Wednesday 28 August 2013

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan minta semua pawagam tidak tayang filem 'Tanda Putera'

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan minta semua pawagam tidak tayang filem 'Tanda Putera'

Kerajaan negeri pimpinan DAP akan meminta pengusaha pawagam di negeri ini tidak menayangkan filem Tanda Putera dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur sensitif dan fitnah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu pemberita kerajaan negeri akan meminta kesemua pawagam di negeri ini supaya tidak menayangkan filem ini, yang dijangka akan mula ditayang di pawagam esok.

Tanda Putera ialah sebuah filem arahan Datuk Shuhaimi Baba yang dibintangi Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Filem biografi bersejarah mengenai perdana menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya pada masa itu Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang berlaku sekitar masa selepas rusuhan kaum pada 1969.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow berkata pihaknya akan menulis surat kepada kesemua pengendali pawagam di negeri ini supaya tidak menayangkan filem ini.

Chow memberitahu pemberita beliau berharap kesemua pawagam di negeri ini akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dengan tidak menayangkan filem ini.

Dalam laporan sebelum ini, Suhaimi telah meminta masyarakat melihat filem ini sebagai filem yang membangkitkan rasa sayang kepada negara dengan mengekalkan keamanan yang ada dan bukannya menjadikan ia sebagai satu filem yang mendorong kepada perkara yang tidak harmoni.

Beliau berharap masyarakat dapat mengubah persepsi tentang filem ini dengan keluar menonton Tanda Putera kerana ia tidak seperti apa yang digambarkan sebelum ini.

- BERNAMA  

Rakaman gambar surau Resort Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor, dirobohkan kerana alasan salah kiblat

(selepas)


(sebelum)


Inilah rakaman gambar surau di sebuah Resort Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor yang mengamit kontroversi baru-baru ini dimana ianya pernah digunakan sebagai tokong.

Tuan punyanya resort ditangkap polis dibawah Sek 295 Kanun Keseksaan, direman beberapa hari, kini dibebaskan dengan ikat jamin polis. Taraf permaustatin tetapnya ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri.

Hari ini sedang berlaku kerja-kerja meroboh surau tersebut kerana dikatakan surau itu salah kiblat.



Sumber: Malaysia Must Know The Truth

Esscom: Mangsa bukan diculik tetapi ditahan dan dilepaskan

Esscom: Mangsa bukan diculik tetapi ditahan dan dilepaskan

KUALA LUMPUR:  Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohamad Mantek menafikan berlaku kes penculikan nelayan di Pulau Mabul, Sabah seperti yang dilaporkan sebuah portal akhbar pada Rabu.

Sebaliknya beliau berkata, dalam kejadian pada Selasa di tengah laut antara PulauDenawan dan Mabul, dua nelayan ditahan oleh individu yang menaiki bot pancung.

"Mangsa bukan diculik tetapi ditahan dan dilepaskan dalam tempoh 24 jam. Tiada kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau juga mengesahkan kumpulan itu tidak ada kaitan dengan tentera Sulu.

Portal akhbar berbahasa Inggeris pada Rabu melaporkan sekumpulan 20 lelaki bersenjata menculik seorang nelayan dan diarah menunjukkan mereka ke sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul tetapi nelayan itu sebaliknya membawa mereka ke sebuah kem tentera.

Mohamad berkata, laporan polis daripada mangsa mengenai kejadian itu telah dibuat dan motif kumpulan itu bertindak demikian serta jumlah keanggotaan dalam siasatan.

Beliau berkata, polis sedang mengesan kumpulan itu dan rondaan pasukan keselamatan telah dipertingkat termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) dan polis marin.

- BERNAMA 

Bakar Arang, Sg. Petani catat jerebu tertinggi hari ini

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan bacaan jerebu tertinggi hari ini ialah di Bakar Arang, Sg. Petani Kedah dengan bacaan (103).

Ini merupakan bacaan yang direkodkan setakat 1 petang hari ini.

