Sunday, 14 June 2015

Setiausaha Pas P. Pinang dihenti kerja


GEORGETOWN - Kemelut DAP-PAS semakin meruncing apabila Setiausaha Pas Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri telah diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lepas.

Notis bertarikh 12 Jun dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu telah dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil Kemi yang memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut berkata beliau yakin notis itu telah diterima oleh Mohd Fadzil pada Jumaat lepas kerana telah dihantar dengan tangan. 

"Notis pemberhentian perkhidmatan itu berkuat kuasa pada 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak telah dihantar kepada Mohd Fadzil," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini. 

Katanya, dalam tempoh perjanjian kontrak setahun yang ditandatangani pada 12 Disember tahun lepas, mana-mana pihak boleh menghentikan kontrak tersebut tanpa sebarang alasan. 

Sementara itu usaha untuk mendapat maklum balas daripada Mohd Fadzil yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi.

Semalam, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan telah mendesak kepimpinan baharu Pas untuk mengarahkan wakil- wakilnya untuk mengundur diri.

Beliau berkata adalah tidak logik kepimpinan baharu Pas masih cuba berbelit-belit bahawa mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul itu "diterima" tanpa bahas dan "bukan dirujuk" oleh Muktamar Pas.

Lim berkata, tiga wakil Pas dalam kerajaan Pas, iaitu Mohamad Sabu, Mujahid Yusof Rawa dan Rosidi Hussain telah meletakkan semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kemelut DAP-Pas berlaku selepas Dewan Ulama Pas sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang. 

- Sumber: Bernama

Anak angkat 'mastermind' perkahwinan Emma Akma

PELAKON Emma Akma, 46, telah selamat bergelar isteri kepada Omar Ramli, 47, dalam majlis pernikahan yang telah diadakan pada malam Selasa lalu.

Majlis pernikahan ini telah berlangsung secara sederhana tetapi meriah di Kompleks Dato Haji Kamarulzaini, Gombak dengan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan artis.

Menerusi temu bual yang dipetik dari sebuah portal berita, Emma menjelaskan perkahwinan ketiganya ini kerana memenuhi permintaan anak angkatnya Dayang Izzati yang berusia 10 tahun.

"Anak saya sebenarnya yang menjadi ‘mastermind’ dalam perkahwinan saya dengan ayahnya kerana dia merancang segala-galanya tanpa pengetahuan saya dan bakal suami mengenai perkahwinan ini.

"Dia beritahu ayahnya, saya mengajak untuk berkahwin dan bercerita perkara serupa kepada saya. Pada hal saya dan Omar tak pernah pun cakap macam tu.

”Bermula dari situlah hati kami terbuka untuk disatukan," katanya.

Untuk rekod, Emma telah mengambil Dayang Izzati daripada Omar sejak 10 tahun lalu untuk dijadikan anak angkat. Selain itu Dayang Izzati, Emma turut mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Zuairin, 23.

- Sumber: Editorial MH

'Saya gembira Tun Mahathir sudah pandai bercakap pasal kebebasan bersuara' - Nazri


Nazri Abdul Aziz berkata, beliau berasa gembira untuk melihat bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad membuat pusingan U terhadap kebebasan bersuara sebagai hak untuk semua rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Abdul Aziz berkata, beliau berasa gembira untuk melihat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pusingan ‘U’ terhadap kebebasan bersuara sebagai hak untuk semua rakyat Malaysia.

"Saya gembira kerana akhir-akhir ini, dia (Mahathir) sudah mula bercakap tentang kebebasan bersuara. Masa dia jadi perdana menteri dulu, dia tidak pernah mempratikkan kebebasan bersuara," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini pada Sabtu.

Mengulas mengenai kenyataan Tun Mahathir mempertahankan kenyataan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menyuarakan pandangan baginda terhadap kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri dialog 1MDB, Nazri berkata kerabat Diraja tidak boleh masuk campur tangan dalam isu politik kerana Malaysia berpegang teguh kepada sistem Raja Berperlembagaan yang meletakkan institusi Diraja mengatasi politik.

"Ini adalah satu konvensyen dalam demokrasi berparlimen kita supaya kerabat Diraja tidak perlu melibatkan diri dalam politik," katanya.

Semalam, Tun Mahathir, bertindak balas kepada teguran Nazri terhadap Tunku Ismail supaya menjauhkan diri dari isu politik.

Menurut Tun Mahathir, Putera Mahkota Johor itu mempunyai hak kebebasan bersuara di bawah undang-undang seperti mana juga rakyat kebanyakan yang lain.

