Wednesday, 8 July 2015

Jenain akui tidak sepatutnya tembak Aminulrasyid

Aminulrasyid Amzah

SHAH ALAM - Koperal Jenain Subi hari ini mengakui bahawa beliau tidak sepatutnya melepaskan tembakan ke arah kereta Iswara putih dipandu Aminulrasyid Amzah, remaja lelaki yang maut kena tembak kira-kira lima tahun lepas.

Anggota polis itu juga bersetuju dengan cadangan peguam N.Surendran yang mewakili keluarga Aminulrasyid dalam kes saman ke atas beliau (Jenain) dan empat yang lain di Mahkamah Tinggi di sini, bahawa tindakan lari daripada pemeriksaan polis bukan satu keadaan yang membolehkan beliau melepaskan tembakan ke arah kereta remaja itu.

Selain itu, Jenain yang merupakan defendan pertama turut bersetuju dengan cadangan Surendran bahawa fakta Aminulrasyid tidak mengendahkan bunyi siren daripada kereta peronda yang mengejarnya tidak mengizinkan anggota polis itu melepaskan tembakan.

"Ketika kamu melepaskan tembakan tidak ada apa-apa maklumat yang menunjukkan Aminulrasyid dan rakannya di dalam kereta Iswara BET 5023 adalah penjenayah," kata Surendran dan Jenain menjawab "setuju".

Ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohammad, 66, dan kakak sulung Aminulrasyid, Nor Azura, 45, selaku plaintif menamakan Jenain, bekas Ketua Polis Selangor Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Ketua Polis Negara), Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia selaku defendan.

Saman sivil itu difailkan bagi menuntut ganti rugi hampir RM50 juta atas dakwaan kematian Aminulrasyid, 15, akibat luka tembakan di kepala berpunca daripada kecuaian Jenain.

Pada November 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid ketika mengejarnya di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Jenain, 52, yang ketika kejadian bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berkata ketika melepaskan tembakan beliau menggunakan senjata api jenis sub-mesingan SK MP5 yang dilaraskan kepada mode auto.

"Kenapa guna mode auto bukan manual," soal Surendran.

"Semasa tekan picu mungkin saya tertekan ke mode auto jadi saya tembak terus keluar 21 das tembakan," jawab Jenain.

"Adakah anda tersalah set ke mode auto," soal Surendran dan Jenain menjawab "ya".

"Oleh kerana silap anda telah tertembak terlalu banyak peluru ke arah kereta dipandu Aminulrasyid," soal Surendan dan anggota polis itu menjawab "ya".

Dalam pernyataan saksinya, Jenain yang diwakili peguam Zulkifly Omar berkata ketika melepaskan tembakan beliau menganggap pemandu kereta Iswara itu adalah seorang penjenayah yang ingin melarikan diri walaupun telah diarah untuk berhenti dan dikejar oleh kereta peronda yang dinaiki beliau sejauh kira-kira dua kilometer.

Anggota polis itu berkata beliau telah melepaskan tembakan ke arah bahagian bawah kereta dipandu Aminulrasyid dengan tujuan untuk menghentikan kereta tersebut.

"Saya dan pemandu peronda SL 614 (kereta peronda dinaiki Jenain) dan sebuah lagi kereta peronda SL 589 telah berusaha cuba memintas kereta BET 5023 dengan siren yang sentiasa berbunyi tetapi pemandu BET 5023 tidak langsung mengendahkan semua ini," katanya.

Sementara itu ketika disoal balas Peguam Kanan Persekutuan Normastura Ayub yang mewakili empat defendan lain, Jenain berkata cara pemanduan Aminulrasyid ketika dikejar kereta peronda polis agak agresif berdasarkan kepada tindakan remaja itu memandu secara zig-zag ke kiri dan ke kanan untuk mengelak kereta peronda daripada memotong keretanya serta melanggar semua empat lampu isyarat di persimpangan Seksyen 9 dan di Bulatan Kayangan.

Beliau berkata dari cara pemanduan Aminulrasyid boleh dikatakan remaja itu berpengalaman dan cekap memandu kereta.

"Saya katakan apabila melihat cara pemanduan kereta Iswara BET 5023 di awal pagi dan bila polis minta berhenti tidak berhenti, yang ada dalam fikiran kamu orang yang ada dalam kereta itu telah lakukan kesalahan dan cuba elak diri dari ditangkap polis," kata Normastura dan Jenain menjawab "ya".

"Anda tidak pernah sangka yang pandu kereta itu ialah seorang budak remaja umur 15 tahun," kata Normastura dan Jenain menjawab "benar".

Turut memberi keterangan pada hari ini ialah saksi terakhir plaintif iaitu Ketua Biro New Straits Times Selangor, Tengku Mazlinda Tengku Mahmood.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersambung esok. 

- Sumber: Bernama

'Kil-Dengue' - Aplikasi khas halau Aedes


DOROTHY Yap menunjukan aplikasi Kil-Dengue menggunakan kuasa bateri yang sederhana, sama seperti mendengar MP3 melalui telefon mudah alih. 

KIL-DENGUE adalah aplikasi yang direka khas untuk menghalau nyamuk Aedes. Aplikasi itu dibangunkan oleh New Wave Communications Sdn Bhd dan berfungsi dengan mengeluarkan gelombang bunyi yang berupaya menghalau nyamuk Aedes aegypti. 

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menguji keberkesanan aplikasi itu dan mendapatinya berupaya menghalau lebih 75 peratus nyamuk Aedes aegypti yang membawa virus denggi.

