Sunday, 17 May 2015

Cate Blanchett, actress at very top of Hollywood A-list

Blanchett made her breakthrough performance in 1998, playing the 16th century British monarch in "Elizabeth", which won her a slew of awards and her first Oscar nomination.

CANNES: Cate Blanchett reputation as possibly the greatest actresses of her generation is being cemented further at Cannes, where the premiere of her latest movie "Carol" has won rave reviews.

Born in Melbourne on May 14, 1969, Blanchett began her career on the Australian stage, building up a string of acclaimed theatre performances in the early 1990s before working her way into increasingly high-profile film roles.

She is now one of the few women in Hollywood with the clout to carry a movie single-handed, a two-time Oscar winner chased by the world's greatest directors, from Martin Scorsese to Woody Allen to David Fincher.

"Carol" sees her reunited with Todd Haynes, who directed her uncanny Oscar-nominated turn as Bob Dylan in 2007's "I'm Not There".

Her already-lauded performance in "Carol" comes at a time when women are increasingly pushing back against the male-dominated film industry.

"Midrange films with women at the centre are tricky to finance. There are a lot of people labouring under the misapprehension that people don't want to see them, which isn't true," she told Variety magazine.

Blanchett made her breakthrough performance in 1998, playing the 16th century British monarch in "Elizabeth", which won her a slew of awards and her first Oscar nomination.

Only a year earlier, she had been on the public side of the barrier on her first trip to Cannes, having to blag a ticket to get into one of the premieres.

By 1999, she was back in Cannes, but this time as a star, presenting "An Ideal Husband".

"I was laughing so hard, because only two years earlier, I’d been on the other side of the barricades," she told Variety.

'Best and bravest'

She has been nominated six times at the Academy Awards, winning the supporting actress statuette for another pitch-perfect impression, as Katherine Hepburn in "The Aviator" in 2004.

She again won the top acting prize in 2013 for her performance as the wife of a disgraced high-society mogul in Woody Allen’s "Blue Jasmine".

Blanchett has also dabbled in blockbusters, appearing in "Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull", "Robin Hood", and all of Peter Jackson's "Lord of the Rings" and "Hobbit" films.

She brought a devilish glee to her part as the evil stepmother in this year's "Cinderella".

But it is parts in more indie fare that have built her reputation, from the wealthy socialite in "The Talented Mr Ripley" to the crusading Irish journalist in "Veronica Guerin" or another heavily-accented (and pregnant) reporter in Wes Anderson's "The Life Aquatic with Steve Zissou".

She has repeatedly returned to the stage, to similar levels of acclaim. The New York Times described her as "one of the best and bravest actresses on the planet" after watching her in 2011's production of "Uncle Vanya".

Along with her writer husband Andrew Upton, Blanchett became artistic director of the Sydney Theatre Company from 2008 to 2013. The pair, who have three sons together, were credited with using their connections to bring international directors Down Under. 

- Source: AFP RELAXNEWS

2015 Mitsubishi Mirage with minor update arrives - RM65,662


Mitsubishi Motors Malaysia has quietly introduced the updated 2015 Mitsubishi Mirage in the country. The sixth-gen was given a minor update late last year – the car first surfaced in Australia in October, and now, it’s our turn to get the revision.

Not many changes, exterior-wise – the Mirage gets a new front bumper as seen on the limited-edition Mirage Sports back in 2013, and features a short antenna mounted towards the rear of the roofline (the previous one was placed at the front). Also, the side mirrors now feature signal repeaters. Inside, there’s a new 2-DIN Kenwood head-unit to be found. Otherwise, the kit remains as before. 

Aside from these small revisions, the update should also carry the technical improvements mentioned on the Australian-market model. It was stated that additional sound insulation and a new mounting system for the engine have been incorporated to increase the car’s overall refinement and performance.


Changes to the engine mounting system consist of a new hydraulic insulator and high rigidity cast aluminium bracket to reduce noise and vibration. There’s also a new lightweight and rigid cast steel bracket for the transmission.

As for improving on NVH levels, extra sound insulation material has been added to the front and rear floor areas, the A-pillar, front cowl as well as the dashboard panel of the 2015 MY car. No changes to the powertrain, with the 3A92 1.2 litre DOHC three-pot unit soldiering on and continuing with its 78 PS at 6,000 rpm and 100 Nm at 4,000 rpm output. 

The model line-up has however been revised – the updated Mirage is only available in a single GS variant form, meaning that the previous entry-level GL trim has been discontinued. The 2015 Mitsubishi Mirage GS – which is available in Red Metallic, Eisen Gray Mica and White Pearl – is priced at RM65,662 (on-the-road with insurance and GST inclusive).

- Source: paultan.org

Russia grounds Proton-M rockets following an accident



Russia's space program just can't catch a break, it seems. A spokesperson tells RIAthat the country has suspended all Proton-M rocket launches following an accident that destroyed one model carrying a Mexican satellite. 

Officials reportedly want to know why this vehicle failed before they let any others take off -- all they've determined so far is that the third stage's engine booster suffered a glitch. 

The move is understandable (both Russia and private launch services lean heavily on the Proton-M), but it also suggests that the nation's rocket problems are boiling to a head. Unless it finds a permanent solution, there may well be more incidents in the future.

- Source: Engadget 

Wajarkah hukuman penggantungan pelajar selfie konvo UiTM


Wajarkah pelajar selfie sewaktu konvokesyen digantung?

KUALA LUMPUR: Pelajar yang mengambil gambar selfie di atas pentas sewaktu majlis konvokesyen UiTM, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, dikenakan tindakan digantung pengajian sebagai hukuman atas tindakannya itu.

Memetik laporan Harian Metro, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesahkan graduan Diploma Fotografi berkenaan digantung untuk tempoh antara setahun hingga dua tahun selepas tindakan itu dikatakan memalukan UiTM.

“Tindakan dia memalukan UiTM, pelajar diberi penerangan dan garis panduan sebelum memasuki dewan termasuk larangan selfie di atas pentas. Dia sepatutnya menghormati majlis dan pensyarah yang meraikannya,” jelas beliau.

Di media sosial, ramai yang merasakan tindakan penggantungan itu terlalu melampau.

Ramai yang mengatakan sangat tidak logik apabila kesalahan melanggar protokol konvokesyen diberi hukuman sebegitu serius. Malah ada yang membandingkan dengan peluang kedua yang diberi kepada pelajar pedofilia.

Pengguna Twitter, Adam Afifi merasakan Hasrul sepatutnya hanya diberi amaran lisan.

Ada juga yang membandingkan kesalahan Hasrul dengan kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan manusia, yang dianggap lebih serius.

Hadi Nasution berpendapat selfie bukanlah sesuatu yang memalukan.

Ada juga yang agak sinis dalam memberikan pandangan. Ada juga yang beranggapan hukuman ini diberi demi memberi pengajaran kepada pelajar lain.

Arif Taidin pula berpendapat isu selfie ini sedikit sebanyak menyedarkan umum tentang apa itu protokol.

- Sumber: Astro Awani 

Ubah suai pesawat untuk kegunaan mesyuarat

Najib ditemubual bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di pejabatnya semalam menjelang Sidang Kemuncak Asean ke-26 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur dan Langkawi pada 26 dan 27 April.

