Saturday, 24 January 2015

Terbaru hari ini - QZ8501: Empat lagi mayat mangsa berjaya dibawa naik


ANGGOTA penyelamat Indonesia memeriksa beg mayat untuk mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di atas kapal Tentera Laut KRI Banda Aceh di perairan dekat Pangkalan Bun. - Foto EPA

PERAIRAN KARIMATA: Sekurang-kurangnya empat mayat berjaya dibawa naik ke kapal KN Pacitan milik Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia awal pagi ini ketika proses mengapungkan badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di perairan Karimata, Kalimantan Tengah.

Terdahulu, Pengarah Operasi BASARNAS, SB Supriyadi di Lanud Iskandar, Pangkalan Bun, Kotawaringin Barat, Kalteng berkata, pihaknya sudah menemui 65 mayat sehingga semalam, menjadikan jumlah terbaharu yang sudah ditemui adalah 69 ketika ini.

Kerja pengapungan badan pesawat dilakukan oleh kapal Crest Onyx dan akan diangkat ke kapal milik SKK Migas untuk dibawa ke Jakarta.

Sebanyak 11 kumpulan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI) dengan setiap kumpulan terdiri daripada empat anggota memulakan operasi menyelam di dasar laut sejak jam 5 pagi waktu tempatan. 


Sehingga jam 10 pagi ini, proses mengangkat badan pesawat masih dijalankan. BASARNAS melaporkan, badan pesawat berada pada kedalaman 30 meter dan berada pada kedudukan 3,400 meter dari titik penemuan ekor pesawat. 

- Sumber: Detik.com | Januari 24, 2015



Muflis akibat kad pengenalan hilang

  • Jason (tiga, kiri) bersama Kim Chai (dua, kanan) menunjukkan laporan polis dan dokumen sokongan yang telah diseleweng bagi pinjaman kenderaan mewah.
  • Jason (tiga, kiri) bersama Kim Chai (dua, kanan) menunjukkan laporan polis dan dokumen sokongan yang telah diseleweng bagi pinjaman kenderaan mewah.

JOHOR BAHRU – Malang buat seorang pembantu kedai kopi apabila dia bukan hanya menanggung hutang puluhan ribu ringgit malah turut diisytiharkan muflis.

Mangsa, Gan Kim Chai, 40, yang menghidap sindrom lembam terpaksa menanggung hutang bank sebanyak RM123, 610 bagi pinjaman kenderaan terpakai jenis Honda Accord di atas namanya.

Dia yang dua kali kehilangan kad pengenalan pada 2003 dan tahun lalu mendakwa dokumen tersebut telah diselewengkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Gaji saya kurang RM1000 sebulan, mana mampu beli kenderaan mewah, perkara ini telah dirujuk dengan pihak bank, namun hasil siasatan mendapati salinan dokumen bagi pinjaman tersebut menggunakan nama dan nombor pengenalan milik saya namun ditukar gambar dan alamat.

“Dokumen sokongan juga bukan milik saya,” katanya kepada pemberita bersama Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam,  Jason Teoh di Kelab Media Cina, Taman Maju,  di sini.

Kim Chai yang diwakili adiknya, Gan Ah Hock, 35, kerana tidak fasih bercakap kesal apabila disahkan muflis oleh mahkamah pada 29 Disember lalu.

“Kita telah tiga kali merujuk perkara ini dengan pihak bank dan mendapatkan pengesahan Bank Negara, Jabatan Pendaftaran Negara selain tindakan susulan ke mahkamah, namun hasilnya sangat menghampakan.

"Semakan mendapati tandatangan salinan perjanjian bank serta dokumen penyata gaji juga bukan milik saya malah penyeleweng juga didapati membayar ansuran bulanan RM 1282 selama 16 bulan," katanya.

Sementara itu, Jason berjanji akan membantu mangsa memberi khidmat guaman percuma selain menggunakan saluran MCA.

“Kami akan tulis surat ke bank, Ketua Polis Johor mengenai status siasatan, meneliti kes ini dengan lebih terperinci kerana dengan jelas bukti-bukti yang dikepilkan telah disalahgunakan,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Saya minta maaf - Zamani

Zamani (Slam)

"SAYA minta maaf kepada semua dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya selama ini,” demikian kata-kata yang dipetik lahir daripada bibir bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani pada satu sidang media hari ini.

Pengurus Zamani, Johan Aziz ketika dihubungi Sinar Online memberitahu, pelantun lagu Sang Pari-pari itu kini dibebaskan di bawah jaminan polis berazam untuk pulih dan tidak akan mengulangi sejarah hitam hidupnya.

