Friday, 22 May 2015

Apple mungkin membawakan sokongan Dwi-Paparan Aplikasi untuk Multitasking pada iOS9

Apple sebelum ini telah diura-ura akan memperkenalkan sokongan split-screenpada iOS8, tetapi ia dilihat ditangguhkan dan kini ia mungkin akan hadir sebagai sebahagian daripada iOS9 kelak. Apple sebelum ini dikatakan menangguhkannya kerana ingin lebih memfokuskan kepada iPhone 6 Plus dan juga Apple Watch.

Melalui fungsi split-screen ini, ia bakal memudahkan para pengguna membuat tugasan dengan membuka dua aplikasi pada waktu yang sama. Sebagai contoh, ia membolehkan para pengguna boleh membuka Pages dan Mail pada waktu yang sama.

Fungsi seumpama split-screen yang bakal diperkenalkan Apple ini dijangka akan berfungsi lebih kurang sama seperti pada Windows 8 ataupun pada Samsung TouchWiz.

Apple dijangka akan menawarkan ia sebagai sebahagian daripada iOS9, dan akan ditawarkan kepada pengguna iPad sahaja.

Selain daripada itu, Apple juga dikatakan sedang membangunkan fungsi untuk membolehkan lebih daripada seorang log masuk ke iPad yang sama. Fungsi ini dikatakan akan disertakan pada iPad Pro bersaiz 12-inci kelak.

Apple bakal mengadakan acara WWDC pada bulan Jun kelak, dimana mereka dijangka akan berkongsi beberapa perkara yang bakal dibawakan oleh iOS9 kelak.

- Sumber: 9TO5MAC melalui Sinar Harian 

Warga Singapura maut jatuh dari tebing ketika cuba selfie

Gambar hiasan

BALI - INDONESIA. Seorang lelaki warganegara Singapura maut selepas jatuh dari tebing ketika cuba mengambil selfie, semalam.

Menurut laporan The Jakarta Post, Mohamed Aslam Shahul, 21, jatuh ke dalam laut dari tebing setinggi dua meter di pulau Nusa Lembong.

Mangsa difahamkan sedang bercuti bersama lapan orang rakan di pantai Sandi Bay.

Menurut ketua polis Nusa Penida, Gede Arianta berkata, mangsa tergelincir dan jatuh ke dalam laut dan beliau ditemui pada ke dalam lima meter.

Mangsa kemudian dibawa ke pusat kesihatan Jungut Batu, di mana dia diisytiharkan sudah meninggal dunia.

"Mayatnya akan dibawa ke Hospital Sanglah dan dijadualkan diterbangkan ke Singapura hari ini," kata Gede.

- Sumber: Sinar Harian 

Isu video TPM: Apakah kekecohan yang timbul? - Rahman Dahlan

ABDUL RAHMAN: Satu-satunya perbezaan pendapat antara PM dan TPM yang dapat saya perhatikan dalam klip video tersebut, adalah bahawa TPM meminta Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif terkini disingkirkan.

Beberapa hari lepas timbul kekecohan besar di kalangan para pengulas politik negara.

Saya tidak sedar akan kekecohan ini sehingga saya menerima pautan internet yang dikongsi oleh sabahat saya di Whatsapp, yang menunjukkan klip video 7 minit YAB Timbalan Perdana Menteri, sewaktu beliau memberi ucapan sempena sesi latihan pemimpin Bahagian UMNO baru-baru ini.

Klip video yang di hantar di ruangan Whatsapp itu juga disertakan bersama satu komen yang mendakwa TPM bertelagah pendapat dengan YAB Perdana Menteri mengenai isu 1MDB. Dari situ barulah saya sedar akan segala kekecohan yang timbul!

Saya rasa saya menonton klip video itu lebih dari 5 kali, bagi menentukan sekiranya ada sebarang kebenaran terhadap dakwaan tersebut. Namun, saya tidak melihat banyak perbezaan pandangan PM dan TPM mengenai isu 1MBD.

Berikut adalah pemerhatian saya selepas membandingkan apa yang diucapkan oleh TPM dalam klip video dan apa yang telah PM nyatakan secara terbuka sebelum ini.

Pertama, TPM berkata beliau bimbang kerana 1MDB telah menjadi satu kerisauan rakyat dan jika tidak diselesaikan dalam jangka masa terdekat, ia akan memberi kesan kepada kerajaan dan masa depan parti. Jika kita ikuti kenyataan umum yang dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini, beliau juga merakamkan ulasan yang sama.

Kedua, TPM berkata dalam klip video tersebut bahawa 1MDB memerlukan penyiasatan segera. Kerajaan tidak boleh menunggu lebih lama lagi. Beliau bercakap mengenai perlunya "to hold the bull by its horns" dan saya rasa begitu juga dengan PM. Sebab itulah, kita mendengar PM mengumumkan siasatan segera dilakukan oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia dan penyiasatan yang mestilah dilengkapkan dalam masa beberapa bulan.

Satu-satunya perbezaan pendapat antara PM dan TPM yang dapat saya perhatikan dalam klip video tersebut, adalah bahawa TPM meminta Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif terkini disingkirkan, manakala PM mengambil kedudukan bahawa tindakan terhadap mana-mana individu hanya akan diambil selepas siasatan menyeluruh oleh Ketua Audit Negara dan PAC selesai.

Walaupun saya bersetuju dengan pendapat TPM bahawa dengan penyingkiran serta-merta Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli Lembaga Pengarah dapat meredakan kebimbangan orang ramai mengenai isu ini, namun saya tidak pasti bahawa jika keputusan itu akan membantu mempercepatkan usaha untuk perolehi kebenaran yang sebenar.

Lazimnya perkara pertama yang dilakukan apabila CEO dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah baru masuk, mereka akan meminta lebih masa untuk memahami isu-isu di bawah kendalian mereka. Bagaimanakah cara bagi mereka untuk menjawab sebarang soalan jika tidak tahu hujung pangkal sesuatu isu.

Mereka mungkin meminta beberapa bulan untuk meniliti semua butiran dan dokumen-dokumen sebelum mereka boleh memahami apa yang berlaku dan seterusnya memberi keterangan dalam siasatan berterusan yang dikendalikan oleh Ketua Audit Negara dan PAC. Ini suatu proses yang memakan masa dan bakal dilihat lambat lagi merugikan, walaupun umum tahu orang ramai ingin jawapan yang cepat bagi isu 1MDB.

Pada pendapat saya, dengan memecat Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah boleh dijadikan pilihan jika Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB enggan memberikan keterangan. Namun secara terbuka, mereka mengatakan bahawa mereka akan bekerjasama dan akan tampil memberi keterangan kepada Ketua Audit Negara dan membantu siasatan PAC.