SHAH ALAM – Ubah suai yang dilakukan ke atas pesawat peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bertujuan untuk memudahkan urusan mesyuarat atau perbincangan yang berkemungkinan berlaku semasa penerbangan pesawat.

Najib menerusi tulisannya di NajibRazak.com berkata, pengubahsuaian ini juga memudahkan pemimpin melakukan tugasan dan kerja masing-masing sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

“Ubah suai bagi ruang pesawat dilakukan bagi memudahkan pemimpin mengadakan perjumpaan mesyuarat semasa dalam penerbangan.

“Ia merupakan satu perkara yang standard bagi membantu memudahkan pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya.

Menurutnya, penggunaan pesawat rasmi kerajaan menjadi satu amalan standard bagi kebanyakan pemimpin di dunia ini.

“Sudah menjadi amalan biasa bagi pemimpin di dunia untuk menggunakan pesawat rasmi yang bukanlah mewah, tetapi cukup sekadar memberikan kemudahan lengkap buat pemimpin dalam melaksanakan tugas mereka.

“Jadi tidak perlu timbul soal sama ada perlu atau tidak sesebuah negara atau kerajaan untuk memiliki jet rasmi,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut menyanggah kenyataan pihak pembangkang yang selama ini menyuarakan pelbagai dakwaan terhadap pembelian jet baharu oleh kerajaan.

“Jangan kita terpedaya dakwaan yang diperkatakan oleh pihak pembangkang. Apa yang mereka gagal jelaskan adalah keperluan kerajaan untuk mengganti jet baharu dengan pesawat lama yang sudah berusia 16 tahun atas sebab-sebab keselamatan. Tambahan pula ia merupakan pesawat yang digunakan oleh Yang Di-Pertuan Agong; menyebabkan kami perlu mengambil kira segala faktor keselamatan sebagai kepentingan utama kami.

“Menyelenggarakan sebuah pesawat lama memakan kos yang sangat tinggi. Jadi kerajaan telah menjual semula pesawat tersebut dan dana yang diperoleh digunakan untuk menampung sebahagian daripada kos pembelian jet baharu,” jelasnya.

- Sumber: Sinar Harian 

Kes dah disiasat Dan diputuskan, kenapa nak dengar cakap Sirul?

Altantuya Shaariibuu

SHAH ALAM - ‎Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Tun Razak hari ini tampil mengulas kes pembunuhan model sambilan Mongolia, Altantuya Shaaribu, setelah sekian lama dikaitkan dengan isu berkenaan.

Menurutnya, kes tersebut telah selesai dibicarakan dan mahkamah‎ telah memutuskan dan sepatutnya kes tersebut tidak dibangkitkan lagi.

Malah beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang 'mendengar' cerita daripada salah seorang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar, yang telah disabitkan bersalah membunuh Altantuya.

"Kes ini telah disiasat, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Persekutuan. Ia kes sembilan tahun yang tiada kesudahan apabila asyik 'dikitar' semula oleh pembangkang.

"‎Ini kes yang panjang di mahkamah, pihak pembelaan boleh beritahu mahkamah semua perkata. Jadi, kenapa kita dengar cakap daripada orang yang telah pun beri kenyataan di mahkamah dan orang yang didapati bersalah?," katanya dipetik melalui blognya, hari ini.

Awal Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul dan Azilah Hadri namun Sirul berjaya mendapatkan perlindungan di Australia sehingga hari ini.

Dalam catatan sama, Najib menegaskan beliau telah menafikan penglibatannya dalam kes itu beberapa kali sebelum ini termasuk mengingatkan tentang sumpah laknat yang dilakukannya sebelum ini.

"Tidak adil untuk memaksa saya menyiasat kembali kes ini dan mahu tahu siapa jika ada sesiapa yang telah mengeluarkan arahan untuk membunuh. Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa mengenainya.

"Mahkamah sudah putuskan siapa yang bersalah, ia sepatutnya akhir cerita ini. Saya rasakan isu ini sangat mengganggu apabila ia kembali dibangkitkan," katanya.

Malah Najib turut mendakwa pembangkang telah memfitnahnya termasuk mengedit gambar Altantuya makan malam bersamanya.

‎"Dalam politik, banyak isu kerap dimainkan dan ini salah satunya. Sebab dua 'bodyguard' itu pernah bekerja dengan saya dan Razak Baginda kawan saya, mereka cuba kaitkan saya. Razak Baginda telah mengakui mempunyai hubungan dengan Altantuya tapi saya tak tahu tentang itu.

"Pakatan (PR) dan medianya yang tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya. Malah mereka sampai 'superimpose' gambar saya makan malam dengan mangsa di restoran," katanya.

Sirul dan Azilah disabitkan membunuh wanita kelahiran Ulan Bator itu di antara jam 10 malam (19 Oktober 2006) dan 1 pagi (20 Oktober 2006) di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang.

Bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang pada awalnya didakwa bersubahat telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

- Sumber: Sinar Harian 

Dr. Mahathir lancar jilid 2 buku surat beliau esok

Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan melancarkan Jilid 2 buku yang mengandungi surat terpilih beliau kepada para pemimpin dunia ketika menyandang jawatan itu selama 22 tahun di pejabatnya di Yayasan Perdana di Putrajaya, esok.

Buku bertajuk "Dr Mahathir's Selected Letters to World Leaders" ini merupakan susulan kepada Jilid 1 terbitan tahun 2008, yang mendapat sambutan hangat daripada pembaca hingga diulang cetak sembilan kali, kata editor buku berkenaan, Tan Sri Abdullah Ahmad.

Abdullah memberitahu Bernama hari ini bahawa buku itu, yang memuatkan 73 surat Dr Mahathir yang belum pernah disiarkan, dua surat lebih banyak daripada Jilid 1, mendasari urusan diplomasi Malaysia dan antarabangsa sepanjang tempoh 1987-2003, terutama antara Malaysia dan Singapura.

Ini termasuk surat menyurat antara Dr Mahathir dan tiga Presiden Amerika iaitu George H. Bush, Bill Clinton dan George W. Bush; tiga Perdana Menteri Britain (Margaret Thatcher, John Major dan Tony Blair); Jen Pervez Musharraf dan Benazir Bhutto (Pakistan); Presiden Iraq Saddam Hussein; pemimpin Libya Muammar Ghaddafi; Fidel Castro dari Cuba; dan Nelson Mandela dari Afrika Selatan. 

Bagaimanapun Abdullah menyifatkan surat antara Dr Mahathir dan rakan sejawatan beliau dari Singapura, Lee Kuan Yew dan Goh Chong Tok, sebagai surat "paling mengejutkan dan paling banyak memberikan kefahaman" berikutan sejarah panjang antipati yang wujud antara kedua-dua negara. 

Dalam prolog untuk buku itu, Dr Mahathir menulis bahawa sebagai perdana menteri, beliau cuba meluaskan medan antarabangsa dan diplomasi Malaysia. 

"Kedaulatan dan kemerdekaan kita perlu sentiasa dipelihara agar rakyat Malaysia memiliki lebih daripada sebuah tempat yang selesa untuk didiami dalam tatatingkat dunia. 

"Dalam proses meneroka masa depan yang lebih cerah, kita tidak boleh memperkecilkan kepentingan kita kepada mana-mana kuasa, tidak kira kecil atau besar, dan jangan juga sekali-kali menjadi pak turut kepada mereka," kata beliau. 