“Sekarang ini, dia sudah dibebaskan. Buat masa ini, dia hanya mahu berehat. Tapi dia minta maaf atas apa yang berlaku. Dia berjanji akan cuba memperbaiki diri dan bebaskan diri dari belenggu dadah,” katanya.

Menurut Johan, pihaknya dan keluarga kini berusaha mencari jalan yang terbaik untuk memulihkan keadaan penyanyi berusia 43 tahun itu.

“Dia sendiri mahu berubah dan sekarang ini kami dan keluarga masih berbincang untuk membantunya,” katanya lagi.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 pagi tadi pada Rabu lepas.

Penyanyi popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kediaman penyanyi tersebut telah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sebelum ditahan.

Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram ditemui di dalam salah sebuah bilik di kediaman penyanyi itu.

Soal siasat awal mendapati suspek (Zamani) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.

- Sumber: Sinar Harian 

Windows 10 teroka masa depan holografik


REDMOND, Washington: Microsoft memperkenalkan versi baharu Windows dan peranti 3D boleh pakai dikenali HoloLens. 

Syarikat itu membuat previu set kepala baharu itu yang membolehkan pengguna melihat dan berinteraksi dengan imej tiga dimensi pada majlis pelancaran Windows 10, sistem operasi terbaharu daripada Microsoft. 

Windows 10 direka untuk sepadan dengan perubahan corak penggunaan komputer dewasa ini, membolehkan pengguna meneruskan kerja di pelbagai peranti sama ada komputer peribadi (PC) ataupun tablet, telefon pintar serta peranti lain seperti konsol permainan, malah pemancar holografik sekalipun. 

Walaupun direka untuk membolehkan aplikasi beroperasi hampir sama dalam peranti berkenaan, Windows 10 juga akan mempunyai pelayar web baharu yang akan disepadukan dengan Cortona, sistem arahan suara seperti Siri yang diperkenalkan Apple. 

Microsoft memperluaskan fungsi Cortona untuk menjadi enjin carian dan pembantu peribadi, berupaya menjawab soalan dan memberi maklum balas kepada arahan seperti 'mainkan muzik' di desktop PC dan komputer riba serta peranti mudah alih. 

Dalam pada itu, berlainan daripada amalan sebelum ini, Microsoft mengumumkan Windows 10 akan dilancarkan menjelang suku ketiga tahun ini sebagai naik taraf percuma kepada pengguna yang kini menggunakan Windows 8.1 atau 7, dua versi sebelum ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella, berkata Windows 10 menandakan permulaan era perkomputeran lebih berbentuk peribadi dalam dunia mudah alih dan awan lebih diutamakan. 

"Sasaran kami adalah 1.5 bilion pengguna Windows hari ini akan jatuh cinta dengan Windows 10 dan berbilion lagi akan membuat keputusan untuk menjadikan Windows sebagai pilihan," katanya menerusi satu kenyataan di sini, tempat ibu pejabat Microsoft. 

Microsoft memperkenalkan beberapa pengalaman baharu menerusi sistem operasi Windows 10. Antara ciri utama yang diperkenalkan menerusi Windows 10 untuk komputer dan tablet ialah pembantu digital peribadi dikenali sebagai Cortana.

Cortana akan mempelajari keutamaan seseorang pengguna bagi menyediakan cadangan berkaitan serta akses pantas kepada maklumat serta peringatan penting. 

Microsoft juga membawakan pengalaman web baharu bagi Windows 10 iaitu "Project Spartan" atau pelayar generasi baharu yang menawarkan keupayaan untuk digerakkan dengan papan kekunci atau pen. 

Bagi pengguna konsol permainan Xbox pula, mereka boleh melayari permainan secara terus daripada Xbox One kepada Windows 10, bermain bersama rakan dan merasai pengalaman grafik hebat menggunakan DirectX12. 

Dari aspek Microsoft Office pula, Windows menyediakan pengalaman yang lebih konsisten untuk telefon, tablet atau komputer peribadi. Microsoft juga akan berkongsi versi baharu suite komputer peribadi Office dalam masa beberapa bulan akan datang. 

Menerusi Windows 10 juga, Microsoft memperkenalkan platform perkomputeran holografik menerusi Microsoft HoloLens. 

Microsoft HoloLens membolehkan pembangun mencipta pengalaman holografik dalam dunia sebenar. Ia juga komputer holografik pertama tanpa memerlukan sambungan wayar, telefon atau komputer. 