Perlu diingatkan, Ketua Pegawai Eksekutif kini hanya dilantik beberapa bulan yang lalu. Beliau tidak terlibat dalam kontroversi 1MDB yang sering diperkatakan, dan ia terjadi sebelum beliau menyertai organisasi 1MDB. Saya tidak tahu bagaimana pemecatannya boleh menyumbang dalam usaha untuk mencari kebenaran.

Untuk berlaku adil kepada TPM, beliau ada menyebut dalam klip video bahawa bukan niat beliau untuk menunjukkan kebencian terhadap PM atau untuk menunjukkan bahawa mereka bersehaluan. Malah dalam klip video itu, TPM ada mengatakan bahawa beliau menghormati PM.

Kesimpulannya, saya menelefon kembali kawan saya itu dan bertanya kepadanya, apakah kekecohan yang timbul?

_____________________________________________________________________________
- Sumber: Media Statement | Kemas kini: Mei 22, 2015

* Datuk Abdul Rahman Dahlan ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Ahli Parlimen Kota Belud.

KWSP senarai ASB2 ke dalam Skim Pelaburan Ahli


KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyenaraikan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) ke dalam senarai dana Skim Pelaburan Ahli (SPA).

"Dengan penyenaraian ASB2, terdapat sembilan dana yang ditawarkan di bawah SPA KWSP yang diuruskan Amanah Saham Nasional Bhd," kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini.

Skim itu membolehkan ahli memindahkan sebahagian daripada simpanan mereka di Akaun 1 untuk pelaburan dalam dana unit amanah yang diluluskan melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD), dengan menawarkan pilihan kepada mereka meningkatkan simpanan persaraan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Pelaburan), Mohamad Nasir Ab Latif berkata, di bawah skim berkenaan, ahli boleh memindahkan tidak lebih 20 peratus pada setiap tiga bulan, daripada jumlah simpanan daripada Akaun 1 yang melebihi simpanan asas.

Ahli KWSP akan dimaklumkan mengenai tarikh kuat kuasa penyenaraian ASB2 ke dalam SPA KWSP. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas berkata, pemilikan ekuiti individu Bumiputera akan dipertingkat melalui pengeluaran simpanan daripada Akaun 1 KWSP untuk pembelian unit ASB2. 

- Sumber: Bernama

'Menteri Pendidikan jangan malas tinjau sekolah pedalaman' - Dr Mohd Puad

DR MOHD PUAD: 'Menteri Pendidikan jangan malas tinjau sekolah pedalaman'

KUALA LUMPUR: Sikap malas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan punca sekolah di Keningau, Sabah serta beberapa lagi sekolah pedalaman masih berada dalam keadaan daif.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sikap malas yang ditujukan kepada Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan itu turut didedikasi kepada Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri, Datuk Mary Yap dan P Kamalanathan.

"Masih belum terbela. Ada orang 'posting' pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif. Puncanya pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Kenapa mereka tidak turun ke bawah? Kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga malas turun ke bawah.

"Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah. Bunyi cantik di atas. Kerajaan belanja berbillion untuk 1 Bestarinet, tetapi apakah disiasat keberkesanannya," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.


Catatan di laman Facebook Dr Mohd Puad yang mengatakan Menteri serta Timbalan Menteri Pendidikan malas menjadi punca ada sekolah yang masih daif di pedalaman - Sumber gambar Facebook

Keningau adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman Sabah selain merupakan bandar kelima terbesar selepas Tawau dan Lahad Datu.

Bandar ini terletak bersempadan dengan Daerah Ranau dan Tambunan di sebelah Utara, Nabawan dan Tenom di sebelah Selatan, Tongod di sebelah Timur dan Papar di sebelah Barat sabah.

Keningau terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Keningau di mana ia mempunyai pekan-pekan kecil yang berada di sekitar bandar seperti Apin-Apin, Bingkor, Sook, Nabawan dan Tambunan.

Selain itu kata Dr Mohd Puad, keadaan asrama dan rumah guru di pedalaman juga masih dikira masih daif dan tidak menerima tempias kemajuan sepatutmya.

"Sepatutnya bila Muhyiddin jadi Menteri Pelajaran hampir dua penggal, maka cepatlah terbela sekolah sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak.

"Turunlah ke bawah! Jangan banggakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 kalau 'level playing field' masih tidak sama," jelasnya.

Dr Mohd Puad pernah berjalan kaki selama lapan jam untuk sampai ke Sekolah Kebangsaan Saliliran di Sabah semasa menjadi Timbalan Menteri Pelajaran - Sumber gambar Dr Mohd Puad

Dalam pada itu, Dr Mohd Puad berkata, banyak perubahan yang dilakukan semasa dia menjadi Timbalan Menteri Pelajaran sebelum ini.

"Sebagai contoh saya terpaksa berjalan kaki selama lapan jam di dalam hutan untuk sampai ke Sekolah Kebangsaan Saliliran Sabah. Mula jam 4 petang dari hutan Sinapa dan sampai jam 11.50 malam.

"Itu yang patut diteruskan oleh kepimpinan di KPM. Saya sampai di semua PPD Sabah dan Sarawak. Banyak yang telah dan belum sempat dilakukan. Kenapa tidak teruskan?

"Memang mencabar termasuk terpaksa tidur di rumah panjang. Tetapi selagi menteri tidak turun, pegawai pun tidak akan turun.

Ada orang 'post' gambar tersebut dalam Facebook saya kerana mungkin saya pernah jadi Timbalan Menteri dulu. Maka tidak salah saya masukkan balik dalam FB saya dan minta diambil tindakan," jelasnya.

Ada penduduk kampung di pedalaman Sarawak yang memintanya meletak tangan di atas bancuhan simen sebagai bukti timbalan menteri pertama yang sampai di sekolah kawasan berkenaan - Sumber gambar Dr Mohd Puad

Selain itu ujarnya, antara kenangannya adalah permintaan orang kampung di sebuah sekolah pedalaman di Sarawak yang membancuh simen dan memintanya meletakkan tapak tangan di atas simen sebagai tanda ingatan.

"Saya adalah timbalan menteri pertama sampai ke sekolah berkenaan. Jadi pihak berkenaan harus menerima secara positif dalam keadaan jika mahu kerajaan yang ada kredibiliti," katanya.

Mohd Puad Zarkashi merupakan seorang bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, pernah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara pada 2004, bekas Timbalan Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran sebelum dilantik menjadi Ketua Pengarah Jasa pada 2015. 

- Sumber: Astro Awani 

Say hello to NASA's 'nastiest' star


NASA's "Nasty 1" isn't like other stars. Bigger than our Sun but barely older than humanity itself, this unusual celestial body sits just about 3,000 light years away from Earth. 

