Thursday, 16 July 2015

Pemuda didenda kerana belasah ibu dan adik perempuan

Mohammad Amin dituduh mencederakan ibunya Roselin Mashutu, 41, dan adik berusia 16 tahun di rumah mangsa di Jalan Ipoh, Sentul pada Ahad. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pemuda yang gagal mengawal sikap panas baran sehingga sanggup membelasah ibu dan adik perempuannya di rumahnya, Ahad lepas, menerima pembalasan apabila dikenakan hukuman denda RM2,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Jesseca Daimis menjatuhkan hukuman denda itu atau penjara tiga bulan terhadap Mohammad Amin Anvar, 20, seorang pekerja am di sebuah pusat beli-belah, selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mohammad Amin dituduh mencederakan ibunya Roselin Mashutu, 41, dan adik berusia 16 tahun di rumah mangsa di Jalan Ipoh, Sentul di sini, pada pukul 10.30 malam, Ahad lepas.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu selepas berang dengan sikap ibunya yang selalu membuat perbandingan antara dia dengan kakaknya dalam bidang pendidikan.

Tertuduh dikatakan bertindak memukul, menampar dan memijak badan, menarik rambut serta menumbuk muka ibunya menggunakan tangan dan kaki, manakala adik yang cuba menghalang tindakan tertuduh turut ditumbuk di bahagian muka.

Tindakan tertuduh itu menyebabkan ibunya mengalami bengkak di mata, sakit di kepala dan luka di belakang badan, manakala adiknya mengalami bengkak di muka dan sesak nafas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

- Sumber: Bernama 

Ambank to take action against those spreading false news

Ambank Group will take action against those spreading false information and news about the group, its banking operations, as well as Chairman and employees.

KUALA LUMPUR: Ambank Group will take action against those spreading false information and news about the group, its banking operations, as well as Chairman and employees.

The bank said this in reference to recent reports emanating from a blog.

"This was compounded by the republication of statements in other media publications, thereby gaining unwarranted attention and traction," it added.

The bank said it is bound by the Financial Services Act 2013 (FSA) and Islamic Financial Services Act 2013 (IFSA).

The FSA and IFSA are strict in their protection of client confidentiality.

"We have co-operated fully with the authorities in an open and transparent manner, and will continue to do so, while reassuring customers that the AmBank Group operates with high levels of integrity," its Chairman, Tan Sri Azman Hashim said in the statement. 

- Source: Bernama

Pompeii, tamadun yang hilang

Pompeii, tamadun yang hilang

POMPEII menurut sejarah lama mengisahkan sebuah kota terkemuka dalam Empayar Rom yang akhirnya ‘ditenggelamkan’ dengan lava dan debu gunung berapi sekitar 1,500 tahun dahulu.

Terletaknya di Itali, Kota Pompeii adalah salah sebuah kota moden yang terletak di kaki gunung.

Kota tersebut cukup terkenal sehingga mampu menarik sesiapa sahaja termasuk peniaga dan pedagang untuk berkunjung ke kota tersebut.

Suatu ketika dahulu, Pompeii digambarkan sebagai salah sebuah kawasan di Itali kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain.

Antara senario biasa di kota tersebut adalah masyarakatnya yang bergerak sibuk ke sana sini, aktiviti berjual beli dalam bangunan, di jalanan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.

Kehidupan Kota Pompeii yang meriah menemui titik noktah pada 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), apabila gunung berapi Vesuvius meletus selama dua hari berturut-turut dan melenyapkan apa sahaja yang berada di laluannya.

Kota tersebut hilang dalam lipatan sejarah dan tidak ada sesiapa muncul untuk menceritakan ketamadunan Pompeii atau mengakui kewujudan kota tersebut.

Sejarah kota ini kekal tertanam di kaki Gunung Vesuvius sehinggalah pada tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja mengorek tanah yang giat dijalankan terhenti sebaik sahaja salah seorang pekerja menemui selepas menemui objek aneh tertanam di dalam tanah.

Objek aneh berbentuk tinggalan artifak itu dikeluarkan satu persatu dan kerja cari gali dilakukan lebih giat di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius dilaporkan meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

Kerja mengorek tanah penemuan Kota Pompeii hanya dijalankan 76 tahun kemudian selepas Putera d’Elboeuf mendengar kewujudan artifak dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan.

