Sunday, 27 October 2013

Israel intip lebih 70 juta panggilan sebulan?

Israel intip panggilan
Perancis menuduh AS melakukan pengintipan telefon dan mesej di negara itu.


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Beberapa negara dunia kini saling tuduh menuduh berhubung dakwaan pengintipan panggilan telefon dan mesej didedahkan kelmarin oleh pembocor program perisikan Amerika Syarikat (AS) Edward Snowden.

Terbaru, akhbar Le Monde melaporkan, Israel yang sebenarnya memintas lebih daripada 70 juta panggilan telefon dan mesej dalam sebulan di seluruh dunia sekali gus menolak tuduhan terhadap AS.

Bagaimanapun sehingga kini, Perancis terus menyalahkan AS terhadap perbuatan tersebut.

Tuduhan itu menyebabkan pegawai perisikan Perancis Bernard Barbier dan Patrick Pailloux diarah ke Washington untuk meminta penjelasan.

Ketika memberi penjelasan itu, AS memberi gambaran ia dilakukan oleh Perkhidmatan Perisikan Israel (Mossad).

Namun, jurucakap kerajaan Israel menyangkal tuduhan itu kerana menyifatkan Israel adalah rakan sekutu Perancis yang tidak menimbulkan ancaman keselamatan.

Sementara itu, ancaman intipan itu tidak menimbulkan kebimbangan buat Perdana Menteri India, Manmohan Singh.

Beliau berkata, dia tidak gusar kerana tidak memiliki telefon bimbit atau emel peribadi.

Kelmarin, Snowden mendedahkan, Washington didakwa memantau panggilan telefon 35 pemimpin di seluruh dunia menyebabkan Brazil dan Jerman mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan satu resolusi bagi mengekang perbuatan tersebut, dipetik dari laporan AFP.

Sumber: AFP

Azmin Ali Menteri Besar baru Selangor?

Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim


SHAH ALAM - Di sebalik khabar angin mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor bakal mendapat pengganti baru, hari ini penjawat jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan perkara tersebut.

Menurutnya, tidak timbul isu sedemikan dan sekiranya berlaku ia merupakan asam garam dalam politik.

"Tidak mengapa, ia perkara biasa dan berlaku negara lain juga seperti di Australia mereka juga menggantikan presiden baru," katanya yang dipetik dalam satu portal berita, hari ini.

Sebelum ini, desas desus mengenai pemimpin kanan dalam PKR, Mohamed Azmin Ali dikatakan bakal menggantikan Abdul Khalid ekoran pemimpin PR di negeri itu tidak puas hati dengan pentadbiran pemimpin sedia ada.

Malah, Abdul Khalid juga pernah dikritik oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membandingkan pentadbirannya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Abdul Khalid yang juga Adun Ijok itu berkata beliau telah lali dengan kritikan yang dilemparkan ke atasnya.

"Tidak ada yang perlu diperbesarkan dalam isu ini, kita tidak boleh menghalang sesiapa untuk mengkritik ditambah pula dengan kewujudan laman sosial.

"Dan saya gembira sebenarnya, ini membukti tahap kematangan berpolitik di negara kita sudah mencapai tahap terbaik.

"Inilah dramanya yang kita boleh juga dalam MCA dan MIC ia berlaku apabila wujudnya keinginan memegang jawatan yang lebih baik, apabila tinggi jawatan kita maka persaingan lebih sengit," katanya.

Sumber

Prestasi pemain badminton semakin merosot

Zolkples Embong
Zolkples Embong


KEMEROSOTAN prestasi pemain badminton negara perlu diberi perhatian serius oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menghadapi Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, tahun depan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata beliau bimbang dengan prestasi pemain negara yang tidak menyerlah dalam beberapa kejohanan antarabangsa sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata jurulatih perseorangan Rashid Sidek dan Tey Seu Bock perlu menilai semula serta memperbaiki prestasi jaguh negara Datuk Lee Chong Wei.

"Pada Sukan Komanwel 2010, skuad badminton menyumbang lima emas, semestinya kita mahu mereka mengulangi pencapaian itu di Glasgow," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Ragbi Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS RC) di Stadium Mini, German Malaysia Institute (GMI), Bangi, dekat sini, hari ini.

