Wednesday, 11 December 2013

SunEdison launched solar water pumps for farms in India

In India, a specially designed high performance solar-powered water pump was recently launched by SunEdison meant for agriculture purpose. Featuring rugged structural design, pumps are available in 3HP (horsepower), 5HP, 7.5HP and 10HP variants.

SunEdision solar powered pump system. Photo: EPCworld

Designed by R&D teams in California and Bangalore, the latest innovation is claimed to be a perfect solution for farmers who need year-round cultivation and predictable daytime irrigation. 


“SunEdison’s solar water pump solution addresses and enables a large and growing market. It is a tremendous opportunity for us to grow our business and help people transform their lives.”
Ahmad Chatila, President and CEO of SunEdison


There are about 26 million irrigation pumps in India and of this, about 8 million run on diesel power with the rest using grid power. The solar powered pumps will enable farmers to grow cash crops that require predictable irrigation and more importantly, they will be able to utilize land that they previously could not irrigate.

The company expects this innovation to help farmers to increase crop yield by delivering reliable irrigation without dependence on expensive diesel fuel or intermittent electrical power supply. Photo: PR-newswire


Pump features

The solar pumping systems are designed to be rugged, and provide best-in-class performance. It is fitted with high-efficiency 3-phase AC pump complete with pump controller, VSD.

Rugged industrial design ensures reliable performance in the most adverse operating conditions and ensures reliable and safe operation for over 15 years, while allowing for easy maintenance. 


How much

The solar water pump will cost around Rs 6 lakhs (RM30,900) which is quite expensive for the rural poor but with some innovative partnership between interested business organisations and the government, this should be made affordable to many.

Zain sah jadi suami Che Ta dengan sekali lafaz


Pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan.


Pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan selamat dinikahkan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada jam 9.04 malam tadi dengan sekali lafaz.

Rozita menerima mas kahwin sebanyak RM9,300, cincin kahwin bernilai RM93,000 dan wang hantaran RM23,200 bersama sembilan dulang yang dibalas sembilan dulang oleh pihak Zain.

Ikuti laporan daripada wartawan GalaTV, Umaira Uyop dari lokasi pernikahan pasangan artis tersebut.



Astro Awani

Astro Gempak saluran paling banyak dilanggan di YouTube



KUALA LUMPUR: Dengan bilangan lebih 500,000 pengikut, Astro Gempak telah disenaraikan sebagai saluran (channel) paling banyak dilanggan di YouTube Malaysia pada tahun 2013, diikuti dengan saluran penggiat filem Namewee dan saluran kumpulan pop Korea, Big Bang.

Senarai itu telah dikeluarkan oleh laman popular YouTube yang turut mengeluarkan senarai video dan video muzik paling trending dan banyak di tonton di Malaysia untuk tahun 2013.

Sementara itu, video The Fox (What Does the Fox Say?) dari kumpulan Ylvis menjadi video paling trending di Malaysia serta dunia diikuti videoPeople are Awesome 2013 di tangga kedua dan prebiu filem KL Gangster 2 di tangga ketiga.

Untuk video paling popular 2013, PSY sekali lagi mengungguli carta dengan populariti lagu terbarunya, Gentleman, manakala penyanyi cilik Indonesia Tegar – 'Aku yang dulu bukan yang sekarang' berada di tangga kedua dan di tempat ketiga penyanyi Pink dengan video muzikJust give me a reason yang berduet bersama Nate Ruess.

YouTube turut mengeluarkan video YouTube Rewind Malaysia sebagai imbasan apa yang paling banyak ditonton oleh rakyat Malaysia pada tahun 2013.

Senarai penuh apa yang paling popular di YouTube 2013:
Saluran paling banyak dilanggani di Youtube Malaysia 2013

1. Astro Gempak
2. namewee
3. BIGBANG
4. matluthfi90
5. PewDiePie
6. SMTOWN
7. Ling Bing Yong
8. mediarakyat
9. Smosh
10. LOEN MUSIC

Video paling trending di YouTube Malaysia 2013

1. Ylvis - The Fox (What Does the Fox Say?)
2. PEOPLE ARE AWESOME 2013 (Hadouken! - Levitate)
3. KL Gangster 2 : Prequel Official Trailer 2013
4. Top 10 Kiyomi Compilation
5. Nora Danish gwiyomi as requested. Enjoy!!
6. 中学生谈恋爱 Students Fall In Love
7. Angry Birds Toy Surprise Jake and the Never Land Pirates Disney Pixar Cars 2 Easter egg Spongebob
8. PSY 싸이 - GENTLEMAN 젠틀맨 Waveya 웨이브야 cover dance
9. Parodi Forum Suara Mahasiswa
10. Gwiyomi Malay (Malaysia) Style Yang Cute Gila 키요미

Video Muzik paling popular di YouTube Malaysia 2013

1. PSY - GENTLEMAN M/V
2. Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang
3. P!nk - Just Give Me A Reason ft. Nate Ruess
4. Hafiz - Bahagiamu Deritaku
5. Bruno Mars - When I Was Your Man
6. Forteen-Kita Ost Sebenarnya Saya Isteri Dia
7. Miley Cyrus - Wrecking Ball
8. Altimet - Kalau Aku Kaya featuring Awi Rafael
9. Hyper Act. - Hanya Aku
10. W.A.R.I.S-Rembau Most Wanted


Proton jangka keluar kereta hibrid akhir 2014

Proton

PUTRAJAYA - Proton Holdings Berhad (Proton), anak syarikat DRB-HICOM, dijangka mengeluarkan kereta hibrid pada akhir tahun depan.

Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata Proton, pengeluar kereta nasional, kini dalam usaha mencari jalan dan cara inovatif untuk mengeluarkan dan memasarkan kereta hibrid berkenaan.

"Kami masih lagi berusaha dengan projek itu. Kami akan menyiapkan teknologi baharu itu menjelang akhir 2014," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Proton Perdana berwajah baharu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Perdana Putraja di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khamil berkata Proton dijangka melancarkan Kenderaan Elektrik (EV) menjelang akhir tahun 2015.

