Friday 28 March 2014

Lagu 'Singkapkan Doa Kami' khas untuk MH370

MH370

KUALA LUMPUR - Komposer tempatan LY atau nama sebenarnya Rozman Shafie mencipta lagu 'Singkapkan Doa Kami' bagi meluahkan simpati beliau kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang kehilangan insan tersayang.

LY pernah menghasilkan lagu popular seperti 'Aku Cinta Padamu' (Datuk Siti Nurhaliza) dan 'Bahagiamu Deritaku' (Hafiz). 

Pengarah Urusan Whosyn' Signature Husain Khalid berkata lagu itu merupakan sumbangan golongan seni tanah air dalam mendoakan ketabahan anggota keluarga terbabit yang sedang berduka akibat kehilangan insan tersayang.

"Daripada kita menyebarkan spekulasi yang tidak benar di laman sosial, lebih baiklah kita mendoakan kebaikan dan kesejahteraan semua yang terlibat dalam insiden pesawat MH370 dan berdoa semoga misteri ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya kepada pemberita di Wisma Bernama hari ini.

Lagu itu antara lain menceritakan kerinduan seorang waris penumpang MH370 berikutan kehilangan pesawat berkenaan serta pengharapan dan doa agar insan tersayang pulang ke pangkuan keluarga.

Liriknya ditulis oleh Baiduri atau Norkharyati Mohd Hashim, yang juga isteri Rozman dan dinyanyikan Riz Zaizizi atau Riz AF6.

Bernama

PKR cabar Satem dedahkan senarai sekatan

PKR Cabar Satem Dedahkan Senarai Sekatan
PKR mencabar Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengemukakan senarai nama pemimpin PR yang dihalang daripada memasuki negeri itu.


PETALING JAYA - PKR mencabar Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengemukakan senarai nama pemimpin PR yang dihalang daripada memasuki negeri itu.

Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin mendakwa ketua menteri baharu itu sepatutnya bukan sahaja berani menyalahgunakan kuasanya bahkan perlu telus dengan menyenaraikan sekatan itu secara terbuka.

"Saya desak kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan balas apabila menghalang saya memasuki Sarawak semalam sedangkan maklumat awal mengatakan nama saya tiada dalam senarai itu (sekatan).

"Tindakan itu menunjukkan keterdesakan BN Sarawak yang takut pimpinan PR masuk berkempen dan ia juga memburukkan imej BN kerana mengekang rakyat bergerak bebas," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut tindakan Jabatan Imigresen Sarawak semalam yang menyekat perjalanannya ke Sibu sekali gus menghalangnya daripada membantu calon PKR, Abdul Jalil Bujang berkempen pada PRK N51 Balingian.

Selain beliau, tiga lagi pemimpin kanan PKR yang telah disekat masuk pada Selasa lalu termasuklah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang.

Tambah Zuraida, beliau merupakan individu keempat yang dihalang memasuki negeri itu selepas beliau ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 2.30 petang semalam.

"Saya orang pertama yang diberikan notis penolakan masuk ke Sarawak selepas saya meminta pihak Imigresen memberikan sebab halangan itu.

"Sebelum perjalanan ke Sibu, saya mengetahui nama saya tidak tersenarai tetapi bila cuba melepasi pintu masuk, saya terus ditahan dan dibawa ke pejabat polis dan imigresen," katanya.

Dalam pada itu, Zuraida juga mendakwa halangan yang dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan PR ke Sarawak akan terus digunakan pada pilihan raya negeri itu menjelang 2015.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang itu mendakwa, taktik kotor itu akan terus diguna pakai bagi menghalang kemaraan PR dan menjamin kemenangan BN pada PRK negeri.

"Pimpinan Tan Sri Adenan Satem akan terus menggunakan sekatan itu terhadap kami (PR) dalam PRK Sarawak pada 2015 supaya mereka kekal berkuasa di negeri itu.

"Ketua Menteri (Sarawak) cuba tunjuk kuasa dan salah guna jawatannya untuk menafikan hak orang lain bergerak bebas ke negeri itu," katanya lagi.

Sinar Harian 

MH370: New Zealand plane spots objects in new search area

A New Zealand aircraft, the RNZAF Orion spotted objects in new search area today but have yet to establish the identity of the objects.

The Australian Maritime Safety Authority (AMSA) said, the aircraft is due to land at Pearce RAAF base soon.