Tunku Ismail sebelum ini berkata rakyat tidak harus dipersalahkan atas kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak selepas beliau gagal menghadiri forum "Nothing2Hide" yang dijadualkan baru-baru ini.

Baginda memuat naik satu status berkaitan #Nothing2Hide itu di laman Facebook Johor Southern Tigers, dengan menyatakan baginda tidak terkejut apabila Najib tidak hadir.

- Source: Astro Awani 

TMJ 'balas' teguran Nazri secara santai

Video tanpa dialog itu hanya memaparkan TMJ yang ketika itu sedang bersantai di kerusi dan kemudian tersenyum seraya memberikan isyarat tangan dipercayai membawa mesej -marilah.

SEBUAH video senyap Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) seolah 'membalas' teguran Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz semalam menjadi viral di media sosial.

Video tanpa dialog itu hanya memaparkan TMJ yang ketika itu sedang bersantai di kerusi dan kemudian tersenyum seraya memberikan isyarat tangan dipercayai membawa mesej “marilah.”

Video berdurasi 17 saat itu dimuat naik semalam di Facebook dan Twitter Johor Southern Tigers beberapa jam selepas Nazri menegur Tunku Ismail agar menjauhkan diri daripada politik ekoran status Facebook Baginda mengenai sesi dialog #Nothing2Hide.

Klip video itu bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau dipercayai mempunyai mesej tersirat yang ingin disampaikan kepada Nazri.

Sementara itu, video yang dimuat naik pada kira-kira jam 7 petang semalam menerima lebih daripada 700 komen di mana pengguna media sosial mentafsirkan itu sebagai usikan Tunku Ismail terhadap teguran Nazri.

“Senyum lebar tengok video ini, kerajaan nak belasah kerabat Johor? Ingat kami anak johor batang pisang?” tulis seorang pengguna media sosial bernama Ashhabu Rayati Suud.

Ummi Yahaya pula mengatakan bahawa politik bukan hak milik menteri, malah Raja juga mempunyai hak bersuara seperti rakyat kebanyakandi negara ini.

“Rakyat bahkan Raja – Raja, berhak bersuara dan bertanya, meminta untuk tidak mencampuri urusan politik adalah satu tindakan pendek akal apatah lagi dari seorang menteri yang tahapnya Cuma dalam Kementerian Kebudayaan.”

Seorang lagi pengguna dengan nama Shyko Dessert menulis, “TMJ bersuara demi rakyat, kalau begini, bukan setakat bangsa Johor pertahankan TMJ, aku rakyat Pahang pun turun support (sokong)!!!”

Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini mengecam Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ekoran status Facebook Baginda mengenai sesi dialog #Nothing2Hide.

Menurut laporan Malaysiakini, Nazri berkata Tunku Ismail harus menjauhkan diri daripada politik.

"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.

Walau apa pun, video itu tidak dimuat naik dengan sebarang mesej balasan, malah tiada ada sebarang ucapan daripada Tunku Ismail dalam klip tersebut .

- Sumber: Astro Awani 

5 kisah kematian pemain bola sepak

Kematian David Faramola Oniya, kapten pasukan bola sepak T-Team malam semalam mengejutkan ramai.

Biarpun ia merupakan kes pertama seumpamanya dalam Liga Malaysia, ia sebenarnya bukan asing dalam kancah bola sepak dunia. Apa yang menjadi persoalan adalah kebanyakan kes-kes ini adalah disebabkan kegagalan fungsi jantung.

Sejarah kes kematian mengejut pemain bola sepak semasa perlawanan berlangsung sudah bermula sejak lebih 120 tahun yang lalu, dengan Anton Reid (pemain Walsal FC) menjadi pemain paling muda yang meninggal, iaitu pada usia 16 tahun.

Lima kematian di bawah melibatkan pemain bola sepak yang bukan sahaja ternama, malah masih muda dan berbakat besar.

ANTONIO PUERTA

Antonio Puerta - Foto AFP

Pemain Sevilla FC ini menyertai liga bola sepak profesional ketika baru berusia 13 tahun. Antara pemain muda yang menyerlah, bakatnya pernah menarik minat banyak kelab bola sepak terkemuka, antara Real Madrid, Manchester United dan Arsenal.

Pada tahun 2008, Puerta rebah ketika perlawanan antara Sevilla dan Getafe FC memasuki minit ke 35. Selepas diberikan rawatan, dia mampu berjalan ke bilik persalinan, namun sekali lagi rebah dan tidak sedarkan diri. Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan meninggal dunia tiga hari kemudian, pada usia 22 tahun kerana kegagalan jantung.

