Friday, 10 April 2015

France denies TV5Monde cyberjihadists leaked defence docs



The hackers cut transmission of the broadcasters 11 channels late on Wednesday for several hours and posted messages on its website, said TV5Monde director, Yves Bigot.

France's defence ministry on Friday dismissed claims by self-proclaimed Islamic State cyberjihadists that they had posted classified army documents online when they hacked into a major television channel.

The militants shut down transmissions at TV5Monde from late Wednesday to Thursday and hijacked its website and social networks, posting documents on its Facebook page purporting to be the ID cards and CVs of relatives of French soldiers involved in anti-IS operations.

But the ministry denied this on Friday after "thorough examination" of the "supposedly confidential" documents.

"None of these documents mention the identity of French soldiers or of their families," it said in a statement.

"The defence ministry categorically denies that those who attacked TV5Monde's broadcasting capabilities published defence-related confidential documents."

The cyberjihadists were able to black out the 11 channels of TV5Monde for several hours, and the station was then forced to broadcast pre-recorded programmes for most of Thursday until it resumed full operations around 6 pm local time.

Authorities said the hack was likely a "terrorist act" and urged media companies to be "vigilant", warning that further attacks could not be ruled out.

The hackers had accused French President Francois Hollande of committing "an unforgivable mistake" by getting involved in "a war that serves no purpose".

"That's why the French received the gifts of Charlie Hebdo and Hyper Cacher in January," they said on the broadcaster's Facebook page, referring to the January attacks in Paris by Islamist gunmen that left 17 people dead including at the satirical magazine and a Jewish supermarket.

France is part of a US-led military coalition carrying out air strikes against IS in Iraq and Syria, where the jihadist group has seized swathes of territory and declared an Islamic "caliphate".

- Source: AFP

Zamani's lawyer to file representation

Zamani was also charged with taking morphine at the Narcotics Criminal Investigation Division office, Ampang Jaya police headquarters at 2.05 am on Jan 21, to which he had pleaded not guilty. 

KUALA LUMPUR: The lawyer representing Zamani Ibrahim, a former vocalist with local group Slam, said he would submit a representation to the Attorney General's Chambers on Monday for the case to be reviewed.

"I am only referring to the charge under Section 12(2) of the Dangerous Drugs Act (DDA) 1952, which is punishable under Section 12(3) of the DDA," counsel Ahmad Zaharil Muhaiyar told the Ampang Magistrate's Court here Friday.

The lawyer is also representing Zamani's personnel assistant Nur Juliana Abdul Rani, who had been charged with the singer.

Magistrate Ayuni Izzaty Sulaiman set May 5 for case management. Deputy public prosecutor Goh Ai Rene appeared for the prosecution.

At the same proceeding, Zamani, 43, and Nur Juliana, 32, claimed trial to an amended joint charge of possession of 0.60 gm of heroin at No 31, Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat here at 12.30 am last Jan 21.

The charge under Section 12(2), punishable under Section 12(3) of the DDA 1952, and read with Section 34 of the Penal Code, carries a fine of not more than RM100,000 or not more than five years' jail, or both, upon conviction.

Nur Juliana also claimed trial to an amended charge of taking methamphetamine at the Narcotics Criminal Investigation Division office, Ampang Jaya police headquarters at 2.05 am on the same date.

Initially on March 10, the two accused were jointly charged with possession of a higher amount, 1.2 gm of heroin.

Zamani was also charged with taking morphine at the Narcotics Criminal Investigation Division office, Ampang Jaya police headquarters at 2.05 am on Jan 21, to which he had pleaded not guilty.

Nur Juliana was initially charged with taking amphetamine instead of methamphetamine.

The charge under Section 15(1)(a) of the DDA and punishable under Section 15 of the same Act, carries a fine of not more than RM5,000 or not more than two years' jail on conviction.

- Source: Bernama

Sirul kecewa ibu dibawa jumpa Tun M

Sirul Azhar Umar

SHAH ALAM - Sirul Azhar Umar tidak tahu menahu malah tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan pihak tertentu membawa ibunya, Piah Ahmad berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad, kelmarin.

Peguamnya, Hasnal Rezua Merican berkata, bekas koperal polis itu turut merayu kepada semua pihak supaya tidak mengeksploitasi kesnya untuk kepentingan mereka kerana itu boleh menjejaskan proses perundangan yang sedang dihadapinya di Australia.

"Sejak dapat tahu ibunya dibawa berjumpa dengan Tun (Mahathir), Sirul sudah dua kali hubungi saya. Kali pertama lebih kurang jam 9 malam tadi (Rabu), dan kali kedua 5 petang ini (semalam).

"Nada suara dan kata-katanya menunjukkan dia sangat kecewa dengan tindakan mereka (bawa ibunya jumpa Dr Mahathir)," kata Hasnal ketika dihubungi, malam tadi.

Menurut Hasnal, Sirul juga mengulangi pendirian mahu terus berada di Australia.

"Dia akan guna semua saluran dan proses perundangan untuk tidak dihantar balik ke sini," katanya.

Untuk tujuan itu, kata Hasnal, Sirul kini menggunakan khidmat dua peguam tempatan di Australia selain beliau sendiri dan Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakilinya di negara ini.

Mahkamah Persekutuan 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan Azilah Hadri, bekas inspektor polis juga daripada pasukan UTK atas kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Klang, dekat sini, antara jam 10 malam 19 Oktober hingga 1 pagi 20 Oktober, 2006.

Mengikut perjanjian ekstradisi Malaysia - Australia yang dikuatkuasakan sejak 28 Disember 2006, negara itu berhak menolak permohonan ekstradisi Malaysia atas kedudukan Sirul yang dihadapkan dengan hukuman mati kecuali kedua-dua pihak berbincang dan mencapai persetujuan bersama untuk ekstradisi itu dibenarkan.

Mengikut rekod Imigresen, Sirul berlepas ke Australia pada Oktober tahun lalu dan dia kini ditahan di sebuah pusat tahanan Imigresen negara itu.

Hasnal berkata, Sirul telah dinasihatkan oleh peguam yang mewakilinya di Australia bahawa sebarang kenyataan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang memetik dirinya (Sirul) sebagai berkata, boleh menjejaskan kepentingannya dalam proses perundangan yang dihadapi di negara itu.

"Ini termasuk kenyataan-kenyataan yang mengaitkan dirinya sebagai 'kambing hitam' ataupun 'membunuh atas arahan'. Kenyataan seperti ini boleh menimbulkan prejudis terhadap dirinya dalam proses perundangan yang sedang dilalui di sana," katanya.

Sehubungan itu, kata Hasnal, Sirul merayu kepada semua pihak termasuk yang bersimpati terhadap dirinya supaya tidak menyeret kesnya ke dalam kemelut politik tanah air.