And while it's certainly similar to other Wolf-Rayet stars, which are identifiable by their lack of an outer hydrogen-rich sheath and exposed superheated helium core, those have never been observed in the Milky Way with an accretion disc like Nasty's. (See that thing above? That's an accretion disc.)

Astronomers believe that this disc is the result of an exceedingly rare occurrence wherein two Wolf-Rayets form within the same solar system and one star's hydrogen fuel is siphoned off by its smaller companion. 

"We were excited to see this disk-like structure because it may be evidence for a Wolf-Rayet star forming from a binary interaction," study leader Jon Mauerhan of UC Berkeley said in a statement. 

"There are very few examples in the galaxy of this process in action because this phase is short-lived, perhaps lasting only a hundred thousand years, while the timescale over which a resulting disk is visible could be only ten thousand years or less."

- Source: Engadget 

Pelik: Lima bulan simpan mayat isteri dalam keranda ais


Si suami berjanji akan terus bersama isterinya yang sudah lima bulan meninggal dunia itu.
Seorang lelaki di China membuat keputusan untuk menyimpan mayat isterinya di dalam sebuah keranda berisi ais kerana tidak sanggup melepaskannya.

Jiang Maode, 53, berjanji akan terus bersama isterinya yang sudah lima bulan meninggal dunia itu.

Isterinya, Yang Huiging, meninggal dunia akibat penyakit leukimia, Disember lalu.

Maode, yang rutinnya setiap hari adalah membakar kemenyan di sebelah keranda isterinya itu berkata, dia tidak sanggup melepaskan isterinya, malah sudah berjanji akan sentiasa berada di sisinya.

"Sebelum dia meninggal, dia meminta saya agar membawanya pulang ke rumah. Apabila saya beritahunya yang dia akan berada di rumah kami selama-lamanya, saya nampak dia sangat gembira," kata Maode.

Setiap hari, Maode akan berbual dengan mayat Huiging, seolah-olah isterinya itu masih hidup.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kes ini, memandangkan undang-undang di China yang hanya membenarkan mayat disimpan selama lima hari. 

- Sumber: Astro Awani 

1MDB - PDRM sudah panggil beberapa individu

PDRM yang ditugaskan untuk menyiasat isu berkaitan 1MDB telah memulakan sisasatan dan memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan.

IPOH: Pasukan khas yang ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah memulakan sisasatan dan memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan khas itu juga telah menerima beberapa maklumat baharu mengenai isu tersebut dan kesemuanya akan disiasat.

Menurut beliau, dalam masa yang sama pasukan yang dianggotai PDRM, Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara itu turut menunggu laporan penuh daripada Ketua Audit Negara.

“Siasatan ini dilakukan oleh Task Force PDRM, SPRM dan Jabatan Peguam Negara jadi kita masih lagi menjalankan siasatan termasuk meunggu lapopran daripada Akauntan Negara yang khabarnya akan menyelesaikan tugas mereka kerana kita pun tidak mahu bertindih-tindih, dia pun mahu menyiasat dokumen sama kita pun hendak dokumen yang sama jadi kelam kabut jadi biarlah satu-satu buat kerja dulu tapi dalam masa itu pasukan petugas khas ini melihat maklumat-maklumat terbaru dan kita dapat dan kita menjalakan siasatan,” ulas Khalid.

Khalid yang ditemui selepas Perhimpunan Pegawai Polis Awam PDRM ke-9 di Ipoh pada Jumaat bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai bilangan individu yang telah dipanggil untuk diambil keterangan.

“Who said nobody had been called yet ? Cumanya kita tidak menghebahkan kepada satu dunia kita telah memanggil si polan si polan itu. Biarlah kita menjalankan tugas kita tanpa kita perlu memberitahu dunia apa yang kita dah buat, apa bila sampai masanya pengumuman kita akan buat pengumuman, I don’t need to say how many have been called seperti saya sebut sebelum ini kes ini sedang disiasat oleh satu Task Force bukan sahaja PDRM, tiga agensi tadi dan biarlah kita buat tugas kita,” tambahnya. 

- Sumber: Astro Awani 

Faralyna: Saya rasa lebih selesa bila bertudung


SEJAK kebelakangan ini, pelakon cantik, Faralyna Idris, dilihat sering memuat naik foto-foto yang lebih sopan dan bertudung di laman sosial, Instagram (IG) miliknya.

Mengakui keputusan untuk berhijab itu sudah lama difikirkannya, pelakon drama bersiri, Kisah Kaisara 2 ini memberitahu bahawa sudah sampai masanya untuk dia melakukan perubahan seperti yang dituntut dalam agama Islam.

"Sebenarnya, saya membuat keputusan nekad untuk bertudung setelah saya disahkan hamil. Sebelum ini, saya pernah meletakkan hasrat untuk bertudung selepas bertunang, namun ketika itu iman masih tidak kuat.

"Apabila saya berkahwin dan disahkan hamil, saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Lagipun, ia adalah tuntutan agama. Alhamdulillah, sudah empat bulan saya kekal berhijab dan sejujurnya saya selesa dengan penampilan ini.

"Keputusan untuk bertudung ini bukanlah dari paksaan sesiapa termasuk suami kerana ia datang daripada hati saya sendiri. Malah, ketika hari pertama saya bertudung, suami seakan terpaku. Masuk hari kedua dan ketiga barulah dia tegur imej saya dan menyokong saya untuk terus istiqamah," katanya yang bergelar isteri kepada Muhammad Fikri Abdullah, pada Disember 2014.

Turut berkongsi perihal kehamilannya, Faralyna memberitahu bahawa dia tidak berdepan dengan apa-apa alahan di sepanjang empat bulan kandungan.

"Alhamdulillah, saya tidak mengalami alahan mahupun sakit yang teruk. Semuanya berjalan dengan lancar sehingga kini. Cuma beberapa hari lepas, saya demam dan batuk sahaja," jelasnya.

Tambah Faralyna, dia memilih untuk berehat panjang di sepanjang kehamilan ini dan terpaksa menolak beberapa tawaran yang diterimanya.

"Selepas berkahwin, memang saya belum menerima apa-apa tawaran lagi kerana pada masa itu, saya fikir nak rehat. Namun, bila disahkan hamil, kira cuti panjang teruslah.

"Ada tawaran yang diterima terpaksa saya tolak kerana watak. Kebanyakan watak yang saya terima adalah kena pukul dan kena dera. Setelah memikirkan keadaan saya yang hamil, saya tak bersedia untuk lakukan karakter yang begitu.