Atas arahan putera itu, pekerja diupah bagi meneruskan penggalian dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan dikorek keluar.

Misteri Kota Pompeii yang ribuan tahun tenggelam di kaki gunung berkenaan akhirnya terbongkar.

Penemuan kota purba itu menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.

Antara artifak yang ditemui termasuk tembikar, pasu, dan barangan purba.

Selain itu, pencari gali turut melaporkan menemui puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan!

Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.

Kesemua patung yang ditemui mempamerkan raut wajah terkejut dan ketakutan seolah-olah terkejut dengan bencana yang datang secara tiba-tiba.

Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii.

Kota tersebut dibina sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan sehinggalah gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletus lava panas sehingga membanjiri kota itu.

Tiada seorang pun daripada penduduk terselamat.

Debu tebal bencana itu terus menenggelamkan serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia dan turut menukarkan penduduknya menjadi patung batu.

- Sumber: Sinar Harian 

Camera trick helps researchers tell Malaysia's black leopards apart

This undated handout photo released by the Rimba Group and received on July 15, 2015 shows a black leopard photographed after triggering by a remote camera in the forests of Peninsula Malaysia. - AFP PHOTO / RIMBA GROUP

SYDNEY: A simple camera adjustment has helped scientists illuminate the usually undetectable spots on black leopards -- a trick they say will help them tell individual animals apart and aid the animals' conservation.

Scientists studying leopards on the Malay Peninsula, where most of the big cats are jet black, had difficulty telling the animals apart, an obstacle which was hindering research.

But photographs taken with the infrared flash firing on automatic cameras stationed in the forest show the animals' complex whirls of spots clearly standing out.

"It was really by accident that we discovered that if you can get that infrared flash to go off in the daytime you could suddenly see the spots," said William Laurance from Australia's James Cook University (JCU).

"And because the spots are unique, you can tell them all apart."

Researchers said using the method in the north east of peninsular Malaysia had allowed them to accurately identify 94 percent of black leopards -- a boost for conservation efforts.

"It's basic, it's fundamental for trying to say things like how big is the population," Laurance told AFP.

"Otherwise you are simply just looking at these photos and you can't tell anything apart and it's really difficult to make any inference about population abundance, about population trends, about the impacts of different kinds of things over time."

It is not known why the leopards in this part of the world are mostly black, but Laurance said it was likely to better camouflage the animals in the dark rainforest.

Laurance said leopard skins and body parts were increasingly showing up in wildlife trading markets, with poaching thought to be widespread.

The study, which also involved the University of Nottingham's Malaysia Campus, a local research institute from Universiti Malaysia Terengganu and the Malaysian Wildlife Department, would aid the conservation of the cat, said JCU's Gopalasamy Reuben Clements.

- Source: AFP

Kasanova sambut Aidilfitri di sebalik tirai besi

KUALA LUMPUR - Seorang kasanova, yang memperdaya 14 wanita, terpaksa menyambut Aidilfitri di sebalik tirai besi apabila dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur A'minahtul Mardhiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Yawad Mokminin Taib, 34, selepas dia mengaku bersalah terhadap 14 pertuduhan iaitu menipu, mencuri dan menggadai barang kemas milik wanita-wanita itu termasuk seorang guru dan pensyarah kolej, sejak dua tahun lepas.

Mahkamah memerintahkan Yawad Mokminin menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 30 Jun lepas.

Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara dan denda sebanyak RM39,000 bagi semua pertuduhan dan jika gagal membayar denda itu, tertuduh perlu menjalani hukuman penjara 58 bulan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Nur A'minahtul Mardiah berkata mahkamah mengambil kira modus operandi tertuduh yang berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial, mengadakan pertemuan dan membuat janji manis untuk berkahwin sebelum mengambil barang berharga mangsa.

"Mahkamah terpaksa mengakui bahawa mangsa tidak sepatutnya mempercayai perkenalan melalui laman sosial...mangsa mengenali kamu melalui alam maya tetapi tindakan kamu memperdaya mereka harus diberi pengajaran," katanya.