"Protaip kereta EV sudah siap dan kami kini dalam peringkat percubaan untuk memastikan ia memenuhi spesifikasi tempatan," katanya. -- Bernama

Najib lancar Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kereta Proton Perdana baru untuk kerajaan. --fotoBERNAMA


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.

Turut hadir Muhyiddin, Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohd Khamil berkata Proton Holdings Berhad (Proton), anak syarikat DRB-HICOM, hari ini menyerahkan kumpulan pertama 200 unit Proton Perdana kepada kerajaan.

Beliau berkata 3,000 unit lagi akan diserahkan kepada kerajaan secara berperingkat dalam tempoh dua tahun bagi menggantikan kumpulan Proton Perdana pada masa ini yang digunakan sebagai kenderaan kerajaan.

"Buat masa ini, Proton Perdana baharu itu hanya untuk kenderaan rasmi kerajaan, termasuk agensi kerajaan dan ia tidak akan dijual kepada orang awam.

"Proton juga menerima permintaan daripada kerajaan negeri dan badan berkanun untuk menukarkan Proton Perdana yang sedia namun ia tertakluk kepada kelulusan," katanya.

Mohd Khamil berkata Proton Perdana merupakan sebahagian daripada program pembangunan yang dijalankan Proton dengan kerjasama Honda Japan Ltd.

Beliau berkata ia merupakan fasa pertama program antara Proton dan Honda, menurut perjanjian kerjasama antara kedua belah pihak akhir tahun lepas.

"Kami menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia atas kepercayaan mereka kepada Proton dan memberikan kami peluang sekali lagi sebagai penyedia kenderaan rasmi kerajaan," katanya.

Mohd Khamil berkata penggantian model Perdana yang akan digunakan kerajaan Persekutuan adalah di bawah fasa satu perancangan Proton bagi membangunkan segmen D baharu.

Katanya Proton telah memulakan fasa dua program berkenaan yang membabitkan pembangunan seterusnya model segmen D mengikut inisiatif perkongsian platform dengan Honda Japan Ltd, dengan reka bentuk dalaman dan luaran yang baharu.

"Ia akan dilancarkan di pasaran Malaysia dalam tempoh 18 hingga 24 bulan. Ia akan dijual kepada orang awam," katanya.

ASTRO Awani 

Sudah-sudahlah Erma!


Erma Fatima


KALI ini menggunakan wang berbentuk RM1 pula. Drama bayar saman ke atas pelakon Rabecca Nur Islam (Becca) oleh pengarah drama Dejavu Di Kinabalu nampaknya tak ada kesudahan.

Sebelum ini Erma membayar wang tuntutan Becca yang berjumlah RM11, 200 menggunakan wang syiling 5 sen dan senaskhah al-Quran.

Becca yang tidak berpuas hati dengan bayaran mengunakan syiling 5 sen telah memulangkan duit itu.

Namun Erma nampaknya tidak mahu mengalah dalam isu ini membayar kembali kepada Becca dengan menggunakan wang RM1 pula.

Becca menerusi Instagram miliknya bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Erma.

"... tidak mengapa jika cara itu dapat boleh memuaskan si hati insan bernama Fatimah Rahmad.

"Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad, ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan mahupun keburukan," tulis Becca di laman sosial miliknya.

Untuk rekod, saman itu adalah kerana kegagalan pihak produksi melunaskan baki bayaran untuk drama Dejavu Di Kinabalu yang dibintangi Becca.

Kes itu yang dibawa ke mahkamah kemudiannya memihak kepada Becca dan Erma diarah untuk membayar baki berjumlah RM11, 200.

Sinar Harian

Uruguay negara pertama di dunia 'halalkan' dagangan dadah marijuana

MONTEVIDEO: Uruguay meluluskan undang-undang perintis membenarkan marijuana, sekali gus menjadi negara pertama di dunia 'menghalalkan' pengeluaran dan penjualan dadah jenis berkenaan. 

Selepas lebih 12 jam diperdebatkan, 16 daripada 29 ahli senat hari ini mengundi menerima rang undang-undang itu yang diketuai Presiden, Jose Mujica, yang kini perlu menandatanganinya dalam supaya menjadi satu undang-undang baru. 

Di luar dewan Senat, ratusan penyokong penghisap dadah berkenaan berpesta dengan membakar bunga api bagi meraikan berita itu yang disifatkan mereka sebagai 'perarakan terakhir pengharaman marijuana'. 

“Perang terhadap dadah sudah gagal," kata Senator Roberto Conde yang mewakili kumpulan penentang rang undang-undang itu. 

Dengan itu, ia membenarkan pengeluaran, pengedaran dan penjualan cannabis dan membenarkan individu menanam pokok marijuana dalam saiz yang kecil dan boleh menubuhkan kelab pengguna - yang semuanya dikawal dan dipantau pihak berkuasa negeri. -- AP

Barang kemas Rozita bernilai RM11 juta pada malam berinai


Zain dan Rozita di malam berinai - Foto Astro AWANI


SHAH ALAM: Bakal pengantin, Rozita Che Wan menggayakan barang kemas berharga RM11 juta dalam majlis berinai yang berlangsung di Dewan N'dah Shah Alam pada Selasa malam.
Antara perhiasan yang ditaja Habib Jewels itu termasuk tiara berlian, anting-anting, dua bentuk cincin serta rantai.

Pelakon siri "Kiah Pekasam" itu memakai dua set barang kemas bersesuaian dengan dua pasang persalinan yang digayakannya.

Persalinan pertama ialah kebaya moden berwarna ungu rekaan Rizman Ruzaini sementara yang kedua dari rona putih rekaan Bianco Mimosa.

Bersiap untuk majlis berinai


Klik Galeri Foto untuk keseluruhan foto majlis berinai tersebut

Zain dan Rozita duduk di atas pelamin berhias bunga putih sambil dipakaikan inai tajaan My Beautiful Henna.

Seramai 200 tetamu hadir termasuk ahli keluarga, media serta rakan-rakan artis antaranya Datuk Aznil Nawawi, Ayu Raudhah dan Sharifah Shahora.

Anak sulung Rozita, Ammar Effendy, 17 tahun menyatakan perasaan gembira apabila ibunya bakal menamatkan zaman janda.

Zain dan Rozita bakal dinikahkan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam selepas solat Maghrib malam ini.