Pengerusi New Wave Communications, John Sung, mengakui teknologi itu bukanlah sesuatu yang baru. Namun ia telah dibangunkan dalam tempoh tiga tahun dan diubahsuai untuk menghalau nyamuk Aedes aegypti.


"Hasrat asal kami adalah mengubahsuai teknologi sedia ada di Korea bagi pasaran Malaysia. Kami dapati gelombang bunyi berlainan diperlukan untuk menghalau nyamuk penyebab denggi di sini. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk membangun dan menguji aplikasi itu di IMR dalam memastikan gelombang bunyi yang bersesuaian digunakan," katanya.

Aplikasi Kil-Dengue berfungsi dengan mengeluarkan frekuensi yang sama dengan pukulan sayap nyamuk Aedes jantan, Aedes albopictus.

Aplikasi mesra pengguna itu mempunyai pilihan enam "environment" (suasana) termasuk pejabat, bilik, hutan dan pantai.

Sung berkata, frekuensi aplikasi itu berfungsi dengan berkesan dalam lingkungan lima meter.

"Ketika aplikasi itu diaktif pengguna masih boleh menggunakan fungsi-fungsi lain seperti 'chat' dan melayari internet. Bagaimanapun, fungsi itu akan terganggu sementara ketika ada panggilan telefon. Pengguna juga dapat memilih selama mana aplikasi itu diaktifkan.

Ketua Mobile Apps New Wave Communications, Dorothy Yap, berkata Kil-Dengue menggunakan kuasa bateri yang sederhana, sama seperti mendengar MP3 melalui telefon mudah alih. 

Frekuensi pukulan sayap itu hampir tidak dapat didengari telinga manusia. Nada frekuensinya dapat menghalau nyamuk tapi tidak begitu kuat sehingga mengganggu pengguna.

Kil-Dengue dapat dimuat turun daripada Google Play atau Apple App Store dengan yuran sekali bayar RM10 (bagi Android) atau USD2.99 (bagi iOS).

- Sumber: BH Online 

Ibu tunggal rugi RM8,700 ditipu rakan Facebook

KUALA LUMPUR - Terpedaya dengan pujuk rayu seorang kenalan "bangsa asing" di laman sosial Facebook, seorang ibu tunggal kerugian RM8,700 selepas menjadi mangsa "Internet Scam" bulan lalu.

Kam Lee Lye, 38, seorang pengurus jualan di Gombak telah memasukkan jumlah wang itu ke dalam akaun rakan di laman sosialnya yang hanya dikenali sebagai 'Richard Harry'.

Menurutnya, 'Richard' mendesaknya memasukkan wang ke dalam akaun miliknya beberapa kali dan dia telah empat kali memasukkan wang ke dalam akaun 'Richard
iaitu kali pertama RM2,200, kali kedua RM3,000 kali ketiga RM2,500 dan kali keempat RM1,000.

"Dia memaksa saya memasukkan wang atas pelbagai alasan seperti untuk mendapatkan sijil simpanan tetap di Alliance Bank Malaysia Berhad, untuk tujuan 'yuran endorsemen' dan membeli tiket penerbangan.

"Apabila saya enggan (setelah menyedari dirinya ditipu), dia telah mengeluarkan kata-kata kesat," katanya pada sidang media di pejabat pengurusan Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah di Bandar Baru Ampang di sini hari ini.

Katanya, dia mengenali 'Richard' pada 20 Mei lalu setelah 'Richard' yang mendakwa sebagai seorang warga 'Amerika Syarikat' telah menghantar jemputan untuk menjadi rakannya di laman sosial Facebook.

Namun begitu Kam tidak pernah menemui 'Richard' dan setelah berbual mesra melalui telefon bimbit pada 24 Jun lalu, 'Richard' telah memulakan lakonannya dan ingin meminjam wang daripadanya.

"Richard hanya memberitahu umurnya 49 tahun dan bekerja di sebuah pelantar minyak di Sarawak, dia juga menggunakan gambar palsu di Facebook.

"Saya telah membuat laporan polis pada 3 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang agar 'Richard' dapat diberkas dengan segera, buat masa ini saya masih berhubung dengannya seperti biasa," katanya.

Sementara itu, Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Prof Datuk Saharuddin Awang Yahya berkata sebanyak 10 kes telah diterimanya dalam enam bulan pertama tahun ini melibatkan penipuan "Internet Scam". 

- Sumber: Bernama

1MDB: 'I leave it to God', Rosmah says

ROSMAH: We leave it to Allah SWT. That is important. This is a good month, lets not slander one another. - File pic

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor is leaving her husband’s fate to God, in connection to the recent allegations made against the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak.

She also urged the public not to slander against one another during this holy month of Ramadan.

“We leave it to Allah SWT. That is important. This is a good month, let’s not slander one another. This is taught in the Al-Quran,” Rosmah told Malaysiakini.

Rosmah said this when she was asked to comment on the recent report made by The Wall Street Journal (WSJ) and Sarawak Report which claimed that 1Malaysia Development Berhad (1MDB) funds were channeled into Najib’s personal bank account.

WSJ reported that the document had traced nearly US$700 million (RM2.6 billion) was transferred to a government agency and later credited into the Prime Minister’s personal accounts in separate deposits. 

- Sumber: Astro Awani 

Wanita mendakwa dibakar oleh polis

Gambar hiasan

UTTAR PRADESH - INDIA. Seorang wanita maut selepas mendakwa dirinya dibakar akibat gagal memberikan rasuah kepada polis dalam kejadian Isnin lepas.

