Sunday, 24 August 2014

Tidak sensitif, 2 stesen radio tidak bertafakur

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

KOTA BHARU – Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini sedang menunggu laporan berkenaan dua stesen radio tempatan yang didakwa gagal mengikut cadangan bertafakur selama seminit pada Hari Perkabungan, semalam.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dua stesen radio tersebut tidak termasuk 36 stesen yang turut serta dalam istiadat penghormatan sebaik sahaja 20 jenazah tragedi MH17 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kita masih menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung dua stesen radio tersebut.

“... mungkin SKMM boleh beri peringatan kepada mereka kerana tindakan yang dilihat tidak sensitif terhadap suasana itu.

“Selain itu kita mahu tahu apa masalah mereka sehingga seminit yang dicadangkan untuk bertafakur seluruh negara itu gagal dituruti mereka,” katanya.

Beliau hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Bharu kali ke-20 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Chat tadi yang turut dihadiri seluruh kepimpinan Umno bahagian itu.

Semalam, jenazah 20 daripada 43 rakyat Malaysia, yang terkorban dalam nahas MH17, tiba di tanah air dengan disambut penuh rasa pilu dan hiba, selepas 37 hari tragedi itu berlaku di Ukraine. - Sinar Harian 

Drama tebusan dua jam berakhir ejekan

Meng jadi tebusan sepupu, buat seketika
Meng jadi tebusan sepupu, buat seketika

CHONGQING - CHINA. Keadaan panik ketika Gong Tseng, 30, menjadikan sepupunya Cui Meng, 29, sebagai tebusan dengan pisau di leher bertukar menjadi insiden memalukan kepada dirinya apabila penonton menjerit menyuruhnya bunuh diri selepas dia melepaskan tebusan dan meletakkan pisau dileher sendiri.

Menurut Mail Online, Tseng menjadikan Meng tebusan selepas berlaku pertikaian keluarga di bandar Chongqing, di selatan China.

Selepas dua jam, polis berjaya memujuknya melepaskan mangsa.

Namun, tindakan Tseng mengalihkan pisau ke lehernya sendiri mengundang ejekan daripada orang ramai yang mengatakan mereka telah penat menunggu dan hanya mahu melihat drama itu berakhir.

Difahamkan, Meng dilihat membuat panggilan telefon ketika menjadi tebusan dan dipercayai menelefon datuknya untuk membantu memujuk Tseng melepaskan dirinya.

Tseng akhirnya mengalah dan meletakkan senjata sebelum ditahan pihak polis.

Wanita Australia dalam kes serangan seksual kru MAS dedahkan insiden di TV

Laura Bushney mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh anak kapal MAS ketika dalam penerbangan. - Instagram/Laura Bushney

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Australia yang mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh anak kapal MAS pada awal bulan Ogos, bakal mendedahkan insiden tersebut dalam sebuah rancangan temu bual Australia malam ini (6.45 petang waktu Malaysia).

Laura Bushney, 26, sebelum ini mendakwa pramugara terbabit telah datang dan duduk di sebelahnya selepas tiga jam penerbangan yang sedang menuju ke Paris.

Pramugara itu kemudiannya dikatakan telah meletakkan tangan di atas pehanya atas alasan cuba ‘menenangkannya’, kata Bushney dalam satu sedutan temu bual rancangan Sunday Night di Channel Seven.

“Dia mengurut kaki saya. Saya amat takut dan hanya ingin turun dari kapal terbang.

"Saya asyik bertanya sendiri – kenapa saya tidak menjerit? Kenapa saya tidak menghentikan perlakuannya? Saya seorang yang tabah dan mampu melakukannya,” tambah Bushney yang menyatakan dirinya takut sehingga panik tidak bersuara, menurut laporan dipetikSydney Morning Herald.

Bushney, yang berseorangan dalam penerbangan itu, dikatakan telah merakam insiden tersebut menggunakan telefon pintar yang disorok di bawah selimut di atas pehanya.

Pramugara terbabit, dakwa Bushney, meletakkan tangannya di bawah selimut tersebut dan seterusnya ke dalam seluarnya.

