Thursday, 17 October 2013

Bambang dicari bantu siasatan

Bambang dicari bantu siasatan
Bambang, dicari polis


SERDANG – Polis mencari seorang lelaki, Bambang Ekosumantri Sutarji, 26, bagi membantu siasatan berhubung satu kes pecah amanah membabitkan kerugian hampir RM10,000.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, lelaki yang beralamat terakhir di Taman Yayasan Buloh Kasap, Segamat Johor dikesan menghilangkan diri sejak April lalu.

Menurutnya, kes pecah amanah dilapor berlaku pada 16 Januari 2012 itu disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung lelaki berkenaan diminta berhubung dengan balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Serdang, Inspektor Mohd Hanif Yusoff ditalian 0123449800,”katanya.


Sumber

Penduduk gesa roboh replika rumah

Gesa roboh replika rumah
Zainurin menunjukkan papan notis amaran pengosongan bangunan, namun sehingga kini replika itu belum dirobohkan pihak berwajib.


SEKINCHAN – Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) digesa merobohkan segera sebuah replika rumah Melayu kampung zaman lampau di kawasan Pantai Sungai Labu Parit 7 Sekinchan, di sini, yang terbiar sejak lebih empat bulan lalu.

Ketua Umno Cawangan Parit 7 Sekinchan, Zainurin Jubri berkata, penduduk kesal berikutan replika rumah Melayu lama yang dijadikan tempat penggambaran filem Hong Kong itu tidak dirobohkan MDSB meskipun penggambaran filem itu telah lama berakhir.

Menurutnya, keadaan itu mengundang kebimbangan penduduk yang tinggal di situ kerana kemungkinan berlakunya gejala maksiat di dalam pondok itu jika ia berterusan dibiarkan tanpa tindakan sewajarnya.

“Penduduk mempersoalkan sampai bila replika ini akan terus dibiarkan kosong dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada penduduk, malah menjadi tempat pihak tidak bertanggungjawab melakukan kegiatan tidak berfaedah,” katanya.

Zainurin yang juga calon Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Sungai Besar berkata, jika dahulu MDSB mendakwa kawasan itu dijadikan tempat tarikan pelancong, namun ternyata kawasan itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada penduduk.

“Saya difahamkan, replika ini akan dirobohkan selepas tamat penggambaran, tetapi sebaik saja penggambarannya selesai, pihak produksi filem terbabit terus menghilangkan diri,” katanya.

Beliau berkata, replika itu jika berterusan dibiarkan akan menyebabkan struktur binaannya usang dan reput sekali gus mencacatkan pandangan pengunjung yang singgah ke pantai itu.

“Pantai ini menjadi tarikan pelancong terutama pada hujung minggu, namun keadaan replika yang terbiar menyebabkan keindahan kawasan sekelilingnya dicemari dengan aktiviti tidak sihat,” katanya.

Selain itu menurutnya, penduduk juga bimbang jika kawasan itu dijadikan sebagai sarang penagih jika tidak dirobohkan dengan segera.

Sementara itu, Penolong Pegawai Penerangan MDSB, Noraini Ahmad berkata, MDSB telah memberi kebenaran sementara tertakluk kepada syarat-syarat yang diberikan kepada produksi filem terbabit sebelum penggambaran itu dijalankan.

“Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi pihak terbabit, mereka perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Sabak Bernam, bangunan berbentuk sementara, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap struktur bangunan dan tiada kacau ganggu terhadap kawasan sekeliling,” katanya.

Menurutnya, kerja merobohkan replika itu di bawah bidang kuasa PTD Sabak Bernam setelah Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mendapati terdapat struktur bangunan yang didirikan di bawah rezab kerajaan.

“MDSB difahamkan sebanyak dua notis dikeluarkan PTD Sabak Bernam pada Julai dan September lalu kepada pengusaha terbabit, namun masih belum merobohkan bangunan itu.

“Luas telah isytiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan sensitif alam sekitar tahap dua kerana berhampiran persisiran pantai,” katanya.

Sinar Harian

Polis KL patahkan cubaan seludup kereta mewah curi bernilai RM2.07 juta

Polis KL patahkan cubaan seludup kereta mewah curi bernilai RM2.07 juta

Polis Kuala Lumpur mematahkan cubaan satu sindiket menyeludup 18 kereta mewah curi bernilai RM2.07 juta di sebuah kawasan perindustrian di Klang dekat sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata pihaknya melakukan serbuan di kawasan itu dan menjumpai semua kenderaan di dalam gudang, yang dipercayai akan dihantar ke Dubai.

"Antara kenderaan yang ditemui ialah sebuah kereta jenis Mazda 3, dua van Toyota Hiace, enam Toyota Fortuner dan sembilan Toyota Hilux yang dilaporkan dicuri di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata polis turut menahan seorang suspek berusia 40 tahun di gudang itu dan kini memburu penyewa premis berkenaan iaitu Choong Chee Keong, 40, yang beralamat di Kampung Sungai Lekok, Jerantut, Pahang bagi membantu siasatan.

Choong memiliki empat rekod jenayah lampau berkaitan kes curi kenderaan, katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohmad berkata polis menahan sembilan individu, termasuk seorang wanita, yang dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan seorang peguam warga Australia di sebuah kelab malam di Jalan Doraisamy di sini pada 4 Okt lepas.

Beliau berkata kesemua suspek diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Bukit Raja, Klang pada Ahad lepas.

