Wednesday 11 March 2015

Shafee dibayar RM1,000 lawan Anwar


KUALA LUMPUR - Kerajaan mendedahkan bayaran untuk mengendalikan kes Liwat II kepada pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya RM1,000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pendedahan itu dibuat setelah beberapa kali isu bayaran itu dibangkitkan di Dewan Rakyat selepas mendapat kebenaran daripada Shafee dan Jabatan Peguam Negara.

"Sudah disebut sebelum ini bahawa nilai itu tidak boleh didedahkan. Tapi boleh didedahkan dengan persetujuan Tan Sri Shafee dan Jabatan Peguam Negara.

"Dengan persetujuan dua-dua pihak, bayaran adalah RM1,000," katanya kepada Dewan Rakyat, hari ini.

Er Teck Hwa (DAP-Bakri), membangkitkan jumlah perbelanjaan yang dibayar kepada Shafee sepanjang kes Liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

- Sumber: Sinar Harian 

Real Madrid survive despite losing 7-goal thriller to Schalke

Champions League Last-16, second leg, Bernabeu - Real Madrid 3 (Ronaldo 25, 45, Benzema 52) Schalke 4 (Fuchs 20, Huntelaar 41, 85, Sane 57) - (Real Madrid won 5-4 on aggregate).

Real Madrid's mini crisis continued as they limped into the last eight of the Champions League after a rollercoaster 4-3 defeat at home to Schalke. 

Los Blancos have faced some negative press for their performances of late and they were greeted by boos and white handkerchiefs at the whistle as they held off Roberto Di Matteo's plucky side to prevail 5-4 on aggregate. 

Carlo Ancelotti's men came into the encounter boasting a 2-0 lead from the first match in Germany, but twice found themselves behind in the first period as Christian Fuchs and former Real striker Klaas-Jan Huntelaar stunned the home crowd. 

But Di Knappen's hopes of pulling off one of the shocks of recent memory were dented by Cristiano Ronaldo, who came to his side's aid with two clinical headers to take his tally for the season to 41 in all competitions - and saw him set a new record of goalscoring in European competition with 78 goals.

It was hard on Schalke whose first-half showing should have seen them ahead at the interval - and, but for the woodwork, they would have been as Huntelaar was unlucky to see a rasping 25-yard strike ping back off the frame of Iker Casillas' goal.

Early in the second half, Karim Benzema's 20th goal of the season gave Real more breathing space and looked to have settled the home side's nerves.

But Schalke never gave up and after substitute Leroy Sane curled in a wonderful equaliser, Huntelaar smashed in his second of the game five minutes from time to set up a barnstorming finale - with Casillas making two superb saves. 

Ultimately, Real edged through but, aside from Luka Modric's return from long-term injury, there were few positives to take just 12 days prior to their La Liga showdown with Barcelona.

- Source: Eurosport 

PM isytihar harta bukan untuk orang awam - Idris Haron

IDRIS : Pengisytiharan harta ini adalah untuk kepentingan diri kita, kejujuran kita. Bukan untuk bermegah-megah, bersombong-sombong. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mempersoalkan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk mengisytihar harta.

Beliau berkata pengisytiharan harta bukan untuk orang awam.

“Najib isytihar harta bukan untuk tujuan orang awam kerana ia akan melibat banyak isu keselamatan. Namun begitu, siapa Rafizi? Kalau Rafizi mengisytihar harta, siapa tahu yang dia simpan hartanya di bawah nama orang lain?

“Anwar Ibrahim juga pernah berbuat perkara yang sama. Kalau ikut daripada harta yang diisytihar Anwar, dia tidak boleh bergerak ke seluruh negara namun kalau kita lihat, Anwar ke merata tempat.

“Jadi pengisytiharan harta ini adalah untuk kepentingan diri kita, kejujuran kita. Bukan untuk bermegah-megah, bersombong-sombong. Saya tahu Rafizi ada harta yang tak diisytihar, yang diletakkan di bawah nama orang lain, yang sengaja dilakukan demikian bagi memprovokasi orang lain," tambah Idris ketika ditemui wartawan selepas lawatannya di Astro AWANI pada Selasa.

Beliau berkata pengisytiharan harta ini boleh berlaku kepada pihak bertanggungjawab.

“Contoh macam saya, saya isytihar harta saya kepada perdana menteri. Kalau saya isytihar kepada orang awam, ia akan menjadi satu isu keselamatan. Orang awam akan tahu dan sebagainya. 

“Orang yang mengisytihar harta kepada orang awam ini, adalah orang yang yakin bahawa dia adalah bukan subjek kepada keselamatan dan sebagainya.

“Bukan keselamatan anda sahaja terancam namun anak-anak, isteri dan keluarga keluarga."

Idris berkata sekiranya beliau diminta mengisytihar harta kepada orang awam, pengisytiharan itu akan berlaku pada hari pertama beliau menjadi Ketua Menteri.

"Kemudian selepas lima tahun saya menjadi ketua menteri, ketika itu kita tengok penisytiharan dan penamaan harta itu bagaimana. Itu yang lebih penting, bukan seperti dilakukan oleh mereka. Bila rasa nak isytihar harta, isytihar.