Sebanyak 35 kawasan lain mempunyai bacaan IPU sederhana termasuk empat  yang menghampiri paras tidak sihat iaitu Seberang Jaya 2 (99), USM Pulau Pinang (96), Bukit Rambai, Melaka (94) dan  Langkawi, Kedah  (92).

Menurut portal itu lima kawasan mempunyai kualiti udara yang baik iaitu Keningau, Bintulu, Miri dan Labuan, Wilayah Persekutuan.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.

Anggota tentera dituduh di mahkamah kerana membunuh



TUMPAT:  Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan dituduh di Mahkamah Majistret Tumpat kerana membunuh seorang kerani di Taman Sri Periuk, Tumpat pada 11 Ogos lalu.

Dakwaan itu dibacakan oleh Pendakwaraya Norhamizah Ghazali dihadapan Majistret Ahmad Adha Yasser Amri mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Peguam yang mewakili tertuduh, Datuk Shukri Mohamad ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya memohon mahkamah tempoh sebulan untuk sebutan semula bagi membolehkan pihaknya menyerahkan dokumen kepada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 51 A Kanun Acara Jenayah.

Majistret membenarkan permohonan itu dan sebutan semula kes ialah pada 1 Oktober depan.

Tertuduh Che Rosli Che Daud tenang ketika pertuduhan dibacakan tanpa sebarang keterangann direkodkan.

Mengikut fakta pertuduhan tertuduh pada 11 Ogos lalu di hadapan sebuah rumah Lot 127 Block N Perumahan JPN Kok Seraya, Chabang Empat, Tumpat telah membunuh Mohd  Yusrizal Mat Zain, 32.

Dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan maut setelah membuka satu bungkusan yang diletakkan di atas bumbung sebuah MPV milik ahli keluarga mangsa.

- Astro Awani 

6.8 juta tikus bersarang di Kuala Lumpur!

tikus


Sejajar dengan pembangunan pesat di Kuala Lumpur yang kini dihiasi dengan bangunan pencakar langit, populasi tikus juga kian meningkat.

Statistik terkini dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan bahawa terdapat 6.8 juta tikus yang bersarang di Kuala Lumpur.

Angka itu adalah empat kali lebih besar daripada populasi Kuala Lumpur! Secara ringkasnya, nisbah setiap penduduk di Kuala Lumpur adalah bersamaan dengan empat ekor tikus.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, tikus-tikus ini membiak dengan begitu mendadak sehingga populasinya bertambah sebanyak dua peratus setiap tahun.

Dengan bilangan kakitangan Unit Kawalan Perosak yang terhad iaitu hanya 24 anggota untuk membasmi tikus-tikus sebanyak itu, DBKL memperkenalkan tawaran upah RM1 kepada setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap orang ramai.

Pakar Perubatan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Alam Sekitar DBKL Dr Zainol Arrifin Pawanchee berkata program RM1 untuk seekor tikus ini bermula pada tahun 2008 dimana DBKL mensasarkan untuk menghapuskan 50,000 tikus dalam setahun.

“Setakat ini kami telah berjaya mencapai sasaran itu. Melalui program RM1 untuk seekor tikus ini sahaja, kami telah berjaya membasmikan 80,791 tikus dalam tempoh lima tahun. Ini bermakna, kami juga telah membayar RM80,791 kepada orang-orang yang berjaya menangkap tikus,” katanya.


Walaubagaimanapun, Zainol Arrifin berkata ini bukan bermakna semua orang boleh menangkap tikus untuk diserahkan kepada DBKL untuk mendapat upahnya.

“Ada syaratnya. Kami akan membuat program ini di lokasi yang tertentu dan kami akan edarkan perangkap tikus dua atau tiga hari sebelum hari program.


“Kami akan buka kaunter di lokasi tersebut dan perangkap tikus yang dikembalikan dengan tikus akan diberi upah RM1,” katanya.


Sumber: Astro Awani

Jerebu di Pulau Pinang bertambah buruk

Jerebu di Pulau Pinang bertambah buruk

Keadaan berjerebu yang dikesan di beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak semalam bertambah teruk hari ini dengan kualiti udara menghampiri tahap tidak sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Perai ialah 80, Seberang Jaya (92) dan Universiti Sains Malaysia (88) setakat 9 pagi ini berbanding 58 hingga 63, petang semalam.

