Friday, 19 July 2013

Sut anti-jerung kurangkan risiko diserang jerung


Dua orang lelaki memakai sut antijerung yang mampu menghalang pemakainya daripada diserang jerung. Foto: AFP


SYDNEY - Sebuah firma penyelidikan Australia, Sistem Mitigasi Serangan Jerung (SAMS) telah bekerjasama dengan Institut Laut Australia di University of Western Australia (UWA) untuk melancarkan dua jenis sut antijerung yang pertama di dunia Khamis lalu.

Sut itu dikatakan menggunakan teknologi baharu yang mampu membuatkan jerung sukar melihat dan menyerang para pemakainya. Ia dihasilkan oleh dua orang usahawan iaitu Hamish Jolly dan Craig Anderson.

"Penciptaan sut ini adalah berdasarkan kepada penemuan baharu. Kami berjaya menggunakan penemuan itu dan menghasilkan material yang boleh mengelirukan sistem penglihatan jerung," kata Anderson.

Direka untuk penyelam dan mereka yang melakukan aktiviti snorkeling, sut berwarna biru putih itu dikenali sebagai "Elude".

Ia mampu memanipulasi penglihatan jerung yang buta warna dan membuatkan pemakainya seolah-olah tidak dapat dikesan oleh jerung ketika berada di dalam air.

Sementara sut "Diverter" yang khas untuk peluncur ombak pula dihasilkan dengan corak belang berwana hitam putih.

"Kebanyakan haiwan pemangsa secara biologinya akan mengelak daripada memakan mangsa yang disifatkannya sebagai berbahaya. Belang hitam putih ini dilihat oleh jerung sebagai sesuatu yang tidak harus dimakan," kata penyelidik UWA, Shaun Collin.

Sut itu dihasilkan selepas kajian selama dua tahun yang dibiayai oleh kerajaan Australia berikutan peningkatan jumlah serangan jerung ke atas pengunjung pantai sejak kebelakangan ni. - AFP


Sumber: Kosmo!

Abdul Razak Hiroshima meninggal dunia




KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian ledakan bom atom di Hiroshima, Jepun pada 6 Ogos 1945, Datuk Abdul Razak Abdul Hamid (gambar) meninggal dunia semalam.
Anak Allahyarham, Prof. Tan Sri Dzulkifli yang merupakan Naib Canselor Albukhary International University mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.55 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut beliau, Abdul Razak, 87, dikejarkan ke HKL kira-kira pukul 1 petang selepas mengadu sesak nafas.
“Arwah mengadu sesak nafas. Kami panggil ambulans dan kejarkan dia ke HKL. Ketika dirawat, jantung dia berhenti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.







Sumber: KOSMO

Mati angkara pembunuh upahan

BEGINILAH keadaan mayat Shanmugam selepas ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal yang disyaki pembunuh upahan. Gambar kecil, K. Shanmugam. - Gambar: Kosmo


KULIM – Belum pun selesai kes seorang guru muzik yang mati ditembak pembunuh upahan di Kampung Beris Panchor, Bachok, Kelantan minggu lalu, seorang lagi cikgu sekolah menerima nasib sama di sini semalam.

Kali ini ia melibatkan seorang guru pendidikan jasmani Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam, K. Shanmugam, 45, apabila dia maut selepas terkena dua das tembakan di kepala dan anggota badan yang dilepaskan oleh dua lelaki bermotosikal dari jarak dekat.

Kejadian pada pukul 12.25 tengah hari di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini berlaku apabila Shanmugam didatangi dua penyerang yang disyaki pembunuh upahan sebaik memperlahankan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish yang dipandunya di situ.

Sebaik dihampiri, salah seorang suspek kemudian terus melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan anggota badannya menyebabkan mangsa yang dalam perjalanan ke sekolah dari rumahnya di Taman Bidara mati di tempat kejadian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0719&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2ZRsxb4OU

3-minute robbery, RM3.2 million jewellery gone!


3-minute robbery, RM3.2 million jewellery gone!

TEMERLOH:  A more than RM3 million golden strike within three minutes!

In what is believed to be Pahang's biggest jewellery heist, six men struck at a goldsmith shop and escaped with RM3.2 million in jewellery in Bandar Mentakab near here today.

The robbers armed with machetes furiously scooped the jewellery into plastic sacks and escaped in two cars.

The incident occurred about 9.30am, when the shop proprietor and several employees were opening the shop for the day.

Temerloh police deputy chief Supt Zundin Mahmood said the robbery was over within three minutes.

He said in the incident, six masked men burst into the shop and ordered the proprietor and staff not to raise an alarm.

"The robbers scooped the jewellery from the glass display cabinets and put them in several plastic sacks before escaping in a Honda Accord and Toyota Camry," he told reporters here.

Zundin said the robbers, believed to be locals, were believed to have escaped in the cars, believed to be stolen, towards the Temerloh toll plaza.

Rolling Stone sparks storm with Boston bombing suspect cover

Rolling Stone sparks storm with Boston bombing suspect cover

LOS ANGELES: Rolling Stone defended Wednesday a cover story on Boston bombing suspect Dzhokhar Tsarnaev, which triggered angry claims that it was "glamorizing terrorism" and calls to boycott the US magazine.

