Wednesday, 18 June 2014

Terpaksa ikat adik guna rantai besi

Demi keselamatan Muhamad Saiful, Rohani terpaksa mengikat adiknya menggunakan rantai besi.
Demi keselamatan Muhamad Saiful, Rohani terpaksa mengikat adiknya menggunakan rantai besi.


RANTAU PANJANG – Sekali imbas, tindakan seorang kakak di Kampung Kuin Merah mengikat adik lelakinya dengan menggunakan rantai besi dilihat sebagai zalim.

Namun, Rohani Abdul Rahman, 30, berkata, sekiranya dilepaskan, adik bongsunya, Muhamad Saiful Ridwan, 19, akan berkeliaran lari dan mengganggu penduduk di sini.

Menurutnya, demam panas seterusnya sawan ketika berusia setahun menyebabkan perkembangan mentalnya terbantut.

“Saya bukanlah zalim, saya terpaksa ikat dia kerana mengenangkan keselamatannya, ramai penduduk di sini marah saya sebab tidak jaga adik dengan baik.

“Pernah sekali, dia lari ke arah jalan raya dan menahan lori yang sedang bergerak. Mujurlah pemandu lori sempat memberhentikan kenderaan,” katanya.

Bukan itu sahaja katanya, Muhamad Saiful memeluk lori berkenaan dan enggan melepaskannya kerana dia beranggapan ia adalah lori permainannya.

Hanya selepas dipujuk suami, Anuar Mohamad, 38, barulah dia melepaskan lori berkenaan.

Rohani berkata, setelah ibu, kakak dan abang sulung meninggal dunia, tanggungjawab memelihara Muhamad Saiful terletak di bahunya bersama adik perempuan yang lain.

“Saya tidak pernah melayan adik saya seolah-olah saya ini ibu tiri yang jahat, tetapi kasih sayang saya kepadanya umpama memelihara anak sendiri,” katanya.

Rohani yang juga suri rumah, terpaksa bergantung harap kepada gaji suami sebagai buruh malah masih menyara empat anak yang masih kecil.

Buat masa ini Rohani berkata, dia tidak mampu membawa Muhamad Saiful untuk menjalani pemeriksaan atau memohon bantuan kebajikan.

“Dia suka cakar anak-anak saya dan adik perempuan yang lain. 

“Nak mandikan dia jangan cakaplah, payah sangat. Inikan pula nak bawa dia ke hospital atau Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Sinar Harian 

Takut masuk rumah sendiri

Bingkai gambar di dinding rumah mangsa hangus
Bingkai gambar di dinding rumah mangsa hangus


KEMAMAN – Seorang ibu kepada enam anak tidak menyangka perasaan ganjil yang dialami setiap kali melangkah ke dalam rumahnya menjadi petanda buruk buat mereka sekeluarga apabila rumah yang didiami hangus dalam kejadian malam kelmarin.

Wanita berkenaan, Norazizan Rani, 48, berkata, dia terpaksa menanggung rugi kira-kira RM50,000 akibat kejadian itu.

“Sejak tiga hari belakangan saya rasa takut nak masuk dalam rumah, rupa-rupanya itu petanda rumah akan musnah,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam di Kampung Pengkalan Cicar, Bukit Kuang itu, kediaman yang dihuni lapan beranak sejak 19 tahun lalu hampir musnah keseluruhannya.

Lebih malang, kebanyakan barang berharga tidak dapat diselamatkan termasuk set komputer, tujuh almari dan mesin jahit.

Norazizan yang juga ibu kepada enam anak berkata, kejadian berlaku ketika dia dan suami, Idris Ali, 56, tiada di rumah kerana mereka pergi menghantar anak kelima, Mohd Ikhbal Itwat, 15, ke kelas tuisyen di bandar Chukai dan sempat singgah di sebuah pasar raya untuk membeli barang keperluan.

“Kira-kira jam 8.45 malam, tiba-tiba suami dapat panggilan daripada anak yang memaklumkan rumah kami terbakar sebelum suami segera menghubungi pihak bomba.

“Nasib baiklah semasa kejadian, tiga anak tidak berada di bahagian yang terbakar itu tetapi berada di dalam rumah bersebelahan yang masih dalam pembinaan,” katanya ketika ditemui semalam.

Tiga anaknya yang berada di rumah bersebelahan ialah Nora Akma, 27; Nurul Huda, 24, dan Nor Athirah, sementara dua lagi anak mereka, Noraikhal, 25, dan Noraishah, 22, masing–masing bekerja di Selangor dan belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan.

Nampak kepulan asap hitam

Sementara itu, Idris yang bekerja sebagai tukang paip berkata, semasa dalam perjalanan pulang dan berada di atas jambatan Bukit Kuang, dia dan isteri melihat kepulan asap hitam dan api menjulang tinggi dari arah kediaman mereka.