Pada kejohanan Terbuka Denmark (15-20 Okt) dan dan Terbuka Perancis yang berakhir hari ini, pemain negara memberikan aksi kurang memberangsangkan terutamanya tonggak utama negara, Chong Wei dan Liew Daren.

Pada pusingan separuh akhir Terbuka Perancis semalam, Chong Wei diketepikan oleh pemain Jepun, Kenichi Tago dengan keputusan 21-17, 16-21, 12-21.

Chong Wei, selaku pemain nombor satu dunia, juga tewas kepada Chen Long dari China pada final Terbuka Denmark dengan kekalahan straight set 22-24 dan 19-21.

Daren pula kalah kepada pemain veteran dari Thailand, Boonsak Ponsana dengan keputusan 21-15, 15-21, 19-21 pada pusingan pertama Terbuka Perancis.

Pada Terbuka Denmark, Daren menarik diri pada perlawanan pusingan pertama menentang pemain India, P. Kashyap kerana kakinya bengkak.

Sumber: BERNAMA

Lelaki mengamuk di Taman Melati didapati positif dadah

Pemandu van syarikat pembekal rokok yang mengamuk dan menikam mati dua orang berhampiran stesen Putra LRT Gombak dan Taman Melati tiga hari lepas, didapati positif dadah dalam saringan ujian air kencing.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penuntut ekstrim ajaran sesat itu kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan diletakkan di bawah pengawasan polis.

“Suspek akan direman sehingga 31 Oktober dan sekiranya perlu, reman akan dilanjutkan,” katanya semasa melawat keluarga salah seorang mangsa Lee Kah Ghee, semasa upacara pengkebumiannya di sini, hari ini.

lee

Zakaria berkata polis sedang melakukan siasatan terhadap suspek.

Pada kejadian Khamis lalu, lelaki yang bersenjatakan pisau itu, mengamuk hingga menyebabkan dua orang terbunuh dan dua lagi cedera parah.

Kejadian bermula pada kira-kira pukul 11.20 pagi apabila lelaki itu tiba-tiba mengamuk ketika menghantar rokok ke sebuah kedai berhampiran stesen LRT Gombak.

Lelaki itu menikam pemilik kedai berkenaan yang berusia 60 tahun dan pembantunya seorang warga Indonesia berusia 40 tahun, menyebabkan kedua-duanya cedera parah.

Suspek kemudian meninggalkan tempat itu dengan vannya dan menuju ke Stesen Putra LRT Taman Melati, kira-kira tiga kilometer dari situ, apabila dia melanggar sebuah van lain sebelum menikam pemandunya Lee, 40, dari Taman Segambut Indah, beberapa kali di bahagian dada.

Lee meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek, yang disyaki mengalami masalah mental, kemudian terus mengamuk dengan menikam hingga mati seorang pelajar lelaki berusia 25 tahun, yang cuba melarikan diri selepas keretanya dilanggar van yang dipandu lelaki berkenaan.

Menyedari lelaki itu bersenjatakan pisau, pelajar berkenaan segera keluar dari keretanya untuk melarikan diri, tetapi suspek menghalangnya dan menikamnya beberapa kali di Jalan Tumbuhan, hingga mati.

Orang ramai dapat memberkas lelaki terbabit, yang berasal dari Felda Pemanis, Segamat, Johor, serta merampas sebilah pisau daripadanya sebelum menghubungi pihak polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Sumber: ASTRO Awani 

Layak ke final, The Red Warriors terima habuan RM150,000

trw

SKUAD Kelantan menerima 'durian runtuh' berjumlah RM150,000 selepas melangkah ke final Piala Malaysia 2013.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa turut membayangkan imbuhan lebih besar menanti skuad kendalian Bojan Hodak jika berjaya mengekalkan kejuaraan piala berprestij itu musim ini.

"Saya selalu kata bila menang kita tak perlu cakap sangat soal bonus. Kita tak melatih pemain kita bermain kerana bonus dan yang tahunya dia ada dapat bonus malam ini, dan bila mereka ke final akan dapat bonus lagi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kelantan mara ke pentas final apabila mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi agregat 4-3 selepas terikat 2-2 pada perlawanan separuh akhir kedua di sini semalam.