"Hasil siasatan terhadap seorang suspek lelaki dan wanita warga tempatan itu, kami percaya mereka merupakan anggota kongsi gelap.

"Kami turut menjumpai sebilah pisau Rambo, 22 bilah parang, pedang samurai, cota besi, topeng muka, beberapa paket tembakau, gari dan sarung tangan yang dipercayai digunakan suspek untuk jenayah lain," katanya.

Susulan itu, Mohmad berkata pihaknya memburu tiga lagi suspek utama yang dikenali sebagai Muhd Rapai Amininula@Apai, 38, yang dipercayai dari Sabah; M. Syaifuddin Rosman, 21, dari Taman Maluri, Cheras; dan Mohd Fadli Saludin, 25, dari Jalan Batu Sapi, Sabah. 


- BERNAMA 

Warga Malaysia sah maut dalam nahas di Laos

Warga Malaysia sah maut dalam nahas di Laos

Seorang warga Malaysia adalah antara 44 orang yang terbunuh dalam nahas pesawat Lao Airlines yang terhempas ke dalam Sungai Mekong di selatan Laos pada petang Rabu.

Wisma Putera mengesahkan warga Malaysia itu sebagai Angelin Teh yang berada di Laos bersama suaminya, seorang warga Amerika Syarikat.

"Keluarga mendiang sudah dimaklumkan mengenai berita kematian ini," kata jurucakap Wisma Putera kepada Astro AWANI.

Pesawat jenis ATR-72 itu dalam penerbangan dari Vientiane menuju ke Pakse yang terletak dekat sempadan Thailand dan Kemboja sebelum terhempas kira-kira 8 kilometer dari tempat tujuan.

Pesawat itu dilaporkan terbang dalam keadaan cuaca buruk.

Lao Airlines dalam satu kenyataan malam tadi belum mengesahkan punca nahas namun seorang pegawai kanan penerbangan percaya ia ada kaitan dengan Taufan Nari.

Nahas itu turut mengorbankan warga Korea Selatan, Australia, Kanada, Taiwan, China, Burma dan Thailand.

Wilayah selatan Laos pada Selasa dilanda Taufan Nari yang membunuh 13 orang di Filipina dan 5 di Vietnam.

- ASTRO Awani 

Samsung reveals world's first curved display smartphone


SEOUL, (MLP) - Samsung today introduced GALAXY ROUND, the world's first curved display smartphone. 
Samsung has been a mobile display innovator by introducing color TFT-LCD, AMOLED, and Super AMOLED flexible display for its mobile product. With this pioneering curved display technology, GALAXY ROUND blends the latest smartphone screen innovations with unique design features. 
The sleek and thin Samsung GALAXY ROUND which equipped with a 5.7" Full HD Super AMOLED with 7.9mm thick and weighs 154g offers a comfortable hand grip feeling to user, and exclusive experiences of curved display.
As a result of its unique curved design, users can take advantage of round integration experiences like the Roll Effect that enables user to check information such as date, time, missed call and battery easily when home screen is off, and the Gravity Effect for creating visual interaction with the screen by tilting the device. 
For music, the Bounce UX enables users to control their music. When the GALAXY ROUND's display is off while the music player is running, a short press to the left of the device will play the previous track while a short press to the right will play the next track. 
For pictures and videos, the Side Mirror feature enables users to gain access to list of the album content with a left and right tilt.
The large screen size of the GALAXY ROUND provides additional benefits to users. Useful One-Hand Operation features bring a user's most desired controls closer to a preferred side of the screen. 
The device enables enhanced multitasking capabilities that allow users to fully utilize the larger screen through Multi Window, a feature that enables users to open more than one application on the screen, run simultaneous multiple instances of the same application or to easily share content between applications.
Samsung GALAXY ROUND is available in Korea with Luxury Brown, and more color will be available soon.

Source: MyLaunchpad

Lao Airlines in Mekong river crash

SINGAPORE, (Bernama) -- An ATR 72-600 operated by Lao Airlines crashed on Wednesday near Pakse in Laos. 
In a statement from Toulouse, France, European manufacturer of turboprop aircraft, ATR said the flight QV301 was operating between Vientiane and Pakse with 44 passengers and five crew on board when it crashed into the Mekong River at around 4.00 pm (local time). 
Official sources of Lao Airlines declared that "the aircraft ran into extreme bad weather conditions and reportedly crashed into the Mekong River." 
ATR said no news of survivors were reported and the circumstances of the accident were yet to be determined. The Laos'' Authorities will lead the investigation and remain the official source of information. 
In line with the ICAO (International Civil Aviation Organization) Annex 13 convention, ATR will provide full assistance to the French Bureau d’EnquĂȘtes et Analyses (BEA), safety investigation authority representing the country of the aircraft manufacturer. The ATR 72-600 is a 68-to-74-seat twin turboprop engine aircraft.

Source: MyLaunchpad, October 17

Diana Amir nikah bulan ini

Diana Amir semakin selektif
Diana Amir


PELAKON cantik, Diana Amir akhirnya mengesahkan akan berkahwin dengan tunangnya, Mohd Habibbullah A Rahman, bulan ini.

Dalam pada itu, pihak pengurusannya, Metrowealth Sdn Bhd (MIG) dijangka akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara itu, Jumaat ini.

"Pihak pengurusan saya akan mengadakan satu sidang media untuk majlis perkahwinan tersebut pada Jumaat ini.