"Kerajaan negeri telah menyediakan bekalan topeng muka untuk diedarkan secara percuma kepada pelajar sekolah di setiap pusat khidmat DUN (Dewan Undangan Negeri) di negeri ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Phee turut menyarankan orang ramai agar mengurangkan aktiviti rekreasi di luar rumah dan sentiasa peka dengan perubahan cuaca sebagai persediaan menghadapi situasi luar jangka.

Beliau menyifatkan peningkatan tahap jerebu itu berlaku secara mendadak dan menasihati orang ramai supaya segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah sakit tekak, batuk atau sesak nafas selain memperbanyak minum air kosong.

Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 30 (berbahaya).

- BERNAMA 

Empat lelaki tembak, larikan kereta ahli perniagaan

KUANTAN:  Empat lelaki menembak seorang ahli perniagaan dan melarikan keretanya ketika mangsa mahu mendaftar masuk di sebuah hotel di Jalan Air Putih di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata  mereka memukul Lee Siew Meng, 42, dengan benda keras dan tajam sebelum salah seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan yang mengenai bahu kanan dan rusuk kiri mangsa.

Lee telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Mangsa dari Kuala Terengganu tiba di hotel itu kira-kira 4.15 pagi.

Mohd Zakaria berkata pegawai perubatan hospital memaklumkan bahawa mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru di badannya.

Beliau berkata pihak polis percaya kejadian bermotifkan menyamun kenderaan kerana beg duit mangsa bersama wang tunai RM988 tidak dilarikan.

Beliau merayu saksi kejadian agar menghubungi mana-mana balai polis.


- BERNAMA 

6.8 million rats make Kuala Lumpur their home!

6.8 million rats make KL their home!

Together with the increasing number of sky-scrapers in Kuala Lumpur city, the rat population in the city has also been slowly growing.

The latest statistics from the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) reveals that there are currently 6.8 million hairy rodents which have made Kuala Lumpur their permanent homes.

That is four times more than the total Kuala Lumpur population! Simply put, for every person, there is a ratio of four rats.

To make matters worse, the rats are reproducing so fast that the city is set to see an increase of two per cent in rat population per year.

With a mere 24 staff assigned to bring down that many rats, DBKL’s Pest Control Unit has its hands full, prompting the RM1 reward for each rat caught in the city.

DBKL health and environment department healthcare physician Dr Zainol Arrifin Pawanchee said the RM1 reward for one rat programme kicked off in 2008 with a target of getting rid of 50,000 rats in the city per year.

“We have managed to keep up with the target. Through the RM1 reward programme alone, we have gotten rid of 80,791 rats in the past five years. That means, we have also paid a total of RM80,791 to those who helped us to catch the rats,” explained Zainol Arrifin.

rats

However, Zainol Arrifin cautioned the public not to take the statistics as a green light to start catching rats.
“Don’t turn up to DBKL with rats. You won’t get rewarded like that.

“You will only get rewarded if we organise the programme near your area and distribute the rat traps to you. We will open a counter near your area where you have to come back to us to surrender the rat traps after a few days.

“The traps with rats will be rewarded with RM1 each,” he explained adding that DBKL has an allocation of RM50,000 per year just for the reward.


- Astro Awani 

10,000 urban foxes roaming London

London, a playground for 10,000 urban foxes

To some they are a nuisance, even a danger. To others, London's 10,000 foxes are a delightful reminder that this concrete wilderness is teeming with wildlife.

The ruddy brown creatures seem out of place on the streets of the British capital but they are now so common that 70 percent of Londoners will have seen one slinking around in the last week, according to a recent survey.

For some city-dwellers, the red fox is the ultimate nightmare neighbour.
o
Many a Londoner will have had a night's sleep ruined by a fox's eerie screeching, only to wake and find their rubbish bins have been upturned. To add insult to injury, the scavenging fox will have left a stench of musk behind.

