Tuesday, 17 June 2014

Pengurus syarikat dituduh bunuh bayi yang ditemui kembung dan berulat

Pengurus syarikat dituduh bunuh bayi yang ditemui kembung dan berulat


SHAH ALAM: Seorang pengurus syarikat perkhidmatan pembersihan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Selasa atas tuduhan membunuh seorang bayi enam bulan yang mayatnya ditemui kembung dan berulat di sebuah gaung berdekatan Genting Highlands awal bulan ini.

Wong Weng Yew, 41, didakwa membunuh bayi lelaki bernama Esmen Zeus Yves di rumahnya (tertuduh) di No: 12, Cannal Garden, Jalan Anggerik Vanilla 31/98S, Seksyen 31, Kota Kemuning di sini antara 28 Mei dan 31 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Wong yang hadir ke mahkamah memakai t-shirt berwarna oren dan berseluar pendek paras lutut mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki itu yang turut menguruskan perkhidmatan pekerja asing.

Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Rohaida Che Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, isteri Wong yang sebelum ini turut ditahan bagi membantu siasatan, dibebaskan dengan bon mahkamah berjumlah RM50,000 untuk dijadikan sebagai saksi pendakwaan pada perbicaraan kelak.

Media sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berhubung aduan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang kehilangan bayi pada hujung bulan lepas.

Penahanan suspek terbabit membawa kepada penemuan mayat itu 4 Jun lepas.

Bernama 

Awal Ashaari berang, wanita lempar kata-kata kesat terhadap anak

Awal Ashaari dan Scha Al- Yahya - Foto Astro Gempak


KUALA LUMPUR: Pelakon Awal Ashaari tidak dapat menahan kemarahan apabila salah seorang pengikut isterinya Scha Al- Yahya di laman instagram memberikan komen kurang sopan terhadap anak mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.

Kejadian itu berlaku selepas Scha memuat naik foto yang diambil ketika parti ‘Baby Shower’ yang diadakan oleh rakan-rakannya secara mengejut pada Ahad.

Pengikut yang hanya dikenali sebagai ‘_Sawawa’ itu dengan beraninya memberikan komen dengan kata-kata kesat seakan-akan mengutuk anak dalam kandungan Scha.

Selain itu, wanita tersebut juga menyatakan bahawa dirinya menyampah dengan sikap mengada-ngada aktres itu.

Dalam pada itu, Awal yang kelihatan seperti sudah hilang sabar terus membalas komen wanita berkenaan dengan kata-kata sinis selain menyebarkan gambarnya di instagram untuk tatapan peminat.

Awal bagaimanapun dalam kapsyen tersebut mendoakan agar pengikut berkenaan menjadi orang yang baik.

Berikut merupakan gambar dimuat naik oleh Awal Ashaari yang diambil oleh Astro Gempak menerusi akaun Instagram peribadinya untuk dikongsi bersama pembaca. -- Astro Gempak




Sumber: Astro Awani

Kilang bihun 'menjijikan' musnah dalam kebakaran

KUALA LUMPUR: Kilang bihun cap Masjid yang diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu kerana beroperasi dalam keadaan menjijikkan serta dipertikai status halalnya, musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku pada pukul 3 pagi di Batu 7, Jalan Ipoh itu turut memusnahkan empat lagi kilang berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi berkata, dua jentera dan 15 anggota termasuk pegawai terbabit dengan operasi memadam.

Jelas Azrul, api marak dengan cepat kerana setibanya bomba dilokasi kejadian, api sudah hampir meranapkan kelima-lima unit kilang terbabit.

Pihak bomba mengambil tindakan segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang berhampiran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kilang bihun itu diarahkan tutup selama dua minggu sementara siasatan dilakukan, hasil daripada serbuan DBKL sebelum ini.

Pemiliknya bagaimanapun mengesyaki kejadian ini ada unsur khianat dan satu laporan polis akan dibuat.

Astro Awani 

Bermula hari ini Perodua Viva turun harga sebanyak RM5,300

Perodua berkata ia juga akan memberi bonus tunai RM800 kepada mereka yang menempah Viva mulai hari ini hingga 31 Ogos


KUALA LUMPUR: Perodua mengurangkan harga atas jalan semua varian Viva sehingga RM5,300, berkuat kuasa hari ini, di semua 181 premis jualannya di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan, Perodua berkata ia juga akan memberi bonus tunai RM800 kepada mereka yang menempah Viva mulai hari ini hingga 31 Ogos.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata selain habuan itu, pelanggan juga disediakan pakej perkhidmatan percuma selama tiga tahun yang kini ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Perodua.

"Pengurangan harga itu dibuat hasil inisiatif penjimatan kos kami yang dilaksanakan sejak 2011.

"Harga baharu ini akan membantu pengguna di seluruh negara untuk memiliki kenderaan mampu milik berkualiti tinggi, terutama menjelang Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Merdeka, kata Aminar Rashid.

- Bernama | 17 Jun 2014 

Nur Liyana tarik balik permohonan fasakh

Perbicaraan kes penceraian Nur Liyana, Romi ditangguh

KLANG - Mahkamah meluluskan permohonan, Nur Liyana Abdul Manan, 29, untuk menarik balik kes fasakh yang difailkan pada 1 Oktober 2013 terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais,34.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Zainal Abidin Kusmin selepas plaintif yang diwakili peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman membuat permohonan tersebut.

"Kes ini ditutup dan dianggap selesai,"katanya.

Sebelum itu, Kamar Ainiah membuat permohonan tersebut setelah proses rundingan antara kedua-dua pihak gagal.