"Saya berbangga kerana pemain-pemain, walaupun bonus tidak tinggi sebenarnya untuk separuh akhir, tapi mereka masih menunjukkan semangat...itu yang kita mahu," katanya. - Bernama

Sumber: BERNAMA

Pelaksanaan GST siapa untung?

Pelaksanaan GST siapa untung?
Barangan makanan asas terselamat daripada GST yang akan dilaksanakan mulai April 2015. -Foto Bernama.


KHABAR yang bertiup kencang beberapa bulan lalu bahawa kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh terdekat, ternyata menjadi kenyataan, kelmarin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat kelmarin telah mengumumkan GST yang akan dilaksanakan mulai April 2015.

Pengumuman itu dibuat saat pemimpin pembangkang lantang berhujah bahawa GST hanya akan membebankan rakyat dan menindas golongan berpendapatan rendah.

Malah, di luar Parlimen kelmarin turut berlangsung demonstrasi bagi membantah pelaksanaan GST oleh kerajaan.

Namun, pemimpin utama negara itu tetap tenang mengumumkan hasrat kerajaan untuk melaksanakan cukai baharu yang diberi nama GST bermula April 2015.

Najib berhujah, kerajaan sudah mengkaji sedalam-dalamnya dan memutuskan bahawa 2015 adalah masa paling sesuai untuk GST dilaksanakan di negara ini.

Katanya, pelaksanaannya didorong oleh kedudukan inflasi yang rendah serta terkawal selain menangani kelemahan dalam sistem percukaian.

Pelaksanaan GST bagaimanapun katanya, tidak akan melibatkan barang keperluan asas seperti gula, garam, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, belacan serta budu.

Malah, Najib berkata, kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan ketika peringkat peralihan.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan sokongan itu termasuk pertama, pembayaran sekali RM300 kepada penerima isi rumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kedua adalah kadar cukai pendapatan individu dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan.

Ketiga, katanya, struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula bagi menjadikan negara lebih kompetitif di samping mengekal dan menarik bakat negara.

GST ini akan menggantikan cukai jualan (umumnya 10 peratus) dan cukai perkhidmatan (enam peratus) yang bermula masing-masing pada tahun 1972 dan 1975 lagi.

Berbeza dengan BN, PR yang membentangkan Bajet Alternatifnya sehari sebelumnya pula berpendirian, GST perlu ditangguhkan sehingga tiba masa yang sesuai kelak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, GST boleh dilaksanakan apabila pendapatan minimum isi rumah mencapai satu tahap yang dikira sesuai untuk menyerap sebarang kesan terhadap kuasa beli cukai tersebut.

Anwar juga berkata, pelepasan cukai juga perlu diberikan kepada golongan menengah bagi mengelakkan golongan tersebut membayar cukai lebih tinggi.

Selain itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, selagi penguatkuasaan undang-undang mengenai perkara tersebut tidak adil dan saksama, GST tidak boleh dilaksanakan.

Katanya, ia tidak akan membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi, tetapi sebaliknya hanya memperkayakan golongan tertentu.

Malah, PR menyifatkannya sebagai cukai yang regresif, di samping usaha yang akan meningkatkan beban cukai daripada 15 peratus kepada 85 peratus.

Apa pun hujahnya, kedua-duanya BN-PR dilihat bersetuju dengan pelaksanaan GST dalam memastikan kelangsungan ekonomi dan pembangunan negara.

Cuma, yang membezakan adalah dari segi masa, iaitu bila ia sesuai untuk dilaksanakan, manakala bagi rakyat pula, yang mereka persoalkan ialah, jika GST dilaksanakan, apa keuntungan yang bakal mereka nikmati nanti?

