Saturday, 25 January 2014

Nurul Izzah perlu selesai segera jika mahu tanding

Mohd Azizuddin Mohd Sani

SHAH ALAM - Isu penceraian Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan memberi kesan kepada kedudukan dan sokongan jika tidak diselesaikan segera sebelum pemilihan parti itu, pada Mei ini.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata perkara yang melibat kehidupan peribadi Nurul Izzah itu akan menjadi satu modal kepada perwakilan dalam pemilihan kali ini.

Menurutnya, puteri reformasi itu perlu menyelesaikan isu rumah tangganya sebelum pemilihan kelak.

"Perkara itu akan memberi kesan kepada kedudukannya, yang juga orang kuat dalam PKR.

"Sebelum ini, telah timbul perkara yang mempertikaikan kedudukannya apabila tidak mampu menyelesaikan konflik rumah tangganya, bagaimana mahu menjaga rakyat.

"Jadi, kalau dia nak bertanding, dia perlu selesaikan cepat perkara itu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pada Khamis lalu, media melaporkan, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai disahkan memfail penceraian terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pemeriksaan rekod mahkamah mendapati kes perceraian antara Nurul Izzah dan suaminya itu wujud.

Nurul Izzah, 33, membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya dengan Raja Ahamd Shahrir Iskandar, 35, pada akhir Disember tahun lalu.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai menerima notis tuntutan itu pada 16 Januari lalu.

Bagaimanapun beliau meminta prosiding berkenaan ditangguhkan selama dua minggu bagi membolehkan pihaknya menyedikan dokumen berkaitan.

Dalam pada itu, Mohd Azizuddin yang juga Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, walaupun Nurul Izzah mempunyai ramai penyokong daripada akar umbi namun isu berkaitan peribadi akan memberi kesan besar kepada kehidupannya dan juga politik.

"Kalau isu ini dia tak mampu selesai, dia perlu berehat, sebab isu ini akan bagi kesan kepada kehidupan peribadinya, bukan bersara terus tapi sebiaknya tidak bertanding," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, manakala dua lagi pemimpin PKR yang dilanda kontroversi Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin adalah satu kekuatan untuk pemilihan.

"Mereka akan guna itu sebagai modal untuk pemilihan parti nanti," katanya. - Sinar Harian 

Landak 'mendarat' di kepala

Landak jatuh di kepala
Doktor bedah mengeluarkan duri dari kepala Nabucco.


SEORANG wanita Brazil terpaksa dikejarkan ke hospital selepas kepalanya dicucuk lebih 270 duri landak.

Sandra Nabucco, 52, dari Rio de Janeiro berkata, landak itu jatuh di atas kepalanya dari tiang elektrik ketika beliau sedang berjalan sekitar bandar itu.

“Apabila saya menyentuh kepala akibat terlalu sakit, saya dapati banyak duri landak di tangan,” katanya dipetik DailyMail

Sejurus kejadian itu, dia meminta bantuan dari jiran untuk menghantarnya ke hospital.

“Saya diberikan antibiotik dan doktor bedah mengeluarkan lebih 200 duri dari kepala. Ia amat menyakitkan,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran landak itu menjadi tanda tanya kerana kawasan dilaluinya bukanlah berhampiran hutan.

Jumlah mangsa banjir di Beaufort 584 orang

BEAUFORT - Mangsa banjir yang dipindahkan di sini hari ini meningkat kepada 584 orang berbanding 478 orang semalam. 

Pegawai Daerah Beaufort Mohd Sahid Othman berkata mangsa adalah dari 59 buah kampung yang 370 orang daripada mereka ditempatkan di Dewan Pa' Musa dan sebanyak 214 orang di Kampung Suasa.

Beliau juga berkata enam buah masih sekolah ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Suasa, SK Lago, SK Bangkalalak, SK Garama, SK Lajau, SK Limbawang dan Tadika Perpaduan SK Suasa.

Mohd Sahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah berkata jalan ke beberapa buah kampung masih tidak dapat dilalui antaranya Kampung Binunuk dan Kampung Tebobon.

Bagaimanapun jalan ke Kampung Bingkul, Kampung Melulugus, Kampung Limbawang, Kampung Batu 60 dan Kampung Lawa telah boleh dilalui, katanya. 