However it added in a Twitter posting today, the sightings need to be confirmed by ship which is not expected to happen until tomorrow.



The new search area comes following new information surfaced based on continuing analysis of radar data between the South China Sea and the Straits of Malacca before radar contact with flight MH370 was lost.

The new search area is approximately 319,000 square kilometres and around 1,850 kilometres west of Perth.



New satellite images from Japan meanwhile showed around 10 floating objects which may belong to the missing Malaysia Airlines (MAS) flight MH370.

Japanese authorities announced the objects, measuring up to eight metres, (26.4 feet) in length and four metres wide were spotted roughly 2,500 kilometres southwest of Perth, Kyodo and Jiji.

Malaysia authorities today also received satellite imagery from Thailand.

“Early this morning we received separate satellite imagery from the Thai authorities which also showed potential objects,” said Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“These new satellite images join those released by Australia, China, France and Malaysia, all of which are with RCC Australia.

“The range of potential objects, and the difficulty in re-identifying them shows just how complex this investigation is. We remain grateful to all our partners for continuing to assist in the search operations,” he added.

Source: ASTRO Awani 

Nikon to replace some defective 'dust spot' D600s with brand new cameras


After offering up several solutions to a sensor spotting problem on its full-frame D600 DSLR -- with mixed success -- Nikon has now said that it will replace any defective cameras that can't be repaired. 

When reports of the oil and dust spots first cropped up, Nikon suggested that photographers clean the sensors themselves or send them for cleaning under warranty. 

However, when some users found that the shutter was ejecting difficult-to-clean oil on the sensor, it began to offer free shutter mechanism replacements. Recently, some owners also reported that they were sent brand new Nikon D600s and even newer D610's instead of a repair. 

Nikon has now admitted as much in a letter of apology, and said it will continue to repair or replace the model as needed, even out of warranty. It may also explain why it brought the very similar D610 to market so quickly.

Source: Engadget 

Rodziah Ismail umum akan bertanding jawatan Ketua Wanita Pusat PKR


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Wanita Pusat PKR Rodziah Ismail mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Wanita Pusat PKR pada memilihan PKR 2014 nanti. Jawatan berkenaan kini disandang Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin.

Katanya dalam satu kenyataan, pengumuman itu dibuat ekoran hasrat akar umbi parti yang menggesa agar adanya suatu perubahan dalam sayap Wanita

"Pembaharuan itu diyakini akan memberikan kesegaran dalam pengolahan agenda masa depan Wanita PKR.

“Ia merupakan suatu gesaan yang tidak boleh diketepikan dan saya tampil menyahutnya dengan segala i’tikad dan semangat supaya segera dapat dikotakan kepimpinan yang dikehendaki oleh anggota wanita PKR: penerapan dan pengaktualan pembuatan keputusan secara kolektif, ketelusan dalam pengoperasian aktiviti wanita dan keakuran berlandaskan panduan dan perlembagaan parti,” kata Rodziah.

Beliau juga menyeru agak anggota wanita yang berkebolehan untuk menawarkan diri untuk bertanding bersama-sama dalam barisan kepimpinan wanita PKR.

“Ia bertujuan agar barisan kepimpinan wanita PKR lebih mantap dalam usaha ke arah membentuk masyarakat dengan rasa kasih dan empati, bersulamkan amalan saling memberdaya dan melengkap,” katanya.

Pencalonan yang akan diadakan esok adalah untuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) serta hari pengundian akan bermula pada 25 April hingga 11 Mei manakala tarikh pengumuman keputusan pemilihan PKR Pusat dijangka pada 13 Mei.

Astro Awani 

Pindah zon pencarian bukan perkara luar biasa

MH370

KUALA LUMPUR - Tindakan memindahkan operasi pencarian MH370 ke kawasan baharu bukan perkara luar biasa, sebaliknya perkara seperti itu sentiasa berlaku dalam sebarang misi mencari dan menyelamat (SAR).

Pengurus Besar Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) bagi Divisyen Respons Kecemasan, John Young berkata langkah itu seiring dengan maklumat baharu yang diterima ketika operasi dijalankan.

"Ini perkara biasa dalam aktiviti SAR kerana maklumat baharu akan muncul dalam analisis dan akan membawa operasi ke kawasan baharu.

"Saya tidak anggap usaha yang terdahulu sebagai pembaziran masa," katanya dalam taklimat media di Canberra pada Jumaat yang disiar secara langsung oleh saluran berita CNN.