- Sumber: Bernama

Kisah cinta unik Sophie dan Dave

Sophie dan Dave dilahirkan selang dua jam sahaja. - Gambar hiasan

Kadangkala apa yang terjadi di dalam hidup kita tidak dijangka, tetapi itulah yang dinamakan takdir.

Mungkin itu gambaran paling tepat untuk pasangan Sophie Coles dan Dave McDermott dari Leicestershire, United Kingdom ini. Mereka bukan sahaja berasal dari daerah yang sama, membesar di daerah yang sama dan bersekolah di daerah yang sama, malah mereka juga dilahirkan di hospital yang sama.

Lebih menarik, mereka juga dilahirkan pada tarikh yang sama, dan waktu kelahiran mereka hanya berbeza dua jam sahaja.

Mereka dilahirkan di Leicester Royal Infirmary pada 14 Mac 1989. Pasangan ini mula berpacaran 10 tahun lepas dan hanya menyedari kebetulan tersebut beberapa bulan kemudian.

Mereka kemudiannya sama-sama menyambung pelajaran di Leeds University; Dave melanjutkan pelajaran dalam bidang Alam Sekitar manakala Sophie mengambil ijazah Sains Sukan.

Mereka berkahwin Sabtu lalu di kampung halaman mereka.

- Sumber: Astro Awani 

Kenapa tidak bangkitkan isu Altantuya 8 tahun yang lalu - Najib




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi menegaskan beliau tiada kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menerusi blognya, Najib menjawab pertanyaaan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu terutama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad berhubung kes pembunuhan Altantuya.

Najib berkata, jika pemimpin veteran terus memainkan isu ini, beliau bimbang ia secara automatik akan dibangkitkan sekali lagi.

"Seperti individu berpengaruh mempunyai banyak sumber. Apabila isu ini meletus, saya percaya mereka masih belum dapat untuk mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut.

"Jika mereka percaya ini adalah benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya apabila isu itu tercetus 8 tahun yang lalu?" soal beliau.

Najib turut mempersoalkan apakah pihak yang membangkitkan isu ini mempertikaikan keputusan sistem kehakiman yang mereka sendiri letakkan.

Katanya, kes pembunuhan wanita Mongolia itu telah dibicarakan di Mahkamah, dengan keputusan yang jelas dan hukuman yang dikenakan.

"Biarpun perbicaraan yang sangat lama, masa yang mencukupi telah diberikan kepada perayu untuk kes didengari dan diadili.

"Sumpah Laknat saya, penafian berulang telah saya dibuat, penjelasan umum yang disediakan oleh Razak Baginda, sesetengah orang terus mempersoalkan isu ini dan terus mencuba untuk mengaitkan saya," katanya lagi.

Najib berkata selepas mahkamah membuat keputusan dan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengakui tiada penglibatannya, adalah tidak adil untuk memaksa beliau menyiasat kes ini sekali lagi untuk mengetahui siapa mengarahkan pembunuhan itu.

"Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa. Mahkamah telah putuskan siapa yang bersalah atas pembunuhan itu. Yang harus menjadi akhir cerita," katanya.

Presiden UMNO itu menegaskan rakyat perlu mengambil kira bahawa dalam politik, banyak isu dimainkan dan isu pembunuhan Altantuya merupakan salah satu darinya.

Malah tegas beliau, isu itu mendapat perhatian ketika beliau menjawat jawatan timbalan perdana menteri-hampir untuk menduduki kerusi perdana menteri-pembangkang satu cara untuk menghalangnya dari mara.

Rakyat perlu mengambil kira bahawa dalam politik, banyak isu dan menginap dimainkan, dan ini adalah salah satu daripada mereka. Ia menjadi panas ketika saya PM menunggu dan pembangkang memerlukan satu cara untuk menghalang saya dari mara.

"Oleh kerana kedua-dua pengawal peribadi telah bekerja untuk saya, dan Razak Baginda adalah teman dan sekutu, mereka cuba untuk menyambung titik-titik untuk saya.

"Razak Baginda telah secara terbuka mengakui hubungan dengan Altantuya tetapi sama sekali tidak bermakna saya mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya," jelas beliau.

Isu pembunuhan Altantuya sekali lagi mendapat perhatian apabila bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya siasatan semula dilakukan.

Hujah Dr Mahathir apabila bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar-yang kini berada di Australia-mendakwa beliau hanya menurut arahan untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Kata Dr mahathir, adalah tidak adil untuk menjatuhkan hukuman mati kepada seseorang yang melakukan jenayah kerana mengikut arahan dan pihak yang memberi arahan masih bebas. 

- Sumber: Astro Awani 

Kemungkinan besar 'Orang dalam' dalang kes culik di Sandakan

Jalaluddin Abdul Rahman

KOTA KINABALU - Kes penculikan seorang lelaki dan seorang wanita di Restoran Ocean King di Sandakan tiga hari lalu berkemungkinan besar didalangi 'orang dalam', kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, disyaki 'orang dalam' telah bersekongkol untuk memberikan maklumat mengenai sasaran yang bermutu tinggi dan perkara itu sedang disiasat.

"Polis telah menerima maklumat berkenaan penculikan akan berlaku di Sabah dan salah satu lokasi itu adalah Sandakan.

"Pihak Esscom yang diketuai oleh Datuk (Abdul) Rashid Harun telah membuat Operasi Bersepadu di kawasan Sandakan yang menumpukan kawasan panas dan juga pendatang asing tanpa izin. Malangnya ia berlaku di tempat yang tidak diduga," katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khasa Pantai Timur Sabah (Esscom) sedang berusaha untuk mengkaji dan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan supaya kes penculikan sedemikian tidak berlaku lagi.

Jalaluddin turut mengesahkan kedua-dua keluarga mangsa menerima panggilan telefon daripada pihak yang mendakwa sebagai penculik dan meminta wang tebusan yang tinggi nilainya dan tidak boleh diberitahu kepada umum.

Katanya, sehingga kini, keluarga kedua-dua mangsa juga enggan membuat laporan polis meskipun telah dinasihatkan oleh polis supaya berbuat demikian.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya keluarga mangsa diugut berikutan keengganan mereka membuat laporan polis. Katanya kedua-kedua mangsa culik dilaporkan dalam keadaan selamat dan kini berada di salah sebuah pulau di perairan Filipina.

Pada Khamis, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King dan menculik lelaki dan wanita itu dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.

Thien Nyuk Fun, 50, kakak ipar pengurus restoran itu adalah seorang daripada mangsa culik dalam kejadian 7.45 malam itu. Seorang lagi mangsa ialah Bernard Ghen Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja sebagai perunding elektrikal di Kemboja. 

- Sumber: Bernama

Pulak?? Dr M dijangkiti penyakit pembangkang?

Datuk Seri Salleh Said Keruak

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dijangkiti penyakit pembangkang yang sering mencabar untuk perbahasan.

Speaker Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, sebagai bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sepatutnya lebih memahami bahawa perdebatan dengan rakyat biasa bukan protokol wajar bagi seorang pemimpin negara.

“Tun Mahathir kini telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai badan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Ia bukan protokol wajar bagi seorang Perdana Menteri untuk menerima perbahasan daripada rakyat biasa, walaupun warganegara yang pernah menjadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang,” katanya menerusi tulisan diblognya.

