Wednesday, 12 February 2014

Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak ke-5


KUCHING: Selepas menerajui pemerintahan negeri Sarawak selama 33 tahun, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akhirnya menyerahkan surat peletakan sebagai Ketua Menteri.

Perletakan jawatan jawatan beliau berkuatkuasa 28 Februari ini.

Beliau menamakan penasihat beliau, Tan Sri Adenan Satem sebagai pengganti sekaligus menjadi Ketua Menteri Sarawak ke-5 berkuatkuasa 1Mac ini.

Surat peletakan jawatan diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam satu pertemuan pukul 3.30 petang tadi.

Abdul Taib juga dijangka mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dan calon akan ditentukan oleh Ketua Menteri baru.

Sebelum itu Abdul Taib menghadap TYT Sarawak pukul 3.00 petang yang turut dihadiri barisan pemimpin komponen Barisan Nasional Sarawak.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual bertemu semua Presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak malam ini.

Muhyiddin turut dijadualkan bertemu Abdul Taib pagi esok.

Astro Awani 

Cuaca panas di Semenanjung dijangka berterusan


KUALA LUMPUR: Cuaca panas dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini dengan hanya beberapa kawasan di Pantai Barat dan Pantai Timur sahaja dijangka mengalami hujan sementara.

Menurut Jabatan Meteorologi, suhu maksimum sekitar Semenanjung Malaysia minggu ini adalah pada 36 darjah selsius berbanding 36 darjah selsius pada minggu lepas.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca jabatan itu, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ini merupakan keadaan yang normal bagi bulan Februari memandangkan ianya merupakan ‘bulan yang kering’.

“Walaupun suhu sekarang agak tinggi, tapi masih pada julat yang normal. Kita rasa sangat panas kerana cuaca yang kering sekarang ini. Jadi apabila dalam cuaca kering, semua pihak perlu berjaga-jaga kerana kebakaran hutan mudah berlaku dan paras air juga mungkin akan terjejas,” katanya.

Helmi menambah, terdapat beberapa kawasan di bahagian utara yang mengalami kemarau sejak 30 hari yang lalu.

“Terutama di utara seperti beberapa kawasan di Arau, Kubang Pasu, Padang Besar serta Langkawi, hujan masih tidak turun hingga sekarang sejak 23 hingga 30 hari yang lepas. Tetapi bukan semua kawasan tidak hujan, hanya beberapa tempat sahaja,” tambahnya lagi.

Astro Awani

Nahas pesawat penumpang Algeria ragut 77 nyawa

AlGIERS: Susulan nahas pesawat penumpang di Algeria.

Kementerian Pertahanan Algeria mengesahkan hanya seorang daripada 78 individu yang berada dalam pesawat berkenaan selamat.

Manakala 77 lagi disahkan terkorban.

Media tempatan melaporkan nahas berlaku di daerah Oum Al-Bouaghi, 500 kilometer ke utara Algiers. Nahas disahkan sumber keselamatan Algeria.

Sumber tempatan memaklumkan, hubungan komunikasi pesawat berkenaan dengan menara kawalan terputus antara Constantine dan Oum Al Bouaghi.

Pesawat jenis C-130 Hercules itu dikatakan membawa tentera dan anggota keluarga mereka.

Empat anak kapal turut berada di dalam pesawat.

Astro Awani

Pasangan Victoria dan David Beckham sahkan kehadiran di Istana Budaya



KUALA LUMPUR: Selebriti sukan popular, David beckham dan isterinya Victoria disahkan bakal ke Kuala Lumpur sempena Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014

Bertempat di Istana Budaya pada 26 Mac ini acara tahunan itu mengiktiraf kejayaan ahli sukan dengan kehadiran ramai selebriti dunia.

Sumber: Astro Awani

Free Hello Kitty toys with Easy Taxi's #EasyKitty campaign


KUALA LUMPUR: Easy Taxi is celebrating love in conjunction with this year's Valentine’s Day by giving out a limited number of Hello Kitty soft toys to their passengers.

According to a statement by Easy Taxi, the campaign begins on Monday (February 11) and ends on February 16 or while stocks last.

Passengers will receive a Hello Kitty soft toy each when using the Easy Taxi application on their smartphones during this campaign.

All they have to do is to key in “#EasyKitty” in the destination field in the Easy Taxi Application on their smartphone, and Easy Taxi drivers who respond to the request will then send the Hello Kitty soft toys to the passengers.