Terdahulu hari ini, AMSA dalam satu kenyataan berkata misi pencarian pesawat Malaysia Airlines itu dipindahkan ke lokasi baharu kira-kira 1,100 kilometer ke timur laut Perth berdasarkan maklumat terkini yang disalur oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.

AMSA berkata, agensi penyiasatan Australia, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah menyemak data itu dan memutuskan maklumat tersebut merupakan petunjuk paling kukuh bagi mengesan kemungkinan serpihan.

Operasi pencarian penerbangan MH370 dipindahkan ke utara di Lautan Hindi selepas petunjuk baharu mendapati pesawat mungkin bergerak lebih laju daripada anggaran asal.

"Maklumat menunjukkan pesawat bergerak lebih pantas daripada jangkaan awal, menyebabkan pembakaran bahan api yang lebih cepat sekali gus memendekkan jarak penerbangan pesawat ke selatan Lautan Hindi," katanya yang yakin kawasan baharu itu lokasi terbaik untuk usaha pencarian.

Young juga berkata, beliau tidak akan menggunakan terma 'lapangan serpihan' berhubung imej kira-kira 300 objek yang dicerap oleh satelit memandangkan belum sahih cerapan itu adalah objek.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Bagaimanapun pesawat itu hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas ketika berada di ruang udara Laut China Selatan.

Misi mencari dan menyelamat memasuki hari ke-21 hari ini dan difokuskan di Lautan Hindi selepas analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom merumuskan lokasi terakhir pesawat di tengah-tengah lautan berkenaan. 

Bernama

MAS terima petisyen penumpang yang difailkan di Amerika Syarikat


KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) memaklumkan syarikat itu telah menerima salinan petisyen yang difailkan di mahkamah Amerika Syarikat, bagi pihak seorang penumpang yang menaiki pesawat MH370 yang hilang, terhadap pengeluar pesawat, Boeing Company dan MAS.

MAS berkata peguamnya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan bersedia menguruskan kes itu walaupun ia belum diserahkan secara formal.

Menurut MAS dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Khamis, ia faham bahawa petisyen berkenaan bukan saman tetapi adalah satu permohonan menerusi mahkamah untuk memperoleh maklumat.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada 12.41 pagi 8 Mac dan hilang daripada skrin radar semasa terbang di Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pencarian oleh pasukan keselamatan pelbagai negara kini sedang giat dilakukan di koridor selatan Lautan Hindi.

Astro Awani 

Rusia tutup ruang udara tanpa amaran awal

BERLIN - JERMAN. Pesawat Air France membawa 495 penumpang dan 22 anak kapal dari Shanghai ke Paris terpaksa membuat pusingan balik selepas Rusia menutup ruang udara untuk latihan ketenteraan.

Menurut laporan ABC, kelmarin, Penerbangan AF111 terpaksa mendarat di Hamburg, Jerman untuk mengisi minyak kerana bahan api pesawat tidak mencukupi bagi menamatkan penerbangan selepas melakukan pusingan balik secara tiba-tiba.

"Penutupan ruang udara tidak dimaklumkan terlebih dahulu hingga menyebabkan puluhan penerbangan terpaksa berpatah balik," menurut jurucakap syarikat, Ulli Gendrot.

Ada juga mendakwa, perkara itu mempunyai kaitan dengan peningkatan aktiviti ketenteraan Rusia di barat Ukraine.

Sementara itu, Amerika Syarikat kini juga mula meningkatkan latihan ketenteraan dengan lebih 10,000 tentera menyertai latihan pendaratan amfibia terbesar di Korea Selatan dengan kod nama Ssang Yong selepas Korea Utara melepaskan beberapa ujian peluru berpandu balistik baru-baru ini.

Sinar Harian 

Musa Hitam dakwa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika peristiwa Memali


KOTA BHARU: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendakwa ketika berlakunya peristiwa Memali, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur bukan di China sepertimana yang dikatakan sebelum ini, lapor The Malaysian Insider.

Pendedahan itu dibuat selepas 29 tahun peristiwa berdarah Memali yang mengorbankan nyawa 14 orang penduduk kampung tersebut manakala berpuluh yang lain cedera.

Ketika kejadian itu berlaku, Musa turut memegang jawatan selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

"Titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang," kata Musa ketika menjadi ahli panel Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Kelantan yang diadakan di Kota Bharu, pada Rabu.