Menurut laporan BBC, Neetu Dwivedi, 40, yang meninggal dunia semalam memberitahu majistret sebelum itu bahawa dua orang pegawai polis meminta 100,000 rupee (RM5,990.26).

Beliau dibakar selepas gagal memberikan wang tersebut.

Bagaimanapun, pegawai polis yang dituduh mendakwa ia adalah fitnah dan wanita tersebut cuba membakar dirinya sendiri.

Pegawai polis tersebut kini digantung tugas.

Sementara itu, Menteri, Akhilesh Yadav memerintahkan kes tersebut disiasat.

Anak lelaki Dwivedi yang bekerja sebagai wartawan untuk surat khabar tempatan mahukan keadilan kerana 'ibunya hanya akan aman apabila pesalah dihukum'.

Bulan lepas, seorang wartawan, Jagendra Singh juga mendakwa dibakar oleh polis di Shahjahanpur.

- Sumber: BBC

Peguam Negara perlu bertanggungjawab

Mohd Puad Zarkashi

PETALING JAYA - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail digesa bertanggungjawab terhadap pembocoran maklumat sulit oleh Wall Street Journal (WSJ) sehingga mengakibatkan spekulasi negatif terhadap imej Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Abdul Gani juga digesa menafikan penglibatannya terhadap kebocoran maklumat tersebut.

Menurutnya, siasatan dalaman perlu dilakukan untuk mengesan dalang yang telah membocorkan maklumat dan dokumen sulit kepada media asing tersebut.

"Pihak berkuasa juga perlu menyiasat sama ada wujud konspirasi terancang untuk menggulingkan Najib," katanya.

Beliau berkata, adalah memelikkan apabila WSJ boleh menerbitkan sebuah artikel berkaitan dokumen Pasukan Penyiasatan Khas kurang daripada 24 jam selepas serbuan dibuat.

"WSJ sekali lagi menerbitkan dokumen berkaitan selepas kenyataan mengenai enam akaun yang dibekukan dibuat," katanya.

Mohd Puad berkata, WSJ menyatakan terdapat dua jenis dokumen yang telah diterima mereka daripada Pasukan Penyiasat Khas Kerajaan di Malaysia.

"Yang pertama adalah ‘remittance document’ dan yang kedua adalah dokumen pasukan penyiasatan tersebut," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, ‘remittance document’ hanya menyebut nombor akaun AmIslamic Bank yang tidak mempunyai nama sesiapa pun.

"Tidak lama selepas kenyataan mengenai enam akaun yang dibekukan dibuat, WSJ sekali lagi telah menerbitkan dokumen-dokumen berkaitan," katanya.

Beliau berkata, jika benar ada di kalangan anggota kepada Pasukan Penyiasatan Khas pimpinan Peguam Negara membocorkan maklumat kepada WSJ, maka dokumen tersebut adalah dokumen yang masih belum diputuskan kesahihannya.

" Pembocoran maklumat ini juga boleh menjejaskan keseluruhan penyiasatan kerana terdapat individu yang tidak lagi bersifat ‘impartial’," katanya.

Mohd Puad berkata, Ghani perlu menyiasat segera kebocoran maklumat siasatan yang belum lengkap oleh Pasukan Penyiasat Khas yang ditubuhkan.

"Tindakan tegas perlu diambil terhadap dalangnya," katanya.

Kelmarin, WSJ di laman webnya memuatnaik beberapa dokumen perincian hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi Najib.

Ia termasuklah slaid yang mendakwa wang tersebut dipindahkan ke akaun AmIslamic Bank Bhd dipercayai milik Najib yang disokong oleh rekod transaksi bank.

Dokumen itu didakwa diperoleh daripada penyiasat Kerajaan Malaysia.

- Sumber: Sinar Harian 

What's the buzz behind the 'leap second'



Instead of the usual transition from 23:59:00 to 00.00.00 on any other ordinary day, the day on June 30 went from 23:59:00 to 23:59:60 before arriving at 00.00.00 on July 1.

There was a bit of a buzz in anticipation of the clock running down to midnight recently, on June 30th, a day which marked the end of the first half of the year,.

The transition from 23:59:00 to 00.00.00 that night was filled with some rather intriguing and perplexing thoughts – all due to a phenomenon known as a ‘leap second’.

It was feared the said phenomenon would unleash its wrath on cyberspace, wreaking havoc on financial markets and all other manner of mischief.

I have heard of a leap year but not a leap second. #Dumbfounded.

So what is a leap second and why is there a need for one?

I soon found out that it isn’t really a new phenomenon (pardon my obliviousness). In fact, the leap second has been incorporated into the timekeeping of computers around the world since 1972. #Eurekamoment

However, adding a leap second can be perilous, as seen in recent accounts.

“Last time a leap second was added, on a weekend in 2012, Mozilla, Reddit and LinkedIn all crashed. In Australia, more than 400 flights were grounded as the Qantas check-in system went down, requiring the job to be done manually,” the Guardian Science correspondent, Hannah Devlin said.

Leap seconds meddle with the software controlling huge computing systems and the internet generally isn’t up for that sort of mess.

Last time a leap second was added on a weekend 2012.

In the previous adjustment of a leap second in atomic clocks in 2012, a number of tech giants and market players were hit badly with their systems being crashed-- in some cases for hours. Source:http://hexus.net/

CNN’s David Goldman explained, “The code for most large scale systems is based on UNIX, software that traces its roots to 1970 -- two years before leap seconds ever existed.

“Computers check in from time to time with the International Earth Rotation and Reference Systems Service's (IERS) network to make sure that they are telling the time correctly like wristwatches, they have to be "rewound" every now and then.”