Bagi enam pertuduhan menipu, Yawad Mokminin, yang merupakan ahli jawatankuasa surau taman perumahannya, didakwa memperdaya enam wanita berusia antara 29 dan 36 tahun itu untuk membeli barang kemas bagi urusan perkahwinan sehinga mendorong kesemua wanita berkenaan menyerahkan sejumlah wang tunai RM19,500 kepadanya.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh didenda.

Bapa kepada tiga anak itu juga didakwa terhadap lapan pertuduhan mencuri pelbagai barang milik lapan mangsa termasuk barang kemas, telefon bimbit, komputer riba dan beg tangan mangsa melibatkan sejumlah RM83,486.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, Yawad Mokminin turut didakwa terhadap dua pertuduhan melupuskan harta iaitu dengan menggadai tiga utas rantai tangan dan seutas rantai leher bernilai RM23,000 milik dua daripada 14 mangsa itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di kompleks beli-belah Mid Valley, Suria KLCC, Sabak Bernam dan sebuah hotel di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini antara 7 Jun 2013 hingga 2 Julai lepas.

Mengikut fakta kes, mangsa berkenalan dengan tertuduh melalui laman sosial sebelum tertuduh mengajak mangsa bertemu atau berjanji untuk berkahwin dengan mangsa.

Ketika bertemu, tertuduh akan meminta mangsa menyerahkan barang berharga kepadanya dan memaklumkan akan menghubungi keluarganya untuk bertemu mangsa sebelum dia menghilangkan diri.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah mengambil kira faktor seolah-olah tertuduh mengambil kesempatan terhadap mangsa yang kesemuanya wanita dan memohon hukuman yang sewajarnya.

Peguam Fauzan Hushin, yang mewakili tertuduh, memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah insaf dan perlu menanggung isteri, tiga anak berusia dua, lima dan tujuh tahun, serta ibu bapa yang tinggal di kampung. 

- Sumber: Bernama

Yuna diminta keluar dari MAC Pavilion

Penyanyi tempatan, Yunalis atau lebih mesra dikenali Yuna kecewa kerana diminta keluar dari MAC Pavilion,Kuala Lumpur hanya kerana beberapa peminat mengerumuni kedai tersebut untuk bergambar dengan dia.

KUALA LUMPUR: Penyanyi tempatan, Yunalis atau lebih mesra dikenali Yuna kecewa kerana diminta keluar dari kedai solekan MAC yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur hanya kerana beberapa peminat mengerumuni kedai tersebut untuk bergambar dengannya.

Memetik laporan ELLE, Yuna berkata; “Baru sahaja saya diminta untuk meninggalkan MAC Pavilion hanya kerana beberapa peminat memasuki kedai tersebut untuk bergambar dengan saya.”

"Saya tidak meminta layanan istimewa tetapi faham kadang-kadang perkara seperti itu berlaku dan saya jarang mengatakan tidak kepada peminat yang mahu mengambil gambar apabila saya membeli-belah," tambah Yuna.

Menurut Instagram penyanyi berusia 27 tahun itu, dia berada di pusat membeli-belah Pavilion bersama ibunya semalam untuk membeli-belah sempena Raya.

Walaupun dia mempunyai pengalaman yang tidak menyenangkan di kedai MAC, tetapi nampaknya dia berseronok membeli-belah di Coach dan UNIQLO.

- Sumber: Astro Awani | Julai 16, 2015 

Empat rumah kena rempuh

Deretan rumah di Jalan Tupai yang dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda awal pagi semalam.

TAIPING – Empat rumah rosak teruk selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas di Jalan Tupai, di sini awal pagi semalam.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 5 pagi itu, kesemua penghuni terlibat sedang tidur.

Menurutnya, penghuni dikejutkan dengan dentuman kuat dan apabila keluar dari rumah, mereka mendapati sebuah kereta terbabas melanggar beberapa rumah.

“Beberapa rumah mengalami kerosakan di bahagian hadapan, namun tidak penghuni cedera,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Saksi itu berkata, sebaik sahaja pemilik rumah menyedari kejadian itu, pemandu kereta terbabit meninggalkan lokasi kejadian.