Musa juga menegaskan selepas kejadian itu, Dr Mahathir terus berada di Kuala Lumpur; "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Peristwa berdarah di Kampung Memali, Kedah itu berlaku pada 19 November 1985. Selain 14 orang terkorban dan berpuluh yang lain tercedera, polis juga menahan ratusan penduduk kampung berkenaan yang dikatakan pengikut Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Pertempuran antara pihak Polis dan penduduk kampung Memali berlaku apabila Ibrahim Libya cuba ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Musa merupakan individu yang dipersalahkan dalam kejadian tersebut atas kapasitinya sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Namun, ada juga pihak sebelum ini mendakwa Musa mengeluarkan arahan supaya polis bertindak keras ke atas penduduk Kampung Memali kerana mendapat arahan dari Dr Mahathir yang dikatakan berada di China.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh dalam kejadian Memali itu sebagai mati syahid.

Astro Awani

Kawasan pencarian digerakkan ke kawasan baharu


AMSA


KUALA LUMPUR: Usaha mengesan pesawat penerbangan MH370 yang dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi digerakkan ke kawasan baharu yang terletak kira-kira 1,100 kilometer dari kawasan carian selama ini berdasarkan kepada petunjuk boleh dipercayai yang diserahkan oleh pasukan penyiasat Malaysia kepada pihak berkuasa di Australia.

Zon baru itu luasnya lebih kurang 319,000 kilometer persegi dan terletak lebih dekat dengan pesisir pantai barat Australia iaitu kira-kira 1,850 kilometer dari Perth, berbanding 2,000 kilometer sebelum ini.

Pengurus besar bahagian kecemasan Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) AMSA, John Young berkata perubahan kawasan carian itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam operasi seperti ini dan kawasan baharu ini "adalah tempat terbaik pada masa ini".

"Ini bukan sesuatu yang luar biasa bagi operasi mencari dan menyelamat. Hal seperti ini berlaku setiap masa," katanya dalam satu sidang media di Canberra, dan menambah "usaha mencari sebelum ini bukan sia-sia".

AMSA pada Jumaat menggerakkan 10 pesawat untuk operasi baharu itu melibatkan pesawat tentera milik Australia, Kepun, Korea Selatan, New Zeland, China dan Amerika Syarikat. Operasi turut disertai oleh enam buah kapal termasuk HMAS Success dan lima buah kapal milik China.

Sementara itu Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan menjelaskan petunjuk baru itu diperolehi hasil analisis ke atas data radar laluan pesawat antara Laut China Selatan hingga ke Selat Melaka sebelum pesawat itu terputus hubungan dengan radar.

Katanya, analisis itu menunjukkan pesawat MH370 mungkin terbang lebih pantas daripada jangkaan sebelum ini. Sekiranya analisis itu benar, pesawat itu dipercayai menggunakan minyak lebih banyak dan tidak mungkin dapat terbang jauh sehingga ke selatan Lautan Hindi seperti yang dipercayai sebelum ini.

Jelas Dolan, maklumat itu membolehkan pasukan pencari "membuat penilaian terbaik kawasan pesawat itu mungkin mencecah air."

"Maklumat yang diberikan oleh pasukan penyiasat antarabangsa ini adalah petunjuk yang paling boleh dipercayai yang ada dalam usaha mengesan bangkai pesawat sekarang," katanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan maklumat terbaru itu perlu disesuaikan dengan jarak masa sejak pesawat itu hilang dan kemungkinan bangkainya hanyut di permukaan laut.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan akan menguruskan proses membawa ahli keluarga penumpang dan krew MH370 ke Perth sekiranya ada bangkai pesawat yang ditemui.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Australia yang setuju mengecualikan permohonan visa bagi perjalananan mereka yang terlibat.

Peralihan kawasan carian ini menyusul selepas satelit Thailand dan Jepun mengesan objek yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 di kawasan Lautan Hindi.

Sumber: Astro Awani 

"MH370 patah balik atas arahan pusat kawalan, hanyalah andaian saya" - Rahim Bakri


Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini memaklumkan bahawa kenyataannya yang mengatakan pesawat MH370 berpatah balik setelah menerima arahan daripada pusat kawalan, hanyalah andaian beliau semata-mata.

Jelas Abdul Rahim dalam sebuah kenyataan pada Khamis, setelah membuat semakan barulah beliau menyedari bahawa andaiannya itu tidak tepat.