Sempena pelancaran Windows 10, Microsoft menampilkan peralatan baharu berskrin besar iaitu Surface Hub dalam dua saiz iaitu 55 inci dan 84 inci bagi kegunaan di tempat kerja. Surface Hub yang menampilkan papan putih digital canggih membolehkan pekerja berkongsi dan membuat ubah suai isi kandungan di skrin daripada komputer riba, tablet atau telefon. 

Previu teknikal seterusnya Windows 10 bagi komputer peribadi akan disediakan secara percuma kepada Windows Insiders pada minggu depan dan buat kali pertama untuk telefon pada bulan Februari.

- Sumber: Berita Harian 

Padan muka! Pencuri ditahan selepas selfie dengan iPad curi

Dua lelaki yang mencuri iPad ditahan selepas bergambar selfie dengan menggunakan tablet tersebut.

HOUSTON - TEXAS. Dua lelaki yang mencuri sebuah iPad akhirnya ditangkap dan ditahan pihak berkuasa selepas bergambar selfie dengan menggunakan tablet tersebut.

Menerusi laporan yang dipetik di portal berita Metro.co.uk, mangsa kehilangan tablet tersebut, wang tunai dan pelbagai barangan elektronik lain pada 8 Januari lalu apabila traknya di ceroboh dan dicuri oleh dua lelaki tersebut.

Bagaimanapun menurut mangsa, dia terkejut melihat gambar kedua pencuri itu memegang wang tunai Dollar tersenyum ke arah kamera sebaik sahaja mendaftar masuk ke akaun iCloudnya.

Beberapa barangan lain dibuang oleh pencuri di belakang sebuah kafe, kata pihak berkuasa.

“Mangsa percaya iPadnya disambungkan ke Wi-Fi milik kafe itu dan gambar yang diambil itu dimasukkan ke akaun iCloudnya secara tidak sengaja.

“Selepas gambar tersebut menjadi viral, kedua pencuri tersebut dikenalpasti oleh pihak berkuasa dan ditahan pada Rabu lalu,” katanya seperti yang dipetik menerusi petikan berita tersebut.

- Sumber: Sinar Harian 

Penyelam Indonesia gagal apungkan fiuslaj pesawat 8501

JAKARTA: Kumpulan penyelamat Indonesia hari ini melancarkan operasi untuk menaikkan fiuslaj pesawat AirAsia QZ8501 dari Laut Jawa selepas empat lagi jasad berjaya ditemui, baru-baru ini. 

AFP melaporkan bahawa usaha tersebut diteruskan sehari selepas kumpulan penyelam berjaya memasuki bahagian utama pesawat tersebut setelah dikesan kedudukannya.

Cuaca buruk yang bermula sejak minggu lalu menyebabkan kumpulan penyelamat terpaksa menghentikan usaha untuk sampai ke bahagian utama pesawat Airbus A320-200 semenjak kapal penyelamat askar berjaya mengesan bahagian tersebut awal bulan ini.
‘Kami telah memulakan operasi mengangkat badan utama pesawat dan berharap kami berjaya mengapungkannya hari ini,” kata pegawai agensi penyelamat S.B.Supriyadi, pada AFP hari ini.

Selepas Subuh, kumpulan penyelam mula menyelam ke dasar laut untuk mengikat beg pelampung di bahagian fiuslaj pesawat,” kata Rasyid Kacong, yang merupakan pegawai armada laut bertanggungjawab memantau misi menyelamat dari kapal perang Banda Aceh.

Namun, kumpulan tersebut gagal untuk mengapungkan badan pesawat utama pada cubaan pertama, kerana tali yang terikat pada badan (pesawat) itu terputus sebelum fiuslaj berjaya dibawa ke permukaan laut.

“Kami sedang mencuba lagi masa ini,” kata Kacong.

Buat masa ini, empat jasad dipercayai berjaya dikesan dari dalam bahagian fiuslaj ketika pasukan penyelamat mencuba untuk mengangkat bahagian badan pesawat tersebut.

Buat masa ini, sejumlah 69 jasad berjaya dijumpai,” kata pihak pegawai bertugas.

Semalam, dawai berselirat serta tempat beberapa duduk penumpang dijumpai terapung di dalam bahagian fiuslaj pesawat itu. Ini menghalang kumpulan penyelam dari memasuki bahagian itu untuk meneruskan usaha pencarian.

“Kumpulan penyelam memberitahu, ia amat gelap, kerusi penumpang terapung-apung di merata tempat dan longgokan dawai tersebut kelihatan seperti benang yang tersimpul.

Kumpulan penyelam berharap apabila fiuslaj dibawa naik, ini akan memudahkan mereka mengesan mangsa yang belum dijumpai.