"Lagipun, suami tidak memaksa untuk saya bekerja. Jadi, saya memilih untuk berehat dan menjaga kandungan sewajarnya," katanya yang turut membintangi drama bersiri, Putri Bukan Nama Sebenar, yang sedang ditayangkan di saluran TV3.

- Sumber: Sinar Harian 

Sharnaaz Ahmad, Anis Al-Idrus terus berteka-teki


RAMAI yang menyangka aktor hebat Sharnaaz Ahmad kini menjalinkan hubungan percintaan bersama seorang gadis yang dikenali sebagai Anis Al-Idrus.

Sangkaan itu menjadi lebih kuat apabila kedua mereka juga sering kali dilihat bersama menghadiri acara hiburan dan sebagainya.

Namun berbeza dengan kenyataan empunya diri yang enggan mengakui situasi itu malah ke duanya lebih selesa melabelkan hubungan mereka sebagai teman tapi mesra.

“Anis adalah teman yang selalu ada di belakang saya. Dia banyak memberi sokongan dan pertolongan sepanjang saya menjalani karier.

“Buat masa ini tidak ada apa yang perlu saya gembar-gemburkan kerana soal masa depan dan jodoh semua bergantung kepada ketentuan-Nya.

“Kami masing-masing ada keluarga yang perlu dijaga hatinya. Cukuplah dulu saya telah menconteng arang ke muka ibu bapa saya, jadi kali ini biarlah saya utamakan mereka dahulu,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan ‘Biogenesis Collagen’ di Ruang, Shah Alam, kelmarin di mana Anis tampil sebagai pengacara serta pengguna setia produk tersebut.

Tidak mahu terburu-buru dalam soal jodoh, Sharnaaz meletakkan pengalaman lalu sebagai perkara yang mematangkan dirinya dalam membuat keputusan.

“Sebagai seorang lelaki yang semakin hari semakin meningkat usia, sudah tentu saya juga ada keinginan untuk memiliki seorang isteri dan zuriat.

“Insya-Allah, jika sudah sampai masanya, saya akan melalui semua itu. Bukannya terlalu berhati-hati, tapi apa yang berlaku sebelum ini banyak mematangkan diri saya,” katanya.

Sementara itu, respons yang sama turut diberikan oleh Anis sendiri yang melihat Sharnaaz sebagai teman di masa susah dan senangnya.

“Biarpun ramai yang mengatakan perkara yang tidak baik terhadapnya, tapi bagi saya dia seorang teman yang baik.

“Selama ini kami memang tidak pernah memberi kenyataan mengatakan kami bercinta tapi hanyalah berkawan,” katanya ringkas.

Produk ‘Biogenesis Collagen’ adalah merupakan minuman kesihatan yang menjadikan kulit bertambah cerah, tegang dan anjal di mana ia juga sesuai diambil oleh lelaki dan wanita.

- Sumber: Sinar Harian 

Pemimpin UMNO WP dikaitkan dalang rakam video ucapan Muhyiddin

Pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan dikaitkan dalang rakam video ucapan Muhyiddin di ILMU

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin UMNO di Wilayah Persekutuan dikaitkan sebagai individu yang merakam ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan tertutup bersama pemimpin di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, Sabtu lalu.

Sebuah blog politik mengaitkan pemimpin UMNO Bahagian Segambut sebagai individu yang meramkam ucapan Muhyidin itu

Video itu kemudiannya tersebar di media sosial selepas ia didedahkan oleh seorang penulis blog, Firduas Abdullah di blog Apanama miliknya semalam.

Susulan tersebarnya video tersebut Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd Rauf Yusuf menegaskan pihaknya dalam proses menyiasat individu yang merakam video ucapan Muhyiddin itu.

Bercakap kepada Astro AWANI, Rauf berkata siasatan yang diketuai Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu juga dijangka selesai dalam sedikit masa lagi.

"Zahid sedang menjalankan siasatan untuk mencari individu yang membuat rakaman semasa perjumpaan tertutup berkenaan.

"Jelas peraturan di ILMU sudah tidak dipatuhi individu berkenaan, ia merupakan satu kesalahan jika ada yang merakam lebih-lebih lagi menyebarkan rakaman video berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee melahirkan kekecewaannya kerana Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mendengar nasihat Muhyiddin agar memecat semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

- Sumber: Astro Awani 

Perodua D63D sedan approved, out as soon as 2016

Perodua sedan imagined by Theophilus Chin based on Myvi facelift

Perodua president and CEO Datuk Aminar Rashid has revealed some details regarding the upcoming Perodua sedan – which we now know to be codenamed D63D – at the ongoing Myvi 10th Anniversary drive event. For the record, the codenames are D54T for the Myvi, D46T for the Alza and D87A for the Axia.

The sedan has been approved and is now in the prototype stage. Perodua is already evaluating the engine, platform and transmission. The platform employed should be an existing Toyota/Daihatsu platform, although there’s no indication yet on which one it could be.

No such car (sedan) exists in the current Daihatsu universe, so Perodua will sort of be taking the lead on this project. The upper body, for instance, will be completely designed in-house by Perodua.

Aminar also revealed that Perodua is targeting a five-star NCAP safety rating with the sedan – it was not mentioned, but the NCAP is likely to be ASEAN NCAP. If so, this means electronic stability control is planned for the new Perodua D63D sedan, since ESC is a must-have for a five-star ASEAN NCAP safety rating. If it gets it, the new sedan will be the first Perodua ever to offer ESC.

“(Translated) Not this year. Next year maybe, or even the year after that. But not 2019 or 2020,” was Aminar’s reply on when the new sedan will debut.

Talk of P2 considering a sedan has been buzzing about for quite some time. There was KLIMS10’s Bezza concept and KLIMS13’s Buddyz concept, the latter of which Theo tweaked a bit. The rendering maestro also famously created the Jaguh brochure hoax in 2013, which involved reskinning a Toyota Etios. He has also rendered an A-segment Perodua sedan.

- Source: paultan.org

Laporan Aidil hanya sandiwara - Rita Rudaini

PELAKON, Rita Rudaini.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Rita Rudaini menganggap tindakan bekas suaminya, Aidil Zafuan membuat laporan polis di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru pada Khamis lalu bahawa dia dan isteri diganggu selepas nombor mereka didedahkan di Instagram miliknya sebagai satu sandiwara.

"Saya tak dedahkan pun nombor yang tertera di laman Instagram itu milik siapa. Tapi dia (Aidil) dengan sendirinya memberitahu itu nombor isterinya.

"Kenapa pula isteri dia perlu menyimpan nombor saya di dalam telefon bimbitnya sedangkan antara kami tiada kaitan. Tak perlulah nak simpan nombor saya.