"Ia adalah berikutan bapa defendan yang baru meninggal dunia tiga minggu lalu.

"Notis penarikan balik kes fasakh akan diserahkan di kaunter hari ini,"katanya.

Menurutnya, pihaknya akan mengemukakan permohonan baharu iaitu perceraian secara talak mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

"Saya telah berbincang dengan peguam defendan, Rubiah Jaafar dan pihaknya bersetuju terhadap perkara ini,"katanya.

Nur Liyana dan suaminya, Romie Razin Adilha yang juga kekasih pelakon Hanez Suraya hadir ke mahkamah secara berasingan.

Sinar Harian 

Hatrik Mueller bantu Jerman tundukkan Portugal

(AP Photo/Natacha Pisarenko)


SALVADOR: Pasukan Jerman membuat kejutan besar pada Piala Dunia 2014 apabila membenam pasukan Portugal 4-0 dalam perlawanan Kumpulan G kejohanan tersebut di Arena Forte Nova, awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut sebahagian besarnya disumbang jaringan hatrik oleh Thomas Mueller.

Jaringan tersebut berjaya membantu Jerman meraih tiga mata penuh, meletakkan mereka di tangga teratas.

(AFP Photo / Francisco Leong)

Jaringan pertama menyaksikan sepakan penalti oleh Mueller pada minit ke-11. Penalti itu diberikan setelah pemain Jerman, Mario Goetze ditarik oleh Joao Pereira dari Portugal.

Pada minit ke-37 pula, Jerman menjaringkan satu lagi gol hasil dari tandukan Mats Hummels menjadikan keputusan 2-0.

Tambah malang buat skuad Portugal apabila pada minit ke-37 menyaksikan pemainnya, Pepe dilayangkan kad merah kerana mengasari Mueller dengan menghayunkan tangannya ke belakang, ke arah muka Mueller.

(AP Photo/Natacha Pisarenko)
Mueller yang kemudiannya terduduk kesakitan, dihantuk pula oleh Pepe dengan kepalanya membuatkan pengadil segera melayangkan kad merah dan mengarahkan Pepe keluar padang.

Portugal terpaksa meneruskan permainan dengan hanya 10 orang pemain.

Kesengsaraan Portugal ditambah lagi pada minit ke-45 apabila Meuller sekali lagi menjaringkan gol setelah berjaya melepasi penjaga gol Portugal, Rui Patricio.

Pada separuh masa kedua pula, Mueller mempamerkan kehebatannya dengan menjaringkan gol keempat buat Jerman dan yang ketiga bagi dirinya menerusi jaringan minit ke-78 hasil hantaran dari Andre Schurrie.

Jaringan oleh Mueller itu menjadikan kedudukan 4-0 buat Jerman.

Pengarah Erma Fatima sedia bertemu dengan madunya

Menurutnya, keizinan untuk bermadu memang telah lama dipersetujui


KUALA LUMPUR: Pengarah terkenal, Erma Fatima atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad bersedia untuk berjumpa dengan isteri baru suaminya, Aida Abdul yang dikhabarkan telah bernikah kira-kira 2 bulan yang lalu di negara jiran.

Menurutnya, keizinan untuk bermadu memang telah lama dipersetujui dan dia pernah mencari calon yang sesuai untuk suaminya namun ditolak.

“Saya bersedia untuk berjumpa dengan isteri baru Bade iaitu madu saya secara terancang mahupun kebetulan, saya serahkan kepada suami saya bagaimana cara pertemuan itu.

“Saya tak tahu kenapa kali ini Bade tak suruh saya pergi tunangkan atau pun tidak, itu semua kena tanya dia, saya minta hal ini tidak disensasikan lagi dan saya anggap ianya telah selesai,” “ katanya dalam rancangan bual bicara HLive Apa Kata Malaysia.

Meskipun Erma Fatima mengetahui perkara ini, kekuatan dari anak-anaknya adalah keyakinan utama bagi dirinya untuk meneruskan kehidupan dan berkarya untuk teater mahu pun drama terbitannya.

“Saya tahu ramai yang memberi tafsiran yang negatif mengenai poligami, tapi apa yang berlaku terhadap diri saya perlulah dilihat secara positif yang berkemungkinan saya mempunyai kekurangan pada diri Bade,” jelas Erma lagi.

Dia juga turut mengakui dirinya sangat “workaholic” dalam menguruskan kerjayanya namun di rumah dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan hormat Bade selaku khalifah untuk menguruskan hal keluarganya. 

-- Sumber: Hlive

This remote-controlled car moves on land, sea and air



We probably have drones to thank. They've helped the price of flying vehicles plummet from the days of gasoline-powered helicopters, but what about water? Or racing on land? For those, you might want to consider Takara Tomy's newest radio-controlled vehicle, the Earth Rider RC (or the 陸海空RC, "Land Sea Air RC"). 

At the Tokyo Toy show, we got to see it fly down roughly six feet to neatly land on the water, where its tires keep the car afloat -- and those important electronics out of harm. The same propellers that can put it into the air can then glide the RC across the water, like like a pond skater, except for, well, the propellers, wheels and things...

You've probably heard of vehicles that transition between areas before, but the appeal here is how it transfers to the air (or water) without any transformation or mode change. It appears that the wheels aren't powered, but that the force from the quad-copter blades compels it to move it somehow like a car. 

Also, as it's a mere 50 grams, the toy company says it will move/fly/float for around five minutes after a 30-minute charge, while the controller itself runs on six AA batteries. This all-in-one RC launches in Japan this October for around $91 (9,250 yen), but there's no news on whether it'll make it across to the US -- whether it can roll on water or not.


Source: Engadget