Bushney berkata dia turut sempat merakam perbalahan dengan pramugara berkenaan selepas kejadian itu.
Sejurus pesawat tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, pramugara terbabit ditahan polis.

Sementara itu, ada pihak yang merasakanChannel Seven bertindak tidak wajar untuk menyiarkan temu bual Bushney kerana rakyat Malaysia sedang berkabung diatas tragedi pesawat MH17 yang mengorbankan 298 nyawa, termasuk 43 warga Malaysia.

Seorang warga Malaysia yang bekerja di Hong Kong, Stephanie Yu, yang mendapat tahu tentang temu bual tersebut, berasa ragu-ragu terhadap dakwaan Bushney itu.

“Saya amat terkejut dengan keputusan rangkaian Channel Seven di Australia untuk membuat rakaman bersama Bushney di hari Malaysia berkabung. Saya telah melihat prebiu rakaman itu dan mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan Bushney dan dakwaannya. Jadi, saya pun membuat siasatan dan menemui akaun Instragram lama kepunyaannya. Saya berasa sangat jijik dan marah.

"Jika pun benar pramugara MAS itu bersalah, saya percaya Bushney berkemungkinan sengaja membiarkan tingkah laku itu dan membuat dakwaan selepas itu. Agak jelas dia memperbesarkan isu ini untuk tujuan publisiti, atau sebab-sebab lain,” kata Stephanie.

“Rakyat Malaysia sudah melalui tahun yang amat sukar. Orang ramai perlu melihat secara betul-betul untuk memutuskan sama ada Bushney bercakap benar atau ianya penipuan semata-mata,” tambahnya.

Menurut sumber MAS, apabila dihubungiAstro AWANI, syarikat tersebut akan mengambil pendirian tidak berpihak dan tidak akan memberikan sebarang komen lanjut berikutan kes terbabit masih dalam siasatan.

-- Sumber: Astro Awani

Van Gaal: It will be 'miracle' if United win the title


Manchester United manager Louis Van Gaal admits it will take a 'miracle' for his team to win the Premier League.

'I SHOULD BE JUDGED IN MY SECOND SEASON'

United started the season as third favourites for the title behind Manchester City and Chelsea, but the club's expectations were checked after a poor result and even worse performance against Swansea on the opening day of the season.

Now, in quotes carried by the Sunday newspapers, Van Gaal admits it will take something miraculous for United to win the title, although he is not ruling it out either.

"To win the league this season would be a miracle," admitted Van Gaal.

"But that isn't to say that it isn't possible. It is always possible, but it shall be very difficult.

"The Glazer family understand this or I would not have accepted this job. I have discussed everything with them. We have had long discussions where I have shown myself. I am always open to them.

"That is why we discussed three years, not one year. They wanted to know what are the consequences when you are hiring me - and I have told them.

"In my experience, in my former clubs, it was always that the start was very difficult."

Manchester United have already spent around £75m on three players this summer with Luke Shaw, Ander Herrera and Marcos Rojo coming in.

They are also expected to pay at least £56m to sign Angel Di Maria from Real Madrid while Sunday's papers have linked the club with moves for Dutch pair Nigel De Jong and Daley Blind.

Van Gaal said that fans should not judge him on how Manchester United do this season.

"A manager should be judged in his second season," he added. "Nevertheless, what I have experienced [was that] I was champion in Barcelona and Munich in my first season.

"So, it is possible. What I did at Bayern Munich was a miracle because the team was not stable when I got there.

"When I took over from Bobby Robson at Barcelona, he had won three titles, so there was stability.

"The problem I have at United is that the selection is not balanced. There are five No.9s and six No.10s - and we don't have enough defenders."

Source: Eurosport 

12 tetulang konkrit MRT terjatuh dari lori

Bahan yang jatuh tidak menyebabkan apa-apa kecederaan kepada sesiapa. Foto Twitter/@MyOndscene

KUALA LUMPUR: Dua belas tetulang konkrit untuk projek pembinaan MRT terjatuh dari sebuah lori 51 tan pagi tadi di Jalan Cheras, berhampiran Taman Bilion.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 11 pagi apabila lori itu terpaksa melakukan brek kecemasan apabila lalu lintas di hadapannya tiba-tiba berhenti.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh MRT Corp, lori berkenaan membelok sedikit tetapi tidak dapat mengelak melanggar kenderaan di hadapan.