Sumber: Sinar Harian 

How to get your Dream Girl like Kanye West


Congratulations once again to my favourite rapper as Kanye West and Kim Kardashian are officially engaged! But it hasn’t always been an easy journey as we all know, Kanye was chasing Kim for a good NINE years! So for all you lovers out there, Kanye West is the perfect role model in believing that anyone can get the girl of their dreams.
Now keep on reading to find out how you can get the man/woman of your dreams!
“Ain’t no way I’m giving up”
Kim probably said no to Kanye a million times before, putting him in the friend zone and not wanting to ruin their friendship among other excuses. But did Kanye back down? Oh no he didn’t.  In fact, Kanye kept trying to convince Kim that he was her knight in shining armour. Girls read too many fairy tales; we practically have this cotton candy idea of what love and prince charming is supposed to look like to the extent that we won’t simply give a guy a chance at first attempt. If you try hard enough to break down those walls of idealism, she’ll realize that that’s what real love is; not a man who looks like Zac Efron, but a man who is made of strong will and persistence.
"You was always the cheerleader of my dreams. And I was the class clown that always kept you laughing, We were never meant to be, baby, we just happened,"
This perfect match started off as friends and we find it amazing how he made it out of the friend zone. But that’s just it, at the end of the day a girl does want a guy who can be a lover and friend. A relationship is built on understanding and communication, if you have nothing in common, where is your relationship headed? Kim and Kanye could bond from music to clothes, in fact it’s crazy adorable how Kanye helps Kim pick out her wardrobe! So here’s a tip, if you hit on her and it doesn’t work don’t drop out just yet. Be her friend. Get to know her, understand her and be there for her. Eventually things fall into place.
"And I admit I fell in love with Kim ... 'Round the same time she fell in love with him ... That's cool, baby girl, do your thing ... Lucky I ain't had Jay drop him from the team."
Remember that saying? If you love something you got to let it go, and if it comes back then it was meant to be. Well it’s not a myth, it is true.
“Yesterday I was half the man you see. Baby that’s because you the other half of me”
If you really do get your dream girl make it worth it. A proposal in the middle of a shopping mall won’t cut it. Think romantic. You may not be able to book the Bukit Jalil National Stadium just for friends and family to see you propose on one knee, but do something that she will remember fondly for a lifetime.

Source: MyLaunchpad

Gagal temui mangsa, operasi akhirnya dihentikan

Gagal temui mangsa, operasi akhirnya dihentikan

CAMERON HIGHLANDS - Operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa warga Indonesia yang hilang dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam, di sini Rabu lepas, dihentikan secara rasmi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Yusry Abdullah Sani berkata, operasi yang bermula pada 8 pagi itu dihentikan kira-kira 2 petang ini.

"Pihak berkuasa telah menutup operasi mencari dan menyelamat sepenuhnya dan mangsa yang hilang masih tidak ditemui," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, katanya pemantauan dan rondaan di kawasan bencana akan dilakukan pada esok oleh anggota keselamatan dalam skala kecil.

Yusry berkata sehingga kini usaha mencari dan menyelamat mangsa yang memasuki hari kelima menemui jalan buntu walaupun unit pengesan anjing K-9 dan unit penyelam bomba telah digunakan.

Dalam kejadian 1 pagi Rabu lepas, banjir lumpur melanda Lembah Bertam, Ringlet di sini apabila air sungai melimpah susulan pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar.

Insiden itu mengorbankan tiga nyawa selain seorang mangsa hilang. Ia turut memusnahkan 80 kediaman dan kira-kira 100 kenderaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 pada Jumaat, mengumumkan peruntukan RM40 juta untuk melebar dan mendalamkan Sungai Bertam.

BERNAMA

Where are all the hot girls at?


So you’ve been around KL and you still can’t find a girl who is drop dead stunning by your standards? As insulting as that sounds for a KL girl like me, no one can really blame you since different people have different definitions of beauty. However this time, I’ve listed down countries in this world which have the hottest girls.
Canada
Kristin Kreuk, Nina Dobrev and Emmanuelle Chriqui. Need I say more? Canada practically breeds hotness. Once you enter Canada, it’s like a candy shop for dirty old men.
Netherlands and Belgium
You must be familiar with Amsterdam’s Red Light District. The escorts there are ten times better looking compared to models in other parts of the world. And that’s only the escorts, you haven’t got me talking about the other girls yet!
However Netherland’s neighbour country aka their little sister, Belgium has a lot of good stuff too. Their law graduates look better than beauty queens!
Denmark
Half Danes have the ability to set a man’s pulse racing, so we can’t really expect less from a real Dane with their blonde hair and blue eyes.  Just look at former beauty queen from Copenhagen, Sandra Amer. Even though I am a heterosexual girl, I get butterflies in my stomach just by staring into Sandra’s gorgeous eyes.
Russia
Russian girls are the finest. They look like porcelain dolls. Trust me, I went to school with a lot of Russian girls. All the guys would race each other to get a Russian girl as a study buddy. The only problem with these Russian girls were their heavy accents.