"Saya tak angkat panggilan nombor berkenaan yang didakwa nombor isterinya. Panggilan berkenaan dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp dan bukannya panggilan biasa," katanya.

Rita berkata, apabila menyedari perkara memalukan itu, Aidil memberikan alasan mahu menjemput saya ke acara membabitkan keluarganya.

"Tak kiralah nak jemput saya ke majlis cukur jambul ke atau majlis sembelih lembu berekor-ekor sekalipun, kenapa tak hubungi dengan panggilan biasa atau hantar mesej sahaja? Saya tak faham sandiwara apa pula yang cuba kedua mereka lakukan terhadap saya," katanya.

Menurut Rita, Aidil sudah lama tahu isterinya, Zareema Zainal, acap kali mengganggu dirinya.

"Dia sendiri mengaku kepada saya isterinya suka mengganggu saya. Isterinya pernah berpuluh kali menghubungi saya. Saya pun tak tahu apa motif isterinya nak buat begitu. Dia pernah cerita perangai isterinya sejak mereka belum berkahwin lagi.

Rita menegaskan beliau tidak takut dengan apa yang cuba dilakukan Aidil dan isterinya kerana tahu Allah maha mengetahui dan maha adil.

"Jadi saya tak terkejut kalau dia bagi alasan nak jemput itu dan ini kerana nak menutup kesalahan orang termasuk isterinya.

"Dia siap cakap lagi panggilan telefon menerusi WhatsApp itu dibuat sebab nak cakap dengan anak. Sedangkan jam sudah hampir 11 malam. Anak saya sudah tidur waktu sebegitu," katanya.

- Sumber: BH online 

1MDB: 'Najib, tolonglah dengar nasihat Muhyiddin'

SYED ALI: 1MDB: 'Najib, tolonglah dengar nasihat Muhyiddin' - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee melahirkan kekecewaannya kerana Datuk Seri Najib Tun Razak enggan mendengar nasihat Tan Sri Muhyiddin Yassin agar memecat semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tegasnya, ini merupakan masa terbaik untuk perdana menteri mempertimbangkan saranan timbalan perdana menteri agar semua siasatan berkenaan 1MDB dapat dibuat dengan telus dan tiada pertikaian susulan.

"Najib kini tersepit kerana dakwaan penyelewengan 1MDB yang bernilai bilion ringgit.

"Apa yang dikatakan Muhyiddin itu benar belaka, hanya itu cara untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Tolonglah pandang serius isu ini, jangan biarkan rakyat bersedih," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Pada Khamis Muhyiddin mengesahkan bahawa telah memberitahu Najib untuk memecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB.

Muhyiddin berkata demikian semasa mengulas tentang video semasa pertemuan tertutup dengan ahli UMNO yang disebarkan sebuah blog.

Syed Ali juga menjelaskan sudah menyuarakan pendapat sama seperti Muhyiddin sejak beberapa minggu lalu.

Dalam pada itu katanya, polis seharusnya segera menyiasat peranan serta penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low di dalam 1MDB.

"Banyak bukti yang dikenal pasti daripada kertas laporan yang menunjukkan penglibatan syarikatnya dalam pergerakan kewangan 1MDB.

"Jho Low harus segera disiasat sekali gus membuktikan ketulusan kerajaan untuk mendengar gesaan rakyat agar isu ini segera diselesaikan," ujarnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mencabar Jho Low tidak menjadi bacul selain segera pulang ke negara ini untuk berdepan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Kata Reezal, Jho Low turut diminta berani berhadapan media secara terbuka dan mempertahankan diri apabila diasak soalan yang bakal ditanyakan wartawan.

- Sumber: Astro Awani 

Lelaki dikesan dengan tumor buah pinggang seberat 5kg

Seorang lelaki yang berusia 66 tahun dari New Dehli dikesan dengan pertumbuhan tumor buah pinggang seberat 5kg. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki dari New Delhi dikesan dengan pertumbuhan tumor buah pinggang seberat 5kg di mana saiz itu didakwa paling besar dalam rekod perubatan dunia, lapor Mirror.UK.

Pesakit, Kapleshwar, 66 tahun, yang sering mengadu sakit perut dan batuk teruk tiba di Institut Sains Perubatan Maha India di New Delhi untuk dibedah.

Tumor sebesar buah tembikai itu kemudiannya berjaya dikeluarkan dalam operasi pembedahan selama lima jam dalam satu pembedahan yang 'mengejutkan' pakar perubatan di hospital itu

Menurut Dr Mukur Dipi Ray, yang mengetuai pasukan pakar bedah hospital itu berkata, prosedur "exploratory laparotomy" dilakukan untuk mengenal pasti ketumbuhan seberat 5.018kg tersebut.

"Ketumbuhan tumor buah pinggang itu terlalu besar sehingga melekat kuat di antara bahagian hati dan usus besar perut pesakit itu,” katanya.

Bagaimanapun, ketumbuhan tumor tersebut berjaya dipisahkan daripada usus besar dan hati pesakit itu oleh pakar perubatan. 

Bukan itu sahaja, radikal nephrectomy dan pembedahan limfa turut dilakukan ke atas pesakit itu.

"Sebelum pembedahan ini, saya sering berada dalam keadaan risau dan tidak selesa, tetapi kini saya berasa lega.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor -doktor yang membantu pembedahan ini, " kata Das selepas menjalani pembedahan selama lima jam.

- Sumber: Astro Awani 

Gara-gara GST, pelanggan bawa parang mengamuk dalam restoran nasi kandar

Polis berkata dalam kejadian pada 1.30 petang itu, suspek pada mulanya menumbuk pekerja restoran berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan nasi kandar yang dibelinya. - Gambar hiasan

GEORGE TOWN: Seorang lelaki bertindak memecahkan cermin almari menempatkan lauk-pauk dalam sebuah restoran nasi kandar di Jalan Padang Tembak, Air Itam di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian pada 1.30 petang itu, suspek pada mulanya menumbuk pekerja restoran berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan nasi kandar yang dibelinya.

"Suspek yang datang bersama rakannya turut membuang bungkusan makanan itu ke lantai sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan kemudiannya beredar," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Mangsa yang merupakan pekerja lelaki rakyat Bangladesh itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius, katanya.

Beliau berkata kira-kira 10 minit kemudian suspek datang semula dan membawa sebilah parang dan mengamuk sebelum melarikan dengan motosikal jenis Honda EX5.

Katanya, suspek berusia 39 tahun yang beralamat di Lintang Kampung Melayu, Air Itam itu ditahan tidak berapa lama kemudian dan direman sehingga Jumaat.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati lelaki itu tidak berpuas hati makanan yang dibelinya dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya.