"Bahan yang jatuh tidak menyebabkan apa-apa kecederaan kepada sesiapa. Tiada kereta yang rosak dari bongkah konkrit yang jatuh.

"Kemalangan itu telah menyebabkan penutupan lorong ke arah bulatan Taman Billion. Semua kenderaan kini disalurkan kepada satu lorong di bulatan berkataan," kata kenyataan itu.

MRT Corp berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu dan tindakan akan diambil terhadap pihak-pihak yang didapati bertanggungjawab bagi kemalangan itu.

Kejadian pagi tadi turut dikongsi di media sosial:


1238H : Awas ! Konkrit tetulang MRT Pudu jatuh atas treler, hadapan Petronas, Jalan Cheras menghala ke Kuala Lumpur.pic.twitter.com/rHhcqAUJcS— Radar Bahaya (@radarbahayamy) August 24, 2014

Usaha menarik semua 11 tetulang konkrit sdg dilakukan Ranger @ITISDBKLpic.twitter.com/oGCeOAO7oE— ondscene.my (@MyOndscene) August 24, 2014

10 konkrit tetulang 2 tan dan 1 konkrit 1 tan MRT jatuh.Ssak dr arah Kajang @ITISDBKL@JKRMalaysia@CIDB_Malaysiapic.twitter.com/FUHce7a48b— ondscene.my (@MyOndscene) August 24, 2014

- Sumber: Astro Awani

Xing Xing, Liang Liang sambut hari jadi Ke-8 di Zoo Negara

Panda jantan Xing Xing kelihatan begitu seronok melihat kek hari jadinya lalu segera menghabiskannya. - Astro AWANI/Tan Su Lin

KUALA LUMPUR: Selepas tiga bulan tiba di Malaysia, pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang buat julung kalinya menyambut hari lahir mereka yang ke-8 di Zoo Negara.

Keistimewaan sambutan kali ini orang ramai yang lahir pada tarikh sama 23 Ogos turut dipelawa menyambut hari jadi bersama-sama pasangan panda itu.

Bagi mereka yang lahir pada hari yang sama dapat masuk secara percuma untuk turut serta memeriahkan sambutan di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara.

Di antara tarikan utama sempena sambutan hari jadi pasangan panda itu adalah kek hari jadi panda atau "ice-cake" khusus bagi pasangan panda itu.

Pembantu penyelia Pusat Konservasi Panda Gergasi, Akmal Hadi Samsuddin berkata mereka mendapatkan ilham pembuatan kek berkenaan hasil kajian dibuat daripada sambutan hari jadi panda yang diamalkan di zoo lain sebelum ini.

"Kalau hari jadi mesti ada kek hari jadi bukan? Jadi kek panda yang kita buat hari ini istimewa sebab diperbuat daripada buluh, kacang soya, jagung, beras, telur dan paling special sebab selalu kita bagi panda kek kecil kali ini besar dan dihiasi dengan sangat cantik," katanya.

Panda jantan Xing Xing kelihatan begitu seronok melihat kek hari jadinya lalu segera menghabiskannya manakala panda betina, Liang Liang lebih santai dan mengambil masanya untuk memakan kek khas yang diperbuat daripada pelbagai ramuan itu.

Apa yang nyata tidak kira sama ada tua atau muda pengalaman menyambut hari jadi bersama-sama panda pastinya suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Antara mereka, Edmund Lee dari Kuala Lumpur yang membuat keputusan membawa keluarganya melihat panda berkenaan pada hari jadinya yang ke-41 itu.

"Kebetulan hari jadi panda dan saya jatuh pada hari sama. Saya rasa gembira dan teruja lalu membawa anak-anak saya ke sini untuk menyambut hari jadi saya. Pastinya sambutan kali ini amat berbeza sekali." katanya ketika ditemui Astro AWANI di Kompleks Konservasi Panda Gergasi di Zoo Negara.

