Wednesday, 18 March 2015

Fly luxuriously with Nicole Kidman by Etihad Airways

Nicole Kidman photographed at the Etihad Lounge brings Hollywood glamour to the second-largest airline of the United Arab Emirates

Kuala Lumpur: Hollywood star and award-winning actress, Nicole Kidman is the new brand ambassador for the second-largest airline of the United Arab Emirates - Etihad Airways.

The launch of Etihad's new global brand campaign ‘Flying Reimagined’ and the worldwide premiere of a new television commercial (TVC) in Abu Dhabi yesterday was attended by the Hollywood actress herself with representatives of the global media and hundreds of specially invited guests.

Etihad's brand campaign launch ‘Flying Reimagined’ (from left to right) Peter Baumgartner, Chief Commercial Officer; Nicole Kidman; James Hogan, President and Chief Executive Officer. Photo courtesy Etihad Airways

The TVC, presenting Kidman as both star and narrator, was shot on board the airline’s new flagship A380 showcases the flight's captivating and luxurious flying experience.

It also highlights a digitally created scene of Kidman in the interior of the soon to be opened Louvre Abu Dhabi, celebrated architect Jean Nouvel’s futuristic and awe-inspiring showcase of modern architecture, influenced by the light and geometric patterns of the Emirate.

According to Peter Baumgartner, Etihad Airways Chief Commercial Officer, Etihad Airways is constantly pushing boundaries, taking inspiration from the world to provide a superlative in-flight experience for their guests.

Hence, Kidman is the perfect fit to promote the airline’s unconventional and leading the way in innovation, design, style and hospitality.

Nicole Kidman in the Residence by Etihad Bedroom. Photo courtesy Etihad Airways

“Nicole Kidman, as a globally respected artist, was the perfect voice and face for our story, and embodies worldly sophistication, intelligence, originality, and elegance - values which form the foundations of the Etihad brand”, said Baumgartner.

Watch the TVC below, Nicole Kidman travels to iconic places of the world and draws from the inspirations and influences that lead to the world’s most remarkable travel experience


- Source: Astro Awani 

PM dicabar saman Jho Low, media antarabangsa

  • Rafizi
  • Rafizi

SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap media antarabangsa yang menyiarkan pengakuan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low didakwa sebagai kenalan rapat keluarga perdana menteri itu.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan jika laporan akhbar di Hong Kong dan New York itu berunsur fitnah, Najib sepatutnya menyaman segera syarikat penerbitan itu yang didakwa cuba menjejaskan nama baik perdana menteri sekeluarga.

“Kalau betul itu fitnah dan ia satu pembohongan oleh akhbar Hong Kong dan New York, maka PM wajib saman mereka sekarang juga. Saya pun PM tidak berani saman.

“Dia (Jho Low) juga sebut kenalan kepada anak tiri perdana menteri, iaitu anak sulong Datuk Seri Rosmah Mansor malah dia terlibat dalam menerbitkan filem Hollywood,” katanya pada Wacana Sinar Harian yang bertajuk ‘Apa di sebalik 1MDB’ di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.

Baru-baru ini, sebuah portal melaporkan Jho Low didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB melalui urus niaga bersama syarikat itu dan PetroSaudi International pada 2009.

Laporan portal itu turut mendedahkan bayaran balik hutang syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi sebanyak AS$700 juta kepada PetroSaudi pada 2009 didakwa bagi mengaburi mata, sedangkan dana itu disalurkan kepada sebuah syarikat yang dimiliki Low.

Antara skandal 1MDB yang dilaporkan termasuk dakwaan memfitnah Najib dan anak tirinya, Riza Aziz dalam 1MDB melalui sebuah artikel berjudul ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?’

Ini termasuk dakwaan setiausaha agung PKR itu pada September tahun lepas yang mengatakan hutang 1MDB kini dilaporkan melebihi RM30 bilion dan ia terletak di bawah tanggungjawab kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Audit Negara telah pun memulakan proses pengauditan terhadap 1MDB sebaik menerima arahan daripada Najib, awal Mac lalu.

- Sumber: Sinar Harian 

Ancaman dunia siber kepada kanak-kanak

Dalam satu Laporan Kaji Selidik Kebangsaan CyberSAFE di Sekolah 2014 menyatakan kira-kira 40% daripada kanak-kanak tidak tahu cara untuk melindungi diri mereka di internet. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Dengan teknologi dalam talian yang sedia ada ini memang tidak dinafikan dapat membantu proses pengumpulan maklumat dengan lebih pantas.

Informasi, maklumat, berita semuanya berada di hujung jari tidak kira di mana kita berada.

Namun begitu ‘dunia tanpa sempadan’ ini turut menjadi ancaman kepada perlindungan kanak-kanak terutama yang terdedah kepada pornografi, buli siber, dan pencurian identiti.