Bahagian utama pesawat Airbus A320-200 itu telah dikesan di lantai laut oleh kapal tentera minggu lalu dalam pencarian terperinci di perairan cetek Indonesia, namun kekuatan arus bawah air dan permukaan bergelora memberi cabaran kepada misi SAR.

Kotak hitam pesawat termasuk perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan telah ditemui minggu lalu dan kini sedang dianalisa pihak penyiasat. 

- Sumber: AFP melalui Astro Awani 

'Zamani bebas dengan jaminan polis, perlu berehat' - peguam

Ini merupakan imej terbaru Zamani. - Sumber Foto Johan Azi

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Slam, Zamani dibebaskan dengan jaminan polis pagi Sabtu selepas ditahan reman berkaitan kes dadah pada Rabu lalu.

Menurut peguam penyanyi itu, Zamani sedang menunggu perbicaraan kes di Mahkamah Majistret Ampang yang ditetapkan pada pagi Selasa ini.

“InsyaAllah beliau sudah bersedia untuk perbicaraan kes Selasa ini," kata Johan Aziz, ketika dihubungi Astro AWANI dihubungi di sini, hari ini.

Apabila ditanya tentang keadaan penyanyi itu, Johan berkata Zamani berada dalam keadaan ceria namun perlu berehat sebanyak mungkin.

"Dia 'okay'. Saya telah menasihatkannya untuk berehat kerana sebelum ini beliau agak ‘tension’,” jelas Johan. 

Beliau turut mengesahkan bahawa Zamani membuat keputusan untuk tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang merakam dan menyebarkan video penahanannya ketika berada di dalam lokap sehingga menjadi viral di laman sosial.

Sebelum ini, video berdurasi 81-saat itu memaparkan penyanyi ‘Gerimis Mengundang’ itu dalam keadaan duduk dan tangan bergari. Video tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial sehingga ada yang bersimpati dengan nasib penyanyi berusia 43 tahun itu.

“Itu biar polis siasat dan ambil tindakan. Bagi pihak Zamani, beliau tidak akan buat apa-apa tindakan,” katanya.

- Sumber: Astro Awani 

Kemalangan maut Melaka: Polis siasat laporan JPJ terlibat

Polis akan jalankan siasatan sama ada benar atau tidak kejadian tersebut melibatkan JPJ.

MELAKA: Polis Melaka akan menyiasat dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) terlibat dalam kemalangan yang meragut empat nyawa di Jalan Serkam Pantai-Pulai pada Jumaat.

Menurut pegawai penyiasat, Inspektor Cornelius Loipin, pihaknya ada menerima satu laporan polis daripada saksi yang mengatakan ada cubaan daripada JPJ untuk mengejar sebuah Proton Perdana sehingga mengakibatkan kemalangan tersebut.

"Kita mendapat aduan orang awam ada JPJ cuba kejar pemandu Perdana. Namun begitu, kita masih menjalankan siasatan sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Tetapi setakat hari ini, terdapat satu laporan saksi daripada orang awam yang mengatakan JPJ cuba untuk mengejar.

"(Tentang) Kejadian melibatkan JPJ, polis akan menyiasat lebih lanjut... kita tak boleh kata JPJ salah, kita akan siasat lebih lanjut lagi," kata Cornelius.

Difahamkan kemalangan tersebut berpunca daripada sebuah kereta Proton Perdana yang dikatakan memasuki arah bertentangan dan merempuh kereta jenis Perodua Kancil sehingga menyebabkan dua mangsa tercampak keluar dan dua lagi tersepit di dalam kenderaan.

Polis Melaka dalam pada itu meminta lebih ramai saksi tampil untuk membuat laporan bagi membantu siasatan.

Cornelius berkata, keterangan saksi amat perlu berikutan dakwaan terbabit di mana pemandu Proton Perdana itu turut mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut.

Kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu mengorbankan empat sekeluarga iaitu, Saimah Wahab, 77; Ida Dollah, 46, dan dua anaknya, Siti Rohana Abd Ghaffar, 23, dan Siti Rohani, 18.

Sementara itu, suami mangsa, Abd Ghaffar Said bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana mahukan keadilan akibat kelalaian pengguna jalan raya sehingga menyebabkan ahli keluarganya terkorban.

Beliau amat berharap lebih ramai saksi tampil membuat aduan bagi melancarkan siasatan.

"Saya minta orang ramai tampil menjadi saksi dalam kemalangan semalam yang melibatkan anak isteri saya," kata Abd Ghaffar.

