Friday, 6 June 2014

Kadar penembusan jalur lebar Malaysia capai 67.3%

Kadar penembusan jalur lebar Malaysia capai 67.3%


KUALA LUMPUR: Kadar penembusan jalur lebar di Malaysia semakin meningkat dengan angka semasa kini mencecah 67.3 peratus, iaitu hanya 7.7 peratus untuk mencapai sasaran 75 peratus menjelang tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata kadar terbaru itu merupakan peningkatan sebanyak 11.7 peratus dalam tempoh empat tahun lepas.

Beliau berkata peningkatkan kadar penembusan jalur lebar itu membuka ruang kepada Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dan menikmati pembangunan mapan.

"Komunikasi merupakan satu elemen penting dalam kehidupan kita dan dengan dikuasakan oleh jalur lebar, komunikasi pada hari ini hanyalah di hujung jari anda dan dunia kini menjadi tanpa sempadan," katanya dalam ucapan perasmian Kempen Melawat Muzium Telekom 2014 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha II kementerian Datuk Che Azemi Haron dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia (TM) Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa.

Abdul Rahim berkata sejajar dengan dasar telekomunikasi dan juga keperluan komunikasi masyarakat di negara ini, TM sentiasa mengorak langkah ke hadapan dengan pelbagai produk serta perkhidmatan terkini berasaskan jalur lebar.

"Kita harus berbangga dengan tahap telekomunikasi di negara ini yang merupakan hasil usahasama pelbagai entiti di bawah Pelan Jalur Lebar Negara," katanya.

Kempen tersebut diadakan bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2014 dengan tema 'Jalur Lebar Untuk Pembangunan Mapan.'

"Kempen ini diadakan bermula 2 hingga 15 Jun ini dengan pengisian pelbagai acara menarik," katanya.

Beliau berkata WTISD disambut setiap tahun sejak sejak 45 tahun lepas bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dunia mengenai manfaat teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) .

- Bernama 

Warga media sosial kesal gejala buli semakin berleluasa

KUALA LUMPUR: Warga media sosial terkejut dengan beberapa video yang telah dimuat naik dan tersebar luas di media sosial yang menunjukkan aksi pelajar perempuan saling bertumbuk dan dalam aksi ganas.

Video pertama berdurasi 1 minit, 46 saat itu dipercayai dirakam menerusi telefon bimbit, bermula dengan dua pelajar perempuan yang berdiri menghadap antara satu sama lain dan seakan-akan sedar bahawa video mereka sedang dirakamkan.

Video kedua pula berdurasi 58 saat bermula dengan dua pelajar perempuan bertumbuk dan menarik rambut sambil kedengaran perkataan seperti "Aku benci engkau" dan "tadi kata hebat sangat nak gaduh."

Pada Isnin, video pergaduhan pelajar yang menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli dengan kejam oleh sekumpulan pelajar perempuan lain turut muncul dan mendapat kritikan di media sosial. Video berkenaan dikenali sebagai 'Gadis Pailang'.

Gejala buli menjadi tumpuan Buletin Awani 745. Pada masa yang sama, pengikut @501Awani di Twitter memberi pelbagai reaksi tentang isu ini.

Berikut adalah beberapa tweet yang diterima:


@501Awani ya allah..bdak2 zaman skrang nie..klo x puas hati gunalh dngn cara yg baik2..bkn brgaduh sna sni..nie psti trpengaruh dngn kwan2— motemote lovestory (@FfFarahin99) June 5, 2014

@501Awani dah lama kes gaduh nie.budak sekolah lama aku pun mcmnie jugak.siap upload.hadeiii— annie the auntie (@AnnieVeeee) June 5, 2014
@501Awani they have to be responsible for themselves. No one else should bear the blame.— Izzat Ikhwan (@JatIkhwan)June 5, 2014

Gantung sekolah je?! RT"@501Awani: Gadis 'pailang' digantung sekolah.http://t.co/Q1OI0EGvye"— AMALINA (@amalinanorzan) June 5, 2014


"@501Awani: Gadis 'pailang' digantung sekolah.http://t.co/w3Jn4LnxIe" elok buang terus. Masukkan ke Hunrey Gurney.— DYJ ✌ (@DyjPogue) June 5, 2014


Remaja sekarang semakin hyper , seram aku tngok berita kat @501Awani pasal buli , prempuan tak malu ke ha ? Mana p sopan santun hang ?— cewad (@NShafiqahH)June 5, 2014


Gangsterism kt skolah dh ni bukannya buli lg dh@501Awani— Nik (@BiskutNik) June 5, 2014
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan ketika dihubungi memaklumkan, pelajar terlibat dalam video 'Gadis Pailang' telah digantung sekolah susulan kejadian buli yang berlaku pada 25 April 2014.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintenden Lee Chong Chern turut berkata tiga suspek dalam video berkenaan akan didakwa.