“Sebaik sampai, saya tengok pihak bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan api. Namun mungkin disebabkan api cepat merebak, jadi pihak bomba memaklumkan hanya 5 peratus struktur rumah sahaja yang tak dimakan api.

“Selain perkakas rumah dan barang elektrik, alat kerja saya juga hangus dijilat api termasuk enam mesin kerja pemasangan paip yang berharga lebih RM2,000 untuk setiap unit,” katanya.

Kebakaran itu dipadamkan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai dibantu BBP Chukai dengan kekuatan dua jentera.

Api dapat dikawal kira-kira jam 9.23 malam dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian.

Banyak pihak beri sumbangan

Dalam pada itu, beban Idris sekeluarga sedikit ringan apabila menerima sumbangan segera daripada Pejabat Ahli Parlimen Kemaman, Puteri Umno Dun Chukai dan Bahagian Kemaman serta JKKK Kampung Bukit Kuang.

Sumbangan tunai sebanyak RM500 daripada Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek disampaikan wakil Pejabat Parlimen Kemaman, Tun Mohd Firdaus Tun Muhammad, sementara Puteri Umno Dun Chukai menyerahkan tunai RM100 dan JKKK Kampung Bukit Kuang yang diketuai Pengerusinya, Mohd Fadli Ibrahim menyampaikan sumbangan dua toto.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Bukit Kuang, Ahmad Rostam Mohammad dan Setiausaha JKKK Kampung Bukit Kuang, Nashrul Muqsidh Sabri.

Sumbangan seterusnya akan disampaikan JKKK kepada keluarga terbabit selepas ini kerana kerajaan prihatin akan nasib mangsa sekeluarga.

Idris berkata, mereka sekeluarga bersyukur dan gembira dengan bantuan segera itu yang dapat mengurangkan sedikit kedukaan mereka.

“Alhamdulillah ramai pihak prihatin akan nasib kami yang ditimpa musibah ini. Terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Shabery, Puteri Umno dan JKKK yang sangat prihatin,” katanya.

- Sinar Harian 

Jeritan guru selamatkan diri jadi mangsa rogol

MIRI - Seorang guru wanita yang disamun di rumahnya, menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol penyamun itu, dengan menjerit meminta tolong jirannya.

Guru berusia 23 tahun itu telah dipaksa lelaki berkenaan dengan menggunakanparang, tetapi wanita itu bertindak menjerit sekuat hati menyebabkan penyamun itu lari, tetapi sempat membawa bersama barang-barang yang disamunnya.

Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata kejadian berlaku pada jam 4 petang semalam, ketika guru itu berada di rumah bersama ibunya di Permyjaya, apabila seorang lelaki bersenjatakan parang menceroboh masuk.

Lelaki itu mengarahkan dua beranak itu menyerahkan wang, barang kemas dan telefon bimbit dalam anggaran RM5,500, katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Miri hari ini.

Gan berkata polis percaya lelaki yang sama sebelum itu cuba merogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua pada sebelah paginya, tetapi gagal.

Pelajar berkenaan juga tinggal di kawasan Permyjaya dan suspek menggunakan parang untuk mengancam mangsa, bertindak agresif dengan menumbuk, menampar dan mencederakan pelajar itu, kata Gan.

Pelajar itu kini menerima rawatan lanjut di hospital dan doktor mengesahkan dia tidak dirogol.

Berikutan dua kejadian itu, polis memburu seorang lelaki Iban berusia dalam lingkungan 20-an dan alamat terakhirnya juga di Permyajaya. - Bernama

Norman ajak Awie bersemuka

Awie
Awie


“SUDAH banyak kali saya berhubung dengan Joe (gitaris) untuk berjumpa dengan semua anggota Wings.

Sehingga kini saya masih menunggu tarikh yang sesuai daripada pihak mereka,” jelas Presiden Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim ketika ditanya sama ada telah bersemuka dengan Wings mengenai kes cetak rompak album, Menakluk Kosmos daripada kumpulan itu.

Baru-baru ini menerusi sebuah portal hiburan, penyanyi Wings, Awie akui kesal menjalinkan kerjasama dengan pihak KRU Music Group dan menganggap syarikat itu seperti tidak diambil peduli terhadap apa yang berlaku. 

Mengulas kenyataan itu, Norman berkata, pihaknya bukan sahaja membuat laporan polis, malah kes tersebut turut dipanjangkan pada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan selanjutnya.

“Kami telah membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini.

“Malah laporan ke KPDNKK melalui RIM telah dibuat pada April lagi, sebelum pihak Wings sendiri membuat laporan polis.