“Semua keterangan tentang majlis akan diberitahu ketika sidang media itu nanti," katanya yang dipetik daripada sebuah portal berita.

Sebelum ini, Diana dan Mohd Habibbullah telah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu.
Sinar Harian, Oktober 17

Nahas Laos Airlines: Rakyat M'sia dikhuatiri maut


Seorang warga Malaysia berasal dari Pulau Pinang dikenal pasti sebagai Angelin Teh dipercayai menjadi antara 49 terbunuh dalam nahas kapal terbang Laos Airlines di Pakse, selatan Laos pada hari Rabu.
Beliau dipercayai bekerja di suatu firma undang-undang dan berkahwin kepada rakyat Amerika. Mereka telah tinggal di Laos selama tiga tahun. Suami beliau juga telah maut dalam nahas tersebut.
Kedutaan Malaysia di Laos mengesahkan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Angelin Teh telah disenaraikan di senarai syarikat penerbangan penumpang. Walaubagaimanapun , mangsa tidak didaftarkan dengan kedutaan itu.
Seorang pegawai berkata kedutaan itu sedang menunggu lebih banyak maklumat dari sistem penerbangan dan kerajaan Laos untuk pengesahan yang selanjutnya.

Sumber: MyLaunchpad 

Lelaki didakwa menyamar kerabat Raja Kedah

GEORGETOWN - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai kerabat diraja Kedah dengan menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia (YTM) dihadapkan di Mahkamah Majistret disini atas pertuduhan menipu dan menggunakan lambang pertubuhan tanpa kebenaran pendaftar pertubuhan (ROS).

Roshidi Fadzil, 47, dari Bukit Beruang,Melaka didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Oktober tahun lalu di sebuah hotel di Jalan Penang di sini kira-kira jam 4.15 petang.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah menggunakan lambang Pertubuhan Amal Kebajikan Islamiah Malaysia-Pakim Diraja/Serampang Tiga tanpa mendapat kebenaran dari ROS.

Bagi kesalahan itu dia didakwa dibawah Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan 1966 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tiga bulan atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Roshidi didakwa telah memperdayakan OOi Ten Sen, 39, dengan cara menyamar sebagai golongan kerabat diraja Kedah dengan menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Putera Roshidi Bin Tunku Haji Fadzil di lokasi dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduh itu, dia didakwa dibawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah seksyen sama.

Jika didapati bersalah dia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang hadir diiringi bersama beberapa pengikutnya hanya menggelengkan kepala tanda mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya, Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan sebanyak RM 10,000 kepada tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.

Majistret L Umma Devi membenarkan jaminan berkenaan dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 18 November depan sebagai tarikh sebutan semula dan pengurusan kes.

Tertuduh diwakili peguam, Mohd Yahya Zakaria.

Sumber

Polis tertembak secara tidak sengaja: Jangan ambil mudah, kata ibu bapa

Tertembak: Jangan ambil mudah, kata ibu bapa
Keadaan Mohd Amar yang kini dirawat di PICU, HRPB.


IPOH - “Kami sekeluarga meminta supaya pihak berwajib memandang serius terhadap kejadian ini kerana membabitkan orang awam dan kanak-kanak di bawah umur,” kata Mohd Azizi Abdullah, 48, ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.

Mohd Azizi adalah bapa kepada Mohd Amar Mohd Azizi, 10, mangsa tembakan dipercayai dilepaskan secara tidak sengaja oleh seorang anggota polis ketika sedang mengosongkan senjata dalam kejadian yang berlaku di Kampung Belanja Kiri, Parit, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa bersama rakan-rakan dipercayai berada dalam jarak antara 30 ke 40 meter dari rumah mertua anggota polis yang berpangkat sarjan itu.

Menurutnya, ketika kejadian dia tidak berada di rumah kerana bekerja dan seperti rutin biasa, anaknya akan bermain bersama rakan-rakan di sekitar kawasan kampung tersebut.

“Malah, sehari sebelum kejadian, anak saya ada meminta sedikit wang untuk dibelanjakan di pasar pagi keesokan harinya,” ujarnya yang tinggal di kampung yang sama.

Katanya, anak bongsu daripada empat adik beradik itu sangat manja dengan mereka sekeluarga dan dia seorang anak yang taat kepada ibu bapa.

“Setakat ini, anak saya berada dalam keadaan stabil dan pembedahan untuk mengeluarkan peluru dijangka dijalankan sama ada Khamis atau Jumaat ini bergantung pada keadaannya.

“Kami sekeluarga berdoa dan berharap anak saya selamat menjalani pembedahan itu nanti,” katanya yang mengenali bapa mertua kepada sarjan yang tertembak anaknya itu.

Sementara itu, Pakar Perunding Neurosurgeri HRPB, Dr Cheang Chee Keong berkata, pemeriksaan imbasan x-ray mendapati peluru itu menembusi hidung kanan mangsa sebelum memasuki kerongkong dan kini berada antara tulang kepala dan leher.

“Mangsa bernasib baik kerana peluru itu berada hanya satu sentimeter dari saraf tunjang. Jika peluru itu mengenai tepat pada saraf tunjang mangsa berisiko untuk lumpuh.

“Setakat ini, kami masih berbincang dengan doktor pakar dari seluruh negara cara dan alternatif terbaik untuk mengeluarkan peluru tersebut dengan cara selamat.

“Pembedahan ke atas mangsa mungkin akan dijalankan pada hari Khamis ataupun Jumaat dan bergantung kepada keadaan mangsa,” katanya ketika ditemui di HRPB, semalam.