Source: MyLaunchpad 

Kenapa lelaki tak suka saya?


Adakah anda pelik, kenapa teman-teman lain senang dapat perhatian lelaki tetapi tiada seorang pun lelaki nak dekat anda? Kesilapan utama wanita adalah menyalahkan paras rupa, rasakan diri tidak cukup cantik, terlalu kurus atau terlalu gemuk. Masalahnya cantik itu subjektif. Biarpun wajah macam model pun kadang-kala lelaki yang anda nak sangat itu masih tidak akan berkenan pada anda kerana sebab lain.
Jadi apakah sebab yang menyebabkan lelaki jauhi anda?
Anda tidak beri si dia peluang bernafas
Pergi kemana-mana sahaja nak berkepit. Whatsapp nak balas dalam masa sesaat. Lelaki ini cepat rimas. Kalau anda tidak berikan si dia ruang yang mencukupi, mestilah dia jauhi anda!
Anda terlalu mahal
Ada sebab orang panggil anda Datin Seri. Anda terlalu mahal. Lelaki yang tidak akan jauhi anda adalah lelaki tua berduit sahaja. Nak ke lelaki tua? Tak kan? Jadi pandai-pandailah bersikap sederhana.
Anda terlalu memilih
Cuba bersyukur kalau ada lelaki sukakan anda. Ini tidak, sebab muka dia tiada rupa Zac Efron, terus tolak ke tepi. Mana tahu yang muka macam Zac Efron itu seorang buaya darat berbanding lelaki yang tidak berapa kacak. Kan rugi.
Anda pentingkan diri sendiri
Kalau anda terlalu pentingkan diri sendiri, orang pun tidak berkenan untuk berkenalan dengan diri anda. Belajarlah mendengar pendapat atau sekurangnya suara orang lain pula.


Sumber: MyLaunchpad

Demi Lovato ugut Kanye!


Si cili padi seorang ini memang tidak peduli siapa Kanye West di persada seni. Penyanyi Demi Lovato dengan beraninya mengugut Kanye West depan-depan baru ini.
Demi ugut Kanye tentang apa sebenarnya? Tiada  ribut tiada taufan tiba-tiba nak cari gaduh pula si Demi.
Rupa-rupanya Demi berkawan baik dengan Kim Kardashian, jadi sebagai seorang teman prihatin Demi memberi kata dua kepada Kanye agar menjaga hati Kim sentiasa.
Kata Demi, “Saya beritahu Kanye jika dia tidak pandai jaga Kim, saya akan kejar dia.”
Itulah semangat setiakawan sebenar di kalangan wanita. Kami sentiasa jaga satu sama lain, terutamanya berkait soal cinta.

Sumber: MyLaunchpad

UNITED HOLD STOKE AT BAY


Javier Hernandez completed Manchester United's late second-half comeback to earn a 3-2 victory over Stoke City at Old Trafford. The Premier League champions were once again out of sorts on their own turf and looked to be heading for defeat as a Peter Crouch effort and a sublime Marko Arnautovic free-kick sandwiched Robin van Persie's equaliser.

However, Wayne Rooney levelled the scores in the 78th minute before substitute Hernandez netted a dramatic winner two minutes later.

David Moyes' men looked to be heading for a third straight home match without victory in the Premier League, in another out-of-sorts performance at Old Trafford. Crouch toe-poked Stoke ahead before Van Persie fired home a rebound from Rooney's header.

Arnautovic's free-kick appeared to have handed Stoke the three points, but headers from Rooney and Hernandez in the closing stages ensured Stoke are still looking for their first Premier League victory over United.

Van Persie returned from a toe injury that kept him out United's 1-0 victory over Real Sociedad on Wednesday, while former United striker Mark Hughes brought in Crouch to lead Stoke's attack.

Stoke exploited United's recent home frailties right from the off and were rewarded with the opener in just the fourth minute. Erik Pieters burst through three challenges before crossing from the left and Crouch's initial shot was saved at point-blank range from David de Gea before Jonny Evans' attempted clearance rebounded off the striker and into the net.

Moyes' men were wasteful in possession and were nearly punished further when Crouch hit a first-time volley at full stretch that narrowly cleared the crossbar.