“Buat masa sekarang, kami sedang menanti tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa,” ulasnya.

Dalam pada itu, Norman bagaimanapun enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai kekesalan Awie terhadap kerjasama yang telah dijalinkan dengan syarikatnya.

“Mengenai hal ini, saya memang tidak mahu memberi sebarang kenyataan lebih lanjut tentang masalah dalaman yang berlaku antara pihak kami dengan mana-mana artis lain atau kakitangan pihak kami sendiri.

“Lagi pun kontrak kami bersama Wings hanyalah untuk satu album sahaja,” ujarnya.

Pada 20 Mei lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, berhubung empat lagu dalam album terbaharu mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini telah dicetak rompak.

Nama terjejas?

Sementara itu, Norman turut menafikan nama baik syarikat miliknya terjejas ekoran konflik yang berlaku.

“Sudah 22 tahun KRU bertapak dalam industri. Sepanjang perjalanan itu juga banyak pencapaian yang kami catatkan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

“Bila perkara seperti ini berlaku, orang ramai boleh menilai sendiri,” tegasnya.

Norman juga memberitahu, biarpun isu ini masih belum menemui jalan penyelesaian, pihaknya masih menjalankan tanggungjawab sebagai penerbit album tersebut.

“Apa yang penting, sehingga hari ini kami masih meneruskan tugas mempromosikan lagu-lagu dalam album tersebut.

“Alhamdulillah sambutan album ini amat baik di pasaran sekarang,” katanya.

Sinar Harian 

Modified iPhone shows promise against type 1 diabetes

A new method of treating diabetes involved an iPhone 4S, combined with a tiny needle that is inserted under the skin to monitor real-time glucose levels. -AFP Photo


A device that uses a modified iPhone to help regulate the blood sugar of people with type 1 diabetes appears to work better than an insulin pump, researchers say.

The so-called "bionic pancreas" is the latest in the search to improve the lives of people who have type 1 diabetes, which means their bodies do not produce insulin, a hormone that regulates blood sugar.

Three million people in the United States have type 1 diabetes, which is far less common than type 2 diabetes. It is commonly known as juvenile diabetes because it tends to appear in children and young adults.

People with type 1 diabetes must prick themselves for blood samples multiple times daily in order to monitor their glucose levels, and then either inject insulin or receive it from a pump.

The new method involved an iPhone 4S, which ran a control algorithm for insulin and glucagon, combined with a tiny needle that is inserted under the skin to monitor real-time glucose levels.

A total of 52 adults and youths tried the combination for five days.

The patients using the bionic pancreas had fewer interventions for low blood sugar and showed "significant improvements" in overnight blood glucose levels over what they experienced normally, said the researchers.

"The bionic pancreas system reduced the average blood glucose to levels that have been shown to dramatically reduce the risk of diabetic complications," said researcher Steven Russell, assistant professor of medicine at Massachusetts General Hospital.

"This is tremendously difficult with currently available technology."

More research is needed before the device can be made available for sale, the authors said.

The findings were published Sunday in the New England Journal of Medicine.


- AFP RELAXNEWS

Tongkang karam di Banting, 38 masih belum ditemui


KUALA LUMPUR: Sebuah tongkang yang membawa seramai 97 pendatang asing dilaporkan karam pada awal Rabu dekat Sungai Air Hitam, Banting.

Seramai 59 orang berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) manakala baki 38 masih belum ditemui setakat jam 10 pagi tadi.

Menurut satu kenyataan oleh Bomba, panggilan diterima jam 12.24 pagi dan jentera penyelamat dihantar kurang 30 minit selepas itu.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, sebuah bilik operasi sementara telah dibuka di Pulau Carey.

Astro Awani 

Belgium bangkit tewaskan Algeria 2-1

Selepas ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama, Belgium bangkit semula dalam separuh masa kedua menjaringkan dua gol, menewaskan Algeria 2-1 dalam perlawanan Kumpulan H Piala Dunia 2014 di Arena Mineiro, awal pagi tadi.

Aksi permulaan perlawanan itu dikejutkan dengan gol pendahuluan oleh Algeria hasil dari tendangan penalti pada minit ke-25, yang merupakan gol pertama mereka setelah 28 tahun.

Penalti itu tercetus apabila pemain pertahanan Belgium, Jan Vertonghen mengheret pemain tengah Algeria, Sofiane Feghouli dalam kotak penalti.

Feghouli yang diberi peluang membuat sepakan penalti tersebut, berjaya menyempurnakannya dengan mudah.


Pada minit ke-66, pemain gantian Belgium, Divock Origi telah lepas peluang untuk menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun pada minit ke-70, Belgium menerusi tandukan Marouane Fellaini telah berjaya menjadikan kedudukan 1-1.