“Kemudian, kami sudah buat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit semalam.

“Kita turut terima nombor pendaftaran kenderaan terbabit daripada seorang mangsa, namun kesahihannya belum pasti,” katanya.

Harrith berkata, kenderaan terbabit dipercayai dipandu dari arah Pokok Assam menghala ke Pekan Taiping.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar beberapa rumah.

“Difahamkan, pemandu meninggalkan tempat kejadian dan sedang dikesan. Punca kejadian masih disiasat,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

Operasi Kabul menelan belanja RM15 juta sejam

Kos untuk seorang anggota tentera AS yang dikerah ke Afghanistan dianggarkan RM4 juta setahun

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Laporan terbaharu mendedahkan pembayar cukai Amerika Syarikat (AS) terpaksa menanggung kos AS$4 juta (RM15 juta) sejam ketika operasi ketenteraan diketuai tentera negara itu dilancarkan di Afghanistan.

Hasil kajian dilakukan Pertubuhan bukan kerajaan, National Priorities Project (NPP) ke atas bajet persekutuan dan perbelanjaan tentera AS mendapati hampir AS$715 bilion (RM2.7 trilion) telah dibelanjakan untuk pencerobohan di Kabul sejak 2001.

"Kos perang tersebut agak mengelirukan kerana ia tidak merangkumi perakaunan penuh melibatkan kesemua kos perang itu termasuk perbelanjaan penjagaan perubatan untuk anggota dan veteran yang cedera.

"Tambahan pula, bajet itu tidak termasuk bayaran faedah ke atas hutang negara," jelas laporan itu.

Menurut laporan tersebut lagi, kos untuk seorang anggota yang dikerah ke Afghanistan pula dianggarkan AS$1 juta (RM4 juta) setahun, satu angka jauh lebih tinggi daripada anggaran AS$390,000 (RM1.5 juta) yang dibuat penyelidik Kongres pada 2006. - Press TV

Sementara itu, pakar ekonomi di Harvard, Linda Bilmes berpendapat misi ketenteraan di Iraq dan Afghanistan telah menjadi operasi termahal dalam sejarah AS.
- Sumber: Astro Awani 

Tukar PM sahaja tidak cukup

Anwar Ibrahim 

SHAH ALAM - Menukar Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri masih tidak cukup untuk rakyat melakukan perubahan.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara pernah melalui proses sia-sia apabila pimpinan ditukar namun sistem yang korup dan usang masih tidak berubah.

“Kita tidak perlukan penyelesaian sedikit demi sedikit, tetapi komitmen serius kepada reformasi dan penghapusan rasuah. Usaha menukar Najib yang dikepalai Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) tanpa reformasi sebenar hanya akan memuaskan kelompok kroni mereka.

“Ia tidak akan bawa perubahan sebenar buat rakyat. Perubahan yang menyeluruh dalam kerajaan dan pentadbiran negara amat diperlukan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan peguamnya, semalam.

Anwar yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, buat pertama kalinya dalam sejarah perdana menteri disiasat atas dakwaan penyelewengan wang.

Katanya, siasatan berlaku ketika rakyat berdepan kenaikan harga barang, cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang membebankan dan ketidakpastian hala tuju ekonomi negara yang paling teruk sejak krisis kewangan Asia pada 1997.

“Pada masa sama, Akta Hasutan dan pelbagai jenis undang-undang lain yang bersifat kuku besi masih digunakan untuk menutup mulut rakyat. BN mesti ambil tanggungjawab sepenuhnya di atas keadaan sekarang. 

“Amalan rasuah, salah guna kuasa, keangkuhan dan tata kelola yang teramat teruk telah menyebabkan Malaysia jadi begini. Keruntuhan ekonomi Greece sepatutnya menjadi amaran apa yang mungkin berlaku kepada negara yang kita cintai ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau gesa langkah perubahan dilaksana termasuk reformasi institusi utama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwanya gagal membendung rasuah.