- Sumber: Bernama

'Documents will be manipulated if 1MDB board of directors are not sacked' - Khairuddin

1MDB Boards of directors should be removed at once, says Khairuddin.

KUALA LUMPUR: All documents pertaining to national strategic investment company, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) will be manipulated if their board of directors are not suspended immediately.

Former Batu Kawan UMNO vice-president, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan said, the investigation proceeding by Public Accounts Committee (PAC) will be disrupted if the individual is still a member of the board of directors.

”I agree with the Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin ... all 1MDB board directors should resign at once.

“After I lodged a police report on 1MDB board of directors on December 12 last year, I have suggested that all members of board directors to resign or at least be suspended immediately.

"This is important to ensure an independent and impartial investigation, as well as to be certain that all documents in 1MDB are maintained and untouchable,” he told Astro AWANI recently.

Khairuddin made the comment based on Muhyiddin’s statement, who confirmed he had told Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak to remove all 1MDB board of directors.

Muhyiddin said that when commenting on the video during closed-door meeting with UMNO member which was disseminated by a blog, recently.

“I agree with DPM Muhyiddin ... all 1MDB board directors should resign at once
” - Khairuddin

Meanwhile, Khairuddin also expressed his concern on imminent effect that will be faced by the government if ‎ 1MDB board of directors remain in their posts.

"If all the boards of directors and 1MDB’s administrators remain there, they will have the chance to manipulate any important documents that could be commissioned as evidence later.

"I don’t understand this situation. Najib, as the first Finance Minister and adviser of the board advisory at 1MDB should’ve asked them to resign or at least have them suspended.

"This is important to ensure a seamless independent investigation can be done without any influence from the old staff," he explained.

On Thursday, Finance Minister II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said Putrajaya made a mistake on interpreting 1MDB investment balance which is run by Cayman Monetary Authority totaled at US$1.103 billion.

- Source: Astro Awani 

Penyamun terkejut diacu pistol

Choon Kim menunjukkan jarinya luka terkena parang suspek.

SEREMBAN – Cubaan samun dua penjenayah terhadap rumah mantan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Hon Choon Kim di Taman Dawn di sini, tidak berjaya apabila suspek terkejut diacukan pistol oleh mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, suspek berusia lingkungan 20-an mengacukan parang ke arah pembantu rumah mangsa, seorang warga Indonesia berusia 28 tahun yang ketika itu sedang menyapu sampah di halaman rumah.

Choon Kim, 67, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam bilik sedang bersiap sedia untuk ke hospital ,namun dikejutkan dengan jeritan pembantu rumahnya.

“Isteri saya beritahu berkemungkinan ada sesuatu kejadian tidak diingini berlaku dan meminta saya untuk melihat.

“Saya kemudian mengambil pistol yang disimpan dan keluar, tapi terkejut bila nampak seorang lelaki meletakkan parang di leher pembantu rumah kami,” katanya.

Menurutnya, dia mengacukan pistol kepada suspek, menyebabkan suspek terkejut dan cuba menyerangnya dengan parang.

Kata Choon Kim, dia sempat mengelak namun libasan parang tersebut terkena pada jari hantu tangan kanannya.

“Suspek kemudian terus melarikan diri dengan seorang lagi rakannya dipercayai menunggu di luar. Mujurlah pembantu rumah dan ahli keluarga saya selamat dan saya hanya mengalami cedera ringan terkena parang suspek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan dan siasatan masih dijalankan.

- Sumber: Sinar Harian 

What is the 11th Malaysia Plan

Six strategic thrusts was today introduced during the tabling of the 11th Malaysia Plan (11MP) to help Malaysia face the challenges and embrace opportunities following the global political landscape changes.

The time frame of the 11MP is the most crucial time in the nation’s progress towards Vision 2020. It is also the platform for nation growth.



- Source: Astro Awani 

Proton offers seven-year extended warranty on Saga, Iriz, Preve, Suprima S and Exora models





Today’s issue of The Sun carries a full-cover ad by Proton, the outside back cover of which mentions a seven-year extended warranty. We called Customer Care, who told us that the warranty is offered on every new Saga, Iriz, Preve, Suprima S and Exora. The Satria Neo, Inspira and Persona are not included.

The copy reads “7 Years Worry-Free: Nothing drives us to do better than our commitment to your peace of mind. That’s why, every new Proton now comes with built-in safety features and a 7-year extended warranty to keep your car the way it is meant to be. True value is owning a car without repair worries.”

This is a big upgrade over the existing warranty terms. The Iriz, Preve and Suprima S are previously offered with a five-year coverage, while the Saga offer just three years. The Inspira’s three-year coverage remains, while the Satria Neo and Persona models carry on with the original two-year warranty period. 

UPDATE: This seven-year extended warranty package is part of Proton’s new “Even More Value” campaign, and is only valid for the months of May and June. Other than a longer warranty period, Proton is also offering a low 1.99% interest rate for the Saga and Iriz (monthly instalments of RM326 for the base Iriz 1.3), 100% financing scheme for government staff, and special deals for graduates and undergraduates.

- Source: paultan.org

New York recreates Frida Kahlo studio and garden

The New York Botanical Garden shows a scale version of the pyramid at the Casa Azul at the New York Botanical Garden as part of the "Frida Kahlo" Art, Garden, Life" exhibit in New York. - Photo by Ivo M. Vermeulen/New York Botanical Garden via AP

MEXICO: The studio and garden of the late Mexican painter Frida Kahlo, a magnet for artists and intellectuals all over the world, has been recreated in New York as part of a new exhibition of her work.

The presentation "Frida Kahlo: Art, Garden, Life" focuses of the artist's interest in nature, and includes a rare display of more than a dozen original paintings and drawings.

It is the first solo exhibit of Kahlo's work in New York in more than 10 years, the Bronx-based New York Botanical Garden said.

"We were inspired by Frida Kahlo's art but also by the artistry of her garden in Mexico City," said curator Joanna Groarke.

"We knew from studying her paintings that she was a careful observer of nature and plants, but we learnt when we studied her more that she was also a very passionate plants person."

The exhibition reimagines Kahlo's studio and garden from "Casa Azul" (Blue House).

It was the house where Kahlo grew up in Mexico City, lived with her husband, Mexican artist Diego Rivera, and died in 1954 aged 47.

The property is now a museum and a major draw for tourists.

The botanical garden has mounted similar exhibitions in the past to honor British naturalist Charles Darwin, American poet Emily Dickinson and French impressionist artist Claude Monet.

Kahlo was a surrealist painter best known for her haunting self-portraits and her depiction of the female form.

Groarke said the exhibition sought to examine Kahlo's work in a different way, and combined plants already in the garden with others sourced elsewhere. The project had been five years in the making.

