Tuesday, 29 October 2013

Polis buru empat lelaki babit kes tipu RM885,000

MELAKA - Polis Melaka memburu empat lelaki bagi membantu siasatan kes tipu membabitkan barangan elektrik dan elektronik bernilai RM885,000 di beberapa negeri sejak Mac lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka Supritenden Ee Khong Koy berkata mereka dikenali sebagai Anthony Poon, 60-an; Ken Low, 60; Steve Lim dan C. T. Looi.

Mereka dikenal pasti susulan penahanan seorang lelaki berusia 53 tahun di Cheras, Kuala Lumpur, pada 16 Oktober lepas, yang dipercayai bersubahat dalam kegiatan itu, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya sindiket itu yang dipercayai menjual barangan terbabit di pasaran gelap, beroperasi menerusi sebuah syarikat yang didaftarkan sebagai Usaha Astana Sdn Bhd di Taman Teknologi Chen.

"Modus operandi sindiket itu ialah membeli barangan daripada pembekal dengan cara tunai untuk dapatkan kepercayaan, kemudian membuat tempahan dalam jumlah yang besar melalui cek 'post-dated' sebelum menghilangkan diri," katanya.

Katanya sindiket berjaya memperdaya 17 pembekal di Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor yang hanya menyedari mereka ditipu ketika cuba menunaikan cek terbabit apabila pihak bank memaklumkan duit dalam akaun berkenaan tidak mencukupi untuk pembayaran.

Mengulas kes lain, Ee berkata polis juga sedang mengesan seorang pengurus syarikat pembalakan di Bukit Rambai di sini, bagi membantu siasatan kes pecah amanah membabitkan kerugian lebih RM28,000.

Chye Chong Fung, 45, yang beralamat terakhir di No 7, Jalan Bukit Renggam, Simpang Renggam, Johor, menghilangkan diri selepas menyedari pihak syarikat mengesan wujud unsur pecah amanah di syarikat itu pada 9 Julai lepas.

Dia turut melarikan kenderaan pacuan empat roda milik syarikat bernilai lebih RM90,000, kata Ee.

Sumber: BERNAMA

Makan nasi berlauk cicak

Makan nasi berlauk cicak
Seekor cicak yang terdapat dalam makanan dihidangkan kepada pelajar di sebuah kantin sekolah.


JITRA - Seorang waris pelajar sebuah sekolah di sini kecewa dengan kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelajar sehingga menyebabkan anaknya hampir termakan cicak yang terdapat dalam hidangan harian di sekolah itu.

Waris mangsa, Fawzi Ali berkata, dia dimaklumkan oleh anaknya selepas terjumpa seekor cicak bersama ikan goreng dalam nasi yang dihidangkan untuk makan tengah hari pelajar pada minggu lalu.

Menurutnya, anaknya merasa loya apabila melihat seekor cicak dalam pinggan lalu memaklumkan kepada pihak kantin.

"Bagi mengelak berlakunya kekecohan, pengusaha itu menggantikan nasi dan lauk yang lain kepada anak saya.

“Saya sungguh kecewa dengan pihak pengurusan kantin yang lalai dalam menyediakan makanan kepada pelajar hingga membolehkan berlakunya keracunan.

Apabila saya melihat gambar itu, ia sungguh menjijikkan dan tidak wajar perkara itu boleh berlaku," katanya.

Fawzi berkata, sebelum ini dia pernah mendengar aduan daripada rakan anaknya yang sering terjumpa ulat dalam makanan yang dihidangkan kepada pelajar.

Katanya, dia berharap pihak berkenaan datang menyiasat kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelajar di sekolah terbabit.

"Saya berharap Kementerian Pendidikan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak pengurusan kantin sekolah itu kerana jika dibiarkan, ia dibimbangkan akan menyebabkan berlakunya perkara yang lebih serius kepada pelajar sekolah itu," katanya.

Sumber: Sinar Harian

'Mummy' dalang pelacuran

MUAR – Lima wanita warga Vietnam antara lapan yang ditahan dalam Ops Noda anjuran anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sebuah pusat hiburan, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, serbuan jam 12.45 pagi itu hasil maklumat berkaitan kegiatan pelacuran oleh warga asing yang didalangi ‘mummy’ (ibu ayam), seorang wanita tempatan berusia 37 tahun.

Menurutnya, lima wanita warga asing itu menggunakan pas lawatan sosial untuk ke negara ini kira-kira tiga bulan lalu, tetapi diperdaya ‘mummy’ terbabit dengan dijadikan pelacur. “Semasa serbuan, sebahagian mereka sedang leka melayan pelanggan dalam beberapa bilik khas.

“Kita turut menahan seorang lelaki yang juga pemilik pusat hiburan berkenaan yang berusia 39 tahun serta dua lagi pekerjanya berumur 20an,” katanya dalam sidang media di IPD Muar, semalam. Sahadan berkata, pihaknya merampas satu pemain cakera padat, satu mikrofon, tiga cakera padat dan 10 kotak kecil mengandungi kondom.