Tandukan Fellaini itu merupakan hasil hantaran cantik oleh penyerang tengah Belgium, Kevin De Bruyne.

Sembilan minit kemudian pula, pemain sayap Belgium, Dries Mertens membuat rembatan padu ke arah gol, hasil dari hantaran Eden Hazard.

Rembatan tersebut berjaya melepasi penjaga gol Algeria, Rais Mbolhi menjadikan kedudukan akhir perlawanan, Belgium 2-1 Algeria.



Sumber: Astro Awani 

Harta di Pulau Nangka: Kerajaan Melaka beri tempoh sehingga 1 Ogos

Pencarian harta di Pulau Nangka: Kerajaan Melaka beri tempoh sehingga 1 Ogos


JASIN: Syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang menjalankan kerja-kerja pencarian harta peninggalan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka di Pulau Nangka di sini diberi tempoh sehingga 1 Ogos depan bagi menyelesaikan kerja-kerja pencarian berkenaan.

Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad berkata pencarian tersebut perlu dihentikan serta-merta sekiranya ia tidak membuahkan sebarang hasil.

Beliau berkata langkah itu perlu bagi memelihara ekosistem dan alam semula jadi Pulau Nangka yang dikhuatiri terjejas ekoran kerja penggalian lubang di beberapa kawasan di pulau berkenaan.

"Kalau dalam tempoh itu masih tidak menjumpai bukti konkrit mengenai harta yang didakwa tersimpan di pulau ini, kerja pencarian perlu dihentikan...biarlah pulau ini sebegini kerana kita tidak mahu merosakkan ekosistem semula jadinya," katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan ke pulau itu di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar.

Ghazale berkata berdasarkan lawatan tersebut, beliau mendapati syarikat terbabit telah melakukan penggalian di kawasan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan negeri.

"Kerja penggalian hanya dibenarkan di dua kawasan sahaja dan syarikat ini perlu menimbus kembali lubang lain yang telah digali," katanya.

Tinjauan Bernama mendapati terdapat kira-kira lima kawasan penggalian yang dilakukan di pulau tersebut.

Sementara itu, Abdul Latiff berkata Perzim akan menempatkan seorang pegawainya di Pulau Nangka bagi memantau perkembangan pencarian harta tersebut agar tidak merosakkan struktur pulau itu.

Katanya syarikat terbabit yang memulakan kerja pencarian pada awal tahun ini sepatutnya mengemukakan bukti terlebih dahulu kepada kerajaan negeri mengenai kewujudan harta sebelum melakukan penggalian di kawasan baharu.

Pada 30 April lepas, dua artifak berbentuk bulat dan berwarna kekuningan ditemui syarikat terbabit namun hasil ujian makmal mendapati artifak berkenaan hanya merupakan azimat purba dipercayai berasal daripada kerajaan Majapahit.
- Bernama

Ochoa beraksi cemerlang pertahan gol Mexico, ikat Brazil 0-0

FORTALEZA: Penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa muncul sebagai wira apabila berjaya menyelamatkan pintu gol pasukannya dari beberapa percubaan bahaya ketika menentang Brazil dalam perlawanan Kumpulan A Piala Dunia 2014 di Arena Castelao, pagi tadi.

Tindakan tangkas bekas pemain kelab Perancis, Ajaccio itu telah mengekalkan kedudukan perlawanan menjadi seri tanpa jaringan.

Seperti yang dijangka, serangan demi serangan telah dibuat oleh Brazil ke atas Mexico di mana pada minit ke-26 menyaksikan Neymar membuat tandukan berbisa namun berjaya diselamatkan oleh Ochoa.

Tidak lama selepas itu, Ochoa menyelamatkan satu lagi rembatan padu yang dibuat oleh Neymar.


Ochoa kemudiannya menyelamatkan dua lagi tandukan, iaitu satu daripada penyerang Brazil, Fred dan satu lagi dari kapten Brazil, Thiago Silva.

Keputusan permainan ini menyaksikan kedua-dua pasukan mengutip empat mata selepas dua perlawanan untuk terus menerajui kumpulan berkenaan.

Kedudukan tanpa jaringan itu berjaya dikekalkan Mexico meskipun Brazil mendominasi lebih separuh permainan.

Bagaimanapun separuh masa kedua menyaksikan Mexico meningkatkan percubaan ke arah gol serta tahap serangan mereka.

Pasukan tuan rumah itu kelihatan kecewa namun terpaksa akur kerana menghadapi kesukaran menembusi benteng pertahanan pihak lawan.

Keputusan berakhir dengan seri, Brazil 0-0 Mexico.


- Astro Awani