“Easy Taxi is happy to celebrate Valentine’s Day with all our passengers in Malaysia with the Easy Kitty campaign, in the spirit of love. Valentine’s Day is a widely celebrated occasion, and what better way is there than to give out the much beloved icon that is Hello Kitty? We hope that those who receive the Hello Kitty soft toys are touched by our little token of love," said Regional Managing Director of Easy Taxi South East Asia (SEA), Joon Chan.


Chan said that the company is delighted to play a role in such romantic atmosphere on Valentine’s Day, and he said the great thing about the campaign is that passengers do not have to actually take a taxi ride in order to receive the soft toy.

“In the event that the drivers are not available to send the Hello Kitty soft toys on that day itself, the drivers will definitely send it over the next day," he added.

Chan also said that the EasyKitty campaign is just another step for them to show their appreciation to loyal passengers, following the overwhelming response towards their #AngPauMe campaign on Chinese New Year.

They also revealed that they have more fun and exciting programmes lined up for the next few months, and reminded people to download the Easy Taxi app on their phones to enjoy those privileges.

Easy Taxi is a free application which began operations in Malaysia in May, 2013 and is widely used in 81 cities spanning 24 countries across the globe.

The Easy Taxi App helps passengers call for a taxi at any time of the day with a single tap on their smartphones.

All taxi drivers are registered and certified with Easy Taxi and once the route is confirmed, passengers will be updated with the taxi driver’s name and picture on their smartphone before each pick-up.

Passengers will also be able to track their taxi in real-time, so they will know when their taxi will be arriving.

Source: Astro awani

Filem Histeria, terus histeria di panggung

Kami Histeria



KUALA LUMPUR: Filem Kami Histeria hasil sentuhan pertama pengarah, Shamyl Othman terus mendapat sambutan di pawagam-pawagam utama seluruh Malaysia sejak ditayangkan pada 6 Februari lalu.

Setakat ini, kutipan panggung telah mencecah RM500,000 dalam masa empat hari tayangan.

Shamyl yang juga merupakan anak kepada pengarah tersohor, Othman Hafsham, di dalam temubualnya bersama Gala TV memberitahu ini adalah kali pertama dia mengarah filem dan cabarannya sangat berbeza dengan mengarah drama.

“Bagi saya cabaran mengarah filem apabila setiap scene perlu dijaga dengan terperinci kerana filem disiarkan di skrin sebesar 20 kaki maka setiap inci bakal diperhatikan” katanya.

“Kita juga mengambil masa yang lama dalam pemilihan pelakon yang bakal menganggotai kumpulan Histeria dan alhamdullah, pemilihan yang dibuat menghasilkan kombinasi yang baik” katanya kepada Gala TV.

Filem yang dibarisi pelakon hebat seperti  Fazura, Diana Danielle, Mila Jirin dan Izzue Islam turut mendapat review yang baik dari penggemar-penggemar filem.


kami histeria



Antaranya Blog hiburan, Ohbulan! yang merasakan filem bergenre komedi seram  ini sebagai ‘terbaik’ kerana berjaya lari dari pandangan stereotaip sesetengah orang yang sering melabel genre berkenaan sebagai karya syok sendiri.

Lakonan lima watak utama ahli kumpulan Histeria iaitu Laila (Diana Danielle), Peanut (Nad Zainal), Bad (Sara Ali), Airin (Mila Jirin) dan Jojo (Umie Omar) disebut-sebut sebagai kekuatan filem Kami Histeria.

Bagi penulis blog Mamuvies pula, lima watak utama tersebut berjaya melakonkan watak masing-masing dengan jayanya tanpa menenggelamkan satu sama lain, namun penulisnya kecewa apabila elemen seram tidak tidak dijadikan subplot dalam filem tersebut.


Fazura sebagai Cik Lang



Selain itu, penulis blog Byrawlins merasakan filem ini berjaya merubah anggapan skeptikalnya kepada filem melayu.

Turut memberi pujian kepada sinematografi filem ini yang dikatakan seolah menonton filem ‘luar negara’,  penulis juga merasakan lakonan Nad Zainal ‘menjadi’ walaupun  hampir tidak mempunyai dialog, dan hanya menggunakan ekspresi muka serta bahasa badan.

Walaubagaimanapun, rata-rata pendapat di media sosial turut menggemari lakonan Fazura sebagai Cik Lang, hantu yang bercakap loghat Kedah serta lagu-lagu ciptaan Loque yang digunakan sebagai runut bunyi untuk filem ini.














