanya, tekanan rendah tropika di Laut China Selatan yang terletak berhampiran Filipina dijangka bertambah buruk berikutan ribut tropika, bergerak ke tengah Vietnam semasa  tempoh berkenaan.

Keadaan ini akan memberi kesan langsung ke atas bahagian timur laut Thailand, menurut jurucakap itu.

- BERNAMA 

Empat beranak maut nahas di Jalan Kajang- Banting

KUALA LUMPUR:  Empat beranak terbunuh selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Km 8 Jalan Kajang-Banting dekat sini hari ini, 26 September 2013.

Dalam kejadian 11.54 pagi itu, Rohaya Md Rabi, 35, dan tiga anaknya - Nur Nabila Al Huda Muhammad Tauffid, 9; Nur Nabila Al Hanan, 7; dan Muhammad Nabil Lutfi Al Hadif, setahun, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata seorang lagi anak Rohaya, Muhammad Nabil Luffan Al Hadi, 3, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kajang dengan keadaannya dilapor kritikal.

Abdul Rashid berkata kejadian berlaku ketika Rohaya, guru agama di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, dalam perjalanan ke sekolah itu.

Tiba di tempat kejadian, kereta mangsa dirempuh sebuah lori tiga tan dari arah bertentangan dan selepas merempuh Perodua Kancil berkenaan lori itu dilanggar oleh sebuah van dari arah belakang, namun kedua-dua pemandu kenderaan terbabit selamat, katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi Abdullah Ramli berkata pihaknya mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan semua mangsa daripada kereta yang remuk teruk tersebut.

"Apabila kami sampai, empat mangsa sudah meninggal dunia manakala seorang masih hidup dan dikejarkan ke hospital berdekatan," katanya.

Adik Rohaya, Abdullah Md Rabi, 28, ketika ditemui di bilik mayat Hospital Serdang, berkata arwah kakaknya adalah guru sesi petang di sekolah itu manakala abang iparnya pula guru sesi pagi di sekolah sama.

Mereka mempunyai enam anak, dua daripadanya bersekolah sesi pagi dan akan mengikut abang ipar manakala dua lagi bersekolah petang dan ke sekolah bersama arwah kakak, katanya.

Menurut Abdullah, arwah turut membawa dua lagi anaknya ke sekolah itu untuk dibawa pulang oleh suami apabila sesi pagi berakhir.

"Saya berjumpa dengan arwah semalam di rumahnya di Taman Impian Putra, Kajang. Arwah kakak sangat ceria apabila bersembang," katanya.

Menurut Abdullah arwah kakaknya juga seorang pemandu yang berhati-hati ketika di jalan raya.

Sementara itu rakan sekerja Rohaya, Siti Azurani Md Tin memberitahu Bernama Allahyarham seorang yang peramah, mesra dan baik hati.


- BERNAMA

China court jails general's son for decade over gang rape

China court jails general's son for decade over gang rape

A court sentenced the teenage son of a Chinese general to 10 years in jail for rape on Thursday, court authorities said, after his trial spotlighted extravagant lifestyles among the Chinese elite.

Li Tianyi, 17, and four other males were found guilty of raping a woman in a Beijing hotel in February, court authorities said on a verified social media account.

The case drew widespread scrutiny in the country, where the children of the elite are often seen as living lavishly or above the law due to their connections.

Li's father Li Shuangjiang holds a rank equivalent to general in China's military as dean of the music department for the army's Academy of Arts, and is known for singing patriotic songs. His mother, Meng Ge, is also a prominent singer.

Li Tianyi had previously triggered controversy in 2011 after he and another teenager, both driving expensive cars, attacked a couple who reportedly blocked their passage, while the victims' child looked on.

The court did not state clearly how Li had pleaded during his trial last month. During the hearings, the Beijing News reported that he "did not admit to the sexual assault and did not admit to a relationship, saying he was drunk and did not know anything" about what happened.

The other four defendants, also minors, in the trial were sentenced to between three and 12 years in prison, with two of them receiving probation, the court authority said.

A court spokesman rejected via the official social media account online chatter that family background had led to a lighter sentence.

Internet users had speculated that Li would escape without a prison sentence, and some celebrated the verdict on Thursday.

"To be honest, the conviction is fair enough because of the public attention," said one user of Sina Weibo, a Chinese equivalent of Twitter.

Others decried what they saw as too light a sentence.

"How much do other gang rapists get? In 10 years he will be released and will be considered a great boy," said one post.

Another user criticised authorities: "The rights that people give you are not for protecting animals like them."

It was not immediately clear if Li would appeal the charge. State media quoted Li's legal advisor Lan He as saying ahead of the trial that his family would appeal if the court gave a guilty verdict.

China's new leadership under President Xi Jinping has pledged to clean up government, amid public perceptions that officials enjoy increasingly immense wealth and privilege the higher they rise.

In another high-profile scandal in 2010, the son of a police chief tried to use his father's status to avoid any consequences for a fatal car accident.

After running over a student in the northern province of Hebei, Li Qiming -- who is not related -- shouted: "Sue me if you dare. My father is Li Gang!"

His words became a catchphrase used to refer to children of powerful families who appeared to act with impunity. --AFP