CRISTIAN GOMEZ

Cristian Gomez, dalam bulatan (Foto: Twitter AtleticoPrana)

Pemain pertahanan Atletico Prana ini rebah dan meninggal dunia sewaktu perlawanan menentang Boca Unidos, 24 Mei lalu. Sehari selepas kematiannya, rakan sepasukan Gomez, Ariel Bulay mendedahkan Gomez gagal ujian electrocardiogram, satu ujian kesihatan berkaitan jantung. Kata Bulay, Gomez memberitahunya ia satu masalah biasa yang 'boleh datang dan pergi'. Gomez, 27, dilaporkan pernah diarahkan untuk menjalani ujian lanjutan, namun dalam masa yang sama tetap diberi pelepasan bermain.

GREGORY MERTENS

Gregory Mertens, berjersi hitam (Foto: AFP)

Tiga hari selepas rebah dalam satu perlawanan pada 30 April lalu, pemain pertahanan kelab Lokeren ini meninggal dunia juga akibat kegagalan jantung. Baru berusia 24 tahun, Mertens antara pemain paling sinonim dengan skuad kebangsaan Belgium dan pernah mewakili skuad bawah 16, 19 dan 21 negara tersebut.

DANIEL JARQUE

Daniel Jarque (Foto: AFP)

Pemain kelahiran Barcelona berusia 26 tahun ini baru sahaja sebulan memakai armband kapten pasukan Espanyol sewaktu meninggal dunia. Tidak seperti kes-kes lain, Jarque meninggal dunia akibat serangan jantung ketika di bilik hotel, selepas satu sesi latihan pra-musim pada tahun 2009. Setahun selepas itu, rakan baik Jarque, Andres Iniesta, mendedikasikan gol kemenangan Sepanyol di Piala Dunia kepada Jarque, dengan memakai t-shirt tertulis "Dani Jarque siempre con nosotros" ("Dani Jarque, always with us").

MARC-VIVIEN FOE

Marc-Vivien Foe (Foto: AFP)

Antara kisah kematian di dalam padang yang sering disebut, pemain tengah Manchester City ini rebah ketika mewakili negaranya, Cameroon menentang Colombia pada tahun 2003. Anggota perubatan dan paramedik cuba sedaya upaya untuk memulihkan Foe, namun usaha selama 45 minit itu tetap gagal. Ujian autopsi menunjukkan kematian Foe adalah disebabkan oleh hypertrophic cardiomyopathy, satu masalah jantung yang boleh menyebabkan kematian mengejut ketika melakukan aktiviti fizikal.

Selepas kematian Foe, Manchester City mengumumkan penamatan penggunaan nombor 23, yang merupakan nombor jersi Foe ketika bersama kelab itu.

- Sumber: Astro Awani 

New treatment promotes weight loss, prevents bone loss

The hormone GLP-1 that's found in the intestine could prevent your bones from becoming fragile and fracture-prone.

A little-known fact about major weight loss is that bone mass often goes with it, but scientists claim to have discovered a way to circumvent this using the body's hormones.

The hormone GLP-1 that's found in the intestine, could not only prevent your bones from becoming fragile and fracture-prone due to rapid or major weight loss, but could also help keep blood sugar levels steady, according to the study.

Already used to treat type 2 diabetes, liraglutide is an example of a GLP-1 analogue hormone.

Previous research has found evidence that liraglutide and others like it do not increase bone fractures when used to treat type 2 diabetes whereas bone density loss is often a negative side effect of other solutions.

"Liraglutide has just been approved for obesity treatment because of its appetite-inhibiting effects, but its effect on the bones of overweight patients who are not suffering from type 2 diabetes has so far been unknown," says Dr. Eva Winning Jepsen from the University of Copenhagen.

In the study, the researchers observed 37 female participants who had lost up to 12 kg by eating a low-calorie diet -- half of the participants had been treated with the GLP-1 analogue liraglutide and a control group who hadn't.

Over the course of one year, the research team helped the women to maintain their weight loss, giving them frequent dietary advice.

If they gained weight, they were asked to substitute up to two meals with a low-calorie powder.

When the year was over, all participants had maintained their weight loss, but the control group had done so by replacing one meal per day with low-calorie fare.

"The liraglutide group did not have to do this as they kept their weight loss due to inhibition of appetite," study author Signe Sorenson Torekov of the University of Copenhagen told Relaxnews.