Katanya, ketika pemeriksaan ke atas pemilik premis berkenaan, turut ditemui satu buku catatan pelanggan.

“Polis merampas wang tunai RM1,399 dipercayai hasil kutipan aktiviti pelacuran pada malam serbuan.

"Premis ini telah empat kali diserbu dan disaman sebelum ini, tetapi pemiliknya masih berdegil dan menjalankan kegiatan berkenaan.

“Kesemua mereka ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Imigran 2007 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1995.

Sahadan memberitahu, lima wanita Vietnam terbabit boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih 20 tahun jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

'Henti politik susu pekat'

'Henti politik susu pekat' - Azeez kepada Mahfuz

YAN: "Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas." jelas Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika dihubungi Astro AWANI.

Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu dan ianya dikatanya mengejutkan penerima berkenaan.

Tambah Azeez lagi, "Sekiranya susu pekat tersebut telah pun luput tarikh, buangkan saja. Ia bukannya untuk dijual. Lagipun secara teknikal barangan dalam tin walaupun telah luput tarikh ia masih boleh digunakan dalam tempoh dua minggu lagi."

Azeez menasihatkan Mahfuz agar tidak menggunakan taktik politik sempit kerana tarafnya sebagai seorang Naib Presiden PAS.

Terdahulu, sumbangan bantuan barangan keperluan asas oleh jentera parti Barisan Nasional (BN) kepada penduduk Sungai Limau di sekitar kawasan Sungai Dedap dicemari dengan penemuan susu pekat didakwa telah luput tarikh dalam pemberian itu.

Pengarah Jawatankuasa Induk PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata penemuan susu pekat tersebut disedari oleh seorang wanita yang mendapat sumbangan tersebut.

“Susu pekat tersebut merupakan antara barangan keperluan asas seperti beras, tepung gandum dan gula dan diberikan oleh petugas jentera BN yang berkempen ke rumah mereka semalam,” kata Mahfuz

Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu.

“Sumbangan tersebut dipercayai diberikan oleh jentera parti BN dari Baling kerana tertera nama Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan apa yang dikesalkan disini, mengapa susu yang luput tarikhnya pun diberikan juga kepada orang kampung,” katanya lagi.

Mahfuz berkata ini merupakan satu penghinaan kepada orang kampung kerana mereka tidak mengambil kira soal keselamatan dan kesihatan penduduk disitu.

“Takkanlah mereka ini (BN) kedekut sangat sampai nak memberikan penduduk dengan susu yang luput tarikhnya. Saya menyeru kepada penerima-penerima sumbangan tersebut supaya memeriksa susu pekat yang diterima melalui sumbangan tersebut. Takut nanti, habis satu DUN Sungai Limau mengalami keracunan,” kata beliau.

Beliau percaya kira-kira 500 keluarga yang menerima sumbangan tersebut di kawasan Sungai Dedap ada menerima susu-susu yang luput tarikhnya itu dan Datuk Abdul Azeez digesa meminta maaf kepada penduduk kampung.

Sumber: ASTRO Awani

Janda muda tak insaf buat maksiat

KUALA TERENGGANU - Seorang janda muda yang sebelum ini pernah dijatuhi hukuman atas kesalahan berkhalwat, dilihat seolah-olah tidak pernah insaf apabila sekali lagi dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, kelmarin, atas kesalahan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Walaupun ditangkap buat kali kedua dengan pasangan berbeza, janda berusia 25 tahun dan berasal dari Kuala Ibai, di sini, dengan wajah selamba mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan pasangannya, seorang juruteknik, 29.

Susulan pengakuan bersalah itu, dia yang bekerja sebagai promoter itu dijatuhi hukuman denda RM3,000 manakala pasangannya yang berasal dari Johor Bahru pula dikenakan denda RM2,600.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail turut memerintahkan agar kedua-dua mereka dipenjarakan lima bulan jika gagal menjelaskan denda.

Berdasarkan fakta kes, pada 10 Jun lalu, kira-kira jam 11 malam, sekumpulan anggota penguat kuasa telah membuat pemeriksaan di sebuah bilik di Hotel YT Mid Town, Jalan Tok Lam, di sini.

Selepas beberapa kali pintu bilik diketuk, seorang perempuan yang hanya memakai tuala menampakkan coli serta seluar dalam membukanya sebelum pemeriksaan lanjut menjumpai seorang lelaki berseluar dalam sedang bersembunyi di dalam bilik air.

Hasil siasatan seterusnya, pasangan berkenaan mengaku bukan suami isteri.

Sumber: Sinar Harian

Hentian bas jadi port maksiat

Hentian bas jadi port maksiat
Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor yang perlu diberi perhatian.

MESKIPUN perkhidmatan bas sudah beroperasi semula, namun pengguna memohon pihak berkenaan supaya dapat memantau keadaan terminal bas terutamanya Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor yang didakwa terbiar sehingga menjadi port maksiat dan kaki mabuk.

Aduan itu turut dibangkitkan Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Bukit Melawati, S Manikavasagam apabila pihaknya sering menerima aduan penduduk dan pengguna perkhidmatan bas di terminal terbabit yang tidak selesa keadaan tingkat atas yang terbiar.