"Pengisytiharaan harta ini akan ada nilainya, apabila pengisytiharaan harta kedua itu untuk menunjukkan bahawa, tidak ada bentuk sebarang penyalahgunaan kuasa, pengambilan kesempatan, dan sebagainya apabila memegang sesuatu jawatan yang berpengaruh.

Beliau berkata tiada masalah untuk dirinya melakukan pengisytiharan namun bukan untuk keperluan orang ramai, hanya kepada majikannya.

"Saya akan isytihar kepada majikan (perdana menteri) dan dia akan simpan fail pengisytiharan itu," kata beliau.

Rafizi sebelum ini mengisytiharkan hartanya bagi menyambut baik cabaran pemimpin UMNO dan meminta agar Najib untuk melakukan perkara yang sama.

Rafizi juga berkata Najib boleh membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kemewahan yang dikatakan tidak berpadanan dengan gaji dengan pengisytiharan harta. 

- Sumber: Astro Awani 

Rafizi isytihar harta, seru Najib lakukan sama

RAFIZI : Kaedah ini untuk membersihkan namanya (Najib) yang dikaitkan dengan kemewahan yang tidak berpadanan dengan gaji. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli hari ini mengisytiharkan hartanya bagi menyambut baik cabaran pemimpin UMNO dan meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan perkara yang sama.

Rafizi berkata dengan pengisytiharan harta, Najib boleh membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kemewahan yang dikatakan tidak berpadanan dengan gaji.

“Jika benar beliau mewarisi harta yang banyak dari Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussein seperti kenyataan Pejabat Perdana Menteri, maka beliau perlu memperincikan setiap harta warisan itu seperti mana saya memperincikan harta saya.

“Saya percaya jika saya yang tidak mempunyai apa-apa jawatan kerajaan dan tidak mempunyai kuasa boleh mengisytiharkan harta, maka menjadi tanggungjawab moral dan amanah bagi setiap Menteri di dalam Jemaah Menteri hinggalah ke Perdana Menteri untuk turut mengisytiharkan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan.

Rafizi dalam akaun itu turut memperincikan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan miliknya sebagai Ahli Parlimen.



















Lampiran Akuan Berkanun Pengisytiharan Harta, Hutang, Pendapatan dan Perbelanjaan Rafizi Ramli.
Beliau menyatakan gajinya ketika berada di Petronas sebagai Pengurus Kanan adalah sekitar RM25,000 sebulan yang termasuk keistimewaan dan elaun.

"Selepas memulakan kerjaya di London sehingga 2002, saya kembali berkhidmat dengan Petronas sejak 2003. Saya merupakan antara Pengurus Kanan termuda yang pernah dilantik Petronas dan pernah mengetuai beberapa unit di Petronas sehingga tahun 2009."

Beliau berkata purata pendapatan tahunannya semasa bekerja di Petronas adalah antara RM300,000 hingga RM500,000 setahun.

Rafizi juga menyatakan beliau tidak mempunyai hutang lain selain dari baki pinjaman rumah sebanyak RM118, 430, baki Honda Accord dan Honda CRV sebanyak RM228,170, baki pinjaman peribadi sebanyak RM39,840 dan baki kad kredit RM9,497 setakat Disember 2014.

"Daripada harta dan hutang ini, kedudukan harta saya melebihi hutang sebanyak RM1.564 juta."

Ahli Parlimen Pandan itu yakin langkah mengisytiharkan harta sebegini disokong sepenuhnya oleh rakyat.

Pada 5 Mac, Rafizi disaran berbuat pengisytiharan demikian oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee sebelum Rafizi terus mengkritik kekayaan Najib dan pimpinan Barisan Nasional yang lain.  

- Sumber: Astro Awani 

Tiada bom di KLIA, hanya gambar lelaki bernama 'Bom' yang tersebar

Menurut maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp sejak semalam kononnya terdapat sebutir bom berhampiran KLIA dalam radius (lingkungan) 30 kilometer. - Gambar Fail

SEPANG: Polis hari ini menjelaskan penyebaran maklumat sejak semalam kononnya terdapat bom berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga hampir mencetuskan rasa panik adalah palsu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang ASP Mohd Iqbal Ibrahim ketika ditanya pemberita di sini mengenai penyebaran maklumat berkenaan mengesahkan bahawa tiada sebarang insiden berkaitan bom dilaporkan di kawasan KLIA semalam.

"Tidak ada bom dekat KLIA semalam. Perkara itu tidak benar," katanya yang menyedari maklumat berkenaan yang tersebar luas melalui rangkaian media sosial.

Menurut maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp sejak semalam kononnya terdapat sebutir bom berhampiran KLIA dalam radius (lingkungan) 30 kilometer.

Namun gambar yang disertakan bersama maklumat tersebut menunjukkan gambar pas pekerja seorang individu lelaki petugas MASKargo yang bernama 'Bom'.

