Tuesday, 4 June 2013

Daging kambing baik untuk kesihatan jantung

Ramai kalangan kita memilih untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung.

Daging kambing baik untuk kesihatan jantung


Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63% daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.

Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.

Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.


KOMPOSISI KHASIAT

Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.

Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.

Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).

Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).

Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.


BAIK UNTUK JANTUNG

Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.

Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.

Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok.

Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.

Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.

"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.


Sumber: Awani

Reaksi kenaikan harga rokok - Media sosial gamat!

Gamat dibuatnya susulan pengumuman pengeluar rokok British American Tobacco (BAT) Malaysia pada Isnin untuk menaikkan 3% harga rokok.

Media sosial gamat: Reaksi kenaikan harga rokok

Antara komen yang diterima di laman sosial Facebook Astro AWANI, daripada seseorang yang menggelarkan dirinya Karuek Kenang Ngan.

Dia berkata “biar setinggi manapun kenaikan, perokok tetap akan membelinya.

Selain itu akan ada pihak yang mengambil kesempatan.

“Dengan kenaikan harga rokok, rokok seludup akan mendapat keuntungan lumayan disebabkan permintaan yang tinggi.”

Ike Dean pula mengingatkan semua kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun memfatwakan perbuatan merokok sebagai haram dan selaku rakyat yang bermastautin di negara ini anda adalah diseru untuk berhenti merokok selaras dengan tuntutan Islam.”

Sementara itu, Muhammad Ahmad berkata “kenaikan harga rokok tidak akan menjadi sebab utama perokok tegar itu berhenti. Saya nampak inilah cara mengaut keuntungan yang mudah. Asal nama rokok mereka tetap akan beli sebabnya ketagihan merokok bukan mudah nak dibuang.”

Saifullah Abdul Rahim pula melontarkan pendapat berbeza dengan alasannya yang tersendiri.

“Kalau rokok haram, kenapa dijual? Para perokok banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Hargailah para perokok di Malaysia. Jika tiada perokok siapa lagi akan menyumbang kepada ekonomi Malaysia,” jelas Saifullah.

Berikut pula adalah reaksi pengguna Twitter: 

 Rokok dunhill 20 naik rm10.50? Mujur aku dah 10 tahun bebas dari ketagihan kuasa...eh..rokok

— ronasina (@ronasina) June 4, 2013 Malaysia patut ikut contoh Singapura soal harga rokok. Kat Singapore isap rokok seludup adalah illegal, dendanya waduh! #fb

— Dato Nikah Kawen ™ (@KartunisGandum) June 4, 2013 Nampaknya harga rokok dah NAIK!!! Masa utk perokok bekerja keras agar LEBIH KAYA utk gaya hidup mewah ini... ;)

— HilalAzmi (@HilalAzmi) June 3, 2013 Nak slow2 dah breti merokok..gara2 rokok naik 30sen ni...azab 30sen..oh 30sen..

— Prince Zolerobloom (@zolerobloom) June 4, 2013



Sumber:Astro Awani, Jue 4, 2013

Terkejut miliki saham dalam syarikat bot karam

Menghairankan tapi benar!

Terkejut miliki saham dalam syarikat bot

BELAGA: Sejak hari pertama tragedi bot ekspres 'Kawan Mas' karam di Giam Bungan, Sungai Rajang kelibat Sebastian Lee Tiang Shuy sering dilihat di lokasi bot karam dan semasa taklimat operasi mencari dan menyelamat Pejabat Daerah Belaga.

Namun pada Ahad, Lee, yang berusia 45 tahun dan pemilik kedai runcit di Bazar Belaga terkejut apabila diberitahu dia mempunyai 'saham nominal' di dalam syarikat pengendali bot ekspres itu selepas enam hari nahas berlaku.

Jelasnya dia hanya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pemilik syarikat bot ekspres itu yang berpejabat di Sibu dikenali sebagai 'Tauke Wong".

"Dia dah faks senarai pemegang saham dalam syarikat itu...itu "share" jika diikutkan bapa saya punya, saya punya pun(saham) sikit saja"

Lee berkata mungkin motif syarikat itu menghantar senarai pemilik saham bagi meminta pemilik saham membuat laporan polis berhubung tragedi itu.

Malah beliau bercadang untuk berjumpa Ketua Polis Daerah Belaga, DSP Bakar Sebau untuk memaklumkan dia mengenai perkara ini secepat mungkin.

Sementara itu mengenai sama ada 'Tauke Wong' ada datang ke lokasi kejadian, Lee berkata pemilik syarikat bot itu tidak datang dan tugas itu diserahkan kepada seorang lelaki dikenali sebagai 'Ah Seng'.

Beliau berkata demikian selepas ditemui di Pekan Belaga pada Isnin.

Lee yang merupakan penduduk Belaga juga tidak ketinggalan menyumbangkan barangan makanan dan bot untuk pengangkutan pasukan mencari dan menyelamat berulang-alik ke lokasi kejadian.

Setakat hari ini operasi mencari mangsa yang masih hilang masih diteruskan.


Sumber: Astro Awani