"Dia merayu supaya mereka memberikan ruang kepadanya untuk menghadapi proses perundangan yang sedang atau akan dilalui di sana tanpa sebarang gangguan," katanya.

Menjawab pertanyaan, Hasnal memberitahu, Sirul ada memaklumkan kepadanya bahawa dia telahpun menghubungi ibunya petang semalam.

Piah petang kelmarin telah dibawa oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang, Datuk Khairuddin Abu Hassan bertemu Dr Mahathir di pejabatnya di Putrajaya.

Ini berikutan kenyataan bekas perdana menteri itu yang dalam beberapa entri blognya melontarkan kritikan keras terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk yang menyentuh pembunuhan Altantuya.

- Sumber: Sinar Harian 

IKEA rayu pelanggan jangan tidur dalam kedai

Pengurusan IKEA China telah meletakkan syarat yang melarang pelanggan untuk tidur di kerusi atau katil yang dipamerkan.

CHINA: Kebanyakan pasaraya IKEA di mana sahaja di seluruh dunia sememangnya punya keluasan yang besar. Jadi bukanlah perkara pelik jika ada pelanggan yang perlu duduk seketika sebelum meneruskan pencarian perabot atau perhiasan yang dihajati.

Tetapi lain pula kisahnya dengan pelanggan IKEA di China. Mereka bukan setakat duduk seketika, tetapi menjadikan kerusi dan katil di pasaraya berkenaan sebagai tempat untuk tidur.

IKEA China pada asalnya tidak meletakkan sebarang polisi berkenaan isu ini, malah tidak kisah kerana beranggapan ia boleh membantu mempromosikan barang yang dijual.

Namun kini, pengurusan IKEA China telah meletakkan syarat yang melarang pelanggan untuk tidur di kerusi atau katil yang dipamerkan.

Ini kerana tindakan itu dianggap mengganggu pemandangan dan membuat keadaan pasaraya itu nampak tidak kemas.

Justeru IKEA China telah mengemukakan permintaan agar pelanggannya tidak lagi bertindak sedemikian. 

- Sumber: Astro Awani 

Ibu terkejut jumpa lelaki dalam almari anak

Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang menyembunyikan diri di dalam almari baju selepas dipercayai merogol seorang gadis 'kantoi' apabila dia dicekup oleh ibu mangsa sendiri.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi Selasa lalu, apabila si ibu, 45, melihat tindak-tanduk anak gadisnya, 16, yang pelik dan mencurigakan semasa dikejutkan untuk bersiap ke sekolah.

“Ibunya mula curiga apabila mangsa lambat buka pintu bilik semasa diketuk dan teragak-agak selepas disuruh bersiap untuk ke sekolah, sedangkan dia tidak pernah bersikap sedemikian sebelum ini.

“Melihatkan perubahan anaknya yang begitu ketara, naluri si ibu kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena sebelum membuat pemeriksaan di dalam bilik ketika mangsa berada di dalam bilik mandi,” katanya.

Selepas menyelongkar hampir keseluruhan ruang di dalam bilik berkenaan, ibu mangsa terkejut apabila menjumpai seorang lelaki dikenali yang juga rakan kepada anaknya sedang bersembunyi di dalam almari baju dalam bilik tersebut.

Mengesyaki anak gadisnya telah diapa-apakan, ibunya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut sebelum lelaki terbabit ditahan.

Sementara itu, Majistret Rabiatul Adawiyah Che Khalid membenarkan suspek direman untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

- Sumber: Sinar Harian 

MP Taiping terima surat tuntutan daripada Najib, Rosmah

Dalam surat itu, firma guaman berkenaan menuntut Nga supaya mengeluarkan status itu daripada akaun Facebooknya dan berhenti menyiarkan kenyataan berunsur fitnah berkaitan isu terhadap Najib dan Rosmah dalam tempoh 48 jam mulai 10 April. - Foto Fail

TAIPING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah menghantar surat tuntutan melalui sebuah firma guaman kepada Nga Kor Ming berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah yang dicatatkan oleh anggota Parlimen Taiping itu dalam akaun Facebooknya pada 29 Mac.

Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mewakili pasangan itu menyampaikan surat berkenaan kepada Nga di pejabat beliau di Taiping pada pukul 3.35 petang hari ini.

Kenyataan yang dimaksudkan itu didakwa tersiar dalam akaun Facebook Nga yang dimuat naik dalam satu status bergambar bertajuk 'Nga Kor Ming: Siapa PM Malaysia Yang Sebenar? Jawab!'

Dalam surat itu, firma guaman berkenaan menuntut Nga supaya mengeluarkan status itu daripada akaun Facebooknya dan berhenti menyiarkan kenyataan berunsur fitnah berkaitan isu terhadap Najib dan Rosmah dalam tempoh 48 jam mulai hari ini.

Ia juga menuntut Nga supaya mengeluarkan permohonan maaf secara bertulis tanpa syarat dan menarik balik artikel yang didakwa fitnah itu mengikut syaratnya dalam masa 48 jam mulai hari ini.

Nga juga perlu menerbitkan kenyataan menarik balik kenyataan fitnah itu dan permohonan maaf dalam muka surat dan saiz yang dipersetujui oleh pasangan itu dalam sekurang-kurangnya dua akhbar nasional pilihan mereka.

Menurut surat tuntutan itu yang ditandatangani oleh peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, status itu merupakan fitnah bertulis dan/atau fitnah lisan yang amat serius terhadap anak guam kami dan telah mengakibatkan mereka berasa amat sedih dan mengaibkan.

Menurutnya dakwaan dalam status itu langsung tidak berasas, tidak benar dan amat serius, serta berniat jahat untuk menyerang dan mencemarkan maruah pasangan itu.

Anggota Parlimen Taiping itu juga perlu mengemukakan amaun ganti rugi yang sesuai bagi penderitaan dan tekanan yang dialami pasangan itu dan menanggung semua kos dan perbelanjaan yang perlu dibiayai dalam perkara itu.

Surat itu juga menyatakan tindakan undang-undang akan diambil terhadap Nga sekiranya beliau gagal memberikan maklum balas dalam tempoh 48 jam. 

- Sumber: Bernama

Norman Hakim kongsi gambar anak kedua

MEMEY bersama dua anaknya. - Foto ihsan Norman Hakim

ANAK lelaki kedua Norman dan Memey. - Foto ihsan Norman Hakim

KUALA LUMPUR: Norman Hakim sudi berkongsi gambar anak lelaki keduanya hasil perkongsian hidupnya dengan Memey Suhaiza.