Terdahulu pada majlis hari ini, seorang pelukis terkenal China, Chen Shijie menyampaikan surat penghargaan kepada Mohd Iqbal atas kejayaan menemui semula enam lukisan beliau yang bernilai RM1.5 juta pada Disember lepas.

"Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat saya dari IPD Sepang terutamanya ASP Mohd Iqbal atas kejayaan mereka memperoleh semula gambar bersejarah ini. Saya hargai kecekapan polis Sepang," katanya.

Mesej Shijie disampaikan dalam bahasa Inggeris oleh rakannya rakyat Malaysia yang hanya ingin dikenali sebagai Teng, 65.

Selain Mohd Iqbal, turut menerima surat penghargaan daripada Shijie ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Zaldino Zaludin.

Pada 6 Dis lepas, enam lukisan berharga RM1.5 juta karya pelukis terkenal dari China itu yang dilaporkan hilang di KLIA pada 20 Nov lepas ditemui semula di sebuah rumah di Damansara.

Penemuan semula itu membawa kepada penahanan lapan individu, termasuk seorang pemilik galeri bergelar Datuk, di sekitar Kuala Lumpur dipercayai mempunyai kaitan dalam kes kehilangan lukisan itu.

Kesemua karya Shijie adalah unik kerana ia berkisar pemandangan gunung tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest di mana setiap lukisan dilukis pada ketinggian berbeza. 

- Sumber: Bernama 

Petisyen pembebasan Anwar dinaikkan semula ke laman sesawang White House

Petisyen menuntut pembebasan Anwar daripada penjara, yang tersiar di platform 'We the People' dalam laman sesawang White House, dinaikkan semula.

KUALA LUMPUR: Satu petisyen menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara di platform 'We the People' dalam laman sesawang White House dinaikkan semula oleh pentadbirnya awal pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu tuit menerusi akaun peribadinya di Twitter.

Sehingga berita ini ditulis, sebanyak 106,584 tandatangan telah berjaya dikumpulkan. Sasaran awal adalah untuk mengumpulkan sebanyak 100,000 tandatangan sebelum 12 Mac.

Terdahulu, Bernama melaporkan petisyen tersebut telah dikeluarkan pentadbirnya kerana dikatakan melanggar peraturan yang ditetapkan.

"Petisyen yang anda cuba akses ini telah dikeluarkan daripada laman ini mengikut Dasar Moderasi kami kerana ia melanggar Terma Penyertaan kami," kata satu mesej dalam laman sesawang itu.

Ia bagaimanapun tidak memberi sebab khusus petisyen itu dikeluarkan.

Ketua Pembangkang itu kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat. 

- Sumber: Astro Awani 

Rumah Putih buang petisyen bebas Anwar

Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Pentadbiran Rumah Putih bertindak membuang petisyen menuntut campur tangan Kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari laman sesawangnya semalam, dua hari sebelum tempoh pengumpulan tanda tangan sokongan terhadap usaha itu berakhir.

Menurut pihak berkenaan, petisyen itu dibuang kerana melanggar syarat penyertaan.

“Walaupun anda tidak boleh menandatangani petisyen ini, mungkin ada petisyen lain di laman sesawang We the People mengenai isu serupa yang anda boleh tandatangani, atau anda boleh mewujudkan petisyen sendiri,” menurut pentadbir laman itu.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan penyokong Anwar yang 'menyerang' akaun Facebook Kedutaan AS di Kuala Lumpur, semalam.

"Saya adalah penyokong petisyen (bebaskan Anwar). Saya tidak setuju dikatakan kami melanggar syarat penyertaan dan tindakan anda membuang petisyen ini menyekat kebebasan kami.

"Sila beritahu bagaimana kami dikatakan melanggar peraturan?." Demikian antara kenyataan penyokong Anwar dipaparkan di ruangan komen Facebook kedutaan itu.

Kerajaan AS menyediakan platform We the People yang membenarkan rakyat negara itu mewujudkan petisyen bagi menuntut pentadbiran Presiden AS, Barack Obama mengambil tindakan terhadap sebarang isu penting melibatkan negara itu jika isu yang dibangkitkan mendapat jumlah sokongan mencukupi dalam tempoh ditetapkan.

- Sumber: Sinar Harian 

Remaja kena tahan 'culik' bas bawa jalan-jalan

- Foto StraitsTimes 

SINGAPURA - Seorang remaja berumur 17 tahun ditahan kerana disyaki melarikan sebuah bas persendirian dan memandunya lebih enam jam sejauh 155km, semalam.

Menurut Straits Times, kenderaan tersebut diparkir di kawasan industri, Woodlands.

Difahamkan, remaja tersebut melalui kawasan Yishun, Ang Mo Kio, Telok Kurau, East Coast Park, Toa Payoh, Choa Chu Kang, Bukit Batok, Boon Lay dan Jurong East sebelum ditahan di Bukit Batok Central.

Pengurus operasi syarikat AZ Bus, Francis Toh berjaya mengesan bas berkenaan menggunakan alat pengesan GPS.

Polis masih menyiasat motif kejadian.

- Sumber: Sinar Harian | 10 Mac 2015