"Berhubung kenyataan saya dalam perbahasan titah DiRaja di Parlimen semalam yang mengatakan pesawat MH370 berpatah balik (turn back) berkemungkinan setelah menerima arahan daripada pusat kawalan, saya ingin menjelaskan bahawa ia hanya merupakan andaian saya semata-mata serta kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku," katanya.

Justeru, beliau telah menarik balik kenyataan yang dibuat semalam (Rabu) semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah DiRaja di Dewan Rakyat.

Semalam, Abdul Rahim telah berkata pesawat yang tidak dikenali dan berpatah balik yang dikesan pada radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dianggap mungkin berbuat demikian kerana menerima arahan menara kawalan trafik udara.

Katanya pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama.

Ujar beliau, walaupun ia dikesan radar sebagai berpatah balik, tetapi TUDM tidak menganggapnya sebagai musuh dan sebaliknya adalah mesra pesawat serta mungkin menerima arahan dari menara kawalan.

"Untuk makluman bahawa radar kita hanya boleh mencerap sekitar 250 batu nautika sahaja, sebenarnya mana-mana radar di dunia pun hanya boleh mencerap sejauh 250 batu nautika sahaja," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini Rabu.

Pada 8 Mac lalu, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Radar utama milik TUDM pula dilaporkan mengesan sebuah pesawat membuat pusingan balik di lokasi sama di mana pesawat MH370 hilang dari radar kedua.

Abdul Rahim bagaimanapun menafikan bahawa TUDM mengambil masa untuk mengumumkan bahawa radarnya mengesan tindakan berpatah balik oleh pesawat yang tidak dikenali itu pada masa yang sama dengan waktu kehilangan MH370.

Astro Awani 

Berkemungkinan terbang lebih pantas, kawasan pencarian diubah


KUALA LUMPUR: Kawasan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang 8 Mac lalu kini diubah lokasinya susulan penemuan baharu yang kredibel oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web AMSA, hasil maklumat yang disampaikan oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia, kawasan pencarian baharu akan diubah lokasinya 1,100 kilometer ke Timur Laut.

Agensi penyiasat, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), telahpun memeriksa maklumat yang diberikan dan berpendapat maklumat itu adalah paling kredibel untuk mengesan kawasan serpihan.

Kawasan pencarian baharu itu dianggarkan merangkumi kawasan seluas 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850 kilometer ke barat Perth.

Maklumat terbaharu ini adalah berdasarkan analisa data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sehingga hubungan radar terputus.

Hasil siasatan juga mendapati pesawat terbang lebih pantas dari masa yang dianggarkan sebelum ini, menyebabkan peningkatan penggunaan minyak dan berkemungkinan mengurangkan jaraknya menuju ke Lautan Hindi.

ATSB juga berpendapat maklumat akan lebih diperincikan oleh pasukan penyiasat yang kini terus menganalisa maklumat radar.

Pertubuhan Perisikan-Geopatial Australia juga dilaporkan kini sedang berusaha mendapatkan imej satelit di kawasan baharu ini.

Sementara itu keadaan cuaca dlaporkan semakin baik dengan 10 pesawat telah ditugaskan untuk meneruskan misi pencarian hari ini.

Ia termasuk dua kapal P3 Orion milik Tentera Udara Australia, sebuah jet milik pasukan Pengawal Pantai Jepun, sebuah P3 Orion milik Jepun, Sebuah P3 Orion milik Republik Korea, sebuah pesawat Hercules 130 milik Republik Korea, sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand, sebuah Ilyushin IL-76 milik tentera China, sebuah P8 Poseidon milik tentera laut Amerika Syarikat dan sebuah pesawat awam untuk tujuan komunikasi.

Sebuah lagi pesawat P3 Orion turut diletakkan dalam keadaan bersedia di pelabuhan Pearce sekiranya terdapat penemuan baharu.

Ketika ini terdapat enam kapal di kawasan pencarian termasuk HMAS Sucess dan lima kapal milik China.
AMSA dan ATSB dijangka akan mengadakan satu siding akhbar mengenainya.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada 12.41 pagi 8 Mac dan hilang daripada skrin radar semasa terbang di Laut China Selatan.

Astro Awani 

Bogel selepas kantoi

Bogel selepas kantoi
Suspek menanggalkan pakaiannya sendiri selepas dikepung orang awam.