Katanya lagi, Tun Mahathir sebaliknya perlu mencadang untuk mengadakan sesi perbahasan dengan Najib supaya topik 1MDB boleh dikupas dengan lebih meluas.

“Jika Ketua Pembangkang ada apa-apa isu, dia sentiasa boleh membawa perkara-perkara tersebut ke sidang Dewan Rakyat. Bagaimanapun, debat tidak boleh mengatasi apa-apa isu seperti 1MDB. Perbahasan hendaklah meliputi isu-isu yang lebih luas.

“Sebaliknya, jika perdebatan ini terhad kepada hanya 1MDB, maka perbahasan perlu memberi tumpuan kepada dakwaan bahawa 1MDB telah kehilangan RM42 bilion atau RM42 bilion telah hilang ke udara nipis,” katanya lagi.

Najib pada satu majlis semalam mengingatkan Dr Mahathir bahawa sokongan terhadapnya pernah berkurangan sehingga 50 peratus suatu ketika dahulu dan hanya kekal sebagai PM kerana Perlembagaan parti.

Kata Najib, beliau masih menerima sokongan daripada rakyat dan parti untuk terus memimpin negara.

Salleh Said dalam pada itu turut mempersoal sikap Dr Mahathir yang didakwa tidak sabar dan terburu-buru dalam menyelesaikan krisis 1MDB.

“Satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah untuk menunggu laporan PAC dan lihat apa yang dikatakannya.

“Mengapa Dr Mahathir enggan menunggu laporan PAC? Apa yang dia takut? Adakah dia bimbang bahawa laporan PAC yang akan membuktikan bahawa RM42 bilion belum hilang?” soalnya lagi.

- Sumber: Sinar Harian 

Rancang perjalanan anda: Amaran ribut petir di perairan Selat Melaka


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran, ribut petir yang berlaku di perairan Perak, Selangor dan Selat Melaka dijangka berterusan hingga awal petang ini.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. 

- Sumber: Bernama | 17 Mei 2015

Brutalnya!! Dipukul pengawal trafik sebab langgar lampu merah

Pengawal lalu lintas ditahan pihak berkuasa sejurus selepas kejadian berlaku.

SHANDONG-CHINA. Seorang pengawal lalu lintas bertindak di luar batasan apabila memukul seorang wanita yang merupakan pejalan kaki menggunakan tukul sehingga pengsan.

Lapor portal Metro.co.uk semalam, mangsa yang dipukul di bahagian kepala dikatakan melanggar undang-undang pejalan kaki dengan melintasi lampu merah; menyebabkan pengawal tersebut berang dan memukulnya.

Menurut saksi, mangsa dan pengawal tersebut pada awalnya bertengkar kerana wanita tersebut melanggar isyarat lampu merah.

“Kemuncak pertengkaran berakhir selepas wanita itu dipukul dengan menggunakan tukul besi. Wanita tersebut pengsan selepas itu.

“Pengawal lalu lintas itu menjerit “saya tidak akan benarkan awak berjalan meredah lampu merah!” kepada wanita tersebut sebelum memukulnya,” katanya.

Mangsa tersebut dikejarkan ke hospital berdekatan oleh orang ramai.

Pengawal lalu lintas tersebut ditahan di tempat kejadian dan kes disiasat oleh pihak berkuasa.

- Sumber: metro.co.uk

Menakjubkan: Remaja 17 tahun selamat selepas 'mati' 20 minit



Para doktor yang merawat Zack sehingga kini masih kebingungan bagaimana remaja itu boleh diselamatkan. - Gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki melalui pengalaman menakutkan apabila 'mati' selama 20 minit.

Zack Clements, 17, merupakan seorang pemain futbol di sekolah, jatuh pengsan ketika sesi kelas Pendidikan Jasmani dan jantungnya berhenti berdegup selama 20 minit.

Anggota paramedik yang merawatnya kemudian berjaya mengembalikan degupan jantungnya sebelum mengejarkan Zack ke hospital.

Zack berada dalam koma selama beberapa hari selepas itu.

Para doktor yang merawat Zack sehingga kini masih kebingungan bagaimana remaja itu boleh diselamatkan.

Zack mendakwa ketika tidak sedarkan diri selama 20 minit itu, dia didatangi seorang lelaki.

"Dia meletakkan tangannya di atas bahu saya dan berkata semuanya akan okey," kata Zack dalam temubual dengan stesen televisyen CBS.

Zack dan keluarganya percaya ada satu 'kuasa luar biasa' yang membangunkan Zack.

"Sangat tidak logik jika difikirkan. Dia sudah 'mati' selama 20 minit tetapi kemudian dia bangun semula," kata bapa Zack, Billy.

- Sumber: Astro Awani 

5 sekeluarga dijadikan tebusan selama enam jam

MELAKA - Polis berjaya menyelamatkan lima sekeluarga yang dijadikan tebusan selepas lebih enam jam berunding dan cuba menenangkan seorang lelaki bersenjata parang dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Taman Duyong Indah di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, dalam kejadian itu seorang lelaki berusia 30-an telah menjadikan isterinya berusia 40-an; ibu kandungnya 60-an; dan tiga anak perempuannya berusia antara tiga hingga sembilan tahun sebagai tebusan dipercayai akibat tidak puas hati dengan isteri dan ibunya.

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 7.15 malam dan bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa tebusan, katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, polis telah cuba berunding meminta lelaki itu menyerah diri tetapi tidak berjaya kerana dia dalam keadaan amat marah dengan ibu dan isterinya yang didakwanya telah melakukan sihir terhadapnya.

"Polis tidak dapat mengambil tindakan awal kerana suspek bersenjatakan parang dan menggunakan senjata itu untuk mengancam ahli keluarganya.

“Polis bagaimanapun terpaksa bertindak menyerbu rumah berkenaan dan berjaya menyelamatkan semua tebusan serta menahan suspek kira-kira jam 2 pagi selepas suspek semakin bertindak agresif terhadap terhadap isteri, ibu dan anak-anaknya,” katanya.

Chuah berkata, semua mangsa tebusan berkenaan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Isteri lelaki itu mengalami kecederaan di muka dan mata dipercayai dipukul manakala siasatan masih dilakukan bagi mengetahui sama ada emak serta anak-anaknya mengalami kecederaan.

Mengulas lanjut tentang rundingan lebih enam jam dengan suspek, katanya, polis berusaha tidak menggunakan kekerasan atau senjata sebaliknya secara rundingan yang diketuai Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Mohd Shahrizan Che Mat Din atas faktor keselamatan tebusan.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu termasuk latar belakang suspek yang dipercayai tidak mempunyai pekerjaan.

"Terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan terhadap suspek termasuk sama ada dia adalah penagih atau berada dalam pengaruh dadah ketika bertindak menahan ahli keluarganya sebagai tebusan dan bertindak agresif," katanya.

Sementara itu, seorang jiran suspek yang menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu, berkata suspek seorang yang panas baran dan sering bertindak memukul anggota keluarganya.

"Kami sering mendengar jeritan dan melihat dia (suspek) memukul ahli keluarganya terutama isterinya. Lebih ketara dalam beberapa hari ini kerana pergaduhan antara mereka berlarutan dari malam sampai awal pagi," kata lelaki itu.