According to Goldman, “The IERS is an alternative to the atomic clock, which precisely measures a day in 86,400 seconds but doesn't account for the fact that a day is not exactly 24 hours. When the IERS determines that we're all living about a second ahead of where we should be, it declares a leap second.”

IERS would inform computers that the final minute of that day according to Greenwich Time would have 61 seconds when leap seconds run its course.

So, instead of the usual transition from 23:59:00 to 00.00.00 like any other ordinary day, the end of June 30 went from 23:59:00 to 23:59:60 before arriving at 00.00.00 on July 1.

Due to the problems observed in 2012, it understandably raised some concerns this time around. However, the Internet didn’t crash, due to preemptive measures taken by stakeholders.

As to why there is a need for a leap second, who better to provide the answer than a bunch of rocket scientists?

The National Aeronautics and Space Administration (NASA) in Astronomy Now, said the need for a ‘leap second’ was due to “the gravitational tug of war between Earth, the moon and the Sun” which gives rise to a form of decelerating force, leading to the gradual slowdown of the Earth’s rotation.

So basically we need this extra second, to account for the gradual slowdown of Earth’s rotation.

But whether we need it or not, depends on who you ask though.

Britain, Russia and China seem to favour it, justifying that the technical challenges are manageable. The US and France however are strongly against it, said Hannah.

The battle will likely continue until a decision about the leap second is made by the special UN body, the International Telecommunication Union that, looks over matters pertaining to information and communication technology. 

- Source: AFP

British tourist double murder trial opens on Thai island

Myanmar national Win Zaw Tun (front) walks out of a prison transport van as he arrives at court for the start of his trial on the Thai resort island of Koh Samui on July 8, 2015. - AFP PHOTO / Jerome TAYLOR

KOH SAMUI: The high-profile trial of two Myanmar migrants charged with killing two British holidaymakers opened Wednesday on the holiday island of Koh Samui, in a grim case that has tarnished Thailand's reputation as a tourist haven.

Zaw Lin and Win Zaw Tun have pleaded not guilty to the murder of 24-year-old David Miller and the rape and murder of Hannah Witheridge, 23, on the southern island of Koh Tao in September.

The two men, who have been in custody on neighbouring Koh Samui since October, arrived at court in a prison van with their feet shackled. They face several charges -- including murder, rape and robbery -- and if found guilty they could face the death penalty.

Family members of the two British backpackers were also present for the opening of the trial, as the prosecution remains marred by allegations of a bungled investigation.

The defence team claim the migrant workers, who both worked for low wages in the tourism trade, have been scapegoated by an under-pressure police force as the murders put Thai authorities in the international spotlight.

After the trial started Wednesday Andy Hall, an activist for a migrants group helping to fund the pair's case, told AFP the judge will decide whether the defence can independently test the controversial forensic evidence against their clients on Thursday.

"We feel confident he will allow it," he said of tests the defence have been demanding for months in order for a "fair trial".

'Bright future ended' 

The lifeless, battered bodies of Miller and Witheridge were discovered on a beach just a few hundred yards from the main tourist drag in Koh Tao, sending shockwaves across the beach-fringed idyll in the Gulf of Thailand popular with backpackers and divers.

Miller's beaten body was found in shallow surf while Witheridge's was located slightly further up the beach. Police say she was raped as well as beaten.

The families of both victims released statements early Wednesday confirming they would attend the trial's opening at the imposing courthouse perched on a hill overlooking Samui's lush palm trees and white beaches.

"Just hours before he died David was talking to us with his usual enthusiasm, describing the beauty of Koh Tao and the friendliness of the Thai people," Miller's family said in their statement, adding that they hoped to "gain a better understanding" of how the young Brit died.

"Hannah was a beautiful person, inside and out, she brought a room alive just being there," the Witheridge family wrote in their statement.

"Her bright future was brutally ended leaving those who loved her broken with no answers."

Miller's parents and brother were present at court Wednesday as well as Witheridge's father and brother.

Both families appealed for privacy from the press for the duration of the trial, which is expected to take place over 18 staggered days between now and September with a verdict due in October.

The killings came as the country's vital tourism industry was beginning to recover from months of violent street protests that culminated in the May 2014 military coup.

The case also shone a light on Thailand's many underpaid and often exploited Myanmar migrant workers who fill the lucrative tourist sector.

The pair's defence team have long criticised the police investigation, claiming the crime scene was contaminated and that their clients were tortured into admitting guilt.

Both men retracted their initial confessions, saying they were coerced into making them.

The defence team had also complained about not being given access to the forensic evidence, despite the court initially ruling in April that they could run their own independent tests.

"There's a real lack of adequate disclosure by the prosecution and that worries us about whether there will be a fair trial," Hall, from the Migrant Worker Rights Network, told AFP before the judge confirming a decision on this would be reached Thursday.

The forensic material from the crime scene has been used by Thai police and prosecutors to insist they have charged the right men, saying it strongly points to the Myanmar pair as the perpetrators.

The victims' families have also previously said they have confidence in the case after British investigators reported back to them following a visit to Thailand late last year.

- Source: AFP

Lost your handphone? Don't worry, Cristiano Ronaldo will retrieve it!


GLOOM turned into joy for Austin Woolstenhulme after football legend, Christiano Ronaldo personally returned it during his visit to Las Vegas, recently.

It all started when Woolstenhulme who was in the city lost her mobile phone while watching famous, DJ Zedd's performance there.