Bagi Farisha Nor, 21 yang takut dengan haiwan, pengalaman berkongsi hari jadi bersama panda sesuatu yang tidak akan dilupakan.

"Saya fikir tidak ramai yang mungkin berkongsi hari lahir yang sama dengan panda ini jadi saya fikir mengapa tidak saya sambut bersama-sama Xing Xing dan Liang Liang. Apatah lagi saya jenis yang takut dengan haiwan sebenarnya, jadi ini pengalaman hari jadi yang akan saya ingat seumur hidup." kata Farisha.

Untuk Nurul Ifah Nabilah, 9 dia cukup gembira impian melihat haiwan unik itu secara dekat akhirnya tercapai.
"Saya rasa sangat seronok sebab hari ini hari jadi saya sama dengan panda" katanya.

Melihat sambutan begitu memberangsangkan daripada orang ramai, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmat Lana berkata sambutan hari jadi besar-besaran bersama pengunjung yang lahir pada tarikh sama pasangan panda itu akan dijadikan acara tahunan zoo negara.

"Hari jadi panda adalah untuk memberi kesedaran dan rapatkan orang ramai untuk kenali habitat panda dan sebagai promosi bagi meramaikan pengunjung ke Zoo Negara." kata Rosly.

Tambahnya sambutan seumpamanya itu juga akan dilanjutkan kepada lima haiwan lain berprofil tinggi seperti gajah, tapir, orang utan, beruang dan harimau Malaya.

Menariknya kedua Xing Xing dan Liang Liang dilahirkan pada tarikh yang sama iaitu 23 Ogos 2006 di Wolong, Si Chuan, China.

Kehadiran kedua-dua panda dari China itu merupakan simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China.

Menurut Rosly sejak kehadiran pasangan panda itu di Zoo Negara, kedatangan pengunjung ke zoo berkenaan telah meningkat sekali ganda kepada 50,000 orang. - Astro Awani 

Calon Pelakon Wanita Terbaik mahu beli pakaian cantik ke FFM26 sebelum maut

Kalpana Sundraju yang sudah 10 tahun berlakon drama dan filem tamil selamat disemadikan di Pusat Krematorium Petaling Jaya pada pukul 2 petang Sabtu - Foto Facebook

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang pelakon yang maut akibat terjatuh dari apartmentnya, untuk membeli pakaian cantik bagi menghadiri Festival Filem Malaysia 26 (FFM26) tidak kesampaian.

Mendiang Kalpana Sundraju, 44 yang buat julung kalinya menjadi pelakon tamil pertama tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik FFM26 merancang untuk berbuat demikian pada Sabtu.

Namun, mendiang ditemui meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat lapan apartmentnya di Seputeh pada 21 Ogos lalu.

Kalpana tercalon bagi filem Dhusrajanam yang turut menjadi filem tamil pertama tercalon untuk kategori Filem Terbaik.

“Kali pertama mendapat tahu namanya tercalon, dia menghubungi saya kerana begitu gembira.

Sepatutnya hari ini, dia dan ibu merancang mahu mencari pakaian yang sesuai ke FFM26” beritahu adik mendiang, Vern Sundraju ketika dihubungi Astro AWANI.

Mendiang yang sudah 10 tahun berlakon drama dan filem tamil selamat disemadikan di Pusat Krematorium Petaling Jaya pada pukul 2 petang Sabtu.

Menurut pengarah filemnya, M. Subash kehilangan Kalpana sememangnya amat dirasai seluruh warga produksi.

“Kalpana memang seorang pelakon yang berbakat besar dan boleh pergi jauh. Sayang sekali pencalonan buat kali pertama ini tidak dapat dihadirinya.

Sepatutnya kami akan bertemu untuk sesi pembacaan skrip bagi filem tamil baharu akan datang.” kata Subash.

Subash yang juga pelakon utama filem Dhusrajanam berkata, pencalonan ini merupakan penghargaan buat penggiat filem tamil sepertinya dan juga satu penghargaan buat Kalpana.