Dia berkata, dalam kejadian amuk pada hari tersebut, suspek pada mulanya menarik isterinya ke luar rumah dan bertindak memecahkan sebuah kenderaan jiran pada kira-kira pukul 7 malam.

Katanya, suspek kemudian masuk ke dalam rumah dan mengunci diri serta anggota keluarganya di dalam rumah yang telah didiaminya kira-kira tujuh tahun lepas yang menyebabkannya menghubungi polis kerana bimbang dengan keselamatan mereka. 

- Sumber: Bernama

Familia Myvi Club terima ugutan bunuh?

Asrul (dua, kiri) bersama ahli FMC membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam.

KUALA LUMPUR – Lebih 100 ahli Familia Myvi Club (FMC) mendakwa diancam keselamatan termasuk menerima ugutan bunuh berikutan insiden kemalangan membabitkan ahli mereka awal bulan lalu.

Dalam kejadian tersebut, tiga sekeluarga maut dalam kemalangan di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke) membabitkan ahli FMC pada 2 Mei. 

Sehubungan itu, ahli jawatankuasa FMC membuat laporan polis bagi memastikan keselamatan 278 ahlinya, selain bertujuan membersihkan nama kelab bagi mengelak sebarang tohmahan yang memudaratkan.

Setiausaha FMC Asrul Hanif Mohamad berkata, sehingga hari ini ahli FMC yang tidak terlibat dalam kejadian itu masih diancam keselamatan, difitnah dan diugut pukul.

“Selain dilemparkan kata-kata kesat, dua kereta ahli FMC dirosakkan. Ada juga mendakwa mereka menerima ugutan bunuh kerana tidak berpuas hati dengan FMC.

“Selain ahli FMC dalam keadaan trauma dan ketakutan, keselamatan keluarga mereka juga terancam,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam.

Asrul berkata, ahli FMC yang merasa diri terancam turut dinasihat segera membuat laporan polis.

“Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi seperti mana digambarkan selain tidak pernah menganjurkan perlumbaan haram.

“Bahkan akaun Facebook rasmi FMC ditutup sejak 2 Mei lalu dan sebarang kenyataan dimuat naik menggunakan nama FMC adalah palsu,” katanya.

Kemalangan 2 Mei lalu, mengorbankan Fairuz Nizam Husain, isterinya Nova Safitri Azhari dan anak bongsu mereka Nur Fizura Annisa, tujuh bulan.

Dalam kejadian pada jam 1.05 pagi itu, kereta Pajero Sport dinaiki mangsa berlanggar dengan dua Myvi sebelum terbalik.

Mangsa meninggalkan dua anak iaitu Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4.

- Sumber: Sinar Harian  

    Dibelasah kerana enggan sertai geng samseng

    Kamarul Zaman Mamat

    KLANG - Seorang pelajar tingkatan satu cedera dipukul sekumpulan remaja lelaki kerana enggan menyertai kumpulan samseng.

    Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat memberitahu, mangsa diserang pada Khamis lalu, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

    "Beberapa remaja lelaki menghampiri mangsa kemudian menariknya ke kawasan perumahan berhampiran dan menolak mangsa sehingga terjatuh ke dalam longkang.

    “Mangsa dipercayai dipukul kerana enggan menyertai kumpulan samseng disertai suspek. Akibatnya mangsa cedera di tangan, calar di belakang badan serta luka di kaki,” katanya.

    Menurutnya, suspek bagaimanapun berhenti memukul mangsa dan melarikan diri selepas ternampak pasukan polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

    “Susulan kejadian itu, polis menahan seorang remaja berusia 13 tahun bagi membantu siasatan. Siasatan mendapati suspek tidak bersekolah lebih dua tahun. 

    “Siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek terlibat kegiatan gengsterisme,” katanya.

    Polis juga kini memburu saki baki rakan suspek bagi membantu siasatan.

    “Mangsa yang cedera di tangan, bahagian belakang badan dan kaki telah dirujuk ke hospital bagi mendapat rawatan,” katanya.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Berita kematian palsu, Awie: Saya masih hidup

    Awie rancang ambil tindakan.


    BERITA kematian palsu Awie telah dilaporkan berlaku beberapa kali semenjak 2013 di mana mangsa yang digelar 'Awie Lahad Datu' kerana mempunyai rupa seiras Awie, dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lahad Datu, Sabah. 

    Bagaimanapun kini, atas sikap penting diri sesetengah pihak yang ingin mencari jalan singkat bagi mempopularkan blog kelolaan mereka, berita tersebut kembali disebarkan.

    Lebih buruk apabila mereka menggunakan gambar Awie sehari selepas penyanyi itu menerima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seolah-olah menggambarkan penyanyi itu yang meninggal dunia.

    Kesannya dek berita tersebut, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman dihujani panggilan telefon daripada rakan-rakan dan pihak media yang mahu mengetahui kesahihan berita tersebut.

    “Saya pun tak faham kenapa berita ini jadi viral semula. Saya dihubungi rakan-rakan dan media bertanyakan keadaan saya. Ada yang telefon sambil menangis. 

    “Berita ini sedikit sebanyak mengganggu jadual harian saya. Saya kena jawab soalan yang sama berulang kali daripada pelbagai pihak. Saya faham, saya kena jawab sebab ini melibatkan emosi keluarga, kawan-kawan dan saya ada anak," jelasnya ketika dihubungi Zass.

    Tidak akan terus berdiam diri dengan perkara ini, Awie berkata, dia akan bertindak.

    “Kadang-kadang emosi ini kita tak boleh kawal. Ia boleh menjejaskan saya sebab tu saya tak nak balas apa apa di Facebook sebaliknya akan guna saluran undang-undang. 

    "Kali ini saya tak kan berdiam diri. Saya akan bertindak. Tunggu dan lihat!” tegasnya.

    Penyanyi dari Kumpulan Wings ini berkata, dia sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap pencetus isu kematian palsu ini dan akan merujuk kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

    Satu laporan polis juga akan dibuat dalam masa terdekat. Tegasnya, mereka yang bertanggungjawab mencetuskan perkara ini akan dicari sampai dapat.

    Ketika ditanya mengenai kebarangkalian mempunyai musuh dalam industri hiburan Awie menafikannya tetapi tidak menolak kemungkinan ada individu yang tidak suka kepada pencapaiannya.

    “Saya tidak tahu. Tak ada musuh dalam industri. Untuk apa bermusuh sebab saya perlukan masyarakat untuk sokong saya, beli album saya dan produk saya. 

    "Mungkin ada yang tak suka dari segi karakter atau kata-kata saya yang menyinggung mana-mana pihak.

    “Tak tahulah kenapa ada orang sanggup main-mainkan isu mati ni. Mungkin mereka betul nak doakan kematian saya. Kalau tak, tak kan sewenang-wenangnya hebahkan berita tak betul ini, siap pakai gambar terkini.

    "Ini adalah anasir tak sihat yang dilakukan oleh orang yang tak sihat berperangai syaitan tetapi bertopengkan manusia. Kalau saya diberikan peluang memang saya nak berjumpa dengan orang-orang ini. Saya nak tanya apa yang dia tak puas hati sangat dengan saya," akhirinya.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Lapan maut dalam nahas helikopter di Nepal


    KATHMANDU -NEPAL. Kesemua enam pegawai Marin Amerika Syarikat (AS) dan dua anggota Tentera Nepal maut apabila sebuah helikopter Tentera Udara AS yang dinaiki mereka terhempas dekat sini.