SELAYANG - Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila tiba-tiba menanggalkan pakaiannya dan berbogel selepas kantoi cuba pecah kenderaan di Selayang Baru, kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian jam 8 malam itu, suspek pada mulanya cuba masuk ke dalam sebuah kereta yang tidak berkunci untuk mencuri radio.

Menurut sumber, tindakan suspek berusia lewat 20-an itu bagaimanapun disedari orang awam dan juga pemilik kenderaan yang berada berhampiran kawasan tersebut.

“Pemilik meninggalkan keretanya sekejap untuk ke kedai, dan apabila kembali, dia terlihat kelibat seseorang dalam kenderaannya.

“Selepas dikepung orang awam, suspek secara tiba-tiba menanggalkan pakaian dan hanya memakai semula selepas seorang kenalannya menyuruhnya berbuat demikian,” beritahu sumber kepada Sinar Harian, semalam.

Kata sumber itu lagi, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 511 kanun keseksaan kerana cuba melakukan jenayah.

Sinar Harian 

300 imej baru dari Thai mungkin mampu beri sasaran lebih jelas kepada SAR

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Agensi Maklumat Geo dan Pembangunan Teknologi Angkasa Thailand (GISTA), Dr Anond Snidvongs berkata 300 imej baru yang dikesan Thailand baru-baru ini berkemungkinan boleh memberikan sasaran yang lebih jelas kepada usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 melalui udara.

Bagaimanapun kata beliau, penemuan objek menerusi imej-imej tersebut adalah bergantung kepada nasib kerana cuaca di selatan Lautan Hindi tidak begitu baik sejak beberapa hari lepas sehingga menyebabkan operasi pencarian tergendala.

Meskipun begitu, Dr Anond berkata terdapat peluang untuk objek-objek tersebut dikaitkan dengan imej-imej yang dikesan sebelum ini dan juga serpihan pesawat Boeing 777-200 yang hilang sejak 8 Mac itu.

"Ada peluang tetapi ia amat sukar untuk menentukan sama ada ianya objek yang sama atau tidak. Kami harap supaya imej-imej itu dapat diperolehi bukan sahaja dari satelit kami sendiri tetapi satelit lain juga," katanya ketika satu temubual atas talian dalam program Agenda AWANI, pada Khamis.

Imej satelit Thai telah mengesan sebanyak 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika operasi pencarian pesawat MH370, kata seorang pegawai pada Khamis.

Menurut GISTA, objek-objek yang berukuran di antara dua hingga 15 meter itu bertebaran di sekitar 2,700 barat daya Perth.

Anond Snidvongs memberitahu AFP, maklumat-maklumat tersebut telah pun diserahkan kepada Malaysia.

Jelasnya, imej-imej itu telah diambil oleh satu-satunya satelit pemerhati bumi Thailand, Isnin lalu, tetapi memerlukan beberapa hari untuk diproses.

Katanya objek-objek tersebut telah dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan tumpuan satelit Perancis sebelum ini dalam usaha mereka mencari pesawat tersebut.

ASTRO Awani 

Satelit Jepun rakam 10 objek terapung, berkemungkinan MH370


KUALA LUMPUR: Agensi berita Jepun melaporkan bahawa satelit negara itu berjaya merakamkan 10 objek terapung berhampiran Australia, dipercayai berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menurut laporan AFP, agensi berita Kyodo dan Jiji berkata bahawa objek berkenaan dilihat kira-kira 2,500km ke barat daya Perth.

Pusat Perisikan Kabinet Satelit Jepun berkata objek berkenaan dianggarkan berukuran lapan meter panjang dan empat meter lebar.

Agensi berita berkenaan juga melaporkan bahawa objek berkenaan dilihat di kawasan yang sama dimana beberapa objek lain ditemui sebelum ini.

Jiji memetik kata-kata seorang pegawai kerajaan bahawa objek berkenaan “berkemungkinan besar” adalah bangkai pesawat MH370. Jepun sudahpun menyampaikan maklumat berkenaan kepada Malaysia.

ASTRO Awani 

Kerajaan tidak arah guna khidmat bomoh cari MH370

Datuk Seri Jamil Khir Baharom - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menggunakan khidmat bomoh dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau turut menafikan penglibatan seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin,dalam operasi mengesan pesawat malang itu adalah atas arahan pihak kerajaan.