Chee Keong berkata, walaupun mengalami kemalangan serius, keadaan Mohd Amar dilihat semakin stabil dan mampu bercakap dan bergerak.

Exco kerajaan negeri, Nolee Ashilin Mohammed Radzi meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat Mohd Amar yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HRPB.

Beliau yang juga Adun Tualang Sekah berkata, pihaknya bersimpati atas nasib yang menimpa keluarga mangsa dan menganggap ia satu perkara yang serius kerana membabitkan nyawa.

“Namun, saya juga agak terkejut apabila mangsa masih mampu bercakap dan bergerak walaupun mengalami keadaan yang serius.

“Saya berharap pihak hospital dapat melakukan yang terbaik untuk memastikan kanak-kanak terbabit selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah yang diminta mengulas lanjut kejadian itu memberitahu tindakan tegas akan diambil terhadap anggotanya sekiranya ia berpunca dari faktor kecuaian.

“Buat masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan dan jika terbukti kesalahan yang dilakukan itu maka pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tata tertib atau mengikut hukuman yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkan siasatan berkenaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah bagi menjalankan siasatan lanjut.

Curi patung kuil, jual di pusat besi buruk

Curi patung kuil, jual di pusat besi buruk
Gunarajan (kiri) menunjukkan peralatan sembahyang dan patung yang dicuri dan dijual di kedai barangan lusuh.


BUKIT BERUANG - Seorang penagih dadah menjadikan kuil dan tokong di daerah ini sebagai sumber pendapatannya dengan mencuri peralatan sembahyang di bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, kelicikannya tidak bertahan lama apabila diberkas di Tangga Batu, Rabu lalu.

Lelaki berusia 23 tahun itu diberkas kira-kira 6.30 pagi selepas polis berjaya mengesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran Kuil Sri Sundramoothy, Batu Berendam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, penangkapan suspek membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 51 tahun di Sungai Udang, di sini, pada 9 Oktober lalu.

“Ekoran penangkapan suspek, seorang lelaki dipercayai membeli barangan peralatan sembahyang termasuk patung daripada suspek turut ditahan kerana menjalankan perniagaan barangan lusuh tanpa lesen," katanya,

Menurutnya, pemeriksaan di sebuah rumah di Paya Rumput, Sungai Udang tersebut, polis menemui dan merampas 306 peralatan sembahyang tembaga peralatan sembahyang perak (30), selain patung Hindu (8), patung Buddha (3) dan sebatang kuku kambing.

Katanya, suspek yang aktif melakukan kegiatan pecah masuk kuil dan tokong seorang diri sejak kira-kira enam bulan lalu itu dipercayai membuat tinjauan terhadap bangunan berkenaan terlebih dahulu sebelum pecah masuk.

“Suspek bekerja sebagai buruh membuat jalan dan dia biasanya meninjau laluan masuk keluar kuil dan tokong ketika sedang bekerja di kawasan berhampiran rumah ibadat tersebut.

"Dengan penangkapan suspek dan barang rampasan bernilai kira-kira RM20,000 ini, kita percaya dapat menyelesaikan kira-kira lapan kes pecah masuk tokong, dua di kuil dan satu kes membabitkan gereja," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), dekat sini, semalam.

Gunarajan berkata, lelaki berkenaan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, sementara pengusaha barang lusuh itu ditahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.


Sumber

Jurutera bakar diri selepas bertengkar

BUKIT BERUANG - Akibat gagal mengawal emosi, seorang jurutera kilang sanggup membakar diri sendiri dengan petrol selepas bertengkar dengan isterinya di rumah mereka di Batu Berendam, di sini, kelmarin.

Mangsa yang terbakar di bahagian muka dan badan itu bagaimanapun terselamat selepas isterinya membantu memadam api yang menyambar anggota badan, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu.

Pasangan yang telah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan tiga anak itu sering bertengkar dan terdahulu bergaduh kira-kira jam 4 petang sebelum lelaki berusia 42 tahun keluar rumah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintedan PR Gunarajan berkata, lelaki berkenaan kemudian pulang ke rumah kira-kira dua jam kemudian dengan membawa sebotol petrol, lalu disimbah ke badan sendiri sebelum menyalakan api di hadapan isterinya.

“Bagaimanapun, tindakan isterinya berusia 41 tahun memadamkan api menyebabkan mangsa hanya terbakar 40 peratus sahaja membabitkan muka dan badan.

“Isterinya yang bekerja sebagai kerani itu kemudian menghubungi polis dan ambulans sebelum suaminya dibawa ke Hospital Melaka dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU),” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.

- Sinar Harian

Penduduk berang tiada elektrik

Penduduk berang tiada elektrik
Pengurus Cawangan TNB Bera, Mohd Razaifulizan Mohd Rusoff (kanan) menerangkan masalah berkaitan gangguan bekalan kepada Abduk Hadi.


BERA - Sebuah mini Pencawang Pembahagian Utama (PPU) akan dibina di Taman Melor Impian, Triang bagi menampung bebanan penggunaan elektrik yang semakin bertambah di sekitar kawasan Triang.

Pengurus Kawasan (Temerloh), Bahagian Pembahagian TNB, Abdul Hadi Hamid berkata, projek penambahan mini PPU itu dijangka siap akhir bulan ini.