“Saya lihat beberapa individu yang tidur di tingkat atas itu kebanyakannya kaki botol kerana mereka sering datang ke pejabat PKM Dun Bukit Melawati yang berhadapan terminal bas itu untuk minta wang.

“Keadaan tingkat atas pun kotor dan dipenuhi botol arak dan todi sedangkan kawasan itu sangat berpotensi menjadi ruang niaga yang strategik terutamanya kawasan medan selera.

“Sayang sekali kerana pemandangan dari tingkat atas sangat menarik kalau ruang itu dijadikan tempat makan sekali gus menjana pendapatan PBT,” katanya.

Lain pula ceritanya di Terminal Bas Tanjong Karang yang didakwa menjadi lokasi ceramah parti politik pada pilihan raya umum lalu sehingga menimbulkan ketidakselesaan segelintir pihak.

Dakwa penduduk, keadaan terminal bas yang tidak berfungsi sepenuhnya itu dikatakan menjadi lokasi ceramah parti pada sebelah malam ketika musim berkempen menjelang saat PRU13.

Bagaimanapun keadaan itu dikatakan tidak menimbulkan masalah kepada orang ramai memandangkan penggunaan hanya pada waktu malam manakala sebelah pagi menjadi kawasan penduduk menunggu bas untuk ke Kuala Selangor.

Source: Sinar Harian

Penganggur merompak dapat 20 tahun, 4 sebatan

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan rompakan berkumpulan bersenjatakan parang dan pisau ke atas empat jurujual, Julai lepas.

Hakim Azwarnida Affandi menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap Wong Wei Loong, 35, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah bagi keempat-empat pertuduhan merompak itu.

Bagaimanapun, Wong hanya perlu menjalani hukuman penjara lima tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan secara serentak bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 2 Ogos lepas.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Wong bersama-sama dengan empat lagi rakan yang masih bebas didakwa dengan niat bersama merompak wang tunai RM20,700, tiga kereta, telefon bimbit, dua bentuk cincin dan seutas rantai emas serta kad ATM dan kad kredit milik Seh Kai Loon, 21, Hock Mei Teng, 21, dan Sin Sheck Lee, 22, di sebuah rumah di Jalan Flora Impian, Taman Sri Sinar, Segambut di sini pada 10.25 malam, 12 Julai lepas.

Bagi pertuduhan keempat pula Wong bersama-sama dengan empat lagi rakan yang masih bebas didakwa dengan niat bersama merompak wang tunai RM4,000, seutas jam tangan, telefon bimbit, dan kad ATM milik Tan Lian Ching, 19, di tempat, pada masa dan tarikh sama.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku ketika Seh masuk ke dalam rumah apabila tiba-tiba beliau didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali dari arah belakang lalu mengacukan pisau di lehernya.

Pada masa itu juga, sembilan rakannya termasuk Hock, Sin dan Tan yang ketika itu berada di ruang tamu turut didatangi lima lagi lelaki tidak dikenali bersenjatakan parang dan pisau, meminta mereka menyerahkan barangan berharga sebelum melarikan tiga buah kereta milik mangsa.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zamran memberitahu mahkamah bahawa tertuduh kini menjalani hukuman di Penjara Kajang atas kesalahan menyimpan harta rompak.

Sebelum itu, Wong yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman penjara minimum kerana dia telah insaf dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 11 tahun yang kini di bawah jagaan ibunya.


Sumber: BERNAMA

Keluarga Azizan mahu TPM mohon maaf

Keluarga Azizan mahu TPM mohon maaf
Muhammad Rafi’ie pada sidang media


YAN - Keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat permohonan maaf secara terbuka.

Anak kelima daripada isteri pertama Allahyarham, Muhammad Rafi’ie Azizan, 32, berkata, beliau berbuat demikian kerana berasa kecewa berhubung kenyataan Muhyiddin yang mengaitkan penyakit kencing manis dengan kematian sambil mencontohkan ayahandanya.

“Saya mewakili kedua-kedua bonda saya, adik beradik saya serta sanak saudara Allahyarham ayahanda begitu terguris hati dengan kenyataan dibuat oleh Muhyiddin ketika berkempen, 26 Oktober lalu, genap sebulan kembalinya ayahanda ke rahmatullah.

“Beliau yang menyandarkan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi gula dalam Bajet 2014 telah mengaitkan keputusan kerajaan tersebut dengan penderitaan Allahyarham ayahanda, berikutan prosedur pemotongan kedua-dua belah kaki Allahyarham akibat penyakit diabetes,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Menurutnya, beliau tampil membuat kenyataan media kerana ucapan Muhyiddin telah menyentuh sanubari mereka sekeluarga yang masih bersedih kehilangan insan tersayang.

“Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan Allahyarham ayahanda dan kerinduan kami kepada ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui.