- Sumber: Sinar Harian 

Rafizi nafi mengenali Lester Melanyi

RAFIZI: 'Rahman, saya tidak kenal Lester Melanyi' - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan dakwaan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengatakannya memberi arahan kepada Sarawak Report untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tegasnya, pendedahan Rahman mengenai laporan polis yang dibuat oleh individu bernama Ramesh Rao Krishnan Naidu yang mengaitkan dirinya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, ADUN Batu Lintang, See Chee How, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah fitnah semata-mata.

"Saya tidak pernah kenal Lester Melanyi atau berhubung dengannya. Kali pertama saya tahu kewujudannya adalah apabila Abdul Rahman mendedahkan mengenai laporan polis tersebut.

"Saya tidak pernah memberi arahan kepada Sarawak Report apatah lagi memberi bahan untuk disiarkan oleh laman web itu.

"Saya tidak pernah berhubung atau berbincang dengan pengendali Sarawak Report, Clare Rewscastle Brown mengenai 1MDB. Sepanjang kerjaya saya, saya hanya pernah bekerjasama dengan Sarawak Report dalam satu kes iaitu skandal pembalakan di Sabah yang melibatkan sogokan RM40 juta yang didakwa melibatkan seorang bernama Michael Chia dan pimpinan kanan UMNO Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada Rabu, Abdul Rahman mendedahkan penglibatan beberapa pemimpin pembangkang dalam sebuah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam memalsukan fakta di dalam laporan portal Sarawak Report.
Tegasnya, pendedahan video itu memberitahu pemimpin pembangkang terbabit juga bersekongkol dengan Clare Brown dalam semua pemalsuan fakta berkaitan 1MDB serta Najib.

Dalam pada itu kata Rafizi, kesemua perkara yang dibawa mengenai 1MDB adalah berdasarkan laporan akhbar dalam dan luar negara dan semua soalan-soalannya di Parlimen.

"Laporan polis oleh Ramesh Rao Krishnan Naidu ini adalah satu konspirasi jahat untuk cuba menutup isu 1MDB dengan memberi gambaran kononnya ia direka oleh pimpinan pembangkang sedangkan sebahagian besar pendedahan saya dan Tony adalah dari Parlimen.

"Saya yakin konspirasi ini tidak akan berjaya kerana skandal 1MDB ini terlalu besar dan faktanya terlalu jelas untuk ditutup. Apakah selepas ini Datuk Rahman Dahlan akan membuat satu lagi pendedahan kononnya saya juga mempunyai kuasa mengarahkan Asian Wall Street Journal (AWSJ) untuk menulis mengenai 1MDB?" soalnya. 

- Sumber: Astro Awani 

Lester Melanyi tidak pernah menulis untuk kami - Sarawak Report

Portal tersebut juga menafikan dakwaan bahawa Lester Melanyi memalsukan laporan tersebut untuk mereka.m
KUALA LUMPUR: Video pengakuan seorang individu yang mendakwa terlibat secara langsung dengan Sarawak Report dalam konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disanggah portal tersebut.

Menurut portal tersebut, cubaan untuk mempersoalkan kredibiliti laporan mereka dilihat sebagai langkah terdesak.

Selain itu, portal tersebut juga menafikan dakwaan bahawa Lester Melanyi memalsukan laporan tersebut untuk mereka.

"Lester Melanyi tidak pernah menulis untuk Sarawak Report. Kami terkejut bahawa dakwaan ini ditimbulkan," kata portal tersebut.

Semalam, Pengarah‎ Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan mendedahkan penglibatan beberapa pemimpin pembangkang dalam sebuah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam memalsukan fakta di dalam laporan portal Sarawak Report.

"Pengadu tersebut mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa wujud niat jahat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melunaskan misi yang digelar 'Mission to criminalize Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB'," Abdul Rahman memberitahu pemberita semasa satu sidang media semalam.

"Jika niat ini benar, ianya adalah satu perbuatan dahsyat dan bertujuan untuk menjatuhkan nama baik dan maruah kerajaan dalam mentadbir urus negara, di samping bertujuan untuk memesongkan rakyat supaya membenci kerajaan," kata Abdul Rahman lagi.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai penemuan oleh penyiasat Malaysia yang kononnya telah mengesan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) didepositkan ke dalam apa yang mereka percaya sebagai akaun bank peribadi Najib.