Dalam satu Laporan Kaji Selidik Kebangsaan CyberSAFE di Sekolah 2014 menyatakan kira-kira 40% daripada kanak-kanak tidak tahu cara untuk melindungi diri mereka di internet.

83% daripada kanak-kanak tidak menggunakan pelbagai cara untuk melindungi diri mereka di internet, di mana 30% daripada mereka langsung tidak mengambil sebarang langkah atau hanya mengambil satu tindakan untuk keselamatan mereka atas talian.

Laporan kajian ini adalah untuk meneliti beberapa dimensi kelakuan berkaitan internet; keselamatan atas talian; pembulian siber, rangkaian sokongan dan kebimbangan peribadi

Ikuti kupasan mendalam Shafizan Johari bersama dua panel iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Pakar Pelindung Kanak-Kanak UNICEF Malaysia Phenny Kakama mengenai Perlindungan Kanak-Kanak.

- Sumber: Astro Awani 

Kes buli: Polis Johor tahan dua pelajar bantu siasatan

Polis menahan dua pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun bagi membantu siasatan kes buli seorang pelajar SMK Tun Aminah. -Gambar hiasan

JOHOR BAHARU: Polis menahan dua pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun bagi membantu siasatan terhadap rakaman video kes buli seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Aminah, di sini, semalam.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dalam status laman Facebook rasminya hari ini berkata, kedua-duanya ditahan susulan laporan yang dibuat mangsa.

"Polis menerima laporan yang dibuat mangsa berusia 17 tahun itu semalam. Ekoran daripada insiden buli tersebut, hari ini pada jam lebih kurang 1 hingga 3 pagi polis telah membuat tangkapan ke atas dua pelajar berusia 13 dan14 tahun terdiri daripada SMK Tun Aminah dan SMK Damai Jaya untuk membantu dalam siasatan," katanya.

Video berdurasi dua minit lima puluh sembilan saat yang dimuat naik dalam Facebook itu, menunjukkan seorang pelajar lelaki menampar muka mangsa beberapa kali manakala seorang lagi bertindak sebagai perakam video.

- Sumber: Bernama 

‘Anggap saja aku sudah mati’

Jenazah mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Langgar.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Kenangan mangsa (kanan) bergambar bersama rakan baiknya, Aizat.

Imej terakhir yang dimuat naik mangsa dalam Facebook miliknya.


KUALA BERANG - ‘Anggap Saja Aku Sudah Mati’. Itu imej terakhir yang terpapar pada Facebook milik mangsa lemas ketika mandi sungai, petang kelmarin.

Imej yang mengandungi tulisan berwarna merah itu dimuat naik pada 30 Januari lalu.

Mangsa, Muhammad Nur Zulfiqri Mohd Zuki, 15 merupakan bekas pelajar SMK Seri Berang bersama dua sahabatnya mengisi masa cuti sekolah dengan mandi-manda di sungai di kawasan bawah jambatan Kampung Buluh, di sini.

Bagaimanapun keseronokan bermain air bertukar tragedi apabila Muhammad Nur Zulfiqri yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya Ahad ini ditemui lemas.

Dalam kejadian kira-kira, 3.20 petang itu, selain mangsa yang berasal dari Kampung Langgar, rakan baiknya dikenal sebagai Tuan Aizat juga hampir lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa.

Difahamkan, mangsa ditemui orang awam di lokasi sama kira-kira 20 minit selepas kejadian dan ketika ditemui dia yang juga pelajar SMK Seri Lalang, Air Hitam, Johor, dipercayai sudah meninggal dunia.

Mangsa, yang juga anak bongsu daripada tiga beradik dan kini tinggal di Johor bersama ibunya, baru pulang ke kampung ayahnya, Mohd Zuki Ngah, 46, untuk menghabiskan masa sempena cuti sekolah.

Terkejut dapat tahu anak lemas

Mohd Zuki berkata, dia mendapat tahu berita sedih menimpa anaknya itu ketika sedang berehat di rumah kira-kira jam 4.15 petang, setelah seorang rakan anaknya datang memaklumkan kepadanya.

“Saya tidak pasti jam berapa dia keluar rumah dan saya sangat terkejut bila mendapat tahu anak saya sudah tiada akibat lemas ketika mandi di sungai bersama rakannya. Setahu saya, dia tidak pernah mandi sungai di sana (Kampung Buluh).

“Walaupun sedih dengan pemergiannya, namun sebagai bapa saya reda dengan ketentuan-NYA kerana ALLAH lebih menyayangi dia daripada kami sekeluarga serta rakannya,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Langgar, di sini, semalam.

Mangsa terkapai-kapai di tengah sungai

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dan seorang rakannya dikenali sebagai Aiman terjun ke sungai, lalu berenang ke tengah, manakala Aizat menunggu di tebing.