Menurutnya, sebelum ini, bekalan elektrik terputus pada 25 dan 29 September serta 7 Oktober lalu berikutan kerosakan berganda pada kabel sehingga menyebabkan pengguna berang dengan situasi ini.

“Kita ada terima rungutan daripada pengguna lebih-lebih lagi pada 29 September lalu apabila bekalan terputus hampir 13 jam di sekitar kawasan Triang.

“Penambahan kediaman dan kedai di sekitar menyebabkan tahap penggunaan elektrik turut bertambah sehingga mengakibatkan kabel sedia ada tidak mampu menampung bebanan itu,” katanya.

Mohd Hadi berkata, pihaknya menggunakan tujuh set jana kuasa untuk membantu mendapatkan bekalan sementara selain memastikan penambahan mini PPU itu nanti mampu menanggung bebanan tersebut.

Katanya, sekiranya mini PPU itu berfungsi nanti, bekalan elektrik akan dapat disalurkan dengan lebih baik.

“Apabila mini PPU ini berfungsi, TNB akan mengambil masa selewat-lewatnya dua jam untuk mengembalikan bekalan sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik.

“Tetapi selalunya, kita sudah boleh membekalkan tenaga elektrik dalam masa lebih cepat dengan menggunakan atau meminjam kabel lain untuk disalurkan kepada kawasan yang terbabit,” katanya
- Sinar Harian

Ibu muda maut akibat racun

BENTONG - Seorang ibu muda  dua anak maut dipercayai meminum racun kerana dikatakan mempunyai masalah peribadi dalam kejadian di Kampung Orang Asli Sungai Bot, di sini pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis, Deputi Superintendan, Wan Azharudin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku kira- kira jam 5 pagi kelmarin.

Menurutnya, selepas dipercayai meminum racun, mangsa berusia 19 tahun kemudiannya berjalan beberapa meter ke rumah abang iparnya untuk memaklumkan perkara itu.

“Abang ipar mangsa kemudiannya membawanya ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan. Dalam perjalanan, mangsa muntah beberapa kali dan turut pengsan.

“Mangsa disahkan mati ketika dalam perjalanan kira-kira jam 5.30 pagi,” katanya.

Wan Azharudin berkata, mangsa meninggalkan dua anak perempuan berusia empat dan dua tahun.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

- Sinar Harian

Anggota polis maut nahas jalan raya

Anggota polis maut nahas jalan raya
Mohd Ishak terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan di Batu 12, Jalan Bakri-Air Hitam, malam kelmarin.


MUAR - Seorang anggota polis maut selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Batu 12, Jalan Bakri-Air Hitam, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10 malam itu, Konstabel Mohd Ishak Morhasham, 26, dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tumpat, Kelantan, meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia di Batu 5, Bakri, untuk menyambung semula kursus diikuti sejak beberapa bulan lalu.
Sebelum ini, Allahyarham Mohd Ishak dikatakan pulang bercuti bagi menyambut Aidiladha bersama keluarganya di Batu Pahat.

Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta Honda Civic dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Toyota dari arah Muar menghala ke Yong Peng, Batu Pahat.

Akibat rempuhan kuat, kedua-dua kenderaan terbabit terbabas ke bahu jalan dan orang awam turut sama membantu mengeluarkan Mohd Ishak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian.

Katanya, mayat berkenaan dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat, manakala pemandu kereta Toyota terbabit juga menerima rawatan di hospital sama.

“Saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Sinar Harian, Oktober 17

Kakitangan TNB jadi dalang

Kejadian ini berlaku bulan September lalu, tetapi elok untuk diimbau kembali untuk peringatan semua.

Kakitangan TNB jadi dalang
Rumaizi (dua, kiri) dan Ketua CSJ UPK Ibu Pejabat, Muhammad Prem Haikal Abdullah (dua, kanan) melihat komponen alat ubah yang dileraikan suspek di dalam sebuah lori pemunggah barang.


BUKIT SENTOSA - Dalam tempoh kurang 24 jam, sekumpulan lapan penjenayah berjaya ditangkap ketika cuba meleraikan komponen alat ubah milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika operasi di sebuah kedai besi buruk di Sungai Choh.

Difahamkan, tiga daripada lapan suspek yang ditangkap merupakan kakitangan dan sub kontraktor TNB yang dipercayai menjadi dalang sindiket mencuri dan menjual alat ubah itu.

Penolong Pengurus Besar, Cawangan Siasatan Jenayah (CSJ), Unit Perkhidmatan Keselamatan (UPK) Ibu Pejabat, Rumaizi Mohd Amin berkata, tangkapan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota CSJ UPK Ibu Pejabat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu operasi malam kelmarin.

“Serbuan ke atas premis (di kawasan perindustrian Anugerah Suria, Sungai Choh) yang dijadikan sebagai tempat untuk meleraikan komponen alat ubah ini, sebenarnya hasil intipan selama dua bulan yang dibuat CSJ Ibu Pejabat.

“Dengan tangkapan ini, TNB dengan kerjasama PDRM berjaya menumpaskan sindiket mencuri alat ubah yang berlaku di sekitar Tanjung Malim, Perak dan Selangor,” katanya.

Menurutnya, dengan tumpasnya sindiket itu CSJ Ibu Pejabat berjaya menyelesaikan 18 kes kecurian alat ubah yang berlaku sejak Jun dan Julai lalu dengan nilai anggaran RM1.5 juta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Superintendan Zulkifli Bedin mengesahkan mengenai tangkapan lapan suspek itu.