Indeed, Lady Luck was on her side ... A few days after she lost her gadget, she was in for sweet surprise after she received a call from what seemed to be a 'Private Number' caller who later identified himself as Cristiano Ronaldo.

Ronaldo, who's dubbed as Europe's most marketed import and a figure known by 80 per cent of people around the world, offered to return her mobile phone.

He also took her and several of her friends out for dinner to one of the swankiest eatery in the city!

A starstruck Woolstenhulme and her friend, Kenzie Sellers shared their excitement through their social media profiles. Moments later,

Meanwhile, Twitter users reacted positively towards Ronaldo’s action with many citing the 30-year-old Real Madrid star 'honest' and 'a beautiful face with a good heart'.

- Source: AFP

None of the frozen accounts belonged to Najib Razak - AG

Tan Sri Abdul Gani Patail also expresses strong concern at the leakage of documents pertaining to an ongoing criminal investigation relating to allegation of funds transmitted to the accounts of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. -Filepic

KUALA LUMPUR: The freeze orders involving six bank accounts did not involve any accounts held by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, said Attorney General Tan Sri Abu Gani Patail.

In a statement issued today, Abdul Gani expressed strong concern at the leakage of documents pertaining to an ongoing criminal investigation relating to allegation of funds transmitted to the accounts of Najib.

Abdul Gani in a statement said that he has called for a full investigation into the matter.

“This concern is also endorsed by the Governor of Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Inspector-General of Police, Tan Sri Khalid Abu Bakar, and the Chief Commissioner of the Malaysian Anti-Corruption Commission, Tan Sri Abu Kassim Mohamed,” he said.

Abdul Gani said documents disclosed in The Wall Street Journal (WSJ) article on July 7 were the subject matter of an investigation and emphasized that it was crucial to preserve the integrity of the investigation as the public must not doubt the investigation.

“This was not a question of whistle-blowing because the matter is already under investigation. A further concern was that the documents were allegedly leaked from within the investigation itself,” he said.

Abdul Gani added, he would not hesitate to prosecute any person found to have leaked confidential investigation-related information as it is a criminal offence under section 133 of the Financial Services Act 2013 and section 145 of the Islamic Financial Services Act 2013.

“It is also a criminal offence under section 203A of the Penal Code for any person to disclose any information or matter which has been obtained by him in the performance of his duties or the exercise of his functions under any written law and for any person who has any information or matter which to his knowledge has been disclosed in contravention of the law to further disclose that information or matter to any other person,” he said.

Last Friday, WSJ published a report claiming that almost US$700 million of 1MDB funds had been channelled to personal bank accounts of the prime minister.

On the same day, the Prime Minister's Office dismissed the WSJ report and said it was a political sabotage to topple a democratically-elected prime minister.

1MDB also stated that it had never channelled funds to Najib.

On Tuesday, a multi-agency task force probing the alleged misappropriation of 1MDB funds said six bank accounts related to the investigation have been frozen.

- Source: Astro Awani 

Woman arrested in Spain for recruiting girls for IS

Spain's Interior Minister Jorge Fernandez Diaz said there is an increasing number of women and girls being recruited for the IS.

MADRID: A woman was arrested on Tuesday in Spain accused of recruiting girls and adolescents for the Mideast radical group Islamic State (IS), the Spanish Interior Ministry reported on Tuesday.

The woman, of Spanish nationality and a convert to Islam, was arrested in Arrecife, on the island of Lanzarote, the Canary Islands.

She received instructions from an important IS facilitator in Syria who gave the information needed to send the girls to the areas controlled by IS. Although she recruited a group of women, she was unable to manage their leaving.

The police searched the woman's house and the detainee was transferred to Madrid.

Spain's Interior Minister Jorge Fernandez Diaz said there is an increasing number of women and girls being recruited for the IS.

He pointed out that in Spain the police "found the first cell in charge of recruiting, indoctrinating and radicalizing" exclusively organized by women and to recruit women.

Spanish police also arrested on Tuesday an alleged jihadist at Barcelona airport El Prat. He was travelling from Algeria to Hamburg and had an international warrant for joining the IS and taking part in the Syrian conflict.

Meanwhile, two Spanish men were arrested on Monday in Madrid after returning from fighting in Syria. The two detainees had appeared in a video in January where they told how they were fighting with the IS in a "revolutionary war" started by the Kurdish militias.

They are accused of taking part in armed conflict without Spain' s authorization, putting national interests in jeopardy and joining groups considered terrorist organizations by international organizations. 

- Source: Antara News

Superstar Ronaldo meets near-nude clone in Tokyo

The silicon dummy, made with the help of a Hollywood studio, was naked but for a black pair of Ronaldo's own brand of underwear and the pulsing "Six-Pad" device attached to its torso.

TOKYO: Real Madrid superstar Cristiano Ronaldo came face to face with a scantily clad life-size double on Wednesday when Japanese scientists unveiled a "cyber clone" of the Portuguese pin-up.

The 30-year-old, who was in Tokyo to promote an electric muscle stimulator for sculpting a washboard stomach, gave the thumbs-up to the doppelganger with moving facial features, created after a 3D scan of his body using 110 micro cameras.

"It's perfect," smiled Ronaldo as he checked out the clone with fluttering eyelids and roving eyes. "I love it."

The silicon dummy, made with the help of a Hollywood studio, was naked but for a black pair of Ronaldo's own brand of underwear and the pulsing "Six-Pad" device attached to its torso.

"I have to say he looks just like me," added Ronaldo. "I would be a liar if I said it doesn't."