    Serpihan bangkai helikopter UH-1Y Huey itu dijumpai berselerak pada ketinggian 11,200 kaki di timur laut kawasan bukit Kalinchok, kira-kira 50 kilometer (km) ke timur Kathmandu dan kesemua ditemui terbunuh, kata Mejar Jeneral Binoj Basnyat dari Tentera Nepal.

    Bangkai helikopter Tentera AS itu dijumpai di kawasan nahas hampir 68 jam selepas pesawat itu dilaporkan hilang.

    Selepas menerima maklumat daripada penduduk tempatan, Tentera Nepal menugaskan sebuah helikopter Lancer dan Ecureuil ke kawasan nahas.

    "Sejurus selepas lokasi nahas dikesan, pasukan lima anggota Tentera Nepal tiba di kawasan itu tetapi cuaca buruk dan angin kencang menghalang mereka daripada mengeluarkan mayat-mayat mangsa yang rentung," kata Basnyat. 

    Helikopter Tentera AS itu dilaporkan hilang pada Selasa dari Dolkha semasa menjalankan misi kemanusiaan menyelamatkan mangsa gempa bumi di negara itu.

    Punca sebenar nahas belum dikenal pasti tetapi laporan awal membayangkan ia mungkin akibat kesilapan manusia.

    Bagaimanapun, Basnyat enggan mengulas namun berkata "ia hanya akan dikenal pasti selepas siasatan". 

    Gempa bumi yang menggegarkan Nepal pada 25 April dan 12 Mei lepas telah mengorbankan sekurang-kurangnya 8,500 orang dan mencederakan lebih 15,000 orang selain merosakkan harta benda bernilai berbilion dolar.

    AS telah menghantar satu pasukan tenteranya untuk membantu Nepal dalam operasi menyelamat

    - Sumber: Bernama

    Buku Terima Kasih Si Babi Hutan dijual 15 ribu naskah dalam 14 hari

    Buku Terima Kasih Si Babi Hutan dijual 15 ribu naskah dalam 14 hari

    KUALA LUMPUR: Kebiasaannya buku atau novel cinta mudah untuk laku di pasaran atas beberapa faktor antaranya, bagi mereka yang gemar membaca novel genre ini, ia dianggap tidak 'berat'.

    Dan kebiasaannya juga, buku-buku yang dianggap serius tidak laku, selalunya, dengan alasan ia 'berat', pembaca tidak suka, hanya sedikit dari yang sedikit gemarkan buku-buku yang genre 'berat' ini. Tetapi, dalam tempoh dua minggu, sejak Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), Dubook Press membuktikan bahawa buku genre 'berat' bukan lagi masalah untuk dijual.

    'Terima Kasih Si Babi Hutan' tulisan Ismail Ariffin atau lebih mesra disapa dengan nama Lepat, dijual mencecah 15 ribu naskah dalam tempoh dua minggu. Cetakan pertama, lima ribu naskah habis dalam masa tiga hari. Ini satu rekod untuk buku yang serius.

    Kalau buku genre hiburan, mungkin ia satu perkara biasa, tetapi untuk buku yang selalunya dikatakan 'berat' terutamanya bagi golongan remaja, ia sesuatu boleh dibanggakan oleh penerbit dan penulisnya. 'Terima Kasih Si Babi Hutan' juga diterima dengan baik oleh remaja yang selalunya dikatakan hanya suka buku 'ringan'.

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dubook Press, Mutalib Uthman ketika ditanya Astro AWANI kenapa memilih (atau lebih tepat lagi sanggup habiskan duit) untuk menerbitkan buku tulisan Lepat ini menjelaskan, perjalanan hidup Lepat, segala susah payahnya, membuatkan Dubook Press mahu diterbitkan.

    "Perjalanan, kepayahan yang ditempuhi Lepat itu menarik minat kami (Dubook Press) untuk menerbitkan buku ini kerana ia sedikit sebanyak, sama seperti apa yang kami tempuhi pada awal penubuhan syarikat ini.

    "Kami akui, pernah ada buku yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan indie terjual dengan lebih banyak pada hari pertama ia dilancarkan, tetapi ia merupakan buku dalam genre hiburan, buku 'ringan'.

    "Tetapi untuk buku ini (Terima Kasih Si Babi Hutan), ia boleh dianggap belum ada lagi buku genre serius yang sold outdalam tempoh tiga hari pertama," katanya yang semakin aktif menerbitkan berbagai judul buku dibawah Dubook Press.

    Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin antara mereka yang awal memiliki buku Terima Kasih Si Babi Hutan di PBAKL baru-baru ini. 

    'Terima Kasih Si Babi Hutan' merupakan catatan Lepat mengenai perjalanan hidupnya, yang ada ketikanya dilemparkan dengan berbagai tohmahan oleh mereka yang tidak pernah memahami atau tidak mahu untuk mengerti. Tetapi Lepat, tidak mempedulikan tohmahan yang ada masanya terlalu kejam, tidak pernah lelah untuk meneruskan perjalanan hidup yang telah ditakdirkan.

    Ada kandungan buku ini merupakan catatan-catatan lama Lepat yang pernah cuba diterbitkan sebelum ini namun tidak menjadi kenyataan.

    'Terima Kasih Si Babi Hutan' dijual pada harga RM25.00 senaskah. Pesanan boleh dibuat menerusi Facebook Dubook Press dan Lepat. 

    - Sumber: Astro Awani 

    Pengebom Boston dijatuhi hukuman mati dengan suntikan maut

    Tsarnaev yang menghilangkan diri selepas kejadian itu kemudiannya ditahan empat hari kemudian manakala abangnya (kiri) ditembak mati ketika cuba meloloskan diri. - Foto AFP

    BOSTON: Barisan panel juri hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap Dzhokhar Tsarnaev di atas tuduhan melakukan serangan bom ketika berlangsung maraton di Boston, pada April 2013.

    Juri mengambil lebih 14 jam untuk memutuskan hukuman mati untuk enam daripada 17 tuduhan bagi Tsarnaev yang merupakan seorang beragama Islam yang diberi status warganegara Amerika Syarikat ketika kecil.

    Perbincangan kes berkenaan diadakan selama tiga hari dan 12 panel juri terpaksa sebulat suara menjatuhkan hukuman mati terhadap Tsarnaev. Jika tidak, bekas pelajar universiti berketurunan Chechen itu secara automatik akan menerima hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

    Hukuman mati ke atas Tsarnaev, 21 akan dilakukan secara suntikan maut.

    Dalam insiden pada 3 April 2013 itu, tiga orang terbunuh manakala lebih 260 cedera apabila bom yang diletakkan Tsarnaev dan abangnya meletup di garisan penamat.

    Sebelum ini peguam Tsarnaev mengakui anak guamnya memainkan peranan dalam serangan itu, tetapi ia didalangi dan dirancang abangnya.


    Tsarnaev yang menghilangkan diri selepas kejadian itu kemudiannya ditahan empat hari kemudian ketika bersembunyi di dalam sebuah bot.

    Abang Tsarnaev bagaimanapun terbunuh selepas ditembak ketika cuba melarikan diri.