With their flashing eyes and razor-sharp teeth, the foxes have even been characterised as a menace.

There have been a spate of reports of babies attacked in their cots by foxes in recent years, though animal rights campaigners say the dangers are wildly exaggerated.

In June, London's mayor Boris Johnson reignited a long-running debate over whether the animals should be culled by jokingly suggesting that the traditional sport of fox hunting, outlawed in Britain since 2005, should be legalised in the capital.

"This will cause massive unpopularity and I don't care," said the colourful mayor, who said he was driven to speak out after his cat was apparently attacked by one of London's foxes.

"If people want to get together to form the fox hounds of Islington (a leafy north London borough), I'm all for it."

There are some 33,000 urban foxes in Britain and a third reside in the capital, according to research by Bristol University. A further 250,000 live in rural areas.

"They are adaptable animals which can eat many kinds of food and are by nature opportunists," said Calie Rydings of the animal charity RSPCA.

"So it is not surprising that they can be found in some towns and cities."

-- Fox lovers dismiss 'attack' tales --

With its large parks as well as thousands of houses with private gardens, London is a paradise for foxes.

They have been a part of the city landscape since the 1930s, when the urban sprawl began to encroach on their rural territory.

Despite the complaints, the foxes have mostly cohabited happily with their human neighbours.

- AFP

Sex-for-fixing Lebanese referees refuse to testify

Sex-for-fixing Lebanese refs refuse to testify

SINGAPORE:  Two Lebanese match officials jailed in Singapore for accepting free sex from an alleged match-fixer have refused to return to the city-state to testify at his trial, a court heard Tuesday.

Assistant referees Ali Eid, 33, and Abdallah Taleb, 37, were deported in June after serving three-month prison sentences for accepting the services of a prostitute as a bribe from Singaporean nightclub owner Eric Ding Si Yang.

Another Lebanese national, referee Ali Sabbagh, testified for the prosecution last month while he was still in Singapore serving a six-month jail term.

Tan Kian Tat Jeffrey, an investigator from the Corrupt Practices Investigation Bureau (CPIB), told the court that Ali Eid and Abdallah Taleb had communicated to him through the Lebanese Football Association and a Lebanese diplomat in Singapore their unwillingness to return to testify.

State prosecutors had earlier said they hoped they could get the Lebanese pair to appear in court.

"Each of them say they have made clear and detailed statements on their involvement with Ding Si Yang and have nothing to add to the statement which can assist the prosecution in the trial," Tan said.

Ding's lawyer Hamidul Haq told the court he would "vehemently" object to the admission of the written statements as evidence as "we don't have the right to cross-examine them".

The trial was abruptly adjourned Tuesday to allow Ding's lawyers to prepare for an "ancillary hearing" on the admissibility of the written statements.

Ding, 31, is accused of "corruptly giving gratification" to the three Lebanese football officials as an inducement to fix football matches that they would officiate in the future.

He faces a maximum prison term of five years and fines of up to Sg$100,000 (US$80,000) for each of the three charges -- all of which he has denied.

He separately faces two charges of stealing evidence and obstructing police investigations after he declined to disclose the password to his laptop computer.

The case is a colourful addition to Singapore's long history of match-fixing scandals, including allegations that syndicates in the wealthy city-state organised the rigging of hundreds of games worldwide.

- AFP

Bajet 2014: fokus kepada kesejahteraan rakyat

Bajet 2014: fokus kepada indeks kesejahteraan rakyat

Bajet 2014, yang akan dibentang di Parlimen Oktober ini, akan memfokus kepada indeks kesejahteraan rakyat di Bandar dan luar bandar.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata antara aspek yang ditekan ialah keselesaan dan keselamatan penduduk di negara ini.