“Kehilangan Allahyarham ayahanda terlalu besar buat kami sekeluarga untuk dijadikan sebagai sandaran dan alasan bagi kenaikan harga gula oleh pihak kerajaan. Atas alasan apa sekalipun, dalam suasana pilu yang sedang kami sekeluarga hadapi, kami sekeluarga tidak dapat menerima ucapan dan sandaran beliau itu,” katanya.

Ini berikutan, kenaikan harga gula itu sebenarnya adalah untuk mengurangkan beban kerajaan dan bukannya untuk mengurangkan jumlah penghidap diabetes.

“Kami memohon supaya Muhyiddin dapat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kedua-dua bonda saya yang tercinta, adik beradik saya dan sanak saudara, sama ada yang dekat mahupun jauh, yang telah tersinggung dengan ucapan itu.

“Muhyiddin tidak wajar sama sekali menyeret penderitaan Allahyarham ayahanda Azizan sebagai modal politik beliau," katanya.

Sumber: Sinar Harian

11 ditahan berhubung pembunuhan pegawai bank

 11 ditahan berhubung pembunuhan pegawai bank

KUALA LUMPUR: Seramai 11 orang ditahan berhubung pembunuhan seorang pegawai bank wanita oleh pengawal keselamatan minggu lalu.

"Penahanan yang terbaharu dilakukan pada Ahad di Johor," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah.

Beliau berkata penahanan dibuat bagi membantu siasatan dalam mengenal pasti di mana suspek berada. Namun beliau enggan memberitahu maklumat tentang mereka yang ditahan dan hubungan mereka dengan suspek.

Pembunuhan berlaku pada 24 Okt lalu apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati Norazita Abu Talib, 37, selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.

Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000.

Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek termasuk isteri pengawal tersebut.

Sumber: ASTRO Awani 

SMS terakhir sebelum kemalangan

KUALA TERENGGANU - “Awak makan dulu, walid balik lambat hari ini,” itu antara kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir yang sempat dihantar mangsa kemalangan maut, Rusli Embok kepada isterinya, Norma Abdul Rahman, 52, sebelum terbabit dalam nahas yang meragut nyawanya di Jalan Jerangau Jabor, Dungun, malam kelmarin.
Norma berkata, SMS itu adalah yang terakhir diterimanya kira-kira jam 7 petang, sebelum dikhabarkan berita kematiannya pada hari sama.

“Tengah hari sebelum kejadian pun, arwah ada menelefon saya, ketika itu dia sudah berada di Dungun. Arwah pesan supaya saya tidak lupa makan ubat sebab saya kurang sihat.

“Kehilangan arwah sangat dirasai ahli keluarga kerana dia seorang yang penyayang dan terlalu mengambil berat soal anak-anak,” katanya yang mengajar di Kolej Vokasional Wakaf Tembusu, di sini.

Menurut Norma yang masih bersedih di atas apa yang berlaku, setiap pagi, sebelum dia ke sekolah, arwah selalu bawakan beg serta barang-barangnya dan diletakkan di dalam kereta sambil mengiringinya sehingga ke pintu kereta.

“Tetapi pada hari kejadian, arwah hanya meletakkan barang-barang saya ke dalam kereta dan kemudiannya duduk di hadapan televisyen sambil menonton rancangan agama kegemarannya.

“Pada pagi itu, arwah tidak mengekori saya sehingga ke pintu kereta, sebaliknya saya bersalam dengannya di dalam rumah sahaja sebelum keluar ke tempat kerja,” katanya.

Norma tidak mengesyaki perkara pelik yang akan terjadi kerana dia sendiri mengetahui bahawa arwah memang suka menonton rancangan agama itu.

Sementara itu, adik ipar arwah, Ramli Abdul Rahman, 38, berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

“Ketika perjumpaan keluarga itu, arwah kelihatan sangat gembira, sehari sebelum menyambut Aidiladha dia berpuasa, dan ketika berbuka puasa, arwah nampak begitu berselera menjamu masakan ketam yang disediakan.

“Arwah memang seorang yang sangat disenangi ahli keluarga serta sanak saudara kerana kami selalu berhubung di antara satu sama lain,” katanya.

Manakala biras arwah, Dr Zulkifli Mohd Yusoff, 50, berkata, berita kematian arwah sangat mengejutkannya kerana baru sahaja berjumpa dua minggu lepas.

“Sejak dahulu lagi, arwah memang baik dengan semua orang dan saya perasan sejak kebelakangan ini, dia terlalu rapat dengan kami semua (saudara-mara), kehilangannya memang amat dirasai,” katanya.

Rusli yang bekerja sebagai Pengurus Besar Kanan (Pembinaan LPT Fasa 2) Jabatan Kerja Raya, meninggalkan seorang isteri serta empat anak, Ahmad Adli, 27, Ahmad Bulqini Ahsraf, 22, Ahmad Abqory Aiman, 19 dan Nur Amalina Syaquire, 18.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kecil, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu kira-kira jam 12 tengah hari.