Beliau berkata paras air Sungai Padas mencatat bacaan 8.63 meter setakat pukul 3 petang berbanding paras bahaya 8.70 meter. - Bernama

Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Khamis

Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR - Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di perairan Condore, Reef North dan Pulau Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini berkata angin kencang timur laut dengan kelajuan 60km sejam dan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter dijangka berlaku dalam tempoh itu. 

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri. 

Kenyataan itu juga menyebut keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori pertama akan melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri), Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Samui, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan. 

Keadaan angin kencang yang bertiup antara 40 dan 50 km sejam serta ombak setinggi 3.5 meter itu juga dijangka berterusan sehingga Khamis ini. 

Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut. - Bernama

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu tengah malam tadi kerana serangan jantung.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Manir itu tidak sedarkan dirisebelum dimasukkan ke hospital berkenaan pada Jumaat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan berita kematian itu kepada Harakahdaily selepas diberitahu mengenainya oleh anak Allahyarham.

Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Harun sebagai tokoh yang banyak berjasa khususnya dalam memimpin Dewan Ulama PAS dan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada parti itu.

"Semoga Allah merahmati para ulama yang telah pergi dan menggantikan mereka dengan barisan ulama yang tidak kurang hebatnya untuk memikul amanah tanggungjawab memimpin PAS, InsyaAllah," katanya dalam mesej di Facebook.





Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri memaklumkan jenazah Harun akan disolatkan di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu pada pagi ini.

"Moga Allah merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,” katanya seperti dipetik oleh Harakahdaily.

Beliau juga mewakili Dewan Ulama PAS Pusat dan seluruh jawatankuasanya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Jasa dan amal perjuangan dakwah almarhum sepanjang berkecimpung dalam gerakan Islam seawal remaja sehingga ke akhir hayat insya-Allah diganjari dengan yang terbaik oleh Allah SWT,” ujarnya lagi.

Harun merupakan antara tokoh utama PAS yang lantang menentang penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut bukan agama Islam.

Beliau juga antara pemimpin PAS yang secara terbuka mahu kerjasama politik parti Islam itu dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP dalam Pakatan Rakyat dikaji semula -- pandangan yang beliau suarakan pada muktamar PAS tahun lalu.

Astro Awani 

Strong earthquake rocks Indonesia's Java island



JAKARTA: A 6.1-magnitude earthquake struck off Indonesia's main island of Java on Saturday, the US Geological Survey reported, sending panicked residents running from their homes.

People in the town of Adipala near the epicentre said they felt the ground shaking hard for up to 20 seconds, as the quake struck in the sea off the coast of southern Java.

"We all just ran onto the street, there were so many people," Astri, a florist who goes by one name, told AFP by phone from her flower shop.

"But it doesn't seem to have damaged anything around here, and we're getting back to work," she said.

The quake struck at 12:14 pm (0514 GMT) 39 kilometres (24 miles) south-southeast of Adipala at a depth of 83 kilometres, the USGS said.

Indonesian officials said there was no risk of a tsunami and no immediate reports of damage or casualties.

"We don't expect a lot of damage because the quake was deep, but we will monitor as it was felt quite strongly on the coast near the epicentre," meteorology, climatology and geophysics agency technical chief Suharjono told AFP.

Indonesia sits on the Pacific "Ring of Fire", where tectonic plates collide, causing frequent seismic and volcanic activity.

A 6.1-magnitude quake that struck Aceh province on Sumatra island in July 2013 killed at least 35 people and left thousands homeless. - AFP 

Gadis dirogol sekumpulan lelaki

Gadis dirogol sekumpulan lelaki
Rumah kosong di Jalan Abdul Raof, Parit Buntar yang didakwa menjadi lokasi seorang remaja perempuan diculik dan dirogol.


PARIT BUNTAR - Seorang gadis berusia 13 tahun menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol empat lelaki di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul Raof, di sini, ketika pergi ke kedai runcit pada 15 Januari lalu.

Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit yang terletak beberapa meter dari rumahnya.

Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa ditemui rakannya tidak memakai selipar dan pakaiannya berlumpur sebelum dibawa balik ke rumah kakaknya.

“Mangsa pengsan sebaik sahaja tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar.

“Selepas sedar, remaja itu menceritakan telah dikejar empat lelaki ketika menuju ke sebuah kedai runcit pada kira-kira jam 7.50 malam, hari kejadian.

