Friday 18 October 2013

Mekanik maut motosikal rempuh kereta di Kuantan

KUANTAN - Seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan di Km 208 Lebuhraya Pantai Timur menghala Kuala Lumpur dekat Gambang hari ini.

Mohd Alif Helmi, 24, yang tinggal di Taman Seri Mahkota Aman di sini mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Pemangku Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata dalam nahas 3.50 petang itu, mangsa dipercayai dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.

"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang kereta jenis Proton Wira yang berhenti di lorong kecemasan di situ.

"Ekoran rempuhan itu, mangsa tercampak ke atas jalan dan disahkan mati di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama, Oktober 17

No comments:

Post a Comment