Menurutnya, kesemua yang ditahan direman bermula semalam.

"Modus operandi kumpulan terbabit ialah dengan meleraikan alat ubah yang dicuri dan komponen utamanya dijual dengan nilai mencecah RM100,000 iaitu jauh lebih rendah daripada nilai sebenar.

“Kenderaan yang digunakan dalam sindiket itu turut disita iaitu sebuah lori pemunggah barang, dua lori kren bersaiz besar dan kecil, bersama sebuah kenderaan rasmi TNB dan tong minyak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau turut mengharapkan kerjasama daripada pengusaha premis barangan lusuh agar tampil dalam membantu pihak berkuasa menyelesaikan kes-kes berkaitan.

Difahamkan, akan ada tangkapan baru dilakukan susulan penangkapan dalang terlibat kerana dipercayai masih terdapat beberapa pihak terlibat dalam kes terbabit.


Sumber

Pemotong rumput dituduh merogol

AYER KEROH - Seorang pemotong rumput mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, bulan lalu.

Tertuduh, Fauzi Mohamad Ghani, 37, dari Kampung Tambak Paya, Ayer Molek, di sini, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh selepas mengangguk faham pertuduhan didakwa ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah tidak bernombor, Jalan Sekolah Tambak Paya, dari jam 1 pagi hingga 4 pagi, 30 September 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

-Sinar Harian

5 fakta mengejutkan mengenai kemalangan jalan raya

5 fakta mengejutkan mengenai kemalangan jalan raya

Adakah menggunakan telefon mudah alih ketika memandu punca utama kemalangan jalan raya?

Atau adakah kemalangan jalan raya kerap berlaku disebabkan "road rage" atau sikap agresif para pemandu?

Kajian baru-baru ini mendedahkan beberapa faktor kemalangan jalan raya yang mengejutkan secara global.

Semua orang berfikir mereka adalah pemandu yang baik, tetapi sebenarnya kemalangan kereta berlaku tidak kira apa tahap pemanduan anda. Jadi, apa yang menyebabkan kemalangan kereta?

Di sini adalah beberapa fakta menarik dan mengejutkan mengenai kemalangan jalan raya.

1) Orang-orang yang obes lebih cenderung untuk mati dalam perlanggaran kereta

Berfikir untuk memulakan regim kecergasan untuk menurunkan berat badan? Berikut adalah sebab utama untuk memulakannya secepat mungkin.

Kajian mendapati pemandu obes adalah 78% lebih cenderung untuk mati dalam perlanggaran kereta berbanding pemandu-pemandu dengan berat badan normal.

Menurut UC Berkeley’s Safe Transportation and Research Education Center (SafeTREC), obesiti mungkin menjadi faktor dalam kemalangan kenderaan yang membawa maut.

Melalui penyelidikan yang dijalankan, para penyelidik mendapati individu yang mempunyai klasifikasi obesiti tahap I Pertubuhan Kesihatan Sedunia (BMI 30.0 ke 34.9) adalah 21% lebih cenderung untuk mati berbanding pemandu-pemandu dengan berat normal.

Mereka yang berada dalam obesiti tahap II (BMI 35 ke 39.9) adalah 51% lebih cenderung untuk mati, dan mereka yang berada dalam tahap paling tinggi, obesiti III (BMI 40.0 ke atas), adalah 80% lebih cenderung untuk mati akibat kemalangan berbanding pemandu-pemandu dengan berat normal.

Apakah penjelasan di sebalik risiko tambahan ini?

Para penyelidik percaya bahawa bahagian bawah badan pemandu-pemandu obes ditolak lebih ke hadapan semasa impak sebelum tali pinggang keledar mencapai pelvis kerana lebihan tisu lembut, manakala bahagian atas badan kekal dihalang. Ini menghentikan pemandu daripada bergerak ke hadapan, yang boleh menyebabkan kecederaan maut, menurut para penyelidik tersebut.

“Ini menambah satu lagi item dalam senarai panjang akibat-akibat negatif obesiti,”penulis utama, Thomas M. Rice, pakar epidemiologi Transportation Research and Education Center di University of California, Berkeley, memberitahu New York Times. “Ia satu lagi sebab untuk turunkan berat badan.”

2) Telefon mudah alih mungkin bukan penyebab kebanyakan kemalangan kereta

Bercakap di telefon ketika memandu adalah dilarang dan ia dipercayai secara meluas sebagai berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan kereta.

Namun begitu, satu kajian yang dijalankan oleh Carnegie Mellon University (CMU) dan London School of Economics and Political Science mencadangkan yang bercakap di telefon ketika memandu tidak meningkatkan risiko perlanggaran.

Data kajian yang dianalisa daripada kebanyakan pembekal utama telefon mudah alih dan laporan-laporan kemalangan mendapati yang penggunaan telefon mudah alih tidak semestinya meningkatkan risiko perlanggaran seseorang individu.

Apakah sebab di sebalik penemuan yang bertentangan ini?

Menurut Saurabh Bhargava, pembantu profesor sains sosial dan keputusan di Dietrich College of Humanities and Social Sciences CMU, para pemandu mungkin mengimbangi gangguan penggunaan telefon mudah alih dengan memilih bila hendak membuat panggilan atau memandu dengan lebih berhati-hati ketika panggilan.