“Mangsa mendakwa diculik dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran premis cuci kereta dan dirogol kumpulan lelaki terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini.

Mat Fauzi berkata, polis menerima laporan daripada kakak mangsa kira-kira jam 8 malam.

Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian menemui sekeping papan mempunyai kesan darah dan ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.

“Hasil tinjauan polis di lokasi kejadian mendapati kawasan di situ agak semak, sunyi dan gelap. Rumah terdekat terletak pada jarak 20 meter,” katanya.

Mat Fauzi berkata, seorang suspek dikenal pasti dan ditahan membantu siasatan kes itu.

“Suspek berumur 22 tahun ditahan dan merupakan penduduk tempatan,"katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat.

Sinar Harian 

Nasihat kepada Nurul Izzah

NURUL IZZAH

MEMANG mengikut peraturan penjara Anwar tidak boleh keluar untuk menikahkan anaknya sendiri.

Maka saya diberi arahan untuk mendapatkan pelepasan Anwar daripada Penjara Sg. Buloh dan mengendalikan urusan-urusan berkaitan upacara pernikahan.

Masih ingat lagi masa itu saya membawa seorang bernama Ustaz Shamsul, masa itu Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara masuk ke Penjara Sg. Buloh.

Tujuannya untuk mendapatkan perwakilan wali daripada Anwar, dan diwaktu yang sama membuat latihan upacara akad nikah.

Masih saya ingat masa itu saya berlakon jadi pengantin, dan Ustaz Shamsul konon Tok Kadi yang mempersaksikan Anwar menikahkan Izzah.

Gelak besar masa itu bila Ustaz Shamsul kata "ini macam mau orang lain jadi menantu ni kang!"

Pada masa itu Tun Mahathir masih lagi menjadi perdana menteri.

Dan Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah adalah menteri dalam negeri.

Saya ingat lagi diarah berjumpa dengan Pak Lah untuk memohon kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar penjara untuk majlis akad nikah Syahrir-Izzah.

Memang tension masa tu. Turun naik tangga KDN, berulang-alik Penjara Sg. Buloh, panjat tangga Jabatan Agama Islam Wilayah untuk mengurus pernikahan mereka.

Alhamdulillah akhirnya Pak Lah memberi kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar untuk menghadiri upacara akad nikah Syahrir-Izzah.

Masih saya ingat lagi suasana masa itu.

Sesampai sahaja Anwar dirumah, suasana sedih dan hiba diiringi tangisan sedih bercampur gembira dengan kehadiran Anwar, bapa pengantin.

Hasil perkahwinan Syahrir-Izzah, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Raja Nur Safiyah (7) dan Raja Jarith (4).

Saya mendengar pelbagai cerita mengenai sebab permohonan perceraian itu difailkan oleh Izzah.

Saya percaya tentu ada sebab yang serius untuk menyebabkan perkara ini berlaku.

Namun saya berdoa dan berharap Syahrir dan Izzah akan berusaha keras untuk menyelamatkan perkahwinan mereka yang sudah berusia 10 tahun itu.

Kalau boleh, kenangkan betapa susah payahnya kami semua masa itu untuk mengurus perkahwinan kamu berdua.

Pernikahan kamu disempurnakan di atas airmata ramai orang.

Memang saya sekarang menentang ayah Izzah, tapi itu atas soal prinsip mempertahankan aqidah dan agama saya.

Saya juga menentang pendirian Izzah dalam soal memberi kebebasan untuk umat Melayu-Islam memilih agama termasuk boleh murtad, sebagaimana yang disebut oleh Izzah dalam Forum 'Islamic State: Which Version: Who's Responsibility' di Gereja Tabernacle USJ pada 03.11.2012 lepas.

Tetapi dalam hal perkahwinan Izzah-Syahrir, saya mengambil pendirian bahawa ini soal peribadi mereka yang tidak sepatutnya digembar-gemburkan, apatah lagi dipolitikkan.

Berilah mereka ruang dan peluang untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi menyelamatkan perkahwinan mereka, juga demi anak-anak mereka yang masih kecil.

Nasihat saya kepada Izzah dan Syahrir, berusahalah mencari jalan perdamaian.

Carilah kesepakatan. Ingatlah perceraian adalah suatu keharusan yang paling dibenci ALLAH.

Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada kamu berdua.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.


ZULKIFLI NOORDIN
Disiarkan di Sinar Harian 

Endangered Philippine eagle killed by falling branch

A rare Philippine Eagle named Arakan lands in his makeshift nest in a cage at the Philippine Eagle Center in Davao City located in southern Mindanao island 23 April 2004. --AFP PHOTO ROMEO GACAD


MANILA: A rare Philippine eagle, whose species is on the brink of extinction, was killed inside a conservation group's breeding centre when a branch fell on its cage, the centre said Saturday.

The 15-year-old male bird, named 'Arakan', was one of about 250 adult Philippine eagles remaining according to the Swiss-based International Union for the Conservation of Nature, which lists the species as "critically endangered".

Days of non-stop rain caused the huge branch of a tree to fall on Arakan's cage at the Philippine Eagle Foundation's centre in the southern island of Mindanao, crushing the raptor on January 18, the foundation said.

Numerous large trees are planted inside the centre because the conservation group is "trying to simulate the natural environment of the eagles," said the foundation's communications officer Beauxy Auxtero.

The eagle, also known as the 'Monkey-eating Eagle', is one of the largest birds of prey in the world and is the most critically endangered of all the world's raptors, the IUCN says on its website.

Famed for its elongated nape feathers that form into a shaggy crest, the Philippine eagle is found only on four of the Philippines' largest islands but mostly on Mindanao and grows to a metre (3.3 feet) with a two-metre wingspan.

The Philippine Eagle Foundation rescues stricken birds in the wild including Arakan who was turned over to the foundation in 1999. It also has a captive breeding programme.

The eagle, which is the country's national bird, is protected by law but authorities say the biggest threat is the loss of its habitat as humans encroach on the country's dwindling forest ranges.

Efforts to release rehabilitated birds into the wild have had mixed success.

In October last year, a juvenile male eagle was found apparently shot to death just two months after it was freed by the foundation. - AFP 

Hakim di Texas arah hentikan alat sokongan hayat

Erick Munoz meninggalkan mahkamah selepas hakim mengumumkan keputusan untuk menutup alat bantuan hayat isterinya di Fort Worth, Texas pada 24 Jan, 2014. --Foto AP/The Dallas Morning News, Tom Fox


CHICAGO: Seorang hakim di Amerika Syarikat mengarahkan sebuah hospital di Texas untuk menutup alat bantuan hayat yang digunakan ke atas seorang wanita mengandung yang koma.

Alat bantuan yang digunakan untuk memanjangkan jangka hayat wanita itu digunakan sebelum ini di atas permintaan keluarganya.

Texas adalah di antara 12 negeri di Amerika Syarikat yang telah menerimapakai undang-undang membenarkan seorang wanita hamil yang koma terus menggunakan alat sokongan hayat, tanpa mengira peringkat kehamilan.

Marlise Munoz telah diisytiharkan mengalami kematian otak pada 28 November pada usia kehamilan 14 minggu.

Suami serta ibubapanya telah berjuang agar hayat Munoz diteruskan dengan menggunakan alat bantuan pernafasan iaitu respirator.

John Peter Smith dari Hospital di Fort Worth berkata otak Munoz mungkin mati dan menyebabkan badannya tidak berfungi namun itu tak bermakna dia telah meninggal dunia.

Kes itu mencetuskan perdebatan mengenai hak perubatan dan perundangan untuk mengurangkan kes pengguguran dan hak janin.

“Kes ini adalah merupakan mimpi ngeri dan lebih dari kisah tragik kepada keluarga tersebut” kata Presiden Compassion & Choices, Barbara Coombs Lee.

“Jika keputusan sesebuah institusi itu lebih diiktiraf dari keluarga kandung sendiri, jadi tidak siapa akan selamat dari keputusan kerajaan” katanya lagi.

Hakim Daerah, RH Wallace memerintahkan agara alat sokongan hidup dikeluarkan dari badan Munoz bermula pada Isnin.

Munoz, 33, jatuh pengsan di rumahnya di Texas pada November tahun lepas dipercayai mengalami Embolisme Pulmonari kerana perlu bangun dan menjaga anak pertamanya yang berumur 15 bulan.

Suaminya Erick, serorang ahli paramedik telah cuba membantu namun Munoz telah mengalami serangan jantung dan kegagalan sistem pernafasan apabila tiba di hospital dan tidak dapat diselamatkan.