The group treated with liraglide had not lost any bone mass and samples of their blood showed increased levels of bone formation markers -- the products of bone cells, expressed as bones gain density.

On the flipside, the control group had lost bone mass, according to the study, which was published in the Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism.

"Menopausal women have an increased risk of osteoporosis and bone fractures," says Torekov. "If they try to lose weight and thus lose even more bone mass, they are at an even higher risk. The study shows that overweight women can now lose weight with liraglutide without increasing the risk of losing bone mass."

The study bears significant implications for treating obesity with GLP-1 analogues, especially for women.

- Source: Astro Awani 

Pelamin Fantasia: Syawal and Fiqa are finally married!

The couple Muhammad Syawaluddin Ghazali and his fiancee, Norafiqah Ma Hassan were announced as Astro's Pelamin Fantasia first season winners, on June 7

KUALA LUMPUR: Winners of the recently concluded Pelamin Fantasia, Syawal and Fiqa tied the knot in a glitzy wedding ceremony broadcasted live on Astro RIA, RIA HD and Maya HD.

The lavish event held on Saturday was held in a concept of ‘Garden Wedding’ – their dream concept.

The couple who won a wedding sponsorship package worth RM100,000 were announced as Astro's Pelamin Fantasia first season winners, on June 7.

The groom, Syawal or Muhammad Syawaluddin Ghazali, 26 , who earns a living as a cattle breeder participated in the reality show together with his fiancee, Norafiqah Ma Hassan or Fiqa, 24, a special girl who is deaf and mute.

Pelamin Fantasia went on air every weekend beginning April 4 over a series of 20 episodes in the span of 10 weeks.

- Sumber: Astro Awani 

TMJ 'speaks' silently against Nazri's warning


The crown prince of Johor, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) proves that action speak louder than words after posting a silent 'revenge' video to roar back Nazri's warning.

KUALA LUMPUR: The crown prince of Johor, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) proves that action speak louder than words after posting a silent 'revenge' video to roar back at Datuk Seri Nazri Aziz's warning, yesterday. 

The video, uploaded at 7pm, saw TMJ relaxing on a patio chair, smiling with his hand gestured in a 'silent' message which seemed to say "Come at me."

The 17-second video was uploaded on the Johor Southern Tigers Facebook and Twitter page a few hours after Nazri warned the crown prince to stay away from politics following Tengku Ismail's criticism on Najib for not attending the #Nothing2Hide forum.


Many social media users deciphered the video as a 'teasing' message towards Nazri.

"A wide smile while watching this video, the government wants to whack Johor royalty? You think we johoreans are (batang pisang)? ", wrote Ashhabu Suud in Facebook.

Another user with the name of Shyko Dessert wrote, "TMJ speaks out for the people, to this extent, not only the Johoreans will defend TMJ, the people of Pahang like me will also show support to him!!!"

"TMJ is very relaxed. He did not act angrily. He was smiling. He used the coolest way to reply to Nazri’s comment. You’re the best Tunku,” said Nur Farhanah Fadhil.

Earlier, Tourism and Culture Minister Datuk Seri Nazri Aziz had criticized Tunku Ismail, saying that royalty should not involve themselves in politics.

"He should keep out of politics because otherwise, he will be subject to the same rule and we will whack him," said Nazri.

- Source: Astro Awani 

6 fakta pelik mengenai kandungan makanan kegemaran anda



Ketahui beberapa info pelik tetapi benar mengenai sesetengah makanan biasa, yang mungkin anda tidak tahu.

Lazimnya ramai yang gemar membaca pelbagai fakta mengenai makanan yang ideal untuk dinikmati ketika berada dalam mood diet.

Apa salahnya membaca beberapa info pelik tapi benar mengenai sesetengah makanan biasa terutamanya manisan kegemaran anda yang mungkin anda tidak tahu.

Semua makanan yang dinyatakan termasuk dalam kategori selamat untuk dimakan, tetapi fakta-fakta ini boleh menyebabkan anda berfikir dahulu sebelum menjamahnya.

Jellybean

Jellybean mempunyai rasa yang enak dan datang dalam pelbagai perisa. Tahukah anda lapisan luarannya diperbuat daripada bahan yang dipanggil Shellac?

Foto AFP RELAX

Shellac turut dikenali sebagai confectioner’s glaze, diperbuat daripada bahan buangan dikeluarkan oleh kumbang Lac betina yang berasal dari India dan Thailand. Dalam erti kata lain, ia diperbuat dari najis serangga.