Namun begitu, menggunakan telefon mudah alih masih lagi satu gangguan utama ketika memandu dan ianya boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Di Switzerland, Swiss Council for Accident Prevention menyatakan yang kurang tumpuan oleh pemandu-pemandu adalah sebab utama kemalangan jalan raya yang serius.

Pemandu-pemandu kenderaan biasanya terganggu oleh telefon mudah alih, penumpang, papan iklan dan terlalu banyak tanda jalan.

Menyimpan telefon anda ketika memandu adalah langkah terbaik, dan perbuatan yang sah untuk dilakukan, untuk mengelak membahayakan nyawa anda dan orang lain ketika berada di jalan raya.

3) Ciri-ciri keselamatan di dalam kereta mungkin tidak mengurangkan kemalangan jalan raya

Baru sahaja membeli kereta baru dengan brek ABS dan beg udara di setiap tempat duduk?

Ciri-ciri keselamatan ini mungkin tidak mengurangkan risiko kemalangan jalan raya anda.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Dr. Fred Mannering dari Purdue University mengenai kemalangan-kemalangan jalan raya di antara 1992 dan 1997, didapati tiada pengurangan besar dalam kemalangan walaupun dengan ciri-ciri keselamatan yang efektif.

“Orang ramai mempunyai penerimaan dalam soal tahap keselamatan. Jika mereka berasa lebih selamat kerana beg udara dan brek, mungkin mereka memandu dengan lebih laju atau memasang dan mematikan radio lebih kerap, dengan kata lain, sebagai ganti,” kata Mannering kepada New York Times.

Para pemandu dinasihatkan supaya berhati-hati walaupun dengan ciri-ciri keselamatan yang dipasang di dalam kereta mereka.

4) Pemandu-pemandu kereta dipersalahkan bagi kebanyakan kemalangan penunggang motosikal

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kemalangan-kemalangan maut motosikal semakin meningkat dengan jumlah keseluruhan kematian 6,871 di Malaysia dalam 2010.

Para pemandu kereta selalu merungut mengenai sikap para penunggang motosikal yang kurang berhati-hati menyelit masuk dan keluar daripada trafik kerana turut membahayakan nyawa mereka.

Jadi, siapa yang harus dipersalahkan apabila kenderaan beroda empat dan kenderaan beroda dua bertembung?

Menurut kajian Florida Department of Transportation baru-baru ini, para penunggang motosikal adalah betul. Pemandu-pemandu kereta dan trak kebanyakannya melakukan kesalahan, biasanya gagal memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan kecil.

Ia berbaloi untuk memberi tumpuan lebih dan berhati-hati, terutamanya apabila laluan khas penunggang motosikal tidak tersedia.

5) Para pemandu wanita Malaysia lebih marah tetapi kurang mengalami kemalangan berbanding lelaki

Para pemandu wanita Malaysia didapati lebih marah berbanding lelaki sebagai pemandu, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Namun begitu, walaupun tahap kemarahan mereka tinggi, pemandu wanita mengalami kurang perlanggaran dan maut jalan raya.

Karen Goonting, penyelidik MIROS dan pakar psikologi berkata, walaupun dengan kecenderungan mereka untuk berasa lebih marah, terdapat kurang pemandu-pemandu wanita terlibat dalam kemalangan kerana mereka biasanya menyimpan rasa marah mereka.

“Lelaki lebih cenderung untuk bertindak dengan kemarahan mereka dan meluahkannya secara fizikal, berbanding wanita. Ia juga mungkin faktor budaya. Biasanya ia tidak diterima bagi wanita Asia untuk bersikap agresif secara terbuka,” kata beliau kepada The Star.

Penemuan kaji selidik berikut mungkin mengejutkan tetapi ia sememangnya membantu para pemandu untuk memberi tumpuan lebih dan mengelak sikap berisiko tinggi ketika berada di jalan raya.

Sumber: iMoney

Pesakit menyamar doktor ancam bunuh diri di sebuah hospital di Georgetown


GEORGE TOWN:  Sebuah hospital swasta di sini mengalami detik-detik cemas buat seketika hari ini bila seorang pesakit lelaki yang menyamar sebagai doktor cuba membunuh diri.


Bagaimanapun, pihak bomba dan penyelamat berjaya memujuk lelaki terbabit daripada cubaan itu.

Mereka mengambil masa hampir dua jam dalam kejadian yang bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Siow Wee Lang, 25, bertindak memecahkan cermin tingkap wad berkenaan dan duduk di atas tembok tingkat 17 hospital itu dalam keadaan sebelah kakinya di luar tingkap tersebut.

Ketua Balai Bomba Lebuh Pantai, Ismail Mohd Zain, berkata pihaknya tiba di tempat kejadian pada pukul 1.04 tengah hari bersama 15 anggota dan dua jentera bomba.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya pada mulanya pihaknya berdepan kesukaran untuk menarik mangsa keluar dari tingkap itu berikutan sikapnya yang terlalu agresif.

"Tindakan lelaki itu disedari kakitangan hospital apabila melihat sebelah kaki kiri mangsa berada di luar tingkap, malah mangsa menjerit serta membaling bekas air ke bawah.

"Keadaan menjadi cemas seketika apabila dia bertindak di luar kawalan sebaik melihat anggota bomba di dalam bilik itu.

"Selepas hampir dua jam, akhirnya kita berjaya menenangkannya dengan kami menyamar sebagai doktor.

"Kita juga dibantu oleh beberapa kawannya dengan memberi minuman, roti dan buah epal," kata Ismail.