“Ketiga-tiga dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Bagi suspek pertama ada tambahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Kes ditetapkan untuk dibicara 23 Jun ini,” kata Lee kepada Astro AWANI.

Pada Buletin Awani 745, pelakon Sofi Jikan memohon maaf kepada junior-junior beliau di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan kerana suatu ketika dulu beliau pernah menjadi pembuli.

Berkongsi pengalaman peribadi beliau di Buletin Awani 745 malam Khamis, pelakon KL Gangster itu akui lakonan watak jahatnya hidup kerana mempunyai pengalaman yang banyak ketika zaman sekolah.

“Saya paling kesal kerana tidak kenal junior-junior Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan. Saya nak minta maaf sekarang ini. Namun cara kita mengganas terkawal, tidak di luar batasan dan tidak masuk hospital.

“Kepada pembuli dan yang dibuli, pengalaman-pengalam itu bukan sejarah yang membunuh tapi menghidupkan kita” kata Sofi.

Kisah beliau turut mendapat respon di Twitter:


"@501Awani: Pelakon Sofi Jikan mohon maaf kepada 'junior-junior' di sekolah menengah.http://t.co/oFxDf2bB91" aku f1 masa kau f5— Husni Abdul Hamid (@husni74) June 5, 2014


@aimannrahim @501Awanikiranya betul la yang sofi jikan tuh senior kita?— HYUNG....102 (@_BigPaAnPump) June 5, 2014


Patut agensi pendidikan & NGO motivasi ambil bro@Shoffi_Jikan jadi IKON ANTI BULI KEBANGSAAN secara meluas 1 Malaysia #Awani745@501Awani— HidayatMS (@YatMoharany) June 5, 2014


Sekiranya anda pernah jadi mangsa buli, bersediakah anda berkongsi pengalaman itu? Sekiranya anda pernah menangani kes buli, kami mengalu-alukan juga pengalaman anda.

Kirimkan maklumbalas anda tidak lebih daripada 200 patah perkataan kepada feedback@astroawani.com. Kami akan menyiarkan pandangan terpilih.

Astro Awani 

Ujian DNA sahkan mayat milik Gareth David Huntley


Bagaimanapun punca kematian Gareth masih belum dikenalpasti


PULAU TIOMAN: Identiti mayat lelaki yang dijumpai di Pulau Tioman tengahari Rabu disahkan sebagai Gareth David Huntley.

Pengesahan dibuat hasil bedah siasat terhadap sampel ujian DNA mayat yang sepadan dengan sampel ibu Gareth, Janet Southwell.

Bagaimanapun punca kematian masih belum dikenalpasti.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, menjelaskan punca kematian gagal dikenalpasti berikutan keadaan fizikal mayat yang tidak sempurna.


Astro Awani | Jun 06, 2014

French Open: Sharapova subdues Bouchard to reach Paris final again


It wasn't easy and at times it wasn't pretty, but Maria Sharapova turned up the heat over three sets against up-and-coming Canadian Eugenie Bouchard on Thursday to reach her third consecutive French Open final.

For a time, the woman being labelled the "next Sharapova" looked on course for victory over the current model, until the Russian's aggression and experience prevailed 4-6 7-5 6-2.

It was Sharapova's third consecutive victory from a set down - further proof that when the chips are down there are few players who can equal her for fighting spirit.

"Winning a match where I felt my opponent played extremely well, exceptional tennis and I didn't feel that I was playing my best, I fought, I scrambled, and I found a way to win. I'm happy and proud about that," the 2012 champion told reporters.

"In the third I thought I was the aggressive one. I stepped up and I was doing things that I had wanted to do, which was I feel maybe I should have done earlier."

Looking close to mirror images on court, each blonde, each dressed in shades of pink with orange trim and each working the angles with flashing groundstrokes, it was Bouchard who called the tune in the first set.