Isterinya itu selamat melahirkan anak kedua mereka pada 8 April lalu secara normal di Dewan Bersalin Muslimah, Sri Gombak.

Bayi itu dilahirkan jam 9.57 malam dengan berat 3.45 kilogram. Bagaimanapun ketika ini Norman menjelaskan, dia sedang mencari nama terbaik untuk anak keduanya itu.

Norman dan Memey berkahwin pada 2011 dan dikurniakan anak lelaki sebelum ini yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim.

- Sumber: BH Online 


Jins ada 4 anak, bukan 3 seperti didakwa

Ekoran satu kenyataan yang menyatakan seniman veteran, Tan Sri Jins Shamsudin, hanya mempunyai tiga orang anak hasil daripada dua perkahwinan, seorang anaknya tampil memperbetulkan fakta terbabit.

Hang Tuah @ Shazrin Mohd Zain, 41, yang namanya tidak disebut isteri Jins, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, ketika mengeluarkan kenyataan itu, mendakwa beliau adalah anak kepada Jins, 80, hasil daripada perkahwinan kedua seniman terbabit dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Jamilah Sukor. 

Kenyataan mengenai anak Jins itu dikeluarkan oleh Halijah, isteri ketiga kepada Jins, dalam sebuah akhbar. Beliau mendakwa suaminya hanya mempunyai tiga orang anak hasil daripada dua perkahwinan dan ia tidak termasuk Hang Tuah.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Halijah adalah tidak tepat. Sidang akhbar ini diadakan untuk memberi penjelasan yang tepat memandangkan bapa saya tidak sihat dan tidak berupaya menjelaskan fakta yang sebenar," katanya pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota, sebentar tadi.

Kata Hang Tuah, beliau memiliki bukti yang jelas berdasarkan perakuan surat beranak dan surat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta juga buku biografi, Suria Kencana, yang secara jelas beliau adalah anak kepada seniman terbabit.

"Dengan penjelasan dan bukti yang kukuh ini, saya berharap isu yang ditimbulkan oleh Halijah akan selesai. Saya tiada niat sekalipun untuk memanjangkan perkara ini tetapi ia demi kebaikan semua," katanya yang ditemani dua peguam, Saiful Adli Mohd Arshad dari Tetuan Saiful Arshad & Co dan Abdul Malik Mokhtar dari Tetuan Abdul Malik Zamri & Co.

- Sumber: BH Online 

Cristiano Ronaldo's ban lifted after appeal

Cristiano Ronaldo's one-match ban has been rescinded following a successful appeal by Real Madrid.

Initial reports suggested that the club would not bother appealing the card for simulation during the game against Rayo Vallecano, despite manager 


OUR VIEW

Our initial response to this was "why did Real bother appealing"? Ronaldo could have served out his suspension against one of La Liga's poorest teams on current form, with 14th-placed Eibar having collected just one win in their last 12 matches. 

Then, with a clean slate, Ronaldo could have played without fear of triggering a suspension for upcoming clashes against the likes of Sevilla, Valencia and Espanyol.

sYet Real Madrid can't afford to take chances. Eibar's one victory in those 12 games happened to come in their last match, a huge boost for a side that hadn't won since 10th January - and with Real four points behind in the title race, they must keep up the pressure. 

The huge win over Granada last week will have sent a message to Barcelona, and if they can produce the same sort of scoreline again then the pressure will increase on Luis Enrique's men.

- Source: Eurosport - Toby Keel

Ranking FIFA: Kedudukan M'sia jatuh ke-164

Kekalahan 0-6 kepada Oman pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan pada 26 Mac lepas, menyaksikan Malaysia jatuh 11 anak tangga dalam ranking bola sepak dunia. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Kekalahan 0-6 kepada Oman pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan pada 26 Mac lepas, menyaksikan Malaysia jatuh 11 anak tangga dalam ranking bola sepak dunia.

Berdasarkan ranking terbaharu dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, Malaysia berada pada kedudukan ke-164 dunia dan merupakan keputusan terburuk bagi tahun ini.

Untuk rekod, skuad kendalian Dollah Salleh meraih kedudukan ke-154 dunia pada Januari serta Februari dan meningkat satu anak tangga pada kedudukan ke-153 dunia bulan lepas.

Kedudukan terkini itu, meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Bhutan (163), Grenada (165), Puerto Rico (166) selain Hong Kong dan Bangladesh yang berkongsi kedudukan ke-167 dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turun dua anak tangga untuk berada di tempat kelapan di belakang Vietnam (125), Filipina (139), Thailand (142), Timor Leste (152), Myanmar (158), Indonesia (159) dan Singapura yang berada pada kedudukan ke-162 dunia.

Kedudukan Malaysia di peringkat Asia turut menyaksikan mereka turun empat anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-33 dari 46 negara.

Juara Piala Dunia 2014, Jerman terus mengekalkan status sebagai pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,687 mata, diikuti Argentina di tangga kedua dengan 1,490 mata.

Wakil Eropah, Belgium pula naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ketiga selepas mengumpul 1,457 mata, dan ia susulan kejayaan mereka meraih kemenangan berdepan Israel dan Cyprus dalam kempen kelayakan Kejohanan Bola Sepak Eropah 2016, bulan lepas.

Colombia pula turun ke tangga keempat dengan kutipan 1,449 mata dan kedudukan keseluruhan ranking tersebut, melibatkan 209 negara.

- Sumber: Bernama

Rebat RM10,000 untuk Ford Focus?



Bulan ini mungkin masa terbaik untuk membeli beberapa model Ford terpilih kerana pihak pengedar, Sime Darby Auto Connexion (SDAC), sedang menjalankan promosi khusus sehingga 30 April. Model-model yang terlibat di dalam promosi ini adalah Focus, Fiesta 1.5L dan EcoSport.



Pelanggan yang memilih untuk membeli Ford Focus akan mendapat rebat tunai berjumlah RM10,000, manakala untuk Fiesta 1.5-liter dan EcoSport (Trend) nilai rebat adalah RM8,000.

Semua varian Focus, Fiesta dan EcoSport hadir bersama Pelan Servis Lanjutan (ESP) Ford yang memberikan program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km merangkumi penukaran alat ganti dan kos buruh secara percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi khas untuk bulan April ini, sila kunjungi mana-mana bilik pameran SDAC.

- Sumber: Astro Publication 

Raksasa Godzilla dilantik duta pelancongan Tokyo



Godzilla dinamakan sebagai duta pelancongan dan residen khas Tokyo atas populariti raksasa itu. - Sumber gambar: www.independent.co.uk

SHINJUKU: Populariti Godzilla membawa raksasa itu dilantik sebagai duta pelancongan dan residen khas Tokyo.

