Sunday 16 June 2013

Nenek selamatkan cucu dan menantu dari kebakaran

BALING:  Seorang nenek cedera semasa cuba menyelamatkan menantu dan dua cucunya yang terperangkap di dalam rumahnya yang terbakar dalam kejadian di Kampung Carok Bunting, mukim Siong dekat sini petang semalam.

Romiah Sulaiman, 65, cedera di lengan kiri akibat terkena api ketika rumah dua tingkat separuh papan yang didiaminya hangus terbakar pukul 6.15 petang.

Ketika kejadian Romiah dan menantu serta dua cucunya sahaja berada di rumah kerana suaminya Zainol Yahya, 75, tiada di rumah.

Setelah menyedari rumahnya di bahagian atas terbakar, Romiah yang berada di luar rumah meluru ke dalam rumah untuk mencari menantunya, Nor Azlina Shamsudin, 30, serta dua cucunya, Fathin Fadzli, 4, dan Siti Zulaikha, 2, yang tidak menyedari kebakaran itu berlaku.

"Ketika saya masuk ke dalam rumah, sebatang kayu yang terbakar jatuh ke atas lengan saya," katanya.

Menantu dan cucunya itu sempat menyelamatkan diri dengan keluar menerusi pintu dapur setelah terdengar jeritan Romiah bahawa rumah mereka terbakar.

Tiada sebarang harta yang sempat diselamatkan dalam kejadian itu.

Lapan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Baling yang dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran gagal membawa jentera mereka masuk ke kawasan kampung itu akibat jalan sempit.

Turut menziarahi mangsa kebakaran itu adalah Anggota Dewan Undangan Negeri Bayu Datuk Azmi Che Husin.

"Saya memandang berat masalah jalan sempit yang menghalang kenderaan bomba memasuki kampung," katanya.

Azmi berkata pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Bomba supaya dapat menggunakan jentera yang lebih kecil dan boleh masuk ke kawasan kampung bagi membantu mangsa kebakaran jika berlaku kebakaran.


- BERNAMA



HANTU KAPCAI ungguli Anugerah Blokbuster 2

'Hantu Kapcai' ungguli Anugerah Blokbuster 2

JOHOR BAHRU: Filem aksi komedi Hantu Kapcai berjaya mengungguli lima anugerah di Anugerah Blockbuster 2 yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru malam Sabtu.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar memenangi kategori utama iaitu Filem Terhebat, Filem Aksi Terhebat, Filem Kelakar Terhebat, Hero Terhebat (Zizan Razak), dan Heroin Baru Terhebat (Neelofa).

Filem Kau Ada Aku Ada membawa pulang dua trofi iaitu Drama Muzikal Terhebat dan Lagu Filem Terhebat (Beginilah Caranya).

Filem Jalan Kembali: Bohsia 2 juga memenangi dua anugerah iaitu Tuan Direktor Terhebat (Syamsul Yusof) dan Watak Penjahat Terhebat (Soffi Jikan).

Berikut adalah senarai penuh pemenang-pemenang Anugerah Blokbuster 2:

1. Anugerah Filem Terhebat: Hantu Kapcai
2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat: Syamsul Yusof (Jalan Kembali: Bohsia 2)
3. Anugerah Direktor Baru Terhebat: Dharma Harun (Adik Manja Return)
4. Anugerah Filem Aksi Terhebat: Hantu Kapcai
5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat: Hantu Kapcai
6. Anugerah Filem Takut Terhebat: Sumpahan Kum Kum
7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat: Aku Ada Kau Ada
8. Anugerah Hero Terhebat: Zizan Razak (Hantu Kapcai)
9. Anugerah Heroin Terhebat: Yana Samsudin (3 Temujanji)
10. Anugerah Watak Penjahat Terhebat: Soffi Jikan (Jalan Kembali: Bohsia 2)
11. Anugerah Lagu Filem Terhebat: Beginilah Caranya (Kau Ada Aku Ada)
12 .Anugerah Hero Baru terhebat: Izzue Islam (29 Februari)
13. Anugerah Heroin Baru Terhebat: Neelofa (Hantu Kapcai)
14. Anugerah PFM: Mejar (K) David Teo
15. Anugerah Astro First Terhebat: Ombak Rindu
16. Anugerah Gempak WeChat: Stacy (Bosan)

Datuk AC Mizal dan Scha Alyahya muncul sebagai hos pada malam Anugerah Blokbuster 2 malam tadi.