Rozita akan menerima mas kahwin sebanyak RM9,300, cincin kahwin bernilai RM93 ribu dan wang hantaran RM23,200.

Selepas majlis resepsi pada Jumaat, pasangan ini bakal berlepas ke Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam untuk berbulan madu selama dua minggu mulai 16 Disember

ASTRO Awani .

iPad Air terima sambutan hangat

Pengunjung mencuba iPad Air baru ketika ia mula dilancarkan di Tokyo, September lalu. - Foto AFP


Tokyo: Bagi Takaaki Sasaki, menjadi pelanggan pertama beratur untuk mendapatkan iPad baru adalah cara untuk mengucapkan terima kasih kepada Apple Inc kerana memainkan peranan penting mengubah hidupan setahun lalu.

Sasaki yang mencipta aplikasi popular di Jepun, adalah antara beratus-ratus rakyat Jepun yang menyerbu gedung Apple di daerah Gitza ketika pintu kedai mula dibuka untuk iPad Air yang mula dijual di negara itu Jumaat lalu.

Pelancaran itu datang dengan sedikit saja publisiti berbanding iPad atau iPhone sebelum ini, dengan pelanggan berpotensi mungkin terpengaruh dengan sambutan kritikal yang sebahagian besar adalah positif, tetapi didominasi dengan bicara bahawa iPad Air bukan pengubah landskap.

Pelancaran di seluruh dunia bermula di Australia dengan Apple di negara itu mengatakan sudah ada barisan di luar kedai apabila pintu dibuka dengan beberapa ratus orang dilaporkan berbaris di luar kedai di Sydney.

Di gedung tiga tingkat Apple di Beijing, premis Apple terbesar di Asia, setiap pelanggan disambut dengan sorakan dan tepukan daripada kira-kira 25 kakitangan yang memakai baju biru terang manakala 12 pekerja lain berdiri bersedia untuk tepukan kedua di kaunter tunai di bahagian bawah kedai itu.

Di Singapura, Edmond Ong, jurucakap bagi peruncit Epicentre, berkata jualan kali ini hambar berbanding pelancaran iPad tahun lalu.

“(Bagaimanapun) Kami tidak terlalu bimbang kerana masih ramai pelanggan yang datang untuk mendapatkan iPad pagi ini,” katanya.

Penguasaan Apple susut

iPad Air bersaing untuk meraih perhatian pembeli kerana perlu bersaing dengan pelbagai tablet pesaing lain yang kian berkembang walaupun ketika pasaran meletup.

“Angka yang dikeluarkan Khamis lalu menunjukkan penghantaran tablet di seluruh dunia meningkat sebanyak satu pertiga kepada 47.6 juta unit pada suku ketiga berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan penguasaan pasaran Apple susut kepada 29.6 peratus, jumlah paling rendah setakat ini,” kata teknologi firma penyelidikan pasaran IDC.

iPad Air adalah lebih nipis daripada versi sebelum ini dengan berat kira-kira 450 gram dan dikatakan pantas,” kata Naib Presiden Apple, Phil Schiller pada sesi pelancaran di San Francisco pada 23 Oktober.

Apple turut mempamerkan versi iPad Mini yang dinaik taraf yang akan mula dijual pada akhir bulan ini dengan memiliki paparan retina.

Kedua-dua model baru itu menampilkan cip A7 dengan pemproses 64-bit. - AFP

Ulang jenayah pada orang sama

KUALA TERENGGANU - Dua penyamun seolah-olah ‘naik lemak’ apabila mengulangi jenayah ugut dan samun buat kali kedua, selepas kegiatan pertama mereka sebelum itu terhadap mangsa yang sama, berjaya membuahkan hasil.

Kejadian kali kedua itu berlaku kira-kira jam 8.30 malam, di sebuah kedai runcit di Kampung Teluk Menara, Manir, Sabtu lalu.

Menurut sumber, tiga minggu lalu, lebih kurang jam 7.30 malam, kedua-dua suspek telah pun melakukan jenayah tersebut terhadap mangsa, 42, yang ketika kejadian berada bersendirian di kedai runcit miliknya.

“Mangsa yang ketika itu berada di kaunter pembayaran telah didatangi salah seorang suspek dengan memakai baju hujan dan bertopi keledar manakala seorang lagi sedang menunggu di atas motosikal di luar kedai.

“Memandangkan keadaan ketika itu agak lengang tanpa kehadiran pelanggan, suspek bertindak berani dengan terus mengacukan sebilah parang sambil mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya tidak menyerahkan wang,” katanya.

Sumber berkata, bimbang keselamatan diri, mangsa terus menyerahkan wang berjumlah RM26 yang ada di dalam mesin kira-kira di kaunter pembayaran itu sebelum suspek beredar bersama rakannya yang sedang menunggu di atas motosikal.

Jelas sumber, bagaimanapun, mangsa mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana dipercayai hanya melibatkan kerugian yang agak kecil dan mungkin menganggap suspek tidak akan datang lagi melakukan jenayah sama di kedai runcit miliknya pada masa akan datang.

Bagaimanapun, sangkaan mangsa meleset apabila suspek datang semula ke kedai runcitnya Sabtu lalu dengan salah seorang daripadanya menggenggam sebilah pisau lipat.

“Mangsa bernasib baik kerana ketika kejadian, ada seorang pelanggan di dalam kedai menyebabkan suspek terpaksa menangguhkan niatnya dengan berpura-pura membeli sebungkus roti sebelum beredar dari situ,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang trauma dengan insiden kedua itu nekad membuat laporan polis sejurus suspek berlalu dari situ.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.

Dalam masa sama, Zamri menasihatkan orang ramai agar jangan sesekali menangguhkan atau tidak mahu membuat laporan polis jika berdepan dengan apa jua jenayah walaupun tidak melibatkan kerugian besar atau nyawa.

“Saya juga minta kerjasama orang ramai agar dapat menyalurkan maklumat kepada polis jika mengetahui atau mempunyai maklumat berkaitan jenayah tersebut bagi membantu siasatan,” katanya.

Sinar Harian 

Pop star Bieber brings cheer in typhoon-hit Philippines

Justin Beiber hugs a young survivor of typhoon Haiyan in the Philippines.