Donut

Pernahkan anda terlihat bulu asing semasa menjamah donut atau bagel? Jangan terkejut kerana helaian tersebut tidak semestinya milik manusia, ia berkemungkinan datang dari serangga.

Foto AFP RELAX

Laman Health Canada ada menyediakan garis panduan bagi kebersihan am makanan, yang menggariskan berapa banyak bendasing mikrobiologi atau luaran boleh hadir sebelum ia dianggap sebagai satu isu keselamatan makanan.

Gelatin

Gelatin digunakan meluas dalam pembuatan pelbagai pencuci mulut seperti jelly powder, marshmallow dan beraneka kek. Gelatin melebur menjadi cecair bila dipanaskan dan mengeras apabila disejukkan.

Foto AFP RELAX

Gelatin diperbuat daripada kolagen kulit haiwan dan tulang. Anda boleh melihat bentuk gelatin jika merebus tulang haiwan untuk membuat sup.

Gula-gula

Wax Carnauba yang biasanya terkandung dalam wax kereta turut digunakan dalam pembuatan gula-gula berperisa, gummy bears dan chewing gum. Wax Carnauba terhasil dari daun pokok kelapa Bogo yang berasal dari Brazil.


Foto AFP RELAX
Ia juga sering digunakan bagi produk farmaseutikal sebagai salutan pada pil tablet untuk membantu pesakit menelan.

Jagung

Tahukah anda jagung merupakan salah satu bahan utama dalam bijirin sarapan, roti, chip kentang, nuget ayam serta kentang goreng?


Foto AFP RELAX

Menurut Michael Pollan dalam bukunya yang berjudul The Omnivore’s Dilemma, lebih dari satu perempat purata barangan yang dijual di kedai runcit sebenarnya mengandungi bahan yang berasal dari jagung. Tak percaya? Periksa label makanan.

Pewarna makanan asli

Semak senarai ramuan dalam yogurt strawberi anda, pastinya bahan ‘pewarna asli’ tersenarai. Apa yang dimaksudkan dengan pewarna asli itu? Ia adalah Carmine yakni pewarna makanan merah yang dibuat dari badan serangga Cochineal yang dikeringkan dari Amerika Selatan atau Mexico.


Foto AFP RELAX

Ekstrak Cochineal telah digunakan selama beribu-ribu tahun sebagai pewarna fabrik tetapi ia kini digunakan dalam makanan atau salah satu bahan dalam pewarna kosmetik.

- Sumber: Astro Awani 

'Selagi kerajaan amal dasar kebebasan bersuara, TMJ juga ada hak' - Tun M

TUN M: Tengku Mahkota Johor (TMJ) berhak menyuarakan kritikan terhadap perdana menteri Najib Razak kerana baginda juga mempunyai hak kebebasan bersuara seperti rakyat kebanyakan. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhak menyuarakan kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana baginda juga mempunyai hak kebebasan bersuara seperti rakyat kebanyakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz yang melarang Tunku Ismail campur tangan hal politik negara semalam, bekas perdana menteri itu berkata selagi kerajaan mengamalkan dasar kebebasan bersuara, golongan diraja mempunyai hak bersuara sepertimana rakyat kebanyakan.

Tunku Ismail sebelum ini berkata rakyat tidak harus dipersalahkan atas kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak selepas beliau gagal menghadiri forum "Nothing2Hide" yang dijadualkan baru-baru ini.

"Itu merupakan kebebasan bersuara. Putera Mahkota mempunyai hak untuk bersuara seperti kerajaan,” kata Tun M pada sidang media selepas program bicara “Dangerous Ideas” di Publika, Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan bahawa Nazri meminta Tunku Ismail untuk menjauhkan daripada politik susulan status Facebook baginda mengenai sesi dialog #Nothing2Hide. 

"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan ‘whack’ (hentam secara lisan) dia.

- Sumber: Astro Awani 

USBO pinda perlembagaan meliputi kaum Bumiputera

Datuk Seri Salleh Said Keruak

KOTA KINABALU - Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) telah meminda perlembagaannya untuk menukar namanya kepada Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah dalam usahanya untuk memperkukuh dan memperluas skop dan fungsi pertubuhan.

Presiden USBO Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata pindaan itu diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menerusi surat bertarikh 27 Mei tahun ini dan diterima baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya nama singkatannya kekal sebagai USBO, tetapi perkataan Bajau ditukar kepada Bumis yang definisinya merujuk kepada kaum Bajau, Ubian, Melayu, Iranun dan Suluk.