Laporan itu berdasarkan dokumen-dokumen daripada siasatan kerajaan yang diperoleh akhbar itu dan laman web Sarawak Report. 

- Sumber: Astro Awani 

Ibu tak sanggup pecah cermin kereta mewahnya untuk selamatkan anak

Pihak bomba akhirnya bertindak untuk memecahkan cermin kereta wanita tersebut untuk selamatkan anaknya.

SEORANG wanita di China menerima kritikan hebat di media sosial apabila dia enggan memecahkan tingkap kereta BMW miliknya untuk menyelamatkan anak lelakinya yang terperangkap dalam kereta tersebut.

Menurut laporan media tempatan China, CCTV, kejadian itu berlaku di bandar Yiwu di wilayah Zhejiang pada Sabtu lepas.

Difahamkan, ramai orang mula mengelilingi kereta BMW tersebut selepas mendengar tangisan seorang kanak-kanak, tetapi terkejut untuk melihat ibunya yang berdiri di luar kereta tanpa mempedulikan jeritan anaknya.

Apabila budak berusia tiga tahun itu kelihatan semakin lemah, anggota bomba hendak memecahkan tingkap kereta itu untuk menyelamatkan mangsa tetapi perbuatan itu dihalang oleh ibunya.

Seorang saksi berkata, ibu mangsa bertegas mereka harus menunggu tukang kunci untuk membuka pintu kereta kerana dia tidak mahu merosakkan keretanya.

Anggota bomba bagaimanapun abaikan kedegilan wanita tersebut dan bertindak memecahkan tingkap kereta tersebut untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

Mujur kanak-kanar itu masih berada dalam keadaan baik.

"Ia sangat berbahaya untuk tinggalkan kanak-kanak dalam kereta, terutamanya pada musim panas sebegini. Suhu dalam kereta boleh meningkat dalam masa yang singkat dan boleh mengancam kanak-kanak," seorang ahli bomba dipetik berkata.

Insiden tersebut telah mencetuskan kemarahan orang ramai dan media sosial menjadi alat luahan kritikan mereka.

- Sumber: CCTV via A/Awani

Low Yat: Ketua Umno Bahagian Bagan ditahan


BUKIT MERTAJAM - Polis menahan Ketua Umno Bahagian Bagan, Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan berhubung insiden rusuhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, Ahad lepas.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata Shaikh ditahan selepas diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah (SPT), di sini, hari ini untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya beliau difahamkan penahanan itu adalah atas arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyiasat Shaikh selepas muncul mesej yang dipercayai disebarkan pihak tertentu.

"Kami percaya penahanan Shaikh itu adalah ekoran mesej daripada kumpulan Whatsapp yang tersebar membabitkan apa yang ditulis Ketua UMNO Bahagian Bagan itu dalam kumpulan berkenaan.

"Saya berpendapat bukan Shaikh yang cuba menghasut sebaliknya orang yang berada dalam kumpulan Whatsapp itu yang cuba menimbulkan perkara yang menggugat ketenteraman negara," katanya ketika ditemui di luar perkarangan IPD SPT, di sini.

Sebelum ini, penulis blog Papagomo, Wan Mohd Azri Wan Deris, ditahan polis di bawah Akta Hasutan berhubung insiden di Plaza Low Yat.

Terdahulu, Musa menemani bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu ke IPD SPT kira-kira pukul 2 petang sebelum ditahan oleh dua anggota polis di luar balai polis itu.

Difahamkan, penyebaran mesej itu didapati mempersoalkan tindakan polis yang hanya menahan remaja lelaki Melayu sahaja untuk didakwa dan tidak peniaga Cina yang turut terbabit hingga mencetuskan pergaduhan.

Musa berkata walaupun kesal perkara sedemikian berlaku, beliau akur dengan undang-undang dan meminta polis turut menyiasat orang yang menyebarkan mesej itu.

"Kumpulan Whatsapp ini adalah perbincangan tertutup dan semestinya penyebaran ini dilakukan oleh orang dalam kumpulan itu sendiri yang mana secara tidak langsung orang terbabit yang cuba menghasut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Kenyataan mengenai perkara itu (tangkapan) akan dibuat oleh Ketua Polis Negara," katanya. - Bernama