MANILA: Pop megastar Justin Bieber hugged, sang to, and played basketball with young survivors of the Philippines' deadliest typhoon Tuesday as he visited the disaster zone to boost an international relief effort.

Bieber flew unannounced to the central city of Tacloban just over a month after it was devastated by Super Typhoon Haiyan and sang Christmas carols to children at a heavily damaged local school amid tight security, witnesses said.

"He sang 'Holy Night' for the children," said Kate Donovan, a spokeswoman for the United Nations Children's Fund (UNICEF), one of three aid agencies expected to benefit from Bieber's charity work.

An AFP reporter said Bieber also played basketball at an improvised sandlot court with some of the young boys, later hugging some of them and posing for photos.

"UNICEF is very pleased that Justin Bieber wanted to visit Tacloban, and stopped by City Central Elementary School which has suffered a great deal of structural damage," UNICEF emergency coordinator Angela Kearney said.

"Justin brought a lot of joy, hope and cheer to the hundreds of children who were there," she added.

The money that would be raised would give child survivors access to education, vaccinations, clean water and sanitation, she said.

Prior to visiting the Philippines, Bieber, 19, had posted a message on fund raising website Prizeo.com urging his millions of fans to donate to the victims of the typhoon, the strongest to ever hit land.

Haiyan cut across the central Philippines on November 8, destroying scores of communities along its path.

Tsunami-like storm surges it triggered also swallowed up many coastal areas, and were blamed for majority of the nearly 6,000 deaths.

More than 1,700 others remain missing and about four million have been displaced.

In his message on Prizeo, Bieber, one of the most followed persons on Twitter and best known for hit songs such as "Baby," "Boyfriend" and "Beauty and a Beat", said those donating to his cause could win a chance to personally see him record music next year.

"In the wake of Typhoon Haiyan, its victims in the Philippines need our help -- and they need it now," the Canadian singer said in his appeal.

Many other international celebrities have also lent their voices to the massive rehabilitation effort, including Grammy-award winning singer Alicia Keys who visited victims airlifted to Manila two weeks ago. -- AFP 

Kakitangan PDRM maut dijangkiti H1N1

Kakitangan PDRM maut dijangkiti H1N1
Khalid (kanan) menyampaikan anugerah juara Kategori A Balai League Team (BLT) kepada wakil Balai Polis Kg Rapat Ipoh Perak semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang kakitangan awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah disahkan maut manakala beberapa individu lain yang dipercayai dijangkiti influenza A masih dikuarantin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kakitangan awam berkenaan dipercayai dijangkiti ketika mengikuti majlis Perjumpaan Kakitangan Awam PDRM Dengan KPN di Melaka pada 4 Disember lalu.

“Ketika perjumpaan itu, kira-kira 300 kakitangan awam PDRM dari seluruh negara hadir. Kesemua individu berkenaan termasuk saya diarahkan menjalani rawatan lanjut.”

“Manakala mereka yang dipercayai dijangkiti pula dikuarantin untuk rawatan lanjut di hospital di Melaka dan Alor Setar,” katanya.

Katanya, kejadian itu dipercayai berpunca daripada salah seorang kakitangan awam dari Alor Setar, Kedah.

“Difahamkan kesemua individu yang menaiki sebuah bas dari Alor Setar itu telah dikuarantin untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, insiden itu tidak menjejaskan tugasan harian kakitangan PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Kedah dan Melaka.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi mengesahkan Salmiah Omar, 48, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah meninggal dunia pada 5 Disember lalu dipercayai akibat H1N1.

“Dia sebenarnya sudah sakit sebelum datang ke Melaka untuk menghadiri perhimpunan pegawai awam bersama Ketua Polis Negara di Hotel Mahkota yang berlangsung pada 4 Disember lalu.

“Pada hari sama dia jatuh sakit dan dimasukkan ke Hospital Mahkota, Banda Hilir dan meninggal dunia pada 5 Disember lalu,” katanya.

Sinar Harian 

Sejarah kehidupan "gergasi sejarah" diraikan dunia


Kehidupan Nelson Mandela diraikan dunia - AFP photo


SOWETO: Disifatkan sebagai upacara pengebumian terbesar dalam sejarah, majlis memperingati mendiang Nelson Mandela dihadiri lebih 100 pemimpin termasuk Presiden Barack Obama, Putera Charles, pemimpin Cuba, Raul Castro dan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe.

Hujan dan suhu sejuk walau bagaimanapun tidak melunturkan semangat hampir 90 ribu pengunjung. Majlis ini turut dihadiri oleh ahli keluarga Mandela.

Selain ucapan, acara juga meriah dengan nyanyian lagu-lagu berbentuk keagamaan.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, yang menjadikan Mandela sebagai idolanya juga diberi kesempatan untuk berucap.

Turut berucap, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Stadium FNB di Soweto merupakan lokasi terakhir Mandela muncul di khalayak ramai, iaitu sewaktu Piala Dunia 2010.


Astro Awani 

Lima bukti kegiatan Syiah pemimpin PAS


Kuala Lumpur: Sekurang-kurang lima bukti kukuh akan dikemukakan bagi membuktikan kegiatan serta kecenderungan seorang pemimpin kanan PAS terhadap fahaman Syiah di negara ini. 

Menurut sumber, segala bukti itu sudah lama dikumpul pihak berkuasa yang sememangnya sudah sekian lama menyedari kegiatan pemimpin PAS terbabit yang mengamalkan fahaman bertentangan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Difahamkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi mendedahkan kepada orang ramai berhubung kegiatan Syiah pemimpin kanan PAS terbabit. 


Enggan dedah secara teliti 

Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan secara teliti lima bukti yang dimaksudkan bagi mengait pemimpin PAS kerana ia akan didedahkan oleh pihak berkaitan dalam masa terdekat. 

Antara kecenderungan pemimpin PAS terbabit terhadap gerakan Syiah ialah mengagumi serta menyeru supaya meneladani pemimpin revolusi Iran iaitu Ayatollah Khomeini, serta perlu menyokong pemimpin Iran itu. 