"Pindaan ini dibuat untuk menyesuaikan skop dan fungsi persatuan serta memperjuangkan kepentingan semua kaum di bawah naungan Bumiputera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dari segi objektif dan peranan, USBO akan mengekalkan perjuangan asalnya dengan aktiviti ditumpukan pada bidang pendidikan, ekonomi dan kebudayaan.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata USBO juga komited memberi sokongan kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat persekutuan dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di peringkat negeri.

USBO ialah anggota gabungan Barisan Nasional. 

- Sumber: Bernama


Pemain T-Team meninggal dunia, rebah dalam padang

David Oniya diberikan rawatan selepas rebah tiba-tiba, sebelum dikejarkan ke HRPZ II. - Foto: T-TEAM FC

PEMAIN import T-Team, Faramola David Aniya meninggal dunia ketika beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Aniya tiba-tiba rebah di atas padang ketika permainan baharu memasuki minit ketiga dan dihantar serta-merta oleh pasukan paramedik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, pemain import Nigeria disahkan meninggal setelah mendapat rawatan kecemasan di hospital berkenaan.

Menurutnya, pihak pengurusan T-Team terkejut dengan kematian David Aniya memandangkan pemain berada dalam keadaan sihat meskipun memakai topeng pada perlawanan itu.

"Kami menerima berita kematiannya pada jam 10.05 malam daripada penolong jurulatih, Azhari Salim yang mengiringi pemain berkenaan ke hospital.

"Ini merupakan perlawanan persahabatan pertama untuk pasukan T-Team dan doktor juga memberi kebenaran kepada Aniya bermain walaupun dia sudah menjalani pembedahan pipi dua kali sebelum ini," katanya kepada pemberita di Kota Bharu.

Tambahnya, David Aniya merupakan seorang pemain yang bagus dan mempunyai karakter sebagai pembimbing kepada rakan-rakan sepasukannya.

"Dia dikatakan mempunyai masalah komplikasi jantung namun kita tak boleh sahkan lagi sehingga bedah siasat dilakukan," katanya.

Pengadil perlawanan, Ku Alauddin Ku Mohamad menghentikan permainan pada minit ke-60 selepas mendapat berita kematian pemain tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff mengesahkan menerima laporan kejadian.


- Sumber: Sinar Harian 

Sukan SEA: 'Jika nak menang, menanglah secara jantan' - Megat Zulkarnain

Sebelum perlawanan berakhir, pesilat Malaysia mendahului peserta tuan rumah dengan mata 4-1, namun keputusan rasmi tiba-tiba berubah kepada 5-0 yang memberi kemenangan kepada pesilat Singapura.

SINGAPURA: Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin berang dan tidak berpuas hati dengan keputusan berat sebelah ketua pengadil di Sukan SEA, Singapura.

Pesilat negara, Mohd Fauzi Khalid yang beraksi dalam acara Putra Kelas F (70-75kg) gagal mara ke final selepas tewas kepada wakil Singapura, Muhammad Nur Alfian Juma'en 0-5 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Singapura.

Sebelum perlawanan berakhir, pesilat Malaysia mendahului peserta tuan rumah dengan mata 4-1, namun keputusan rasmi tiba-tiba berubah kepada 5-0 yang memberi kemenangan kepada pesilat Singapura.

Megat Zulkarnain berkata Mohd Fauzi mendahului pesilat Singapura dengan mata 4-1 hingga minit terakhir pertarungan, namun keputusan tiba-tiba berubah satu saat sebelum perlawanan tamat.

"Pada saat terakhir perlawanan, pesilat negara jatuh apabila ditarik (melalui gerakan tidak sah) dan ketua pengadil perlawanan berbincang dengan wasit (juri) bagi mendapatkan pengesahan dan mereka mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.

"Mengikut peraturan, jatuhan tersebut tidak dikira kerana video ulang tayang jelas menunjukkan bahawa pesilat kita ditarik dan sepatutnya kita menang perlawanan tersebut," katanya.

Megat Zulkarnain berkata beliau telah meminta pengurus pasukan negara, Osman Nok mengemukakan bantahan rasmi, walaupun sudah dapat menjangkakan keputusan yang bakal diterima, kerana mahu mempertahankan hak pesilat negara.

"Perkara ini sering berlaku apabila kedudukan 50-50, pasukan tuan rumah akan menggunakan pengaruh mereka untuk meraih kemenangan dan secara kebetulan empat pesilat kita bertemu pesilat Singapura," katanya.

- Sumber: Astro Awani