Sumber: Sinar Harian

'Fizo cinta pertama saya'

Mawar
Mawar

Fizo Omar


Fizo Omar

"Fizo adalah cinta pertama saya dan sebelum ini saya tidak pernah bercinta kerana begitu dijaga oleh keluarga," akui bakal isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim,24, kepada media.

Sebelum itu, pelakon kacak, Fizo Omar atau sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, melamar bakal isterinya dalam suasana penuh romantis di Cathay Cinneplex, e@Curve, Mutiara Damansara, semalam.

Mengakui agak terkejut dengan majlis itu Mawar berkata, Fizo mengajaknya menonton wayang sebelum menghadiri sidang media yang dikatakan akan diadakan pada sebelah petang.

Bagaimanapun, dia dapat merasakan sesuatu akan berlaku apabila muncul babak lakonan Fizo bersama pelakon cilik, Mia Sara di layar dan turut melibatkan ibunya juga.

"Fizo kata petang nanti (semalam) ada sidang media untuk umumkan tarikh perkahwinan kami dan dia ajak saya menonton wayang terlebih dahulu.

"Memang pelik dan terdetik juga, 'biar betul dia ni', tapi saya ikutkan sahaja. Malah selepas masuk dalam pawagam dan dia minta izin untuk ke tandas, saya masih tidak rasa apa-apa sehinggalah muncul video tersebut baharu saya rasa sesuatu," katanya.

Berkongsi kejutan yang dibuat untuk Mawar, Fizo berkata, idea berkenaan dirancang dalam masa tiga hari dan dia jugalah yang mengarahkan sebuah video pendek untuk kekasih hatinya itu.

Katanya, ia adalah sebagai satu tanda ingatan mereka sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

“Saya pilih untuk membuat kejutan di panggung wayang kerana saya adalah seorang pelakon dan ini adalah kehidupan saya yang ingin saya kongsi bersama Mawar.

"Malah, ia juga berkisar mengenai perjalanan hidup kami dan lega rasanya apabila rancangan ini menjadi kerana bimbang juga jika ‘terkantoi’,” katanya.

Fizo berkata, dia yakin Mawar akan berkata 'ya' dan perkara itu turut diakui oleh Mawar sendiri :

"Sudah tentu saya kata ‘ya’ kerana persiapan telah pun bermula tetapi kesungguhannya amat menyentuh hati saya,” jelasnya.


Artikel lengkap di Sinar Harian

Fizo Omar lamar kekasih di panggung wayang


Fizo Omar melamar pasangannya Mawar Abdul Karim, 24,  di sebuah panggung wayang di Damansara pada pukul 12.30 tengahari Isnin sambil disaksikan oleh pihak media.

Pelakon berusia 28 tahun itu dan Mawar turut memilih 10 November ini untuk ke jinjang pelamin. Mereka akan mengikat tali pertunangan sehari sebelum bernikah pada 9 November.

Penduduk UK siap sedia hadapi ancaman taufan terburuk

Penduduk UK siap sedia hadapi ancaman taufan terburuk

Jutaan penduduk di United Kingdom kini sedang bersiap sedia menghadapi hujan lebat dan angin kencang yang dijangka membadai negara itu pada hari ini.

Tiupan angin dengan kelajuan sehingga 80 kilometer sejam di ramal berlaku di wilayah Barat Daya , sebelum bergerak ke Utara dan ke Timur negara itu.

Amaran terhadap angin kencang itu turut dikeluarkan kepada wilayah Selatan Wales, Selatan England dan beberapa wilayah di London.

Menurut pengasas Kelab Cuaca Diraja , Dr. Liz Bentley, taufan yang dikenali sebagai St Jude itu adalah sesuatu yang sangat kencang.

Beliau turut menyifatkan ia sebagai satu fenomena yang tidak dilihat setiap tahun.

Jabatan meteorologi pula meramalkan hujan akan turun selama enam hingga sembilan jam di beberapa kawasan.

Sementara itu penduduk di Somerset Barat Daya England diarah bersiap sedia menghadapi cuaca buruk itu.

Ini kerana dikhuatiri berlaku banjir besar, gangguan perjalanan dan bekalan elektrik terputus .

Perdana Menteri David Cameron telah mengarahkan pelan kontingensi digerakkan bagi memantau keadaan pengangkutan, sekolah dan bekalan tenaga sepanjang ribut berlaku.

Sumber: ASTRO Awani

Kadar gula yang tinggi dalam darah boleh jadi pelupa

Kadar gula yang tinggi dalam darah boleh jadi pelupa

Tahap gula yang tinggi dalam darah boleh mengakibatkan penyakit "dementia".

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik German, mereka mendapati individu yang memiliki kandungan gula yang tinggi dalam darah tidak dapat mengingati banyak perkara berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap kandungan gula yang rendah dalam darah mereka.

Kajian itu dilakukan terhadap 141 individu yang rata-ratanya berusia 63 tahun purata dan tidak menghidap diabetes tahap kedua atau pra-diabetes.

Peserta perlu menjalani pemeriksaan kandungan gula dalam darah dan beberapa siri ujian memori.

Saiz hippocampus setiap peserta juga dicatatkan kerana ia merupakan komponen paling penting yang mengawal selia memori.