“Ketika di tengah sungai, mangsa didapati lemas menyebabkan Aiman mengambil keputusan berenang ke tebing bagi mendapatkan pertolongan. Melihat mangsa terkapai-kapai, rakannya (Aizat) berada di tebing itu kemudiannya terjun ke sungai untuk selamatkan mangsa.

“Bagaimanapun, dia (Aizat) pula yang turut sama lemas. Sementara Aiman mendapatkan pertolongan daripada orang kampung sebelum berjaya menyelamatkan Aizat.

“Mangsa yang ditemui kira-kira 20 minit kemudian, meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat dan punca kematian disebabkan mati lemas.

“ Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan ibu bapa diingatkan agar sentiasa awasi pergerakan anak mereka,”

Pakai jaket keselamatan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Zamri Omar pula berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.38 petang dan bergegas ke lokasi kejadian menaiki sebuah jentera dengan kekuatan empat anggota.

“Sebaik tiba di lokasi didapati mangsa sudah dijumpai orang awam,” ujarnya.

Katanya, kedalaman sungai itu dianggarkan kira-kira tiga meter dan difahamkan kawasan itu sering menjadi tumpuan pemancing.

“Orang awam dinasihatkan agar sentiasa utamakan keselamatan, termasuk menjadikan pemakaian jaket keselamatan sebagai satu amalan.

“Walaupun mandi di sungai berikan satu keseronokan, tetapi ia juga mampu mengundang perkara tidak diingini,” ujarnya.

- Sumber: Sinar Harian 

    'Ditembak' air kerana selfie berlatar kebakaran

    Sedutan video selfie yang dimuatnaik

    Sedutan video selfie yang dimuatnaik

    CONNECTICUT - AMERIKA SYARIKAT. Video selfie yang diambil sepasang lelaki dan wanita ketika kebakaran berakhir dengan basah.

    Thomas Lavery dan Krystine Hall yang dipercayai pekerja syarikat gergasi Apple, sedang bersiar-siaran ketika sebuah kebakaran berlaku.

    Menurut Dailymail.uk, pasangan tersebut tidak menjauhkan diri sebaliknya bertindak merakam sebuah video selfie sambil bergelak ketawa sebelum terkena pancuran air dari pasukan bomba.

    Pelayar yang menonton video selfie tersebut langsung mengeji tindakan selfie tersebut.

    "That should happen to everyone who takes a selfie." (Ini patut terjadi kepada mereka yang suka ambil selfie)," kata seorang pelayar, Penia dari Britain.

    "I bet that water was COLD! But ya know what? You shouldn't be standing around like an idiot when firefighters are doing their job nearby," (Saya pasti air tersebut sejuk! Tapi anda tahu tak, anda tidak sepatutnya berdiri seperti orang bodoh ketika bomba sedang melakukan kerja mereka)," tambah Groo dari Cordova.

    - Sumber: Dailymail.uk

    Arsenal bow out on away goals despite valiant win in Monaco

    Champions League Last-16, second leg, Stade Louis II – Monaco 0 Arsenal 2 (Giroud 36, Ramsey 79) - (Monaco win on away goals - 3-3 on aggregate)

    Arsenal's valiant attempt to make Champions League history ultimately came up short as a 2-0 victory at the Stade Louis II wasn't enough to deny Monaco a place in the last eight, with the French side coming through on away goals after a 3-3 aggregate draw.

    The Gunners came into the clash knowing they faced the improbable task of becoming the first side since Ajax in 1969 to overturn a two-goal deficit after losing the home clash of a European Cup tie.

    The 3-1 defeat at the Emirates left much work to be done and saw Olivier Giroud come in for some heavy criticism, but it was the France striker who gave them a glimmer of hope when he crashed a rebound into the roof of the net on 36 minutes.

    The Gunners lay siege to the Monaco goal for long spells and eventually pulled level on aggregate deep in the second half when substitute Aaron Ramsey drilled into the corner after Theo Walcott had hit the post.

    Giroud then had a great chance to send Arsenal through but was denied by Danijel Subasic as the French outfit held on to progress to the quarter-finals on away goals.  

    - Source: Eurosport 

    Michael Jackson maut terlanggar bahu jalan

    Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

    PUCHONG – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggang terbabas melanggar bahu jalan di Kilometer S3.7, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran susur keluar Puchong Intan, lewat malam kelmarin.

    Dalam kejadian jam 10.49 malam itu, mangsa, Michael Jackson @ J Stephan dipercayai dalam perjalanan dari arah Putrajaya ke Subang Jaya.

    Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa terbabas, sebelum melanggar bahu kiri jalan.

    Sumber berkata, mangsa terpelanting beberapa meter dan jatuh di jalan mati bersebelahan laluan lebuh raya tersebut.