Godzilla disifatkan mampu memberi kemewahan dan kejayaan kepada bandar Shinjuku.

Raksasa yang dikenali di layar perak itu ditemukan dengan Datuk Bandar Shinjuku, Kenichi Yoshizumi dalam majlis pelancaran yang diadakan di studio penggambaran siri Godzilla pertama tahun 1954, pada Khamis.

“Saya dengar setiap bandar yang dihancurkan Godzilla di layar perak akan mendapat kejayaan selepas itu. Jadi saya harap filem seterusnya akan menjalani penggambaran di sini,” kata Datuk Bandar Kenichi Yoshizumi.

Pastinya pelantikan itu dapat perhatian pengguna media sosial bukan sahaja di Jepun malah seluruh dunia.

Ada yang menerima berita itu dengan gembira dan tidak kurang yang bersikap sinis.

Selain itu, Hotel Gracery Shinjuku di Kabuchiko yang menampilkan tema Godzilla bakal jadi tarikan pelancong bila dibuka pada 24 April ini.

- Sumber: Agencies

Fast & Furious 7 janji kepuasan



BAGI anda yang mengikuti francais Fast and The Furious, kehadiran sekuel ketujuh filem ini sememangnya dinanti-nantikan. Bahkan sejak filem pertama lagi, filem yang mengangkat kisah perlumbaan kereta ini tidak pernah lagi gagal menarik perhatian penonton ke pawagam.

Apatah lagi, sejak filem Fast & Furious 6 (FF6) menemui peminat pada Mei 2013, sedikit perjalanan siri ketujuh ini sudah dipaparkan di penghujung FF6.

Bahkan di sebalik keterujaan peminat untuk menantikan Fast & Furious 7 (FF7), peminat dikejutkan pula dengan kematian aktor utama filem tersebut, Paul Walker yang maut dalam satu kemalangan pada November 2013.

Lebih pilu, Walker ketika itu sedang sibuk dengan penggambaran FF7 yang baharu sahaja bermula September 2013.

Meskipun tayangan filem ini ditunda kerana kematian Walker, namun ia tetap tidak mematahkan semangat penonton untuk menantikan tayangan filem ini yang sudah pun menemui penonton di Malaysia sejak 2 April lalu dan tayangan di Amerika Syarikat sejak semalam.

Lebih menarik, filem ini turut menyaksikan anak kelahiran Kuching, Sarawak, James Wan, yang juga pengarah beberapa filem seram terkenal seperti Insidious, The Conjuring, Insidious: Chapter 2, diberi kepercayaan untuk menggarap filem aksi ini.

Masih mengekalkan Vin Diesel yang juga penerbit filem ini, FF7 turut mengekalkan beberapa pelakon seperti Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Chris Bridges, Lucas Black dan kehadiran bintang terkenal, Jason Statham serta pelakon aksi terkenal Thailand, Tony Jaa.

Biarpun tampak sama seperti siri terdahulu di mana, Dominic dan rakan-rakannya diibaratkan buku bertemu ruas, apabila terpaksa berdepan dengan seorang abang yang penuh dendam dan mempunyai ketangkasan serta kelicikan yang lebih hebat daripada mereka.

Secara ringkasnya, ia mengisahkan misi membalas dendam Deckard Shaw (Statham) terhadap Dominic Toretto (Diesel) dan ahli keluarganya kerana menyebabkan adiknya, Owen Shaw (Luke Evans) lumpuh dalam FF6.

Dalam pada menghadapi dendam Deckard, Dominic bersama Brian O’Conner (Walker), Roman Pearce (Gibson), Tej Parker (Bridges), Letty (Rodriguez) mendapat tugasan khas untuk menyelamatkan seorang penggodam hebat yang diculik.

Selingan dua konflik inilah yang banyak membuatkan adrenalin penonton meningkat dan keterujaan mengiringi sepanjang dua jam 17 minit perjalanan filem ini.

Tidak hanya memaparkan babak perlumbaan kereta semata-mata, siri kali ini juga menyaksikan banyak lagi aksi-aksi di luar batasan pemikiran seseorang.

Boleh dikatakan, ketenangan filem ini hanya dirasai pada 15 minit pertama sahaja sebelum ia disulami dengan aksi kejar mengejar melibatkan pelbagai jenis kenderaan – bas, kereta, kapal terbang dan helikopter.

Antara dua aksi yang menarik perhatian penulis adalah semua kereta pelakon utama membuat ‘terjunan bebas’ di udara, sebelum didaratkan dengan selamat di atas jalan raya.

Ia diikuti aksi sebuah kereta mewah berwarna merah telah menembusi pencakar langit di Abu Dhabi, di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang dilakukan tanpa menggunakan imej janaan komputer (CGI), sebaliknya aksi dilakukan dengan aksi sebenar namun menerusi ketinggian yang lebih selamat.

Seperti biasa, babak aksi kejar mengejar juga menjadi antara tarikan dalam filem ini biarpun penulis merasakan plot filem ini mempunyai beberapa kekurangan ketara, apatah lagi melibatkan penguatkuasaan yang kurang, meskipun bangunan pencakar langit dimusnahkan, Dominic dan rakan-rakan bebas keluar dari UAE begitu sahaja.

Selain Abu Dhabi, filem membabitkan kos hampir RM1 bilion ini turut membabitkan penggambaran di Atlanta, Amerika Syarikat dan Tokyo, Jepun.

Lakonan mantap & 'super impose' 

Selain aksi mantap, seperkara lagi yang menarik mengenai filem ini adalah penglibatan pelakon yang cukup hebat. Ditambah pula kehadiran Statham dalam filem ini, ia dilihat lebih memantapkan lagi filem ini.

Ternyata Statham membuktikan dia boleh membawakan watak apa sahaja, termasuk antagonis dan berjaya membuatkan penonton sakit hati dengan pemburuannya yang bagai tiada kesudahan.

Kemunculan Kurt Russell sebagai seorang pegawai rahsia bernama Mr. Nobody; bersama pelakon Ong-Bak, Tony Jaa biarpun hanya untuk beberapa babak, namun meninggalkan kesan kepada penoton.

Bukan itu sahaja, antara tarikan lain untuk filem ini adalah watak O'Conner yang menggunakan khidmat dua adik Paul iaitu Caleb dan Cody yang membantu menyudahkan watak O'Conner sehingga ke penghujungnya.

Pujian harus diberikan kepada pihak produksi kerana berjaya mencipta klon Paul biarpun masih ternampak perbezaan, namun tidak ketara.

Eksploitasi wanita

Setelah menonton beberapa francais Fast & Furious, penulis berpendapat, FF7 adalah sebuah naskhah yang banyak menjadikan wanita sebagai daya penarik.