"She is extremely well known here in the United States. We are excited to be able to offer a little bit different view."

The life and work of Kahlo has been the subject of several films including one in 2002 starring and co-produced by actress Salma Hayek.

Kahlo only received wide recognition for her work decades after her death. She is now considered among the most notable Latin American artists. 

- Source: AFP via Astro Awani 

ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San mohon maaf kepada Azmin

Lau Weng San

SHAH ALAM – Adun Kampung Tunku, Lau Weng San meminta maaf kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berhubung kekeliruan kenyataan yang dikeluarkan bersifat membandingkan pentadbiran Selangor kini dengan sebelumnya.

Katanya, beliau tidak bermaksud untuk membandingkan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih cekap hanya kerana jawapan diberikan lebih lengkap.

Sebaliknya Setiausaha DAP Selangor itu memaklumkan pihaknya terkejut dengan laporan portal yang melaporkan kenyataannya sebagai berkata “DAP akui pentadbiran Khalid Ibrahim lebih cekap” yang disiarkan pada 19 Mei.

“Pertama sekali, laporan ini adalah tidak tepat kerana isu yang dibincangkan dalam sidang media saya bertarikh 18 Mei tiada kaitan dengan parti DAP.

“Kedua, saya mengatakan dalam sidang media berkenaan ialah saya pernah membangkitkan perkara yang hampir sama dalam sidang Dun pada Mac 2012 dan jawapan yang saya terima pada masa itu adalah lebih lengkap,” katanya dalam satu kenyataan.

Weng San menegaskan, perkataan “lengkap” tidak boleh disamaertikan dengan maksud atau perkataan “cekap”.

“Lebih-lebih lagi, saya tidak bermaksud bahawa pentadbiran Abdul Khalid lebih cekap hanya kerana jawapannya lebih lengkap.

“Saya memohon maaf sekiranya kesilapan ini telah menyebabkan perselisihan faham yang tidak diperlukan. Malah saya turut berasa kesal dengan kesilapan laporan ini dan memohon pihak yang berkenaan untuk memperbetulkan kesilapan ini secepat mungkin,” katanya.

Susulan kontroversi itu, menteri besar telah memaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan Pegawai Kewangan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pemprosesan maklumat berkenaan.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada menteri besar dan pejabatnya kerana prihatin dengan isu yang dibangkitkan.

“Sememangnya, ketelusan dan keterbukaan dalam pentadbiran PR merupakan mercu tanda yang perlu dipertahankan setiap masa,” katanya.

Menurut Weng San, beliau telah menerima jawapan bertulis yang diminta untuk menulis kepada Pejabat Menteri Besar bagi mendapatkan jawapan tersebut.

“Saya telah berbuat seperti diminta dan ditekankan sekali lagi bahawa memang Pejabat Menteri Besar ada menjawab surat saya di mana perkara itu telah diajukan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya.

“Hal demikian, saya akan menunggu jawapan daripada pegawai-pegawai yang berkenaan,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian  

    Liverpool cancel Raheem Sterling meeting after agent outburst


    Liverpool have cancelled Friday's meeting with Raheem Sterling and his agent Aidy Ward following the latter’s explosive interview with the Evening Standard.

    The club were due to meet the unhappy forward and discuss his refusal to sign a new contract but Liverpool have now pulled out of talks as a result of Ward’s intervention on Thursday.

    The news was reported by the Press Association and The Times, amongst other sources.

    The Times reported: "In the most telling indication yet of the seriousness of the breakdown in relations between the two camps, Liverpool informed Ward they believe a meeting would be pointless given the nature of the outspoken comments attributed to the Kent-based agent in London’s Evening Standard. 

    "Although Ward has since denied making the remarks and is understood to be considering his legal options, the newspaper has stuck by its story and is continuing to run it on its website. As a result, Liverpool feel the entire process has been compromised by such an unseemly sequence of events and have called off their planned summit as a result."

    Earlier on Thursday, The Evening Standard carried a stunning interview in which Ward said Sterling “is definitely not signing. He’s not signing for £700, £800, £900 thousand a week. He is not signing.”

    Ward went on to describe Jamie Carragher, who had publicly criticised Sterling for his refusal to commit his future to Liverpool, as a “knob” although the agent told Sky Sports News he denies the quotes attributed to him.

    The agent was quoted as saying: "I don’t care about the PR of the club and the club situation. I don’t care. My job is to make sure I do the best with them (my clients). If people say I am bad at my job, or they are badly advised it does not matter.”

    On a certain Sky pundit, he added: "Carragher is a knob. Everybody knows it. Any of the criticism from current pundits or ex-Liverpool players - none of them things matter to me. It is not relevant.”


    EUROSPORT VIEW

    What a time to be alive. The at-times bitter Sterling contract wrangle has now erupted into full-scale acrimony. Caught in the cross-fire is Ward, the reason for all of today's nonsense. He apparently claims he did not say what the Standard accuse him of saying, and is talking about legal action, but there's no doubt these quotes have been incendiary, lighting a fire under the biggest transfer story of the summer so far.

    Having been publicly told that Sterling will not even sign for £900,000 per week, Liverpool have understandably called a halt to these proposed talks because there appears to be little point in holding them. Such a course of action handily places all the blame on Ward, and by extension Sterling, whom he speaks for. If there is a PR battle going on, the player and his agent have been slaughtered today.

    - Source: Eurosport 

    Terkini: Kapal korek karam ditunda ke Tanjung Punggai



    APMM menggunakan khidmat sebuah kapal tunda milik Jabatan Laut untuk melakukan kerja pengalihan kapal itu pada 11 pagi Khamis.

    JOHOR BAHRU: Kapal korek yang karam di perairan Pengerang pada Rabu, ditunda ke lokasi pada kedudukan 1.2 batu nautika dari darat Tanjung Punggai, Kota Tinggi di sini Khamis malam.

    Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tanjung Sedili Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata operasi pengalihan mengambil masa kira-kira lapan jam iaitu selesai pada 8 malam Khamis.

    "Pada masa ini, kami tidak pasti sama ada operasi akan diteruskan untuk menyelam ke kapal berkenaan ataupun sebaliknya.

    "Apa-apa maklumat akan kami beritahu kelak," kata beliau ketika yang dihubungi di sini sebentar tadi.

    APMM menggunakan khidmat sebuah kapal tunda milik Jabatan Laut untuk melakukan kerja pengalihan kapal itu pada 11 pagi Khamis.

    Seramai 10 penyelam dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia turut siap siaga bagi melaksanakan tugas mencari dan menyelamat mangsa di dalam kapal, sejurus ia berjaya ditunda.