Agnes Flöel, penyelidik di Universiti Perubatan Charité di Berlin berkata, mereka yang mempunyai kadar kandungan gula dalam darah yang tinggi dan berjangka panjang didapati susah untuk mengingati perkataan.

Beliau berkata, “Tahap gula dalam darah yang tinggi berkait rapat dengan jumlah perkataan yang boleh mereka ingati dalam ujian tersebut.”

“Kami juga mendapati, mereka yang mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi mempunyai saiz hippocampus yang kecil,” beliau berkata.

Hasil kajian itu dilaporkan dalam jurnal perubatan Neurology yang diterbitkan oleh American Academy of Neurology, juga menunjukkan bahawa dengan mengurangkan tahap gula dalam darah boleh mengelakkan masalah ingatan pada masa depan.

Walau bagaimanapun,  Flöel berkata kajian itu dilakukan dalam skala kecil dan tidak membuktikan kesan dan akibatnya.

Keperluan bagi ujian klinikal yang lebih besar untuk menguji sama ada dengan menurunkan glukosa akan dapat membantu mencegah demensia, katanya lagi.

Robert Ratner, ketua saintis dan pegawai perubatan di American Diabetes Association, berkata kajian tersebut membuktikan ada sedikit kaitan. Mereka hanya meneliti tahap glukosa pada satu masa dengan ingatan. Mereka tidak menunjukkan kehilangan ingatan adalah sama ada ia disebabkan oleh tahap glukosa yang tinggi, atau dengan mengurangkan tahap glukosa akan memperbaiki ingatan.”

Beliau berkata “ Tidak menghairankan jika tahap glukosa mempunyai kesan negatif. Risiko dementia adalah lebih tinggi di kalangan pesakit diabetes.

Keith Fargo dari Alzheimer’s Association berkata apabila tubuh kehilangan upaya untuk mengawal tahap glukosa dalam darah, otak tidak akan berfungi dengan betul.

Kajian yang dilakukan oleh saintis penyelidik kanan, Rachel Whitmer, menunjukkan bahawa individu yang menghidap diabetes tahap 2 dan mempunyai kawalan gula dalam darah yang lemah berdepan risiko besar untuk mendapat dementia.

“Orang tua yang mempunyai diabetes tahap dua, lebih cenderung untuk mendapat dementia.

Dengan itu, bagaimanakah untuk menurunkan tahap darah gula dalam darah jika berada dalam sela normal?

Menurut Ratner, ini disebabkan oleh genetik, cara pemakanan dan tindak balas hormon.

Jika anda mahukan tahap gula dalam darah yang sihat, ia bukan bermakna anda tidak boleh mengambil pengambilan gula.

Ia berkait dengan cara pemakanan yang sihat, pengambilan kalori, protein, lemak dan karbohidrat yang seimbang, katanya.

Senaman juga penting kerana ia boleh meningkatkan keupayaan badan untuk menghasilkan insulin.

Tambah Whitmer lagi, “Kami sedar, mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan makan makanan sihat berkemungkinan kecil mendapat diabetes jenis dua dan dementia. Gaya hidup yang sihat baik untuk otak.”

Sumber: ASTRO Awani

Jangan layan kumpulan eksterimis dalam negara

Tun Mahathir
Tun Mahathir

PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak harus melayan tuntutan oleh kumpulan ekstremis di dalam negara ini.

Sebaliknya, katanya, kerajaan harus memahami pemikiran kumpulan sederhana dan menyakinkan mereka untuk bekerja bersama-sama bagi mengalakkan kestabilan dalam negara.

Melayan permintaan esktremis akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dan membahayakan pertumbuhan negara, katanya ketika berucap pada Siri 17 Wacana Perdana bertajuk 'Trend Politik Semasa dan Kesan terhadap Hala Tuju Ekonomi dan Sosial di Malaysia' di sini hari ini.

Wacana itu dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dr Mahathir berkata persepsi bahawa kerajaan adalah 'lemah' kerana gagal mendapatkan mandat besar dalamPRU13, Mei lepas, telah menyebabkan unsur-unsur ekstremis daripada pembangkang membuat pelbagai tuntutan.

"Jika anda fikir kumpulan ekstremis akan mengucapkan 'terima kasih' kepada kerajaan dan memberi sokongan mereka selepas tuntutan mereka dipenuhi...maka anda silap," kata perdana menteri keempat negara selama 22 tahun itu.

"Saya berharap kumpulan sederhana akan kekal dalam negara dan berani membuat pilihan...bukan demi kepentingan sendiri tetapi untuk kebaikan negara, politik dan masyarakat," katanya.

Oleh itu, beliau menggesa majoriti sederhana supaya mempunyai keberanian untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai situasi politik semasa sambil menjelaskan bahawa kerajaan perlu memberi lebih tumpuan kepada majoriti senyap.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana, Tan Sri Azman Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) Tan Sri Dr Michael Yeo dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah.