Eksploitasi wanita yang berlebihan dalam beberapa babak dilihat tidak mendatangkan kepentingan dalam filem.

Namun semua itu dapat mengatasi babak akhir yang pada penulis amat menyentuh perasaan. Apatah lagi melibatkan babak Dominic bersama O'Conner, terutama sekali apabila Dom sering mengucapkan one last ride yang bermaksud perjalanan terakhir menandakan berakhirnya perjalanan Brian O’Conner.

Selain itu, di sebalik aksi-aksi lasak yang dipaparkan, filem ini tetap mengekalkan mesej hubungan kekeluargaan yang rapat, yang turut dapat dilihat pada babak akhir.

Justeru bagi anda yang belum menyaksikan filem ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Fast & Furious 7, di pawagam.

- Sumber: Sinar Harian 

Fast & Furious 7: Lebih 230 kereta musnah

Antara kereta-kereta yang dilupuskan. - Foto Jeff Curry

KEPADA sesiapa yang telah menonton filem aksi popular, Fast & Furious 7 pasti mengagumi aksi yang dipaparkan dalam filem berkenaan.

Untuk menjayakan setiap aksi yang dipaparkan, lebih daripada 230 buah kereta musnah sepanjang penggambaran filem ini.

Menurut penyelaras kereta untuk filem Fast & Furious, Dennis McCharty, beratus-ratus kenderaan rosak semasa menjalankan penggambaran filem ini dan 230 buah kereta untuk Fast & Furious 7.

"Untuk babak aksi di pergunungan Monarch Pass, Colorado lebih 40 kenderaan musnah semata-mata untuk menjayakan babak berkenaan.

"Manakala pada tahun 2013, semasa penggambaran Fast & Furious 6, kami memusnahkan 25 buah kereta di siang hari, pihak pelupusan kereta tempatan akan datang pada waktu malam untuk mengutip dan membawakan lagi 25 buah,” katanya dipetik Wall Street Journal

Setiap kenderaan yang rosak semasa menjalani penggambaran filem berkenaan akan dilupuskan untuk mengelakkan sesiapa daripada membaiki dan ditimpa kemalangan akibat menggunakan kereta yang telah rosak.

Tambahnya lagi, setiap krew penggambaran perlu mengikuti protokol khas yang ditetapkan, mendokumentasikan setiap kereta yang rosak untuk tujuan akuan dan liabiliti.

"Setiap kereta yang musnah perlu direkodkan,” katanya lagi.

Filem terbaru dari Universal, Fast & Furious 7 berjaya mencapai rekod RM520 juta dalam minggu pembukaan box office domestik.

Menurut Money CNN, tayangan Fast & Furious 7 berjaya mengalahkan rekod yang dipegang oleh filem Captain America: The Winter Soldier sebelum ini dengan kutipan RM346 juta.

Lebih menarik, filem ini turut menyaksikan anak kelahiran Kuching, Sarawak, James Wan, yang juga pengarah beberapa filem seram terkenal seperti Insidious, The Conjuring, Insidious: Chapter 2, diberi kepercayaan untuk menggarap filem aksi ini

- Sumber: Sinar Harian 

Dr Mahathir pernah minta bina Jambatan Bengkok - Najib

NAJIB: Dr Mahathir pernah minta bina Jambatan Bengkok. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Mohamad berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menyuarakan dua perkara dalam satu perbincangan yang pernah diadakan sebelum ini.

Najib berkata Dr Mahathir meminta beliau melaksanakan projek jambatan bengkok yang menghubungkan Malaysia dan Singapura bagi menggantikan Tambak Johor.

Selain itu, Najib menjelaskan Dr Mahathir tidak bersetuju dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah.

“Dia ada satu dua perkara dia nak saya buat. Tapi saya dah beri pandangan atas perkara ini.

“Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor. Saya dah bagi pandangan atas perkara ini,” katanya ketika ditemu bual dalam program Edisi Khas Soal Jawab TV3, malam tadi.


Najib berkata, dalam pertemuan itu Dr Mahathir tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu secara khusus.

Beliau juga menegaskan kritikan yang diterimanya pada kali ini lebih sengit daripada biasa, namun beliau tetap menerimanya sebagai asam garam dalam politik.

Presiden UMNO berkata, segala kritikan yang dilemparkan kepadanya sedia diterimanya walaupun pedih kerana beliau mengambil tanggungjawab untuk terus memimpin rakyat dan BN.

“Kritikan kali ini lebih daripada biasa, lebih sengit daripada biasa, tetapi saya terimalah. Ini asam garam politik, yang mana bukan semua keadaan akan wujud tenang dan selesa sepanjang masa.

“Sebaliknya, kritikan ini saya terima walaupun pedih, tetapi pokok pangkalnya saya bertanggungjawab kepada rakyat dan parti.

“Selagi rakyat dan parti beri mandat pada saya, meletakkan amanah, saya tetap akan teruskan kepimpinan negara dan parti,” katanya

- Sumber: Astro Awani 

Penamaan calon PRK Rompin 22 April, undi 5 Mei

Abdul Aziz Mohd Yusof

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 5 Mei ini sebagai tarikh PRK P091 Rompin, Pahang selepas penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis meninggal dunia akibat kemalangan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung kekosongan kerusi milik BN itu pada 7 April lalu.

"SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada hari ini dan menetapkan bahawa satu Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR pada 5 Mei 2015 bagi mengisi kekosongam kerusi berkenaan," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR, di sini, hari ini.

Allahyarham Jamaluddin meninggal dunia pada 4 April lalu kerana terlibat dalam kemalangan helikopter yang terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih selepas pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, SPR telah menetapkan 22 April ini sebagai tarikh penamaan calon manakala tarikh pengundian awal pula ialah pada 30 April.

"Daftar pemilih pilihan raya bagi bahagian pilihan raya berkenaan akan mula dijual pada 20 April ini.

"Para pengundi juga boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi mereka melalui laman web SPR di www.spr.gov.my mulai 20 April ini," ujarnya.

Beliau berkata lagi, PRK P091 Rompin akan menggunakan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

"Sebanyak 42 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian. Bagi pusat pengundian awal, SPR akan menggunakan empat lokasi iaitu Dewan Seri Ibam, Skuadron 322 TUDM, Bukit Abam; Bilik Mesyuarat, Balai Polis Muadzam Shah; Bilik Rehat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin dan Bilik Mesyuarat, Balai Polis Tekek, Pulau Tioman," jelasnya

Katanya lagi PRK P091 Rompin akan melibatkan perbelanjaan urusan pengundian sebanyak RM1.9 juta dengan melibatkan 35 sekolah dan tiga balai raya serta dewan yang mengandungi 119 saluran tempat mengundi.

