Orang awam yang terselamat diiring keluar dari klinik oleh pihak polis. - Justin Edmonds/Getty Images/AFP
COLORADO SPRINGS: Polis memberkas seorang lelaki bersenjata yang menerpa masuk ke sebuah klinik keluarga dan keibubapaan, Planned Parenthood di Colorado Springs di sini Jumaat selepas dia didakwa melepaskan tembakan menggunakan rifel dalam satu serangan yang mengakibatkan tiga terbunuh dan sembilan cedera, menurut pihak penguatkuasa.
Seorang pegawai polis dan dua orang awam antara yang terkorban, kata Ketua Polis Colorado Springs Peter Carney kepada pemberita lebih kurang sejam selepas suspek ditangkap.
Sembilan individu yang tercedera termasuk lima orang pegawai polis dan empat orang awam – dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang dirawat di hospital berdekatan,” kata Carney.
Suspek pada mulanya melepaskan tembakan secara bertalu-talu kepada pihak polis namun akhirnya menyerah diri kepada polis yang berada di dalam bangunan itu, kira-kira lima jam selepas insiden tembak-menembak itu bermula, di bandar Colorado yang sedang diliputi salji tebal.
Seorang jurugambar agensi berita Reuters yang berada di lokasi mendakwa ternampak seorang lelaki memakai T-shirt putih dan tangannya digari diiringi masuk ke dalam kereta polis sebelum dipindahkan ke kereta tidak bertanda.
Pihak berkuatkuasa berkata mereka tidak dapat mengenal pasti identiti suspek, namum mereka mempercayai dia bertindak seorang diri.
Anggota polis yang terkorban pernah berkhidmat di University of Colorado di Colorado Spring dan merupakan antara orang pertama yang memberi respon selepas insiden tembak-menembak itu bermula, menurut pihak berkuatkuasa.
Klinik tersebut telah menjadi sasaran protes secara berterusan oleh aktivis anti-pembuangan bayi dan beberapa tahun lalu telah berpindah ke kawasan barat laut bandar itu – ke satu fasiliti yang boleh dianggap sebagai ‘menara’ oleh pengkritik Planned Parenthood.
Badan NGO itu berfungsi menyediakan perkhidmatan servis perubatan pembiakan termasuk untuk pembuangan bayi dan sejak kebelakangan ini telah menerima tekanan dari pihak pembangkang Kongres yang mengecam untuk memotong bantuan dari kerajaan.
Pencarian bahan letupan
Seorang jurucakap polis, Leftenan Catherine Buckley berkata, pihak polis terpaksa menghabiskan beberapa jam hanya untuk berkomunikasi dengan suspek sebelum dia bersetuju untuk menyerah diri.
“Kami mengerahkan beberapa orang anggota polis untuk masuk ke dalam bangunan. Mereka menjerit-jerit memanggil suspek untuk bercakap dengannya dan pada suatu ketika, berjaya mendapatkannya untuk menyerahkan diri sebelum kami memberkasnya,” kata Buckley.
Sejam sebelum itu, polis berkata polis mengambil masa yang lama untuk memasuki bangunan itu kerana suspek telah didakwa membawa ‘beberapa beg’ dengannya ke dalam premis dan meninggalkan beberapa barang di luar. Kesemua barang-barang milik suspek akan diperiksa bagi memastikan tiada bahan letupan.
Selepas penangkapan dilakukan, menurut Buckley penyiasatan akan mengambil masa beberapa hari di kawasan insiden.
Police menyerbu masuk bangunan itu selepas mendapat panggilan kecemasan berhubung insiden tembak-menembak pada kira-kira jam 11.30 pagi (1830 waktu GMT) dan pihak polis akhirnya berjaya berkonfrontasi denga suspek dari luar bangunan.
Saluran berita CNN turut menunjukkan babak-babak cemas yang berlaku terutamanya ketika polis berjaya membawa keluar beberapa pesakit dan pelawat ke luar bangunan.
- Sumber: Agensi | November 28, 2015