Ronaldo, the reigning world footballer of the year, has legions of fans who swoon over his chiselled looks and muscular physique, which he regularly shows off by removing his shirt to celebrate goals.

There was a similar reaction when Ronaldo was wheeled out for Japanese television as studio guests giddily prodded and poked his stomach. A detailed graphic also revealed his "eight-pack" -- not the standard six that gym-goers aspire to.

Celebrities on Fuji TV's "Viking" show cooed "Oh, your face is so small" -- a traditional Japanese compliment for good-looking foreigners -- as Ronaldo appeared in jeans, a tight T-shirt and diamond ear studs.

Ronaldo, who earns an estimated $43 million a year in salary and endorsements, laughed when the male presenter asked about reports the player does 3,000 sit-ups daily.

"No, that's not true," he said. "I hit the gym after training every day, sure. But I do about 300 sit-ups a day."

Asked to show off his belly, Ronaldo duly obliged to approving gasps, while studio guests lifted their own shirts to reveal flabby tummies, one wag shouting "I've got a one-pack!" to Ronaldo's amusement.

Ronaldo visited Japan last year to push a face-stretching gadget designed to enhance the user's smile, although he refused to put it in his mouth as intended, perhaps fearful of a backlash on social media.

Japan is a common destination for European or American stars who are paid big money to sell products that never see the light of day back home.

Many insist on confidentiality clauses, preventing commercials from being shown in their home countries, although the spread of the Internet has now complicated the process. 

- Source: AFP 

Susulan laporan WSJ, PKR akan tuntut mahkamah batalkan PRU-13

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan berkata saman itu akan difailkan secepat mungkin.

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat akan memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mencabar kesahihan Pilihan Raya Umum ke-13 susulan laporan akhbar The Wall Street Journal yang mendakwa dana daripada 1Malaysia Development Berhad digunakan untuk kempen pilihan raya.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan berkata saman itu akan difailkan secepat mungkin. Pada masa yang sama, beliau juga mengarahkan semua wakil jawatankuasa pilihan raya negeri parti itu untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hujung minggu ini.

"Tindakan mahkamah ini akan menjadi pemangkin ke arah pembatalan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh UMNO dan Barisan Nasional di pilihan raya yang lepas," katanya.

PKR juga katanya bersedia mempertahankan kerusi-kerusi yang ia menangi sekiranya mahkamah memutuskan keseluruhan PRU-13 dianggap tidak sah dan terbatal.

- Sumber: Astro Awani 

Akaun yang dibekukan bukan milik Najib - Peguam Negara

Abdul Gani menekankan beliau tidak akan teragak-agak mendakwa mana-mana individu yang membocorkan maklumat yang sedang dalam siasatan. -Foto Fail

KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengesahkan perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai tidak melibatkan mana-mana akaun bank peribadi milik perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Peguam Negara, Abdul Gani turut menekankan beliau tidak akan teragak-agak mendakwa mana-mana individu yang membocorkan maklumat siasatan.

“Membocorkan maklumat sulit yang berkaitan siasatan adalah merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mana-mana individu yang mepunyai akses pada dokumen siasatan atau maklumat berhubung hal ehwal akaun mana-mana pelanggan,” jelasnya.

Menurut Abdul Gani, kesalahan juga tertakluk pada individu yang sedang dan pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan berkaitan yang bertindak mendedahkan kepada seseorang apa-apa dokumen atau maklumat akaun yang disebutkan dalam siasatan.

Semalam, pasukan Petugas Khas bagi menyiasat dakwaan tersebut memaklumkan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes terbabit telah dibekukan.

Dalam pada itu, kata Abdul Gani, adalah menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 203 A Kanun Keseksaan untuk mana-mana individu menzahirkan sebarang maklumat atau perkara yang telah diperolehnya semasa melaksanakan tugas.

Tegas Abdul Gani, tidak timbul persoalan "whistle-blowing" kerana perkara berkenaan sudah dalam siasatan.

Kenyataan peguam negara itu dibuat susulan kebimbangan terdapatnya kebocoran maklumat dari dalam pasukan petugas khas yang dibentuk.

Menurutnya, kebimbangan itu turut disokong Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan dakwaan daripada sumber bahawa tiga daripada enam akaun yang dibekukan adalah milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut portal itu, dua akaun tersebut ialah daripada AmBank dan Affin Bank.

Siasatan dibuat susulan laporan akhbar Wall Street Journal (WSJ), pada Jumaat, yang mendakwa dana 1MDB berjumlah AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Najib dan 1MDB.

Beberapa pihak dalam pada itu menggesa Najib mengambil tindakan terhadap WSJ untuk membersihkan namanya dan mempertahankan integriti kerajaan.

- Sumber: Astro Awani 

Tiada sebab untuk tangkap Tun Mahathir

Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak cadangan pihak tertentu agar polis menangkap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikatakan membuat kritikan yang menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri dan kerajaan.

"Tiada sebab untuk menangkap Dr Mahathir. Cadangan tersebut adalah satu tindakan yang nakal dan saya tidak akan melayan permintaan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Ops Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri di KL Sentral di sini hari ini.

Isnin lalu, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah dalam akaun Twitter mencadangkan supaya polis bertindak cepat dan menangkap Dr Mahathir ekoran kritikan berterusannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata siasatan kes dakwaan dana 1MDB yang diselewengkan dan pembelian kontroversi aset Dudley International House di Melbourne, Australia oleh Mara Incorporated Sdn Bhd, tidak boleh didedahkan sehingga siasatan selesai kerana ia boleh mengganggu siasatan dan bertentangan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Sesiapa sahaja yang mendedahkan siasatan yang dijalankan oleh pasukan khas boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terlampau ghairah dalam mengemukakan pendapat dan menyebarkan maklumat yang mereka terima di laman sosial berkaitan dengan dua isu itu yang sedang hangat dibincangkan ketika ini.