    - Sumber: AFP

    Mahathir sedia berdebat dengan Najib

    Tun Dr Mahathir menyatakan kesediaannya pada bila-bila masa untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    IPOH: Tun Dr Mahathir Mohamed turut menyatakan kesediaannya pada bila-bila masa untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelbagai isu berbangkit termasuk 1MDB dengan disaksikan rakyat jelata.

    Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada salah seorang peserta yang hadir.

    Sementara itu, Tun Mahathir berkata, parlimen boleh melaksanakan undi tidak percaya untuk menjatuhkan Najib sekiranya pemimpin negara itu tidak mendapat kepercayaan rakyat.

    Namun begitu, katanya, memandangkan ahli UMNO bukan majoriti maka ia terpaksa mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli Barisan Nasional (BN).

    Menurut Mahathir lagi, beliau dapati ahli UMNO agak lemah kerana tidak berani untuk berbuat apa-apa pun kerana menjaga kepentingan ataupun takut tidak dipilih menjadi calon pilihan raya sebab itu agak sukar untuk mengadakan undi tidak percaya.

    Dr Mahathir juga memberitahu bahawa speaker Dewan Rakyat mahu meletakkan jawatan. Katanya, speaker telah datang menemuinya dan memberitahu tidak mahu lagi menjadi speaker.

    Tun Mahathir juga memberitahu, beliau bersedia dipecat daripada menjadi ahli parti sekiranya pucuk pimpinan parti mengambil keputusan sedemikian kerana tindakannya melawan presiden parti.

    Di majlis yang sama, mantan Perdana Menteri itu turut mengulangi ramalannya yang Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 sekiranya UMNO tidak menggugurkan presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Beliau turut bimbang sekiranya BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti UMNO akan lenyap dan adalah amat sukar untuk dipulihkan.

    Menurut Tun Mahathir, UMNO yang berjuang untuk bangsa, agama dan negara tidak boleh membiarkan sokongan kepada individu satu dengan menidakkan sokongan kepada agama, bangsa dan negara.

    “Saya berusaha berhempas pulas nak dia jadi Perdana Menteri takkanlah saya tiba-tiba nak menjatuhkan dia tapi banyak sangat dah yang dia buat yang tak kena, sebab tu saya berpendapat masa sudah tiba untuk dia berhenti daripada menjadi perdana menteri,”

    Beliau berkata demikian pada majlis Bicara Negara bersama Tun Dr Mahathir di Hotel Tower Regency, Ipoh pada Sabtu yang dihadiri lebih 1,000 pada majlis itu.

    Antara pemimpin UMNO negeri yang turut hadir ialah Ketua Bahagian UMNO Kampar, Dato’ Mohd Radzi Manan dan bekas Exco kanan kerajaan negeri, Dato’ Hamidah Osman dan veteran UMNO negeri. 

    - Sumber: Astro Awani 

    Pandikar tepis kenyataan Tun Mahathir, masih Speaker Dewan Rakyat

    Tan Sri Pandikar Amin Mulia nafi beliau letak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

    KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia malam ini menafikan beliau telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

    Katanya, beliau akan bertugas seperti biasa sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlime ke-13 yang akan bermula Isnin ini.

    "Saya akan mempengerusikan upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Rakyat bagi dua ahli baharu daripada Parlimen kawasan Rompin (Datuk Hasan Arifin) dan kawasan Permatang Pauh (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) serta urusan-urusan mesyuarat yang ditetapkan pada 18 Mei 2015 (Isnin ini)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi menafikan laporan di portal berita yang mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu forum di Ipoh hari ini mengatakan Pandikar telah berjumpa dengannya dan telah memaklumkan meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

    Pandikar berkata beliau turut akan mempengerusikan sesi pembentangan usul Rancangan Malaysia ke-11, yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis ini.

    Pandikar, 59, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah mengangkat sumpah sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada April 2008 bagi menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib. 

    - Sumber: Bernama

    Sumber dalaman nafi dakwaan Pandikar letak jawatan




    Sumber dalaman menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah meletakkan jawatannya.

    Malah beliau terkejut apabila beberapa wakil media yang menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan berkenaan kenyataan yang dibuat mantan perdana menteri itu.

    Beliau berkata Pandikar dijangka akan melaporkan diri ke Parlimen pada Isnin seperti biasa.

    Pandikar dijangka menjadi saksi bagi majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah Ismail pada Isnin.

    Turut menafikan perkara itu adalah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

    Menurut laporan The Star Online, Ronald berkata berita peletakkan jawatan Pandikar telah diulangi sejak sesi Palimen yang lepas berakhir pada 9 April.

    Ronald berkata berita itu hanyalah spekulasi semata-mata kerana beliau telah berjumpa dengan Pandikar hanya beberapa hari lepas dan beliau tidak berkata apa-apa mengenai perkara itu.

    Ronald menambah semasa sesi Parlimen yang lepas, soal peletakan jawatannya muncul tetapi beliau bercuti rasmi pada ketika itu dan beliau hadir pada sesi Parlimen selepas itu.

    Hari ini, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Pandikar Amin Mulia telah melepaskan jawatanya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

    Dr Mahathir mendakwa Pandikar datang berjumpanya dan berkata tidak mahu meneruskan kerjanya lagi.

    Dr Mahathir menambah tugasnya sekarang disandang oleh timbalannya. 

    - Sumber: Astro Awani 

    Michelle Yeoh bantu mangsa gempa di Nepal


    PELAKON Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh mengumumkan beliau akan menderma 100,000 Euro (RM408,000) untuk bantuan dan pemulihan kepada mangsa-mangsa gempa bumi Nepal, baru-baru ini.

    Yeoh telah menyalurkan derma 100,000 Euro melalui Tabung Tindakan Kecemasan Nepal, Persatuan Sukan Automobil Nepal (Nasa) bagi tujuan bantuan dan pemulihan mangsa gempa bumi, menurut Nasa dalam satu kenyataan.

    Yeoh ditemani pasangan Jean Todt, yang juga Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), tiba di Kathmandu pada Jumaat untuk menghadiri program Nasa, francais FIA di Nepal.

    Ini merupakan lawatan kedua beliau ke Nepal selepas memendekkan lawatan untuk pulang ke Perancis berikutan gempa bumi kuat di sini April lepas, menurut kenyataan itu.

    Yeoh yang juga duta Global Make Road Safe yang diselaraskan FIA, melawat Nepal pada 23 April lepas untuk menyertai Kongres Sukan Serantau Asia anjuran FIA.

    Beliau juga telah berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk membantu lagi dalam pemulihan dan pembinaan semula di Nepal, menurut kenyataan itu.

    Yeoh dan Todt juga bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon selepas gempa bumi itu dan meminta sokongan kepada mangsa-mangsa gempa bumi Nepal.

    Nepal dilanda gempa bumi besar berukuran 7.9 pada skala Richter pada 25 April dan gegaran susulan yang kuat pada 12 Mei lepas.

    Lebih 8,500 orang terbunuh, lebih 15,000 orang cedera dan harta bernilai berbilion-bilion dolar telah musnah akibat gempa bumi berkenaan. 

    - Sumber: Bernama

    Selfie konvo langgar protokol?

    KUALA LUMPUR: Apa akan terjadi jika anda melakukan selfie luar kebiasaan? Jawapannya dalam masa tidak sampai sehari semalam, anda akan menjadi terkenal!