Agensi

Makan rumput: Guru herdik murid gara-gara tidak buat kerja rumah

Sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang guru sekolah rendah yang mendenda dua orang anak muridnya dengan dilakungkan loceng telah mengundang kemarahan sesetengah pihak.

Insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Khai Meng di Sungkai, Perak ini diketahui ramai apabila Yarnis Kasumi Dewi Zainal Aripin, 31, membuat laporan polis yang mendakwa anaknya telah dimalukan oleh guru tersebut.

Menurut laporan yang dibuat semalam itu, anak Yarnis dan seorang lagi rakannya telah didenda memakai loceng di leher pada 3.30 tengahari Khamis.

“Anak saya dan kawannya ada meminta untuk pergi rehat kerana sudah waktu rehat tetapi anak saya dan kawannya telah diberi rumput dan ciktu itu cakap ‘lembu tak buat kerja rumah mesti kena makan rumput’,” kata Yarnis dalam laporannya.

Bagaimanapun, ketua balai polis Tapah Supt Som Sak Din Keliaw menjelaskan siasatan polis telah mendapati insiden denda telah berlaku, tetapi guru itu tidak memaksa anak murid itu makan rumput.

“Cikgu bagi penjelasan dua murid ini sebenarnya ada potensi untuk maju tetapi memandangkan prestasi tak bagus, jadi cikgu mengenakan denda terhadap mereka,” kata Som Sak.

Tambah beliau, guru itu sebenarnya berkata kepada murid-murid itu “Kalau awak rajin buat kerja, awak akan mendapat gaji besar kelak. Kalau tidak awak akan menjadi seekor lembu dan makan rumput.”

Menurut Som Sak, perkara ini dianggap ‘selesai’ selepas satu perbincangan antara pihak polis, kedua-dua murid itu dan ibu-bapa mereka dan pihak sekolah, Jabatan Pendidikan dan UMNO Perak.

“Semua pihak berpuas hati dengan penjelasan guru itu. Dia tidak berniat untuk menghina.”

Kes ini telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Perak.

Astro Awani 

Maharaja Lawak Mega: SYJ tersingkir pada minggu ke-11


JITRA: ‘Silent comedy’ punca SYJ tersingkir minggu ke sebelas Maharaja Lawak Mega yang berlangsung di Dewan Wawasan Jitra, Kedah semalam.

Ahli kumpulan SYJ, Syuk berkata bahawa beliau bersama dua lagi ahli kumpulan Jihan dan Yasin telah melakukan pelbagai persediaan untuk menghadapi pertandingan separuh akhir Maharaja Lawak Mega namun mereka menghadapi masalah di saat terakhir.

"Sebenarnya kami sudah menggunakan audio tetapi semasa rehearsal kali pertama, ia seperti tidak sesuai. Kami cuba 'Silent Comedy' itu dalam dua tiga kali dan akhir sekali, kami terpaksa 'lock' cerita itu walaupun kami tidak beberapa yakin. Ketika itu sudah 5 hingga 6 pagi jadi kami terpaksa teruskan. 'Silent comedy' itu memang puncanya sebenarnya," kata beliau.

Malah bagi kumpulan Sepahtu yang sebelum ini dilihat sentiasa berada di tangga teratas carta, semalam mereka berada di tangga terbawah apabila terpaksa melalui saat penyingkiran.

"Ini sudah lumrah dalam pertandingan. Semua mahu menang, siapa yang mahu kalah? Manchester United kalau main 18 perlawanan, belum tentu 18 perlawanan mereka akan menang. Saya percaya semua peserta Maharaja Lawak sudah lakukan yang terbaik," kata Jepp daripada kumpulan Sepahtu.

Juri tetap Nora Danish pula berkata, cabaran ‘Silent Comedy’ adalah satu cabaran yang paling mencabar dalam melakukan watak dan pada masa yang sama membuat orang ramai ketawa bukanlah sesuatu yang mudah.

"Kita memang sudah tahu bahawa mereka berbakat besar dalam industri. Penyingkiran mereka sesuatu yang sangat sukar tetapi sekarang sudah minggu ke sebelas dan kalau bukan mereka (SYJ), kumpulan lain yang akan disingkirkan," kata Nora.

Astro Awani