Kata Subash lagi, watak Kalpana sebagai wanita estet yang gilakan harta di dalam filem tersebut, berjaya dibawa dengan baik sekali oleh mendiang. Sebelum berlakon di dalam filem berkenaan, mendiang sendiri menghubungi Subash untuk menghadiri ujibakat bagi watak tersebut. Filem Dhusrajanam adalah arahan bersama Subash dan adiknya, M. Suurya.

Mereka berdua akan hadir ke FFM26 sebagai mewakili mendiang.

Selain Dhusrajanam ,mendiang Kalpana turut berlakon sebuah filem melayu bertajuk ‘Mistik, Syirik danTahyul’ terbitan Renbash Entertainment yang bakal ditayangkan pada 16 Oktober ini.

Sebelum ini, Kalpana telah diumumkan sebagai satu-satunya pelakon tamil yang bertanding menerusi filem Dhsurajanam di samping Sharifah Amani, Diana Danielle, Ummi Nazeera dan Lisa Surihani. Mendiang meninggalkan dua anak perempuan yang berumur 22 dan 20 tahun. Punca kejadian masih di bawah siasatan polis.

- Sumber: Astro Awani

MH17: 'Selepas ini kita mungkin tidak bertemu' - Allahyarham Mohd Ghafar

Penyelia Penerbangan Kabin MAS, Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar - Gambar Fail

"Selepas ini kita mungkin tidak bertemu lagi"

Itu kata-kata terakhir Penyelia Penerbangan Kabin MAS, Mohd Ghafar Abu Bakar yang terkorban dalam tragedi pesawat MH17 kepada rakan-rakan sepejabatnya sebelum menaiki pesawat ke Amsterdam itu.

Perkara itu dimaklumkan salah seorang rakan rapatnya, Noria Abdul Rahman, 52 tahun yang juga salah seorang kakitangan kru kabin MAS.

"Dia (Allahyarham Mohd Ghafar) cakap dia hendak bersalam sebab takut nanti tidak berjumpa lagi. Bila dia kata macam tu kita tidak terkejut tetapi bila dapat berita malam itu memang kita terkejut sebab kita tahu dia on board,"

"Saya tidak dapat hendak jangka kenapa dia bersalam, tapi dia kata nanti abang tak jumpa, kita tak boleh nak kesan, lagi pun dua minggu kan, terlalu awal rasanya," katanya semasa ditemui Astro AWANI di luar Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Menceritakan keperibadian Allahyarham, Noria menjelaskan Mohd Ghafar disifatkan sebagai sahabat yang baik dan sentiasa berjenaka.

"Terkejut sangat dengan kematian arwah sebab kita baru balik sembahyang terawih dan apabila diberitahu salah seorangnya krunya, abang Ghafar on board, sedih sangat sebab kita kenal dia. Arwah seorang yang baik, seorang yang beriman dan kelakar,"

"Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah semasa dua minggu sebelum Amsterdam flight dia. Dia datang ofis jumpa kita semua. Memang kita baik dengan dia," ujarnya.

Kepada pihak berkuasa beliau berharap individu yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 hingga mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah dibawa ke muka pengadilan.

"Kita harap dapat dibawa ke muka pengadilan yang betul sebab kita bagi pihak yang tidak bersalah, jadi rasa macam tidak adillah jika tidak dibawa ke muka pengadilan yang betul," ujar Noria.


Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. - Astro Awani

YOG 2014: Loh cipta kejutan raih Pingat Perak acara terjun

KEJUTAN: Loh (kiri) bersama pemenang pingat emas dan gangsa dari China, Wu Shengping (tengah) dan Alejandra Orozco Loza dari Mexico dalam acara 10 meter pada YOG 2014 di Pusat Sukan Olimpik, Nanjing di sini pada Sabtu.

NANJING: Penerjun wanita negara Loh Zhiayi mempamerkan aksi di luar jangkaan untuk merangkul pingat perak dalam individu acara 10m platform pada temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) di sini pada Sabtu.