Terdahulu, JPJ menafikan laporan yang mendakwa mereka terlibat secara langsung dalam insiden kemalangan tersebut.

Kesemua mangsa yang dibedah siasat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Panjang Sari, Pagoh selepas Zohor.

- Sumber: Astro Awani

Indonesia search team fails to float AirAsia fuselage

Indonesian rescue personnel unload a coffin bearing a body recovered from the wreckage of the ill-fated Flight QZ8501 from a military plane in Surabaya. - AFP Photo/Juni Kriswanto

JAKARTA: Indonesian salvage teams failed to raise the fuselage of AirAsia Flight 8501 from the sea bed Saturday, but recovered four more bodies from the wreckage of the crashed jet.

The bid to raise the fuselage came a day after divers were able to enter the main section of the plane, which crashed in the Java Sea last month, for the first time.

Difficult weather conditions for the past week had stopped rescuers reaching the main part of the Airbus A320-200 since it was spotted on the seabed by a military vessel earlier this month.

"We were not successful today. The sling snapped off so the main body fell back to the sea floor," S.B. Supriyadi, a rescue agency official, told AFP, adding several bodies fell from the fuselage when the piece of wreckage sunk once again.

The operation to lift the main body will resume Sunday.

The rescue agency official also said a sonar scan had detected an object "suspected to be the cockpit" of the plane about 500 metres away from the fuselage.

But the search teams will prioritise floating the main body before verifying the object suspected to be the cockpit, Supriyadi added.

Just after dawn Saturday, divers began descending to the sea floor to tie floatation bags to the fuselage, said Rasyid Kacong, the navy official overseeing the lifting operation from onboard the Banda Aceh warship.

Four bodies believed to have come from inside the fuselage were retrieved as the team tried to lift the main section, bringing the total number of bodies recovered to 69, officials said. 

- Source: AFP

Kisah ajaib di sebalik bah kuning

Wan Mohd Zain menunjukkan bilik yang digenangi air jernih di dalam Masjid Kampung Laut.

TUMPAT – "Satu kampung dikepung air bah kuning tapi yang peliknya, bilik imam bergenang air jernih," cerita penduduk kampung, Abdul Hamid Muhammad, 62, mengenai keajaiban berlaku di Masjid Kampung Laut, di sini, semasa kejadian banjir besar, akhir Disember lalu.

Menurut Abdul Hamid, dalam kejadian banjir besar baru-baru ini, Kampung Laut terputus hubungan dengan kawasan lain, sekali gus menyebabkan bekalan air bersih dan elektrik terganggu.

Katanya, air jernih yang bergenang dalam bilik imam itulah dicedoknya untuk diminum selepas dia kehabisan ikhtiar untuk mencari bekalan air bersih di serata kampung berkenaan.

"Air jernih yang bergenang dalam bilik imam itu menjadi penyelamat kepada penduduk di sini selepas masing-masing buntu memikirkan bagaimana mahu mendapatkan bekalan air bersih ketika kampung ini dilanda bah kuning dan terputus hubungan dengan kawasan-kawasan lain.

"Semua yang berlaku adalah kuasa ALLAH SWT. Ketika banjir melanda, kawasan dalam masjid dipenuhi air banjir berwarna kekuningan setinggi 0.5 meter selama seminggu dan ketika itu, secara tiba-tiba kami temui air jernih bergenang dalam bilik imam yang masih dalam pembinaan," katanya.

Abdul Hamid memaklumkan, bilik imam tersebut terletak bersebelahan ruang solat dan air jernih itu pada awalnya disedari oleh pekerja binaan warga Indonesia yang tidur di tingkat atas masjid selepas ia dinaiki air.

"Merekalah yang memaklumkan perkara itu kepada saya. Pada waktu itu saya sedang meredah air banjir untuk keluar mencari bekalan air bersih. Ketinggian air banjir pada masa itu melepasi paras dua meter," katanya.

Sementara itu, Imam Masjid Kampung Laut, Wan Mohd Zain Wan Yusof menganggap kejadian itu merupakan pertolongan ALLAH SWT kepada orang-orang ditimpa musibah akibat banjir besar yang melanda negeri ini.

"Ketika penduduk di sini kehabisan bekalan air untuk diminum, ada pula air jernih bergenang dalam bilik berkenaan sedangkan semua kawasan di luar bilik itu dipenuhi air banjir berwarna kekuningan," katanya.

Beliau turut memaklumkan yang air jernih dalam bilik berkenaan kering setelah diambil penduduk.