However, by her own admission, she backed off in the second and third sets and despite Sharapova's service games being peppered with double faults, it was the more experienced player who began to stamp her authority, the shrieks becoming a roar of delight as she snuffed out the 20-year-old.

Sharapova will face Romanian fourth seed Simona Halep in the final, hoping to go one better than her defeat by Serena Williams last year.



A disconsolate Bouchard, seeded 18, knew she had been within touching distance of reaching her first grand slam final off the back of her last four run in Australia.

"I thought I was really close to it at the end of the second set, but I made too many mistakes on important points and important moments," Bouchard, known as Genie, told reporters.

Sharapova, who has battled shoulder injuries during her career, has now won the last 19 three-set matches she has played on clay since losing to Justine Henin in the third round at Roland Garros in 2010.

"In these last matches I have lost the first set, but I have lost them in different ways," she said.

"You know, at the end of the day, it's not how you finish a first set. It's how you finish the last set."


- Reuters via Eurosport 

'Gadis pailang' akan dituduh 23 Jun ini


GADIS PAILANG: Kes ditetapkan untuk dibicara 23 Jun ini


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintenden Lee Chong Chern berkata tiga suspek dalam video ‘Gadis Pailang’ akan didakwa.

“Ketiga-tiga dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Bagi suspek pertama ada tambahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Kes ditetapkan untuk dibicara 23 Jun ini,” kata Lee kepada Astro AWANI.

Paparan video yang dimuatnaik di YouTube menggemparkan pengguna media sosial di negara ini tentang gejala buli di kalangan anak-anak muda di sekolah. 

Video pergaduhan pelajar yang menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli dengan kejam oleh sekumpulan pelajar perempuan lain turut muncul dan mendapat kritikan di media sosial.

Video itu bermula dengan sekumpulan kira-kira 10 pelajar perempuan sedang lepak berdekatan tangga, mengambil gambar 'selfie' dan menunjukkan isyarat 'peace' di kamera.

Kumpulan itu sebaliknya mula menyerang mangsa yang dilihat berdiri di antara kumpulan tersebut.

- Astro Awani 

Polis jumpa telefon bimbit iPhone dekat mayat

Anggota Bomba dan Penyelamat membawa anjing pengesan ketika menyambung operasi mencari warga England Gareth David Huntley, 34, yang hilang di Kampung Juara, Pulau Tioman ketika tinjauan fotoBernama di Rompin, hari ini. - Foto Bernama
Anggota Bomba dan Penyelamat membawa anjing pengesan ketika menyambung operasi mencari warga England Gareth David Huntley, 34, yang hilang di Kampung Juara, Pulau Tioman ketika tinjauan fotoBernama di Rompin, hari ini. - Foto Bernama


KUANTAN - Polis hari ini menjumpai sebuah telefon bimbit Iphone dipercayai milik lelaki yang mayatnya ditemui berdekatan sebuah chalet di Kampung Juara, Pulau Tioman semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, polis masih meneruskan operasi di kawasan mayat dijumpai bagi mencari bahan bukti untuk membantu siasatan, termasuk dokumen pengenalan diri yang belum ditemui setakat ini.

"Polis juga hingga kini masih belum dapat mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Gareth David Huntley, lelaki warga British yang hilang 27 Mei lepas kerana siasatan masih dilakukan.

"Bagaimanapun, kita telah mengambil sampel DNA ibu Huntley, Janet Southwell, bagi membantu siasatan.

"Sampel berkenaan akan dihantar ke makmal di Petaling Jaya dan keputusan dijangka dikeluarkan dalam masa dua hari," katanya kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Sharifuddin berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada anggota badan mayat dan menolak unsur jenayah sebagai punca kematian.

Bagaimanapun, beliau berkata Southwell akan berada di Kuantan beberapa hari lagi bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Southwell tiba di Jabatan Forensik HTAA pada 11 pagi bersama-sama Naib Konsul Pesuruhjaya Tinggi British Karen Song dan teman wanita Huntley iaitu Kit Natariga Panyawatcharakun dengan helikopter bagi mengecam mayat itu.

Mayat itu ditemui pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam di tepi sungai, kurang 500 meter dari chalet penginapan Gareth di Pusat Perlindungan Penyu Kampung Juara.

Huntley merupakan sukarelawan pusat perlindungan penyu itu dan dilaporkan hilang pada 27 Mei lepas ketika dikatakan mahu ke Air Terjun Lubuk Teja berseorangan. - Bernama