"Durasi masa yang lama diperlukan untuk pekerja pergi ke tempat kerja kerana kesesakan jalan raya selain perasaan gelisah ketika tidur malam kerana keselamatan terganggu, ia melambangkan kita (rakyat) tidak sejahtera

"Untuk itu, Kementerian Kewangan akan meneliti dengan terperinci indeks kesejaheraan rakyat ini, dan diperhalusi agar kualiti hidup rakyat meningkat dan rakyat hidup dalam negara kita ini lebih sejahtera," katanya kepada pemberita pada majlis kongsi raya anjuran Masjid An-Najihin bersama beberapa badan bukan kerajaan di sini semalam. - BERNAMA 

Lebih ramai pakar keselamatan IT diperlukan

Lebih ramai pakar keselamatan IT diperlukan

KUALA LUMPUR:  Institusi pengajian tinggi tempatan perlu melahirkan lebih ramai pakar profesional keselamatan dalam teknologi maklumat (IT) memandangkan jenayah dan ancaman siber semakin pesat berkembang di peringkat global.

Tenaga pengajar latihan keselamatan IT dari Sans Institute yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Chris Farrow berkata sokongan kerajaan amat penting bagi menggalakkan institusi pengajian tinggi tempatan melatih penuntut mereka dalam bidang keselamatan maklumat.

"Kita perlu lebih ramai penuntut dalam latihan dan program utama di universiti, kita memerlukan perkara sedemikian di Malaysia untuk mengembangkan aspek pengetahuan," katanya kepada Bernama pada persidangan antarabangsa mengenai Keselamatan IT dan Pengurusan Risiko di sini Selasa.

Persidangan dua hari itu disertai lebih daripada 300 pemimpin korporat dan profesional pengurusan risiko di seluruh dunia.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan dipetik sebagai berkata pesalah jenayah siber menjejak mangsa mereka melalui e-mel atau SMS menggunakan komputer dan telefon bimbit.

Berdasarkan statistik polis, kerugian akibat jenayah siber mencecah RM1.6 bilion tahun lepas berbanding RM1.1 bilion pada 2011.

Pengarah urusan Condition Zebra Wilson Wong berkata 55 peratus organisasi di seluruh dunia tidak menyedari mengenai pencerobohan yang berlaku ke atas mereka dan hanya segelintir yang mengetahui pada tahap mana serangan itu atau siapa sebenarnya di sebalik serangan itu.

"Setiap organisasi berdepan dengan ancaman keselamatan yang sentiasa berkembang disebabkan amalan perniagaan meragukan.

"Risiko itu ada dan sukar diramal, berpeluk tubuh hanya akan meletakkan organisasi itu dalam keadaan bahaya dan membawa kerosakan teruk ke atas aset mereka apabila serangan itu berlaku," katanya.

Oleh itu, untuk kekal kompetitif, beliau mengesyorkan supaya setiap organisasi mewujudkan satu sistem pematuhan berkesan yang menyeluruh dan mempunyai gambaran jelas mengenai kawalan terhadap akses dalam persekitaran perniagaan mereka bagi mengurangkan risiko.

- BERNAMA 

Haze returns to Indonesia as fires rage


Haze returns to Indonesia as fires rage

JAKARTA:  Fires cloaked parts of Indonesia's Sumatra in thick smog Tuesday, forcing the cancellation of flights, two months after blazes on the island sparked Southeast Asia's worst haze crisis for years.

Two water-bombing helicopters were deployed to tackle the blazes on Sumatra, where haze generated by forest and peatland fires set to clear land for cultivation is an annual problem.

Some 488 fire hotspots had been detected by late Tuesday, according to the national disaster mitigation agency.

Flights to and from Pekanbaru city, the capital of Riau province, had been disrupted, with only one able to land in the past two days, agency spokesman Sutopo Purwo Nugroho said.

However, he added that neighbouring Singapore and Malaysia, badly hit by the June haze crisis, were "not affected at the moment because the wind is blowing northwest, so its only spreading over Riau".

The blazes in June on Sumatra left Singapore and Malaysia choking on the worst haze in more than a decade.

The air pollution scared off tourists, forced schools to close and caused a rise in respiratory illnesses.

The fires have been largely blamed on palm oil firms using the illegal but cheap method of burning vast tracts of rainforest and peatland to clear them for planting.- AFP