Loh mengumpul 450.65 mata manakala penerjun China, Wu Shenping meraih emas dengan catatan 526.20 mata dan pingat gangsa menjadi milik penerjun Mexico, Orozco Loza Alejandra dengan 430.25 mata.

Beliau berkata pada mulanya beliau tertekan dengan tugasan untuk mempertahankan pingat perak menerusi acara yang sama sebelum ini diraih oleh ratu terjun negara, Pandelela Rinong pada edisi pertama YOG di Singapura pada 2010.

"Pada peringkat saringan, saya telah melakukan yang terbaik, namun agak ketinggalan apabila penerjun China berada jauh di hadapan pada aksi final tadi.

"Namun saya tidak putus asa dan berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mengatasi penerjun Mexico yang mengekori rapat kemudianya," katanya kepada Bernama di sini.

Loh berkata beliau gembira kerana dapat menjadi penyumbang pingat kedua untuk kontinjen negara selepas pemain badminton Cheam June Wei menyumbang pingat emas pertama negara menerusi acara beregu campuran antarabangsa semalam.

"Saya ingin hadiahkan pingat perak ini kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu tempat tumpah darah saya," kata penerjun berusia 16 tahun itu.

Sementara itu, ketua kontinjen negara Wong Pei Tty berkata beliau bangga dengan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh semua atlet negara walaupun tiada sasaran pingat diletakkan kepada mereka.

"Bagaimanapun, sasaran peribadi saya sebelum ini adalah tiga pingat tanpa mengira warna...diharap satu lagi pingat atau lebih mampu diraih oleh atlet selepas ini," katanya. - Bernama

Enam lelaki larikan barang kemas RM900,000 dalam tiga minit

Sejurus rompakan, suspek terus melarikan diri dengan sebuah kereta yang dipandu seorang lagi suspek. - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Enam lelaki bersenjatakan tukul besi melarikan 20 dulang barangan kemas yang dianggar bernilai RM900,000 dalam masa tiga minit sahaja dari sebuah kedai emas di Taman Connaught, Cheras semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Superintenden Abd Rahim Hamzah Othman berkata ketika kejadian pada 12.30 tengah hari, terdapat dua pekerja di kedai berkenaan yang terletak dalam sebuah pasar raya.

"Pada ketika itu, seorang daripada suspek memegang satu objek yang menyerupai pistol diacukan di udara tetapi tiada tembakan yang dilepaskan serta tidak berlaku sebarang kecederaan manakala empat yang lain memecahkan cermin pameran dengan tukul besi dan melarikan 20 dulang barangan kemas," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata sejurus selepas itu, mereka terus melarikan diri dengan sebuah kereta yang dipandu seorang lagi suspek.

Abd Rahim berkata ketika kejadian, kesemua suspek memakai topeng ski hitam dan polis masih mengesan kereta yang digunakan selain menjalankan siasatan lanjut berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebelah kedai emas itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan berkumpulan," katanya. - Bernama

Dua lagi jenazah mangsa nahas MH17 tiba Ahad

Pada 22 Ogos, rakyat Malaysia bersatu berkabung menyambut kepulangan 20 jenazah pertama nahas pesawat MH17

KUALA LUMPUR: Pesawat komersial Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH19 yang membawa dua lagi jenazah rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 berlepas jam 12.50 tengah hari Sabtu waktu tempatan (6.50 petang waktu Malaysia).

Pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Belanda itu tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.43 pagi Ahad waktu Malaysia.

Sementara itu, pada satu sidang akhbar pada Sabtu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata ketibaan jenazah Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar dan Mendiang Ng Shi Ing akan disambut dengan satu istiadat tanda penghormatan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dif-dif terhormat dan keluarga mangsa akan hadir untuk menerima ketibaan kedua-dua rakyat Malaysia ke pangkuan keluarga tersayang, kata Liow.

Liow turut menyeru orang ramai agar bersama-sama menyambut kepulangan dua lagi mangsa tragedi ini.

Pada Jumaat, 20 jenazah pertama mangsa nahas pesawat kepunyaan MAS itu telah selamat tiba dan disemadikan di tanah air. - Astro Awani