- Sumber: Sinar Harian 

Chupacabras si penghisap darah kambing

Bangkai yang dipercayai sebagai Chupacabras

MONTE PATRIA - CHILE. Sekumpulan petani hidup dalam ketakutan selepas menjumpai dua bangkai misteri yang dipercayai haiwan penghisap darah kambing yang digelar "Chupacabra".

Perternak kambing, Javier Prohens, 45, berkata, bangkai tersebut ditemui di sebuah kilang arak.

"Pada mulanya, kami syak ia adalah bangkai kelawar, tetapi selepas diteliti, ia adalah haiwan lain kerana kepalanya lebih besar dari kelawar.

"Ada yang mengatakan ia seperti Chupacabras," katanya.

Chupacabras adalah sejenis haiwan pelik yang dikenali sebagai "parisit kambing" yang kebiasaannya ditemui di sekitar selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) dan ia dikatakan boleh melompat seakan-seakan kanggaru.

Haiwan ini dikatakan sejenis haiwan dongeng reptilia yang mempunyai kulit berwana kelabu kehijauan dan berduri tajam di bahagian bawah.

Menurut seorang penternak kambing, Querubin Lebron, 38, penduduk agak bimbang dengan keselamatan binatang ternakan mereka kerana ia adalah punca rezeki mereka.

"Walaupun haiwan tersebut dikatakan hanya menyerang haiwan, tapi siapa tahu jika ia akan menyerang anak-anak kita juga, " katanya dipetik Mirror Online.

- Sumber: Mirror Online

Mercury continues to fall in Kuala Krai

Kuala Krai is blanketed by a dense layer of fog as temperatures drop to 16 degrees Celsius.

KUALA KRAI: Following devastating floods in December, Kelatan has now been hit by a sudden short spell of cold weather.

The mercury has reportedly fallen to 16 degrees Celsius in Kuala Krai, posing a problem to flood victims who are still temporarily housed in tents. They have also taken to wearing socks and thick blankets.

The cold weather phenomenon began in mid-January when temperatures in several districts dipped to between 19 and 20 degrees Celsius especially at night and in the early morning.

Early last year, the nation experienced a bout of cold weather where several areas in the country recorded temperatures as low as 17.2 degrees Celsius.

UKM’s Geography and Urban Climate expert, Prof. Datuk Dr Shaharuddin Ahmad said, the phenomenon is primarily attributed to cold and dry winds blowing from Siberia.

This, he added, caused high-pressure winds to blow across the Southeast Asian region including Malaysia which is currently going through the monsoon season. 

- Source: Astro Awani 

Ramai tak kenal siapa Zamani sebenarnya

Zamani (Slam)

SETELAH beberapa hari kisah sahabatnya, Zamani menjadi buah mulut gara-gara penyebaran video menyanyi sambil tangan bergari, Shah Slam tampil berkongsi rahsia yang tidak diketahui ramai.

Melalui kemaskini status Facebooknya semalam‎, Shah dipetik berkata: "Mungkin ramai dah tahu satu keburukan dari diri Zamani, tapi tak ramai tahu 10 kebaikan diri dia.

"Banyak yang saya belajar dari sikapnya," tulisnya.

Menurutnyan Zamani mempunyai adab sopan yang tinggi serta sangat menghormati orang lain.

"Dia mempunyai adab dan sikap menghormati orang lain yang sangat tinggi dan sangat berhati-hati bila berbicara mengenai seseorang takut tersalah kata-kata.

"Walaupun di belakang orang itu. Salam Jumaat semua," katanya.

Sementara itu, media melaporkan Zamani tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pelaku yang menyebarkan video yang mengundang rasa marah orang ramai itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [ Zamani maafkan penyebar rakaman]

Video berdurasi satu minit 23 saat tersebut menjadi viral serta mendapat kecaman pelbagai pihak, sebaik ia tersebar menerusi laman sosial seperti blog dan Facebook.

Zamani ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira jam 12.30 pagi, Rabu lepas.

- Sumber: Sinar Harian 

Disney measles outbreak spreads to more US states, Mexico

People visit Disneyland on January 22, 2015 in Anaheim, California. - AFP Photo/Frederic J. Brown

LOS ANGELES: A measles outbreak centered around Disneyland in California has spread to six more US states and Mexico, and an international visitor to the theme park likely sparked the health alert, officials said Friday.

51 confirmed cases of measles have been reported to the Centers for Disease Control and Prevention since late December, the US government agency said in a statement, most in California but others as far afield as Nebraska and Washington states.

The CDC said those who had fallen ill were aged from 10 months to 57 years and only a tiny fraction were vaccinated against measles, in the face of an anti-vaccination trend that has emerged in recent years, particularly in North America.