- Sumber: Sinar Harian 

Nur Syazwani wins gold at Thai Open

National back up bowler Nur Syazwani Sahar won gold in the Under-21 Junior Masters category on Thursday.
KUALA LUMPUR: National back up bowler Nur Syazwani Sahar won gold in the Under-21 Junior Masters category at the 41st Thailand Open bowling championship held at Blu–O Rhythm & Bowl Ratchayothin, Bangkok on Thursday.

The category which is for both men and women, Nur Syazwani, 17, edged her competitors by just eight pins when she amassed 1,680 pins after eight games.

Malaysia's Siti Aishatun Hussin took the silver after dropping 1,672 pins overall while Kuek Qi En of Singapore the bronze with 1,646 pins. 

- Source: Bernama

Rompin by-election to be held on May 5, nomination set for April 22

The date was announced by Election Commission (EC) Chairman, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. - Bernama pic

KUALA LUMPUR: The Rompin by-election has been set for May 5 while the nomination date has been scheduled for April 22.

The early voting meanwhile has been set for April 30, 2015.

The date was announced by Election Commission (EC) Chairman, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof after heading a special meeting for the Rompin Election at Putrajaya on Friday.

The Rompin Parliamentary seat was declared vacant following the death of its incumbent, Tan Sri Jamaluddin Jarjis in a helicopter crash on April 4. 

- Source : Astro Awani 

Pembuli jalan guna gergaji elektrik


Sedutan video yang dimuatnaik oleh Karine Cyr


SAINT-JEROME - CANADA. Seorang ibu berjaya merakam tindakan seorang pembuli jalan raya menakut-nakutkan keluarga menggunakan sebuah gergaji elektrik, 6 April lepas.

Menurut Dailystar.uk, Karine Cyr dan suaminya, Alexandre bersama dua orang anak mereka menyedari sebuah kereta dipandu bersimpang-siur dan bertindak merakam aksi berkenaan.

Selepas berhenti di sebuah jalan mati, Karine dan Alexandre kemudian diserbu pembuli berkenaan yang membawa sebuah gergaji elektrik.

Polis kemudian menahan seorang lelaki berumur 37 tahun di Saint-Jerome berdasarkan nombor pendaftaran yang diberikan oleh Karine.
 
-Sumber: Sinar Harian

Pelancong Malaysia hilang di Nepal

Gambar hiasan

KATHMANDU - NEPAL. Seorang pelancong Malaysia dilaporkan hilang sejak tengah hari Ahad waktu tempatan (Malaysia adalah dua jam, 15 minit lebih awal daripada Nepal), ketika merentas laluan Pokhara-Mustang di Barat Nepal. 

Timbalan Ketua Polis Nepal, Pankaj Shrestha, berkata kali terakhir Dennis Lee Thian Poh, 47, dilihat ialah pada Ahad di Ghorepani, daerah Myagdi, kira-kira 450 kilometer (km) di barat laut Kathmandu. 

Dua pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang dibantu oleh sebuah helikopter dan anjing pengesan ditugaskan mencari Lee, katanya pada Khamis.

"Carian sedang dijalankan di seluruh laluan dari Pokhara ke Mustang tetapi tumpuan adalah di kawasan antara Ghandruk dan Ghorepani," kata Shrestha. 

Lee tiba di Kathmandu pada 29 Mac lepas, dan merentas bersama-sama sebuah kumpulan dari Holiday Tibet Trekking Company.

"Dennis (Lee) sendirian mendahului kumpulan merentas itu dan tiada siapa menyedari kehilangannya sehingga mereka tiba di tapak perkhemahan mereka," kata SAR Dogs Nepal, syarikat mencari dan menyelamat dalam laman webnya yang turut memaparkan notis kehilangan lelaki itu.

"Dua pasukan telah dihantar untuk melakukan carian tetapi hanya satu pasukan berjalan kaki melakukannya kerana carian udara terjejas akibat cuaca buruk.

" Helikopter (itu) tidak mampu terbang ke kawasan-kawasan berkenaan kerana langit berkabus," kata Pengarah SAR Dogs Nepal, Jit Bahadur Mairangi. 

Isteri Lee, Jennifer E Peters, yang baru tiba di Kathmandu menyelaraskan gerakan carian itu.

"Saya tidak berada dalam kedudukan untuk berkata apa-apa kerana saya baru sahaja tiba, dan saya akan ke kawasan berkenaan bersama-sama pasukan mencari dan menyelamat," kata Peteras dalam perbualan telefon singkat dengan Bernama.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu yang mengesahkan laporan itu, berkata pihak berkuasa Nepal saling berhubung dengan kedutaan mengenai kejadian itu sejak malam Isnin.

Kaunselor/Kuasa Usaha Sementara kedutaan itu Fadli Adilah berkata Lee masih belum dijumpai.

"Kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa yang berkaitan," katanya ketika dihubungi.

- Sumber:  Bernama

Normal service resumed? Manchester United could be ahead of City for years


Manchester United find themselves in three odd positions ahead of the derby with Manchester City on Sunday.

They are, weirdly, ahead on points of City after 31 league games. They have, even more strangely, a legitimate claim to once again be the best team in Manchester. And lastly, and few would have predicted this at the start of the season, reason to think that this second situation might continue for at least another season, regardless of what happens at the weekend.

It might only be a point that separates them in the league table, but there is a greater psychological difference. Manchester City played much of the season as title contenders, and even when they fell behind Chelsea after a wobble, they had the good fortune and determination to reel them in one more time. It is their failings more than Chelsea’s qualities that have allowed the lead to be stretched again at the top.

Yaya Toure has decided that fresh from playing at being a wretch over the summer, he decided to go full method for the season. Those at Crystal Palace on Monday were actually impressed by how little he could be bothered to do, and considered that he used his goal as an excuse to not try any further. There have been signs that he is now interested more in money than glory, which is perfectly understandable and acceptable, but only if he performs commensurately to his wage. He plainly does not, despite being City’s most important player.

As poor as he has been for most of the season, City will struggle to find someone able to equal his best. There are rumours that they retain an interest in Paul Pogba, and they are one of the few sides who will be able to afford him, Financial Fair Play notwithstanding, but there are other weaknesses. Gael Clichy exists in a vacuum of 6/10 atmosphere, but with Bacary Sagna, Pablo Zabaleta, Vincent Kompany, Martin Demichelis, Eliaquim Mangala and Aleksandr Kolarov, you can make a case that every single potential member of the back four should be replaced.

- read the full article at Eurosport 

Dua kilogram rambut dalam perut

Dua kilogram rambut dalam perut

HENAN - CHINA. Tabiat seorang kanak-kanak mengunyah rambutnya sendiri mengudang padah selepas tabiatnya itu menyebakan berat badanya menyusut dan hilang selera makan.