- Astro Awani

Jerebu: 6 bandar catat IPU tidak sihat

Jerebu: 6 bandar catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR: 6 bandar di Semenanjung Malaysia mencatatkan indeks pencemaran udara, IPU tidak sihat sehingga jam 11 pagi tadi.

Bandar terlibat ialah Bandaraya Melaka, Bukit Rambai, Port Dickson, Muar, Pelabuhan Klang dan Kemaman.

Bandaraya Melaka mencatat IPU paling tinggi iaitu,129, diikuti Bukit Rambai, 120, dan Port Dickson, 117.

Sementara Muar yang mencatat IPU paling tinggi pada Sabtu dengan bacaan 127, menurun kepada 110 pada pagi tadi, pelabuhan Klang, 104 dan Kemaman, 101.

Semalam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan, peningkatan bacaan IPU di beberapa kawasan di selatan Semenanjung dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan.

Paparan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan pusat meteorologi khusus Asean hari ini menunjukkan terdapat empat titik panas di Semenanjung Malaysia dan tiga di Sarawak.

Negara kini mengalami musim monsun barat daya bermula bulan ini dan dijangka berterusan sehingga September.

Angin monsun bertiup dari kawasan titik panas di Sumatera Tengah, Indonesia membawa pencemaran asap jerebu ke kawasan selatan pantai barat Semenanjung.

Sementara itu, sebanyak 6 stesen berada pada tahap baik manakala 39 lagi mencatat kualiti udara tahap sederhana.

Di ibu negara, bacaan IPU yang dicatatkan di Cheras ialah 92.

Orang ramai juga dinasihat tidak melakukan pembakaran terbuka dan diminta bekerjasama memadam kebakaran kecil.


- ASTRO

FOTO WANITA HINA YANG DI-PERTUAN AGUNG DIDEDAHKAN!

Individu terakhir yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Halim Mu'adzam Shah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.




Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abdul Aziz Zakaria berkata, individu yang merupakan pemilik akaun Facebook Carol Tay itu hadir bersama peguamnya kira-kira pukul 1 petang.

"Polis mengambil keterangan daripada wanita itu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya ketika dihubungi sambil menambah wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis pukul 5.30 petang.

Pada 1 Jun lalu, akaun Facebook yang menggunakan nama Melissa Gooi didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim sempena Hari Keputeraan baginda.

Kenyataan itu turut menerima ulasan yang menghina Yang di-Pertuan Agong daripada rakan-rakannya.


Image from: Malaysia Must Know the Truth blog


Susulan itu, polis menerima 35 laporan daripada pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan yang mahu tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun Facebook itu serta mereka yang menyokong kenyataan berbaur hasutan berkenaan - UM



Sumber: Malaysia Must Know the Truth


Sarawak Chief Minister's salary is RM39,000 - higher than Prime Minister's

Sarawak ministers and assemblymen will get an astronomical pay hike of 200% with the approval of the Remuneration, Pension and Gratuities Bill 2013.



Sarawak ministers, assemblymen get three-fold pay hike

The state’s ministers and assemblymen have approved a whopping 200 per cent raise for themselves and administrators of the state assembly on May 21.

Under the new remuneration scheme, the chief minister’s salary will increase from the present RM13,000 to RM39,000 per month while the pay of the deputy chief ministers jumps to RM35,000 from the current RM11,500. Senior ministers will receive RM30,000 in monthly salary from the present RM9,000, while ministers will see an increment from RM9,000 to RM27,000. The salary of assistant ministers rises from RM7,000 to RM21,000.

The basic allowance for the members of the State Legislative Assembly (DUN) will increase from RM4,500 to RM15,000 while political secretaries will see an increase in allowance from RM3,000 to RM9,000.

In addition, DUN speaker will receive a salary increase equal to the senior minister while the deputy speaker will be on par with the assistant minister.

The new remuneration scheme, which will be back dated to January 1, 2012, was implemented after the Members of Administration and Members of Dewan Undangan Negeri (Remuneration, Pension and Gratuities) Bill, 2013 was passed without any objection at the DUN sitting here yesterday.

The new pay and allowances will increase the wage bill for the state assembly to RM17 million annually. Second Finance Minister Dato Sri Wong Soon Koh who tabled the bill said the new ordinance seeks to repeal the Members of Administration and Members of Dewan Undangan Negeri (Remuneration, Pension and Gratuities) Ordinance 1980 which came into force on July 1, 1980.


Read more: Thegreenmechanics