At least two US nationwide chain stores announced they would not be selling the latest issue of the publication, known for interviews with rock stars and others.

The cover picture -- showing a goateed Tsarnaev, 19, staring sadly at the camera with tousled brown curly hair -- was likened to a famous Rolling Stone cover of the late singer Jim Morrison of "The Doors."

Boston mayor Thomas Menino blasted the story in a letter to Rolling Stone publisher Jann Wenner, calling the provocative cover an "obvious marketing strategy" to generate publicity and sales.

"Your August 3 cover rewards a terrorist with celebrity treatment. It is ill-conceived, at best, and re-affirms a terrible message that destruction gains fame for killers and their 'causes'," he wrote.

The Rolling Stones article, titled "The Bomber" on the front page, was described by the magazine as a "deeply reported account of the life and times" of Tsarnaev.

The 12-page story is based on interviews with dozens of sources that "deliver a riveting and heartbreaking account of how a charming kid with a bright future became a monster," it said.

Versions of the Tsarnaev photo have previously been reproduced by other outlets, but Rolling Stone's use of the image has irked many in a country still shocked by the carnage at this year's Boston Marathon.

Tsarnaev faces a 30-count indictment -- including 17 counts punishable by death -- for his role in the April 15 twin blasts at the city's marathon that killed three people and wounded more than 260.

Thousands took to Rolling Stone's Facebook page Wednesday. "Oh look, Rolling Stone magazine is glamorizing terrorism. Awesome," posted Adrienne Graham. "I will NOT be buying this issue, or any future issues."

Rolling Stone defended the story. "Our hearts go out to the victims of the Boston Marathon bombing, and our thoughts are always with them and their families," the magazine said in a statement.


- AFP

Minum air boleh merangsangkan otak

Minum air boleh merangsangkan otak: kajian

LONDON: Satu kajian kecil baru mendapati bahawa pelindapkejutan dahaga anda dengan air boleh memberi otak anda rangsangan.

Kajian menunjukkan bahawa subjek yang minum kira-kira tiga cawan air (24 ounces/775 mililiter) sebelum mengambil ujian kognitif menunjukkan prestasi yang lebih baik pada ujian mengukur masa tindak balas daripada yang tidak minum air. Perbezaan ini adalah amat ketara apabila subjek berasa haus, dengan penyelidik membuat spekulasi bahawa kehausan boleh mengambil perhatian daripada tugas di tangan, memperlahankan masa tindak balas.

Namun, dalam satu ujian, dalam mempelajari peraturan orang yang dahaga sebenarnya bertindak lebih baik, tetapi penyelidik tidak berapa jelas mengapa.

"Ia mungkin bahawa proses fisiologi [minum atau tidak minum air] menjejaskan prestasi kepada tugas-tugas yang berbeza dengan cara yang berbeza," Kajian penyelidik Edmonds Caroline, University of East London Sekolah Psikologi di England, LiveScience.

Beliau menambah, kedahagaan mungkin membawa kepada prestasi yang lebih baik pada beberapa tugas, kerana vasopressin hormon, yang mengaktifkan tindak balas dahaga, telah dikaitkan dengan perhatian dan rangsangan.

Dalam kajian itu, 34 subjek dewasa telah diminta untuk menahan diri daripada makanan dan minuman bermula pada pukul 9 malam sebelum datang ke makmal untuk ujian pada keesokan harinya. Dalam beberapa kes, subjek telah ditawarkan bar bijirin dengan air untuk sarapan pagi. Pada hari lain, mereka telah ditawarkan bar bijirin dengan tiada air.

Kajian sebelum ini telah mendapati bahawa penggunaan air boleh meningkatkan daya ingatan kanak-kanak, mengikut laporan LiveScience.


- AFP

Pasangan Alvin & Vivian didakwa atas tiga pertuduhan, tidak dibenarkan ikat jamin

Pasangan hina Islam didakwa atas tiga pertuduhan, tidak dibenarkan ikat jamin

KUALA LUMPUR: Pasangan menghina Islam dalam Facebook, Alvin Tan, 25 dan Vivian Lee, 24 hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan.

Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan juga Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Hakim juga membuat keputusan tidak membenarkan mereka diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan. Mereka akan dipenjarakan di mana Alvin akan dihantar ke penjara Sungai Buloh, sementara Vivian pula akan dihantar ke penjara Kajang.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Ishak Md Yusoff turut meminta hakim agar ketiga-tiga pertuduhan dibicarakan serentak.

Pihak peguam pembela bagaimanapun memaklumkan bahawa dakwaan Penapisan Filem tidak boleh diiacarakan serentak kerana perkara itu dilakukan pada tarikh berlainan.

Hakim bagaimanapun memutuskan untuk membicarakan ketiga-tiga tuduhan serentak.

Pasangan 'Alvivi' itu telah memuatnaik gambar dan tulisan "Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!) serta logo halal di Facebook.

Tindakan mereka telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya umat Islam di Malaysia serta disusuli oleh laporan polis dari beberapa NGO.


- Astro Awani