    Di SINGAPURA, Pihak Berkuasa Pelabuhan Maritim (MPA) dalam kenyataan hari ini berkata kapal pengorek pasir Oceanline SC208 yang terbalik dan hanyut ke perairan Malaysia, telah ditunda ke kawasan terlindung di wilayah Malaysia pagi ini.

    MPA Singapura berkata 14 anak kapal berkenaan - 13 rakyat China dan seorang rakyat Malaysia - masih belum ditemui.

    Katanya, beberapa kapal MPA, Tentera Laut Republik Singapura dan Pengawal Pantai Singapura meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara itu.

    Menurut kenyataan itu, MPA juga menghubungi kapal dagang yang melalui perairan berkenaan supaya membantu mengesan mereka yang masih hilang dan melaporkan sebarang penemuan kepada Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim di republik itu.

    Pada Rabu, MPA menerima laporan bahawa kapal berdaftar di Bolivia itu terbalik 7.5 batu nautika di timur laut Pulau Batu Puteh di perairan Singapura.

    - Sumber: Bernama

    Isu beras plastik membimbangkan Malaysia



    Berita penjualan beras tiruan atau dikenali sebagai beras plastik di negara jiran Malaysia kini membimbangkan rakyat Malaysia.

    KUALA LUMPUR: Berita penjualan beras tiruan atau dikenali sebagai beras plastik di negara jiran Malaysia kini membimbangkan rakyat Malaysia.

    Memetik laporan mStar, besar plastik yang biasanya dijual di pasaran China terutamanya di Taiyuan di Wilayah Shaanxi kini percayai tersebar di negara-negara lain seperti India, Indonesia, dan Vietnam.

    Malah, ada beberapa sumber yang menyatakan bahawa beras ini juga diseludup masuk ke pasaran Singapura dan Malaysia. 

    Beras plastik yang dihasilkan dengan penggunaan kentang, keledek manis dan resin sintetik bagi menyerupai bentuk beras yang sebenar ini akan memudaratkan kesihatan pembeli. 

    Difahamkan, pengguna boleh mengenal pasti ketiruan beras itu apabila beras itu dimasak, kerana ia akan tetap berkelihatan keras walaupun ditanak.

    Menurut menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek, siasatan telah diarahkan oleh mereka dan pihak berkuasa di Malaysia akan memandang ringan terhadap isu ini. 

    "Saya ada mendengar mengenai berita beras palsu atau beras plastik yang dijual murah. Berita itu boleh menjadi benar atau palsu. Kita tidak tahu mengenainya tetapi kami akan menjalankan siasatan di seluruh negara," katanya dipetik dari laporan mStar.

    Hassan juga menyatakan bahawa siasatan mereka akan ditumpukan pada kedai-kedai kecil di bandar dan luar bandar kerana beras ini tidak mungkin dijual di pasar raya.

    Beliau juga menjelaskan bahawa perbuatan seludup beras bukan perkara yang mudah kerana pemborong Malaysia harus melalui peraturan yang ketat sebelum dihantar ke pasaran melainkan jika beras itu diseludup melalui negeri-negeri. 

    - Sumber: Astro Awani 

    Hadiah sempena ulang tahun perkahwinan

    Nor Aizan bersama suaminya gembira menerima wang RM1,000

    TUMPAT - Seorang penyelia asrama teruja apabila memenangi hadiah RM1,000 Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) sempena ulang tahun perkahwinan.

    Nor Aizan Abdul Rahman, 29, berkata, dia tidak menyangka cubaan kali keenam itu akhirnya tuah memihak kepadanya.

    Katanya, lebih bermakna kerana hadiah wang tunai itu diterima ketika genap setahun dia mendirikan rumah tangga.

    “Umpama hadiah ulang tahun perkahwinan kami, mungkin kami gunakannya untuk berbulan madu meraikan ulang tahun perkahwinan kami.

    “Mungkin juga wang ini digunakan untuk persiapan Adilfitri nanti,” katanya yang tinggal di kampung Bendang Pak Yong, di sini.

    Nor Aizan yang bekerja sebagai Penyelia Asrama di Sekolah Menengah Ugama Arab Al-Falah Siram Pasir Mas terus bergegas pulang sebaik saja pihak Sinar Harian mahu menghantar hadiah RM1,000 itu ke rumahnya.

    Menurutnya, pada awalnya dia sukar untuk mempercayai dia menang peraduan itu ketika dihubungi Sinar Harian.

    “Maklumlah sekarang ini macam-macam penipuan berlaku, tetapi selepas mengingati saya pernah memasuki peraduan PR1M, bukan main gembira lagi saya,” katanya.

    Nor Aizan berkata, dia akan terus menjadi pembaca setia Sinar Harian dan akan terus mencuba lagi menyertai pertandingan PR1M, tetapi suaminya, Mohd Ezwan Mohd Zain, 36, pula yang akan mencuba nasib.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Oppo Neo 5s, telefon pintar mampu milik: bawah RM1,500

    OPPO memperkenalkan telefon pintar terbaharunya, Oppo Neo 5s yang ditujukan untuk segmen menengah.

    Walaupun Oppo masih belum lagi memperkenalkan telefon pintar terbaharunya ini secara rasmi tetapi laman web rasmi Oppo sudah mula mengeluarkan spesifikasi telefon pintar Neo 5s.

    Telefon pintar ini juga sudah mula berada di pasaran beberapa buah negara.

    Oppo Neo 5s adalah kesinambungan daripada siri Oppo Neo yang diperkenalkan tahun lalu, dan peranti ini mempunyai skrin berukuran 11.5 sentimeter dengan resolusi 854 x 480 piksel. 

    Skrin sentuh peranti ini juga boleh digunakan dengan mudah dan menurut laman web rasmi Oppo, skrin sentuh ini mudah dikendalikan walaupun ketika memakai sarung tangan.

    Terdapat prosesor quad core Snapdragon 410 berkelajuan 1,2GHz yang disokong oleh RAM 1GB dengan memori simpanan dalaman sebesar 8GB dan slot microSD hingga 128GB. 

    Di bahagian sistem operasinya, peranti ini menggunakan ColorOS 2.0.1 yang berdasarkan Android KitKat 4.4.

    Oppo Neo 5s mempunyai kamera utama 8 megapiksel yang dilengkapi teknologi Pure Image 2.0, LED flash serta auto fokus selain mampu merakam video definisi tinggi. 

    Sementara di bahagian depan, terdapat kamera 2 megapiksel.

    Peranti ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 2000 mAh dan mendukung micro SIM serta nano SIM selain boleh menggunakan di jaringan FDD-LTE.

    Mengenai harga telefon pintar ini pula, difahamkan jika memasuki pasaran tempatan ia bakal dijual dengan harga di bawah RM1,500.

    - Sumber: BH Online