Sumber: BERNAMA

Rosyam Nor: Dua tahun saya tak dipandang

Rosyam Nor
Rosyam Nor

NAMA Rosyam Nor suatu ketika dulu sememangnya cukup gah dan berada dalam kelas yang tersendiri sebagai hero drama mahupun filem di Malaysia.

Namun seiring dengan kehadiran pelakon baru dalam industri seni, nama Rosyam yang kini sudah bergelar Datuk, mula tenggelam dengan populariti pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

Akui pemilik Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini, dia pernah melalui satu fasa yang perit apabila ada pihak seolah-olah menidakkan kehadirannya dalam industri seni sehingga dia terpaksa ‘berehat’ dari industri seni selama dua tahun.

“Secara peribadi sebagai seorang pelakon, saya tidak mahu berhenti di tengah jalan dan saya mahu bawa nama Rosyam Nor ditahap yang tinggi.

“Tetapi sejak dua tahun lalu saya tidak dipandang sehingga saya terpaksa ambil keputusan untuk berehat bagi mencari sebuah karya yang baru untuk saya.

“Kini, saya harus mengucapkan terima kasih kepada Datuk Yusof Haslam dan Syamsul yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk membawakan watak Tailong.

“Watak itu ibarat permulaan baru untuk saya dan saya akui selepas menjayakan watak tersebut, barulah saya dipandang semula,” ujarnya kepada Zass.

Sememangnya harus diakui, biarpun sudah berusia 46 tahun, ternyata Rosyam masih berbisa dalam menjayakan watak antagonis dan aksi dalam filem KL Gangster 2.

“Saya akui menemui rentak lakonan semula selepas membintangi KL Gangster 2 dan ternyata bukan usia seseorang pelakon itu yang menjadi ukuran untuk menjayakan sesuatu watak.

“Saya juga mahu membuktikan kesangsian sesetengah pihak yang merasakan pemilihan saya untuk membintangi filem tersebut adalah silap. Apatah lagi walaupun watak itu jahat, ia menjadi satu watak popular dan disukai.

“Sebenarnya apa yang penting adalah kredibiliti seseorang pelakon itu dan saya anggap watak Tailong itu adalah kejayaan peribadi saya. Selain itu secara tidak langsung ia memberi laluan kepada pelakon seangkatan saya untuk kembali menyinar,” katanya.

Menurut Rosyam, selepas membintangi filem tersebut, dia mula menerima banyak tawaran lakonan, namun terpaksa menolak kerana kekangan waktu dan watak yang diberikan.

“Saya bukan mahu mendabik dada kerana banyak menolak tawaran filem kerana sebenarnya apa yang penting adalah siapa karyawan di belakang saya; siapa pengarah, krew, penulis skripnya.

“Ini kerana saya tidak pernah menganggap diri saya hebat kerana yang hebat sebenarnya adalah karyawan ini kerana mereka yang membentuk diri saya.

“Jadi saya tidak boleh gelojoh dan cari sesuatu yang baik dan terima tawaran dengan perbincangan yang terperinci,” katanya.

Di tebak mengenai watak yang barangkali menjadi idamannya, Rosyam berkata, soal watak bukan lagi keutamaan baginya.

“Saya impikan watak yang boleh mencabar kredibiliti saya, yang membuatkan saya takut kerana saya boleh buat yang terbaik atau tidak,” katanya.


Artikel lengkap terdapat di sini.

Lelaki ikat kokain RM500,000 di paha

KOTA KINABALU - Seorang lelaki ditahan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu di sini manakala tiga lagi rakannya ditahan di lapangan terbang Hong Kong Sabtu lepas, dan polis menemui dadah jenis kokain diikat pada paha mereka.

Kesemua mereka termasuk seorang wanita itu adalah dari Pulau Pinang dan dipercayai anggota sindiket dadah yang sama.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis menemui dua kilogram kokain bernilai RM500,000 diikat di kedua-dua paha lelaki yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

"Lelaki tempatan berusia 31 tahun itu ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika melepasi pemeriksaan beg dan badan di balai perlepasan untuk penerbangan ke Hong Kong pada 5.45 pagi.

"Pemeriksaan ke atas badan suspek menjumpai empat peket kokain yang dibalut di kedua-dua paha dengan setiap paket seberat 500gm," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas wang tunai HK$1,000 dan RMB200 (Yuan) daripada lelaki itu.

Hamza berkata semakan rekod penerbangan mendapati lelaki itu berlepas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada Khamis lepas, sebelum memasuki Sabah keesokannya (Jumaat) dan dijadual ke Hong Kong pada Sabtu.

Beliau berkata susulan penangkapan lelaki itu, polis mengesan tiga lagi rakan suspek yang membawa empat kilogram kokain menggunakan taktik sama.

"Tindakan pantas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sabah menyalurkan maklumat membawa kepada penangkapan tiga rakan suspek termasuk seorang wanita oleh Polis Narkotik Hong Kong sebaik tiba di lapangan terbang negara itu pada hari sama," katanya.

Hamza berkata ujian saringan awal ke atas lelaki yang ditahan di LTAKK itu mendapati dia negatif dadah.