Beliau juga secara terangan mengakui mengagumi ulama Syiah Lubnan selain turut menuntut ilmu agama dengan seorang guru agama Syiah di utara tanah air dan kerap berkunjung ke Iran. 
Semua bukti itu sudah ada dengan pihak berkuasa dan ia akan didedahkan kepada umum satu masa nanti, katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Pemimpin PAS yang didakwa berfahaman Syiah didedahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, Sabtu lalu. 

Sikap berpura-pura 

Sementara itu, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad, berkata Syiah sememangnya sudah meresap dalam parti itu selepas revolusi Iran dan ramai kalangan mereka menghantar anak belajar ke negara itu. 

Nakhaie berkata, Syiah berjaya meresap dalam PAS adalah kerana revolusi Iran dan pada masa itu, mereka masih belum memahami Syiah dalam erti kata sebenar yang boleh membawa kepada penyelewengan akidah. 

Nak kesan pengikut fahaman Syiah ini amat susah kerana mereka mempunyai sikap berpura-pura, misalnya bila berada di tanah suci Makkah golongan ini boleh solat mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, katanya. 

Teliti bukti KDN 

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata JAKIM perlu meneliti bukti dikemukakan KDN sebelum melakukan penyiasatan terhadap pemimpin kanan PAS yang didakwa mengamalkan ajaran Syiah. 

Katanya, tindakan yang akan diambil nanti, bukan hanya bertumpu kepada pemimpin kanan PAS itu, malah kepada semua yang mengamalkan ajaran Syiah. 

Tidak kira pemimpin nombor satu, dua, tiga atau empat, ia merangkumi semua dan tidak terikat kepada mana-mana parti. Asalkan dia orang Malaysia dan Islam, kemudian dia terikat dengan Syiah, tindakan akan diambil. 

Kita akan berbincang dengan KDN, kita nak tengok bagaimana pendedahan (yang akan dibuat). Di Malaysia, muzakarah fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan Syiah kerana ia terkeluar daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, itu dari sudut hukum. Cuma, dari sudut pendakwaan kita perlukan kepada pembuktian, katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian sambutan Bulan Zakat dan Ijtima Amil Zakat Kebangsaan 2013 di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian 

Blackberry edisi terhad lebih mahal daripada RM7,860

Blackberry edisi terhad

BlackBerry berusaha keras untuk memastikan produk telefon pintarnya terus relevan di kalangan pengguna dengan terbaru mereka menghasilkan telefon pintar ekslusif, Porsche Design P’9982. 


Telefon pintar ini ditujukan khas untuk golongan eksekutif dengan rekaan khusus dan dijual dalam jumlah unit yang terhad. 


Porsche Design P’9982 edisi terhad ini datang dengan rekaan kulit buaya sebagai lapisan luar telefon. Meskipun dilabel sebagai edisi terhad, Porsche Design P’9982 ini memiliki spesifikasi yang sama dengan BlackBerry Z10 ataupun P’9982 edisi biasa.

Pihak BlackBerry belum mengumumkan harga untuk telefon pintar ini, namun sebagai bahan perbandingan, Porsche Design edisi biasa sudah memiliki harga yang tinggi sebesar AS$2,400 (RM7,680), jika untuk unit terhad ini pula dijangkakan harganya akan meningkat lebih tinggi lagi.

Sumber: Berita Harian

Chong Wei bidas pilihan venue BWF

Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengecam Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berikutan pemilihan venue Siri Super Akhir di Stadium Badminton Cheras yang disifatkan sebagai tidak sesuai dengan standard kejohanan itu. 

Pemain nombor satu dunia itu jelas tidak gembira dengan kualiti stadium berkenaan malah menyifatkan jarak lima minit di antara gelanggang pemanas badan yang terletak di sebuah sekolah berdekatan stadium sangat tidak praktikal. 

Saya belum pernah beraksi dalam kejohanan bertaraf Siri Super yang gelanggang pemanas badan jaraknya lima minit dari stadium, ini kali pertama. Selain itu, stadium ini juga kecil dan tidak sesuai untuk kejohanan berprestij seperti Siri Super Akhir. 


Bumbung bocor 

Ini bukan untuk kepentingan saya seorang sebaliknya semua pemain yang beraksi apatah lagi semua berada di kelompok lapan terbaik dunia ranking Siri Super, kata Chong Wei ketika ditemui selepas majlis undian kejohanan di sini semalam. 

Ketika Sirkit Kebangsaan Terbuka Kuala Lumpur, Oktober lalu bumbung stadium itu bocor hingga menyebabkan air hujan menitik ke gelanggang. 

Selain itu, keselamatan pemain yang perlu berulang-alik untuk memanaskan badan turut dibimbangi mengundang bahaya apatah lagi jika perlawanan berlangsung di sebelah malam. 
Bagaimanapun, difahamkan mengikut peraturan BWF, Siri Super Akhir diiktiraf sebagai kejohanan kelas kedua di mana gelanggang pemanas badan tidak diwajibkan, sebaliknya hanya kejohanan berkelas pertama seperti Piala Thomas, Piala Sudirman dan Kejohanan Dunia yang mewajibkan badan induk berkenaan menyediakan gelanggang pemanas badan. 

Sementara itu, Chong Wei yang diundi dalam Kumpulan A bersama pemain Denmark, Jen O Jorgensen, Boonsak Ponsana (Thailand) dan Wang Zhengming (China) mengharapkan tuah beraksi di laman sendiri mampu membantunya memburu gelaran keempat Siri Super Akhir selepas menjuarainya pada 2008, 2009 dan 2010. 

Gelaran ke-4 

Undian yang sukar apa lagi perlu berdepan pemain muda seperti Zhengming yang sentiasa pamer peningkatan. Selain itu, pemain lain seperti Jorgensen, Kenichi Tago (Jepun), Tommy Sugiarto (Indonesia) dan Boonsak turut mampu memberi cabaran sengit, kata Chong Wei. 

Beregu lelaki negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong yang layak beraksi selepas menggantikan tempat beregu nombor satu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menarik diri apabila Kien Keat mengalami sakit mata diundi dalam Kumpulan A bersama juara dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, Liu Xiaolong-Qiu Zihan (China) dan Kim Ki Jung-Kim Sa Rang (Korea Selatan). 

Beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pula diundi dalam Kumpulan A bersama pasangan China, Zhang Nan-Zhao Yunlei, Chris Adcock-Gabriell White (England) dan Sudket Prapakomol-Saralee Thoungthongkam (Thailand).

Berita Harian 

'Maaf, tersalah pandang'


Datuk Sieh Kok Chi


Nay Pyi Taw: Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata pencapaian negara meraih 1,000 pingat emas di Sukan SEA sebagai penanda aras penting dan mengakui ia satu kesilapan kerana tidak bersama atlet yang menjulang kejayaan itu.

Bukan kami tidak anggap ia penting, namun tersilap pandang kerana begitu banyak perkara perlu diuruskan di Malaysia dan tiada siapa tahu bila pingat itu akan kita diperoleh. 

Pada saya 1,000 pingat emas adalah satu penanda aras yang hebat dan satu sejarah. Bagi saya, apa yang terjadi kepada kita adalah lebih kepada tidak bernasib baik, katanya ketika ditemui di upacara menaikkan bendera negara bertanding di Sukan SEA Myanmar, semalam. 

Malaysia meraih pingat emas ke-1,000 sepanjang pembabitan negara di Sukan SEA menerusi atlet wushu, Phoon Eyin dalam acara Qiangshu, kelmarin.
Berita Harian 

Ultrabook terbaru Dell - XPS 13



Jika selama ini Dell mengeluarkan komputer riba untuk pasaran umum, tetapi memikirkan kegunaan khas kepada mereka yang terbabit dalam bidang grafik dan memerlukan komputer yang penuh dengan software grafik, Dell mengeluarkan ultrabook terbaru, XPS 13. 

Jika selama ini menggunakan OS Windows, XPS 13 Developer Edition ini dilengkapi dengan OS Ubuntu. Ultrabook ini juga adalah kesinambungan daripada projek Sputnik pada tahun lalu. 

Ultrabook ini hadir dengan skrin sentuh berukuran 13.3 inci yang memiliki resolusi full HD. Di dalamnya, Dell menyematkan OS Ubuntu 12.04 LTS. 

Spesifikasi lainnya, ultrabook ini dilengkapi dengan RAM sebesar 8GB dan memiliki berat hanya sekitar 1.3 kilogram. Dell menyediakan dua konfigurasi XPS 13 Developer Edition ini. 

Konfigurasi pertama adalah menggunakan prosesor Core i5-4200U dan SSD 128GB sementara itu konfigurasi lainnya memakai prosesor Intel Core i7-4500U dan SSD 256GB. 

Ultrabook ini katanya, mula memasuki pasaran dengan menjadikan Amerika Syarikat sebagai lokasi pertama penjualannya pada pertengahan Disember depan sebelum memasarkan ke seluruh dunia pada tahun hadapan. -- Berita Harian 

Pulak! Alat kelamin satu ancaman

Washington: Memeriksa bahagian sulit tahanan penjara Guantanamo adalah penting untuk mengekalkan keselamatan di pusat itu yang menempatkan pejuang musuh.
Ketika sesi perbicaraan rayuan semalam, pendakwa kerajaan Amerika Syarikat, Edward Himmelfarb berhujah, memeriksa bahagian sulit banduan sama seperti pemeriksaan alat pengimbas di lapangan terbang.
Ia seperti pemeriksaan TSA di lapangan terbang, ia tidak seteruk seperti yang didengar, kata Himmelfarb, sambilmenambah pemeriksaan dilakukan dengan tangan kosong, seperti TSA.
Pemeriksaan itu wajar dengan Guantanamo adalah kemudahan tentera yang menempatkan musuh, katanya.

Sumber: Berita Harian

Akibat tertidur dalam pesawat

Houston: Seorang penumpang yang tertidur dalam penerbangan ke Los Angeles, terjaga dan mendapati dirinya keseorangan dalam pesawat yang gelap dan kosong.

Tom Wagner sepatutnya menukar pesawat Jumaat lalu di Lapangan Terbang Intercontinental George Bush.

Namun, tiada petugas sedar dia masih tidur di tempat duduk belakang pesawat dari Louisiana.

Saya lihat tiada siapa dalam pesawat. Ia dikunci, lampu dimatikan. Tiada bunyi enjin. Seolah-olah ia direhatkan untuk malam itu, katanya dari California.

Wagner, 51, menghubungi teman wanitanya yang meminta kakitangan pesawat menyelamatkannya.

Dia tidak panik sebaliknya tersenyum dan berkata: Saya mesti keluar dari sini. Namun saya perlu ke bilik air terlebih dulu. Saya berjalan, mencari bilik air dalam gelap.

AP

Karut! Pencuri jatuh cinta dengan mangsa

Chaoyang: Seorang pencuri jatuh cinta dengan pemilik laptop yang dicurinya tetapi hasratnya keluar bersama mangsa tidak kesampaian selepas ditahan polis.
Suspek itu yang bernama Yang, 20, mungkin tidak menyangka anggota polis hadir bersama wanita berkenaan di tempat pertemuan mereka.
Mangsa tidak mempercayai Yang meskipun lelaki itu berjanji memulangkan laptopnya.
Yang didakwa mencuri laptop itu yang berharga 2,300 yuan (RM1,150) pada September lalu selepas masuk ke dalam pangsapuri mangsa menerusi tingkap yang tidak bertutup di daerah ini.
Yang kemudian jatuh hati dengan mangsa selepas menatap banyak gambar wanita itu dalam laptopnya dan menghubungi mangsa menerusi program bual bicara online.
Janji temu
Dia kemudian berjanji kepada wanita itu untuk memulangkan laptopnya jika dia setuju keluar bersamanya.
Bagaimanapun, mangsa segera menghubungi polis dan memberitahu tempat dan masa pertemuan itu membolehkan polis menahan Yang yang membawa laptop itu. -- AGENSI

Lim mohon maaf gelar Jahara nenek

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid.


GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng Selasa memohon maaf kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid kerana memanggilnya 'nenek'.

Lim bagaimanapun menegaskan tidak menarik balik kenyataannya yang melabel Jahara sebagai rasis.