Pakar perubatan China berjaya mengeluarkan segumpul besar rambut seberat dua kilogram dalam perut Niuniu Liang, 8 tahun.
"Penyebab utama mengapa kanak-kanak tersebut hilang selera makan adalah kerana sistem penghadamannya telah tersekat oleh rambut.

Bapanya, Cai Liang, 36, berkata dia dan isteri sentiasa mengingatkan anak mereka itu supaya tidak mengunyah rambutnya dan tidak menyangka tabiatnya itu akan menyebabkan kejadian buruk seperti ini.

"Saya terkejut apabila doktor menarik keluar gumpalan tersebut dan tidak hairanlah Niuniu tidak ada selera makan", katanya dipetik DailyNews

Niuniu dibesarkan oleh datuk dan neneknya di sebuah kampung berhampiran Zhoukuo, Wilayah Henan, China manakala kedua ibu-bapanya bekerja di luar kawasan.

Bapanya mula menyedari tahap kesihatan anaknya menurun ketika dia pulang ke kampung melawat anaknya itu semasa perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini. 

"Saya mahu memastikan dia mendapatkan makanan yang berkhasiat tetapi kemudiannya menyedari dia akan sakit setiap kali selepas makan", katanya.

Tambah bapanya, kerana bimbang dengan tahap kesihatan anaknya itu, dia membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan semasa pemeriksaan, doktor mendapati terdapat "sesuatu" didalam perutnya dan selepas menjalani pembedahan segumpal besar rambut berjaya dikeluarkan.

Sementara itu, doktor yang merawat kanak-kanak tersebut percaya bahawa kemungkinan dia mula mengunyah rambutnya kerana menangung rindu terhadap kedua bapanya yang berada jauh dengannya.

Niuniu kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital. 

- Sumber: Sinar Harian  

    Samsung perkenal tiga model TV Ultra HD

    Samsung

    SAMSUNG hari ini melancarkan model televisyen definisi tinggi ultra (SUHD) bagi memenuhi kehendak penduduk Malaysia yang mahukan model terkini dan terbaik dalam pasaran.

    Model JS8000 55 inci berharga RM9,999, JS9000 65 inci (RM24,999) dan JS9500 78 inci (RM39,999) termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan.

    Menerusi siri baharu ini, Samsung Malaysia Electronics menyasarkan untuk menambah sekali ganda jualannya, terutama model JS800 skrin rata 55 inci.

    "Kami menjangkakan model 55 inci ini laris dijual disebabkan skrin rata yang menarik minat rakyat Malaysia, manakala dua model lain merupakan skrin lengkung," katanya.

    "Di seluruh dunia, pasaran definisi tinggi ultra berkembang lima hingga enam peratus dari segi nilai tahun lepas dan angka itu diunjur meningkat sekali ganda.

    "Malaysia dijangka mencatat trend yang sama," kata Ketua Elektronik Pengguna Samsung Malaysia Jimmy Tan Chee Wee selepas pelancaran tiga modal berkenaan oleh Presiden Samsung, Lee Sang Hoon di sini hari ini. 

    - Sumber: Bernama| 9 April, 2015

    BR1M tiris kerana kelayakan penerima

    Rafizi Ramli

    KUALA LUMPUR - Lebihan bayaran kepada penerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM3.34 juta bukan sahaja ditebus dua kali bahkan didakwa kerana berlakunya ketirisan dalam proses pemilihan.

    Ahli Parlimen (PKR-Pandan), Rafizi Ramli mendakwa ketirisan itu boleh dikesan dengan lebih banyak lagi sekiranya Jabatan Audit Negara boleh mengaudit kelayakan kesemua 7.9 juta penerima bantuan tersebut sejak diperkenalkan pada 2012.

    "Saya rasa tuntutan bertindih itu lebih besar daripada yang dilaporkan Jabatan Audit Negara kerana agensi kerajaan itu selalunya berdasarkan kepada sample yang dipilih.

    "Sebab itu saya minta supaya Jabatan Audit Negara bukan sahaja melihat kepada pembayaran berganda tetapi juga melihat kepada proses pemilihan yang dibuat untuk BR1M itu bagi memastikan sebarang bantuan sampai kepada orang yang betul-betul miskin," katanya kepada Sinar Online di lobi bangunan Parlimen, di sini, semalam.

    Beliau berkata demikian mengulas Laporan Ketua Audit Negara pada Isnin yang mendedahkan bahawa terdapat penerima BR1M menebus baucar mereka lebih daripada sekali.

    Menurut itu, sekurang-kurangnya 6,577 orang menebus dua kali bantuan BR1M daripada 2012 hingga awal 2014, melibatkan wang kerajaan RM3.34 juta.

    Mengulas lanjut, Rafizi juga berkata jika kerajaan masih gagal menyelesaikan masalah ketirisan dana awam tersebut, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak relevan lagi kerana perbelanjaan kerajaan semakin melebar disebabkan kelemahan itu.

    "Kalau masalah-masalah ketirisan seperti BR1M ini dan perbelanjaan lain tidak dapat diselesaikan dengan lebih baik, saya yakin kita tidak perlu membayar GST.

    "Adalah mustahil boleh menutup keperluan perbelanjaan yang semakin besar setiap tahun kerana punca bertambahnya perbelanjaan itu adalah tiris," katanya lagi.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Lembaga Pengarah, Ketua Eksekutif 1MDB jumpa Tun M


    KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta Ketua Eksekutifnya Arul Kanda Kandasamy telah mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menerangkan mengenai syarikat tersebut.

    Najib berkata beliau tidak pernah menjelaskan secara langsung mengenai 1MDB kepada Dr Mahathir kerana urusan tersebut tidak dibangkitkan secara terus oleh bekas Perdana Menteri itu kepadanya.

    Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika ditemu bual oleh pengacara Hamdan Ahmir dalam program Edisi Khas Soal Jawab TV3 malam ini.

    Dr Mahathir baru-baru ini meminta Najib menjawab beberapa persoalan berkaitan 1MDB setelah mengkritik beliau mengenai kerugian serta hutang yang ditanggung oleh syarikat tersebut.

    Dr Mahathir juga meminta Najib menjelaskan mengenai hubung kait syarikat tersebut dengan ahli perniagaan Low Taek Jho, serta sumber kewangan anak tiri beliau Riza Aziz, yang membeli hartanah mewah di New York. 

    Dalam wawancara tersebut, Najib berkata beliau telah meminta Ketua Audit Negara mengesahkan sama ada dana 1MDB disalahgunakan untuk membuat filem dan sebagainya.