Opponents fear the MMR (measles, mumps, rubella) vaccine causes autism, even though an array of studies have ruled out any link.

Measles has been officially eradicated from the United States since 2000 while remaining widespread in other regions including Europe, Africa and Asia.

"In addition to the US cases, one case was reported from Mexico in an unvaccinated child who visited Disneyland Resort Theme Parks on December 17 and December 20, 2014," the CDC said.

While health officials have yet to isolate the source of the outbreak, "it is likely that a traveler (or more than one traveler) who was infected with measles overseas visited one or both of the Disney parks in December during their infectious period," the CDC added.

Most -- 42 -- of the 51 cases are in California, but three more have been found in Utah, two in Washington, and one each in Oregon, Colorado, Nebraska and Arizona.

Measles is highly contagious and can be spread through the air without physical contact. Infection usually begins with a fever followed by a cough, runny nose, conjunctivitis and a rash.

Complications can include blindness, hearing loss, pneumonia and death. One to two children of every 1,000 infected with measles will die from it, the CDC said.

Eradication means the disease is no longer native to the United States, but there were 644 measles cases in the US last year, an enormous jump from 173 cases in 2013.

An analysis by the Los Angeles Times last year found that 9.5 percent of kindergarten children in an Orange County school district were exempted from vaccinations because of personal beliefs. 

- Source: AFP

Setiausaha Agung MIC, Kumar Aamaan setuju akhiri mogok lapar



Datuk Seri G. Palanivel meminta meminta Kumar Aamaan menghentikan tindakan mogok lapar demi imej MIC dan Barisan Nasional (BN). Foto fail

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung MIC, Datuk G Kumar Aamaan yang mengadakan mogok lapar sejak Khamis, bersetuju menghentikan tindakan tersebut setelah diminta berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Palanivel memberitahu, beliau telah meminta Kumar Aamaan menghentikannya demi imej MIC dan Barisan Nasional (BN).

"Meskipun ianya keputusan peribadi beliau, saya telah pun memintanya untuk mengakhiri mogok lapar tersebut demi imej MIC dan Barisan Nasional," katanya.

Menurut Palanivel, beliau sedang menangani isu berkenaan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan juga kesahihan Kumar sebagai Setiausaha Agung parti.

"Saya telah pun berbincang dengan beliau, dan saya berasa lega Datuk Kumar Aamaan bersetuju dengan permintaan saya untuk mengakhiri mohok lapar itu," katanya lagi.

Mogok lapar tersebut bermula pada Khamis dengan tuntutan agar Ketua Pengarah dan juga pegawai penyiasat pemilihan MIC ditukarkan berikutan kemelut yang melanda parti politik berasaskan kaum India yang terbesar dan paling tua di Malaysia itu.

Kumar Aamaan melakukan tindakan mogok lapar setelah tidak dapat bertemu dengan wakil daripada ROS.

Sehingga pagi hari ini (Jumaat), beliau masih meneruskan tindakannya itu. 

Antara tujuan beliau ke ROS adalah untuk memberi penjelasan dan juga surat pelantikan Setiausaha Agung MIC oleh Palanivel.

Kumar Aamaan yang bertemu dengan pemberita di luar ibu pejabat ROS bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung ROS. 

- Sumber: Astro Awani 

Boleh kemukakan saman RM100 juta tetapi penyanyi pilih untuk memaafkan...



Video berdurasi 1 minit 21 saat yang menunjukkan seorang penyanyi disuruh menyanyi lagu 'Gerimis Mengundang' dalam keadaan duduk dan tangan bergari menjadi viral sejak Khamis. Serentak itu, ribuan reaksi membanjiri media sosial terutamanya daripada peminat dan teman dari pelbagai industri.

Dari bekas menteri, ketua polis sehingga peguam memberikan perhatian terhadap video yang dianggap menjatuhkan maruah penyanyi tersebut.


Seorang peguambela dan peguam cara, Ahmad Shuaib Ismail melalui facebook turut menasihatkan agar penyanyi itu mengemukakan saman RM1 juta akibat perbuatan yang dilihat menyalahi hak asasi tahanan. Menurut Ahmad Shuaib lagi, Satu perlanggaran ke atas hak tahanan yang ditangkap dan hak tahanan dari mendapat perlindungan sewajarnya. Dan pengedaran video dalam balai atau lokap tanpa kebenaran bertulis Ketua polis Negeri adalah kesalahan serius kerana ia melibatkan isu keselamatan sendiri. Oleh itu, pada pendapatnya penyanyi itu berhak mendapatkan keadilan lebih lagi dari hak sivil beliau.