Stoke came even closer when Jonathan Walters hit a half-volley from 12 yards and drew a smart save from De Gea.

The United faithful were becoming restless, but the home side gave them something to cheer about with an equaliser three minutes before the break. Rooney's back-post header was well saved by Asmir Begovic and Van Persie was on hand to fire in the rebound.

However, Stoke immediately restored their lead when Arnautovic curled a sublime free-kick from the left that hit the bar and bounced into the goal with De Gea scrambling to attempt to make the save.

United upped the intensity after the break but only had blocked efforts from Rooney and Van Persie to show for their efforts.

Defensive confusion nearly led to Walters breaking clear in the 64th minute, but De Gea sprinted 40 yards off his line to make a vital interception.

Rooney restored parity in the 78th minute when he lost his marker to head home from Van Persie's corner.

And the home fans were once again on their feet with 10 minutes remaining when good work from Patrice Evra on the left led to the Frenchman hanging up a cross and Hernandez adding the header from six yards.

The win is just United's second in the league this season, while Stoke's winless run in the top flight extended to six matches.


Source: Stadium ASTRO

'Gelang emas' hadiah David Teo buat Diana Amir

Diana Amir


Diana Amir


Diana Amir

SEPERTI mana Lisa Surihani, pelakon yang berada di bawah naungan produksi besar, Metrowealth International Group (MIG), ini turut menerima hadiah istimewa dari 'taukenya', Mejar (K) David Teo.

Malah, Diana kelihatan sangat terharu sebaik menerima hadiah seutas 'gelang emas' daripada David yang turut membantunya menguruskan majlis pernikahan. "Saya sangat bersyukur dengannya apa yang dia (David) lakukan untuk kami.

"Mana mungkin saya dapat menyiapkan semuanya dalam masa seminggu selepas umum tarikh nikah.

"Bos (David) yang banyak beri sumbangan dari segi persiapan nikah malam ini (kelmarin)," ujarnya.

Malah, Diana turut menjelaskan bahawa David tidak mengetahui keputusannya untuk bertunang sebelum ini memandangkan majlis itu hanya untuk kaum keluarga sahaja.

Namun, sebaik saja berita pertunangannya itu tersebar, Diana terus berjumpa David untuk menjelaskan perkara sebenar.

"Dia sangat memahami keadaan saya. Cuma dia sedih kerana tidak memberitahunya lebih awal kerana dia sudah menganggap saya seperti anaknya sendiri.

"Selepas itu dia sering tanya bila saya nak kahwin. Paling terharu bila dia dan staf yang lain sanggup membantu saya membuat persiapan hari bahagia saya ini," katanya.

Selain MIG, majlis pernikahan Diana turut mendapat tajaan daripada Ezuwan Ismail, Fatimah Shaari Creation, Saiful Sin, Yakult, Shutterplace, Samsultahir, Lea Henna Artist, dan Sri Gading Catering.

"Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang sudi menaja dalam majlis ini. Alhamdulillah... ALLAH mempermudah majlis pernikahan kami," katanya yang bakal mengadakan majlis resepsi pada awal tahun hadapan.


Kongsi detik perkenalan

Berkongsi mengenai kisah pertemuannya bersama suami, Diana berkata, mereka sebenarnya bertemu secara tidak sengaja dalam satu majlis.

Jelas Diana, hubungan yang bermula atas urusan kerja itu lama kelamaan menimbulkan bibit cinta dan sayang antara mereka.

"Kriteria pertama yang saya lihat dalam diri bakal suami saya ini adalah sikap bertanggungjawab.

"Malah dia sanggup tunggu saya selama setahun tanpa rasa putus asa," katanya.

Melihat kesungguhan Habib, Diana berkata, dia yakin dengan jejaka itu lantas menerima lamarannya.

Tambahnya, keperibadian Habib yang dekat dengan ilmu agama banyak membantunya mendalami ilmu yang dicari-cari itu.

"Sebelum ini saya tahu latar belakang Habib, dia pernah belajar sekolah agama dan seorang yang berpengetahuan luas dalam soal keagamaan.

"Jika saya ada masalah, Habib sudi mendengar dan tidak pernah menyisihkan saya daripada hidupnya," kata Diana.

Sinar Harian