Khalid berkata mengikut Akta SPRM, sesiapa sahaja yang mendedahkan siasatan yang dilakukan oleh pasukan khas sama ada berkaitan 1MDB atau pembelian aset oleh Mara Incorporated Sdn Bhd, boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

- Sumber: Bernama

Gara-gara tidak mahu buat seks, teman lelaki diserang

Tabatha Lee Grooms

GEORGIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita didakwa menyerang teman lelakinya yang tidak mahu melakukan hubungan seks, dalam kejadian pada 24 Jun lepas.

Laporan Mirror mengatakan Tabatha Lee Grooms, 35, menyerang Carlos Rodrecus Grace, 30, dan ibu teman lelakinya, Betty Clark, 66.

Grace dilaporkan menolak permintaan hubungan seks dari Grooms beberapa jam sebelum kejadian.

Grooms dikatakan berada dalam keadaan mabuk ketika menyerang, mencakar muka, kepala dan leher Grace yang ketika itu sedang berehat di rumahnya.

Wanita tersebut akan didakwa kerana kesalahan menyerang dan keganasan domestik.

Beliau kini ditahan di sebuah penjara di Richmond.

- Sumber: The Mirror 

Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 16 Julai

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Aidilfitri adalah pada petang Khamis, 16 Julai bersamaan 29 Ramadan 1436 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Menurutnya Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya melalui radio dan televisyen, menurutnya.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, anak bulan akan dilihat di beberapa tempat di seluruh negara.

Tempat berkenaan ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; Balai Cerap, Sabak Bernam, Selangor.

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh, Kuala Muda, Kedah; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; Menara Alor Setar, Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu, Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap Kusza, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak dan Kota Bharu yang kesemuanya di Kelantan.

Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, kesemuanya di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil di Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan kesemuanya di Pahang; Tingkat 13 menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Kuala Sungai Batu, Simpang Empat di Perlis. 

- Sumber: Bernama

Najib Razak beri masa 14 hari kepada WSJ untuk respon


Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penerbit The Wall Street Journal (WSJ) untuk menyatakan pendiriannya berhubung penerbitan dua artikel.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penerbit The Wall Street Journal (WSJ) untuk menyatakan pendiriannya berhubung penerbitan dua artikel yang mendakwa wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke akaun peribadi miliknya.

Dalam surat bertarikh 8 Julai kepada penerbit WSJ, Dow Jones and Company Inc, firma guaman Najib Hafarizam Wan & Aisha Mubarak berkata ia meminta syarikat itu untuk “memperjelaskan pendirian” bahawa adakah ia benar Najib telah menyeleweng sejumlah US700 juta (RM2.6 bilion) milik syarikat 1MDB.

“Kami diarahkan untuk mendapatkan pendirian anda kerana artikel secara kolektif mencadangkan bahawa anda tidak pasti "sumber asal wang itu dan apa yang berlaku kepada wang terbabit" sementara di sisi lain, ia mewujudkan gambaran yang jelas bahawa klien kami telah menyalahgunakan kira-kira US$700 juta (2.6 bilion) yang dimiliki oleh 1MDB,” kata surat itu.

Surat itu juga memberi masa 14 hari untuk untuk WSJ menjelaskan jika mereka telah melantik peguam di Malaysia dan bagi pihak wartawan yang menulis artikel terbabit sekiranya prosiding undang-undang diperlukan.

Surat itu memberi fokus kepada dua artikel bertajuk ‘Malaysia leader's accounts probed’ bertarikh 2 Julai dan ‘Scandal in Malaysia’ bertarikh 6 Julai, yang ditulis oleh Simon Clark dan Tom Wright.

Berikut adalah kandungan penuh surat yang dikeluarkan:

The Board Of Directors, Dow Jones & Company, Inc

We act for the Right Honourable Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, the Prime Minister of Malaysia, in his personal capacity.

We refer to the Articles dated 2nd July 2015 and 6th July 2015 in your Wall Street Journal which, we state, contains a plethora of convoluted, scurrilous and vague allegations against our client.

In the circumstances, we are instructed by our Client to seek confirmation as to whether it is your position as taken in the Articles that our Client misappropriated nearly USD 700 million from 1Malaysia Development Berhad?

We are instructed to procure your position because the Articles collectively suggest that you are unsure of “the original source of the money and what happened to the money” whilst on the other hand, the general gist of the Articles create a clear impression that our Client has misappropriated about USD 700 million belonging to 1Malaysia Development Berhad.

In the circumstance and in the interests of our Client, we would expect a Newspaper of your international standing and reputation to state unequivocally and with clarity as to whether it is your contention that our Client misappropriated about USD 700 million belonging to 1Malaysia Development Berhad. You will no doubt appreciate the seriousness of the allegations made against our Client in the said Articles and this confirmation is sought to enable us to advise our Client on the appropriate legal recourse he can take to seek redress in relation to the publication of these Articles.

We demand a reply within fourteen (14) days of the date hereof and please let us know whether you have appointed solicitors in Malaysia to accept service of legal proceedings on your behalf and on behalf of the reporters who wrote the Articles in the event that legal proceeding become necessary.
We hereby reserve all our Client’s rights in this matter.

- Sumber: Astro Awani 

Polis serbu pejabat 1MDB hari ini

Pejabat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini diserbu polis pada pukul 11.30 pagi.