"Seandainya Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang terasa hati secara peribadi kerana saya memanggilnya seorang nenek yang rasis kerana ia terkait dengan gendernya, maka saya akan memanggilnya seorang rasis sahaja. Saya memohon maaf kerana menggunakan perkataan 'nenek'.

"Namun beliau tetap seorang yang rasis kerana memainkan api kebencian terhadap kaum dan agama melalui pembohongannya," katanya dalam kenyataan di George Town.

Terdahulu dalam sidang medianya, Jahara menyifatkan kenyataan Lim yang melabelnya 'racist grandmother' atau nenek rasis sebagai biadabdan mahu Ketua Menteri itu memohon maaf dengan serta-merta dalam persidangan DUN.

Lim dilapor melabel Jahara sebagai 'nenek rasis' susulan dakwaan Ketua Pembangkang itu wujud pilih kasih dalam tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan terhadap peniaga Melayu dan Cina di Pantai Bersih, Butterworth.

BERNAMA 

Banyak! 30 ekor lembu dilarikan dalam rompakan di Melaka

30 ekor lembu dilarikan dalam rompakan bersenjata di Melaka

MELAKA:  Kira-kira 30 ekor lembu bernilai RM75,000 dilarikan dalam satu rompakan bersenjata di sebuah ladang lembu milik seorang penduduk tempatan berhampiran Taman Bukit Rambai di sini, awal Selasa.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, lima pekerja ladang warga Nepal yang sedang nyenyak tidur di rumah pekerja didatangi beberapa lelaki bersenjatakan pistol dan parang.

Seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Budiman, 40, berkata dia diacukan parang malah lehernya juga terluka dalam kejadian itu.

"Pintu rumah kami ditendang dan beberapa lelaki bersenjata pistol dan parang masuk ke dalam rumah dan mengarah kami supaya tidak melawan," katanya ketika ditemui pemberita.

Katanya, dia dan empat lagi rakannya kemudian diikat sebelum penjenayah melarikan telefon bimbit dan wang tunai kesemua berjumlah RM8,000 milik mereka selain lembu ternakan terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata siasatan awal mendapati terdapat kira-kira 15 penjenayah terbabit dalam rompakan itu.

Penjenayah melarikan lembu menggunakan lori dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan menggunakan senjata berbahaya, katanya.

BERNAMA 

Siri konflik hak tanah Orang Asli menang anugerah


Wartawan Astro AWANI, Tan Su Lin menerima Anugerah SUHAKAM bagi kategori media penyiaran menerusi laporan khas tiga siri mengenai konflik hak tanah orang asli pada Majlis Anugerah Hak Asasi Manusia 2013.



Anugerah disampaikan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Tan Sri Hasmy Agam di sebuah hotel di ibu negara pagi tadi.



Hasmy merujuk kepada laporan khas tiga siri Tan Su Lin sebagai contoh terbaik laporan yang mengenegahkan isu hak asasi manusia di mana peranan media adalah penting sebagai platform dalam mengetengahkan isu-isu tersebut.



Kekerapan pendedahan berkaitan isu itu juga mampu meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai isu-isu berkaitan hak asasi manusia.

Hasmy turut berharap agar lebih banyak media menghasilkan laporan yang memperjuangkan hak asasi secara menyeluruh.

Tan Su Lin yang ditemui selepas menerima anugerah juga menyatakan persetujuannya dan bertekad untuk terus menghasilkan lebih banyak laporan berkaitan hak asasi.

ASTRO Awani

'Tangkap jika serius', jangan cakap kosong!






Sarawak bakal jadi negeri termaju Malaysia

Abdul Taib Mahmud
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud


KUCHING - Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini meramalkan Sarawak akan melonjak menjadi negeri termaju di negara ini daripada tempat ketiga ketika ini apabila program Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) dilaksanakan sepenuhnya.

Keyakinan beliau Sarawak akan mencapai status itu menjelang 2030 adalah berasaskan semangat setiakawan yang terjalin antara kepimpinan tertinggi negeri dan penjawat awam serta dedikasi perkhidmatan awam peringkat negeri dan persekutuan dalam memberi fokus terhadap program pembangunan negara.

"Bukan kerana kita bernasib baik, tetapi kerana kita telah belajar melalui khidmat serta pendedahan yang begitu lama tentang cara menyesuaikan program pembangunan dengan kepakaran kita dan hal-ehwal setempat dalam mengajak rakyat mengambil bahagian dan mempercepatkan langkah pembangunan di negara kita," katanya.

Taib berkata demikian ketika merasmikan Hari Perkhidmatan Awam 2013 dan pelancaran kiosk e-kerajaan pertama di Plaza Merdeka di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Ghani dan Setiausaha Persekutuan Datuk Md Yahaya Basimin.

BERNAMA

Gengsterisme dan kes jenayah kekerasan, 57 diburu polis

Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar


KUALA LUMPUR - Polis kini memburu 57 individu untuk diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 selepas dipercayai terbabit dengan jenayah kekerasan, termasuk gengsterisme.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata di bawah akta sama, ketika ini 41 orang ditahan dan 30 daripadanya dikenakan perintah sekatan.

"11 orang masih dalam tahanan... 57 orang lagi kita akan tangkap bila-bila masa kerana dipercayai terbabit dengan jenayah seperti yang termaktub dalam akta tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Anugerah Balai League Table 2013 di sini hari ini.

Mengulas pindaan PCA, beliau berharap akta itu dapat diwarta menjelang akhir tahun ini sebelum dikuat kuasa.

"Ada perkara yang masih belum disiapkan dalam akta itu sebelum ia dapat diwartakan seperti prosedur operasi standard dan penggunaan 'peranti pemantauan elektronik'... selepas semua perkara dapat dimuktamad baru ia akan diwarta dan berkuat kuasa," katanya.

Khalid berkata selepas berkuat kuasa, akta itu memberi peluang kepada polis untuk melaksanakan tugas membanteras serta mencegah jenayah dengan lebih berkesan, termasuk mengesan dan mendakwa ketua kumpulan kongsi gelap yang dilapor melarikan diri ke negara jiran.