Menurut Pengurus Besar Astro Shaw Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai, beliau yang mewakili Red Films dan Mirna Films berasa amat gembira dan berpuas hati di atas sokongan semua pihak yang terlibat di dalam rangka promosi filem ini.

“Diharap filem ini akan terus mendapat sambutan di minggu kedua tayangan di panggung nanti” katanya.


Kami Histeria



'Kami Histeria' mengisahkan kumpulan yang dianggotai lima gadis remaja dan diketuai Laila sebagai vokalis dan pemain gitar.

Turut disertai Bad, Peanut, Airin dan Jojo, mereka merupakan sahabat baik dan menetap di sebuah pangsapuri usang berhantu.

Semasa sibuk membuat rakaman, suara langsuir secara tidak sengaja telah dirakamkan dan lagu tersebut menjadi popular selepas dimuat naik ke laman YouTube.

Jadi bagi memastikan kumpulan Kami Histeria terus popular mereka mendapatkan khidmat bantuan langsuir, Cik Lang untuk merakamkan suaranya.

Saksikan kesudahan filem ini yang sedang ditayangkan di semua 64 pawagam seluruh Malaysia.

Sumber: Astro Awani 

Sabah terima 3.38 juta pelancong pada 2013

KOTA KINABALU - Sabah mencatat peningkatan 17.6 peratus ketibaan pelancong dari Januari hingga Disember tahun lepas iaitu sebanyak 3.38 juta orang berbanding tempoh yang sama tahun 2012.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata daripada jumlah itu, 2.29 juta adalah ketibaan pelancong domestik yang meningkat 68 peratus berbanding tahun 2012 manakala pelancong antarabangsa meningkat 15.7 peratus atau lebih daripada satu juta orang.

"Ini adalah pertama kali jumlah tertinggi dicatatkan oleh negeri ini melalui kedatangan pelancong asing terutama dari Hong Kong dan China iaitu meningkat 86.7 peratus, Korea Selatan (32.1 peratus), Jepun (25 peratus) dan Taiwan (15.5 peratus)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'ITIN : A Bornean Elephant' di sini hari ini.

Masidi berkata ketibaan penerbangan sewa khas juga meningkat iaitu sebanyak 262 penerbangan pada tahun lalu berbanding 164 penerbangan pada 2012 dan merupakan jumlah tertinggi berbanding di negeri lain.

"Peningkatan ketibaan pelancong telah menyumbang kepada hasil pendapatan negeri ini apabila berjaya mengutip hasil sebanyak RM6.35 juta sepanjang tahun lalu dan jumlah ini dijangka akan meningkat pada tahun ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 ini,"katanya.

Beliau berkata faktor kekurangan bilik di hotel-hotel bertaraf lima bintang khususnya di sekitar Kota Kinabalu menjejaskan kedatangan pelancong asing terutama dari Eropah iaitu sebanyak 4.7 peratus.

Menurutnya, sejumlah 2,000 buah bilik penginapan diperlukan di sekitar Kota Kinabalu bagi menampung jumlah pelancong yang sukar dijangka. - Bernama

Anwar gagal lagi ketepikan Shafee


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menolak permohonan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan kerajaan terhadap keputusan kes liwat yang dihadapinya.

Panel lima anggota yang diketuai Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin memutuskan perkara berkenaan atas alasan akuan bersumpah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL) Datuk Mat Zain Ibrahim merupakan keterangan yang tidak dapat dibuktikan.

Hakim-hakim lain mendengar rayuan itu adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Richard Malanjum, dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar, Zaleha Zahari dan Jeffrey Tan Kok Wha.

Cubaan kali kedua untuk menyingkirkan Muhammad Shafee dilakukan oleh Anwar setelah usaha kali pertamanya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September 2013 dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November tahun sama.

Permohonan pertama Anwar untuk menggugurkan Muhammad Shafee adalah berdasarkan kelayakan pelantikan beliau dan atas alasan wujud percanggahan kepentingan kerana peguam terkenal itu dikatakan menjadi saksi penting dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar.

Anwar didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun dibebaskan daripada tuduhan tersebut setelah Hakim mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd. Diah membebaskan beliau pada 10 Januari 2012 dengan alasan tiada bukti kukuh dapat dibuktikan pihak pendakwa.

Astro Awani