    Itulah yang terjadi kepada seorang pelajar jurusan fotografi Universiti Teknologi MARA, Mohd Hasrul. Dia yang mengambil gambar selfie ketika naik ke atas pentas untuk mengambil skrol, menjadi mangsa usikan dan kritikan di laman sosial gara-gara tindakannya itu.

    Ada yang memuji keberanian Hasrul, ada juga yang mengkritik dengan mengatakan tindakan tersebut melanggar protokol majlis.

    Pengguna Twitter, mynamehakim menyatakan selfie sebegini sebenarnya sudah lama diamalkan di Barat.

    Selfie masa konvo. Baru sorang student malaysia buat dah kene maki kat oversea rilek puji pulak pic.twitter.com/8KvdacjGFE— mynamehakim (@mynamehakim) May 15, 2015 
    Pendapat yang sama diluahkan Ai Syusuke yang memberitahu tindakan tersebut sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa.

    Saifulzamir pula berkongsi rasa ketika menaiki pentas konvo dengan mengatakan dia lebih memikirkan langkah yang diambil.

    Tindakan Harul juga nampaknya telah memberi inspirasi kepada bakal graduan lain.

    - Sumber: Astro Awani 

    Spurs ease past Hull as relegation battle goes to the wire

    Goals from Danny Rose and Nacer Chadli pushed Hull City to the edge of relegation as Spurs won 2-0 at White Hart Lane.

    The first half was goalless, but both sides had chances. Spurs went closest when Erik Lamela turned a cross at the near post just wide of the woodwork, and Eric Dier flicked a cross over at the start of the half.

    Hull had the best chance, though, when Nikica Jelavic found himself with room to shoot from a corner, crashing a shot from close range against the bar. Jelavic also went close with an overhead kick that sailed just over.

    In the second half, Spurs took the lead just after the hour mark when Chadli’s diagonal run was found by Erik Lamela, and he rounded Steve Harper for an easy conversion. 10 minutes later, it was two as Ryan Mason’s magnificent chipped pass found Rose, who volleyed home.

    In the dying moments of the match Rose should have been sent off but the referee decided to be lenient.

    - Source: Eurosport 

    Trauma diganggu wanita misteri

    Nor Asiah menunjukkan lokasi tingkap yang digunakan wanita misteri terbabit masuk ke dalam rumah.

    PADANG SERAI - Seorang suri rumah trauma apabila didatangi seorang wanita misteri yang masuk ke bilik dan menekup mulutnya sebelum melarikan diri di Kampung Permatang Tok Dik, dekat sini, awal pagi kelmarin.

    Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Nor Asiah Ishak, 48, sedang tidur di dalam biliknya yang dipasang kelambu, namun tersedar apabila terasa seperti diperhatikan.

    Menurutnya, kebiasaannya jika suaminya bekerja waktu malam, dia akan tidur di rumah ibu mertua yang bersebelahan dengan rumahnya.

    "Saya tidur di bilik tengah manakala kedua ibu bapa mertua saya tidur di ruang tamu.

    “Pada hari kejadian, ibu bapa mertua saya sedang menunaikan solat sunat tahajud namun tidak menyedari ada orang menceroboh masuk ke dalam rumah. Saya tersedar apabila suspek menyelak kain kelambu yang dipasang dan melihat ke arah saya sebelum saya menjerit,” katanya kepada Sinar Harian.

    Nor Asiah berkata, akibat terkejut dengan laungannya, wanita misteri yang lengkap bertudung itu terus menekup mulut dan membuat isyarat diam kepadanya.

    “Saya juga mendengar suaranya seolah-olah berbisik meminta saya diam,” katanya.

    Katanya, bibir sebelah kanannya mengalami luka kerana ditekup dengan kuat oleh wanita terbabit yang turut memakai sarung tangan.

    “Saya tak fikir dia nak menyamun kerana tiada barang yang hilang,” katanya.

    Malah katanya, wanita tersebut dipercayai masuk melalui tingkap dengan mengopak besi nako di bahagian dapur rumah itu.

    “Saya bangun dapati dua cermin di bahagian dapur telah bengkok dan dua cermin tingkap diletakkan di luar rumah serta pintu juga terbuka,” katanya.

    Berikutan kejadian itu, Nor Asiah membuat laporan di Balai Polis Padang Serai.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Menteri Korea Utara ditembak mati kerana tertidur

    Hyon Yong Chol

    SEOUL - KOREA SELATAN. Menteri Pertahanan Korea Utara dihukum mati dengan cara ditembak menggunakan senjata anti serangan udara kerana didakwa tertidur ketika dalam satu acara rasmi yang dihadiri pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong Un.

    Hyon Yong Chol, 66, dikatakan menunjukkan 'rasa tidak hormat' kepada Jong Un atas tindakan itu.

    Berita hukuman itu disampaikan oleh seorang pegawai perisikan kepada Ahli Parlimen dalam satu mesyuarat khas.

    Menurutnya, hukuman yang dikenakan terhadap Yong Chol itu disaksikan oleh ratusan pegawai kanan ketenteraan pada April lalu.

    "Hukuman mati itu dilakukan di sebuah kawasan luas di Pusat Latihan Tentera Kanggon, utara Pyongyang," katanya.

    Sebuah akhbar tempatan Yonhap pula melaporkan, Yong Chol dihukum dengan cara ditembak menggunakan enam unit senjata anti-serangan udara ZPU-4.

    - Sumber: Sinar Harian 

    Dr M isytihar tidak sokong Najib lagi


    IPOH - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan tidak lagi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa lemah dalam mentadbir negara.

    Beliau berkata, pelbagai langkah telah diambil bagi menasihati Najib namun perkara itu dilihat tidak memberi kesan yang positif terutama membabitkan soal kepimpinan dan pentadbirannya.

    “Saya sudah berunding, nasihat dan beri pandangan kepada beliau namun ia semacam tak memberi kesan.

    “Oleh itu, saya telah tulis surat mengatakan saya tidak boleh lagi sokong beliau dan buat pengetahuan semua (hadirin) Najib tidak (pernah) maklumkannya (mengenai surat) kepada sesiapa,” katanya pada program Bicara Negara Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sebuah hotel di sini, hari ini.

    Mahathir berkata, tindakannya menolak kepimpinan Najib itu juga berpunca daripada kegagalan perdana menteri itu mendengar keluhan akar umbi dan rakyat jelata.

    “Saya tahu ada pihak akan marah bila saya katakan perkara ini namun ingin saya tegaskan kepimpinan Najib tidak sama sepertimana arwah bapanya, Tun (Abdul) Razak yang sanggup menyelusurkan segenap kampung bertanyakan hal rakyat,” katanya.

    Beliau berkata, ahli Umno terutamanya pimpinan tertinggi perlu berani menegakkan kebenaran sekali gus menggugurkan Najib daripada mengetuai Kabinet dan parti.

    “Umno perlu gugurkan Najib demi tanggungjawab bangsa, agama dan negara selain tidak sesekali boleh membiarkan sokongan kepada seseorang individu menidakkan sokongan kepada agama, bangsa dan negara.

    Selain itu, katanya, beliau tidak menolak Umno dan BN akan tumpas dalam PRU14 sekiranya pakatan itu mengekalkan Najib selaku Perdana Menteri.

    “Mungkin, dan saya fikir Umno itu akan lenyap terus ditelan zaman,” katanya.

    - Sumber: Sinar Harian