    “Kejadian hanya disedari orang awam yang melihat mayat mangsa di tepi jalan, sebelum bertindak menghubungi ambulans.

    “Pegawai perubatan yang dikejarkan ke lokasi mengesahkan mangsa yang cedera parah sudah meninggal dunia,” katanya.

    Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

    Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Sehubungan itu orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Inspektor Mohammad Zul Helmi Khalid ditalian, 03-78627222 bagi membantu siasatan.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Pencuri tertinggal telefon bimbit

    Hashim dan Nursyafiqah menunjukkan laporan polis yang dibuat.

    KULIM - Seorang remaja yang sedang tidur berdepan detik cemas apabila biliknya dimasuki pencuri dalam satu kejadian di rumahnya di Karangan, awal pagi semalam.

    Dalam kejadian itu, suspek yang dikenali mangsa berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM300, namun tercicir telefon bimbitnya ketika melarikan diri melalui tingkap.

    Mangsa, Nursyafiqah Hashim, 14, berkata, kejadian itu disedarinya kira-kira jam 2 pagi apabila suspek cuba mendekatinya ketika sedang tidur.

    "Saya terkejut dan cuba membuka lampu namun suspek menarik saya sehingga terduduk.

    "Saya nak jerit tapi mulut ditekup dan leher dicekik sehinggalah saya gigit tangan suspek. Dia pun lepaskan tangan saya," katanya kepada Sinar Harian.

    Nursyafiqah berkata, selepas menjerit, suspek itu terus melarikan diri melalui tingkap.

    "Saya terus buka lampu dan waktu itu juga saya tak sedar rupanya tangan saya sudah cedera berdarah ditikam pencuri," katanya.

    Bapa mangsa, Hashim Osman, 50, berkata, ketika kejadian dia dan isteri serta dua lagi anaknya tidak mendengar sebarang bunyi mencurigakan.

    "Tapi seorang lagi anak perempuan saya yang berada di bilik berlainan terdengar bunyi bising di tingkap namun tak mengendahkannya.

    "Sebelum ini ada juga kejadian kecurian berlaku dan kehilangan wang, namun mereka tak masuk ke dalam rumah. Hanya guna kayu dengan mengait seluar yang digantung bagi mendapatkan wang yang ditinggalkan dalam kocek," katanya.

    Berikutan kejadian itu, satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim kira-kira jam 5 pagi, semalam.

    Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Abdullah Arshad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes akan disiasat.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Remaja 17 tahun pengantin termuda

    Pengantin berarak sebelum memasuki dewan untuk bersanding.

    MUAR - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun menjadi pengantin termuda daripada 26 pasangan yang dinikahkan pada Majlis Walimatulurus Perdana Daerah Muar 2015 di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini, semalam.

    Norazlina Faezzlin Radzali dan suaminya, Mohd Azumali Wagi, 25, mengambil keputusan berkahwin selepas mendapat restu bapanya, Radzali Atan, 54.

    Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, meskipun baharu menamatkan persekolahan tahun lalu, dia tidak menyesal mengambil keputusan berkahwin awal kerana menganggap jodohnya sudah tiba.

    Baginya, bukan semua orang berpeluang melalui pengalaman seperti itu (nikah ramai-ramai) dan kenangan ini akan menjadi momen terindah dalam hidup mereka.

    “Usia bukan penghalang untuk bergelar isteri, tetapi yang penting kesediaan individu memikul tanggungjawab sebagai isteri pada usia muda,” katanya.

    Norazlina Faezzlin berkata, kepada pasangan muda lain yang berniat berkahwin awal, teruskan hasrat jika sudah bersedia.

    Namun katanya, mereka perlu mendapatkan restu kedua ibu bapa dahulu supaya perkahwinan dibina beroleh keberkatan dan kekal bahagia.

    Radiah Jasa, 21, pula berkata, pakej RM1,900 yang disediakan Pejabat Kadi Daerah Muar, sangat membantu meringankan bebannya dan pasangan untuk mendirikan rumah tangga.

    “Tawaran seperti ini juga membolehkan saya menyegerakan perkahwinan yang dirancang dilaksanakan tahun ini.

    “Amat bagus sekiranya tawaran ini diteruskan pada tahun akan datang supaya lebih ramai lagi pengantin berpeluang merasai kelebihan yang saya peroleh ini,” katanya.

    Sementara itu, Kadi Daerah Muar, Dzulkafli Mohamed berkata, seramai 26 pasangan dari seluruh negara antaranya Johor, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan menyertai program itu dengan bayaran RM1,900 untuk setiap pasangan.

    Menurutnya, promosi perkahwinan ini dilakukan menerusi risalah, banting dan Facebook bertujuan meringankan beban dan memudahkan pasangan melangsungkan perkahwinan.

    - Sumber: Sinar Harian