Friday 18 October 2013

Miss Universe mungkin dipenjarakan!

Miss-Universe-mungkin-dipenjarakan/

Ingat lagi kontroversi penggambaran di Taj Mahal melibatkan wanita tercantik dunia, Miss Universe 2012, Olivia Culpo?

Berdasarkan undang-undang, sebarang aktiviti komersial adalah dilarang sama sekali di kawasan Taj Mahal. Kini setelah pihak berkuasa membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang, Olivia dan pihak lain yang turut terlibat dengan penggambaran tersebut mungkin berhadapan dengan hukuman penjara selama dua tahun dan denda 100,000 rupee.

Olivia, 21 tahun, mengeluarkan kenyataan baru-baru ini bahawa beliau asalnya tidak mahu melakukan penggambaran kontroversi tersebut dan rasakan ia tidak sesuai.

“Ia lebih mengecewakan kerana saya sukakan lawatan saya ke India dan ingin kembali dalam masa terdekat,” tambah Olivia.

Mungkin pihak berkuasa akan memberikan amaran terdahulu? Biar apapun keputusan, kita doakan yang terbaik untuk Olivia.


Sumber

No comments:

Post a Comment