"Kita tunggu masa untuk tangkap ketua-ketua kumpulan kongsi gelap ini yang masuk semula ke dalam negara... saya pasti mereka akan masuk semula dan kalau mereka masuk selepas akta baru ini berkuat kuasa, ia lebih baik bagi kami," katanya.

Rang undang-undang bagi meminda PCA 1959, yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini, digubal kerana terdapat keperluan untuk mengekang aktiviti jenayah berat dan jenayah terancang yang semakin meningkat.

Mengulas statistik terkini Ops Cantas dari 17 Ogos sehingga hari ini, Khalid berkata sebanyak 1.1 juta orang diperiksa di seluruh negara dan merekod tangkapan sejumlah 39,097.

"Sebanyak 1,160 senjata dirampas termasuk bom tangan. Sebanyak 655,118 kenderaan diperiksa dengan 1,632 dikenal pasti sebagai kenderaan curi," katanya, sambil menambahkan Ops Cantas akan terus dilaksana dan ditambah baik mengikut keperluan. - Bernama

Kronologi tragedi Highland Towers runtuh

Highland Towers
Highland Towers


Highland Towers


Highland Towers

Highland Towers


PELUKIS pelan tiada kelayakan. Pendedahan bekas presiden PAM kejutkan rakyat Malaysia.

Sebelum 1964: Pemaju mengemukakan permohonan untuk membina kondominium.

1964: Jabatan Perancang Bandar dan Kampung (JPBK) Negeri Selangor mula membuat penilaian. Pejabat Daerah Kuala Lumpur meluluskan permohonan cadangan projek tersebut.

1974: Pembinaan bangunan dimulakan oleh Konsortium Jurubina Perunding (KJP) untuk syarikat High Land Properties Sdn Bhd.

1978: Blok 1 Kondominium telah disiapkan dan diberi Certifi cate of Fitness (CF) oleh Majlis Daerah Gombak (MDG) dan mula diduduki penghuni.

1981: Bangunan Blok 2 telah disiapkan dan diberi CF oleh Majlis Daerah Gombak dan telah mula diduduki penghuni.

1986: Bangunan Blok 3 telah disiapkan dan diberi CF oleh MDG. Ia telah mula diduduki penghuni.

1 Julai 1992: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah ditubuhkan dan bertanggungjawab secara langsung terhadap projek tersebut.

1993: MPAJ telah memberikan CF kepada pembinaan tempat letak kereta di tingkat bawah kondominium.

November 1993: Keretakan serius atas jalan raya sekitar kondominium telah dikesan oleh penghuni.

11 Disember 1993: Pangsapuri Blok 1 Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. 124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn membantu mencari.


Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sukarelawan PBSMM datang lebih awal. Pasukan penyelamat ternampak sebatang kayu terjuih keluar dan bergoyang.


Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan, diselamatkan.


Nakajima Shizue, 50, wanita rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12
tengah malam. Dr Shahrum Abdul Wahid dari HKL menyatakan Nakajima mengalami pendarahan dalam yang teruk.


Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai menteri Kabinet datang melawat.

12 Disember 1993: Penghuni Blok 2 dan 3 Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter Nuri dan Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan udara.

13 Disember 1993: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi. Mereka dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan.

Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan.

15 Disember 1993: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang.

Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan. Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan.

16 Disember 1993: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.

17 Disember 1993: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.

18 Disember 1993: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.

19 Disember 1993: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga, lelaki jam 10.15 malam.

20 Disember 1993: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita memakai sari dan memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.

21 Disember 1993: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha.

22 Disember 1993: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan. Dr Nik Ramlan Nik Hassan dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Teknikal Menyiasat Tragedi Highland Towers.

Kondominium itu dimiliki dan dimajukan oleh Highland Properties Sdn Bhd. menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.

14 Oktober 1997: Bekas presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Henry Lee Inn Seong, memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa pelukis pelan pangsapuri Highland Towers yang runtuh tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat. Beliau menyatakan pelukis pelan itu, Wong Tin Sang, hanya mempunyai kelayakan untuk mendirikan bangunan tidak melebihi 300 meter persegi atau 3,000 kaki persegi atau tidak lebih dua tingkat.

14 November 1997: Koroner Mohd Radhi Abas dari Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan tragedi Highland Towers bukan disebabkan sebarang unsur
jenayah dan bencana alam, tetapi adalah satu kejadian nahas dan kecederaan berganda yang menimpa mereka selepas pangsapuri terbabit runtuh.

Saman dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong.

Saman terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami antara RM31 juta hingga RM35 juta. Kumpulan itu menyaman Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan Wong Tin Sang, jurutera Wong Yuen Kean, Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ), Arab-Malaysian Finance Berhad, Developments Sdn Bhd dan Metroplux Sdn Bhd.

Sinar Harian 

Qi: Semua salah faham selesai

Qi: Semua salah faham selesai
Gambar babak yang menimbulkan rasa kurang senang Qi Razali. - Sumber Instagram Sharnaaz Ahmad


ADAT apabila bila berpasangan, tentu cemburu apabila melihat orang lain mesra dengan kekasih sendiri.

Apatah lagi jika melihat kekasih sendiri berpelukan dengan individu lain.

Itulah yang dialami oleh pelakon dan pengacara, Qi Razali.

Qi bagaimanapun kemudiannya memohon maaf di atas sindirannya di laman sosial dan mengakui ia tidak balas yang beremosi.

Kata Qi, "ia cuma salah faham dan saya cepat memberi tindak balas selepas melihat gambar-gambar tersebut. Saya salah tetapi biasalah kalau sudah sayang mesti ada rasa cemburu. Perkara macam ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Terus terang saya cakap semua sudah selesai."

Pelakon Sharnaaz Ahmad sebelum ini memuatnaik gambar mesra yang merupakan babak dalam drama yang dibintanginya dengan Nelydia Senrose, kekasih Qi.

Namun gambar itu hanya dimuatnaik bagi tujuan promosi.

Biarkan begitu Sharnaaz telah memohon maaf sekiranya perbutannya itu mengundang rasa kurang senang di pihak Qi.

Gambar-gambar yang dimuatnaik di laman Instagramnya itu adalah dari babak drama "Bukan Kerana Aku Tak Cinta".

Sinar Harian