KUALA LUMPUR: Pejabat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini diserbu polis pada pukul 11.30 pagi.

Menurut laporan The Star Online, kenderaan polis dilihat berada di luar pejabat 1MDB di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur.

Semalam, pasukan petugas pelbagai agensi yang menyiasat dakwaan penyaluran dana 1MDB berkata bahawa enam akaun berkaitannya telah dibekukan.

Akaun berkenaan dibekukan susulan laporan oleh Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa sejumlah RM2.6 bilion dana 1MDB telah disalurkan ke akaun peribadi Najib.

Hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid berkata polis akan menyiasat WSJ bagaimana ia menerima maklumat tentang dana itu dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam artikel yang terbitkan pada Jumaat, WSJ mendakwa dana 1MDB berjumlah AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah disalurkan ke akaun Najib.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Najib dan 1MDB.

Beberapa pihak dalam pada itu menggesa Najib mengambil tindakan terhadap WSJ untuk membersihkan namanya dan mempertahankan integriti kerajaan. 

- Sumber: Astro Awani | Julai 08, 2015

Undur atau kami anjur demo, DAP ancam Najib


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh menafikan suara akar umbi dan berdolak-dalih daripada meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan.

Ahli Parlimen (DAP-Seremban), Anthony Loke berkata, jika Najib enggan memenuhi tuntutan itu, beliau tidak menolak satu demonstrasi besar-besaran akan dilakukan semua pihak termasuk oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

"Suara-suara itu amat kuat sekarang dan dengan mesyuarat pada hari ini (semalam), Perdana Menteri tidak boleh lagi menafikan perkara ini, sama ada beliau meletakkan jawatan ataupun sekurang kurangnya mengambil cuti untuk siasatan diadakan.

"Kalau dia terus berdolak-dalih, saya tidak menolak kemungkinan bahawa satu gerakan demonstrasi akan diadakan secara besar-besaran untuk menuntut supaya beliau meletakkan jawatan," katanya kepada Sinar Online di Dataran Parlimen, di sini, semalam.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berhasrat menganjurkan 'perhimpunan Bersih 4' sekiranya siasatan terhadap syarikat yang sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih tiada jawapan.

Beliau turut menggesa Najib bercuti daripada semua jawatannya, agar siasatan berhubung skandal terkini susulan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya dapat dijalankan.

- Sumber: Sinar Harian 

Siapa yang malukan negara sebenarnya, soal Tun M


1. SAYA dicela oleh Anifah Aman, Menteri Luar kerana memalukan negara dengan ditemubual oleh akhbar Amerika 'The New York Times'.

2. Mungkin Anifah tidak pernah baca suratkhabar Amerika sebelum usaha untuk memburukkan nama saya dijadikan asas mempertahankan Perdana Menteri Najib. Tetapi seluruh dunia tahu berkenaan Datuk Seri Najib, Jho Low dan 1MDB. 

Ini disebabkan akhbar terkenal Wasington, New York dan London telah menyiarkan rencana panjang sehingga empat muka berkenaan skandal 1MDB, Najib dengan cara hidup mewahnya, Jho Low sahabat karibnya dan Riza Aziz, anak tirinya yang membiayai filem lucah 'The Wolf of Wall Street'.

3. Sebuah kajian oleh pakar Barat mendakwa bahawa Malaysia adalah satu dari sepuluh buah negara yang mempunyai tahap rasuah yang tertinggi didunia.

4. Tetapi Anifah tidak berasa malu dengan semua laporan ini. Tidak ada sepatah pun disuarakan olehnya.

5. Semua laporan yang memburukkan Malaysia dibuat sebelum saya mengkritik Datuk Seri Najib.

6. Jika Anifah tahu malu, diwaktu akhbar-akhbar ini buat laporan dia sepatutnya sudah berasa malu. Dia sepatutnya menyoal Datuk Seri Najib akan skandal berkenaan dan laporan akhbar asing. Dia sepatutnya menasihat Dato Seri Najib supaya tidak bersahabat dengan Jho Low dan melarang anak tirinya dari berlagak sebagai hartawan kaya.

7. Di negara lain skandal seperti ini yang melibatkan seseorang pemimpin dia tetap akan letak jawatan dan pohon maaf. Tetapi di Malaysia ada orang yang mempertahankan pemimpin tanpa sebab, hanya kerana keselamatan jawatan.

8. Sesungguhnya yang memalukan negara ialah Datuk Seri Najib dengan 1MDBnya. Sebelum ini negara tidak pernah dicemuh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak terjawab seperti sekarang.

- Sumber: Sinar Harian 

Bunuh isteri, teman wanita sebelum bunuh diri

Anna dan Randy Moore

SOUTH CAROLINA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki bertindak kejam dengan menembak mati isteri, anak serta teman wanitanya sebelum membunuh diri, kata pihak berkuasa.

Menurut jurucakap polis, Trent Faris, 55, yang dikenali sebagai Randy Moore menembak mati isterinya Anna Hubbard, 50 dan anak lelakinya Jason Lockamy, 31.

"Suspek turut membunuh teman wanitanya, Lora Kathryn Young, 31 dan motif pembunuhan masih belum dikenalpasti," katanya dalam satu sidang media yang dipetik BBC.

Trent menambah, pihaknya sedang menjalankan siasatan segera dan sedang menunggu laporan hasil bedah siasat.

Sementara itu, menurut salah seorang jiran, Randy baru sahaja berpindah ke kawasan rumah berkenaan.

- Sumber: Sinar Harian