Namun begitu, hari ini beberapa portal hiburan melaporkan bahawa penyanyi itu dikatakan sudah memaafkan perakam dan penyebar video tersebut.

Serentak reaksi daripada penyanyi itu telah mengundang rasa kagum dikalangan peminatnya di media sosial.

Disamping itu, melalui media sosial juga, timbul pelbagai cerita lain tentang penyanyi tersebut.

Dan dalam perkembangan terkini, pengurus penyanyi tersebut memaklumkan bahawa dia akan dibebaskan esok dengan jaminan polis.


- Sumber: Astro Awani 

QZ8501: Pesawat berputar sebelum terhempas ke laut

JAKARTA: Data Automatik Penyiaran-Pemantauan Bebas (ADS-B) yang dirakam dari pesawat Airbus A320-300 AirAsia Indonesia QZ8501 menunjukkan pesawat berputar sebelum ia terhempas ke laut.

Data pemantauan diperoleh dari pesawat itu menunjukkan pada jam 6.17 waktu Indonesia Barat (WIB), di titik ketika pesawat mula menambah ketinggian, pesawat dilihat membelok ke kiri 310 darjah arah barat laut dan menambah 270 darjah lagi.

Ketika itu, ketinggian yang dicatatkan oleh pesawat QZ8501 adalah 37,600 kaki dan kemudian pesawat sekali lagi membelok ke kiri. 

Pesawat kemudiannya dilihat berputar balik dari arah itu ke kedudukan 130 darjah ke arah tenggara. 


Pertukaran arah itu disertai dengan pesawat mula kehilangan ketinggian atau jatuh dengan kelajuan mendadak iaitu antara 11,000 kaki hingga maksimum 24,000 kaki per/minit.

Sementara itu, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia memaklumkan akan menentukan sama ada usaha pencarian mangsa nahas QZ8501 wajar diteruskan atau dihentikan, Selasa depan.

Pengarah Operasi BASARNAS, SB Supriyadi berkata, ia akan ditentukan dalam satu mesyuarat yang akan berlangsung esok dan dijangka dihadiri anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).

"Kita perlu bermesyuarat untuk berbincang sama ada SAR perlu diteruskan atau tidak selepas 27 Januari ini," katanya. - Kompastekno/Detik.news



ANGGOTA polis berdiri berhampiran serpihan bahagian fiuslaj pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang diletakkan dekat gudang Teluk Kumai di Pangkalan Bun. 

- Sumber: Berita Harian 

Asfan diugut bunuh gara-gara baju di AJL29


KUALA LUMPUR 19 January 2015. Penyanyi, Asfan hadir pada Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) di Stadium Putra, Bukit Jalil. NSTP/Munira Abdul Ghani

KUALA LUMPUR: Gara-gara memakai pakaian ranggi rekaan Meg atau nama Instagramnya, @meggoth di Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) baru-baru ini, penyanyi Asfan yang popular dengan lagu Alasan Untuk Bahagia itu dikecam hebat sehari selepas acara itu berlangsung.

Motif rekaan logo mata dan lambang tiga segi pada baju yang digayakan itu disalah erti hingga ada yang menganggapnya ada kaitan dengan Dajal atau Illuminati. 

Rentetan itu, Asfan turut diugut bunuh dan dibakar di laman sosial oleh pengikutnya yang dilihat ekstrim.

Semalam, Asfan membuat laporan polis bersama peguam dan pereka fesyen berkenaan di Balai Polis Gombak sekitar jam 3 petang akibat ancaman jenayah yang berkemungkinan membahayakan keselamatan dirinya.

"Di blog hiburan atau di dada akhbar tidak wujud isu menakutkan ini tetapi saya amati di blog yang condong kepada agama dan politik menjadi sebaliknya. Malah ada yang menyifatkan logo gambar baju itu menandakan dajal sudah akan datang. 

"Saya dicop sebagai pengikut fahaman yang bukan-bukan. Tindakan membuat laporan polis ini diharap dapat menjadi ruang saya melindungi diri. 

"Saya agak tertekan hingga tak boleh tidur apabila cerita ini timbul. Ia juga sebagai langkah menjaga reputasi saya di arena seni.

"Gara-gara baju itu saya diugut bunuh, malah secara rawak juga ada yang terlalu ekstrim membuta tuli ingin membakar saya hidup-hidup menerusi komen mereka di media sosial," katanya yang menyifatkan lambang serta logo di baju itu sebagai simbolik cerita cinta tiga segi untuk lagu terbarunya.

- Sumber: Berita Harian