Lelaki itu mempunyai jenayah rekod jenayah lampau dan masih menjalani pengawasan polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya di Pulau Pinang.

Sumber: BERNAMA

Baju koyak rabak, rambut kusut bukan imej sebenar mendiang Lee

Mendiang Lee Kah Ghee yang ditikam sampai mati oleh seorang lelaki yang mengamuk berhampiran stesen LRT Putra Gombak dan Taman Melati merupakan seorang yang memberi keutamaan kepada keterampilannya.


Menurut kakak iparnya Susan Seh, Lee suka mengenakan pakaian yang kemas dan sentiasa menyikat rambutnya dengan rapi.

Namun semasa Lee ditemui sejurus ditikam di dada oleh lelaki itu, pakaian kemasnya koyak rabak, rambutnya kusut dan badannya berlumuran darah.

“Itu yang membuatkan isterinya dan kami sekeluarga sedih. Kami selalu melihat Lee yang ‘handsome’ dan kacak. Tetapi apabila beliau meninggal, rupanya tidak seperti dahulu lagi.

“Tiada siapa sanggup melihat tubuh Lee yang telah ditikam dengan kejam itu. Ia sungguh memilukan hati,” kata Susan kepada Astro AWANI ketika ditemui di upacara pengkebumiannya Lee di sini, pada Ahad. Susan juga berkata, Lee merupakan seorang yang sentiasa ceria dan disukai ramai.

“Beliau terlibat dalam perniagaan alat-alat tulis dan selepas beberapa tahun baru sahaja perniagaannya mula berjaya. Tiba-tiba, beliau meninggal dunia pula. Kami memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku,” katanya.

lee

Lee meninggalkan seorang balu berusia 47 tahun dan tiga orang anak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang melawat keluarga Lee berkata suspek didapati positif dadah dalam saringan ujian air kencing.

“Suspek akan direman sehingga 31 Oktober dan sekiranya perlu, reman akan dilanjutkan,” katanya.

Lee ditikam oleh seorang pemandu van syarikat pembekal rokok yang mengamuk berhampiran stesen LRT Putra Gombak dan Taman Melati Rabu lalu.

Lelaki yang bersenjatakan pisau itu, turut membunuh seorang lagi mangsa dan mencederakan dua lagi.

Kejadian bermula pada kira-kira pukul 11.20 pagi apabila lelaki terbabit  tiba-tiba mengamuk ketika menghantar rokok ke sebuah kedai berhampiran stesen LRT Gombak.

Lelaki itu bertindak menikam pemilik kedai berkenaan yang berusia 60 tahun dan pembantunya seorang warga Indonesia berusia 40 tahun, menyebabkan kedua-dua mereka cedera parah.

Suspek kemudian meninggalkan tempat itu dengan vannya dan menuju ke Stesen LRT Taman Melati, kira-kira tiga kilometer dari situ, sebelum dia melanggar sebuah van lain dan menikam pemandunya Lee, 40, dari Taman Segambut Indah, beberapa kali di bahagian dada.

Lee meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek, yang disyaki mengalami masalah mental, kemudian terus mengamuk dengan menikam hingga mati seorang pelajar lelaki berusia 25 tahun, yang cuba melarikan diri selepas keretanya dilanggar van yang dipandu lelaki berkenaan.

Menyedari lelaki itu bersenjatakan pisau, pelajar berkenaan segera keluar dari keretanya untuk melarikan diri, tetapi suspek menghalangnya dan menikamnya beberapa kali di Jalan Tumbuhan, hingga mati.

Orang ramai bagaimanapun dapat memberkas lelaki terbabit, yang berasal dari Felda Pemanis, Segamat, Johor, serta merampas sebilah pisau daripadanya sebelum menghubungi polis.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: ASTRO Awani

Logitech reveals iPad Air keyboard cases starting at $99

Logitech set to accessorize iPad Air with keyboard folios, cases

While Belkin hit the ground running with its iPad Air keyboards and covers first, Logitech has just announced its own bounty of four such accessories. 

The $149 Fabricskin Keyboard Folio tops the list with its two-sided case that supports the Air at two angles, housing a water-resistant Bluetooth fabric keyboard with up to three months of battery life. 

It also uses the SecureLock entry system and comes in red, black or yellow. The Ultrathin Keyboard Folio, meanwhile, has similar features and comes in four colors, but eschews the water-resistant case and keyboard for a lesser sum, $99.

The $99 Ultrathin Keyboard aluminum cover, meanwhile, protects only the front side of the iPad Air while supporting it as a stand. Available in black, white or a combo of the two, it provides instant sleep/wake functionality and about three months of battery life for the Bluetooth keyboard. 

Finally, Logitech's $49 Folio Protective case offers two-sided, water-resistant protection without a keyboard, along with an adjustable stand that can support the Air at almost any angle. 

Sure, Apple went to a lot of trouble to slim down its flagship tablet, but if you can't resist the siren call of turning it into a notebook, Logitech's new goodies will be available in early November.

Source: Engadget