Katanya lelaki terbabit telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak kelmarin oleh keluarganya selepas dia mengadu sakit kepala dan cirit-birit.

"Mengikut laporan doktor di sini, mangsa dimasukkan hospital kerana sakit biasa sebab itu dia ditempatkan seorang diri di wad.

"Mangsa akan dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya.

- ASTRO Awani 

Pelaksanaan GST satu perangkap?

A Rahman Mahadi
A Rahman Mahadi


SENAI – Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) menyifatkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai perangkap yang hanya akan membebankan golongan berpendapatan rendah.

Presidennya, A Rahman Mahadi berkata, pelaksanaan GST menyebabkan setiap pengguna yang menggunakan barangan dan perkhidmatan di pasaran terperangkap dengan cukai berkenaan tanpa mengambil kira tahap pendapatan.

“Walaupun pakar ekonomi beranggapan GST boleh membetulkan asas cukai yang lemah dan menjadi pemangkin sektor perindustrian serta ekonomi negara, namun kami merasakan ia membebankan rakyat berpendapatan rendah.

“Pelaksanaan GST menyebabkan golongan berpendapatan rendah secara automatik menjadi golongan pembayar cukai sedangkan selama ini mereka tidak perlu membayar cukai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam. A Rahman berkata, rakyat akan menanggung lebih banyak bebanan apabila negara mengalami inflasi yang menyebabkan pembayar cukai perlu membayar cukai lebih tinggi kerana kenaikan harga barang.

Justeru, beliau menyarankan kerajaan supaya mengguna pakai prinsip pembayaran zakat yang hanya diwajibkan bagi seseorang yang mempunyai pendapatan atau memiliki harta melebihi daripada yang ditentukan. “Kerajaan juga disaran memperkemaskan sisi perbelanjaan dan sistem pungutan cukai dan menilai semula pengecualian cukai tertentu yang diberikan kepada syarikat.

“Malah berdasarkan penelitian kami, cukai di negara ini amat tinggi iaitu 25 peratus bagi cukai korporat dan 26 peratus bagi cukai personal berbanding 17 peratus cukai di Singapura,” katanya.

Selain itu, katanya, pelaksanaan GST tidak sesuai dilaksanakan pada ketika ini dalam keadaan kejatuhan nilai ringgit yang boleh menyebabkan pendapatan boleh guna golongan pendapatan rendah semakin menyusut.

“Pakar ekonomi negara sepatutnya memberi fakta jelas mengenai GST kepada semua peringkat sehingga ke akar umbi dan terangkan implikasi GST ke atas IKS,” katanya.


Sinar Harian

Cadangan pembinaan jambatan baru ke Indonesia

Cadangan pembinaan jambatan baru ke Indonesia

KUALA LUMPUR:  Cadangan pembinaan jambatan baru yang menghubungkan Teluk Gong di Melaka dengan Dumai, Indonesia, mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Bagi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, beliau menyifatkan projek tersebut berdaya maju dan mempunyai banyak manfaat bukan sahaja kepada Melaka, tetapi kepada kedua-dua negara secara amnya.

Namun, pembinaan projek jambatan ini, perlu mengambilkira beberapa faktor penting, contohnya impak alam sekitar, serta ekonomi. --ASTRO Awani 

Tentera hamil 2 bulan maut

KL-Karak

BENTONG - Anggota tentera yang maut bersama-sama suami dan anaknya dalam kemalangan di Km49.0 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bukit Tinggi dekat sini pagi ini, sedang hamil dua bulan.

Suri rumah Asliza Abdullah, 32, berkata sepupunya Koperal Nik Zaieyahaliza Ya memaklumkan perkara itu kepadanya ketika mereka berhubung melalui laman sosial 'Facebook' bulan lepas.

"Saya tidak menyangka pertemuan dengan Allahyarham pada Ramadan lepas merupakan yang terakhir...kami memang rapat sejak kecil," katanya kepada pemberita di bilik mayat Hospital Bentong hari ini.

Dalam kejadian 7.08 pagi itu, Nik Zaieyahaliza, 29, suaminya Koperal Jiman Raup, 32, dan anak mereka Nurul Damia yang berusia dua tahun, terbunuh apabila kereta Perodua Alza yang dipandu Jiman merempuh sebuah lori tangki dari arah bertentangan.

Asliza berkata Nik Zaieyahaliza merupakan anak sulung daripada enam beradik dan beliau seorang yang periang dan rajin.

Beliau berkata ibu bapa Allahyarham kini menunggu jenazahnya dibawa pulang ke Jerteh, Terengganu untuk dikebumikan di Gong Tanah Merah.

Keluarga Jiman pula dijangka tiba dari Beaufort, Sabah malam ini.

Jenazah tiga beranak itu dimandikan dan dikafankan di Kem Tentera 25 Melayu, Bentong.

Sementara itu, seorang pegawai Maktab Tentera Diraja Sungai Besi yang enggan dikenali, berkata Nik Zaieyahaliza bertugas sebagai kerani di Bahagian Muzik maktab itu.

Allahyarham menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson, Negeri Sembilan pada 2003 sebelum bertugas di kem itu tiga tahun kemudian.

"Allahyarham memohon cuti untuk pulang ke kampungnya di Jerteh bagi menyambut Aidiladha. Beliau dijangka memulakan tugas hari ini," katanya ketika ditemui di hospital itu.

Jiman pula bertugas di Bahagian Perkeranian maktab itu sejak April 2012.

- Bernama