    Ditanya mengapa soal pembikinan filem itu dibangkitkan oleh Dr Mahathir, Najib berkata: "Sebab ada dakwaan sedemikian. Saya tidak mahu mempertahankan apa-apa sebab ia melibatkan ahli keluarga saya, dan oleh sebab itu saya hendak Ketua Audit Negara mengesahkan perkara ini." 

    Ditanya sama ada beliau memohon kepada pihak pengurusan 1MDB supaya lebih telus dalam urus niaga akan datang, Najib berkata beliau telah pun berbuat demikian. 

    - Sumber: Bernama

    Tun M tidak setuju Najib beri BR1M

    Dr Mahathir Mohamed.

    SHAH ALAM - ‎[DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

    Menurut Najib perkara ‎itu dinyatakan kepadanya dalam pertemuan antara dua pemimpin itu yang diadakan di rumah Dr Mahathir sendiri. 

    "Saya sendiri pergi ke rumah beliau untuk bertemu dengannya," katanya.

    ‎Dalam pertemuan itu, Najib turut mendedahkan, terdapat beberapa perkara yang dilakukannya tidak dipersetujui oleh Dr Mahathir.

    "‎Ada satu, dua perkara beliau tak setuju saya buat. Antaranya BR1M. Beliau juga meminta saya buat jambatan bengkok di Tambak Johor," katanya yang menganggap perbincangan itu satu perbincangan sihat antara dua pemimpin.

    Bagaimanapun, tegas Najib, sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan parti (BN), beliau perlu bertanggungjawab kepada rakyat serta parti," katanya ketika mengulas kritikan pedas Dr Mahathir, baru-baru ini dalam satu wawancara khas yang disiarkan TV3, malam ini.

    ‎Tambah Najib, pemberian BR1M kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan bukan satu 'handout'.

    Sebaliknya, Najib menjelaskan, ia adalah satu bentuk jaringan keselamatan sosial untuk golongan itu. 

    Beliau berkata pemberian BR1M yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Dasar Fiskal itu dapat memberi timbal balas kepada golongan berpendapatan rendah berikutan pengurangan dan pemansuhan subsidi.

    Menurutnya banyak negara juga mempunyai sistem jaringan keselamatan sosial dalam pelbagai kaedah bagi membela nasib rakyat mereka.

    Najib berkata, beliau tetap menghormati bekas Perdana Menteri itu sama seperti menghormati rakyat Malaysia yang lain.

    "‎Saya terbuka kepada mana-mana pihak termasuk rakyat yang hendak mengkritik pentadbiran saya. Cuma saya berharap, kritikan yang dikemukakan mestilah berhemah dan bertanggungjawab.

    "Setiap kritikan yang diterima, saya teliti, namun, sebagai Perdana Menteri dan presiden parti, saya perlu bertanggungjawab kepada rakyat dan parti," tegas beliau.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Jika sokong Najib, isytihar juga sokong 1MDB - Tun Mahathir

    Jika sokong Najib, isytihar juga sokong juga 1MDB - Tun Mahathir

    KUALA LUMPUR: Bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua pihak yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak agar mengisytiharkan mereka juga menyokong dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menanggung hutang berjumlah RM42 bilion.

    Kata Dr Mahathir, semua yang menyatakan sokongan kepada Najib perlu menyokong 1MDB meminjam RM42 bilion dan ketidakmampuan menjawab tentang ke mana wang tersebut hilang.

    “Adakah anda juga sokong (langkah) menyimpan berbilion ringgit di Cayman Islands?

    “Adalah anda juga sokong (langkah) bahawa, selepas membawa pulang wang tersebut, ia mesti disimpan di sebuah Bank Switzerland di Singapura?

    “Adakah anda menyokong penjelasan bahawa wang tersebut tidak boleh dibawa pulang ke Malaysia oleh perdana menteri dan menteri kewangan kerana Bank Negara akan banyak soal?,” soal Dr Mahathir menerusi blognya chedet.cc hari ini.

    Dalam tulisan terbarunya, Dr Mahathir turut menyoal pihak yang mempertikai tindakan beliau mengkritik Najib, mengapa perdana menteri itu tidak dapat menjawab soalan mudah yang diajukannya.

    Dr Mahathir mengambil contoh isu yang dibangkitkannya mengenai hutang 1MDB yang berjumlah RM42 bilion dan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

    "Saya ingin bertanya kepada penyokongnya sama ada sokongan mereka itu bermakna kehilangan RM42 bilion itu tidak mengapa? Tidak perlu paling kurang pun dijelaskan di mana wang itu?

    "Kalau anda rasa tidak mengapa, pergilah suruh Daim, Tengku Razaleigh, Shahrir Samad dan Khairy Jamaluddin diam," katanya.

    - Sumber: ASTRO Awani 

    Najib ulangi tidak kenal Altantuya Shaariibuu

    Najib ulangi tidak kenal Altantuya (Gambar: Fail)

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak mengenali warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kes pembunuhan kejam itu.

    Katanya, isu Altantuya itu kisah lama dan beliau sendiri sudah melafazkan sumpah menafikan penglibatannya di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008.

    "Ini cerita 2008.. dah lama dah. Sebenarnya saya dah lafazkan sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi tiga kali termasuk di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008...bahawa saya tidak mengenai Altantuya dan saya tidak terlibat sama sekali sama ada secara langsung atau tidak langsung," tegas beliau.

    Katanya, polis juga telah menjalankan siasatan terhadap kes itu selain Ketua Polis Negara pada masa itu juga telah membuat kenyataan bahawa beliau tidak terlibat.

    "Pada masa itu, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebagai Perdana Menteri sudah laporkan, dan Ketua Polis Negara dah buat kenyataan bahawa saya tak terlibat," katanya ketika ditemubual dalam program Edisi Khas Soal Jawab TV3, malam ini.

    Najib berkata pihak polis pada waktu itu sudah menjalankan siasatan serta melihat kepada kaitan yang dikatakan wujud antaranya dengan kes itu.

    "Tidak ada bukti sama sekali yang timbul bahawa saya kenal Altantuya. Tak ada langsung, tak ada gambar, tak ada tulisan, tak ada saksi dan sebagainya.

    "Mahkamah telah tentukan prosesnya sampai ke Federal Court (Mahkamah Persekutuan). Apakah kita nak persoal integriti mahkamah kita yang kita pertahankan sebelum ini?," katanya.

    Dr Mahathir dalam siri kritikannya terhadap Najib, medesak supaya siasatan dibuat terhadap kenyataan tertuduh kes tersebut Sirul Azhar Umar bahawa beliau diarahkan untuk melakukan tugas tersebut.

    - Sumber: Astro Awani