"Lapangan terbang adalah tempat yang terbuka (siapa-siapa boleh datang), kalau kita tanya siapa yang upah, tentunya kita tidak boleh jawab sebab bukan urusan kita untuk tanya kepadanya (Ibrahim)," katanya.

Jamil Khir berkata demikian ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Pada 10 Mac lepas, Ibrahim yang menggelar dirinya 'raja bomoh', menjalankan upacara mencari pesawat MH370 di KLIA bersama-sama beberapa pembantu.

Bagaimanapun, tindakan beliau mendapat kecaman pelbagai pihak dan dikritik hebat di laman sosial kerana dianggap melanggar ajaran Islam serta memalukan negara.

Jamil Khir berkata kerajaan juga menyelar usaha pihak tertentu mendapatkan khidmat bomoh yang melanggar batas syarak dan bertentangan dengan ajaran Islam dalam usaha pencarian pesawat itu.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia bersama-sama pihak berkuasa agama Islam negeri sedang dan akan sentiasa membuat pemantauan di lapangan terbang berkenaan bagi mengelak kejadian itu berulang.

"Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti yang melanggar ajaran Islam," katanya.

Jamil Khir juga berkata kertas siasatan telahpun dibuka oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi menyiasat dakwaan mengaitkan bomoh itu dengan beberapa pemimpin, yang kononnya meminta beliau datang ke KLIA.

Bernama

Japan detects 10 objects possibly belonging to missing plane


KUALA LUMPUR: Japanese satellite images have spotted around 10 floating objects which may belong to the missing Malaysia Airlines (MAS) flight MH370.

The objects measuring up to eight metres (26.4 feet) in length and four metres wide were reported to have been spotted roughly 2,500 kilometres southwest of Perth, Kyodo and Jiji.

Japan's Cabinet Satellite Intelligence Center's study showed that the images were captured by a satellite between 9 am and 3 pm (0000 GMT and 0600 GMT) on Wednesday and could possibly be from the missing plane as the objects were found in an area where previous debris have been found.

Media reports It is also reported that Japan had handed the information to Malaysia.

Astro Awani 

'Turn back': Abd Rahim akui kenyataan tidak tepat

 


SHAH ALAM - Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abd Rahim Bakri mengakui, kenyataan beliau yang mengatakan MH370 berpatah balik (turn back) berkemungkinan setelah menerima arahan dari pusat kawalan adalah tidak tepat.

“Saya ingin menjelaskan bahawa ia hanya merupakan andaian saya semata-mata serta kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku.

“Selepas membuat semakan, saya ingin tegaskan bahawa andaian saya adalah tidak tepat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, ketika perbahasan di Parlimen Abd Rahim berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM ) tidak mengambil tindakan terhadap MH370 yang membuat turn back ketika melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia arahan daripada menara kawalan udara (ATC), Subang.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan daripada Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang mempersoalkan tindakan Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memaklumkan ada berlaku ‘turn back' sehari selepas kehilangan MH370.

Sinar Harian 

Pas yakin MH370 dirampas

MH370

YAN - Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.

“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.

“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

“Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang.

“Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat.

“Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.

“Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 

Satelit Thai kesan 300 objek terapung


BANGKOK: Imej satelit Thai telah mengesan sebanyak 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata seorang pegawai pada Khamis.

Menurut Agensi Teknologi Angkasa Lepas dan Geo-Teknologi, objek-objek yang berukuran di antara dua hingga 15 meter itu bertebaran di sekitar 2,700 barat daya Perth.

"Bagaimanapun kita tidak... tidak berani mengesahkan yang ianya serpihan dari pesawat," kata pengarah agensi tersebut, Anond Snidvongs kepada AFP.

Beliau memberitahu, maklumat-maklumat tersebut telah pun diserahkan kepada Malaysia.

Jelasnya, imej-imej itu telah diambil oleh satu-satunya satelit pemerhati bumi Thailand, Isnin lalu, tetapi memerlukan beberapa hari untuk diproses.

Katanya objek-objek tersebut telah dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan tumpuan satelit Perancis sebelum ini dalam usaha mereka mencari pesawat Boeing 777-200 yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

Pesawat tersebut telah dikatakan terhempas di lokasi terpencil di Lautan Hindi selepas berpatah balik dalam perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan dilaporkan terbang beberapa jam dalam arah yang bertentangan.

AFP melalui @Astro Awani